• Tidak ada hasil yang ditemukan

ARTIKEL DILEMA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ARTIKEL DILEMA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB M"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

ARTIKEL : DILEMA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU : SATU WARISAN ATAU SATU TANGISAN?

Editor : Syazliyati Ibrahim, Azni Syafena Andin Salamat, Najah Mokhtar, Maisarah Abd Rahim, Shahriza Ilyana Ramli

Keluaran : 2014

1.0 ABSTRAK

(2)

1.1 PENGENALAN

Secara umumnya, seperti semua sedia maklum bahawa Tanah Rizab Melayu merupakan salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh orang melayu. Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat peruntukan untuk Tanah Rizab untuk orang-orang melayu iaitu di bawah Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Di dalam perkara 89 fasal (6) ini ada menerangkan tentang bahawa tanah rizab orang melayu atau erti kata lainnya ia adalah tanah yang disimpan dan dikhaskan hanya untuk diberi milik kepada orang melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu. Orang melayu pula bermakna mana-mana orang yang di bawah undang undang Negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu adalah bagi makna perizaban tanah.

Tanah Rizab Melayu ini adalah merujuk kepada kategori tanah khusus yang diletakkan di sesebuah kawasan tertentu di setiap negeri yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu. Undang-undang Tanah Rizab Melayu ini telah mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu (ERM) 1913 dikuatkuasakan pada negeri-negeri yang pada dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Namun Enakmen Rizab Melayu 1913 telah pun dimansuhkan mulai daripada 15 Disember 1993 dan digantikan dengan Enakmen Rizab Melayu 1933. Pada tahun 1935 Enakmen Rizab Melayu 1933 ini telah pun disemak semula dan diterbitkan sebagai Enakmen Rizab Melayu (NMB Bab 142) dan sehingga kini ia masih diguna pakai. Di samping itu, undang-undang Tanah Rizab Melayu juga terdapat bagi lima negeri yang pada suatu ketika dahulu ia dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Terdapat dua objektif utama dalam Enakmen Rizab Melayu iaitu menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa jua carapun kepada orang bukan melayu, seterusnya menyekat tanah pegangan Melayu atau tanah rizab melayu daripada dibuat apa-urusniaga persendirian di antara orang melayu dan orang bukan melayu. Walau bagaimanapun tidak semua tanah boleh diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Namun terdapat beberapa jenis tanah yang hanya boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu antaranya Tanah Kerajaan, Tanah Hutan Simpan, Tanah Rizab Awam dan Tanah Milik.

(3)
(4)

1.2 ADAKAH KONSEP TANAH RIZAB MELAYU SUDAH TIDAK RELEVAN DI NEGARA KITA?

Ada sesetengah rakyat di negara kita berpendapat bahawa tiada lagi keperluan untuk undang-undang Tanah Rizab Melayu terus berada di negara kita pada masa kini. Hal ini kerana, jika dilihat semula sejarah tentang Tanah Rizab Melayu, ia bermula pada zaman penjajahan British yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelamatkan pengaruh politik mereka di Tanah Melayu. Enakmen-enakmen Tanah Rizab Melayu ini telah diwujudkan oleh Badan Perundangan Kolonial British dengan tujuan untuk mengawal segala transaksi penjualan tanah oleh orang-orang melayu kepada orang yang bukan melayu, hal ini bagi mengekalkan kawasan pertanian ataupun kawasan penanaman makanan untuk masyarakat melayu dengan memperkenalkan Dasar Pecah dan Perintah oleh Kerajaan Kolonial British di Tanah Melayu dan seterusnya tela mengurangkan penglibatan masyarakat melayu dalam aktiviti-aktiviti ekonomi bercorak komersial. Tindakan yang telah dilakukan oleh pihak British dengan memperkenalkan undang-undang ini dengan jelas memanglah amat bertentangan dengan amalan sistem ekonomi di Britain yang berteraskan kepada sistem ekonomi pasaran bebas. Oleh itu, konsep ini tidak perlu lagi dipertahankan di negara ini setelah British keluar daripada Malaysia.

1.3 BAGAIMANA PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU BOLEH DILAKUKAN?

(5)

Oleh itu, pelbagai alternatif untuk pendekatan perancangan pembangunan di atas Tanah Rizab Melayu mestilah diberikan tumpuan daripada sering menyalahkan faktor yang telah dinyatakan di atas. Antara cadangan strategi pembangunan Tanah Rizab Melayu adalah dengan membenarkan pajakan ataupun pajakan kecil yang tidak boleh melebihi daripada 60 tahun kepada mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu dengan kebenaran pemilik Tanah Rizab Melayu. Selain itu, penubuhan syarikat milikan sepenuhnya orang melayu ataupun syarikat penglibatan orang bukan melayu adalah sebanyak 45% dalam pegangan syer yang bertujuan untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu.

1.4 FAKTOR YANG MENYEBABKAN SAIZ DAN NILAI TANAH RIZAB MELAYU SEMAKIN BERKURANG

Antara faktor-faktor utama yang banyak menyumbang dalam sebab mengapa saiz dan nilai Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan adalah seperti berikut :

a) Pengambilan Tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri

Akta Pengambilan Tanah adalah merupakan satu undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah milik dengan syarat yang perlu dipatuhi segala peruntukan yang sedia ada dan pembayaran pampasan yang mencukupi dibuat. Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah 1960 memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengambil tanah mengikut tujuan yang berikut :

a) Bagi maksud awam

b) Tanah itu diambil oleh mana-mana badan, dengan apa-apa tujuan sekalipun sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpendapat bahawa tujuan tanah yang ingin diambil itu memberi manfaat yang baik kepada pembangunan ekonomi di Malaysia atau mana-mana bahagian dari itu ia memberi manfaat kepada orang awam pada umumnya atau mana-mana kelas orang ramai

c) Tujuan tanah itu dengan bermaksud untuk melombong ataupun kediaman, pertanian, perdagangan, industri, rekreasi atau gabungan di antara tujuan-tujuan tersebut.

(6)

b) Tukar status

Di bawah agenda pembangunan, pihak kerajaan negeri dalam peruntukkan undang-undang di bawah Perkara 89 (1) Perlembagaan Persekutuan 1957 telah mengambil langkah dengan menukar status Tanah Rizab Melayu kepada tanah jenis pegangan bebas (freehold). Dalam hal ini, kerajaan negeri telah memberikan kebenaran untuk menukar status Tanah Rizab Melayu yang dikatakan kurang dikomersialkan dan ianya ditukar kepada tanah jenis pegangan bebas (freehold) melalui kaedah ‘land swapping’ dengan tujuan untuk memberi peluang kepada pihak ataupun individu-individu, syarikat-syarikat bukan Melayu untuk melakukan pembangunan pada Tanah Rizab Melayu dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan negeri. Antara pendekatan yang telah diambil misalnya oleh Kerajaan Negeri Kedah dibuktikan apabila jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah pada 1 Januari 1995 pada asalnya adalah sebanyak 964 hektar tetapi telahpun dibatalkan dengan ditukar status tanah dan dibuat pengambilan balik tanah sehinggalah ia menyebabkan jumlah tanah rizab melayu yang ada di Kedah hanya tinggal berbaki seluas 692.77 hektar sahaja. Mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain telah menyatakan bahawa kaedah ‘land swapping’ adalah cara terbaik untuk membangunkan negeri tersebut hal ini kerana lebih 80% daripada tanah yang ada di negeri tersebut adalah tanah jenis rizab melayu. Biarpun kaedah ini tidak dinafikan mampu menaikkan nilai harga tanah serta menyumbang banyak kepada ekonomi pembangunan di negeri tersebut, namun penyusutan kawasan Tanah Rizab Melayu menimbulkan persoalan tentang adakah proses penukaran status tanah ini dibuat menurut peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

c) Kuasa Pihak Berkuasa Negeri

(7)

Kedudukan badan-badan ini di bawah peruntukan Enakmen Rizab Melayu untuk setiap negeri adalah berbeza.

Selain itu, kuasa yang dimiliki oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk memberi milik tanah jenis Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu juga dapat dilihat dalam beberapa peruntukan. Misalnya, seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu Kedah memberi kuasa kepada Raja dalam Mesyuarat dengan menggunakan budi bicara, dengan perintah bertulis dan mengisytiharkan mana-mana orang dari apa-apa bangsa atau kewarganegaraan ‘Melayu’ bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah. Oleh hal itu, orang-orang bukan melayu seperti Cina dan India atau yang berlainan bangsa yang bukan daripada Malaysia juga boleh diisytiharkan sebagai ‘Melayu’ bagi maksud enakmen tersebut.

d) Sebab-sebab lain

Tanah Rizab Melayu yang termaktub dalam Fasal 89 di dalam Perlembagaan Malaysia dikatakan turut terancam akibat perbuatan orang Melayu itu sendiri. Sikap orang melayu yang hanya mementingkan diri dan ingin mengaut keuntungan hasil daripada penjualan Tanah Rizab Melayu kepada orang bukan Melayu amatlah merugikan. Malah ada sesetengah daripada mereka ini sanggup menjadi ‘pak sanggup’ untuk mendapatkan wang sehingga mengakibatkan Tanah Rizab Melayu dimanfaatkan oleh orang bukan melayu.

1.5 CADANGAN BAGI MENGEKALKAN TANAH RIZAB MELAYU DI TANGAN ORANG MELAYU

Terdapat pelbagai cara ataupun kaedah yang boleh diusahakan dengan tujuan untuk mengekalkan status Tanah Rizab Melayu kepada orang-orang melayu. Antaranya ialah seperti berikut :

a) Gadai

(8)

masa yang sama, institusi kewangan diminta agar untuk melonggarkan syarat pinjaman kepada orang melayu bagi memajukan Tanah Rizab Melayu kepada pemaju bumiputera berikutan Tanah Rizab Melayu yang susut sebanyak 20 peratus. Kelonggaran yang dibuat ini mampu untuk menggalakkan pembangunan dibuat oleh syarikat-syarikat yang dimilik penuh oleh bumiputera.

b) Menggantikan Tanah Rizab Melayu

Seperti yang sedia maklum, pengambilan Tanah Rizab Melayu mestilah dengan hanya tujuan untuk kepentingan awam dan bukan bertujuan untuk pembangunan syarikat swasta. Dalam keadaan ini, tanah yang telah diambil semula itu mestilah diganti dengan serta merta, dengan nilaian yang berasaskan aliran pendapatan masa depan.

c) Penubuhan agensi khas bagi tujuan pembangunan Tanah Rizab Melayu yang terbiar

Pihak kerajaan dengan inisiatif yang betul perlulah mewujudkan sebuah agensi tanah yang khas untuk tujuan membangunkan tanah terbiar yang dimiliki oleh orang melayu, dengan menjadikan pemilik tanah itu sebagai rakan kongsi pembangunan harta tanah itu. Agensi yang sama juga boleh ditugaskan untuk membeli kesemua tanah yang dimiliki oleh orang melayu yang hendak di jual di pasaran. Agensi ini mestilah mempunyai hak keutamaan membeli semua tanah melayu dan perlu ada peruntukan undang-undang mengenainya.

d) Tindakan kerajaan negeri

Peranan Pihak Kerajaan Negeri amatlah besar dengan memastikan agar nama orang melayu tidak lagi digunakan oleh orang asing. Maksudnya disini tiada orang asing yang membeli Tanah Rizab Melayu. Biarpun ia sukar dilakukan namun demi warisan nenek moyang pada suatu ketika dahulu ia perlulah dilakukan bagi menjamin keistimewaan orang melayu.

e) Mengetatkan intepretasi ‘Melayu’ dalam Enakmen Rizab Melayu

(9)
(10)

1.6 KESIMPULAN

Tidak dinafikan bahawa Tanah Rizab Melayu merupakan lambang kedaulatan dan keistimewaan bagi orang-orang melayu untuk menjamin warisan bangsa melayu di muka bumi di Malaysia. Namun jika dilihat pada masa kini tanah-tanah bukan milik orang melayu sedang membangun pesat. Amatlah memalukan sekiranya tiada apa-apa tindakan untuk memajukan tanah rizab melayu, tidak mustahil jika orang melayu akan menjadi ketinggalan banyak perkara dalam kemajuan ekonomi dan terus berada di dalam kelompok yang miskin. Manakala apabila dilihat secara zahirnya orang-orang bukan melayu pada masa kni sedang terus terusan berlumba untuk menjadi golongan peniaga dan usahawan yang berjaya serta dapat mengawal ekonomi untuk menjana keperluan kehidupan dan pekerjaan di Malaysia.

Oleh hal yang demikian, orang-orang melayu perlulah sedar dan bangkit dengan melakukan tindakan yang proaktif untuk memajukan harta tanah demi kemajuan bangsa melayu sendiri. Kita semua sedia maklum harga harta tanah saban hari semakin meningkat dan ini merupkan peluang yang hebat kepada orang melayu kerana orang melayu mempunyai tanah rizab melayu sendiri yang tidak dipunyai oleh bangsa lain. Hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi nilai Tanah Rizab Melayu untuk mengelakkan daripada tanah tersebut terbiar melalui cara yang tidak seharusnya mengundang pelbagai prejudis yang melampau. Pengeluaran hasil daripada tanah rizab melayu pada sebelum ini yang kebanyakannya terbiar sebelum ini amatlah tidak dinafikan turut membantu menjana ekonomi negara namun ia juga mampu menguntungkan pemilik tanah itu sendiri.

(11)
(12)

Rujukan :

Referensi

Dokumen terkait

Stabilisasi suhu atau #aga agar suhu badan bayi tetap hangat dengan #alan membungkus badan dengan kain selimut atau pakaian kering dan hangat memakai tutup kepala

Hal ini kemungkinan disebabkan karena kenaikan konsentrasi STPP yang cenderung kecil dan selang waktu lama perendaman yang relatif singkat sehingga tidak dapat

Disusun sebagai salah satu syarat untuk kelulusan Program Strata 1, di Program Studi Teknik Informatika, Universitas Pasundan Bandung..

1. 13 Tahun 2003, tenaga kerja adalah setiap orang yang mampu melakukan pekerjaan guna menghasilkan barang dan jasa, baik untuk memenuhi kebutuhan sendiri maupun

Setelah customer melakukan pemesanan barang melalui kontak tersebut, maka dilakukan proses pengecekan pembayaran apakah sesuai dengan apa yang diminta, kemudian jika

Penelitian lain tentang pemberian musik suara alam pada area non kritis adalah dimana penggunaan terapi musik pada pasien operasi coronary angioplasty kepada 64 responden, 20-40

Penyusunan rencana strategis SI/TI dengan menggunakan metode Ward and Peppard pada Kantor Pemberdayaan Perempuan dan Keluarga Berencana Kabupaten Kepulauan Anambas

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui peningkatan keaktifan dan hasil belajar siswa dengan metode pembelajaran simulasi pada mata pelajaran menangani surat