• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada era globalisasi yang serba moden ini, amalan nilai murni iaitu memupuk amalan cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat perlu dititikberatkan. Sehubungan itu, perkara ini mencerminkan perwatakan seseorang. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, setiap pihak perlulah menitikberatkan mengenai penjagaan kebersihan sekeliling. Oleh yang demikian, kami telah merekabentuk serta menambahbaik terhadap tong sampah dan juga yang diberi nama “Dwi-Bin” iaitu (Double Dustbin System). Kami menghasilkan satu kekunci yang diberi nama “Auto-Self Locking System” dan “Manual Compression”.

“Auto-Self Locking System” iaitu satu alat kekunci yang berfungsi sebagai kekunci supaya penutup tong sampah tidak mudah dibuka oleh haiwan. Kekunci ini juga direka khas kepada tong sampah yang telah diskopkan. Kekunci tersebut hanya perlu pasang dan tidak perlu sebarang modifikasi. Seterusnya, Manual Compression direka bagi menjimatkan ruang didalam tong sampah. Pemampat manual ini menggunakan tenaga manusia dan tidak memerlukan sebarang peralatan elektronik. Hal ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Penambahbaikan ini bertujuan untuk mengelakkan haiwan dari dapat membuka penutup tong sampah sekali gus mengekalkan kebersihan disekeliling tong sampah.

(2)

2 1.2 PENYATAAN MASALAH

Dengan adanya tong sampah „Dwi-Bin‟ ianya boleh menjaga kebersihan sekeliling kawasan tong sampah serta dapat menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah. Di samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani ialah kekangan pensyarah di Bengkel Kimpalan Polisas bagi menghalau dan mengelakkan haiwan daripada mengunjungi tong sampah tersebut. Kekangan yang seterusnya ialah menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah.

Haiwan seperti kera dan anjing seringkali gemar mengunjungi tong sampah. Hal ini kerana haiwan tersebut mencari sisa makanan untuk dimakan. Apabila haiwan tersebut mengunjungi tong sampah semestinya sisa makana akan bertaburan di luar tong sampah dan di atas lantai. Hal ini menimbulkan bau serta mendatangkan pandangan yang negatif jika masyarakat luar melawat bengkel kimpalan. Dengan adanya „Dwi-Bin‟ yang mempunyai kekunci yang tersendiri, ianya dapat menghalang haiwan daripada dapat membuka penutup tong sampah.

Ruangan di dalam tong sampah juga sering penuh dan padat dengan pembungkus makanan. Pembungkus makanan seperti plastik, polisterine dan seumpamanya tidak banyak akan tetapi ianya memenuhi ruang di dalam tong sampah. Dengan adanya pemampat ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah.

Tong sampah juga sering tumbang apabila kita perhatikan setelah dikunjungi oleh haiwan. Ini kerana haiwan tersebut menjatuhkan tong sampah bagi memudahkan untuk mencari sisa makanan yang tertinggal. Hal ini seringkali terjadi di Bengkel Kimpalan Polisas pada setiap pagi. Haiwan tersebut mungkin datang kepada tong sampah pada waktu petang atau pada waktu malam. Oleh itu, kami membuat rekaan pemegang badan tong sampah yang menggunakan tali yang boleh diregang. Kami juga membuat rekaan pemampat manual dan kekunci yang tersendiri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(3)

3

Rajah 1.2.1

Rajah 1.2.2

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam merekabentuk dan menfabrikasi projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan untuk dicapai. Antara objektif kajian ini ialah :

i. Merekabentuk sebuah „Dwi-Bin‟ yang bertujuan untuk aplikasi konsep menjaga kebersihan sekeliling persekitaran di Bengkel Kimpalan Polisas.

ii. Memfabrikasikan „Dwi-Bin‟ yang mempunyai dua sistem iaitu “auto-self locking” dan “manual compression”.

(4)

4 iii. Mengelakkan haiwan daripada dapat membuka penutup tong sampah, menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah serta memastikan tong sampah tidak mudah tumbang.

1.4 SKOP KAJIAN

Terdapat beberapa cara dan had yang perlu dituruti semasa menggunakan „Dwi-Bin‟ ini. Antara skop untuk menggunakan „Dwi-„Dwi-Bin‟ ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah :

i. Jenis sampah yang boleh dimampatkan adalah pembungkus makanan, plastik dan polisterine.

ii. Memerlukan tenaga manusia dimana ia digunakan untuk memampatkan sampah di dalam tong sampah. Ianya tidak memerlukan penggunaan kuasa elektrik, bateri, solar, atau sensor.

iii. „Dwi-Bin‟ ini diletakkan di hadapan Bengkel Kimpalan Polisas dan cangkuk „U‟ pemegang rangka badan tong sampah yang dimatikan di dinding supaya rangka boleh dipasang atau dicabut pada bila-bila masa sahaja.

iv. „Dwi-Bin‟ ini hanya sesuai digunakan bagi individu yang berumur lima belas tahun dan keatas dalam menjaga aspek keselamatan. Hal ini kerana „Dwi-Bin‟ memerlukan ketinggian badan yang sesuai untuk menggunakannya.

v. „Dwi-Bin‟ ini memudahkan pensyarah dan pelajar serta staff Polisas bagi membuang sampah. Hal ini kerana hanya perlu menolak kekunci supaya penutup dapat dibuka dan apabila hendak ditutup penutup tersebut hanya biarkan ianya tertutup serta terkunci dengan sendirinya. Para pengguna dinasihatkan agar memastikan penutup dikunci terlebih dahulu bagi mengelakkan haiwan dapat membuka penutup tong sampah.

(5)

5 vi. „Dwi-Bin‟ ini memerlukan tenaga manusia bagi penggunaan pemampat manual. Ianya hanya perlu menarik pemegang pemampat dan seterusnya hanya memampatkan sampah yang berada dalam tong sampah tersebut.

vii. „Dwi-Bin‟ ini mempunyai ciri fizikal iaitu ketinggian (53cm) x lebar (19inci). viii. „Dwi-Bin‟ ini juga memastikan posisi yang tetap dimana badan tong sampah

diikat menggunakan tali yang boleh diregang bagi memastikan haiwan tidak dapat menumbangkan badan tong sampah serta melarikanya.

ix. “Auto-Self Locking” „ Dwi-Bin‟ dihasilkan menggunakan besi My Steel yang berukuran 1.6mm sebagai bahan utama kerana kekuatan yang kuat.

x. Pemampat manual „Dwi-Bin‟ dihasilkan menggunakan stainless steel kerana ianya tahan karat serta mempunyai kekuatan yang tinggi.

1.5 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah sampah bertaburan di atas lantai di Bengkel Kimpalan Polisas. Selain itu, pemilihan responden yang melibatkan pekerja pembersihan di Polisas dilakukan kerana komen daripada rakan – rakan pensyarah yang memberikan informasi tentang mereka yang dikatakan prihatin dan berhemah semasa membuang sisa makanan. Hasil dapatan daripada data-data maklumat tersebut akan membantu mengurangkan masalah yang dihadapi di Bengkel Kimpalan Polisas.

(6)

6 1.6 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat pelbagai jenis tong sampah yang telah direka. Antaranya ialah tong sampah hitam, tong sampah berkapasiti 30 litre dan seumpamanya. Cara untuk mengatasi masalah yang terdapat pada penutup tong sampah yang sedia ada ialah :

I. Menghasilkan satu kekunci yang diberi nama “Auto-Self Lock”.

Dengan rekabentuk ringkas serta penggunaan barang yang murah tetapi tahan lasak diperlukan untuk menghasilkan auto-lock tong sampah ini. Ia juga boleh digunakan pada tong sampah yang diskopkan (Plug & Play).

II. Menambah pemampat yang digunakan secara manual.

Penggunaan pemampat ini sangat mudah. Ia dikendalikan secara manual tanpa memerlukan peralatan elektrik atau elektronik. Ia hanya memerlukan tenaga manusia. Tenaga yang diperlukan adalah berkadar sedikit.

1.7 TAKRIFAN ISTILAH / OPERASI

Pertama ialah mengenai kekunci yang diberi nama “Auto-Self Locking”. Penutup ini berfungsi terkunci dengan sendirinya apabila ditutup. Penutup juga mempunyai cangkuk yang direka secara terperinci bagi mengelakkan dapat dibuka oleh haiwan.

Kedua ialah penambahan terhadap „Dwi-Bin‟ iaitu pemegang badan tong sampah. Pemegang ini boleh dimuatkan pelgabai saiz dan ketinggian. Pemagang ini boleh dilaraskan. Cara melarasnya ialah dengan menggunakan flexible hook.

Ketiga ialah pemampat manual. Pemampat ini direka dengan mudah dan tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik atau elektronik. Ia juga dapat menjimatkan kos

(7)

7 pembuatan. Pemampat ini menggunakan tenaga manusia. Tenaga manusia yang diperlukan bagi menggunakan pemampat manual adalah berkadaran sedikit.

1.8 KESIMPULAN

Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mengenai gangguan haiwan yang berkaitan tong sampah satu rekabentuk yang dihasilkan ialah „Dwi-Bin‟. Dalam penghasilan „Dwi-Bin‟ ianya tidak memerlukan kos pembuatan yang tinggi. Hal ini kerana „Dwi-Bin‟ tidak memerlukan kuasa elektrik, solar, bateri atau sensor akan tetapi sebaliknya hanya memerlukan penggunaan tenaga manusia yang berkadaran sedikit.

(8)

8

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan, pemerhatian serta pendapat dari penyelia projek kami.

Kajian ini dijalankan dengan mengkaji kaedah dan sesuatu yang belum pernah dihasilkan sebelum ini. Penutup-penutup yang berada di pasaran pada ketika ini bagus tetapi masih terdapat kekurangan daripada segi fungsi, ciri-ciri keselamatan serta saiz yang dihasilkan. Penggunaan penutup tong sampah dipasaran pada masa kini terlalu mudah dibuka oleh haiwan. Saiz sesuatu penutup yang bakal dihasilkan bergantung kepada jenis tong sampah yang disediakan. Harga juga mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan untuk menghasilkan penambahbaikan terhadap penutup tong sampah tersebut.

Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan dengan kesemua data

untuk memperoleh maklumat yang sahih boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk

(9)

9 2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK

TERDAHULU

Teknik atau cara membuang sampah yang betul boleh membantu anda untuk memjimatkan lagi ruang didalam tong sampah dan menambahkan lagi kadar minimum ruangan didalam tong sampah. Antara sampah yang sering dibuang di tong sampah ialah sampah organik dan anorganik. Sampah Organik ialah sampah yang mudah membusuk seperti sisa makanan, sayuran, daun-daun kering dan sebagainya. Sampah Anorganik pula ialah sampah yang tidak mudah membusuk seperti plastik pembungkus makanan, kertas, plastik mainan, botol dan gelas minuman serta seumpamanya.

2.2.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula merupakan proses memperoleh atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk digunakan semula. Menurut Tapas K. Das(2005), kitar semula adalah proses industri secara kimia, mekanik dan biologi yang digunakan untuk menukarkan bahan buangan kepada „recyclates‟, „feedstock‟ dan tenaga yang boleh digunakan semula. Selain itu, kitar semula juga dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu „preconsumer‟ dan „postconsumer‟. Proses kitar semula „preconsumer‟ melibatkan bahan mentah, produk dan produk sampingan yang masih boleh digunakan dengan melakukan prosedur pembuatannya. Kitar semula barang-barang „postconsumer‟ pula merujuk kepada barangan sasaran akhir yang akan mencapai penggunaan akhir dan telah diasingkan daripada sisa pepejal bandaran untuk tujuan kitar semula. Walaupun kitar semula mempunyai pelbagai definisi, namun secara amnya kebanyakan definisi tersebut akan mengaitkan kitar semula dengan proses penghasilan bahan baru daripada bahan terbuang dan juga penggunaan semula bahan bagi tujuan yang berbeza.

(10)

10 2.2.2 Kompesisi Bahan Yang Boleh Dikitar Semula

Secara amnya, terma „boleh dikitar semula‟ merujuk kepada sifat atau ciri-ciri barang-barang yang boleh ditukar daripada satu barang kepada barang yang lain melalui proses, program, dan boleh dikumpul, diproses dan seterusnya menghasilkan bahan mentah atau produk (MuhamadAwang et. al, 1999). Menurut Tapas K. Das (2005), kitar semula bukan sekadar strategi pengurusan bahan buangan semata-mata, tetapi juga merupakan strategi penting untuk mengurangkan kesan alam sekitar akibat proses perindustrian. Secara amnya, komposisi bahan kitar semula dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1.

Barang-barang yang boleh dikitar semula

(11)

11 2.2.3 Kitar Semula di Malaysia

Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat dunia mula menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang. Pelbagai jenis barang yang dihasilkan seperti kaca, plastik dan aluminium di samping jumlah penduduk dunia yang semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah sampah yang bertambah. Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat Malaysia yang semakin bertambah dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah sampah yang dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang diambil adalah program kitar semula yang sering dijalankan. Program kitar semula biasanya dilakukan secara bersama dengan program penggunaan semula dan pengurangan yang lebih dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

Kitar semula merupakan aliran baru yang muncul bermula dengan penghijauan masyarakat pada tahun 1970-an dan mula dilupakan semula tahun 1990-an. Menurut Kamus Dewan (1996), sampah merujuk kepada sisa buang harian dan juga kotoran. Kerajaan Malaysia mula memberi tumpuan kepada masalah sisa pepejal yang semakin bertambah pada tahun 1985 (Nasir Nayan et al. 2006). Kempen kitar semula di Malaysia pula mula dilancarkan sejak tahun Sisa Kumbahan Konkrit dan runtuhan bangunan Loga Tidak mengandungi Ferum Mengandungi Ferum Tayar 1993 dan dilancarkan pada kali kedua iaitu pada tahun 2000. Hal ini demikian kerana kurangnya sambutan daripada masyarakat Malaysia tentang pentingnya kitar semula. [2]

Program kitar semula pada tahun 2000 dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan diadakan di Mid Valley. Program ini juga telah disertai oleh pelbagai pihak. Alternatif lain yang diambil oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah dengan mewujudkan Hari Kitar Semula Kebangsaan iaitu pada 11 November pada setiap tahun. Sehingga tahun 2009, terdapat sebanyak 165 buah syarikat kitar semula di Malaysia. Selain itu, terdapat sebanyak 2470 buah tong kitar semula disediakan di samping 599 buah pusat pengumpulan bahan kitar semula. [3]

(12)

12 Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12 peratus dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008. [4]

Walaubagaimanapun, terdapat juga negara yang mempunyai kadar ekonomi yang rendah seperti India yang tahap kitar semulanya adalah sebanyak 15 peratus. Kebanyakan negara membangun mengitar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada hasil bahan buangan pejalnya. [5] Menurut Zaini Ujang (2009), program kitar semula di Malaysia tidak menunjukkan hasil yang diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan ini berpunca daripada tiga faktor iaitu dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar semula sebagai alternatif, kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran awam yang rendah.

Sehingga kini, proses kitar semula hanya banyak dijalankan oleh pihak swasta dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak banyak membantu dalam menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi sebaliknya berlaku di kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan di sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis dan jika melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa dua hari, tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik hitam, bil akan dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain.

Selain itu, amalan yang dilakukan oleh kebanyakan pihak juga tidak selari dengan kempen kitar semula yang dilancarkan. Contohnya, penggunaan plastik di kedai-kedai runcit disamping botol air plastik yang digunakan ketika mesyuarat diadakan. Jadual 2.1 menunjukkan jumlah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia pada tahun 2002. [6] Berdasarkan jadual 2.1 tersebut, peratusan yang ditunjukan masih lagi tinggi dan keadaan ini menggambarkan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum sedar mengenai kepentingan kitar semula walaupun pelbagai program kitar semula telah dijalankan.

(13)

13 Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia pada tahun 2002. [6]

Komposisi sampah Jumlah sampah (%)

Sisa makanan 54

Surat khabar 4

Kepingan plastic 12

Kaca 2

Kertas 9

Bahan bukan organic 6

Bahan boleh bakar 4

Bahan tidak boleh bakar 6

Besi 3

Jumlah 100

2.2.4 Kepentingan Kajian

Melalui kajian yang dihasilkan terdapat banyak kepentingan untuk individu, masyarakat mahupun negara. Hal ini kerana rekabentuk tong sampah yang sedia ada terlalu mudah dan biasa. Justeru, menambahbaik kekunci serta pemampat dan engsel tong sampah dilakukan bagi menyenangkan pengguna. Terdapat beberapa kepentingan hasil daripada kajian yang dilakukan. Antaranya ialah :

Kepentingan kepada individu. Individu yang mempunyai persekitaran yang kondusif dilihat dapat mencerminkan perwatakan diri seseorang. Apabila individu menjaga dan mengekalkan kebersihan, masyarakat sekeliling akan memandang individu tersebut sebagai individu yang mempunyai perwatakan yang sangat baik. Individu ini juga dapat memastikan kebersihan keadaan disekelilingnya.

(14)

14 Seterusnya ialah kepentingan kepada masyarakat. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini memandang enteng terhadap tong sampah yang tidak ditutup. Hal ini kerana mungkin tong sampah tersebut terlalu kotor dan mempunyai bau yang sangat tidak menyenangkan. Masyarakat yang bekerjasama dalam menjaga kebersihan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Masyarakat juga dapat berkongsi pendapat mengenai lokasi yang strategik bagi meletakkan tong sampah agar kelihatan kemas.

Akhirnya ialah kepentingan kepada negara. Negara dapat mengekalkan nama dan imej yang baik segali gus dapat menarik perhatian daripada pelancong dari luar negara. Masyarakat juga sangat selesa apabila bersiar-siar dengan keluarga masing-masing.

2.3 KONSEP/TEORI YANG DIGUNAKAN PADA TONG SAMPAH

„DWI-BIN’.

Projek ini terdapat beberapa konsep yang bakal diwujudkan. Antaranya ialah : i “Auto self-locking system”

ii “Manual Compress”

AUTO SELF-LOCKING SYSTEM

Sistem ini berfungsi sebagai pengunci untuk mengelakkan dari mudah dibuka oleh haiwan. Teori yang digunakan ialah seperti sistem tombol pengunci pintu.

MANUAL COMPRESS (Pemampat Manual)

Pemampat ini direka khas untuk memampat bekas makanan seperti polisterin. Ia dikendalikan menggunakan tenaga manusia. Ia tidak perlu menggunakan peralatan elektrik atau elektronik.

(15)

15 2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Di Malaysia, terdapat banyak tong sampah yang berbeza warna dan telah dikategorikan mengikut jenis masing-masing tetapi kita masih tidak menghiraukannya dan membuang sampah sesuka hati. Terdapat tiga jenis tong sampah kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Antara tong sampah yang terdapat di Malaysia ialah :

2.4.1 Tong Sampah Jenis Plastik

Tong sampah kitar semula ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong sampah kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter. Tong sampah kitar semula biru untuk semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, alumunium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

(16)

16 2.4.2 Tong Sampah Jenis Keluli

Tong sampah seperti rajah 2.4.2 dibawah selalu ditemui dikawasan dinding perjabat. Tong sampah seperti ini di asingkan mengikut warna seperti biru untuk plastic, oren untuk tin dan kuning untuk kertas.

Gambarajah 2.4.2 : Tong Sampah Keluli

2.5 KESIMPULAN

Akhir bab ini, kita akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai konsep dan teori yang sering dikatakan oleh segelintir masyarat yang mengambil berat tentang isu yang menjadi bualan hangat pada masa kini. Di samping itu, kita juga dapat mengetahui tentang tindakan yang akan dikenakan jika melanggar arahan atau undang-undang dapat kita dapat mengetahui denda ataupun akta jika didenda.

(17)

17

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.

Selain itu, perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia projek mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas dan berkaitan dengan projek dapat dilakukan serta mendapat sokongan daripada penyelia. Oleh itu, dalam perlaksanaan projek ini perancangan yang teliti adalah penting dan ternyata berkesan untuk memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dilakukan.

Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa. Selain itu juga kerja dapat disiapkan tepat pada masa yang ditetapkan.

(18)

18 3.2 CARTA ALIR Penyataan Masalah Mula Objektif Kajian Skop Kajian

Proses Reka Bentuk Carta

Keperluan Reka Bentuk

Pernyataan Masalah

Pemilihan Konsep Kajian Literatur

Reka Bentuk Konsep

Pemilihan Bahan

Proses Penilaian

Tamat Lukisan Terperinci

dan Kos Analisis Reka Bentuk

Gagal

(19)

19 3.3 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk konsep ini dilakukan dengan sekadar lakaran awal sebelum memulakan projek. Tujuan rekabentuk konsep ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal terhadap projek yang dibuat. Ia juga bertujuan untuk menambah baik lakaran yang sedia ada. Rekabentuk konsep dilakukan sebanyak yang boleh bagi mengeluarkan kesemua idea dan inovasi. Dalam pemilihan rekabentuk, lakaran dibuat bagi membezakan kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran projek. Dalam pemerhatian yang telah dilakukan, kebanyakkan tong sampah tidak mempunyai sistem “auto lock”. Hal ini lebih memudahkan haiwan untuk mengambil sisa makanan seterusnya akan menyebabkan sisa makanan bertaburan diatas lantai.

3.3.1 Pernyataan Masalah

Dengan adanya tong sampah “Dwi-Bin” ianya boleh menjaga kebersihan sekeliling kawasan tong sampah serta dapat menjimatkan ruang di bahagian dalam tong sampah. Di samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani ialah kekangan pensyarah di Bengkel Kimpalan Polisas bagi menghalau dan mengelakkan haiwan daripada mengunjungi tong sampah tersebut. Kekangan yang seterusnya ialah menjimatkan ruang dibahagian dalam tong sampah

Haiwan seperti kera dan anjing seringkali gemar mengunjungi tong sampah. Hal ini kerana haiwan tersebut mencari sisa makanan untuk dimakan. Apabila haiwan tersebut mengunjungi tong sampah semestinya sisa makanan akan bertaburan di luar tong sampah dan diatas lantai. Hal ini menimbulkan bau serta mendatangkan pandangan yang negatif jika mesyarakat luar melawat bengkel kimpalan. Dengan adanya “DWI-BIN” yang mempunyai kekunci yang tersendiri ianya dapat menghalang haiwan daripada dapat membuka penutup tong sampah.

(20)

20 Ruangan di dalam tong sampah juga sering penuh dan padat dengan pembungkus makanan. Pembungkus makanan seperti plastic, polisterine dan seumpamanya tidak banyak akan tetapi ianya memenuhi ruang didalam tong sampah. Dengan adanya pemampat ianya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan dapat menjimatkan ruang didalam tong sampah.

Tong sampah juga sering tumbang apabila kita perhatikan setelah dikunjungi oleh haiwan. Ini kerana haiwan tersebut menjatuhkan tong sampah bagi memudahkan untuk mendapatkan sisa makanan yang tertinggal. Hal ini seringkali terjadi dibengkel kimpalan Polisas pada setiap pagi. Haiwan tersebut mungkin datang kepada tong sampah pada waktu petang atau pada waktu malam. Oleh itu, kami membuat rekaan pemegang badan tong sampah yang menggunakan tali yang boleh direnggang. Kami juga membuat rekaan pemampat manual dan kekunci yang tersendiri bagi menyeelesaikan masalah yang dihadapi.

3.3.2 Lakaran Awal

i. Lakaran Rekabentuk (A)

Engsel berspring Kekunci Tong sampah Tapak pengikat Salur air Pandangan sisi

(21)

21

Kelebihan Kekurangan Material

Mudah diletak Perlu diletakkan berhampiran longkang Tong sampah hitam Mudah dikendalikan Kekedapan tidak berlaku kekunci

Mempunyai engsel Kedudukan yang tetap Besi

Menjimatkan ruang Paip PVC

Jadual 3.3.2(i): Kelebihan dan kekurangan struktur projek

ii. Lakaran Rekabentuk (B) Tiang pemampat Pemampat Kekunci Tong sampah Tapak Pandangan hadapan

(22)

22

Kelebihan Kekurangan Material

Mempunyai sistem

pemampat

Tidak bergerak apabila diletakan

Tong sampah hitam

Susah di pindahkan roller

Terlalu besar dan berat Besi

Jadual 3.3.2(ii): Kelebihan dan kekurangan struktur projek

ii. Lakaran Rekabentuk (C)

Penutup

Kekunci

Pemampat Tong sampah

Rangka Tiang pemampat

Pandangan hadapan

(23)

23

Kelebihan Kekurangan Material

Sistem kekunci tersendiri Sedikit berat Tong sampah hitam

Mempunyai pemampat Besi

Mudah dikendalikan Stainless steel

Jadual 3.3.2(iii): Kelebihan dan kekurangan struktur projek

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan konsep. Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep unruk menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermatrik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4.1. Hasilnya, telah dipilih dalam bentuk kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.

(24)

24 3.4.1 JADUAL PENILAIAN BERMETRIK

. REKABENTUK/ KRITERIA REKA BENTUK A REKA BENTUK B REKA BENTUK C Kos 2 1 3 Ketahanan 2 1 4 Bahan 2 1 3 Keselamatan 1 2 2 Kestabilan 1 2 3 Jumlah 8 7 14

(25)

25 3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer

Rajah 3.4.2: Lukisan inventor

3.4.3 Bahagian DWI-BIN

NAMA BAHAGIAN FUNGSI

Penutup

Digunakan sebagai penutup tong sampah

Badan

Bahagian badan ini berfungsi untuk menampung sampah yang dibuang

Engsel

Digunakan bagi memudahkan membuka penutup tong sampah

(26)

26 Rangka

Bahagian rangka ini sebagai tempat untuk meletakkan tong sampah supaya tidak mudah tumbang.

Pemampat

Bahagian pemampat adalah untuk memampatkan sampah (plastic dan polisterine) yang berada dalam tong sampah.

Kekunci

Bahagian kekunci ini adalah untuk memastikan penutup tong sampah sentiasa berkunci.

Jadual 3.4.3: Nama bahagian dan fungsi

3.5 PERALATAN, BAHAN DAN KOS

3.5.1 PERALATAN

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang dilakukan tidak akan dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk membina „dwi-bin‟ adalah seperti berikut.

PERALATAN KEGUNAAN

Mesin pemotong besi

Digunakan untuk memotong pelbagai jenis besi mengikut ukuran yang telah diukur.

(27)

27 Mata Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja. Saiz mata gerudi juga berbeza mengikut saiz lubang yang hendak dibuat

Kikir

Digunakan untuk mengikir bahan kerja. Kikir digunakan bagi tujuan mengikir tempat yang mempunyai lebihan besi selepas dipotong. Kerja ini dilakukan bagi tujuan kekemasan projek.

Sarung tangan

Digunakan semasa memotong besi untuk melindungi tangan diripada cedera

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur sesuatu yang panjang.

Mesin ini digunakan untuk menyambung besi dengan lebih kemas.

(28)

28 Mesin kimpalan MIG

Cermin mata

Alat ini digunakan untuk melindungi mata daripada terkena serpihan yang terpercik semasa melakukan kerja.

Mesin Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja.

3.5.2 SENARAI BARANG DAN KOMPONEN PROJEK

Antara komponen yang digunakan dalam penghasilan DWI-BIN:  Stainless steel

 Besi

 Tong sampah hitam

(29)

29 3.5.3 Stainless steel

Stainless steel adalah sejenis besi yang tahan karat dan besi yang kukuh. Banyak digunakan untuk membuat alatan memasak seperti pisau, kuali dan banyak lagi.

rajah 3.5.3: Stainless steel

3.5.4 Besi

Besi digunakan untuk membuat rangka tempat letak tong sampah. Materialnya yang kukuh adalah sangat sesuai untuk digunakan supaya tong sampah tidak mudah tumbang.

(30)

30 3.5.5 Tong sampah hitam

Menggunakan tong sampah hitam yang sedia ada sebagai bahan utama kerana kebanyakan rumah menggunakan tong sampah ini.

Rajah 3.5.5: Tong sampah

3.5.7 Kos Membeli Barangan

BAHAN HARGA

PASARAN

KEGUNAAN KOS

KEGUNAAN

Tong sampah RM 20.00 1 unit RM 20.00

Besi 1 inci 20 kaki=RM50.00 10 kaki RM25.00

Engsel 1 unit = RM2.00 1 unit RM2.00

Lock 1 unit = RM15.00 1 unit RM15.00

Skru besar 1unit= RM0.50 8 unit RM4.00

Skru kecil 1 bekas=RM3.00 1 bekas RM3.00

Stainless steel 4x8=RM 90.00 Diameter 30 cm RM15.00

Total RM 84.00

(31)

31 3.6 PROSES MEMBINA “DWI-BIN”

Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan pelaksanaan kerja dalam membina projek kami ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek boleh dibuat dan juga dihasilkan.

3.6.1 Membuat Lakaran Lukisan “dwi-bin”

Lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan tersebut dilakar dengan mengunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Lukisan dilakar atau dilukis dalam bentuk isometrik supaya mudah dilihat dan difahami. Ini kerana, projek boleh dilihat dan difahami dari sudut pada pandangan hadapan dan tepi. Selepas proses membuat lukisan asas projek, setiap kompenan pada projek dilukis secara berasingan bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina projek.

Projek kami terbahagi kepada tiga bahagian yang asas. Antara bahagian asas tersebut adalah bahagian rangka, sistem kunci dan engsel. Pada setiap bahagian terdapat beberapa bahagian-bahagian kecil dalam setiap bahagian asas tersebut. Setiap bahagian dilukis dengan lebih terperinci bagi tujuan untuk mempermudahkan perlaksanaan pembinaan projek kami.

(32)

32 3.6.2 Proses Membina Rangka “DWI-BIN”

Jenis besi untuk membina rangka “DWI-BIN” menggunakan besi paip. Serrta menggunakan proses cantuman kimpalan MIG, proses ini untuk mecantumkan hujung besi yang berbentuk sudut. Cantuman kimpalan MIG digunakan adalah kerana bahagian yang dicantumkan adalah daripada besi. Bahagian hujung perlu dicantumkan menggunakan kimpalan MIG kerana sudut yang berbentuk dan juga hasil cantuman lebih kemas dari jenis cantuman yang lain. Jenis cantuman ini lebih bersesuaian digunakan ke atas projek kami.

3.6.3 Proses Membina Kekunci “DWI-BIN”

Setelah selesai pembinaan bahagian rangka, kerja-kerja pembinaan komponen seperti “lock box” serta kedudukan “lock”dimulakan. “Lock box” serta kedudukan batang pengunci dibina. “Lock box” diperbuat daripada plat besi 0.6 mm berukuran 12cmx10cmx4.5cm. Plat besi ini adalah sesuai digunakan, kerana plat besi ini dapat menampung daya tekanan yang dikenakan padanya. “Hook” dibina sebagai pemegang kotak pengunci. Fungsi “hook” ini adalah sebagai penahan kepada tong sampah agar tidak mudah rosak. Setelah “lock box” dan “hook” siap dibina, cantumkan kedua-duanya dan lekatkan pada tong sampah menggunakan skru.

(33)

33 3.6.4 Proses Membina Pemampat “DWI-BIN”

Proses membina pemampat menggunakan besi 1.5 inci berukuran panjang 61 cm sebagai tiang pemampat. Gunakan plat besi 6 mm sebagai tapak tiang pemampat. Kemudian gunakan besi 1 inci sebagai batang pemampat dan stainless steel berdiameter 30 cm sebagai pemampat. Akhirnya cantumkan plat besi pada rangka dan cantumkan tiang pemampat pada plat besi. Gunakan kimpalan MIG untuk proses cantuman.

3.7 KESIMPULAN

Akhir bab ini, kita akan lebih mengetahui rekabentuk atau lakaran terdahulu sebelum terhasilnya rekaan yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat mengagarkan kos projek „DWI-BIN‟. Kami berharap dengan wujudnya projek ini, produk ini dapat menangani masalah yang sering berlaku di bengkel POLISAS. Di samping itu, kami juga berharap projek dapat dijalankan dengan jayanya

Referensi

Dokumen terkait

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Logo merupakan lambang yang dapat memasuki alam pikiran/suatu penerapan image yang secara tepat dipikiran pembaca ketika nama produk tersebut disebutkan (dibaca),

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..

selama 3 dan 4 menit menujukkan pola pandu gelombang yang jelas dan tidak terputus-putus, hal ini berkaitan dengan proses polimerisasi rantai organik yang telah

value Teks default yang akan dimunculkan jika user hendak mengisi input maxlength Panjang teks maksimum yang dapat dimasukkan. emptyok Bernilai true jika user dapat tidak