• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran dan harapan MH370 (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cabaran dan harapan MH370 (1)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

RENCANA

ARKIB : 10/07/2014

Cabaran dan harapan MH370

Oleh DR. WAYAN SUPARTA

Seorang pelukis melakar grafiti bagi mengenang pesawat MH370 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. - AGENSI

OPERASI pencarian pesawat MH370 kini memasuki empat bulan selepas dinyatakan hilang pada 8 Mac lalu. Kehebatan pemberitaan di media massa telah berkurangan berbanding satu bulan pertama kehilangan pesawat tersebut.

Sebelum kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu ditemukan, pakar-pakar dan penganalisis penerbangan serata dunia telah mengemukakan pelbagai teori dan

kemungkinan kehilangannya. Antara punca yang banyak dikemukakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kesan-kesan kerosakan struktur, cuaca buruk, kegagalan elektrik pesawat dan faktor manusia (sabotaj dan rampasan).

Selepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mac lalu mengeluarkan kenyataan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, pencarian seterusnya tertumpu di antara dua koridor. Koridor utara - zon yang membentang dari Turkmenistan dan Kazakhstan serta utara Thailand dan koridor selatan - dari kawasan Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Keputusan ini merujuk kepada target motion analysis yang dikeluarkan oleh pakar satelit Inmarsat dari model data menggunakan kaedah kesan Doppler

(2)

kira-kira sembilan km. Sementara keupayaan mengesan kotak hitam dengan pingers

berfrekuensi 30 ke 50 kHz hanya mampu mengesan hingga ke kedalaman 6,100 meter. Oleh itu, aset-aset strategik perlu segera dihantar untuk menjejak pesawat. Strategi atau teori baru pun perlu dibangunkan untuk pengesanan objek dengan kedalaman laut hingga 10 km.

Misi mencari MH370 di zon selatan Lautan Hindi dibantu oleh beberapa negara termasuk Australia yang sanggup menggunakan pesawat pengesan P-3 Orion dan Bluefin-21 yang melakukan kerja-kerja oceanografi. Matlamat akhir pencarian ialah menemukan kotak hitam sekali gus mengesan bangkai pesawat. Kotak hitam ini menjadi petunjuk terbaik bagi mencari jawapan kepada punca kejadian. Ianya dipasang di bahagian ekor pesawat, merakam dua jam terakhir suara kokpit dan 25 jam data antaranya ketinggian, kelajuan, aliran minyak dan pitch serta roll.

Lamanya pencarian pesawat yang hilang mengundang pelbagai pertanyaan, antaranya mengapa satelit canggih dan moden dalam mengambil gambar dengan resolusi tinggi masih belum

mampu mengesan di mana pesawat itu? Berdasarkan New Scientist, kini terdapat 10 satelit yang mempunyai keupayaan menangkap imej beresolusi tinggi yang dioperasikan oleh Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara Eropah.

Malangnya satelit tersebut hanya mampu mengorbit bumi dalam satu setengah jam sekali. Penglibatan beberapa negara dalam menangani masalah ini cukup membantu dan menunjukkan kerjasama serantau yang padu. Pun begitu, agenda strategik negara dan aset-aset ekonomi yang sulit dan dimiliki oleh negara perlu dijaga dan terbebas daripada pencerobohan tidak langsung.

Kita harus mampu melihat dengan bijaksana di sebalik kebaikan negara-negara yang terlibat ini. Dengan kata lain, negara harus memiliki kemampuan pertahanan yang kuat dan sistematik untuk menghadapi pencerobohan dan isu-isu kritikal.

Secara asasnya tulisan ini tidak bermaksud merungkai di mana tepatnya lokasi MH370 sekarang ini. Ia juga tidak bermaksud memberi spekulasi baharu bagaimana mengesan lokasi pesawat secara tepat.

Sekarang telah banyak perisian analisis angkasa lepas dan misi pelancaran satelit atau kapal angkasa yang dikenali sebagai System Tool Kit (STK) dibangunkan. Perisian ini cukup efektif mengesan dan menganalisis fenomena (bencana) di angkasa, daratan, udara dan lautan. Malah perisian terkini STK10 juga mampu mengesan kehilangan pesawat MH370 di salah satu koridor yang dinyatakan di atas.

Jika dilihat simulasi perisian STK10 semasa pesawat dikesan hilang (selepas menjejak waypoint IGARI), keadaan cuaca di atas laut Andaman pada masa itu ternampak sangat dinamik dan bergolak cukup tinggi. Ini membolehkan pesawat tergoncang dan membentuk dua bayangan yang sama (seolah-olah mengelak dikesan radar) sehingga pesawat hilang selepas waypoint IGREX.

Belum ada bukti sahih yang menyatakan bahawa pesawat MH370 jatuh di Laut Andaman. Selain itu, belum terungkai spekulasi yang syarikat Boeing merahsiakan maklumat sebenar serta mengapa teknologi dan satelit canggih dimiliki Amerika Syarikat (AS) masih belum boleh mengesan kehilangan pesawat itu.

Masyarakat dunia tertanya-tanya, apakah ini berpunca daripada persaingan hebat antara Boeing dengan Airbus dalam beberapa dekad kebelakangan ini? Jika terbukti terdapat kelemahan dalam sistem navigasi pesawat Boeing, bukan tidak mungkin pelanggan akan bertukar pilihan ke pesawat lain. Jangkaan ini sememangnya tidak menguntungkan ekonomi AS.

(3)

Sementara, Boeing 767 dan Boeing 777-200ER bersaing dengan Airbus A330 yang berukuran lebih kurang sama.

Salah satu alasan teknikal yang paling masuk akal dalam memperkatakan kehilangan MH370 ialah pencarian memang memerlukan masa. Ini berdasarkan kes pesawat Air France 447 yang mengambil masa dua tahun pencarian.

Cabaran kini adalah untuk membangunkan kajian berkaitan bidang sains angkasa di Malaysia. Bidang yang menyatukan pelbagai disiplin kajian seperti astronomi dan astrofizik, sains atmosfera, kejuruteraan aeroangkasa dan polisi angkasa masih belum tersentuh secara fizikal.

Selain itu, penyelidikan berorientasi industri dan kajian-kajian paling asas di bidang sains dan teknologi harus terus digembleng dan diberi peruntukan yang sewajarnya.

Malaysia berazam menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 tetapi adalah kurang bijaksana sekiranya hanya mengembangkan penyelidikan yang berorientasi pasaran atau penjanaan ekonomi secara langsung di institusi pengajian tinggi (IPT). Adalah juga kurang tepat sasaran jika kita berjaya dalam membangun sebuah nano satelit dengan teknologi canggih, tetapi bangunan asasnya adalah rapuh.

Kerajaan mesti memikirkan aspek pelaburan kepada pembangunan sains asas di IPT tidak akan terus membawa pulangan langsung dalam bentuk wang ringgit. Mengapa kita tidak memperkuat bangunan asas di semua sektor yang berpotensi membangun dan memperkukuh modal insan di IPT, dan pada masa sama menjana pulangan pelaburan? Pulangan pelaburan secara terus mungkin boleh dijana dalam bentuk syarikat di sebuah IPT.

Pertanyaannya, apakah peranan IPT sebagai sebuah sistem nilai khususnya universiti

penyelidikan yang menyumbang graduan bertenaga mahir dan berintelektual tinggi dibenarkan membangun sebuah syarikat dengan sebuah profit? Atau, adakah logik sebuah IPT harus mampu menjana kewangan sendiri secara total bagi menjalankan operasinya? Ini adalah cabaran dan tekanan dalam sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Justeru, perkara mudah yang mungkin sering dilupakan ialah membangun sesuatu yang besar dalam jangka masa dan sasaran tertentu. Janganlah hangat-hangat tahi ayam, apatah lagi bermotifkan politik.

Begitupun dengan usaha mencari pesawat MH370, bukan tidak mungkin pesawat itu bakal ditemukan, hanya ia memerlukan kerja keras, kesabaran dan doa.

PENULIS ialah Felo Penyelidik Kanan, Pusat Sains Angkasa, Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140710/re_01/Cabaran-dan-harapan-MH370#ixzz3HgVRJbqd

© Utusan Melayu (M) Bhd

Referensi

Dokumen terkait

Kombinasi inokulan pelarut P dengan pupuk P tidak berpengaruh pada peningkatan tinggi tanaman kecuali pada formula Bokasi + dolomit + arang yang menunjukkan tinggi tanaman

Berdasarkan hasil penelitian maka dapat disimpulkan sebagai berikut : Ada pengaruh pemberian taping pada punggung atas terhadap arus puncak ekspirasi pada penderita

Peubah yang diamati pada kelompok anak meliputi: bobot lahir, umur induk dari anak, umur sapih anak, rata-rata bobot sapih cempe betina dalam populasi anak, rata-rata

Tujuan dari penetian ini yaitu menganalisis lokasi dan alokasi persampahan di wilayah Kabupaten Sukoharjo dengan harapan pengelolaan sampah dapat berjalan lebih efektif

1997:43 29 Antara ayat yang berikut, yang manakah yang mempunyai kata berimbuhan pe...an yang menyatakan makna hal atau perbuatan yang terkandung dalam kata dasar. I

DAFTAR BERKAS PERKARA TILANG KOTA METRO SIDANG HARI JUMAT, TANGGAL 22 SEPTEMBER 2017. Waktu/ Tempat Penindakan

Konsep lainnya dari PR adalah sebagai “jembatan” antara perusahaan atau organisasi dengan publiknya, terutama tercapainya mutual understanding (saling pengertian)

popular dan praktis dalam machine learning untuk menyelesaikan permasalahan klasifikasi.Konsep decision tree pada dasarnya adalah mengubah data menjadi pohon