• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian terhadap Potensi Pelancongan Kawa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kajian terhadap Potensi Pelancongan Kawa"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

AG31303

KERJA LAPANGAN DAN ANALISIS DATA

KAJIAN IMPAK SOSIOEKONOMI PELANCONGAN TERHADAP PERLAKUAN JENAYAH DAN ALAM SEKITAR DI BANDARAYA KOTA KINABALU

PENSYARAH

DR. NOR-INA KANYO

NAMA NO. MATRIKS

ABDILLA BIN KHAIROL BA10110002

AHMAD IL YASSIN BIN AZMAN BA10110010

HILSYABUR BIN HALIM BA10110127

JEQHLIN MANNORIS BINTI HERMAN BA10110140

NOORDIN BIN ABU HASSAN BA10110264

NOOR SALIHA BINTI ABU BAKAR BA10110260

NORAMSIAH BINTI TANJONG BA10160506

NORITA ANAK JUBIT BA10110288

SITI AN-NUR ARSYI BINTI LAJIMIN BA10160533

SITI NORAIN BINTI KAMARULZAMAN BA10110397

(2)

ISI KANDUNGAN

ITEM MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 SOROTAN LITERATUR 5

2.0 METODOLOGI 7

2.1 PERINGKAT KAJIAN AWAL 8

2.1.1 KAJIAN LITERATUR 8

2.2 PERINGKAT PENGUMPULAN MAKLUMAT 9

2.2.1 PENGUMPULAN DATA SEKUNDER 9

2.2.2 PENGUMPULAN DATA PRIMER 9

2.3 PERINGKAT ANALISIS KAJIAN 10

2.4 PERINGKAT CADANGAN 10

2.5 PERMASALAHAN KAJIAN 11

2.6 KEPENTINGAN KAJIAN 11

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 12

3.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN 12

3.2 DAPATAN OBJEKTIF PERTAMA 13

3.2.1 FAKTOR PEMILIHAN UNTUK BERNIAGA 13

3.2.2 JUMLAH PELANCONG 14

3.2.3 JENIS PERNIAGAAN 15

3.2.4 JENIS PELANCONG 16

3.2.5 MASA KEDATANGAN PELANCONG 16

3.3 DAPATAN OBJEKTIF KEDUA 17

3.3.1 JENAYAH 17

3.3.1.1 PERLAKUAN JENAYAH 17

3.3.1.2 TAHAP KESELAMATAN 18

3.3.1.3 AKTIVITI PELANCONGAN (KESAN KEPADA JENAYAH) 18

3.3.1.4 KEKERAPAN PERLAKUAN JENAYAH 19

3.3.1.5 KEKERAPAN RONDAAN POLIS 20

3.3.2 ALAM SEKITAR 21

3.3.2.1 TAHAP KEBERSIHAN 21

3.3.2.2 AKTIVITI PELANCONGAN (KESAN KEPADA ALAM SEKITAR) 22

3.3.2.3 JENIS PENCEMARAN 23

3.3.2.4 PUNCA PENCEMARAN 23

3.3.2.5 PENYEDIAAN TONG SAMPAH 24

3.3.2.6 PEMANTAUAN KEBERSIHAN 25

3.3.2.7 KEKERAPAN PEMANTAUAN 26

3.4 DAPATAN OBJEKTIF KETIGA 26

(3)

3.4.2 ALAM SEKITAR 27

4.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN 28

4.1 ANALISIS RESPONDEN 28

4.2 ANALISIS OBJEKTIF PERTAMA 29

4.3 ANALISIS OBJEKTIF KEDUA 30

4.3.1 JENAYAH 30

4.3.2 ALAM SEKITAR 32

4.4 ANALISIS OBJEKTIF KETIGA 34

4.4.1 JENAYAH 34

4.4.2 ALAM SEKITAR 35

5.0 KESIMPULAN 36

RUJUKAN 36

(4)

1.0 PENDAHULUAN

Alam sekitar menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (1974) adalah ditakrifkan sebagai

faktor- faktor fizikal iaitu tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor biologi dan faktor

sosial yang saling bergantungan antara satu sama lain yang mengelilingi kehidupan manusia.

“Kemusnahan alam sekitar adalah dipengaruhi oleh kegiatan industri perlancongan”, pernyataan

tersebut luas diperkatakan suatu ketika dahulu. Sebaliknya kini industri perlancongan telah

dilihat sebagai antara aplikasi yang digunapakai untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Industri perlancongan di

Malaysia dipandang serius bermula sekitar 1970an. Langkah pertama oleh Malaysia adalah

melalui penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972. TDC berperanan

dalam kemajuan sektor pelancongan dan rekreasi negara.

Penyediaan sumber alam sekitar adalah dominan sebagai keterusan industri

perlancongan. Selain daripada produk perlancongan yang berasaskan barang nyata, barang

tidak nyata seperti budaya dan warisan juga menjadi antara produk yang terangkum (Jurry,

2011). Komuniti yang kreatif dan inovatif dengan kerjasama agensi berkaitan dan sokongan kerajaan memungkinkan sesuatu sumber sedia ada mampu dibangunkan sebagai produk

perlancongan. Kesedaran komuniti ini menjadi antara pencetus kepada kelestarian penggunaan

sumber alam sekitar disamping pengekalan budaya dan warisan setempat.

Menurut Jamaluddin (2009), kini sektor pelancongan negara giat mempertingkatkan

keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini melalui latihan; pembangunan produk pelancongan

seperti mempromosikan Malaysia sebagai destinasi peranginan bukit dan pulau,

upacara-upacara bertema dan destinasi membeli-belah. Promosi juga galak dilaksanakan untuk

pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan ekologi, pelancongan pertanian dan program

tinggal di rumah angkat, pelancongan budaya dan warisan, dan pelancongan pendidikan serta

kesihatan (Jamaluddin, 2009). Impak pelancongan data dibahagikan kepada impak positif dan

impak negatif. Pelancongan dapat membentu melindungi alam sekitar, menjaga dan memulihara aspek warisan budaya dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Bagaimanapun,

pelancongan juga menyumbang kepada impak-impak negative jika dibangunkan tanpa

(5)

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam

sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang

kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat

kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kemujudan

pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya

menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor

pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan mencuburi sektor ekonomi

yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu pelancong, boatman dan dive master (Jabil et.al 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja

(B.Pirjevic,1989; Lee Kuok Tiung & Siti Suriani Othman, 2010). Menurut Lee Kuok Tiung & Siti

Suriani Othman (2010), industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positi kerana

industri ini adntara industri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan

kapada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan negara.

Kaitan antara perlancongan dan alam sekitar adalah signifikan, adalah tidak mustahil

pengaruh jenayah juga antara aktor yang terlibat. Sekiranya dilihat kesan pelancongan dari aspek sosial, sampah yang dibuang secara merata- rata yang hanyut ke pantai atau di kawasan

lain akan turut mendatangkan impak negatif kepada sektor perlancongan.Jenayah yang

dimaksudkan adalah jenayah dalam komuniti yang berkitaran antara dua aktor lain iaitu

perlancongan dan alam sekitar iaitu setiap aktor akan mempengaruhi dan dipengaruhi antara

satu sama lain. Penakrifan jenayah adalah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang atas niat

ingin melakukan kesalahan itu yang mengakibatkan kesan kepada manusia, objek dan wilayah

dan si pelaku jenayah akan dikenakan tindakan undang- undang atas kesalahan yang

(6)

Rajah 1: Kitaran tiga faktor

Jenayah mengganggu kuantiti ketibaan pelancong ke dalam negara selain memberikan imej yang kurang baik terhadap ketenteraman sesuatu destinasi manakala pelancongan

membuka peluang kepada pelaku jenayah atas faktor kurang pengetahuan oleh pelancong

kepada suasana dan situasi tempat dituju. Alam sekitar pula dipengaruhi oleh jenayah

terutamanya aspek sosial dan kualiti alam sekitar. Hal ini melibatkan penghubungan diantara

manusia- manusia dan manusia- alam sekitar. Sebagai contoh, pendekatan seperti

Determinisme digunakan bagi menjelaskan hubungan antara manusia- alam sekitar iaitu manusia dilihat sebagai superior terhadap alam sekitar.

Manakala hubungan antara alam sekitar dan pelancongan lebih terarah kepada aspek

perancangan, pengurusan dan pemantauan. Dalam menggalakkan pembangunan yang lestari dua aspek yang diutamakan adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sejajar

dengan kemajuan yang hendak dicapai. Penyusunan institusi yang baik memainkan peranan

penting kepada ketiga- tiga aspek diatas. Penyusunan institusi merujuk kepada delegasi,

pengedaran atau perkongsian kuasa yang berkaitan dengan pertumbuhan pengurusan pembuat

keputusan dan pihak berkuasa pelaksana. Dalam kajian kami ini, ianya melibatkan 4 buah zon.

Zon 1 melibatkan kawasan Wawasan Plaza dan Api-api Centre, Zon 2 meliputi kawasan Centre

Point dan Sinsuran, Zon 3 pula melibatkan kawasan KK Plaza dan Segama. Manakala zon yang

terakhir iaitu Zon 4 pula adalah kawasan Pasar besar Kota Kinabalu, Pasar buah-buahan, Pasar PELANCONGAN

(7)

ikan, dan Kraf tangan. Oleh itu, adakah setiap zon tersebut memiliki jenis sosioekonomi

pelancongan yang berlainan atau sama? Selain itu, timbul juga persoalan iaitu adakah kawasan

tersebut mempunyai tumpuan pelancong yang ramai ataupun kurang?

Tidak dinafikan bahawa, peningkatan terhadap aktiviti sosioekonomi pelancongan

banyak menimbulkan perlakuan jenayah dan memberi kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu, di

dalam kawasan kajian kami yang melibatkan empat zon, adakah aktiviti sosioekonomi

pelancongan yang dijalankan di keempat-empat zon tersebut menyebabkan berlakunya jenayah sama ada banyak atau sedikit? ataupun tiada langsung? Selain itu, di setiap kawasan mengikut

zon tersebut adakah aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan juga memberi impak

atau kesan terhadap alam sekitar ataupun sebaliknya?

Oleh yang demikian, jika di keempat-empat zon tersebut berlakunya jenayah akibat

daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan, maka apakah langkah-langkah

atau cadangan bagi mengurangkan atau meminimakan kadar perlakuan jenayah dikawasan

tersebut berdasarkan perspektif masyarakat? Selain itu, jika di kawasan kajian kami yang telah

dibahagikan mengikut 4 zon tersebut mempunyai impak atau kesan ke atas alam sekitar akibat daripada aktiviti sosioekonomi pelancongan yang dijalankan, maka apakah cadangan dan

langkah yang boleh diambil menurut pandangan masyarakat. Oleh itu, objektif kajian adalah

seperti berikut;

1. Mengenalpasti aktiviti sosioekonomi pelancongan di kawasan kajian.

2. Meneliti impak aktiviti sosioekonomi pelancongan terhadap perlakuan jenayah dan alam

sekitar di kawasan kajian.

3. Mengenalpasti cadangan dan langkah-langkah dalam mengurangkan perlakuan jenayah

(8)

1.1 SOROTAN LITERATUR

Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama

individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi

dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di

kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka (Mazdiah, 2012). Manakala menurut

Macintosh dan Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomena dan hubungan-hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima kedatangan para pelancong ini dan pelawat dengan pelawat yang

lain” (Mohamad Zaki, 2010).

Pembangunan pelancongan sudah semestinya akan memberikan kesan terhadap alam

sekitar dan juga penduduk tempatan. Pembangunan pelancongan bukan sahaja mengundang

kepada impak negatif malah memberi impak positif. Salah satu impak yang boleh bermafaat

kepada komuniti tempatan adalah perubahan taraf sosioekonomi. Sebelum kemujudan

pembangunan pelancongan misalnya pelancongan scuba, penduduk tempatan hanya

menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bercucuk tanam sahaja. Setelah kewujudan sektor pelancongan ramai komuniti tempatan bertukar pekerjaan dengan mencuburi sektor ekonomi

yang lebih baik khususnya dalam sektor pelancongan sebagai pekerja di resort, pemandu

pelancong, boatman dan dive master (Jabil et.al, 2012). Sektor pekerjaan di hotel tidak memerlukan kemahiran dan kelulusan yang tinggi kerana tersedianya latihan sambil bekerja.

Industri pelancongan turut menyumpang kepada impak positfi kerana industri ini antara industri

yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kapada kerajaan negeri dan

seterusnya kepada sumber pendapatan negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman, 2010).

Menurut Gan Kong Meng (2007), jenayah secara umumnya adalah bergantung kepada

dua set norma yang berkaitan dengan perundangan dan juga kod norma yang wujud dalam

sesuatu budaya. Jenayah juga adalah satu masalah moral yang dipandang berat oleh Islam

kerana ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan ketenangan dan kerukunan hidup masyarakat sejagat (Haron Din, 2003). Manakala menurut Salleh Abas (1998) dalam Gan Kong

Meng (2007) pula, jenayah adalah didefinisikan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh

(9)

dilakukannya tersebut seseorang itu boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana

melakukan perkara-perkara yang salah di sisi undang-undang.

Menurut Nor-Ina dan Norizan (2007) dalam “Jenayah dan Perbandaran: Satu Kajian di

Daerah Timur Laut Pulau Pinang”, menyatakan bahawa pelakuan jenayah adalah imapk yang ketara meningkat bersama-sama dengan perkembangan bandar. Seperti mana yang dinyatakan

oleh Walmsley (1988), yang mana beliau menyatakan bahawa peningkatan masalah jenayah

memiliki hubung kait dengan kepesatan perbandaran. Menurut Mays (1968), masalah jenayah adalah kategori kehidupan bandar pada masa kini, manakala Mcllwaine (1999), menyatakan

bahawa kadar jenayah meningkat bersama-sama dengan perkembangan pembangunan

disebabkan proses perbandaran dan perindustrian (Nor-Ina dan Norizan, 2007).

Bianca et.al, (2012) dalam “The Effect of Tourism on Crime in Italy: A Dynamic Panel Approach” yang mana objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan kawasan pelancongan mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi berbanding kawasan yang bukan

menjadi tumpuan pelancongan dalam jangka masa yang panjang. Kaedah kajian yang

digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan Sistem GMM pada tahun 195 sehingga 2003. Selain itu, kajian ini juga turut menggunakan kaedah pemerhatian empirikal sama ada jenayah

di Itali dipengaruhi oleh ketibaan pelancong dii kawasan itu. Hasil kajian telah mendapati

bahawa berlakunya hubungan positif antara pelancongan dan jenayah di kawasan pelancongan.

Penemuan juga mendapati bahawa pelancongan dan jenayah juga berkait dengan perbandaran

yang pesat di pusat bandar. suasana bandar yang sesak akan memberi peluang yang tinggi

terhadap penjenayah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Klaus de Albuqerque dan Jerome McElroy (1999), dalam “Tourism and Crime in The Caribbean, Annals of Tourism Research” pelancongan dan jenayah yang sering berlaku di Caribbean khususnya jenayah keganasan dan juga jenayah harta benda. Berdasarkan analisis

data yang diambil pada tahun 1989 hingga 1993 mendapati bahawa corak jenayah yang

berlaku adalah tinggi dalam kalangan pelancong. Analisis kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk dan pelancong tempatan telah menjadi mangsa jenayah keganasan, manakala

pelancong luar negara pula telah menjadi mangsa jenayah harta benda. Masalah jenayah ini

cenderung berlaku di kawasan tumpuan pelancong di Caribbean. Kesimpulannya, kajian ini

(10)

tersebut. antara langkah yang dicadangkan untuk mencegah jenayah ialah pengawasan melalui

kamera litar tertutup, mengunci pejabat, memberi peringatan orang awam tentang keselamatan

melalui iklan, kempen, media dan juga pendidikan di sekolah.

Joseph E. Mbaiwa (2003), dalam “The Socioeconomic and Environmental Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana” menyatakan Delta

Okavango merupakan salah satu daripada kawasan yang terkemuka sebagai kawasan

pelancongan di Bostwana khususnya kaya dengan sumber hidupan lair serta mempunyai kawasan pelancongan yang cantik dan indah. Aktiviti pelancongan yang berlaku di Delta

Okavango akhirnya telah berkembang maju setelah sekian lama menjadi destinasi pelancongan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kajian mendapati bahawa pelbagai kemudahan telah

dibangunkan di kawasan tersebut, antaranya ialah hotel, pusat hiburan, lapangan terbang,

kedai runcit, aktiviti perniagaan yang besar serta menjual pelbagai barangan. Di samping itu

juga, jalan raya juga telah ditar untuk memudahkan para pengunjung sampai ke destinasi

pelancongan tersebut. Aktivti pelancongan juga telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada

penduduk di sekitar Bostwana. Hasil ananlisis mendapati walaupun sosio-ekonomi pelancongan

memberikan positif, namun aktiviti pelancongan turut menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Contohnya berlaku kemusnahan ekologi, pencemaran bunyi dan pengurusan sisa

pepejal yang kurang dipertimbangkan di kawasan Delta. Hal ini terbukti apabila terdapat

timbunan sampah sarap seperti beg plastic, kertas dan botol di sepanjang jalan dan di tapak

perkhemahan Delta Okavango. Kesimpulannya, kajian telah mengemukakan beberapa

cadangan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang berlaku iaitu mewujudkan dasar,

pelaksanaan dan pemantauan seterusnya melibatkan penyertaan orang awam untuk

memastikan kemampanan pelancongan di Delta Okavango.

2.0 METODOLOGI

Kajian terhadap Impak Sosioekonomi Pelancongan Terhadap Perlakuan Jenayah dan Alam

Sekitar di Bandar raya Kota Kinabalu, Sabah telah menggariskan beberapa metodologi kajian yang digunakan bagi memenuhi matlamat kajian. Secara keseluruhan, kajian ini melalui lima

peringkat utama iaitu kajian awalan, kajian literatur, peringkat pengumpulan maklumat,

(11)

Golongan sasaran dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk Kota Kinabalu yang

menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan pelancongan di empat buah zon lokasi yang telah

dikenalpasti iaitu Zon 1 (Wawasan Plaza dan Api-api Centre), Zon 2 (Centre Point dan

Sinsuran), Zon 3 (KK Plaza dan Segama) dan Zon 4 (Pasar besar Kota Kinabalu, Pasar

buah-buahan, Pasar ikan, dan Pasar Kraf tangan). Sampel dipilih secara rawak mudah. Sebanyak 40

orang responden diperlukan bagi kajian ini, setiap zon diperuntukkan seramai 10 orang

responden.

Gambar 1 kawasan kajian

2.1 Peringkat Kajian Awalan

Peringkat ini melibatkan pemahaman asas untuk tajuk kajian, mengenalpasti isu-isu dan

masalah berkaitan bidang yang dikajo, memilih kawasan kes kajian, membentuk tujuan dan

objektif kajian, merangka dan merumuskan skop dan menentukan metodologi kajian.

2.1.1 Kajian Literatur

Kajian literature dijalankan adalah untuk member gambaran dan pemahaman asas, bidang dan

skop penyelidikan dari sudut teori, emperikal dan praktis bagi memandu peringkat analisis

penyelidikan. Perbincangan di peringkat ini dipecahkan kepada tiga komponen utama iaitu:-

1. Literatur berkaitan aktiviti sosioekonomi pelancongan yang terhasil.

2. Berasaskan kajian literatur, mengenalpasti impak aktiviti sosioekonomi pelancongan

(12)

3. Literatur berkaitan cadangan dan langkah-langkah yang dicadangkan untuk

mengurangkan pelakuan jenayah dan impak kepada alam sekitar hasil daripada aktiviti

sosioekonomi pelancongan.

Kajian literatur yang dijalankan hasil daripada pengkajian penyelidik-penyelidik terdahulu,

jurnal, kertas-kertas kerja, dokumen dan sebagainya.

2.2 Peringkat Pengumpulan Maklumat

2.2.1 Pengumpulan Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder daripada kajian ke perpustakaan. Kajian ke perpustakaan yang

dilakukan adalah untuk mencari maklumat ilmiah berkaitan pelancongan dan perkaitannya

terhadap pelakuan jenayah dan alam sekitar melalui buku-buku ilmiah dan jurnal. Kajian

pemerhatian turut dilakukan. Pemerhatian terhadap aktiviti sosioekonomi pelancongan di

Bandaraya Kota Kinabalu.

Kaedah pengumpulan data diperoleh melalui kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan

turut dilakukan untuk mendapatkan data sekunder. Data diperoleh daripada rujukan ilmiah

seperti jurnal dan internet yang berkaitan dengan isu kajian kami. Selain itu juga, rujukan terhadap kajian lepas turut dijalankan sebagai sokongan terhadap kajian yang kami jalankan.

Kajian pemerhatian pula dilakukan dengan memerhati apakah aktiviti sosioekonomi

pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu. Pemerhatian ini berfungsi agar pengkaji mengetahui

bagaimanakah keadaan sebenar kawasan kajian sebelum melakukan kajian yang sebenar.

2.2.2 Pengumpulan Data Primer

Pengumpulan data primer menggunakan borang soal selidik yang melibatkan responden

tertentu khususnya berkaitan dengan maklumat responden seperti jenis perniagaan

pelancongan, tempoh perniagaan, persepsi terhadap kesan pelakuan jenayah, impak kepada

alam sekitar dan cadangan dalam mengurangkan kesan ini daripada aktiviti sosioekonomi

pelancongan.

Borang soal selidik diedarkan kepada peniaga sebagai responden kajian mengikut zon

(13)

yang telah ditentukan. Borang ini terbahagi kepada lima bahagian yang perlu dilengkapkan.

Bahagian A merupakan latar belakang responden yang merangkumi lokasi, jantina, umur,

bangsa, tahap pendidikan, dan jumlah pendapatan responden. Bahagian B adalah mengenai

sosioekonomi pelancongan. Bahagian C merujuk kepada impak aktiviti sosioekonomi

pelancongan terhadap perlakuan jenayah. Sementara bahagian D adalah impak aktiviti

sosioekonomi pelancongan terhadap alam sekitar. Bahagian E pula merupakan cadangan

langkah mengurangkan perlakuan jenayah dan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.

Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini,

sample dipilih berdasarkan beberapa lokasi terpilih mengikut zon.

2.3 Peringkat Analisis Kajian

Bersesuaian dengan skop dan maklumat yang dikumpulkan, analisis kajian menghasilkan data

kuantitatif dalam bentuk statistic diskriptif (frekuensi dan peratusan) dengan menggunakan

perisian SPSS (Statistic Program For Social Science) bagi menganalisis kajian soal-selidik. Analisis data secara kualitatif adalah menggunakan kaedah deskriptif di mana maklumat yang

diperoleh tidak dapat dijelaskan secara numeric. Penerangan akan dilakukan terhadap cadangan langkah mengurangkan perlakuan jenayah dan juga pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian. Sementara analisis data secara kuantitatif pula menggunakan perisian SPSS

untuk membuat analisis terhadap data menerusi borang soal selidik. Analisis SPSS digunakan

untuk melihat keseluruhan impak sosioekonomi di kawasan tarikan pelancong serta

pembahagian mengikut zon terpilih kajian.

Malah, penggunaan Microsoft Office Excell 2007 turut digunakan bagi mendapatkan rajah jadual statistik data hasil daripada penganalisisan SPSS. Pemaparan rajah graf bar dan

carta pie melalui Microsoft Excell dapat membantu dalam menerangkan hasil data yang telah

dianalisis secara lebih praktikal dan berkesan. Ini bermakna, pengimbangan penggunaan

kedua-dua perisian ini berfungsi dalam menerangkan hasil kajian yang dilakukan.

2.4 Peringkat Cadangan

Cadangan-cadangan dibentuk bagi tujuan meningkatkan lagi sektor pelancongan di bandaraya

Kota Kinabalu, Sabah dalam mengurangkan impak kepada pelakuan jenayah dan alam sekitar.

(14)

kaedah perancangan pembangunan sosioekonomi pelancongan yang lebih terancang dan

mampan.

2.5 Permasalahan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi. Antaranya adalah

masalah komunikasi. Hal ini kerana, walaupun kebanyakan responden yang terlibat tahu akan

berbahasa melayu, namun tahap penggunaan tatabahasa serta cara berkomunikasi dalam

bahasa melayu adalah pada tahap yang memuaskan. Ada di antara responden yang kurang

fasih akan penggunaan istilah-istilah mudah yang menyukarkan mereka untuk menjawab

borang soal selidik. Selain itu, ada juga di antara responden yang tidak ingin bekerjasama kerana mereka boleh dikatakan mempunyai polisis yang berkenaan dengan tidak bergaul atau

bercakap perkara yang melibatkan hal ehwal kedai seperti jumlah pendapatan yang diperolehi,

dan hanya peniaga atau bos sahaja yang dapat memberikan jawapan tersebut.

Selain itu, masalah dalam kajian ini juga dapat diperlihatkan melalui pengambilan

sampel, yang mana ianya hanya menekankan kepada 10 orang responden dalam satu-satu zon.

Hal ini kurang efektif dalam pembuktian kerana ianya sekurang-kurangnya 10% dalam sesuatu

kawasan untuk diambil sebagai responden. Tambahan pula, masa kajian ini dijalankan adalah

pada hari ahad, hari yang ramai pengunjung datang ke gerai mereka menyebabkan mereka

sukar untuk memberikan kerjasama.

2.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kepentingan dari sudut informasi yang mana

ianya akan berguna dalam melihat sama ada pembangunan sektor pelancong memberikan

impak yang secara langsung kepada sektor jenayah dan juga isu pencemaran alam sekitar di

kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi juga boleh menjadi sumber rujukan bagi penyelidik

(15)

3.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

3.1 Latar Belakang Responden.

(16)

Melayu 1 10 3 30 0 0 0 0 4 10

3.2 Dapatan Objektif Pertama

3.2.1 Faktor Pemilihan Untuk Berniaga

(17)

Faktor

3.2.2 Jumlah Pelancong.

(18)

3.2.3 Jenis Perniagaan

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

(19)

3.2.4 Jenis Pelancong

3.2.5 Masa Kedatangan Pelancong

(20)

3.3 Dapatan Objektif Kedua

3.3.1 Jenayah

3.3.1.1 Pelakuan Jenayah

Item Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Keseluruhan

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

(21)

3.3.1.2 Tahap Keselamatan

3.3.1.3 Aktiviti Pelancongan (Kesan kepada Jenayah)

(22)

3.3.1.4 Kekerapan Berlaku Jenayah

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

(23)
(24)

3.3.2 Alam Sekitar

3.3.2.1 Tahap kebersihan

Item Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Keseluruhan

(25)

3.3.2.2 Sosioekonomi Pelancongan Memberi Kesan Kepada Alam Sekitar

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

Sangat Puas Hati Puas Hati Kurang Puas Hati

0

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

(26)

3.3.2.3 Jenis Pencemaran

Bilangan Peratusan (%)

3.3.2.4 Punca Pencemaran

(27)

DBKK

Jumlah 14 100 17 100 19 100 23 100 73 100

3.3.2.5 Penyediaan Tong Sampah

Item Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 Keseluruhan

Lemah penguatkuasaan DBKK

(28)

3.3.2.6 Pemantauan Kebersihan

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Bilangan Peratusan (%)

Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4

(29)

3.3.2.7 Kekerapan Pemantauan

3.4 Dapatan Objektif Ketiga

(30)
(31)

4.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Analisis Responden

Bagi responden yang telah diberikan boring soal selidik, dari jumlah 40 orang responden, 35%

adalah lelaki manakala 65% adalah responden wanita. Jumlah responden yang terlibat yang

paling ramai adalah dalam lingkungan 40 – 44 tahun serta 20 – 24 tahun, masing-masing

menunjukkan sebanyak 18.4% daripada keseluruhan 40 jumlah responden. Sebanyak 32

orang responden yang disoal selidik adalah bumiputera sabah iaitu sebanyak 80% daripada 40

orang responden. Kebanyakan yang disoal selidik adalah lepasan sekolah menengah iaitu sebanyak 70% atau 28 orang responden. Kebanyakan yang disoal selidik adalah peniaga

kerana kebanyakan kedai yang dikunjung mempunyai polisis yang mana sebarang temu bual

atau boring yang diagihkan haruslah melalui bos atau peniaga itu sendiri. Hal ini dapat

dibuktikan iaitu sebanyak 55% daripada jumlah keseluruhan responden yang ditemu bual dan

hanya 35% pekerja, selebihnya adalah 4 orang penjaja kecil-kecilan. Bagi melihat impak

pelancongan berdasarkan lokasi, ianya menunjukkan bahawa 48.7% adalah berpendapatan

dalam lingkungan RM1000 ke bawah, dan hanya sebanyak 23.1% bagi yang berpendapatan

melebihi 2001 ke atas.

(32)

4.2 Analisis Objektif Pertama

Bagi melihat kepada jenis perniagaan, kesemua zon yang terlibat menunjukkan bahawa

perniagaan yang berasaskan barangan seperti kraf tangan, cenderahati dan alatan teknologi

mempunyai angka yang paling tinggi kecuali zon 4, secara keseluruhannya adalah sebanyak

66.7%. jika ianya mengikut zon, zon 1 (60%), zon 2 (77.8%), zon 3 (90%) dan zon 4 (40%).

Zon 4 hanya melibatkan barangan berasaskan makanan dan minuman yang mendominasi iaitu

sebanyak 50%. Hal ini kerana, zon 4 merangkumi empat lokasi yang mana ianya merupakan kawasan bagi penjualan produk makanan kering dan basah seperti sayur-sayuran,

buah-buahan dan produk perikanan serta produk tenusu.

Hasil dapatan kami juga menunjukkan bahawa, kebanyakan peniaga yang terlibat

memberikan faktor ekonomi sebagai faktor dalam pemilihan kawasan atau lokasi gerai atau

perniagaan iaitu sebanyak 41.2%. Faktor ekonomi ini berdasarkan sewa serta julah

kedatangan pelancong ke kawasan tersebut. Zon 4 merupakan zon yang mempunyai 43.75%

bagi faktor ekonomi. Hal ini kerana, kewujudan lokasi atau pasar dalam zon 4 itu merupakan

satu tarikan pelancong khususnya Pasar Kraf Tangan Kota Kinabalu serta Pasar Buah-buahan. Hal ini kerana, kedua-dua lokasi ini memberikan satu identiti atau kenangan kepada para

pelancong yang melancong ke Sabah. Namun begitu, min yang tertinggi adalah pada zon 3

iaitu sebanyak 3.6, berbanding zon 4 iaitu hanya sebanyak 2.6. Hal ini kerana, zon 3

mempunyai banyak barisan gerai penjaja di sepanjang laluan. Dan ini memberikan satu

panorama yang seakan-akan Tamu Gaya Street. Faktor pemilihan tempat ini memberikan 0.02

sig dalam kajian ini yang mana menunjukkan bahawa pemboleh ubah ini memberikan padanan

yang sangat sesuai.

Dalam melihat jumlah pelancong yang datang ke setiap zon, zon 4 mempunyai min yang

tertinggi iaitu sebanyak 3.1 berbanding zon yang lain iaitu 2.3 (zon 1), 2.5 (zon 2) dan 2.1

(zon 3). Hal ini kerana, kawasan zon 4 khususnya Pasar kraf Tangan memberikan tarikan yang

tinggi kepada pelancong sehinggakan dalam sebulan sebanyak 60% jumlah pelancong yang datang melebihi 30 orang pelancong. Walaupun min keseluruhan jumlah pelancong yang

datang adalah sebanyak 2.5 bagi jumlah 31 pelancong ke atas, ianya merupakan jumlah yang

tertinggi iaitu sebanyak 32.5% kedatangan dalam sebulan. Namun begitu kesignifikan bagi

(33)

Waktu kedatangan pelancong yang paling ramai adalah pada waktu cuti sekolah iaitu

pada bulan November/Disember iaitu sebanyak 54% secara keseluruhan (min 1.5, sig .20).

bagi memperlihatkan mengikut zon, kebanyakan zon memberikan jawapan yang sama iaitu

sebanyak 61.5% (zon 2 dan zon 3; min 1.3 dan 1.4) dan 57.1% (zon 4; min 1.4). Hal ini dapat

disokong apabila jenis pelancong yang datang ke setiap zon ialah pelancong luar negara dan

pelancong tempatan iaitu sebanyak 80% (zon 1; min 2.8), 60% (zon 2; min 2.5), 90% (zon 3;

min 2.8) dan 100% (zon 4; min 3); secara keseluruhannya adalah sebanyak 82% (min 2.8, sig

0.39). Disebabkan jumlah pelancong yang ramai adalah melibatkan kedua-dua (Pelancong luar negara dan Pelancong tempatan), sudah semestinya ianya akan menyebabkan pelancongan

melonjak naik pada waktu cuti sekolah. Kesemua data yang diperolehi ini adalah berdasarkan

premis perniagaan yang baru dibuka iaitu antara 1-5 tahun (69.2%) dan ada jugak yang

diperolehi dari kedai yang telah lama beroperasi, yakni melebihi 20 tahun iaitu sebanyak

(15.4%).

Kesimpulannya, aktiviti sosioekonomi pelancongan di kawasan kajian adalah dipengauhi

dengan faktor kedatangan pelancong serta waktu kedatangan pelancong. Selain itu, faktor

kedudukan kawasan juga memberikan perbezaan dari segi kedatangan pelancong walaupun

pelancong yang datang melibatkan pelancong luar negara dan pelancong tempatan.

4.3 Analisis Objektif Kedua

4.3.1 Jenayah

Dalam melihat impak jenayah dalam pelancongan, ianya akan melibatkan beberapa faktor

seperti perlakuan jenayah, tahap keselamatan, kesan terhadap perlakuan pelancongan,

kekerapan perlakuan jenayah dan kekerapan rondaan polis.

Dalam melihat dari aspek perlakuan jenayah, ianya melibatkan respon dari responden

yang melihat sama ada lokasi tersebut pernah berlaku kes jenayah atau tidak. Kesemuanya memberikan jawapan yang menunjukkan bahawa sememangnya perlakuan jenayah berlaku

mengikut zon melainkan zon 4 yang mana perlakuan jenayah adalah neutral kerana 50%

mengatakan sememangnya berlaku jenayah dan selebihnya mengatakan tidak. Berbanding zon

yang lain, ianya menunjukkan bahawa perlakuan jenayah memang berlaku iaitu sebanyak 80%

(34)

keseluruhan kawasan kajian ianya menyatakan bahawa 70% mengatakan bahawa

sememangnya perlakuan jenayah berlaku di lokasi tersebut iaitu sebanyak 70% (min 1.3).

Antara kegiatan jenayah yang dimaksudkan adalah kebanyakannya adalah melibatkan kes

kecurian, iaitu kes curi di gerai, dan juga kes penyeluk saku. Jika ianya melibatkan jenayah

berat seperti pembunuhan sememangnya tidak berlaku di kawasan kajian. Namun begitu, kes

ragut pernah berlaku di kawasan zon 3 (segama), menurut jawapan yang diberikan oleh

responden di segama. Namun begitu, secara keseluruhannya, kes kecurian merupakan kes

yang kerap kali berlaku di kawasan kajian.

Walaupun kes kecurian atau kes penyeluk saku sering berlaku, keseluruhan bagi tahap

keselamatan adalah pada tahap yang selamat iaitu 50% (min 2.2). Namun begitu, zon 4

memberikan respon iaitu sebanyak 60% mengatakan bahawa ianya pada tahap yang sangat

selamat. Hal ini kerana, kebanyakan kes yang melibatkan kecurian adalah dalam golongan

pendatang asing tanpa izin yang sering kali dikaitkan dengan penduduk yang berasal dari

Filipina. Secara kebetulan, bagi zon 4 hampir kesemua responden yang disoal selidik adalah

dari Filipina namun telah menjadi warganegara Malaysia. Ini juga mungkin menjadi faktor

kenapa kawasan zon 4 menjadi lokasi yang sangat selamat bagi para peniaga di kawasan tersebut. Manakala zon yang lain memberikan respon bahawa tahap keselamatan adalah pada

tahap yang selamat iaitu sebanyak 60% (zon 1; min 2.4), 60% (zon 2; min 2.2) dan 50% (zon

3; min 2.5). Namun begitu, ada responden yang memberikan jawapan bahawa zon 3 adalah

tidak selamat walau dalam jumlah yang kecil iaitu sebanyak 20%, ianya dikaitkan dengan kes

ragut yang berlaku walau kekerapan perlakuan jenaya tersebut dalam anggaran 3 kali sebulan.

Bagi melihat kekerapan perlakuan jenayah, ianya memberikan jawapan dalam aspek

yang positif, yakni 57.1% mengatakan bahawa perlakuan jenayah tidak pernah berlaku di

kawasan zon 1. Hal ini mungkin disebabkan kawasan yang terkawal khususnya kawasan Api-Api Centre (khususnya kawasan perumahan) mempunyai pengawal yang sentiasa bertugas.

Namun begitu, sebanyak 75% mengatakan bahawa perlakuan jenayah adalah sangat jarang

berlaku di zon 2, zon 3 dan 4 masing-masing adalah 100%. Hal ini mungkin disebabkan ada di

sesetengah kawasan yang mana rondaan polis adalah kerap iaitu sebanyak 50% (zon 1 dan

zon 3) dan 40% (zon 4). Walaupun begitu, ianya melihat juga kepada aspek demografi yakni

kemasukan dan aliran perjalanan penduduk di lokasi kajian. Khususnya di kawasan zon 2 iaitu

(35)

namun perlakuan jenayah adalah sangat jarang iaitu 75%. Hal ini mungkin disebabkan jumlah

penduduk tempatan yang ramai dikawasan tersebut menyukarkan aktivit jenayah untuk

berlaku.

Akan tetapi, 80% responden bersetuju bahawa pelancongan tidak memberikan impak

kepada perlakuan jenayah. Yang mana zon 1 (88.9%), zon 2 (90%), zon 3 (62.5%) dan zon 4

(75%) bersetuju bahawa aktiviti pelancongan tidak dipengaruhi dan mempengaruhi perlakuan

jenayah di kawasan kajian. Walupun begitu, ada responden yang bersetuju khususnya di kawasan zon 4 (pasar Kraf Tangan) menyatakan bahawa kes kecurian berlaku apabila ada

pelancong khususnya dalam kumpulan yang ramai menyebabkan kes kecurian. Namun kes

tersebut tidak melibatkan pelancong tetapi indidvidu yang menyamar sebagai pelancong dalam

kumpulan pelancong tersebut untuk melakukan perlakuan jenayah.

Kesimpulannya, aktitivit pelancongan tidak memberikan kesan secara langsung kepada

perlakuan jenayah dan juga perlakuan jenayah tidak merosotkan aktiviti pelancongan di

kawasan kajian. Ianya juga melihat kepada demografi tempat serta jumlah penduduk dalam

kawasan kajian yang boleh mempengaruhi perlakuan jenayah serta kestrategikan kawasan

tersebut.

4.3.2 Alam Sekitar

Dalam melihat dalam aspek alam sekitar, sudah tentu ianya akan melibatkan pencemaran yang

mana dipengaruhi oleh pelancongan. Terdapat beberapa aspek yang dilihat dalam aspek alam

sekitar ini seperti tahap kebersihan, aktiviti pelancongan yang memberikan kesan kepada alam

sekitar, jenis pencemaran yang berlaku, punca berlakunya pencemaran, jumlah tong sampah

serta pemantauan kebersihan di lokasi kajian.

Pertama sekali adalah tahap kebersihan. Walaupun keseluruhan tahap kebersihan di

lokasi kajian menunjukkan bahawa 46.2% bersetuju bahawa kebersihan adalah pada tahap yang memuaskan, namun begitu ianya hanya pada zon 1 dan 2 masing-masing sebanyak

66.7% dan 70%. Hal ini kerana, ianya melibatkan kompleks membeli belah yang mempunyai

sistem pembersihan yang tersendiri. Berbanding di zon 3 dan 4 ianya menunjukkan bahawa

(36)

kerana, lokasi kajian yang melibatkan komplak membeli-belah hanyalah KK Plaza, manakala

selebihnya adalah pasar, khususnya di kawasan zon 4.

Walaupun ianya sedemikian rupa, 67.6% bersetuju bahawa aktiviti pelancongan tidak

memberikan kesan yang signifikan dalam isu kebersihan di kawasan kajian, masing-masing

menunjukkan 77.8% (zon 1), 70% (zon 2 dan 3) dan 50% (zon 4). Ini kerana, kebanyakan

responden memberikan jawapan bahawa pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh

penduduk tempatan khususnya masyarakat setempat yang menyebabkan kawasan tersebut tercemar. Ini dapat dilihat dalam jenis pencemaran, 51.2% menunjukkan bahawa isu

sampah-sarap menjadi isu utama dalam pengenalpastian jenis pencemaran yang berlaku. Khususnya di

kawasan zon 3 dan 4 (80% dan 60%). Bagi zon 1 dan 2, pencemaran udara menjadi faktor

utama iaitu sebanyak 54.5% dan 70%. Hal ini mungkin disebabkan kerana kawasan Api-Api

serta kawasan Sinsuran yang terbuka dan dekat dengan jalan raya utama di Bandaraya Kota

Kinabalu yang menyebabkan pencemaran udara isu utama berbanding zon yang lain. Ini juga

disebabkan sistem pembersihan tersendiri yang menyebabkan isu pencemaran berkaitan

sampah adalah dalam jumlah yang minimum.

Hal ini disokong kuat apabila sebanyak 35.6% (min 1.8) yang melibatkan masyarakat

itu sendiri yang bertanggungjawab dalam pencemaran yang berlaku. Zon 1 menunjukkan

sebanyak 42.9%, zon 2 sebanyak 29.4%, zon 3 sebanyak 42.2% dan 30.4% di zon 4. Ini

menunjukkan bahawa masyarakat setempat yang seharusnya bertanggungjawab dalam

pencemaran yang berlaku khususnya yang melibatkan sampah sarap. Namun begitu, ianya juga

melibatkan faktor yang lain seperti penyediaan tong sampah. Walaupun secara keseluruhan

sebanyak 71.1% menyatakan bahawa tong sampah memang disediakan, namun jumlah yang

sedia ada hanyalah dalam jumlah yang mínimum iaitu 1 – 5 tong sampah iaitu sebanyak

58.3%. ada di antara responden yang menyatakan bahawa, tong sampah yang disediakan dahulu telah dicabut oleh pihak berkuasa khususnya di kawasan zon 3 (Segama). Hal ini

menunjukkan bahawa penyediaan tong sampah kecil adalah sangat mengecewakan.

Kebanyakan tong sampah besar yang sedia ada tidak mencukupi, tambahan pula ianya hanya

untuk peniaga berhampiran namun bukan kepada pengunjung.

Yang menghairankan lagi, apabila isu pencemaran yang melibatkan sampah sarap ini

(37)

sebanyak 65.8% keseluruhan; zon 1 (80%), zon 2 (70%), zon 3 (25%) dan zon 4 (80%).

Namun begitu ianya seperti tiada tindakan yang diambil. Walaupun terdapat pekerja DBKK yang

membersihkan lokasi di kawasan kajian, namun bukan semuanya yang terlibat dan hanya

dilakukan pada waktu pagi sahaja menurut kenyataan responden yang disoal selidik. Mungkin

ianya disebabkan pemantauan kebersihan yang kadang-kadang sahaja dilakukan iaitu dalam

2-3 kali sebulan yang diwakili sebanyak 2-39.5%. mungkin juga ianya disebabkan kedudukan

tempat tersebut, sebagai contoh kawasan di zon 4, kekerapan pemantauan kebersihan adalah

kerap iaitu sebanyak 50% kerana kawasan tersebut adalah kawasan pasar dan harus ditinjau, berbanding di zon 1 dan 2 (20% dan 30%) yang mana ianya mempunyai pekerja kebersihan

tersendiri. Namun begitu, di kawasan zon 3 menyatakan bahawa pemantauan kebersihan

adalah sangat jarang (37.5%) kerana ada responden yang menyatakan bahawa tong sampah

tidak dibersihkan pada hari ahad, dan juga ada responden yang menyatakan bahawa pekerja

kebersihan mempunyai sifat malas dalam perlaksanaan pekerjaannya.

Kesimpulannya, dalam melihat aspek alam sekitar, ianya menunjukkan bahawa aktiviti

pelancongan tidak memberikan kesan yang signifikan dalam isu pencemaran alam sekitar.

Namun ianya mempunyai faktor yang lain seperti kekerapan pemantauan serta kesedaran

masyarakat dalam menjaga kebersihan itu sendiri.

4.4 Analisis Objektif Ketiga

Terdapat empat komponen yang menjadi pengkategorian dalam melihat cadanga

mengurangkan jenayah iaitu Pemantauan/Rondaan, Penyediaan Kemudahan, Kesedaran

Masyarakat dan Pengurusan. Keempat-empat komponen ini mempunyai pencirian yang

berbeza. Pemantauan/Rondaan ini melibatkan tindakan dari pihak berkuasa seperti Polis dan

DBKK dalam mengambil tindakan. Penyediaan kemudahan pula adalah melibatkan dari aspek

utiliti yang boleh digunakan dan menolong penduduk setempat, Kesedaran Masyarakat pula

adalah sifat kesedaran dan kepekaan terhadap sesuatu isu dan Pengurusan adalah sama seperti

Pemantauan/Rondaan namun ianya hanya akan melibatkan institusi yang lebih kecil seperti

pihak pengurusan kompleks tersebut khususnya.

(38)

Dalam melihat aspek jenayah, sebanyak 59.6% memberikan cadangan bahawa pemantauan

atau rondaan pihak polis adalah diperlukan. Bagi penyediaan kemudahan pula ianya adalah

sebanyak 17% sahaja yang mana ianya melibatkan penyediaan pondok polis serta Rakan COP

yang lebih menyeluruh. Selain itu, pemasangan CCTV juga ada dicadangkan. Kesedaran

masyarakat hanya sebanyak 4.3% dan dari aspek pengurusan adalah 19.1%. ini menunjukkan

bahawa kebanyakan masyarakat di lokasi kajian memerlukan tindakan yang drastik dalam

mengurangkan kadar perlakuan jenayah khususnya campurtangan pihak polis. Namun begitu

dari aspek pengurusan pula, ianya di tempat yang kedua tertinggi yang melibatkan penambahan pengawal keselamatan serta rondaan pengawal keselamatan yang lebih kerap

bagi memastikan kawasan premis dalam keadaan yang lebih aman. Disebabkan keinginan

masyarakat setempat yang menginginkan tindakan yang drastik, maka dari aspek msyarakat

khususnya dalam mengetahui kawasan yang berisiko jenayah serta penggayaan dan

penampilan yang sederhana menjadi satu cadangan yang picisan.

Kesimpulannya, dalam menangani gejala jenayah di kawasan kajian, ianya tetap

memberikan cadangan yang hampir sama walaupun kwasan tersebut adalah berbeza. Ini

menunjukkan bahawa kegiatan jenayah yang berlaku adalah bukan berdasarkan kawasan

semata-mata.

4.4.2 Alam Sekitar

Berbanding dengan cadangan yang berdasarkan jenayah, dari aspek alam sekitar ianya

memberikan perspektif yang berlainan. Walaupun dalam pengkategorian yang sama, namun

pencirian bagi setiap kategori adalah berbeza. Dalam pemberian cadangan yang melibatkan isu

pencemaran alam sekitar, sebanyak 37.21% memberikan cadangan bahawa penyediaan

kemudahan adalah penting seperti penambahan tong sampah. Namun begitu, juka dilihat

mengikut zon, ianya memberikan pandangan yang berbeza. Contohnya di zon 1, sebanyak

44.4% cadangan yang diberikan adalah melibatkan pemantauan dari pihak DBKK. Ini

menunjukkan bahawa kawasan zon 1 mementingkan tindakan yang agak drastik. Berbanding dari zon 2 dan 3, ianya mementingkan penyediaan kemudahan khususnya penyediaan tong

sampah. Hal ini kerana, mengikut pemerhatian penyediaan tong sampah yakni jumlah tong

sampah di zon 2 (Sinsuran) dan zon 3 (Segama) adalah pada tahap yang mengecewakan. Ini

(39)

disediakan. Berbanding di kawasan zon 4, mereka lebih mengutamakan kesedaran masyarakat

kerana, di sepanjang proses mendapatkan maklumat, kebanyakan masyarakat di tempat itu

menyediakan tong sampah sendiri, membersihkan premis sendiri serta mengadakan

gotong-royong dalam membersihkan kawasan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap zon

mempunyai masalah yang berbeza dan pendekatan yang digunakan juga adalah berbeza.

Kesimpulannya, langkah dan cadangan yang diberikan adalah mengikut masalah yang

ada di kawasan kajian itu sendiri. Dalam bentuk fizikal keempat-empat kawasan kajian itu sudah menunjukkan perbezaan dan ianya semestinya memberikan cadangan yang berbeza

dalam penyelesaian masalah tersebut.

5.0 KESIMPULAN

Dalam melihat aspek pelancongan, ianya sudah tentu akan melibatkan aktiviti sosioekonomi di

sesuatu kawasan kajian. Terutama sekali sekiranya ianya melibatkan elemen jenayah dan alam

sekitar. Hal ini kerana, pelancongan itu sendiri bukan sahaja mempunyai peranan penting

dalam mempengaruhi perlakuan jenayah dan impak kepada alam sekitar, ia jugak dipengaruhi

oleh kedua-dua elemen ini. Dalam kajian ini, ianya menunjukkan bahawa pelancongan tidak

memberikan kesan kepada perlakuan jenayah dan pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.

Ianya melibatkan kesedaran masyarakat itu sendiri. Selain itu, semua pihak harus bertanggungjawab dalam menjaga keamanan serta kebersihan kawasan tersebut bagi

memastikan kawasan tersebut menjadi sati lokasi yang bersih, aman, selamat dan kondusif bagi

perlaksanaan program yang berunsurkan pelancongan.

RUJUKAN

(40)

Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Rosmiza Zainal. 2012. Implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman scuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: satu tinjauan awal. GEOGRAFIA: Malaysian journal of society and space

Jamaluddin Md. Jahi. 2009. Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai. Malaysian Journal of Environmental Management 10(2): 71-88

Joseph E. Mbaiwa, 2003, The Sosioeconomic and Environmental Impacts of Tourism Development on The Okavango Delta, North-Western Bostwana, Journal of Arid Environments, Volume: 54, Muka surat: 447-467.

Jurry Foo. 2011. Sistem Tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti. Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space

Klaus de Albuqerque dan Jerome McElroy, 1999, Tourism and Crime in The Caribbean, Annals of Tourism Research, Volume: 26, Muka surat: 968-984.

Lee Kuok Tiong dan Siri Suriani binti Othman. 2010. Pertumbuhan dan pelestarian Industry eko-pelancongan: Kajian Pulau-pulau peranginan sekitar pantai timur Sabah, Malaysia.

Universiti Malaysia Sabah: Sekolah Sains Sosial

Mazdiah binti Musidi. 2012. Kajian pelancongan di Kampung Luanti, Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah Sains Sosial

Mohamad Zaki bin Ahmad, Johan Afendi bin Ibrahim dan Hood Mohd Salleh. 2010. Pelancongan kesihatan sebagai sumber pendapatan negara: potensi, impak dan cabaran. Negeri

(41)

LAMPIRAN

PERBINCANGAN SEBELUM TURUN KE LAPANGAN

(42)

Gambar

Gambar 1 kawasan kajian

Referensi

Dokumen terkait

Pada perilaku peduli lingkungan para pengrajin kain kelambu termasuk dalam kriteria cukup baik (91,67%). Pengrajin kain kelambu kurang aktif dalam mengikuti sosialisasi

 Jl. Raya Krembung No.5-7 Kr embung No.5-7 Krembung T embung Telp.. RUANG LINGKUP DAN SASARAN 1.. &A& II.. PRO)IL PROGRAM KEAHLIAN

Penelitian ini juga sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Sri Rahayu (2015) bahwa penerapan model pembelajaran Discovery Learning dapat meningkatkan kreativitas

Az elképzelések arról, hogy Kárpátalja – akkor még a Magyar Rusz, ahogyan azt a helyi ruszinok vagy a cári oroszok nevezték – melyik állam kötelékébe fog

Metode house of risk akan direkomendasikan pada PT XYZ, khususnya pada Divisi Pengadaan untuk menyelesaikan permasalahan seputar hubungan keterkaitan antara

Dari identifikasi tersebut dapat dibuat perumusan masalah bahwa dengan pening- katan keterampilan dokter kecil di Madrasah Ibtida’iyah Matholi’ul Falah akan mening- katkan aktivitas

Beberapa hal yang dapat diduga sebagai faktor penyebab rendahnya nilai tidak berhasilnya IB di Kecamatan Bongomeme seperti masih sangat kurangnya pengetahuan serta

Penelitian ini mempelajari penerapan media animasi terhadap peningkatan penguasaan konsep mahasiswa PGSD, dalam proses pembelajaran sistem sirkulasi dan peredaran