• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 9 PENJADUALAN JANGKAMASA PENDEK - BAB9

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAB 9 PENJADUALAN JANGKAMASA PENDEK - BAB9"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 9

PENJADUALAN JANGKAMASA PENDEK

OBJEKTIF

Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh:

1. Mendefinisikan dan memahami objektif melaksanakan penjadualan jangkamasa pendek.

2. Menjelaskan tentang penjadualan ke hadapan dan penjadualan ke belakang.

3. Menerangkan tentang konsep dan teknik pemuatan kerja di pusat kerja. 4. Mengaplikasikan kaedah penentuan untuk meminimumkan kos operasi. 5. Mengaplikasikan kaedah rangkaian tugas bagi meningkatkan kecekapan

operasi dan meminimumkan kos.

6. Mengaplikasikan kaedah rangkaian tugas N pada dua mesin: Peraturan Johnson.

PENDAHULUAN

Penjadualan jangka pendek adalah amat penting bagi semua organisasi sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam. Penjadualan melibatkan pelbagai peringkat penjadualan seperti aktiviti pekerja, penggunaan mesin, urutan kerja serta koordinasi pengawalan dan penyelenggaraan peralatan. Penjualan yang baik membantu organisasi untuk mengesan sejauh manakah sesuatu projek dapat beroperasi dengan sempurna atau menghadapi masalah yang mungkin wujud. Penjadualan jangka pendek juga digunakan untuk menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang wujud secara tiba-tiba dan memerlukan tindakan yang cepat dan tepat.

OBJEKTIF PENJADUALAN JANGKA PENDEK

Terdapat beberapa objektif utama dalam kadeah penjadualan jangka pendek ini yang dianggap penting kepada organisasi. Antaranya ialah:

1. Menetapkan tarikh tamat pesanan pelanggan 2. Meminimumkan kelambatan kerja

3. Meminimumkan masa untuk melakukan maklumbalas 4. Meminimumkan masa untuk penyempurnaan

5. Meminimumkan kerja lebih masa

6. Meminimumkan masa kelekaan di tempat kerja 7. Meminimumkan masa dalam sistem

8. Memaksimakan penggunaan tenaga buruh dan mesin

(2)

1. Penjadualan yang berkesan dapat membantu syarikat menggunakan aset dengan lebih berkesan dan mampu menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi dengan kos pengeluaran yang lebih rendah.

2. Penjadualan dapat membantu penambahan kapasiti dan hubungan kebolehubahan yang tinggi yang akan menghasilkan penghantaran produk yang lebih pantas dan cekap, maka mutu perkhidmatan pelanggan akan menjadi lebih baik.

3. Penjadualan yang terancang merupakan kesempatan yang baik dalam persaingan kerana ia menyumbangkan kepada kepercayaan dalam proses penghantaran.

ISU-ISU PENJADUALAN JANGKA PENDEK

Dalam peringkat perancangan agregat, keputusan dibuat berpandukan keperluan pada penggunaan kemudahan, aset, jumlah penduduk dan kontraktor. Seterusnya pada peringkat penjadualan akan mengambil alih perancangan agregat dan melakukan penjadualan secara keseluruhan output. Penjadualan ini akan digunakan untuk menterjemahkan keputusan kapasiti, pelan sementara serta penjadualan utama kepada satu siri tugas yang spesifik untuk personal, bahan-bahan mentah dan peralatan.

Sebelum penjadualan dibangunkan syarikat perlu menetapkan sama ada ingin melaksanakan penjadualan kehadapan ataupun penjadualan kebelakang. Kedua-dua jenis penjadualan ini mempunyai impak-impak tertentu kepada operasi syarikat. Selain itu, pengurus operasi perlu juga menentukan kriteria-kriteria yang difokuskan dalam penjadualan. Antara kriteria penjadualan yang selalu ditekankan adalah meminimakan masa operasi, memaksimakan penggunaan fasiliti, meminimakan masa tunggu pelanggan dan sebagainya.

PENJADUALAN KE HADAPAN DAN KE BELAKANG

Penjadualan sebenarnya melibatkan penetapan tarikh akhir bagi setiap tugas, tetapi banyak tugas melibatkan persaingan secara serentak untuk sumber yang sama. Bagi mengatasi masalah ini, teknik penjadualan boleh dikategorikan kepada dua bahagian:

1. Penjadualan Ke Hadapan (Forward Scheduling)

Penjadualan kehadapan dilakukan apabila satu keperluan barangan bagi menjalankan tugas telah dikenalpasti. Kaedah ini digunakan dipelbagai organisasi termasuk di hospital, kilang, restoran, hotel dan sebagainya. Pada kebiasaannya tugas bergantung kepada pelanggan dan pelanggan pula mengharapkan panghantaran barang dapat dilakukan secepat mungkin. Penjadualan kehadapan ini dapat membantu organisasi dalam inventori kerja dalam proses.

2. Penjadualan Ke Belakang (Backward Scheduling)

(3)

pelbagai persekitaran termasuk dalam sektor perkhidmatan seperti katering dan jamuan banquet.

PEMUATAN KERJA DI PUSAT KERJA

Pemuatan merujuk kepada pembahagian kerja ke pusat pemprosesan atau tempat kerja. Pemuatan dalam pusat kerja terdapat dalam dua bentuk. Pertama, pusat kerja yang berorientasikan kapasiti manakala yang kedua ialah membahagikan kerja yang spesifik kepada pusat kerja.

Teknik kawalan input-output (Input-output Control) akan digunakan untuk memulakan kerja pemuatan atau memeriksa dari perspektif kapasiti. Seterusnya, dua pendekatan akan digunakan untuk melaksanakan kerja ini. Dua pendekatan ini adalah Carta Gantt (Gantt Chart) dan Kaedah Penugasan (Assignment Method).

1. Kawalan Input-output (Input -Output Control)

Kaedah ini digunakan untuk mengawal input dan output dalam proses pembuatan. Kebanyakkan syarikat akan mengalami masalah penjadualan kerana proses pengeluaran selalunya membuat kerja yang melebihi beban. Ini menyebabkan syarikat tidak mengetahui perlaksanaan sebenar di pusat kerja. Penjadualan yang berkesan bergantung kepada penyesuaian antara jadual dan keupayaan pusat kerja. Jadi, pengurus operasi perlu mengetahui tentang kapasiti dan pelaksanaan kerja.

Kawalan input-ouput boleh memonitor input dan output dari pusat kerja masing-masing serta mengawal aliran kerja yang dilakukan. Seterusnya, ia boleh membantu syarikat untuk mengatasi masalah terlebih muatan (overloaded) dan terkurang muatan (underloaded). Berdasarkan analisis ini, output di pusat kerja akan diperiksa dan perbandingan antara output sebenar dan output yang dirancang akan dilakukan. Menggunakan cara ini dalam persekitaran “job shop”, perlaksanaan kerja oleh pusat kerja yang berlainan adalah saling berkaitan dan akan mengakibatkan kesilapan dalam membuat kesimpulan mengenai punca masalah.

2. Carta Gantt

Carta Gantt merupakan sejenis alat penjadualan yang digunakan secara meluas dalam operasi pembuatan. Ia telah direka oleh Henry Gantt pada sekitar tahun 1800an. Carta Gantt digunakan untuk membuat pemerhatian terhadap sumber-sumber yang digunakan dalam pusat kerja (work center).

(4)

Day Work

Center

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday

Metalworks Job 349

Mechanical Job 408

Electronics Job 408 Job 349

Painting Job 408 Job 349

3. Kaedah Penentuan (Assignment Method)

Kaedah Penentuan digunakan untuk mengagihkan kerja atau tugas kepada sumber-sumber. Sebagai contoh, mengagihkan sesuatu kerja atau tugas kepada sesebuah jentera atau pekerja. Objektif kaedah ini adalah untuk menjimatkan kos ataupun masa yang diambil untuk menghasilkan sesautu barangan atau perkhidmatan. Perlu diingat bahawa hanya satu tugas atau kerja akan ditugaskan kepada sesuatu jentera ataupun pekerja. Kaedah penentuan menggunakan jadual untuk penyelesaian. Ia merangkumi empat langkah utama. Langkah-langkah untuk menjalankan kaedah penentuan adalah seperti berrikut:

a) Tolakkan nombor yang paling kecil daripada setiap nombor dalam semua baris dan tolakkan nombor yang paling kecil daripada setiap nombor dalam semua lajur.

b) Lukiskan bilangan garisan baris dan lajur yang minimum untuk merangkumi semua sifar yang diperolehi. Jikalau bilangan garisan adalah bersamaan dengan bilangan baris atau bilangan lajur, maka penyelesaian yang optimal telah diperolehi. Manakala jika bilangan garisan yang diperolehi adalah kurang daripada bilangan baris atau lajur, maka langkah ketiga akan dijalankan.

c) Tolakkan nombor yang paling kecil dari setiap nombor yang tidak dirangkumi oleh sebarang garisan, kemudian tambahkan nombor yang sama kepada nombor yang berada dipersilangan dua garisan. Seterusnya kembali ke langkah kedua untuk mencari penyelesaian optimal.

d) Penyelesaian optimal selalunya berada dilokasi sifar dalam jadual.

Contoh 1

Dalam sebuah syarikat penyelidikan, terdapat tiga jenis kerja yang hendak diagihkan kepada pekerja-pekerja sampingannya. Ketiga-tiga kerja tersebut adalah membuat temuduga, menganalisiskan data dan membuat penyelesaian ataupun keputusan. Kerja-kerja tersebut mempunyai kos yang berlainan di antara 3 orang pekerja sampingan, seperti mana yang ditunjukan dalam jadual di bawah:

RAJAH 14.1: Carta Gantt P

Prroocceessssiinngg UUnnsscchheedduulleedd CCeenntteerrnnoottaavvaaiillaabbllee Job 295

Job 349

(5)

Kerja Pekerja

A B C

Temuduga RM11 RM15 RM5

Analisis Data RM7 RM10 RM12 Membuat Keputusan RM9 RM13 RM6

Penyelesaian:

1. Tolakkan nombor yang paling kecil daripada setiap baris dengan setiap nombor di dalam baris masing2. (nombor terkecil pada baris pertama adalah 5, baris ke-2 adalah 7 dan ketiga adalah 6).

6 (11- 5) 10 0 0 3 (10- 7) 5

3 7 0 (6-6)

2. Dengan menggunakan hasil di atas, tolakkan nombor yang terkecil di setiap lanjur dengan setiap nombor di dalam lajur masing2.( Nombor terkecil pada lajur pertama adalah 0, lajur ke-2 adalah 3 dan ke-3 adalah 0).

6 (6 – 0) 7 0 0 0 5 (5 -0) 3 4 (7 -3) 0

3. Lukiskan garisan yang minimum yang merangkumi semua sifar (sama ada menegak atau melintang). Maka 2 garisan dihasilkan:

6 7 0 0 0 5 3 4 0

Disebabkan bilangan garisan tidak sama dengan bilangan baris atau lajur, maka langkah berikut perlu dilakukan.

1. Tolakkan nombor paling kecil di antara semua nombor yang tidak dilalui oleh garisan yang dibuat. Tambahkan nombor tersebut pada nombor dimana garis itu bersilang.

3 (6 -3) 4 (7-3) 0 0 0 8 (5 + 3)

0 1 0 2. Sambungkan semua sifar dengan garisan yang minimum.

3 4 0

0 0 8

0 1 0

(6)

RANGKAIAN TUGAS DALAM PUSAT KERJA

Penjujukan (sequencing) adalah satu kaedah mengkhususkan pesanan yang patut dibuat di setiap pusat kerja. Kaedah ini membantu pekerja menentukan pesanan yang manakah perlu diproses terlebih dahulu jika terdapat banyak jenis kerja yang perlu diproses dalam satu masa. Bagi mengatasi masalah ini, peraturan-peraturan keutamaan perlu dirujuk sebagai garis panduan kepada rangkaian tugas yang septatutnya dijalankan. Tujuan peraturan keutamaan adalah untuk meminimumkan masa penyiapan, bilangan tugas dalam sistem dan kelambatan tugas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaksimumkan tahap penggunaan (utilization).

Kaedah-kaedah merujuk kepada peraturan keutamaan yang sering digunakan adalah berikut:

First come, first served (FCFS): tugas yang sampai dahulu di pusat kerja akan diproses dulu.

Shortest processing time (SPT): tugas yang mempunyai jangkamasa terpendek diproses dan disiapkan dahulu.

Earliest due date (EDD): tugas yang mempunyai tarikh akhir terawal dipilih dulu.

Longset processing time (LPT): tugas yang mempunyai jangkamasa panjang dan terbesar, biasanya sangat penting dipilih dahulu.

Variasi atas peraturan EDD termasuklah minimum slack (SLACK) dan smallest critical ratio (CR). SLACK menimbang baki kerja (work remaining) untuk menjalankan tugas selain baki masa (time remaining) sehingga tarikh akhir untuk menjalankan tugas tersebut. SLACK boleh dicari dengan menggunakan formula berikut:

SLACK = (tarikh akhir – tarikh hari ini) – (baki masa memproses)

Kritikal Nisbah (Critical Ratio)

Peraturan rangkaian yang lain ialah kritikal nisbah. Kritikal nisbah (NK) ialah satu nombor indeks dan dikira dengan cara membahagikan baki masa sehingga tarikh akhir dengan baki masa kerja. Kritikal nisbah lebih baik daripada FCFS, SPT, EDD atu LPT untuk menunjukkan kriteria kelambatan tugas purata. Kritikal nisbah adalah dinamik dan senang dikemaskinikan.

baki masa tarikh akhir - tarikh hari ini Kritikal nisbah =

baki masa kerja = baki masa kerja

Terdapat tiga situasi untuk menganalisis kritikal nisbah, iaitu:

• Jika KN > 1: Pada masa itu, tugas adalah di hadapan penjadualan • Jika KN< 1 : Pada masa itu, tugas adalah di belakang penjadualan • Jika KN = 1 : Pada masa itu, tugas tepat sekali atas penjadualan

Contoh 2

(7)

Tugas Masa Proses (Hari) Tarikh hantar

Tentukan rangkaian tugas yang terbaik untuk diproses dengan menggunakan FCFS, SPT, EDD, LPT, minimum Slack dan Kritikal nisbah.

Penyelesaian

a) FCFS, rangkaian tugas A-B-C-D-E

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

Aliran Masa Tarikh akhir Kelambatan Tugas

b) SPT, rangkaian tugas: C-A-E-D-B

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

Aliran Masa Tarikh akhir Kelambatan Tugas

c) EDD,rangkaian tugas: C-E-A-D-B

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

(8)

d) LTP, rangkaian tugas: B-D-E-A-C

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

Aliran Masa Tarikh akhir Kelambatan Tugas

B 10 10 15 0 D 6 18 12 6 E 6 24 8 16 A 5 29 10 19 C 2 31 5 26

31 112 67

e) SLACK menunjukkan rangkaian tugas dengan minimum slack. Slack untuk setiap tugas dikira seperti berikut:

Tugas A (10 -1) – 5 = 4 Tugas B (15 – 1) – 10 = 4 Tugas C (5 -1) – 2 = 2

Tugas D (12 – 1) – 8 = 3 Tugas E (8 – 1) – 6 = 1

Rangkaian tugas: E-C-D-A-B

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

Aliran Masa Tarikh akhir Kelambatan Tugas

E 6 6 8 0 C 2 8 5 3 D 8 16 12 4 A 5 21 10 11 B 10 31 15 16

31 82 34

f) CR (kritikal nisbah) merangkaikan tugas dengan smallest critical ratio, dikira seperti:

(9)

Rangkaian tugas: E-D-B-A-C

Rangkaian Tugas

Masa Memproses

Aliran Masa Tarikh akhir Kelambatan Tugas

E 6 6 8 0 D 8 14 12 2 B 10 24 15 9 A 5 29 10 19 C 2 31 5 26

31 104 56

Ringkasan:

Bagi menganalisis rangkaian tugas yang telah ditentukan, terdapat empat aspek yang perlu dinilai iaitu purata masa memproses, penggunaan, purata bilangan tugas dalam sistem dan purata kelambatan. Formula-formula berikut akan digunakan:

Jumlah keseluruhan aliran masa Purata masa memproses =

Jumlah kerja

Jumlah masa pemprosesan kerja Penggunaan = x 100

Jumlah keseluruhan aliran masa

Jumlah keseluruhan aliran masa Purata jumlah kerja dalam sistem =

Jumlah masa pemprosesan kerja

Jumlah kelambatan (hari) Purata kelambatan =

Jumlah kerja

Analisis:

Peraturan Purata Masa memproses

(hari)

Penggunaan (%)

Bil. Tugas Dalam Sistem

Purata

Purata Kelambatan

FCFS 18.60 33.3 3* 9.6

SPT 14.80* 41.9* 3* 6.0

EDD 15.00 41.3 3* 5.6* LPT 22.40 27.7 3.6 13.4

SLACK 16.40 37.8 4 11.2

CR 20.80 29.8 4 6.0

(10)

RANGKAIAN TUGAS N PADA DUA MESIN : PERATURAN JOHNSON

Teknik ini digunakan untuk menghasilkan satu tangkaian optimum untuk sebarang tugas akan melalui dua mesin atau proses yang berlainan dalam pesanan yang sama. (N bermakna 2 atau lebih tugas). Peraturan Johnson adalah cara yang paling pantas untuk memproses satu siri tugas melalui 2 mesin yang setiap tugas diikuti rangkaian yang sama

disenaraikan dan masa setiap menuntut atas satu mesin

gas itu pada akhir. Mengikat dalam

akan langkah 2 dan 3 kepada baki tugas, kerja terhadap pusat penjadualan.

ngkan masa penyiapan akhir untuk set tugas ini dan masa kosongnya pada tiap mesin.

pada kedua-duanya. Peraturan Johnson mempunyai empat langkah seperti berikut: 1. Semua tugas hendaklah

hendaklah ditunjukkan.

2. Tugas dengan masa terpendek akan dipilih. Jika masa terpendek diletak pada mesin yang pertama, tugas itu dirangkaikan dahulu. Jika masa terpendek diletakkan pada mesin ke 2, menjadualkan tu

masa aktiviti boleh berpecah secara arbitrari. 3. Setelah tugas telah dijadualkan, menghadkannya. 4. Gun

Contoh 3

Bengkel kerja Ahmad mempunyai 5 tugas yang mesti dilicinkan dengan kertas pasir pada mesin 1 dan kemudiannya dicat pula di mesin 2. Berikut adalah masa pemprosesan, tentukan rangkaian yang akan membenarkan 1 set kepada 5 tugas dapat disiapkan secepat mungkin. Hitu

se

Tugas Pusat mesin 1 Pusat mesin 2

A 6 8 B 11 6 C 7 3 D 9 7 E 5 10

Penyelesaian:

Masa memproses terkecil adalah 3 jam, berlaku pada mesin 2 untuk tugas C. Oleh itu, kita meletakkan tugas C sedekat di hujung rangkaian yang mungkin. Tugas C sekarang

lah dikecualikan dari senarai tugas itu.

C te

Masa memproses terkecil berikutnya adalah 5 jam pada mesin 1 untuk tugas E. Oleh itu tugas E akan diletakkan sedekat dipermulaan rangkaian yang mungkin. Tugas E dikecualikan dari senarai tugas itu.

E C

Masa memproses terkecil berikutnya ialah 6 jam. Ia berlaku pada pusat mesin 1 untuk tugas A dan pada mesin 2 untuk tugas B. Oleh itu, tugas A boleh diletakkan sedekat mungkin dipermulaan rangkaian dan tugas B sedekat hujung mungkin dalam rangkaian.

(11)

E A B C

Tugas yang tertinggal adalah tugas D. Ia diletakkan dalam siri yang tersedia sahaja iaitu i tengah-tengah rangkaian.

E A D B C d

Rangkaian masa adalah seperti berikut:

Pusat Mesin 1 5 6 9 11 7 Pusat Mesin 2 10 8 7 6 3

asa tentang tugas ini adalah paling baik ditunjukkan dengan enggunakan garf.

M

E A D

Aliran peringkat m m

asa

Pusat Mesin 1 B C

0 5 11 20 31 38

Pusat Mesin 2 E A D B C Masa

a 1 jam selepas penyiapan tugas D dan tunggu selama 1 jam selepas penyiapan tugas B.

LATIHAN BAB 9

Demikian kelima-lima tugas ini disiapkan dalam 41 jam. Pusat mesin 2 akan tunggu selama 5 jam untuk pertamanya. Ia juga akan tunggu selam

0 5 15 23 30 37 41

1. Berikan 5 objektif penjadualan jangkamasa pendek dalam pengurusan operasi yang berkesan.

dualan ke hadapan dengan penjadualan ke belakang. Berikan contoh yang sesuai.

skan kerja kepada pekerja supaya syarikat dapat meminimumkan kos operasinya.

2. Bezakan antara penja

3. Data-data di bawah adalah berkenaan dengan operasi Syarikat Bulan Cerah. Ia menunjukkan kos yang terlibat jika syarikat penugaskan kerja-kerja kepada pekerja. Dengan menggunakan teknik yang sesuai, tuga

Kerja Pekerja

Bambang Ah Tuck Manjit Hartono Mengecat RM8 RM6 RM2 RM4 Memotong RM6 RM7 RM11 RM10

Membentuk RM3 RM5 RM7 RM6

(12)

4. Kerja-kerja di bawah sedang menunggu untuk di proses dalam satu pusat kerja. Kerja Masa Kerja (hari) Tarikh hantar (hari)

A 14 20 B 10 16 C 7 15 D 6 17 Jujukkan kerja-kerja dengan kaedah (1)FCFS, (2) SPT, (3)EDD dan (4)LPT.

Manakah kaedah yang terbaik?

asa pemproses k setiap pusat erti di dala ah: 5. Sebuah syarikat pencetakan sedang menganalisis sate set kerja yang terdiri dari 7

kerja. Set kerja ini mesti melalui 2 pusat kerja iaitu printing dan binding. M an untu kerja adalah sep m jadual di baw Kerja Printing (jam) Binding (jam)

T 15 3 U 7 9 V 4 10 W 7 6

X 10 9 Y 4 5 Z 7 8 a) Apakah susunan optimal untuk menjadualkan kerja-kerja ini?

b) Tunjukkan susunan kerja dalam dua pusat kerja ini secara grafik

Referensi

Dokumen terkait

Apabila bilangan Romawi yang di sebelah kiri lebih kecil daripada yagn sebelah kanannya, maka bilangan yang disebelah kanan dikurangi dengan bilangan yang di sebelah kirinya...

Matriks adalah susunan bilangan-bilangan yang diatur dalam baris dan kolom berebentuk persegi panjang.. 10 = elemen baris ketiga

Setiap garis dalam H memiliki titik ujung yang sama dengan garis.. tersebut

(Gunakan hanya angka-angka ganjil saja untuk menyusun semua bilangan yang terdiri atas tiga angka. Tentukan jumlah semua bilangan dimaksud.).. 3. Setiap lingkaran kecil

Pada step 3, dilakukan pembacaan isi tabel 2D dari baris yang paling rendah sampai ke baris yang paling tinggi, menjumlahkan semua kemungkinan kombinasi yang dapat dilakukan baik

Untuk setiap kasus uji, keluarkan satu baris berisi sebuah bilangan bulat, banyak langkah minimum yang diperlukan Pak Chanek.. Iri Itu

Penjumlahan pada bilangan yang bernilai kecil dapat dilakukan dengan bantuan garis bilangan. Namun, untuk bilangan-bilangan yang bernilai besar, hal itu tidak dapat dilakukan.

Jumlah omisi X = jumlah semua objek bukan X pada baris X Jumlah komisi X = jumlah semua objek bukan X pada lajur X Hasil interpretasi yang di uji ketelitian adalah variabel