• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Sukan Kepada Negara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepentingan Sukan Kepada Negara"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Sukan bukan sahaja sebagai aktiviti yang menyihatkan badan, malah bernilai komersial serta boleh mengharumkan nama ssebuah negara. Bincangkan kepentingan sukan kepada diri dan negara. KEPENTINGAN SUKAN KEPADA DIRI DAN NEGARA

(Pendahuluan/contoh) Kata Charles Swindoll, “Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal, tetapi ialah orang yang masih tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan”. (Huraian) Kata-kata di atas segaja dipetik untuk membuktikan bahawa atlet Malaysia walaupun sering kecundang di pentas

antarabangsa, tetapi boleh maju jika ada kesungguhan untuk meraih kejayaan. (Huraian) Sesungguhnya kejayaan dalam bidang sukan amat penting kepada diri sendiri dan juga negara. (Huraian) Oleh itu, tiada sebab mengapa kita harus bersikap negatif terhadap sukan, sedangkan banyak faedah yang boleh diperoleh apabila melibatkan diri dalam bidang sukan.

(Huraian) Apakah kepentingan sukan kepada seseorang? (Isi 1) Sebenarnya sukan dapat melahirkan insan yang cerga dan cerdas. (Contoh) Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan. (Contoh) Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh menyebabkan lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. (Kesan) Aktiviti sukan dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. (Contoh) Dengan ini, merka yang aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes, seperti kata pepetah “otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat”.

(Isi 2) Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. (Kesan) Kemajuan dalam bidang sukan boleh meningkatkan permintaan terhadap alatan sukan. (Kesan) Oleh itu, mereka yang terlibat dalam bidang peralatan sukan seperti bola dan pakaian sukan meraih keuntungan yang berlipat ganda. (Huraian) Selain itu, usaha menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan mendatangkan hasil yang lumayan. (Conto) Misalnya, untuk membina gelanggang permainan, stadium, dan kolam renang bertaraf antarabangsa, peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. (Kesan) Malah peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

(Huraian) Ketika bersukan, kita akan melupakan warna kulit. (Contoh) Kita tidak pedli sam ada rakan sepermainan itu orang Melayu, Cina, atau pun India. (Contoh) Sebagai contoh, sebelum sesuatu pertandingan, kebiasaannya para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan dalam tempoh tertentu, biasanya tidak kurang dari seminggu. (Huraian) Di situlah mereka tinggal, berlatih, makan, dan berehat. (Isi 3) Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain daripada pelbagai kaum mampu mewujudkan perpaduan kaum. (Kean) Ketika pertandingan dijalankan, mereka akan mempunyai satu misi untuk mengharumkan nama sekolah, negari, ataupun negara tanpa memikirkan warna kulit.

(Isi 4) Sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. (Huraian) Pencapaian dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terukir di pentas antarabangsa. (Contoh) Dengan mengambil contoh kejayaan Mohd. Hafiz Hashim yang menjadi juara Seluruh England dalam

permainan badminton pada awal 2003 menyebabkan nama negara disebut-sebut. (Huraian) Sebelum ini tidak ramai masyarakat dunia yang mengenali Malaysia. (Kesan) Tetapi dengan sukan, mata masyarakat dunia seakan-akan mula terbuka. (Kesan) Dalam jangka panjang keyakinan mereka bukan sahaja kepada sukan, tetapi dalam bidang-bidang lain seperti pelancongan dan perindustrian.

(Isi 5) Sukan boleh mengatasi pelbagai masalah sosial. (Contoh) Sejak akhir-akhir ini, masyarakat didedahkan dengan masalah remaja yang suka melepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme. (Huraian) Memang banyak faktor yang memungkinkan masalah ini berlaku. (Huraian) Tetapi yang paling jelas, masalah ini berpunca daripada remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa yang terluang. (Kesan) Jika merka meminati aktiviti sukan, masa yang terluang selepas habis

(2)

sekolah atau bekerja, mereka akan ke gelanggang permainan. (Contoh) Selepas selesai mengikuti sesi permainan, badan sudah letih dan malam pun telah tiba. (Kesan) Jadi, tiada ruang untuk berfikir untuk bertemu rakan-rakan yang suka melepak.

(Isi 6) Bagi seorang pelajar, sukan mampu mendidik pelajar untuk belajar menerima kegagalan. (Contoh) Sebagai contoh, sudah menjadi adat pertandingan, ada menang dan ada kalah. (Huraian) Kita akan berasa gembira apabila berjaya dan akan berduka apabila gagal. (Kesan) Namun, oleh sebab hal ini sudah kerap dialami, menyebabkan hati kita cekal menghadapi apa sahaja; gagal dalam peperiksaan, percintaan, dan pekerjaan. (Kesan) Yang akhirnya kita menjadi seorang yang tabah, berani, dan sentiasa mahu mencuba.

Jangan dilurut padi muda, Kalau dilurut luka tangan; Jangan dituruti hati muda, Kalau turut susah berpanjangan.

(Huraian) Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. (Huraian) Jangan sesekali mengikutkan hati mudah. (Huraian) Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik memanfaatkan masa dengan bersukan.

KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA KESUKANAN

Soalan:

Dalam situasi dunia yang sedang bergolak, kemajuan dalam bidang sukan penting bagi mewujudkan perpaduan sejagat dan meningkatkan imej sesebuah negara. Ulaskan pernyataan ini.

Pendahuluan

-bidang sukan merupakan salah satu aset terpenting dalam memacu kemajuan sesebuah negara.

-Bidang sukan mempunyai banyak kepentingan khususnya bagi mewujudkan perpaduan sejagat dan mementingkan imej negara.

Isi Pertama

AT :mengeratkan silaturrahim antara atlet negara dan luar negara. AH :

- Persefahaman dapat dijalankan.

- Apabila atlet luar negara dan dalam negara berkumpul sama, hubungan ukhwah dapat dieratkan. - Sekaligus persengketaan dapat dilupakan dan keamanan sejagat dapat diwujudkan.

AC :

- Semasa sukan Olimpik dan sukan Komanwel atlet-atlet dapat berkumpul dan beramah mesra. AP :

- Tegaslah bahawa kemajuan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara. UM :bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Isi Kedua

AT :-dapat membentuk semangat cinta akan tanah air. AH :

- Persaingan yang sihat dan sengit antara pemain untuk merebut kejuaraan dapat diwujudkan. - Menyemai semangat untuk berjuang demi negara tercinta.

(3)

- Apabila menyertai pertandingan, seseorang pemain akan menunjukkan semangat juang yang jitu untuk mencapai kemenangan.

AP :

-nyatalah bahawa kemajuan sukan dapat membentuk semangat cinta akan negara. UM :biar putih tulang jangan putih mata.

Isi Ketiga

AT :dapat berkongsi idea dan teknologi dalam bidang berkaitan sukan. AH :

- Dapat berkongsi idea dan pendapat.

- Dapat berkongsi kepakaran dalam sesuatu permainan.

- Berpeluang memerhati dan mengaplikasi teknologi yang digunakan oleh negara maju dalam bidang sukan. AC :

-negara mengimport tenaga pengajar contohnya dalam sukan badminton dan pasukan bola sepak negara. AP :

-tegaslah di sini bahawa kemajuan sukan membolehkan kita berkongsi idea dan teknologi dalam bidang sukan. UM :yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Keempat

AT :dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum. AH :

- Masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India dapat berkumpul dan beramah mesra. - Permuafakatan dan persefahaman dapat dijalinkan.

- Dapat mengelakkan sifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

AC :

- Dalam sesuatu pertandingan, masyarakat dapat beramah mesra dan mengenali jiran mereka dengan lebih rapat.

AP :

- Tuntaslah bahawa kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.

Isi Kelima

AT :memperkenalkan Malaysia di mata dunia. AH :

- Dalam sesuatu pertandingan, rakyat Malaysia berpeluang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

- Kejuaraan atlet dalam sesuatu pertandingan akan mengharumkan nama negara dan seterusnya membawa

kepada kemajuan dalam sektor pelancongan. AC :

- Nicol Ann David mengharumkan nama negara dengan menjadi pemain nombor satu dunia dalam sukan squash.

AP :

- Jelaslah di sini bahawa kemajuan sukan dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia. UM :hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

(4)

- Kesimpulannya, kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan sejagat di samping meningkatkan imej negara.

- Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu menggembeling tenaga memajukan sukan supaya Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan.

- Majulah sukan untuk negara.

Kebaikan sukan kepada Negara

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing.

(5)

Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam mempamilkan skil-skil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP

SIHAT

 Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara

 Memupuk semangat patriotisme

 Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing

 Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat

 Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara

 Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara

 Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.

 Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.  Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas

pertama.

Rumusan Hobi - kepentingan sukan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sukan dan masalah yang wujud daripada sukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

(6)

kepada kelompok masyarakat yang bernaung di bawahnya. Kini aktiviti sukan telah mengalami zaman peralihan fungsi asalnya iaitu memberi kesihatan kepada tubuh badan, bertukar menjadi kegiatan fizikal yang dipertandingkan untuk mencapai kemenangan. Memang pada asalnya sukan dikatakan boleh memberi tubuh badan yang sihat, tetapi kini telah menjadi aset sesebuah negara dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu apabila diajukan soalan seperti siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah mengungguli sukan bola keranjang, enis, skuasy, hoki, dan badminton? Ternyata sukan dapat membantu negara mengharumkan namanya di persada dunia. Malaysia kini lebih dikenali oleh masyarakat dunia kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, hoki dan skuasy.

Dari segi ekonomi pula, sukan telah membuka satu lagi hubungan erat antara sukan, media, dan syarikat pengiklanan. Syarikat-syarikat televisyen berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus mahu menjadi penaja utama. Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi menerusi

pengiklanan sesuatu barangan. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia, sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan

masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami, dan

menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang

permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum.

Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai temasya sukan yang dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA, dan tidak kurang temasya skan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA. Bagaimanapun kita tidak dapat lari dari pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam pembangunan politik,ekonomi, dan sosial. Tetapi itu cakap-cakap sedap mulut, namun pada realitinya apabila menyertai sesuatu acara sukan pasti mahukan kemenangan. Oleh itu, sukan membentuk keyakinan kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.

Perkara yang diperkatakan ialah penglibatan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi sukan di peringkat sekolah, sukan berjaya memanfaatkan masa yang terluang daripada mengisi masa dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Malah, sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji pelajaran. Tetapi yang kita kesal ialah ramai pelajar yang berbakat dalam sukan tidak memperoleh galakan daripada ibu bapa disebabkan ibu bapa lebih mengutamakan pelajaran. Akhirnya bakat yang besar hilang begitu sahaja. Ada yang ibu bapa memberi dorongan dan sokongan penuh, tetapi anak yang sering

(7)

dimanjakan tiada kesungguhan untuk meningkatkan prestasi diri. Pendek kata, sikap tidak berani menghadapi cabaran menyebabkan remaja berpotensi tidak mampu berani bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk keperluan tersebut, para pemilik modal sebagai pengusaha sering membawa serta beberapa tenaga kerja dari negara asal negara China (RRC) untuk bekerja sebagai Tenaga Kerja

Semakin besar jumlah pengeluaran pembangunan yang harus dipenuhi oleh pemerintah melalui Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) maka penyediaan dana untuk

untuk menjalankan sistem pemerintahan yang ada pada negara tersebut, dan masing- masing negara berhak menentukan ideologi apa yang paling tepat untuk digunakan, dan di Indonesia

Hal ini didukung pula dengan hubungan blat pada pemerintahan negara-negara sasaran untuk diversity client Rusia maupun jalur alternatif di Eropa Timur, Utara dan

Subrekening Kas Umum Negara, yang merupakan bagian dari Rekening Kas Umum Negara adalah rekening Menteri Keuangan selaku Bendahara Umum Negara yang digunakan

Kesan dari penyalahgunaan dadah ternyata mendatangkan kerugian yang besar buat negara walhal jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan mencapai wawasan negara iaitu

Untuk mengungkap administrasi negara sesuai dengan proses yang dipergunakan dalam penyelenggaraan kebijakan publik, maka pendekatan yang dapat digunakan

penanggalan hak kekebalan hanya sebagai bentuk perlindungan untuk negara penerima, sedangkan dalam penulisan hukum ini memandang bahwa tindakan penanggalan hak kekebalan