• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTEGRASI HISBAH DAN DAKWAH DALAM PROSEDUR PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN MAKSIAT DAN JENAYAH KHALWAT DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "INTEGRASI HISBAH DAN DAKWAH DALAM PROSEDUR PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN MAKSIAT DAN JENAYAH KHALWAT DI MALAYSIA"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

INTEGRASI HISBAH DAN DAKWAH DALAM PROSEDUR

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESALAHAN

MAKSIAT DAN JENAYAH

KHALWAT

DI MALAYSIA

Alias Azhar

Pusat Pengajian Undang-undang Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok

Kedah Darul Aman, Malaysia e-mel: az.alias@uum.edu.my

Abstrak: Institusi Hisbah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan prinsip al-amr bil makruf wa nahyu anil munkar. Pihak yang menguatkuasakan institusi ini dikenali sebagai Muhtasib. Objektif artikel secara umumnya membincangkan pelaksanaan konsep hisbah dan dakwah secara integrasi dalam prosedur dan modus operandi pencegahan maksiat dan jenayah khalwat di Malaysia. Sehubungan itu, artikel ini akan meninjau bidang tugas dan bidang kuasa bahagian penguatkuasaan dan pencegahan maksiat dan jenayah khalwat di Malaysia serta seterusnya menganalisis aplikasi konsep hisbah dan dakwah di kalangan pegawai penguatkuasa agama di Malaysia. Selain itu, turut membincangkan pendekatan amar makruf dan nahi mungkar dalam kerangka Hisbah yang mengkhususkan kepada operasi pencegahan maksiat dan jenayah khalwat. Kuasa ini diberikan kepada pegawai-pegawai penguat kuasa jenayah syariah di Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Bidangkuasa penguatkuasaan jenayah Syariah khusus kesalahan jenayah khalwat adalah tertakluk kepada bahagian penguatkuasa, jabatan agama Islam negeri-negeri. Kajian literatur dan kepustakaan diaplikasikan secara kondusif bagi menjelaskan prinsip hisbah dan dakwah. Selain itu, kajian deskriptif dan analisis kandungan bersifat tekstualiti dilakukan terhadap peruntukan undang-undang terkandung dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri. Selanjutnya, kajian lapangan secara tembual dan observasi tentang aplikasi konsep hisbah di Bahagian Penguatkuasaan Jenayah Syariah, Jabatan Agama Islam negeri-negeri. Analisis perbandingan turut diaplikasi bertujuan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara konsep dan realisasi hisbah dan dakwah oleh pihak penguatkuasa jenayah syariah bagi kesalahan khalwat. Umumnya, prosedur dan modus operandi pihak berkuasa dalam mencegah maksiat dan jenayah khalwat perlu memenuhi kriteria amar makruf nahi mungkar dalam kerangka hisbah. Akhirnya, artikel ini menghasilkan cadangan pendekatan alternatif terbaik yang lebih efektif iaitu integrasi hisbah dan dakwah dalam prosedur pencegahan dan penguatkuasaan perundangan jenayah khalwat.

Kata kunci: Hisbah, Dakwah, Maksiat, Khalwat, Undang-undang Jenayah Islam.

Abstract

(2)
(3)

will review the areas of duty and the jurisdiction of the enforcement and islamic criminal in Malaysia and further analyze the application of the concept of hisbah and da'wah among religious enforcement officers in Malaysia. In addition, it also discusses the approach of the good and evil nature of the Hisbah framework which specializes in the prevention of immorality and the crime of khalwat. This authority is given to shariah criminal enforcement officers in the state Islamic Religious Department. The jurisdiction of Shariah criminal enforcement of special offenses against khalwat is subject to the enforcement division, the state Islamic religious department. Literary studies are applied conducive to explaining the principles of hisbah and da'wah. In addition, descriptive and content analysis of textual content is performed on the provisions of the law contained in the syariah criminal enactment of states. Furthermore, field surveys were conducted and observations on the application of hisbah concept in the Shariah Criminal Enforcement Division, the State Islamic Religious Department. Comparative analysis is also applied to find the similarities and differences between the concepts and realization of hisbah and da'wah by the shariah criminal enforcement of khalwat offense. Generally, the procedures and operation modus of the authorities in preventing immoral and criminal of khalwat should meet the criterion of a false morality. Finally, this article produces a more effective alternative approaches that are integration of hisbah and da'wah in the prevention and enforcement procedures of khalwat crime.

Keywords: Hisbah, Da’wah, Immoral, Khalwat, Islamic criminal law.

Pendahuluan

Keadilan merupakan perjuangan setiap bangsa dan umat. Mereka berusaha untuk mencapai keadilan ini, pelbagai falsafah dan undang-undang telah dicipta, malah undang-undang itu sentiasa dikaji dan diubah untuk disesuaikan dengan keadilan yang dikehendaki. Di dalam Islam, keadilan yang dikehendaki adalah keadilan mutlak. Ia mencakupi seluruh umat manusia dan semua persoalan. Di dalam al-Quran, ayat yang menuntut kepada keadilan ini disebut secara berulang kali dan ini membuktikan bahawa keadilan itu amat dititikberatkan oleh Allah SWT. Hisbah merupakan institusi yang terpenting dalam sesebuah masyarakat dan

negara. Pihak penguatkuasa adalah

merupakan orang yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan keadilan ini. Semasa menjalankan tugas, mereka memikul

tanggungjawab yang berat kerana itu melibatkan hak Allah SWT dan hak manusia.

Hisbah bermaksud pelaksanaan

al-Amr bi al-Ma‘ruf (menyuruh kepada

kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan

al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan

kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan1. Di Malaysia, Khalwat adalah salah satu kesalahan jenayah yang diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah setiap negeri. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

Bidangkuasa penguatkuasaan jenayah Syariah khusus kesalahan jenayah khalwat

(4)

adalah tertakluk kepada bahagian penguatkuasa, jabatan agama Islam negeri-negeri. Secara umumnya, bidangkuasa ini merupakan tanggungjawab hisbah secara umum tanpa melibatkan institusi hisbah secara khusus. Prosedur dan modus operandi pihak berkuasa dalam mencegah maksiat dan khalwat harus memenuhi kriteria konsep hisbah sebenar. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dan kesilapan aplikasi kaedah hisbah boleh menyebabkan timbul perspektif negatif masyarakat terhadap syariat Islam yang menggalakkan umatnya

agar menyuruh kepada makruf dan

mencegah kemungkaran. Selain itu, tujuan asasi perundangan Islam ialah untuk “ta’dib” (mendidik) dan bukan menghukum semata-mata. Secara ringkasnya, dahulukan dakwah daripada dakwa.

Latar belakang Kajian

Dari segi bahasa, khalwat dari perkataan arab "اولخ","لاخ" yang membawa maksud berseorangan, kosong, bersih, sesuatu yang lepas dan lain-lain lagi. Khalwat merupakan salah satu perbuatan yang dilarang oleh Agama. Namun demikian al-Quran tidak menyebut tentang istilah khalwat dan tidak ada nas qatie yang membincangkan mengenai jenayah tersebut

secara langsung. walaupun demikian

terdapat dalil-dalil dan nas-nas syarak yang mengharamkan dan melarang perbuatan itu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

dan janganlah kamu menghampiri zina,

Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).2

Dalil tersebut adalah berbentuk larangan dan haram melakukanya, juga jelas

2 al-Isra’ayat 32

kepada kita haram mendekati zina, manakala salah satu wasilah kepada berlakunya zina ialah khalwat yang berlaku diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Khalwat yang ditakrifkan menurut kamus dewan adalah perihal perbuatan mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran dan lain-lain. Di samping itu juga perkataan khalwat turut di definisikan sebagai pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan juga suami dan isteri sehingga boleh dianggap sebagai perbuatan yang sumbang.

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab dan mempunyai pelbagai

maksud antaranya seruan, dorongan,

permintaan dan permohonan kepada Allah3.

Terdapat tiga keadaan penggunaan

perkataan dakwah. Pertama, dakwah dari pihak bawah ke atas dan ia bermaksud doa atau permohonan. Kedua, dakwah dari pihak atas ke bawah dan ia bermaksud perintah. Ketiga, dari pihak yang setaraf dan ia bermaksud seruan atau ajakan. Walau bagaimanapun maksud dalam kertas ini ialah seruan kepada keimanan kepada Allah SWT dan menuruti ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Yusuf al-Qaradawi pula

mendefinisikan dakwah sebagai satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk Allah SWT, dan melaksanakan segala ketentuan Allah SWT di muka bumi. Selain itu, menundukkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat setia hanya kepada Allah, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang lain dari Allah yang terpaksa dipatuhi,

(5)

memberi hak kepada orang yang berhak dan melakukan amar makruf dan nahi mungkar4. Dalam realiti masyarakat Islam sekarang, terdapat berbagai sebab dan asas sehingga dakwah itu menjadi tuntutan ke atas setiap individu muslim. Antaranya ialah: memberi pendidikan terhadap akhlak dan moral; pendidikan tentang akidah dan sebarang aspek penyelewengan; pendidikan tentang aspek-aspek pemikiran barat dan cara untuk melayaninya; dan pendidikan tentang peri pentingnya peranan ilmu dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Dakwah juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan masyarakat dan semasa. Oleh kerana kita berdakwah dalam masyarakat

maka pemahaman berkaitan dengan

masyarakat yang ingin didakwah adalah perlu. Penyelidikan juga harus dilakukan untuk memahami budaya dan cara hidup mereka.

Berdasarkan dalil-dalil di atas, kumpulan yang berkewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar ialah orang Islam. Selain itu, terdapat beberapa syarat tambahan: pertama, individu itu mestilah seorang yang mukallaf baik lelaki ataupun wanita; kedua, mestilah mempunyai standard akhlak yang baik supaya tugas amar makruf dan nahi mungkar yang dilaksanakannya boleh memberi impak yang positif. Juga, syarat ini diperlukan untuk mengelakkan timbulnya konflik, fitnah atau dituduh sebagai hipokrit; ketiga, mestilah mempunyai

kemampuan dan pengetahuan (untuk

membezakan antara perkara baik dan salah)5. Syarat ini menjelaskan bahawa pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar bergantung kepada kapasiti kemampuan masing-masing; keempat, mestilah wujud kerjasama antara

4 al-Qaradawi, Yusuf.Ghayr Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam.

5 al-Ghazali, Abu Hamid, Ihya Ulum al-Din,

masyarakat dengan pihak berautoriti. Kadangkala proses amar makruf dan nahi

mungkar turut melibatkan prosedur

mahkamah dan undang-undang. Oleh itu, adalah penting untuk mewujudkan jalinan kerjasama antara kedua pihak.

Secara prinsipnya. manusia ialah sumber pembangunan ekonomi negara, sosial, budaya dan akhlak. Manusia bukan sahaja memiliki sumber pengetahuan, saintifik, teknologi, teknikal dan vokasional tetapi lebih mustahak lagi ialah agama dan moral. Masalah yang sering dihadapi oleh umat Islam dalam menjalankan amar makruf dan nahi mungkar ialah masalah manusia. Masalah manusia tidak bermaksud masalah tidak cekap ketika menjalankan kewajipan ini

sahaja, tetapi masalah kefahaman,

konsistensi, komitmen dan sebagainya. Tindakan atau operasi cegah maksiat, tangkap khalwat dan sebagainya boleh menakutkan orang yang hendak melakukan maksiat. Tetapi, ini tidak bermaksud maksiat dan segala masalah sosial yang lain akan terus lenyap. Manusia yang ingin terus melakukan maksiat akan mencari jalan dan tempat lain yang lebih tersorok untuk mengelakkan pencegah atau pengintip maksiat. Adalah logik tempat-tempat sebegitu menyukarkan pasukan pengintip maksiat untuk memantau kegiatan maksiat.

Kaedah penyelidikan

Kajian ini berbentuk

sosio-perundangan iaitu satu kaedah penyelidikan yang menyatukan dua bidang utama dalam penyelidikan iaitu sains sosial dan undang-undang. Oleh kerana undang-undang

dibentuk sebagai mekanisme untuk

(6)

dan sukar dipisahkan dengan masyarakat6 (Rohani Abdul Rahim, 2002). Kajian ini akan turut melibatkan penyelidikan secara sistematik ke atas isu-isu perundangan yang baru dan terkini dengan menggunakan keaslian dan kreativiti yang tinggi melalui kaedah perundangan tradisional atau konvensional yakni melibatkan proses menyatakan (stating), menginterpretasi (interpreting) dan menerangkan undang-undang sedia ada (clarifying the existing law) di dalam sesuatu bidang perundangan7. Kajian seumpama ini melibatkan perancangan yang sistematik, penyiasatan, pemerhatian, analisis dan teknik yang kritikal. Secara khususnya, kaedah perundangan tradisional ini boleh dibahagikan kepada empat kaedah pula iaitu kaedah falsafah, sejarah, analitis dan kritis serta metod perbandingan8.

Selain itu, teknik pentafsiran undang-undang yang terdiri daripada literal rule, golden rule, mischief rule dan purposive approach akan diguna pakai mengikut kesesuaian khususnya bagi mencapai objektif pertama dan ketiga. Ringkasnya, literal rule digunapakai apabila sesuatu perkataan dalam statut adalah jelas dan nyata dan sepatutnya dibaca dan diaplikasikan mengikut makna yang biasa. Mischief rule pula digunapakai apabila makna sesuatu peruntukan adalah kabur dan tidak dapat dipastikan objektifnya. Kaedah ini akan melihat niat di sebalik perundangan berkenaan. Seterusnya golden rule digunakan apabila perkataan-perkataan di dalam sesuatu statut adalah biasa tetapi apabila diaplikasikan akan menghasilkan sesuatu

6 Rohani Abdul Rahim.Metodologi Penyelidikan Undang-undang: Satu Tinjauan Kepada Kajian Sosio Perundangan.

7 Mahdi Zahraa.Research methods for law postgraduates

overseas students.

8 Walker, D.The Scottish Legal System, An Introduction to the Study of Scots Law

yang tidak masuk akal ataupun

mendatangkan ketidakadilan, manakala purposive rule pula mentafsirkan statut dengan merujuk kepada tujuan sesuatu statut itu digubal. Kaedah ini memberikan penekanan dengan memberi kesan kepada tujuan badan perundangan menggubal sesuatu statut. Ini bermakna peruntukan-peruntukan statut ditafsirkan dengan memberi kesan kepada niat penggubal undang-undang9.

Bagi mencapai objektif yang kedua, garis panduan utama harus diberikan perhatian oleh seseorang penyelidik muslim10. Antaranya ialah, pertama, niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah semata-mata; kedua, segala tindakan dan aktiviti terbabit dalam penyelidikan adalah berlandaskan Syariah; dan ketiga, hasil atau natijah penyelidikan diharapkan mempunyai nilai kepenggunaan dan manfaat yang jelas. Ketiga-tiga garis panduan asas tersebut merupakan titik perbezaan jelas antara kriteria penyelidik muslim dan bukan muslim.

Kajian yang akan dijalankan adalah berdasarkan kepada dua bentuk utama yang digarapkan bersama iaitu kualitatif dan kajian lapangan. Melalui kajian berbentuk kualitatif, penyelidik mengutamakan usaha untuk mencari dan memberikan keterangan

berdasarkan kepada data-data yang

dikumpulkan dalam bentuk ayat atau kenyataan yang bukan berbentuk nombor atau numerik walaupun terdapat keterangan yang merujuk kepada statistik. Dapatan yang terhasil daripada reka bentuk ini akan dipaparkan melalui kenyataan atau jadual bersesuaian yang dapat mengukuhkan

(7)

pemerihalan penyelidik terhadap fenomena yang dikaji.

Bentuk kajian lapangan berasaskan temubual merupakan salah satu bentuk penyelidikan sosial yang merupakan satu interaksi sosial bertujuan mengumpul maklumat bagi tujuan kajian. Sesi ilmiah

bercorak perbualan terbuka dengan

responden atau informen berotoriti berkenaan tema kajian akan dijalankan. Kaedah ini juga lebih merupakan usaha untuk mendapatkan keterangan tentang konsep hisbah dalam konteks pencegahan maksiat dan khalwat di Malaysia dengan melakukan tinjauan berkaitan dengannya. Justeru, kajian ini tidak tertumpu ke arah

pengutipan maklumat yang banyak

sebaliknya penyelidik akan berusaha untuk memperoleh maklumat berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap persoalan tentang prosedur dan modus operandi

pencegahan maksiat dan khalwat.

Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk memberikan sumbangan yang praktikal kepada pembangunan prosedur dan modus operandi operasi pencegahan maksiat dan tangkapan khalwat di Malaysia yang berlandaskan konsep hisbah dan kerangka rekonstruktif melalui usaha penilaian semula peruntukan kuatkuasa pencegahan dan tangkapan khalwat dalam perundangan khususnya enakmen dan akta kesalahan jenayah Syariah negeri-negeri.

Konsep Hisbah

Manusia sebagai hamba dan khalifah

Allah dipertanggungjawabkan untuk

menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar. Namun manusia mempunyai kecenderungan untuk lalai dan lupa. Di dalam tradisi Islam, Hisbah ialah instrumen

khusus untuk memainkan peranan

membetulkan kepincangan bagi memastikan ma’ruf ditegakkan dan mungkar dicegah.

Tujuan asas hisbah untuk mengawasi masyarakat daripada melanggar syariat. Peranan ini adalah merupakan tugas manusia di muka bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu kelompok yang menyeru manusia kepada kebajikan dan yang menyuruh manusia berbuat segala perkara baik dan melarang manusia daripada segala perkara buruk. Dan manusia yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.”11

Setiap individu memikul tanggungjawab untuk pengawasan peringkat pertama terhadap dirinya sendiri. Sebagaimana firman-firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah akan dilihat-Nya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihat-Nya”12

“Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawasi dan

membalas.”13

“Tiada sebarang perkataan yang dilafaz melainkan ada di sisinya malaikat yang sentiasa sedia memerhatikan dan mencatatnya.” 14

“Hendaklah tiap-tiap diri melihat dan

memerhatikan apa-apa yang telah disediakan (daripada amalan-amalannya) untuk hari esok (Hari Akhirat).”15

Namun masyarakat memikul

tanggungjawab bersama untuk saling ingat mengingati satu sama lain apabila berlaku pelanggaran syariat dan hukum. Malah al-Quran menyatakan ciri ini ialah sifat asasi bagi memenuhi kriteria umat terbaik. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Kamu ialah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) manusia, (kerana) kamu menyuruh

11 Ali ‘Imran ayat 104.

12 Al-Zalzalah ayat 7 dan 8. 13 Al-Fajr ayat 14

(8)

berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”16

Keperluan untuk tegur menegur dan melarang perbuatan mungkar ini adalah amat kritikal dan diberikan perhatian yang berat di dalam Islam. Malah manusia diingatkan bahawa kegagalan melaksanakan-nya akan mendatangkan natijah yang sangat buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi telah dilaknat melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Hal ini berlaku kerana mereka menderhaka dan selalu menceroboh serta tidak saling larang melarangi perbuatan (buruk) yang dilakukan oleh mereka. Sesungguhnya amat buruk perbuatan yang telah dilakukan mereka.”17

Pelaksanaan Hisbah dewasa ini

cenderung untuk bertumpu kepada

mengawasi individu dan mencegah mereka daripada melakukan maksiat. Al-Imam al-Ghazali telah menggariskan rukun-rukun pelaksanaan Hisbah. Rukun ketiga aplikasi konsep hisbah ialah18:

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan

intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu

kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta‘ala telah melarang hal ini”.

Secara umumnya Hisbah bermaksud pelaksanaan al-Amr bi ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan

dan al-Nahyu ‘an al-Munkar (pencegahan

16 Ali ‘Imran ayat 110

17 Al-Maidah ayat 78 dan 79

18 Al-Imam al-Ghazali,(meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din.

kemungkaran) apabila jelas ia dilakukan. Prinsip al-amr bil makruf wa nahyu anil

munkarinimerupakan asas kepada

perlaksanaan As Siyasah As Syariyyah dan menepati kehendak Maqasid As Syariah. Pelaksanaan prinsip ini tidak hanya tertumpu kepada institusi Hisbah tetapi melibatkan seluruh institusi Islam samada ketenteraaan, polis, kehakiman, kewangan dan institusi

Hisbah sendiri19. Imam Ghazali telah

menyatakan bahawa terdapat empat elemen (rukun) di dalam institusi hisbah iaitu

Muhtasib (pegawai penguatkuasa), muhtasab

alaih (pihak yang melakukan kemungkaran),

muhtasab fih (bidang kuasa pegawai

penguatkuasa) dan ihtisab (tindakan atau penalti yang dikenakan terhadap orang melakukan kemungkaran)20.Hal yang sama turut ditegaskan di dalam Al Ahkam Al Sultaniyyah Wa Al Wilayah Ad Diniyyah bahawa wujudnya rukun-rukun tersebut walaupun tidak tersusun sepenuhnya seperti penulisan Imam al Ghazali21. Ibn al Farra’ juga bersetuju dengan kewujudan rukun Hisbah seperti yang dinyatakan di dalam Ihya

Ulumuddin22. Malahan Yahya Ibn Umar yang

banyak menceritakan salah satu rukun Hisbah iaitu Muhtasib turut memuatkan elemen yang sama namun elemen tersebut bercampur aduk dan tidak tersusun. Keempat-empat rukun ini amat penting bagi memastikan institusi Hisbah berjalan menurut syariat Islam23.

19 Ibn Taimiyyah, Imam Taqiyuddin Abu Abbas Ahmad ,Public Duties in Islam:The Institution of the

Hisbah

20 al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad , Ihya

Ulumuddin,

21 al-Mawardi, Abu Hasan Ali Ibn Muhammad. Al

Ahkam Al Sultaniyyah.

22 Ibn al-Farra, Abu Ya’la Muhammad ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Khalaf. (m. 458/1066). al-Ahkam al-Sultaniyyah.

(9)

Pensyariatan hisbah dapat dilihat melalui prinsip utama hisbah iaitu al-amr bil makruf wa nahy anil munkar. Prinsip utama ini yang mengangkat konsep mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan perlu dilakukan oleh setiap strata masyarakat di Malaysia mahupun mana-mana negara Islam. Justeru, setiap ayat yang berkaitan dengan prinsip al-amr bil makruf wa nahy anil munkar serta konsep keadilan dan kebenaran adalah dianggap sebagai dalil-dalil yang mensyariatkan hisbah24. Nas-nas yang

berkaitan prinsip utama hisbah ini merupakan pensyariatan yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah negara Islam25.

Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar Maksud amar makruf ialah mengajak manusia melakukan perkara kebaikan,

manakala nahi mungkar pula ialah

mencegah manusia dari melakukan perkara yang tidak baik. Oleh itu, perkataan dakwah dan amar makruf dan nahi mungkar selalu digunakan untuk merujuk kepada maksud yang sama, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dalam al-Qur’an, perkataan amar makruf dan nahi mungkar digunakan sekurang-kurangnya lapan kali26 semua merujuk kepada tanggungjawab kolektif setiap Muslim dalam melaksanakan kewajipan di atas. Maksud firman Allah SWT.:

Hendaklah terdapat antara kamu

segolongan yang menyeru dengan kebaikan

24 Abd. Allah Muhammad `Abd Allah. Wilayat al

Hisbah fi al-Islam..

25 ‘Abd al-Karim Zaydan.Nizam Al Qada’ fi al Syariaat

al Islamiyah.

26 lihat Qur’an, surah Ali-‘Imran 3:104, 110, 114; al-A‘raf 7:157; al-Taubah 9:71, 112; al-Hajj 22:41; Luqman 31:17.

dan mencegah dari kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya”27

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam sebuah hadith bermaksud:

“Siapa yang melihat kemungkaran

hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika

dia tidak mampu hendaklah dia

mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman”28

Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW menggunakan istilah taghyir yang bermaksud kewajipan untuk mengubah perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik dan

mencegah sesuatu kemungkaran dari

berlaku. Juga, hadith itu menunjukkan bahawa setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara berperingkat: pertama ialah dengan tindakan; kedua ialah dengan perkataan; ketiga ialah dengan hati. Berdasarkan hujah ini, perkataan dakwah mencakupi perbuatan amar makruf dan nahi mungkar kerana amar makruf ialah ajakan untuk melakukan amalan yang baik, manakala nahi mungkar ialah ajakan untuk menjauhi perbuatan tidak baik.

Berdasarkan ayat al-Qur’an29 di atas kewajipan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar menjadi kewajipan ke atas sebahagian sahaja dari kalangan umat Islam. Dalam erti kata yang lain, ia bermaksud tugas amar makruf dan nahi munkar adalah fardu kifayah. Namun, ia juga boleh bertukar menjadi fardu ain berdasarkan kes seperti berikut: apabila seorang individu sahaja yang

27 Ali ‘Imran ayat 104

(10)

tahu bahawa perkara yang sedang berlaku itu adalah salah dan dia sahaja yang mempunyai kemampuan untuk menanganinya30.

Ayat al-Qur’an31 yang kedua dan juga hadith di atas menunjukkan bahawa kewajipan amar makruf dan nahi mungkar itu wajib ke atas setiap individu Muslim. Selain itu, Muhammad b. Jarir al-Tabari (m.

313/925) menegaskan bahawa umat Islam

tidak dibenarkan membiarkan sahaja

kemungkaran berlaku supaya dapat

mengelakkan dari mendapat bencana Allah SWT32. Al-Nawawi pula berpandangan bahawa perkataan taghyir itu memberi maksud arahan yang wajib dilaksanakan33. Ibn Taymiyyah pula menambah, tugas mencegah kemungkaran yang disebut dalam hadith itu adalah fardu kifayah berdasarkan kepada kemampuan yang ada pada setiap individu34. Ketiga-tiga pandangan ini memberikan konklusi yang jelas bahawa amar makruf dan nahi mungkar adalah wajib ke atas setiap Muslim.

Oleh itu, dengan mengambil kira pandangan beberapa fuqaha’ di atas, wujud beberapa kriteria. Kriteria yang pertama ialah tugas amar makruf dan nahi mungkar itu hukumnya fardu kifayah. Kriteria yang kedua ialah fungsi amar makruf dan nahi mungkar adalah tonggak kepada keunggulan umat Islam sejagat (umat terbaik yang pernah dilahirkan di kalangan manusia). Kriteria yang ketiga ialah tugas amar makruf dan nahi mungkar berkait rapat dengan proses ta’dib (mendidik).

Definisi Khalwat

30 al-Nawawi, Yahya b. Sharaf, Sharh Ѕahih Muslim. 31 Ali-Imran ayat114

32 al-Tabari, Muhammad Ibn Jarir,Tafsir At Tabari, 33 al-Nawawi, Yahya b. Sharaf, Sharh Ѕahih Muslim 34 Ibn Taymiyyah, Ahmad b. ‘Abd al-Halim, al-Amr bi

al-ma‘rūf wa al-nahy ‘an al-munkar

Perkataan khalwat dalam bahasa Arab

berasal daripada kata kerja iaitu

berseorangan35. Terdapat juga

penggunaannya yang membuat maksud lain, sebagai contoh di dalam kata terbitan yang

bermaksud sunyi36. Kamus Dewan

mendefinisikan perkataan khalwat sebagai perihal perbuatan pengasingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi, oleh lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri sehingga dapat dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang37. Menurut kamus Besar Bahasa Melayu, khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin38. Menurut istilah pula

para ulama mentakrifkannya sebagai

berseorangan atau sebagai tempat

menenangkan fikiran daripada pelbagai hal dengan hanya mengingati Allah SWT semata-mata. Mengikut Hanafi, Maliki, Shafie dan Hambali istilah ini dirujuk kepada hubungan suami isteri yang tinggal berdua-duaan sama ada berlaku persetubuhan atau sebaliknya. Namun ia akan terkecuali jika

wujud sebab-sebab yang menghalang

berlakunya persetubuhan 39.

Menurut istilah, pengertian khalwat ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu khalwat sahihah dan khalwat ihtida’40.

Menurut hukum Islam yang tidak

dikanunkan seperti mana yang terdapat di

35 al-Bustani.Kitab al-Muhit: Qamus al-Matawil al-Zughah

al-‘Arabiyyah. Jil.1.

36 al-Marbawi, Muhamad Idris Abdul Rauf. Qamus

al-Marbawi.

37 Teuku Iskandar. Kamus Dewan.

38 Zainal Abidin Safarwan.Kamus Besar Bahasa Melayu

39 Mahy ad-Din Sabir. Kamus Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. 40 Abd Rahman al-Jaziri. Kitab Fiqh ‘Ala Mazahib

(11)

dalam kitab-kitab fiqh dan hadis-hadis Rasulullah saw, pengertian khalwat diberikan dalam bentuk yang berbeza-beza daripada pengertian khalwat yang dinyatakan menurut hukum Islam yang telah dikanunkan dan diperundangkan di dalam undang-undang Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri di Malaysia. Pengertian khalwat menurut kitab-kitab fiqh dan hadis-hadis Rasulullah saw adalah merujuk kepada perbuatan khalwat atau bersekedudukan di antara pasangan yang ajnabi, iaitu pasangan yang belum ada sebarang ikatan yang menghalalkan kedua-duanya. Merujuk kepada khalwat yang berlaku di antara pasangan suami isteri, ulama terdahulu seperti Hanafi, Maliki, Shafie dan Hambali mendefinisikan suami isteri yang bersekedudukan (tinggal bersama) sama ada berlaku persetubuhan atau sebaliknya, kecuali wujud sebab-sebab yang boleh menghalang daripada berlakunya persetubuhan41.

Konsep Maksiat

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, gejala ialah tanda-tanda akan terjadinya sesuatu alamat dan petanda. Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pula gejala bermaksud tanda-tanda, petanda, pertanda, gelagat alamat dan isyarat. Maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah gejala yang telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa.

Maksiat menurut istilah adalah meninggalkan perintah Allah SWT dan melakukan larangan. Maksiat membawa

maksud meninggalkan perkara yang

diperintahkan oleh Allah SWT dan

41 Muhamad Amin Syahir Ibn ‘Abidin. Hasyiyah Ibn

‘Abidin. Jil 3.

Rasulullah s.a.w mahupun dalam bentuk perkataan, perbuatan dan tujuan-tujuan yang melibatkan samada secara zahir sekalipun secara yang batin.

Menurut Fathi Ad-Duraini ahli usul fiqh dalam Ensiklopedia Islam, memberi maksud maksiat adalah segala perbuatan dan sifat yang meninggalkan perkara wajib serta melakukan perkara yang haram. Perbuatan seperti ini berkaitan dengan hak-hak Allah SWT ataupun perbuatan yang berkaitan dengan hak-hak peribadi seseorang42.

Muzakarah Fatwa Malaysia peringkat

Kebangsaan telah membincangkan

mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa43: a)Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka

dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan

larangan Allah dan Rasul atau

meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

b) Jenis-jenis maksiat :

i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.

ii.Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.

c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan

42 Ensiklopedia Islam

(12)

kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat

Merujuk konteks masyarakat hari ini, sesuatu yang dipandang hina dan berlawanan dengan agama sering dikaitkan dengan perbuatan maksiat. Menurut Wahbah Az-Zuhaili, dosa dari perbuatan maksiat dapat dibersihkan dengan melakukan taubat yang ikhlas kerana Allah SWT dengan menyesali perbuatan dosa yang telah dilakukan44. Golongan muda pada masa kini lebih

mengetahui bahawa berdua-duaan itu

merupakan perbuatan maksiat. Sedangkan banyak lagi boleh dilihat perlakuan sumbang yang membawa kepada maksiat seperti berzina, berjudi dengan membeli nombor

ekor, minum arak, kelakuan yang

menyerupai kaum lain adalah tergolong antara perbuatan-perbuatan maksiat.

Akhir-akhir ini wujud suatu

kecenderungan di mana masyarakat

mengaitkan gejala maksiat dengan proses perindustrian dan pembangunan sesebuah negara. Hal ini adalah antara hakikat yang berlaku di Malaysia pada hari ini. Dalam mengejar pembangunan yang semakin pesat, gejala maksiat turut juga meningkat dengan lebih ketara. Pembangunan tetap diperlukan oleh sesebuah negara dan rakyat juga mempunyai hak terhadap pembangunan itu.

Kekuatan pembangunan rohani atau

spiritual adalah merujuk kepada

pembangunan insan. Segala usaha-usaha perlulah dipertingkatkan untuk mencegah atau sekurang-kurangnya mengurangkan gejala maksiat yang dikaitkan dengan proses pembangunan ke tahap yang paling minimal. Gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Melayu adalah satu fenomena

44 Wahbah al-Zuhaili, Al- Fiqh Al- Islami Wa Adillatuh, juz. 1, cet. Ke-2

yang semakin ketara dan amat

membimbangkan. Usaha negara untuk

mencapai matlamat wawasan yang

cemerlang dan mengharungi cabaran

semasa, suasana keruntuhan akhlak dan krisis moral yang semakin luntur telah

mencabar kewibawaan, imej dan

keperibadian sesebuah negara.

Pembangunan akhlak melalui hati dengan pembentukan emosi, rohani dan jasmani dapat mewujudkan hubungan yang sangat erat serta dapat membentuk akhlak yang mulia. Oleh itu, langkah yang tersusun dengan perancangan yang rapi harus dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah daripada pelbagai dimensi.

Faktor agama adalah sangat penting dan mesti diterapkan serta dididik dengan penuh sempurna ke dalam diri anak-anak agar tidak tersasar dari jalan yang diredhai Allah. Pendidikan yang sempurna akan menjadikan anak-anak terjamin dengan didikan yang baik dalam segala aspek mahupun cemerlang dari aspek agama, akhlak dan pembelajaran. Tambahan lagi dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar dan rintangan.

Pendek kata, maksiat tidak hanya berlaku kepada golongan muda dan berpasangan tetapi juga golongan tua dan individu. Oleh itu, ia mewajarkan kita mengambil sikap “menjaga tepi kain orang” dan mengambil pendirian bahawa konsep Amar makruf nahi mungkar perlu ada dalam diri setiap individu muslim dalam menangani masalah ini. Hakikatnya realiti kehidupan masyarakat kita sendiri telah sedar betapa pentingnya budaya ini dan adalah menjadi tanggungjawab yang perlu disuburkan semula agar menjadi budaya sihat yang membawa kepada kesejahteraan kepada semua.

(13)

samseng, gengsterisme, ponteng sekolah, Black Metal, penyalahgunaan dadah dan lain-lain lagi. Oleh kerana golongan remaja merupakan bakal pewaris negara, maka aktiviti dan kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian dari seluruh lapisan masyarakat. Pengaruh rakan sebaya juga amat kuat dalam pembentukan budaya seorang remaja kerana mempunyai masa yang lama bersama dengan rakan-rakan samada di sekolah atau di luar sekolah.

Beberapa sebab utama yang

menyebabkan individu terlibat dengan gejala maksiat adalah dari pergaulan negatif dan bebas yang dibawa oleh kawan-kawan mereka. Ini berlaku terutamanya jika individu itu kurang pandai, lemah aqidah dan mudah terpengaruh akhlaknya. Mereka akan cepat terpengaruh oleh kawan-kawan yang jahat dan nakal, di samping mudah untuk melakukan aktiviti yang negatif bersama-sama. Ini sehinggakan perbuatan yang negatif ini telah menjadi tabiat dan aktiviti kebiasaan mereka. Oleh itu, sukar untuk mengembalikan mereka ke jalan yang lurus dan menyelamatkan mereka dari kesesatan.

Apabila jalan penyelesaian tiada dan pergaulan bebas pula melampaui batas, maka akan terjadinya beberapa perkara yang amat bahaya seperti anak luar nikah, remaja yang sakit mentalnya, penagih dadah, remaja dari kumpulan nakal yang dapat merosakkan keharmonian rumahtangga orang lain, merogol dan berbagai-bagai lagi akibat daripada pergaulan bebas ini. Semua ini terjadi dan berkembangnya kerana sejak dari awal pertumbuhan remaja tersebut telah dibiarkan dengan kenikmatan pergaulan yang bebas.

Kesalahan Jenayah Syariah

Jenayah pada bahasa ialah dosa atau maksiat. Sudut istilah terbahagi kepada

makna khas dan ‘am. Makna khas: ialah larangan syarak yang ditetapkan oleh Allah dengan pembalasan had atau ta’zir sama ada

melakukan perkara tegahan atau

meninggalkan perkara yang disuruh. Makna am pula ialah satu pencerobohan yang ditujukan terhadap nyawa, pancaindera atau anggota manusia seperti pembunuhan, kelukaan, pukulan dan lain lain45.

Menurut definisi yang biasa diberikan oleh Fuqaha ”jenayah” ialah perbuatan jahat

yang dilakukan untuk mencerobohi

kehormatan jiwa dan anggota tubuh badan. Berdasarkan definisi ini kesalahan jenayah hanya terhad pada kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan perlakuan mencerobohi nyawa dan anggota tubuh badan seperti membunuh dan mencederakan anggota tubuh badan yang dikenakan hukuman qisas atau diyat, bagi kesalahan-kesalahan tersebut. Jesteru, segala kesalahan-kesalahan lain yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya tidak termasuk dalam definisi jenayah yang sempit ini. Namun begitu, definisi jenayah dalam konteks yang lebih luas adalah meliputi semua kesalahan hudud, qisas, dan ta’zir46.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa apa juga bentuk dosa atau maksiat daripada sebesar-besarnya kepada sekecil-kecilnya sama ada dikenakan hukuman qisas, hudud atau ta’zir maka adalah dikatakan sebagai kesalahan jenayah.

Rukun umum bagi jenayah ialah 3 perkara berikut:

1. Wujud nas mengharamkan sesuatu

perbuatan dan dikenakan hukuman.

2. Tindakan yang salah sama ada melakukan

larangan atau meninggalkan suruhan.

45 Faizah Ismail, Undang-undang Jenayah Islam

46 Abdul Monir Yaakob, Tinjauan Kepada

(14)

3. Tindakan jenayah dilakukan oleh orang

mukallaf

Dari sudut pandangan Agama. Allah telah menegaskan di dalam Al-Quran tentang dua tanggungjawab utama manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah iaitu mematuhi segala perintah dan dalam waktu yang sama menjauhi segala larangan-Nya. Manusia juga dilantik sebagai khalifah Allah bagi menegakkan keadilan Islam dan kesejahteraan hidup. Firman Allah yang bermaksud-”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah.”47

Syariat Islam yang lengkap sebagai pegangan hidup meliputi segala aspek kehidupan manusia dan ia relevan sepanjang zaman. ”Kemudian, kami jadikan engkau wahai Muhammad di atas syariat atau jalan yang lurus, ikutilah ia dan jangan engkau mengikuti kemahuan orang-orang yang tidak mengetahui”48 Syariat Islam mempunyai hukum-hakamnya yang terdiri daripada pelbagai perintah dan tegahan, juga galakan. Ia terbahagi kepada lima perkara asasi yang berkait rapat dengan kehidupan manusia iaitu:

• memelihara agama

• memelihara jiwa dan nyawa • memelihara akal dan fikiran • memelihara harta

• memelihara keturunan

Undang-undang yang terkandung

dalam dua sumber utama al-Quran dan sunnah adalah bercirikan wahyu Allah. Pencipta iaitu Allah sebagai penggubal

undang-undang Islam memiliki sifat

47 Ali ’Imran, ayat 110

48 al-Jathiyah ayat 18.

mustahil untuk melakukan kezaliman kepada hambaNya. Syariah yang mengandungi perundangan adalah adil dan ideal untuk direalisasikan dalam kehidupan manusia. Namun, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa setiap peruntukan undang-undang Islam yang adil, sudah pasti ianya ideal. Tetapi mungkin sebaliknya pula bagi perundangan yang ideal, belum tentu ianya adil. Jadi kita akan mengalami dilemma

dalam menilai perundangan Islam

menggunakan fakulti rasional akal semata-mata. Bahkan lebih buruk lagi jika kita menjadikan nafsu dan emosi sebagai instrumen penilai utama terhadap undang-undang Islam.

Allah SWT al-Hakim (yang maha bijaksana) sentiasa menjaga hak-hak manusia dan menjaga kehidupan mereka dari kezaliman dan kebinasaan. Undang-undang Jenayah Islam ditetapkan untuk menjaga dan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta yang merupakan al-Dharuriyat al-Khams (lima perkara terpenting dalam kehidupan manusia). Setiap indvidu yang melanggar salah satu lima perkara ini wajib dikenakan hukuman yang ditetapkan Allah (Hudud) yang disesuaikan dengan bentuk pelanggaran tersebut.

Dalam konteks undang-undang

jenayah Islam, hudud bermaksud segala kesalahan bukan ke atas diri manusia yang telah ditetapkan hukumannya oleh Allah SWT secara khusus49. Kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya secara khusus oleh Allah SWT dinamakan ta‘zir seperti kesalahan rogol dan merosakkan harta benda awam. Kesalahan yang telah

ditetapkan hukumannya pula tetapi

berkaitan ke atas diri manusia seperti

(15)

membunuh dan mencederakan tubuh dinamakan qisas50.

Jenayah syariah yang terdapat dalam enakmen negeri-negeri di Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai kesalahan-kesalahan yang ada peruntukkan dalam enakmen-enakmen yang diluluskan oleh negeri-negeri sama ada yang terdapat dalam Enakmen-Enakmen Jenayah Syariah atau enakmen-enakmen lain yang terdapat di dalamnya peruntukan kesalahan-kesalahan dan ada hukuman keseksaannya51.

Bagi memudahkan perbincangan,

pengklasifikasian kesalahan jenayah syariah ini dapat diringkaskan seperti berikut:52

a) Kesalahan di bawah enakmen atau akta jenayah syariah:-

i. Kesalahan yang berhubung dengan akidah;

ii. Kesalahan berhubungan dengan

kesucian agama Islam dan

institusinya;

iii. Kesalahan berhubung dengan

rukun Islam, arak, judi dan kesusilaan;

iv. Kesalahan seksual;

v. Kesalahan berhubung dengan

kesejahteraan orang lain; vi. Kesalahan Pelbagai;

b) Enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam:-

i) Penalti berhubung dengan akad

50 Ibn Abidin. Hasyiyyah radd al-mukhtar.

51 Abdul Halim El- Muhammady, Perkembangan

Undang- undang Islam Dari Zaman Rasulullah S.A. W Hingga Zaman Penjajahan Barat.

52 Zulkifli Hasan. Undang-undang jenayah syariah di Malaysia dan sejauh manakah perlaksanaannya. Azman Ab Rahman et al. Isu-isu semasa global sempena kemerdekaan ke-50.

nikah dan pendaftaran perkahwinan; dan

ii) Penalti am.

Kesalahan khalwat mendominasi statistik jenayah syariah. Jika ditinjau, didapati kesalahan yang sering dibicarakan di mahkamah syariah ialah kesalahan khalwat. Ini boleh dibuktikan melalui kes-kes yang dilaporkan sama ada di dalam media masa mahupun di dalam jurnal akademik. Sebagai contoh, merujuk kepada statistik kes khalwat yang berlaku di Selangor pada tahun 2006 mengikut peringkat umur di Selangor di bahagian Perundangan Syarak Majlis Agama Islam Selangor.

Dalam konteks undang-undang jenayah

syariah dan sistem keadilannya,

penguatkuasaan dan pendakwaan berpaksikan akta/enakmen tatacara jenayah syariah yang jelas mengandungi segala aspek prosedural berkaitan menguruskan tindakan-tindakan berkaitan kesalahan yang dilakukan. Dengan peruntukan yang sedia ada, pihak penguat kuasa dan pihak pendakwa tidak akan tersasar dalam melaksanakan tugas masing-masing. Oleh kerana pentadbiran keadilan jenayah syariah perlu dilihat menjunjung keadilan dan berkesan dalam pelaksanaannya, pegawai-pegawainya juga mestilah terlatih dan yang penting sekali celik undang-undang. Tanpa pemahaman yang jitu berkaitan kehendak undang-undang, sudah pasti akan timbul

masalah dari segi pentafsiran dan

pemakaiannya53.

Penguatkuasaan jenayah syariah merujuk

kepada melaksanakan peraturan yang

diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang Islam yang sedang berkuatkuasa seperti peruntukkan yang terdapat di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

(16)

Negeri. Kesalahan jenayah syariah ini boleh dianggap sebagai jenayah tanpa mangsa (victimless crime). Undang-undang yang dicipta bersabit dengan jenayah tanpa mangsa ini seringkali mencetuskan kontroversi54.

Integrasi Dakwah Dalam Kerangka

Hisbah: Satu Pendekatan

Berdasarkan penulisan klasik, Abd

al-Rahman Ibn Khaldun (1405M)

mendefinisikan Muhtasib sebagai satu jawatan agama yang meliputi pengawasan terhadap pelbagai kegiatan mungkar. Fungsi Muhtasib merangkumi aspek sosial, politik dan ekonomi55. Imam Taqiyuddin Abu Abbas

Ahmad Ibn Taimiyyah (1982) tidak

memberikan definisi secara spesifik apa yang dimaksudkan Muhtasib. Beliau sekadar menjelaskan peranan dan fungsi Muhtasib yang secara tidak langsung membentuk definisi dan deskripsi Muhtasib itu sendiri56.

Ulama-ulama tersohor57 lain turut

memberikan penekanan terhadap bidang tugas dan peranan Muhtasib dalam institusi Hisbah tanpa menghurai panjang definisi Muhtasib.

Penulisan terkini telah menyimpulkan definisi Muhtasib berdasarkan kepada bidang tugas, peranan dan fungsi seperti yang dinyatakan di dalam penulisan klasik. Menurut Mohd. Parid Sheikh Ahmad & Mohd. Azmi Omar, Muhtasib merupakan pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh pemerintah untuk menjalankan tugas al-amr

54 Siti Zubaidah Ismail.Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di Malaysia: satu analisis. Jurnal Syariah. Jil. 16 (Keluaran Khas). pp. 537-554 55 Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. Muqaddimah.

56 Ibn Taimiyyah, Imam Taqiyuddin Abu Abbas Ahmad,Public Duties in Islam:The Institution of the

Hisbah,

57 al-Shayzari, Abd al-Rahman ibn Nasr. Nihayat

al-rutbab fi at talab al-Hisbah; al-Mawardi, Abu Hasan Ali Ibn Muhammad. Al Ahkam Al Sultaniyyah.

bil makruf wa nahyu anil munkar58. Mardzelah

Makhsin mendefinisikan Muhtasib sebagai orang yang menjalankan tugas-tugas Hisbah, sama ada terdiri daripada pemimpin sendiri seperti yang dilaksanakan di zaman pemerintahan Khulafa' al Rasyidin atau dilantik secara rasmi daripada kalangan orang tertentu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang telah melantik Said bin al `As sebagai Muhtasib di Makkah59. Berdasarkan kepada seluruh definisi dan penjelasan yang diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa Muhtasib merupakan pegawai penguatkuasa yang bukan hanya berperanan dalam hal-hal ritual tetapi turut bertanggungjawab dalam hal-hal pentadbiran dan sosial yang menjalankan tugas tugas al-amr bil makruf wa nahyu anil munkar

Menurut Abd Karim Zaidan pula, syarat-syarat perlantikan Muhtasib adalah seperti syarat-syarat perlantikan kadi kerana kedua-duanya merupakan institusi yang mengurus pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam60. Boleh dirumuskan bahawa terdapat lima kriteria utama bagi perlantikan seseorang Muhtasib iaitu Islam, merdeka, berakal, baligh dan adil serta ditambah lagi kriteria iaitu berpengetahuan tentang hukum syariah dan pencegahan kemungkaran, berkelayakan dan mendapat tauliah pemerintah.

Manakala bidang tugas Muhtasib dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu

al-Amr bi ma‘ruf (menyuruh kepada kebaikan)

dan al-Nahyu ‘an al-Munkar (pencegahan

kemungkaran). Terdapat tiga komponen di dalam kategori-kategori tersebut iaitu perkara-perkara yang melibatkan hak Allah,

58 Mohd.Parid Sheikh Ahmad & Mohd. Azmi Omar. Pengurusan Perniagaan Islam.

59 Mardzelah Makhsin. Hisbah Sistem Pengawasan Dan Etika Pengurusan Islam.

60 ‘Abd al-Karim Zaydan.Nizam Al Qada’ fi al Syariaat

(17)

yang melibatkan hak manusia dan melibatkan kedua-dua hak iaitu Allah dan manusia61. Tugas Muhtasib berdasarkan penulisan klasik dan moden secara teori dan praktikal menyebut terdapat empat bidang tugas utama di bawah kategori dan komponen yang disebutkan di atas iaitu mengawal selia aktiviti perekonomian, menjaga ibadah dan perilaku yang menyalahi hukum agama, mengawal kesihatan dan mengawasi industri ubat-ubatan dan mengurus hal ehwal perbandaran dan menjaga ketenteraman bandar62.

Secara umumnya, tugas Muhtasib melibatkan tiga perkara di bawah bidang tugas berkaitan menjaga ibadah dan perilaku

yang menyalahi hukum agama iaitu

mengawasi perkara-perkara berkaitan ibadah khusus, mengawasi perbuatan yang tidak bermoral dan mengawasi perbuatan memiliki perkara yang dilarang63

Perbuatan yang ditegah oleh syarak iaitu perbuatan yang jika dilakukan akan mendapat dosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala merupakan perbuatan yang tidak bermoral. Tujuan pengawasan moral ini lebih tertumpu bagi memastikan masyarakat mematuhi akhlak Islam. Al Sunami juga menegaskan bahawa antara perbuatan tidak bermoral yang ditegah dalam Islam ialah

meminta sedekah bagi mereka yang

berkemampuan, perbuatan mewarnakan

rambut, tenung nasib dan sihir, serta sebagainya. Sebagai ilustrasi, perbuatan menghampiri zina juga termasuk dalam kategori haram. Sekiranya berlaku, pemisahan di antara kaum lelaki dan perempuan di tempat tertentu seperti di laluan yang sunyi

61 Ibn al-Ukhuwwah, Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Qurashi.Maalim al-qurbah fi ahkam al-Hisbah.

62 Mardzelah Makhsin. Hisbah Sistem Pengawasan Dan Etika Pengurusan Islam

63 Ahmad Che Yaacob.Penulisan Fuqaha Mengenai

Hisbah danPeranannya Di Dalam Merealisasikan Hukum Fiqh di dalam Jurnal Syariah Edisi 7 Jilid 2

haruslah dilakukan oleh Muhtasib64. Walau

bagaimanapun, bagi laluan yang luas yang dipenuhi dengan orang ramai larangan ini tidak terpakai.

Pensyariatan hisbah dapat dilihat melalui prinsip utama hisbah iaitu al-amr bil makruf wa nahy anil munkar. Prinsip utama ini yang mengangkat konsep mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan perlu dilakukan oleh setiap strata masyarakat di Malaysia mahupun mana-mana negara Islam. Justeru, setiap ayat yang berkaitan dengan prinsip al-amr bil makruf wa nahy anil munkar serta konsep keadilan dan kebenaran adalah dianggap sebagai dalil-dalil yang mensyariatkan hisbah. Nas-nas yang berkaitan prinsip utama hisbah ini merupakan pensyariatan yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah negara Islam. Ini dapat dijelaskan melalui firman Allah swt yang bermaksud:

dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya65.

Mengikut Tafsir Al-Jalalain, perkataan

‘segolongan’ membawa maksud suatu

kelompok yang bertanggungjawab dalam melaksanakan prinsip tersebut dan hukumnya fardhu kifayah66. Manakala Tafsir Al Quran Al

Adzim menyatakan bahawa ayat tersebut merupakan tuntutan Allah SWT terhadap segolongan umat Islam yang bertugas untuk mengembangkan urusan al-amr bil makruf wa nahyu anil munkar, sekalipun urusan tersebut memang diwajibkan ke atas setiap individu di kalangan umat hari ini67.

64 al-Sunami, Umar Ibn Muhammad. Nisab Al Ihtisab. 65 Al Imran ayat 104)

(18)

Penutup

Perbincangan artikel ini berasaskan kepada kajian terhadap konsep Hisbah dan dakwah dalam Syariah Islamiah yang bersifat umum dan meluas aspek menyuruh kepada

kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Hisbah perlu diinstitusikan secara realistik dan sistematik sebagai sebuah badan yang menjalankan tanggungjawab yang selari dengan konsep hisbah sebenar. Secara umum, Malaysia telah melaksanakan konsep hisbah dalam bentuk yang tersendiri tanpa penjenamaan sesebuah institusi secara khusus sebagai “institusi hisbah”. Peranan dan fungsi

hisbah diberikan kepada jabatan

penguatkuasaan sebagai contoh, Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam di negeri-negeri.

Objektif sebenar hisbah akan terserlah dan memenuhi kriteria amar makruf nahi mungkar yang merupakan prinsip utama dakwah Islamiah. Peranan terpenting dakwah ialah mengajak manusia kepada jalan kebenaran melalui pendekatan mendidik dan bukan menghukum semata-mata.

Rujukan

‘Abd al-Karim Zaydan.1998. Nizam Al Qada’ fi al Syariaat al Islamiyah. Beirut:al Risalah Publishers

---1987. Al-Wajiz Fi Usul al -Fiqh, Beirut: Muassasah al-Risalah.

---1396H. Ahkam al -dhimmiyyin wa al-musta’minin. Beirūt: Muassat al-Risalah.

‘Abd al-Qadir ‘Audah. 1951. Al-Islam Baina Jahli Abnaihi Wa ‘Ajzi ‘Ulamaihi, Kaherah. Abbas Husni Mohamad. 1996. Perkembangan

Fiqh Islam, (terj.) Mohd Asri Hashim, Kuala Lumpur:YADIM.

Abd Rahman al-Jaziri. 1969. Kitab al-Fiqh ‘Ala Mazahib al-Arba‘ah. Jili 4. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Abd. Allah Muhammad `Abd Allah. 1996.

Wilayat al Hisbah fi al-Islam.

Kaherah:Maktabah al Syuara’.

Abdul Halim El- Muhammady. 1993. Perkembangan Undang- undang Islam Dari Zaman Rasulullah S.A. W Hingga Zaman Penjajahan Barat, Kuala Lumpur: ABIM.

Abdul Halim El-Muhammady. 1998.

Undang-undang jenayah dalam Islam dan enakmen negeri-negeri. Selangor : Wadah Niaga Sdn.Bhd.

Abdul Monir Yaakob. 2000. Tinjauan Kepada Perundangan Islam, KL:IKIM Abu Zahrah, Muhammad. 1995. Al-cAlaqah

duwaliyyah fi islam. Syria: Dar al-Fikr. Dimasq.

Ahmad bin Ibrahim. 1995. Kertas kerja : Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.

Ahmad Che Yaacob. 1999. Penulisan

Fuqaha Mengenai

HisbahdanPeranannya Di Dalam

Merealisasikan Hukum Fiqh di dalam Jurnal Syariah Edisi 7 Jilid 2, Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya Ahmad Hidayat Buang et al. 2003. Kajian

terhadap keberkesanan mahkamah

syariah menangani kes-kes

kekeluargaan Islam, jenayah syariah dan mal di Malaysia. In Investing in Innovation 2003. Vol. 7: Humanities dan social sciene, ed. Ramlah H. et al., pp 107-110. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Ahmad Von Denffer. 1983, Research In Islam, London:The Islamic Foundation. al-Asyqar, Muhammad Sulaymān ibn

cAbdullah. 1996. Zubdat al-tafsīr min

(19)

al-Baalbakī Rahi.1988. Ed. Pertama.

Al-Mawrid A modern arabic-english

dictionary. Beirūt: Dar al-cIlmi Li al-Malayin.

al-Bustani. t.th. Kitab Muhit: Qamus al-Matawil al-Zughah al-‘Arabiyyah. Jil.1.

al-Jauziyyah, Muhammad ibn Abi Bakr ibn al-Qayyim. 1401H. Ahkam ahl

al-zimmah.Tahqīq Subhī Soleh. Mesr:

Dār al-Ilmī al-Malayīn.

al-Maqdisī, Muhammad ibn al-Muflih. 1971. Al-Adab al-syarciyyah wa manh

al-maciyyah. Riyād: Maktabah al-Riyād al

-Hadīthah.

al-Marbawi, Muhamad Idris Abdul Rauf. t.th. Qamus al-Marbawi. Mesir: Mustafa al-Bab al-Halabi.

al-Maududī, Abu al-cAla Muhammad ibn al-Husain. 1969. Nazariyyah al-islam wa hadyihi fi siasah wa qanun wa al-dustur. Beirūt: Muassat al-Risalah. al-Mawardi, Abu Hasan Ali Ibn Muhammad.

1966. Al Ahkam Al Sultaniyyah.Kaherah:Matbaat Mustafa al-Babi al-Halabi

al-Munjid fi al-lughah wa al-calam.1987. Ed. 34.

Bairut: Dar al-Masyriqiyyah.

al-Nabahānī, Taqi al-Dīn. 1980.. Al-Shakhsiyyah al-islamiyyah. Beirūt: Dār al-Basyāir.

al-Nawawi, Yahya b. Sharaf.1994. Sharh

Ѕahih Muslim, Dar al-Khayr: Beirut

Qaradawi. Yusuf. 1984. Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

---1983. Ghayr Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islam. Beirut: Dar al-Mu‘assasah al-Risalah.

al-Rāzī, Muhamad Ibn Abu Bakr Ibn Abd al-Qādir.1989. Mukhtar al-sihhah. Maktabah Lubnan. Beirut.

al-Sahi, Syawqi ‘Abduh. 1983.. Muqarabah al-Munawazanah al-‘Amah lil-Daulah

fi Dhau’i Islami. Maktabah al-Nahdah al-Misriyah al-Qahirah. al-Sarkhasī, Muhammad ibn Ahmad Abu

Shah. 1989. Mabsut. Dar al-Macrifah. Beitut.

al-Shayzari, Abd al-Rahman ibn Nasr. 1946. Nihayat al-rutbab fi at talab al-Hisbah Kaherah:Matbaat Lujnat al-Ta'lif wa al-Tarjamah wa al-Nashr.

al-Sunami, Umar Ibn Muhammad. 1978. Nisab Al Ihtisab. Diolah semula oleh M.Y.Izzidien tentang Nisab al Ihtisab Umar Ibn Muhammad Al Sunami dalam Tesis PhD. University of Manchester.

al-Suyuti, Imam Jalaluddin.2003.Tafsir Jalalain versi Terjemahan Melayu oleh Bahrun Abu Bakar, Sinar Baru Algensindo:Bandung

al-Tabari, Muhammad Ibn Jarir. 2001.Tafsir At Tabari, Kaherah:Markaz al Buhuts Wa ad Dirasat al ‘Arabiyah Wa al Islamiyah dan Dar Hijr.

al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad b. Yazid al-Ghazwani, 1972. Sunan Ibnu Majah. JIL 2. Mesir: Isa Babi al-Halani

al-Zuhayli. Wahbah. 1998. Tafsir al-munir. Syria: Dar al-Fikr. Dimasq.

Anwarul Yaqin. 2007. Legal research writing. Malaysia: LexisNexis.

Auni Bin Haji Abdullah .2000. Hisbah dan Pentadbiran Negara. Kuala Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd.

cAbd al-Karim ibn cUthmān.1985. Mcaalim

al-thqafah al-islamiyyah. Beirūt:

Muassat al-Risālah.

cAbd al-Qādir cAudah. 1402H. Al-Tasyric

al-jinaii al-islami muqaranan bain al-qanun al-wadci. Thahrān: Muassat al-Bicstah. El-Muhammadī, Abdul Halim. 1998.

(20)

Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faizah Ismail. 1996. Undang-undang Jenayah Islam, Selangor: Dewan Pustaka Islam

Fathi Abdul Karim. 1984. Al-Dawlah wal-Siasah fil-Fiqh al-Islami. Al-Qahirah: Maktabah Wahbah

Fayid, Abdul Hamid Babjat .1982. “ Al-Idarah fil Islam.” Al-Muslim Al-Mu’asir. Bil.

30.

Hamidah Jusoh, Tazkiyyah al-Syuhud dalam Nasimah Hussin et al 2007. Undang-undang Islam : Jenayah, Keterangan dan Prosedur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ibn al-Farra, Abu Ya’la Muhammad ibn al-Husayn ibn Muhammad ibn Khalaf. (m. 458/1066/1938. Ahkam al-Sultaniyyah. Kaherah.

Ibn al-Ukhuwwah, Muhammad ibn

Muhammad ibn Ahmad

al-Qurashi.1976. Maalim al-qurbah fi ahkam Hisbah. Kaherah: Hay'at al-Misriyyah al-Ammah

Ibn cAbidīn. 1966. Hasyiyyah radd al-mukhtar.

Qāherah: Maktabah cĪsā al-Bābī al

-Halabī.

Ibn Hazm al-Zāhirī. cAlī ibn Ahmad ibn Sacid. 1952. Al-Mahalli. Qāherah: Maktabah al-Munīriyyah.

Ibn Katsir. 1999. Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim, (Beirut: Dar Thayyibah, 1999).

Ibn Khaldun, Abd al-Rahman.

1405M.Muqaddimah Beirut:Dar al -Kutub al-Arab

Ibn Manzur, Muhammad b. Jalal al-Din.

1967. Lisan al-‘Arab. Jil. 4. Beirut: Dar al-Fikr. Fikri al-‘Arabi.

Ibn Nujaym, Zain al-cĀbidīnibn Ibrāhīm.

1997. Al-Bahr al-raiq syarh kanz al

-daqaiq. Beirūt: Dār al-Kutb

al-cIlmiyah.

Ibn Taimiyyah, Imam Taqiyuddin Abu Abbas Ahmad 1982. Public Duties in Islam:The Institution of the Hisbah, diterjemah oleh Muhtar Holland, Leicester: Islamic Foundation

Ibn Taymiyyah, Ahmad b. ‘Abd al-Halim

1976. al-Amr bi al-ma‘rūf wa al-nahy ‘an al -munkar, Dar al-Qalam: Beirut

Islamic Council of Europe 1983. A Model of An Islamic Constitution. London: Islamic Council.

Mahdi Zahraa. 1998. Research methods for law

postgraduates overseas students.

Univision: Glasgow.

Mahy ad-Din Sabir.t.th. Kamus Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi.

Mardzelah Makhsin. 2010. Hisbah Sistem Pengawasan Dan Etika Pengurusan Islam Sintok:Penerbit UUM

Mohd.Parid Sheikh Ahmad & Mohd. Azmi Omar.1991. Pengurusan Perniagaan Islam. Kuala Lumpur:Hizbi Sdn. Bhd Muhamad Amin Syahir Ibn ‘Abidin. 1996.

Hasyiyah Ibn ‘Abidin. Jil 3. Mesir: Syarikat Maktabah Wa Matba’ah Mustafa al-Bab al-Halabi.

Muhammad Akram Khan.1982. “Al-Hisba

and the Islamic Economy.”

Lampiran Public Duties in In Islam by Ibn Taimiyah (translated by Mohtar Holland). Leicester: The Islamic Foundation

Rohani Abdul Rahim. 2002. Metodologi Penyelidikan Undang-undang: Satu Tinjauan Kepada Kajian Sosio-Perundangan. Seminar Kemantapan Akademik UKM.

(21)

---2008. Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di Malaysia: satu analisis. Jurnal Syariah. Jil. 16 (Keluaran Khas). pp. 537-554

Teuku Iskandar. 2000. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah al-Zuhaili. 1985. Al- Fiqh Al- Islami Wa Adillatuh, juz. 1, cet. Ke-2, Damsyik: Dar al-Fikr.

Walker, D. 1969. The Scottish Legal System, An Introduction to the Study of Scots Law. Edinburgh: W. Green Yahya Ibn Umar. 1956 "Kitab Al Ahkam

al-Saq". Diedit oleh M. A. Makki, Revista de Instituto Egipcio de Estudios Islamicos. Zainal Abidin Safarwan.t.th. Kamus Besar

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Bagi membolehkan meriam menembak sasaran yang bergerak dengan halaju yang tinggi, sistem ramal an perlu dibangunkan dengan mengambil data daripada radar penjejak

Makna kata yang berubah, tidak akan menyebabkan kesalahpahaman apabila penutur dan pendengar memiliki kemampuan untuk memahami perubahan makna kata tersebut (Yolanda, 2018:

Hubungan antara pertumbuhan aset dengan struktur modal adalah apabila aktiva dalam perusahaan berkurang, maka modal yang dimiliki perusahaan akan berkurang juga.. Begitu

Alhamdulillahirabbil’alamin, puji dan syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan taufikdan Hidayah-Nya kepada penulis sehingga penulis

MENGENALI KEPRI BADI AN.

18 Hal ini didasarkan pada gagasan monoteisme (tauhid) yang tidak hanya bermakna individual personal tapi juga sosial, tidak hanya berdimensi transendental tapi

Pengaruh Penggunaan Jerami Jagung Sebagai Pengganti Rumput Lapangan dalam Ransum Terhadap Kecernaan Bahan Kering, Bahan Organik, dan Protein Kasar Secara In

Parvin (2011) dalam penelitiannya menemukan bahwa komunikasi, kepemimpinan dan kompensasi termasuk dalam faktor-faktor penentu kepuasan kerja karyawan. Pemaparan di