PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH
YAYASAN BANK RAKYAT
KELAYAKAN PERMOHONAN
Warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian serta memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan:-
i) Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat Pembiayaan PPBU dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (Permohonan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Professional).
ii) Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam SEPENUH MASA. Pemohon yang berstatus pelajar SEPARUH MASA tidak layak memohon.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan sekurang-kurangnya mendapat kelulusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz dengan kelulusan yang setara dengan STPM.
Peringkat Diploma
-Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya mendapat 5A dan 4B (tiada gred C dan ke atas).
BIDANG YANG DITAJA
Bidang pengajian tumpuan :
• Perakaunan • Perbankan
• Pengurusan Perniagaan • Sumber Manusia • Ekonomi
• Komunikasi Media
• Undang – Undang
• Sains Aktuari
Akan tetapi YBR tetap menaja semua bidang lain kecuali Perubatan dan Penerbangan (Lesen)
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara online SAHAJA dengan melayari laman web Yayasan Bank Rakyat di http://www.yayasanbankrakyat.com.my.
Pelajar perlu membuka akaun simpanan Bank Rakyat minimum RM100 sebelum membuat permohonan.