POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PSAS-PK-PS 09
DISEDIAKAN OLEH
DILULUSKAN OLEH
JAWATAN
Ketua Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal
Wakil Pengurusan
(Sokongan Akademik)
TARIKH
27 NOVEMBER 2014
28 NOVEMBER 2014
P
P
E
E
N
N
G
G
U
U
R
R
U
U
S
S
A
A
N
N
K
K
E
E
S
S
E
E
L
L
A
A
M
M
A
A
T
T
A
A
N
N
D
D
A
A
N
N
K
K
E
E
S
S
I
I
H
H
A
A
T
T
A
A
N
N
1.0
OBJEKTIF
Prosedur ini bertujuan memberi panduan bagi memastikan pengurusan Keselamatan dan Kesihatan PSAS dilaksanakan dengan efisyen supaya kemalangan di kalangan warga dan pelawat PSAS dapat dielakkan.
2.0
SKOP
Prosedur ini digunapakai untuk mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
3.0
RUJUKAN
3.1 Akta Kilang dan Jentera, 1967 (Akta 139) & Peraturan-Peraturan,
Kaedah-Kaedah dan Perintah.
3.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514) dan
Peraturan-Peraturan.
3.3 Environmental Quality Act 1974(Act127) & Subsidiary Legislation
4.0
SINGKATAN/ DEFINISI
JKK Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
PKK
PKKJ
PKKU
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Unit.
AJKK Ahli JKK.
Pengerusi JKK Pegawai yang dilantik oleh Pengarah PSAS untuk
mengetuai JKK.
Setiausaha JKK Pegawai yang dilantik oleh Pengarah PSAS sebagai
setiausaha JKK sekiranya tiada PKK di PSAS.
Pelapor Warga PSAS yang melaporkan sesuatu kemalangan,
kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di kampus PSAS.
Kemalangan Nyaris Kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk
menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta benda.
Hazad Suatu aktiviti atau keadaan yang berpotensi
Bahaya Suatu keadaan dimana manusia terdedah kepada hazad.
Risiko Peluang atau kebarangkalian untuk mendapat
kecederaan atau kerosakan.
Kemalangan Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan
kecederaan/kesakitan kepada seorang dan/ atau kerosakan kepada harta benda dan persekitaraan.
Insiden/ Kemalangan Nyaris Peristiwa atau kejadian yang mendorong terjadinya
kemalangan tetapi tidak mendatangkan kecederaan/kesakitan kepada seorang dan/ atau kerosakan kepada harta benda dan persekitaraan.
Penyakit Pekerjaan/ Keracunan Pekerjaan
Kerosakan fizikal seperti patah tulang, lecuran, luka dan juga penyakit dalaman seperti pada paru-paru, buah pinggang, hati atau otak.
Pasukan Penyiasat
Kemalangan
Terdiri daripada Ketua Penyiasat (PKK) dan Pembantu Penyiasat (AJKK/KJ/KU)
5.0
PROSEDUR KERJA
Tanggungjawab Tindakan
A. MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Pengerusi JKK/ Setiausaha JKK/
AJKK
1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun.
Setiusaha JKK 2. Mengedarkan satu salinan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat dan
diberikan kepada setiap ahli jawatankuasa dan majikan PSAS dalam masa satu minggu selepas mesyuarat berlangsung.
AJKK 3. Menyimpan salinan minit mesyuarat jawatankuasa di tempat kerja
selama tempoh minimum tujuh tahun bagi maksud pemeriksaan oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Negeri Perak.
4. Membantu dalam membina kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja yang selamat.
5. Merekodkan segalakemalangan, kemalangan nyaris, kejadian bahaya,
keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja serta melaporkan apa-apa amalan tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan (Lampiran 1a dan 1b).
6. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan bagi apa-apa penyemakan dasar itu sekiranya perlu untuk tujuan penambahbaikan.
B. LAPORAN DAN PENYIASATAN KEMALANGAN
Pelapor
1. Membuat laporan dengan menggunakan Borang Laporan Kemalangan (Lampiran 2) apabila sesuatu kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan berlaku di kampus PSAS. 2. Menghantar borang laporan kemalangan dengan kadar segera kepada
Tanggungjawab Tindakan
JKK PSAS yang menyelaras semua urusan yang berkaitan dengan kemalangan tersebut.
Pengerusi JKK/ PKK 3. Menubuhkan Pasukan Penyiasat Kemalangan setelah menerima
laporan kemalangan diatas.
4. Merekodkan butiran siasatan kemalangan ke dalam Borang Laporan Siasatan Kemalangan (Lampiran 3).
Pengerusi JKK / PKK / AJKK
5. Menerima laporan kemalangan dan siasatan kemalangan.
6. Mengadakan perbincangan mengenai sebab kemalangan tersebut berlaku dan membuat cadangan kepada pihak yang berkenaan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah berulangnya peristiwa tersebut.
7. Mencatat cadangan dalam laporan JKK
Ketua Jabatan/ Unit 8. Mengambil tindakan yang dicadangkan oleh JKK.
9. Mengawas tindakan pencegahan untuk menentukan keberkesanannya
C. KEBERSIHAN TEMPAT KERJA
PBMB/ Pensyarah/ Juruteknik/ Kontraktor
1. Memastikan permukaan laluan dan tempat kerja bebas daripada segala kekotoran dan serpihan bahan.
2. Memastikan laluan keluar masuk bebas daripada segala halangan. 3. Membersihkan dengan serta merta sebarang tumpahan dan kebocoran
dan mengenalpasti serta memperbaiki punca-punca berlakunya perkara tersebut.
4. Memastikan kawasan kerja sentiasa kemas dan teratur.
5. Membersihkan mesin-mesin dan kelengkapan daripada segala kekotoran.
6. Menyediakan bekas untuk membuang sampah, minyak dan bahan buangan yang lain.
7. Menyusun alat ganti dan kelengkapan dengan teratur.
Tanggungjawab Tindakan
D. KESELAMATAN BENGKEL / MAKMAL
Pensyarah/ Juruteknik/ Pembantu Makmal/
Pelajar
1. Menggunakan alat pelindung diri yang bersesuaian seperti safety boot, goggle, apron, glove dan apa-apa alat pelindung diri yang difikirkan perlu.
2. Memastikan bengkel/makmal di dalam keadaan bersih dan teratur. 3. Meninggalkan bengkel/makmal dengan seberapa segera apabila loceng
kebakaran dibunyikan.
Pensyarah 4. Memberi penerangan yang lengkap kepada pelajar mengenai cara
pengunaan mesin/ peralatan.
5. Memastikan segala kelengkapan seperti mesin di dalam keadaan yang memuaskan.
Penyelia Makmal/Bengkel
6. Kerja-kerja penyengaraan berkala dilaksanakan mengikut manual procedure peralatan-peralatan.
7. Papan tanda keselamatan dipamerkan pada lokasi-lokasi strategik. 8. Memastikan peralatan pemadam api berfungsi dengan baik.
6.0
REKOD KUALITI
Bil Jenis Rekod Tempoh
Simpanan Lokasi Lampiran
1. Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan 7 Tahun
Bilik Setiausaha JKK
2. Borang Statistik Kemalangan/ Penyakit
Pekerjaan/ Keracunan Pekerjaan 5 Tahun
Bilik Setiausaha
JKK 1a
3. Borang Perihal Kemalangan/ Penyakit
Pekerjaan/ Keracunan Pekerjaan 5 Tahun
Bilik Setiausaha
JKK 1b
4. Borang Laporan Kemalangan 7 Tahun Bilik Setiausaha
JKK 2
5. Borang Laporan Siasatan Kemalangan 7 Tahun Bilik Setiausaha
JKK 3
6.
Laporan/ Cadangan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan 7 Tahun
Bilik Setiausaha JKK
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
Tahun/Bulan JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. NOV. DIS. JUMLAH
Kemalangan
Penyakit Pekerjaan/ Keracunan Pekerjaan
Kuatkuasa
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
BIL TARIKH
KEJADIAN
NAMA UMUR JAWATAN PERIHAL
KEJADIAN JENIS KECEDERAAN/ PENYAKIT PEKERJAAN BAHAGIAN ANGGOTA YANG CEDERA CATATAN
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
NO FAIL :
Setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan
yang telah berlaku mesti diberitahu kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan dan/ atau Pegawai Keselamatan DENGAN KADAR SEGERA
PERIHAL KEMALANGAN :
1. Tarikh : ... 2. Masa : ... 3. Tempat : ...
4. Penerangan mengenai kemalangan : ...
...
...
...
...
...
...
...
...
Kecederaan / Kematian :
5. Nama : ... 6. No. K/P : ...
7. Jantina : ... 8. Umur : ... 9. Jawatan : ...
10. Kecederaan :
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
12. Mesin/ kelengkapan :
...
...
13. Bangunan :
...
...
14. Bahan / Produk :
...
...
15. Kenderaan :
...
...
Saksi Kemalangan :
16. Nama : ... 17. No K/P : ...
18. Jawatan : ... 19. No. Telefon : ...
20. Penerangan Ringkas Tindakan Kawalan Kemalangan :
...
...
B. PEGAWAI PELAPOR :
1. Nama : ... 2. No. K/P : ...
3. Jawatan : ... 4. No. Telefon : ...
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
MAKLUMAT SIASATAN
1. Penyiasat 1
MOHD AMIRUDIN BIN MUSTAJAB
2. Penyiasat 2
3. Tarikh Kemalangan Dilaporkan
2/2/2015
4. Tarikh Siasatan
2/2/2015
5. Tarikh Siasatan Lanjutan
10/2/2015
2. Tarikh Laporan
5/2/2015
3. Ulasan Penyiasat Termasuk Punca Utama dan Penyebab Langsung Kemalangan
Insiden :
Kebakaran di bilik AHU aras 2 Jabatan Kejuruteraan Elektrik disebabkan oleh alat ubah arus ( transformer 7.5kw 10 HP ) gagal berfungsi dan tidak memutuskan bekalan elektrik.
Dapatan Lain :
1. Alat pemadam api tamat tempoh.
2. Kegagalan dalam pematuhan pengungsian bangunan oleh sebilangan penghuni dan penutupan sementara premis.
Cadangan penambahbaikkan bagi mengelakkan kemalangan berulang :
1. Pemeriksaan menyeluruh terhadap alat ubah arus (transformer) pada setiap lokasi pemasangganya di PSAS dan alat yang telah rosak ataupun melepasi tempoh hayat hendaklah ditukar.
2. Penyelenggaraan dan pengantian alat rosak bagi sistem penggera dan bekalan air pada hose reel harus dilaksanakan dengan segera bagi membantu penghuni apabila berlaku kecemasan.
3. Alat pemadam api tamat tempoh hendaklah ditukar.
4. Penambahan alat kecemasan seperti smoke detecter , heat sensor hendaklah dipasang dikawasan yang dikenalpasti berisiko. (bilik AHU , Control Room dsn)
5. Penubuhan ERT (emergency Response Team ) di peringkat jabatan / unit yang terdiri daripada pengawal insiden , first aided dan teknikal hendaklah diwujudkan bagi mengawal situasi sebelum bantuan luar tiba.
6. Fungsi Pusat kecemasan / Guard Room yang beroperasi 24 jam hendaklah diperkemaskan lagi bagi memudahkan penghuni untuk mendapatkan bantuan luar apabila berlaku kecemasan.
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.
Prosedur ini adalah dokumen terkawal dan boleh didapati di laman www.psas.edu.my. Jika prosedur ini dicetak, maka prosedur ini bukan dokumen terkawal.