• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Dengan bermulanya sejarah dunia mengenai kereta, Niranjan Tomar memberitahu bahawa penumbuhan kronologi industri automotif india dengan cara yang berikut “ dengan terciptanya tayar pada 4000 sebelum masihi, perjalanan manusia dalam bidang pengangkutan berjentera telah bermula. Semenjak dari itu pencarian diteruskan bagi merangka sesuatu kenderaan automatik bagi mengurangkan kebergantungan kepada kuda. Percubaan yang berulangkali telah sampai kepenghujungnya pada awal 1760-an dengan terhasilnya traktor wap pertama oleh kapten perancis, Nicolas Jacob Cugnot. Bagaimanapun ia telah diberi kepada Karl Benz and Gottlieb Damlier untuk menghasilkan kenderaan pertama yang dijana oleh enjin pembakaran dalam pada tahun 1885.

Pada masa itu juga enjin petrol diperkenalkan, dimana kereta telah menjadi suatu kebiasaan dan faktor keselamatan. Kereta pada pada masa itu kebanyakannya hampir sama seperti kereta pada masa kini, seiring dengan kelajuan zaman. Hindustan Motors Ltd.(HML) telah dibina pada 1942 dan 1944. Premier Automobile Ltd. (PAL) telah ditubuhkan bagi pembuatan automobile di India. Bagaimanapun, PAL adalah syarikat yang pertama menghasilkan kereta di India pada tahun 1946, bagi HML pula lebih tertumpu kepada kompenen kenderaan dan hanya dapat menghasilkan kereta pertama mereka pada tahun 1949.

(2)

Sejak tahun 80-an, industri kereta india telah menampakkan kebangkitan yang meluas dengan pembukaan kilang di India kepada pembuatan luar dan kerjasama. Pada tahun 90-an telah menjadi titik pengakhiran bagi industri kereta di India. Pengguna sebagai raja.Ia telah dipujuk oleh kedua-dua India dan pembutan luar secara berterusan. Penjualan yang susuah telah mengakibatkan kemerosotan pada beberapa bulan pertama pada tahun 1999. Model baru seperti Maruti’s Classic, Alto, Station Wagon, Ford’s Ikon, Mitsubishi Lancer yang berwajah baru semuanya telah dilancarkan dalam sekelip mata di pasaran yang baru di perkenalkan. Dalam tahun-tahun terakhir ini, boleh dikatakan bahwa kerata India hanya akan bertambah pada kekuatan-kekuatan”.

Sejak penubuhan Proton pada tahun 1985, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan industri automotif yang bersepadu merangkumi rekaan tempatan dan keupayaan rekabentuk, operasi pengeluaran berskala penuh dan penyertaan tempatan yang meluas dalam pembekalan komponen. Hari ini, Malaysia adalah pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN dengan jualan tahunan melebihi 500,000 kenderaan dengan 90% daripadanya adalah dibuat atau dipasang di dalam negara. Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan negara dalam membangunkan industri automotif tempatan telah didorong oleh dasar-dasar yang menyokong pengeluar kenderaan tempatan. Pada masa hadapan, cabaran global dan domestik akan menguji kemampuan industri ini.

Industri global semasa mempamerkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan rasionalisasi besar-besaran yang mendesak pengeluar kenderaan tempatan untuk bergabung bagi mencapai tahap skala yang lebih tinggi. Menyedari persekitaran global ini, Dasar Automotif Nasional dirangka dengan tujuan menangani pelbagai masalah dan cabaran tersebut

(3)

serta mentransformasikan sektor automotif tempatan supaya lebih berdaya tahan, berdaya saing dan penyumbang besar kepada ekonomi.

Seterusnya dasar dan sokongan kerajaan akan ditumpukan kepada peserta industri automotif yang memberi sumbangan ekonomi yang mantap. Pemacu utama untuk sumbangan ekonomi tersebut adalah skala yang ekonomik, rantaian industri dan aktiviti nilai tambah yang kompetitif

Dasar Automotif Nasional adalah untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan. Ini akan memaksimumkan sumbangan jangkamasa panjang sektor automotif ini kepada ekonomi negara dan pada masa yang sama menguntungkan pengguna Malaysia. Oleh itu industri ini masih memerlukan sokongan dari segi dasar kerajaan supaya ia menjadi lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.

(4)

1.2 PENYATAAN MASALAH

Penyata masalah kami ialah tentang cara terdahulu memindahkan kereta yang mempunyai masalah pada tempat yang sempit dimana dengan menggunakan jek hidraulik. Dengan menggunakan cara ini, pemindahan kereta tersebut akan memakan masa yang agak lama. Selain itu, bukan sahaja memakan masa yang agak lama, ia juga memerlukan sekurangnya dua atau tiga orang bagi melakukan pemindahan tersebut.

Seterusnya, dengan keadaan dimana kereta berada ditempat yang sempit, adakalanya tidak dapat dilakukan kerana jek hidraulik memerlukan ruang yang agak luas dengan saiz jek yang besar.

1.3 OBJEKTIF

Secara amnya kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:

i. Merekabentuk sebuah model jek mudah alih kereta yang sesuai digunakan untuk mengalihkan sebuah kereta.

ii. Mengfabrikasi jek mudah alih kereta untuk kegunaan di bengkel.

iii. Menganalisis rekabentuk jek mudah alih kereta dengan menggunakan rumus-rumus kejuruteraan.

(5)

1.4 SKOP

Dari hasil kajian yang dibuat, kami dapat menyenaraikan beberapa skop utama sebagai langkah rujukan untuk mencipta alat angkat mudah alih diantaranya ialah:

i. Jek mudah alih ini sesuai digunakan pada kereta beratnya tidak melebihi 1- 1.3tan.

ii. Jek ini hanya digunakan pada saiz lebar tayar berukuran 24 inci. iii. Hanya boleh digunakan pada permukaan yang rata dan keras.

1.5 RUMUSAN BAB

Antara perkara yang dapat dirumuskan dari bab ini adalah kami dapat mengenal pasti masalah yang dilalui jika ingin memindahkan kenderaan ke tempat yang sempit. Selain itu, objektif kami adalah bagi merekabentuk sebuah model jek mudah alih bagi menggantikan cara yang terdahulu. Skop kami adalah dapat digunakan pada kenderaan yang beratnya tidak melebihi 1- 1.3tan dengan saiz lebar tayar berukuran 24 inci dan hanya boleh digunakan pada permukaan rata dan keras.

(6)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur merupakan penyelidikan yang dijalankan terhadap kajian terdahulu yang telah dijalankan di mana perkara ini akan digunakan untuk memperbaiki sistem dan mendapatkan perbezaan di antara satu sama lain. Kebanyakkan kajian yang dijalankan adalah berkisarkan tentang tajuk projek yang dibuat. Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan mengenai cara dan teknologi yang digunakan dan juga proses yang digunakan serta kendalian projek yang dijalankan.

(7)

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Berikut adalah contoh kajian jek yang terdahulu antaranya ialah:

2.2.1 Jek hidraulik

Jek hidraulik menggunakan bendalir tidak mampat yang ditekan ke dalam silinder oleh pam pelocok. Minyak digunakan kerana sifatnya yang stabil dan melincir.

(8)

2.2.2 Jek rumah

Jek rumah ialah alat mekanikal dimana kegunaan utamanya adalah mengangkat rumah dari tapaknya. Beberapa siri jek dan anduh kayu untuk menyokong struktur akan digunakan dalam proses ini.

Rajah 2.2: Jek Rumah

2.2.3 Jek asap

Jek asap ialah jek yang mendapat tenaganya dari turus udara menaik atau asap. Ia dianggap sebagai contoh terawal turbin stim dan enjin stim.

(9)

2.3 CONTOH KEMALANGAN MELIBATKAN JEK HIDRAULIK

Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila tersepit di bawah kereta jenis Perodua Myvi, hampir sejam dalam satu kejadian di persisiran Pantai Tok Jembal, di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, mangsa, Amir Hussin, 20-an, dari Kampung Jabi, Jertih difahamkan memilih kawasan berpasir itu bagi rehatkan badan sementara menunggu teman wanitanya keluar makan malam bersama. Bagaimanapun, hasratnya terbantut apabila kereta milik teman wanitanya itu terbenam dalam pasir pantai dan pemuda itu kemudiannya bertindak guna jek kereta dengan beralaskan batu bukit bagi mengalih kenderaan itu.

Menurut Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Yazid, kepala mangsa terperangkap di bawah kereta tersebut kerana jek kereta yang digunakan tiba-tiba bengkok menyebabkan tayar kereta berkenaan semakin masuk ke dalam pasir. Mangsa yang meniarap tidak sempat selamatkan diri kerana ia berlaku begitu pantas. Bagaimanapun, dia sempat hubungi teman wanitanya bagi dapatkan bantuan bomba.

2.4 RUMUSAN BAB

Melalui kajian terdahulu yang dilakukan oleh kami, terdapat tiga

jenis jek iaitu jek hidraulik, jek rumah dan jek asap. Dengan contoh kemalangan yang telah kami lampirkan, jelaslah bahawa jek hidraulik boleh mendatangkan kemalangan.

(10)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Merekabentuk adalah satu kaedah yang diguna bagi menghasilkan sesebuah projek. Metodologi yang digunakan adalah bagi membantu dan menginovasikan sesuatu ciptaan dalam menghasilkan satu produk yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif projek kami. Projek jek mudah alih ini dicipta sendiri dari hasil sedia ada untuk kami inovasikan. Reka bentuk dan kendalian yang kami hasilkan tidak terlalu merumitkan seperti alat sedia ada dipasaran. Apa yang ditekankan dalam projek kami adalah operasi alat ini yang telah kami ubah suai menjadi satu sistem yang lebih baik tanpa mengubah cara kerja.

(11)

3.2 CARTA ALIR

Proses rekabentuk yang dilakukan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan mengikut turutan agar tidak berlaku pesongan di mana terdapatnya jalan kerja yang tertinggal atau tidak dilaksanakan. Proses ini disusun dalam bentuk gambarajah seperti berikut:

Tidak

Ya

Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Mula Permasalahan Pengujian Penyelidikan Idea Tamat

Lakaran awal reka bentuk

Pemilihan bahan

Referensi

Dokumen terkait

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Logo merupakan lambang yang dapat memasuki alam pikiran/suatu penerapan image yang secara tepat dipikiran pembaca ketika nama produk tersebut disebutkan (dibaca),

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..

selama 3 dan 4 menit menujukkan pola pandu gelombang yang jelas dan tidak terputus-putus, hal ini berkaitan dengan proses polimerisasi rantai organik yang telah