• Tidak ada hasil yang ditemukan

Benarkah Golongan LG BT Didiskriminasikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Benarkah Golongan LG BT Didiskriminasikan"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Benarkah Golongan LGBT Didiskriminasikan?

Panduan Menurut Pendekatan Ajaran Islam

Oleh: Abdul Azib Hussain

Pendahuluan

Diskriminasi bermaksud perlakuan membeza-bezakan sesuatu hal sama ada dari sudut layanan, penerimaan atau seumpamanya disebabkan berlainan keturunan, warna kulit, jantina dan lain-lain.

Terdapat dakwaan daripada kelompok lesbian, gay, biseksual, transgander atau transeksual (LGBT) bahawa mereka telah didiskriminasikan oleh ramai pihak termasuk masyarakat dan di tempat kerja. Justeru, benarkah dakwaan mereka tersebut dan bagaimana pendekatan ajaran Islam dalam hal seumpama ini?

LGBT Antara Perangkap Iblis

Allah telah menciptakan manusia ada lelaki dan perempuan, yang darinya mempunyai hikmah untuk kelangsungan zuriat umat manusia. Namun terdapat segelintir manusia yang diciptakan mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan iaitu dikenali sebagai khunsa.

Ada khunsa yang jelas (wadih) iaitu hanya salah satu alat kelaminnya sahaja yang berfungsi. Dan ada khunsa yang tidak jelas (musykil) kerana kedua-dua alat kelaminnya boleh berfungsi secara normal. Dalam hal ini, seseorang yang dilahirkan ‘khunsa musykil’ diharuskan melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina1 yang sesuai menurut fungsi dan biologinya.

Ini menunjukkan ketegasan syariat dalam mengharamkan pertukaran jantina daripada lelaki kepada wanita atau sebaliknya dan hanya menetapkan hanya satu identiti jantina sahaja pada seseorang individu. Oleh itu, seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun dia berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Begitu juga seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun dia berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan.

1

(2)

Perbuatan menukar jantina sama ada daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya akan melibatkan banyak implikasi hukum syarak yang berkaitan seperti perkahwinan, perwalian, ibadat, kematian dan hal-hal yang bersangkutan. Kerana itu perbuatan ini dikira munkar dan jelas dilarang oleh agama Islam.2

Walaupun syara’ telah mengaskan pengharaman aktiviti LGBT, namun ia masih juga timbul

dan muncul dalam masyarakat kita. Bahkan kelompok LGBT menganggap perbuatan mereka sebagai bukan satu kesalahan atau dosa besar. Ini kerana mereka juga meminta supaya dilayan dan diterima dalam masyarakat seperti manusia normal tanpa sebarang diskriminasi. Justeru, adakah LGBT merupakan antara jarum halus syaitan untuk menyesatkan manusia?

Apabila kita meneliti di dalam al-Quran, Allah merakamkan segala perbuatan maksiat, kemungkaran dan ideologi-ideologi yang menyeleweng berpunca daripada perancangan iblis untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam AS. Hanya sahaja aktiviti kemungkaran dan ideologi sesat tersebut dizahirkan melalui tokoh-tokoh tertentu atau latar sejarah sesuatu tamadun. Contohnya fahaman komunis lahir daripada Karl Marx, ideologi darwinisme dicetuskan oleh Charlis Darwin dan berbagai-bagai lagi.

Setelah iblis diusir oleh Allah daripada kedudukan tertinggi di langit, ia lantas bersumpah dengan sesungguhnya untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam AS. Allah merakamkan sumpah iblis ini pada beberapa tempat dalam al-Quran seperti dalam surah al-Hijr, ayat 39 hingga 40. Firman Allah SWT:















“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka)

demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

(3)

memilih untuk kufur dan ingkar terhadap perintah Allah apabila enggan sujud kepada Nabi Adam AS.

Dalam surah al-Nisa’, ayat 119. Allah berfirman:

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah’. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka

sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata.”

Maka termasuk dalam mengubah ciptaan Allah adalah mereka yang telah dilahirkan lelaki atau perempuan namun bertindak menukar jantinanya yang asal melalui pembedahan dan penampilan.

Manakala dalam surah al-A’raf, ayat 16 hingga 17. Allah berfirman:

“Iblis berkata: ‘Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat

(maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari

menjalani) jalanMu yang lurus. ‘Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan

mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka,dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

(4)













“Allah berfirman: ‘Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat

(dengan pilihannya sendiri).”

Golongan LGBT bukan dipaksa untuk memilih jalan hidup secara songsang. Mereka diberi pilihan untuk memilih jalan putih atau hitam. Namun mungkin kerana telah terjebak dalam maksiat dan perangkap iblis, maka mereka sukar menemui jalan pulang.

Berdasarkan laporan kes pada 2017, golongan LGBT merupakan kelompok tertinggi yang dijangkiti HIV iaitu 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan. Itulah perangkap yang telah dirancang oleh iblis sama ada disedari oleh mereka atau tidak. Kerana itu Allah telah memberi peringatan awal mengenai mudarat zina melalui firman-Nya:







“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu

perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah al Isra’: 32)

LGBT Didiskriminasikan? Panduan Pendekatan Menurut Ajaran Islam

Adakah golongan LGBT tidak diberi ruang dan peluang untuk didekati? Jawapannya, Islam membuka ruang dan peluang untuk mendekati golongan LGBT atas dasar menyampaikan dakwah kepada mereka supaya bertaubat dan kembali kepada fitrah. Perlu diberi beberapa tempoh masa kepada mereka sebagai irsyad (nasihat dan tunjuk ajar) supaya kembali insaf dan pulang ke pangkal jalan.

(5)

mendakwa mereka didiskrimanasikan akibat hukuman dan pendekatan yang dikenakan kerana ruang dan peluang untuk bertaubat telah diberi lebih awal.

Antara pendekatan yang perlu dibuat menurut ajaran Islam kepada golongan LGBT akibat kedegilan mereka untuk berubah dan insaf adalah seperti:

1. Mereka tidak boleh dijadikan ikutan dalam amalan ibadat seperti solat.

Dalam kitab Sahih Bukhari pada Bab Solat Berjemaah dan Imam, dinyatakan pandangan ulama’ berkaitan hal ini.

Imam al-Zuhri berkata, "Kami tidak membenarkan solat bermakmum di belakang seorang pondan kecuali dalam keadaan sangat terpaksa.

2. Dikutuk dan dilaknat kerana Rasulullah SAW sendiri melaknat golongan seumpama ini. Hal ini diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, Ibn Majah dan Tirmizi:

"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang

menyerupai lelaki.”

Manakala riwayat daripada Abu Hurarah RA oleh al-Hakim, Imam Abu Dawud, Ibn Hibban dan Imam Ahmad pula menyebut:

َنَأ

"Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) perempuan yang memakai pakaian lelaki dan lelaki yang memakai pakaian wanita."

Pada zaman kita sekarang, golongan seperti ini dikenali sebagai transgender, mak nyah, pondan, tomboi dan pengkid.

3. Diusir keluar dari rumah-rumah dan penempatan orang Islam.

Perkara ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA oleh Imam Bukhari dan Imam Ahmad:

َنَعَل

"Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang

(6)

Ibn ‘Abbas menambahkan lagi: ‘Maka Nabi SAW telah mengeluarkan si fulan, dan Umar

juga telah mengeluarkan si fulan.”

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengeluarkan golongan ini daripada rumah-rumah

kamu’?

Berdasarkan perbincangan ulama’, maksud tersebut adalah merujuk kepada tindakan untuk menjauhkan golongan ini daripada bergaul dengan orang-orang Islam. Kemungkinan tindakan itu adalah dengan membuang daerah atau negeri di mana si fulan itu tidak boleh bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling yang dikenalinya lagi. Ini sebagai sadd al-zari’ah (menutup jalan kemudaratan) atau fitnah yang bakal timbul dalam masyarakat.

Bahkan pernah ada pondan dalam rumah isteri Nabi SAW yang disuruh keluar oleh Baginda SAW. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah RA:

َنَأ

"Bahawa Nabi SAW berada di rumahnya (Ummu Salamah) dan terdapat di sebuah rumah seseorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi SAW berkata kepada saudara

Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: ‘Jika Allah membebaskan Taif bagi

kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan kepada kamu anak perempuan Ghaylan,

yang dia menghadap dengan empat dan membelakangimu dengan lapan’. Maka sabda Nabi SAW: ‘Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."

Maksud ‘menghadap dengan empat dan membelakangimu dengan lapan’ adalah ketulan

daging yang zahir dari depan disebabkan karena terlalu gemuk. Dan maksud membelakangi dengan lapan adalah hujung dari empat jerutan tersebut, kerana daging tersebut akan dilihat terjerut apabila dipadang dari tepi seperti melekat.

4. Diasingkan daripada umat Islam.

Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud:

(7)

“Pernah didatangkan kepada Nabi SAW seorang pondan yang mewarnai kuku tangan

dan kakinya dengan inai. Maka Nabi SAW pun bertanya: ‘Ada apa dengan orang ini?’ Para sahabat menjawab, ‘Wahai Rasulullah, orang ini menyerupai wanita.’ Baginda kemudian memerintahkan agar orang tersebut dihukum, maka orang itu diasingkan ke

suatu tempat yang bernama Naqi'. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, tidakkah kita membunuhnya saja?’ Baginda menjawab: ‘Aku dilarang untuk membunuh orang

yang solat."

Jelas di sini tindakan mengusir dan mengasingkan golongan LGBT daripada masyarakat Islam bukan bermaksud mendiskriminasikan mereka, namun sebagai memberi pengajaran kepada mereka supaya insaf dan tidak lagi menimbulkan fitnah dengan mempromosikan maksiat di hadapan khalayak.

5. Dikenakan hukuman seperti hukuman penzina bagi lesbian dan gay (homoseksual). Hal ini diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asha’ri oleh Imam al-Tabrani, bahawa Nabi SAW bersabda:

َل

ُ ِشاَبُث

ُةَأْرَمْلا

َةَأْرَمْلا

َل

ِ

ا

اَ ُهَُو

ِناَتَيِهاَز

،

َل َو

ُ ِشاَبُي

ُلُجَرلا

َلُجَرلا

َل

ِ

ا

اَ ُهَُو

ِناَيِهاَز

“Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita lain melainkan

mereka adalah berzina, dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang

lelaki lain melainkan mereka juga (sedang) berzina.”

Biasanya kita memahami penzinaan adalah persetubuhan luar nikah yang berlaku di antara lelaki dengan wanita. Namun perbuatan bersedap-sedapan di antara sesama jantina juga adalah dikategorikan sebagai zina dan menerima hukuman yang sama iaitu rejam sampai mati bagi orang yang telah berkahwin dan sebat 100 kali bagi orang yang belum berkahwin.

Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Tirmizi, al-Daruqutni dan Imam Ahmad, bahawa Nabi SAW bersabda:

ْنَم

ُهوُمُث ْدَجَو

ُلَمْعَي

َلَ َعُ

ِمْوَق

ٍطوُل

،

اوُلُتْقاَف

َلِعاَفْلا

وُعْفَمْلاَو

َل

ِوِب

“Jika kamu dapati seseorang melakukan amalan kaum Lut, bunuhlah pelaku dan orang

yang dilakukan perlakuan itu.”

(8)

Penutup

Perlakuan LGBT jelas bertentangan dengan fitrah insani dan melanggar nilai-nilai mulia masyarakat Islam. Bahkan ia juga merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri, yang memperuntukkan beberapa kesalahan seperti berikut:

1. Liwat.

2. Lelaki berlagak seperti perempuan. 3. Perempuan berlagak seperti lelaki. 4. Musahaqah (lesbian).

5. Perhubungan jenis luar tabi’e. 6. Pondan.

7. Hubungan jenis antara orang yang sama jantina.

Referensi

Dokumen terkait

Eksplan pada perlakuan memberikan respon pertumbuhan yang tidak berbeda nyata terhadap kontrol ada periode regenerasi sehingga dapat diduga bahwa P3 merupakan

Faktor 3 dengan variabel-variabel utama adalah penduduk miskin berumur ≥ 15 tahun yang bekerja di sektor pertanian, penduduk miskin berumur ≥ 15 tahun yang

Penerapan model Pembelajaran Berbasis Masalah (PBM) juga meningkatkan kualitas proses pembelajaran dimana hasil aktivitas guru dalam proses pembelajaran dari siklus I

Penelitian ini dilakukan untuk menganalisis pengaruh Kompetensi, etika auditor, risiko kesalahan, akuntanbilitas, independensi dan due professional care terhadap kualitas audit

After running the application program production profit calculation using the simplex method, then the CV.. Rose Furniture can make a production plan for the next period based on the

Berdasarkan hasil yang diperoleh dari regresi data panel persamaan pengaruh tenaga kerja dan infrastruktur pada pertumbuhan ekonomi dapat ditarik kesimpulan sebagai

1. Sebagai tempat pengabdian profesi apoteker. Melayani kebutuhan obat, bahan obat, alat kesehatan serta perbekalan farmasi lainnya sesuai dengan kebutuhan masyrakat

Benteng terbesar yang dimiliki oleh Kerajaan Yerusalem adalah Benteng Banias yang terletak di wilayah Banias yang letaknya berada di dekat Kota Damaskus, benteng ini pada