• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (LINUS2.0) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT BIL. 1/2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (LINUS2.0) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT BIL. 1/2016"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KURIKULUM DAERAH (LINUS2.0) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

BIL. 1/2016

TARIKH : 14 JUN 2016

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN AURA BESTARI, PPDBP

KEHADIRAN :

1. En. Md Said bin Daimon : Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat 2. Tn. Hj. Dawad bin Sukimi : Pen. PPD Bahasa Melayu (M)

3. En. Mohd Yazi bin Jasman : Ketua FasiLINUS PPDBP

4. En. Mohd Ranunah bin Omar : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu 5. En. Ariffin bin Ali : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu 6. En. Abu Bakar bin Abdul Rahim : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu 7. Pn. Rohani binti Abd. Kahar : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu 8. En. Mohd Shukri bin Marof : FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu 9. En. Mohamed Zainudin bin Bahari : FasiLINUS Numerasi

10. Pn. Suhailah binti Mohd Yatim : FasiLINUS Numerasi 11. En. Md. Rozi bin Jab : FasiLINUS Numerasi 12. En. Azlan bin Paiman : FasiLINUS Numerasi

13. En. Muhd Zidhuan bin Abd Rahman : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris 14. Tn. Hj. Abd Rahman bin Isnin : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris 15. Pn. Mastura binti Md. Salih : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris 16. En. Adil Fahmy bin Yahya : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris 17. En. Mohd. Nazri bin Mohd. Zaini : FasiLINUS Literasi Bahasa Inggeris 18. Pn. Mazlinda binti Jalal : Penolong Akauntan PPDBP

19. En. Jaslan bin Muhadi : Peng Panitia LINUS2.0 Daerah-GB SK Sg Suloh 20. Pn. Ruha binti Hj Jabir : Peng Panitia BM (SK)-GB SK Convent

21. En. Ho Weng Tack : Peng Panitia BM (SJK)/Pengerusi MKZ Bandar-

GB SJKC Ai Chun 2

22. En. Abu Bakar bin Sarip : Peng Panitia BI (SK)-GB SK Seri Pasir 23. Pn. Kua Lee Ching : Peng Panitia BI (SJK)-GB SJKC Chern Hwa 24. En. Mohd Yazid bin Kamri : Pengerusi Panitia MT (SK)-SK Senggarang 25. En. Soh Lip Soon : Peng Panitia MT (SJK)-GB SJKC Hwa Nan 26. En. Zainuddin bin Shamsuddin : Pengerusi MKZ Penggaram-SK Seri Banang 27. En. Noor Azlan bin Zakaria : Pengerusi MKZ Senggarang-GB SK Koris 28. Tn. Hj. Khirom bin Ab Rahman : Pengerusi MKZ Semerah-GB SK Peserai

29. En. Azman bin Hussien : Pengerusi MKZ Parit Sulong-GB SK Seri Chantek 30. En. Heng Hock Teng : Pengerusi MKZ Yong Peng-GB SJKC YP 1

31. En. Sahdon bin Mohamed : Pengerusi MKZ Ayer Hitam-GB SK Setia Jaya 32. En. Zamarul Ahmad bin Jabar : Guru Besar SK Pendidikan Khas

33. Pn. Nor Hazilah binti Ab. Rahman : Wakil Pengerusi MKZ Pintas Puding/GPML 34. Pn. Elmi Izua binti Mohd Yusof : Guru Pemulihan Khas LINUS2.0-SK Rengit

(2)

2

35. Cik Maria binti Mashor : Guru Pemulihan Khas LINUS2.0-SK Peserai 36. Pn. Ayu Rahani binti Che Lah : Guru Pemulihan Khas LINUS2.0-SK Seri Beroleh

TURUT HADIR Tiada

TIDAK HADIR BERKENYATAAN

1. En. Mohd Fadzli Amin b. Ab Rahman (PPPD Sains & MT - Menengah) - Audit Sumatif 2 2. En. Mohd Nazri bin Samad (PPPD Bahasa Inggeris - Rendah) - Audit Sumatif 2

3. En. Rizal bin Hassan (Pemangku PPPD Pend Khas & Pemulihan) - Cuti rehat 4. En. Zamrul bin Ahmad (GB SK Pendidikaan Khas) - Salah kefahaman

5. En. Musa bin Hj P Mohidin (Pengerusi MKZ Pintas Puding) - Kurang sihat.

6. Pn. Hamidah binti Shahadan (Guru Pemulihan Khas LINUS2.0) - Ada kelas tambahan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Md Said bin Daimon Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat.

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan doa seterusnya mengalu alukan serta mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Makluman

1.2 Harapan pengerusi semoga matlamat mesyuarat pada hari ini tercapai dan dapat ditamatkan sebelum pukul 4.00 petang agar semua ahli mesyuarat yang beragama Islam dapat berbuka puasa bersama keluarga dalam keadaan tenang.

Makluman

1.3 Menurut UNESCO, LINUS merupakan cabaran paling besar yang sedang dihadapi dunia termasuk Malaysia kerana ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid-murid. Justeru itu, melalui NKRA Program LINUS2.0 telah dilancarkan di Malaysia sekali gus mewujudkan perjawatan Pegawai FasiLINUS.

Makluman

1.4 Merujuk kepada PPPM, kedudukan Malaysia di bawah Vietnam. Sehubungan dengan itu, pengerusi berharap agar semua Pegawai FasiLINUS memainkan peranan sebaik mungkin dalam melaksanakan dengan jayanya Program LINUS2.0 yang mana secara langsung menyumbang kepada pencapaian Malaysia.

Makluman

1.5 Jawatankuasa mesyuarat yang dilantik adalah berdasarkan ketetapan dalam Buku Pengoperasian LINUS2.0.

(3)

3

1.6 Mesyuarat JKD LINUS2.0 2015 telah memutuskan bahawa ApDaL perlu

dilaksanakan di semua sekolah rendah daerah Batu Pahat. Walau bagaimanapun merujuk kepada analisis data penggunaan ApDaL, penggunaan aplikasi ini tidak mencapai 100%. Perlu dinyatakan sebab tidak menggunakannya.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ

1.7 Peranan Majlis Kurikulum Zon (MKZ) perlu diperkasakan melalui penyampaian maklumat yang diperoleh dalam mesyuarat oleh Pengerusi MKZ kepada ahli dalam zon masing-masing.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ

1.8 Melalui bimbingan Pegawai FasiLINUS mendapati guru-guru terutama numerasi kurang menggunakan bahan bantu belajar yang merupakan tongkat kepada murid- murid. Pengerusi MKZ perlu menyampaikan kepada ahli zon seterusnya

membincangkan isu ini agar tidak terus berlarutan.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat JKD LINUS2.0 2015 yang telah diadakan pada 17 November 2015, disahkan tanpa pindaan. En. Ariffin bin Ali mencadangkan agar minit yang lalu disahkan dan En. Azlan bin Paiman menyokong cadangan tersebut.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

5.2 Berdasarkan Ujian Aptitud Am Tahun 3, ramai murid berada pada tahap lemah bagi domain BM3 (Kemahiran Aplikasi Kritikal), BI3 (Critical Application Skills) dan M3 (Penyelesaian Masalah). Justeru, Pn. Ruhani mencadangkan agar dapatan ini dibincangkan dalam Majlis Kaunselor bagi membantu JKD seterusnya pihak sekolah meningkatkan ketiga-tiga domain tersebut sama ada dari segi strategi atau aktiviti yang menggabungkan fungsi kognitif dan psikomotor.

Perlu perbincangan lanjut sama ada status berkenaan telah diberikan kepada guru pemulihan atau tidak. Walaupun bukan program LINUS tetapi boleh membantu dalam pencapaian LINUS.

Tindakan: PPPD Bimb, Kaunseling & Kerjaya

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN 4.1 Pembentangan oleh oleh En. Yazi bin Jasman.

4.1.1 Analisis Saringan 1 Tahun 3 LBM, LBI dan Numerasi Jumlah Murid: 6324

(4)

4

Literasi BM Tahun 3 (KPI: 97%)

K1-K2 % K2-K3 % Menguasai %

21 0.33 182 2.88 6121 96.79

Numerasi Tahun 3 (KPI: 97%)

K1-K2 % K2-K3 % Menguasai %

12 0.19 101 1.60 6211 98.21

Literasi BI Tahun 3 (Kpi: 90%)

K1-K2 % K2-K3 % Menguasai %

64 1.01 518 8.19 5742 90.80

LBM: Tidak capai KPI

LBI dan Numerasi: Capai KPI

4.1.2 Senarai Sekolah 100% Arus Perdana LBM, LBI dan Numerasi Tahun 3 25 Buah Sekolah:

SK LUBOK SK SERI PERPAT

SK SERI SEKAWAN DESA SK MUTIARA

SK SERI LAKSANA SK SERI PASIR PUTEH

SK PARIT LAPIS SK SEPAKAT JAYA

SK SERI BENGKAL SJK(C) AI CHUN 2

SK BINDU SJK(C) CHONG HWA PT KADIR

SK SERI MANGGIS SJK(C) CHONG HWA SRI MEDAN

SK SERI BANANG SJK(C) LAM LEE

SK SERI REJO SARI SJK(C) LI CHUN

SK PARIT KADIR SJK(C) PEI CHUN

SJK(C) SIN HWA SJK(C) YORK CHAI

SJK(C) TUNG CHENG SJK(T) SRI GADING

SJK(C) YEONG CHANG

4.1.3 Analisis Saringan 1 Tahun 2 LBI Jumlah Murid: 6173

Literasi BI Tahun 2 (KPI: 79%)

K1-K2 % K2-K3 % Menguasai %

144 2.33 967 15.66 5062 82.00 Capai KPI

4.1.4 Analisis Saringan 1 Tahun 1 LBI Jumlah Murid: 6166

Literasi BI Tahun 1 (KPI: 67%)

K1-K2 % K2-K3 % Menguasai %

373 6.05 1754 28.45 4039 65.50 Tidak capai KPI

4.1.5 Program Yang Telah Dilaksanakan: (i) ApDaL Bp Smiles

(5)

5

- Meluaskan penggunaan Aplikasi Digital yang boleh mennganalisis setiap item dalam konstruk

- boleh membantu menyediakan Headcount LINUS

- boleh membantu menyediakan justifikasi murid tidak menguasai konstruk (ii) Profil Murid

- Semua sekolah dibimbing menyediakan profil murid yang belum menguasai (Tahun 1, 2 dan 3) bagi mudahkan program intervensi dilaksanakan.

(iii) Program Rawatan Intensif Pemulihan ‘Raihan’ - Brain Gym 4.1.6 Program Yang Akan Dilaksanakan:

(i) Program Hot Potatoes

- Menyediakan perisian tambahan latih tubi secara interaktif offline. (ii) Program Buru KPI

- Membimbing guru-guru LINUS melaksanakan intervensi secara berfokus berdasarkan data Saringan 1 dan KPI.

(iii) Dialog Pelaksanaan Intervensi Linus Ikut Zon

- Pelaksanaan sama seperti Dialog Prestasi tetapi hanya berfokus kepada permasalahan LINUS dan perkongsian amalan terbaik LINUS.

(iv) Penggunaan Perisian SnailPhonics

- Membantu guru terutama bukan opsyen BI menangani masalah murid- murid belum menguasai K1-K2 LBI.

Makluman

4.2 Pembentangan oleh En. Muhd Zidhuan bin Abd Rahman. 4.2.1 ApDaL (Aplikasi Data LINUS)

(i) Prosedur biasa apabila melaksanakan saringan membaca memerlukan guru membawa:

1. Instrument Saringan (MEMBACA) untuk guru dan murid 2. Manual Pentadbiran Saringan (Membaca)

3. BPPI

4. Senarai nama murid

(ii) Dengan ApDaL semua yang tersebut tidak perlu dibawa bersama semasa melaksanakan saringan kerana telah dimasukkan dalam aplikasi berkenaan.

(iii) Bimbingan berfokus memerlukan Headcount LINUS (TOV), peratus pencapaian berbanding KPI, jumlah murid tidak menguasai, murid (K1-K2) dan murid (K3-K12), analisis konstruk (Membaca & Menulis) dan analisis item (Membaca & Menulis).

(iv) ApDaL menjana semua yang diperlukan iaitu:

1. BPPI 4. Analisis item

2. Headcount LINUS 5. Graf pencapaian

3. Analisis konstruk 6. Statistik untuk mencapai KPI (v) Bantuan yang disediakan bagi menjayakan ApDaL:

(6)

6

1. Manual Penggunaan (digital – pdf) 2. Manual Penggunaan (flip book) 3. Video Tutorial Penggunaan 4. PLC / On-site

(vi) Kawalan Pelaksanaan: A.I.M.S (ApDaL Implementation Monitoring System) PLC PELAKSANAAN PENGHANTARAN SK 61/103 57/103 34/103 SJK 20/39 28/39 19/39 SRAB 1/1 1/1 1/1 JUMLAH 82/143 86/143 54/143 Makluman

4.3 Pembentangan oleh En. Mohd Ranunah bin Omar. 4.3.1 Bengkel Brain Gym

(i) Jadual Pelaksanaan

ZON TEMPAT TARIKH LAKSANA

Pt Sulong/Semerah Sk Seri Separap 10 MEI 2016

Penggaram Sk Seri Puteri 11 MEI 2016

Yong Peng/Seri Medan Sjk(T) Ladang Yong Peng 17 MEI 2016

Senggarang Pkg Senggarang 24 MEI 2016

Pt Raja /Air Hitam Sk Ayer Hitam 25 MEI 2016

(ii) Matlamat Program: Guru-guru Pemulihan Khas dan guru-guru Pemulihan Khas LINUS Daerah Batu Pahat akan dapat menggunakan aktiviti Brain Gym dalam pelaksanaan P&P mereka untuk merangsang murid-murid

meningkatkan kompetensi diri dalam bidang kemahiran kognitif dan kemahiran kinestatik.

(iii) Objektif Program:

1. Guru dapat meningkatkan konsentrasi murid dalam aktiviti P&P. 2. Memastikan semua murid LINUS melepasi saringan.

(iv) Sasaran Program: 143 orang Guru Pemulihan Khas LINUS, 17 orang Guru Pemulihan Khas LINUS dan 15 orang FasiLINUS.

(v) Merupakan senaman mudah (simple movements) untuk merangsang fungsi otak (stimulate brain function) yang diasas oleh Dr Paul Dennison.

(vi) Brain Gym dapat membantu kanak-kanak juga orang dewasa meningkatkan fokus, daya ingatan, keseimbangan dan mengurangkan stres.

(vii) Gerakan yang dilakukan menyentuh 3 dimensi:

1. Dimensi literal untuk merangsang otak kiri dan kanan yang melibatkan aktiviti membaca, menulis dan berkomunikasi.

(7)

7

depan otak melibatkan tumpuan dan pemahaman.

3. Dimensi pemusatan melibatkan koordinasi otak atas dan otak Bawah yang melibatkan emosi dan perasaan.

(viii) Kebaikan melakukan brain gym:

1. Meningkatkan kemahiran mengingat. 2. Menenangkan fikiran yang gelisah. 3. Meningkatkan kemahiran komunikasi.

4. Meningkatkan tahap kebolehan dalam pembelajaran. 5. Meningkatkan kepekaan dan fokus.

6. Mengendali tekanan dengan lebih berkesan. 7. Meningkatkan koordinasi fizikal.

(ix) Bahan pembentangan telah dibekalkan kepada guru-guru yang menghadiri bengkel untuk dikongsikan kepada rakan-rakan guru di sekolah.

Makluman

4.4 Pembentangan oleh En. Abu Bakar bin Abdul Rahim 4.4.1 Program Outreach Ppd Batu Pahat Tahun 2016

Tempat : Klinik Kesihatan Batu Pahat Tarikh : 18 Mei 2016

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Pegawai Bertugas :

Bilangan Doktor - 10 orang Bilangan Jururawat - 16 orang

Bilangan Pegawai FasiLINUS -15 orang

Pegawai JPNJ-En. Shahiran bin Kamaruddin (Penyelia Pemulihan Khas) (i) Sekolah Terlibat:

SK Banang Jaya : 2 orang SJKC Cheng Siu 2 : 1 orang SK Peserai : 4 orang SJKC Ping Ming : 1 orang SK Kampung Bahru : 1 orang SJKC Chung Cheng : 1 orang SK Taman Seri Kota : 1 orang SJKC Hua Min : 4 orang SK Seri Mulia : 1 orang SJKC Chong Hwa Rengit : 1 orang SK Rengit : 4 orang SJKT Ladang Yong Peng : 1 orang SK Parit Raja : 1 orang SRAB : 1 orang SK Sungai Kajang : 1 orang SK Seri Pengkalan : 1 orang SK Seri Paya : 1 orang JUMLAH = 27 orang

(ii) Keputusan Pemeriksaan Doktor: Rujuk Lampiran 1 (iii) Analisis Program Outreach

Bilangan calon - 27 orang Murid Tak Hadir - 5 orang

Tidak mendapat kebenaran ibu bapa - Sk Rengit, 4 orang

- Sk Seri Mulia, 1 orang

Kekal Di Kelas Pemulihan - 6 orang

Murid Berkeperluan Khas (MBK) - 16 orang

Makluman

 Meningkatkan kemahiran mengingat.

 Menenangkan fikiran yang gelisah.

 Meningkatkan kemahiran komunikasi.

 Meningkatkan tahap kebolehan dalam pembelajaran.

 Meningkatkan kepekaan dan fokus.

 Mengendali tekanan dengan lebih berkesan.

(8)

8 4.5 Ulasan pengerusi terhadap Brain Gym:

Brain Gym merupakan satu inovasi kerana dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil. Walau bagaimanapun bagi suatu inovasi ianya tidak boleh bergerak terus, perlu dilaksanakan secara berperingkat. Perlu buat test run bagi mengukur kejayaan dari aspek perubahan tingkah laku dan keputusan. Dapatan test run perlu dibentangkan sama ada dalam Perhimpunan Bulanan PPD atau mesyuarat. Dapatan tersebut pula bukan sekadar persepsi. Perlu dibuktikan pencapaian barulah boleh dilaksanakan penyeragaman di semua sekolah di daerah Batu Pahat.

Perbincangan PPD dengan semua Pegawai FasiLINUS pada Mesyuarat Mingguan perlu diadakan agar tindakan melaksanakan program lebih profesional dan berimpak.

Tindakan: Ketua FasiLINUS

4.6 Perlu dibuat rumusan dalam bentuk soft copy bagi semua keputusan dan tindakan yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Edarkan kepada semua Pengerusi MKZ untuk disebarluas kepada ahli zon masing-masing sama ada melalui telegram Kumpulan Guru Besar SK, SJKC dan lain-lain medium yang bersesuaian.

Tindakan: Setiausaha Mesyuarat JKD LINUS2.0

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat JKD LINUS2.0 yang seterusnya diadakan pada waktu pagi.

Makluman

5.2 Pengerusi meminta mesyuarat yang dilaksanakan di peringkat sekolah perlu ada maklum balas. Mulakan dengan mesyuarat yang penting seperti Mesyuarat Kurikulum dan Dialog Prestasi Sekolah. Tindakan maklum balas dalam masa 2 minggu. Cara penulisan maklum balas antaranya perlu ada tarikh, sasaran, bilangan, tindakan dan objektif tercapai atau tidak.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ

5.3 Menurut Tuan Hj Khirom (Pengerusi MKZ Semerah) pihak sekolah sedaya upaya berusaha untuk mencapai KPI yang ditetapkan agar tidak ketinggalan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Walau bagaimanapun kepincangan berlaku

terutama dalam melaksanakan Literasi Bahasa Inggeris dari aspek kekurangan guru Bahasa Inggeris. Rentetan daripada itu:

(i) Guru BI Tahun 6 diminta mengajar Tahap 1 yang menyebabkan masa mengajar BI guru berkenaan bertambah dari sepatutnya. Ditambah pula dengan bilangan murid dalam satu kelas yang ramai, menyulitkan guru berkenaan melaksanakan saringan.

(ii) Guru bukan opsyen mengajar BI. Tidak semua skil BI mereka kuasai. Apa yang sepatutnya diajar kepada murid tidak mampu diajar oleh mereka. Natijahnya kepada pencapaian LBI iaitu KPI tidak tercapai.

(9)

9

Guru yang bersara juga tiada pengganti. Pihak sekolah terpaksa meminta bantuan guru berkenaan mengajar BI di sekolah selama dua bulan tanpa sebarang elaun. Sehubungan itu, Pengerusi MKZ Semerah mencadangkan agar diwujudkan statistik bagi melihat sejauh mana bekalan guru di sekolah mencukupi agar pelaksanaan program yang menetapkan pencapaian 100% dapat dilaksanakan dari awal hingga akhir tahun. Beliau juga bimbang tanpa perancangan yang teliti, Batu Pahat akan menjadi liabiliti kepada JPNJ dan tekanan guru-guru yang terlibat dalam LINUS akan bertambah.

Pengerusi mencadangkan agar pihak sekolah yang mengalami masalah sedemikian mewujudkan makmal kecemerlangan kerana isu sebegini perlu diteroka hingga ke akar umbi. Penyelesaian akan dapat dilihat dari makmal ini. Tambah beliau, ada sesetengah sekolah mengalami kekurangan guru BI namun tidak mengalami masalah dalam pencapaian LINUS dan UPSR.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ

PPPD Bahasa Inggeris (Rendah) perlu meneliti status ini dari segi kolerasi keperluan guru dengan keputusan LBI. Perbincangan dengan Unit Pengurusan Sekolah perlu diadakan. Seterusnya, Pengerusi meminta PPPD Bahasa Inggeris (Rendah) berjumpa dengan beliau untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan: PPPD Bahasa Inggeris (Rendah)

5.4 Pengerusi MKZ Semerah memaklumkan bahawa MKZ (Majlis Kurikulum Zon) dan Majlis Sukan-sukan Cawangan (MSSC) telah digabungkan membentuk Majlis Perhubungan Zon (MPZ). Pengerusi MPZ diambil daripada MKZ. MPZ dan MKZ tidak sama yang mana MPZ menguruskan keseluruhan organisasi manakala MKZ hanya menguruskan kurikulum zon. Keanggotaan bagi MPZ dan MKZ adalah sama.

Makluman

5.5 En. Mohd Ranunah memaklumkan masih terdapat guru-guru yang tidak mengetahui Zon LINUS masing-masing. Sehubungan itu, Pengerusi MKZ Semerah meminta agar aktiviti atau program PPD mengikut Zon MPZ. Pn. Ruha binti Hj Jabir (Peng Panitia BM-SK) pula memaklumkan ada PKG yang kedudukannya berada di zon lain.

Mesyuarat memutuskan bahawa 8 Zon PPD dikekalkan. Pegawai FasiLINUS perlu mengikut zon sekolah dalam bimbingan dan program yang dilaksanakan bagi mengelakkan kekeliruan. Tiada lagi Zon LINUS.

Tindakan: Ketua FasiLINUS

5.6 En. Sahdon bin Mohamed (Pengerusi MKZ Ayer Hitam) mencadangkan agar sekolah- sekolah rintis bagi Program Brain Gym dimaklumkan awal supaya mereka lebih

(10)

10

Pengerusi memaklumkan bahawa guru besar terutama guru besar sekolah-sekolah besar akan dipanggil segera untuk perbincangan lanjut dan beliau sendiri akan mengetuai program berkenaan.

Makluman

5.7 Pengerusi MKZ Semerah meminta agar tiada lagi kelewatan penghantaran instrumen ke sekolah pada Saringan 2 yang dijangka dalam bulan September. Instrumen saringan yang dihantar lewat amat memberi kesan kepada sekolah terutama sekolah besar kerana terpaksa menyelesaikan saringan dalam tempoh yang singkat ke atas murid-murid yang ramai. Beliau juga berharap agar waran saringan yang lambat diturunkan tidak lagi dijadikan alasan.

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa instrumen boleh dicetak walaupun waran belum diterima tetapi berisiko. Antaranya, instrumen selesai dicetak tetapi waran tidak diturunkan atau waran yang diturunkan kurang dari kos cetakan sebenar. Beliau akan memanjangkan isu ini dalam Mesyuarat KS PPD pada 15 Jun 2016. Oleh itu, Tuan Pengerusi meminta En. Mohd Ranunah menyediakan pernyataan yang menggambarkan kesusahan yang dialami oleh guru-guru LINUS kepada beliau. Perjuangan isu ini oleh Pengarah JPNJ akan memberi impak terhadap kualiti saringan pada masa akan datang kerana guru-guru dapat menyaring dalam tempoh masa yang mencukupi.

Tindakan: En. Mohd Ranunah (Pegawai FasiLINUS LBM)

5.8 Tuan Pengerusi meminta agar wakil MKZ dan Pengerusi Panitia Subjek dapat berjumpa beliau khusus bagi membincangkan isu-isu berkaitan LINUS. Seterusnya, dapatan isu-isu tersebut akan dibincangkan dengan Pegawai FasiLINUS dalam Perjumpaan Mingguan agar pelaksanaan LINUS lebih mantap.

Tindakan: Semua Pengerusi MKZ dan Pengerusi Panitia Subjek

5.9 Menurut En. Mohd Yazid bin Kamri (Pengerusi Panitia MT-SK), pencapaian LINUS PPDBP melebih 90% tapi apa yang dilihat murid-murid yang telah berstatus perdana masih terlibat dengan PROTIM.

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa murid-murid yang melepasi saringan tidak bermakna murid berkenaan tidak terlibat dengan PROTIM. Hal ini disebabkan standard untuk mendapat status perdana adalah asas sahaja. Walau bagaimanapun, Tuan Pengerusi meminta Pegawai FasiLINUS menyediakan jawapan yang profesional untuk dimaklumkan dalam Perhimpunan Bulanan PPDBP yang akan datang agar persoalan yang seperti ini tidak timbul lagi.

Tindakan: Ketua FasiLINUS

5.10 Pengurusan LINUS Abad 21 akan dibincangkan dengan Pegawai FasiLINUS. Makluman

(11)

11 6.0 PENUTUP

Mesyuarat Bil. 1/2016 ditangguhkan pada pukul 4.33 petang dengan ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi kepada semua ahli yang telah meluangkan masa dalam mesyuarat hari ini.

Disediakan oleh ; Disemak oleh;

SUHAILAH BINTI MOHD YATIM EN. MOHD YAZI BIN JASMAN

Referensi

Dokumen terkait

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 6 ayat (1) huruf a Peraturan Menteri Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Nomor 39 Tahun 2013

Tentukan jumlah aliran udara keluar (pada suhu bola kering meninggalkan) yang diperlukan untuk mengimbangi beban pendinginan ruang / bangunan yang masuk akal.... NIGHT VENTILATION

Kota Bekasi sebagai kota keempat terpadat di Indonesia(Rumah.com: 28 Januari 2015) muncul dengan berbagai kebudayaan dan seni masyarakat yang beragam, bukan hanya

Berdasarkan alasan tersebut, khususnya terhadap faktor-faktor dan akibat hukum yang dapat timbul karena belum terdaftarnya suatu perusahaan pada daftar perusahaan, maka

Misalkan saja pada saat pengerjaan sebuah film sinetron atau iklan suatu produk, seorang desainer grafis dibutuhkan untuk membuat rangkaian gambar dari sebuah cerita iklan yang

Adanya sebuah proses yang berlaku dalam sebuah ilmu manajemen, proses tersebut subtansinya adalah mempengaruhi atau pemberian contoh dari seorang pemimpin terhadap

Pipa baja berisi beton yang digunakan sebagai kolom, pilar, atau tiang yang direncanakan sebagai sendi plastis pada bagian komposit sebagai akibat dari respons terhadap gempa

Meskipun demikian, terdapat beberapa kekurangan dalam rubrik penilaian karena aspek-aspek yang dinilai belum memenuhi semua tujuan pembelajaran Keempat, rubrik