• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengadilan Moral dalam agama Sejarah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengadilan Moral dalam agama Sejarah"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN.

Apakah itu pengadilan moral ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan

pengadilan itu berasal daripada kata dasar ‘adil’ yang bererti menyebelahi pihak yang benar

tetapi bukan berdasarkan kepada sesuatu perkara, seseorang, tindakan, undang-undang mahupun

keputusan. Perlu meletakkan sesuatu perkara ditempat yang betul serta menepati hak seseorang

atau menepati sesuatu perkara yang ingin dibincangkan. Ia juga membawa maksud tidak

menyebelahi mana-mana pihak dan tidak berat sebelah serta mengadili sesuatu perkara dengan

saksama dan menentukan atau memutuskan lalu menjatuhkan hukuman dengan adil. Pengadilan

pula dapat disimpulkan ertinya iaitu perihal mengadili perbicaraan ataupun sesuatu perkara yang

ingin ditentukan betul dan salahnya serta membuat keputusan oleh seseorang. Manakala moral

pula membawa maksud ajaran atau pegangan tentang baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau

cara berkelakuan yang diukur dari segi baik dan buruk sesuatu akhlak dan seringkali terdapat

unsur dogeng sebagai saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak yang baik. Ia juga berkaitan

dengan perkara yang betul dan adil serta kata-kata yang mengakui kebenaran atau menyokong

seseorang atau sesuatu pihak dan bukannya bersifat kebendaan semata-mata.1

Sekarang mari kita lihat definisi pengadilan moral daripada pandangan sarjana barat dan

tempatan. Bagi sarjana tempatan iaitu Qasim Ahmad, beliau menyatakan pengadilan moral ialah

perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian terhadap sesuatu peristiwa atau

kepada seorang pelaku dalam sejarah. Misalnya di dalam penulisan seorang ahli sejarah yang

menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu

mundur,sistem politik ini progresif dan sebagainya. Pendeknya si penulis tersebut telah

(2)

'menghukum dan menilai'.2 Bagi pandangan Abdul Rahman pula, pengadilan moral dapat dikesan

apabila seseorang sejarawan dengan senjaga atau tidak sengaja menjatuhkan, menghukum dan

menilai sesuatu. Hal ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji,

mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan

sebagainya.3Bagi pandangan sejarawan Barat pula iaitu Adrian Oldfield dengan menyatakan

bahawa lazimnya pengadilan moral dibuat dalam bahasa yang memuji atau mempersalahkan

seseorang atau sesuatu perkara dengan berpandukan ukuran baik dan buruk.4 Hal ini dalam

penulisan sejarah kita boleh lihat sejarawan telah menilai dan menjatuhkan hukuman moral

keatas nilai-nilai "baik buruk" sejagat.

Melalui penulisan ini, kita akan membincangkan tentang sebab-sebab mengapa wujudnya

penentangan dalam kalangan para sarjana terhadap menjatuhkan pengadilan moral dalam sejarah

walaupun terdapat sarjana yang menyokong pengadilan moral. Berikut merupakan sarjana yang

menolak pengadilan moral iaitu antaranya ialah Thucydides, Leopold Von Ranke, Benedetto

Groce, Herbert Butterfield dan G.K. Kitson Clark. Perkara utama mengapa sarjana-sarjana ini

menolak pengadilan moral adalah kerana ianya boleh menimbulkan berbagai jenis masalah dan

kerumitan yang sedikit sebanyak boleh menggugat kewibawaan penulisan sejarah.5 Perbezaan

pandangan ini membuatkan pengkaji ingin tahu apakah alasan pihak yang menolak pengadilan

moral ini.

2.0 FAKTOR PENENTANGAN SARJANA TERHADAP PENGADILAN MORAL. 2 Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 36.

3 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 1994, hlm. 113-114.

4 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 90.

(3)

2.1 PENGADILAN MORAL BERTENTANGAN DENGAN KONSEP OBJEKTIVITI.

Konsep objektiviti merupakan konsep yang dibawa oleh Leopold Von Ranke. Beliau

merupakan seorang sejarawan Jerman yang berperanan dalam perkembangan pensejarahan

moden di Barat pada pertengahan kurun ke sembilan belas dan menjadi penentang kepada

kehadiran pengadilan moral dalam sesebuah penulisan sejarah. Hal ini kerana pada kurun

tersebut, sejarah dianggap satu bidang pengajian yang mempunyai disiplin yang tersendiri.

Ranke telah banyak memberi sumbangan kepada pengajian sejarah dalam bentuk pemikiran

sejarah yang kritis sehingga beliau dianggap sebagai perintis kepada perkembangan kepada ilmu

sejarah pada zaman tersebut

Menurut Ranke, pengajian sejarah perlu dipaparkan secara jelas mengenai

kejadian-kejadian lalu sebagaimana ia benar-benar berlaku atau istilah yang selalu diguna pakai ialah wie

es eigentlich gewesen.6 Hal ini adalah kerana Ranke berpegang teguh kepada teori Historicism

iaitu sesuatu kajian ke atas sesuatu peristiwa harus dikaji seperti yang telah berlaku pada masa

lalu dan bukannya dengan membuat penilaian atau pengukuran terhadap masa lalu dengan

menggunakan nilai-nilai masa kini.

Tegas beliau sejarah seharusnya berlandaskan bukti dan bukan kepada daya imaginasi

yang sewenang-wenang sebagaimana yang dilakukan oleh penulis-penulis sastera seperti Walter

Scott. Di samping itu, unsur pengadilan moral harus diketepikan, kerana ia akan membuka

peluang untuk kemasukan unsur berat sebelah atau prasangka sezaman.7 Hal ini telah

menyebabkan penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai. Ranke merupakan sejarawan yang

bersikap kritis dalam menghasilkan penulisan sejarahnya. Bagi mencapai sejarah yang objektif,

Ranke telah menekankan penggunaan konsep quellenkritik secara amnya merupakan suatu kajian

6 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 120.

(4)

kritis terhadap sumber-sumber sejarah.8 Melalui pendekatan yang telah diketengahkan oleh

Ranke, maka kebenaran sejarah dapat ditentukan dengan menjalankan penyelidikan terhadap

sumber arkib yang berkaitan sejarah atau peristiwa yang dikaji. Kritikan sumber ini bertujuan

untuk menolak apa yang tidak benar dan menerima apa yang benar.

2. 2 PENGADILAN MORAL MENGASINGKAN RUANG INTELEK SEJARAH.

Manusia secara lumrahnya mempunyai hati dan perasaan yang sukar digambarkan oleh

seseorang. Segala bentuk pendirian yang ditentukan seringkali dipengaruhi oleh persekitaran dan

situasi di sekeliling mereka. Menurut Butterfield di dalam rencananya yang bertajuk “Moral

Judgment in History” beliau menyatakan bahawa tugas untuk mengendalikan pengadilan moral

boleh menimbulkan pelbagai jenis kerumitan. Hal ini kerana ketidakupayaan para ahli sejarah

untuk menilai dari segi moral semua tindakan manusia, Selain itu, ahli sejarah berkemungkinan

untuk membuat pengadilan moral secara sekali sekala yang berupa “setengah masak” atau

“palsu” di mana ianya akan menjadi alat untuk mendedahkan kesalahan lawan dan menutup

kesalahan kawan.9

Pengasingan ruang intelek sejarah ini yang disebabkan oleh pengadilan moral telah

memisahkan disiplin-disiplin sejarah dalam diri para sejarawan. Sejarah yang ditulis merupakan

sejarah yang dipenuhi dengan unsur-unsur yang ditokok tambah. Perkara ini bertepatan dengan

kata-kata Butterfield di mana ahli sejarah tidak berupaya untuk menembusi ke peringkat lubuk

pemikiran atau hati seseorang pelaku sejarah. Ianya juga boleh didefinisikan tempat

pembentukan akhir niat atau garis tanggungjawab itu. Di samping itu, pengadilan moral adalah

tidak bersangkut paut kepada penyiasatan sejarah dan asing kepada ruang intelek sejarah

8 Frizt Stern, The Varieties of History, Macmillan, London, 1970, hlm. 54.

(5)

sainstifik.10 Oleh yang demikian, manusia mempunyai kelemahan-kelemahan di mana kelemahan

ini seharusnya tidak diambil dalam bidang sejarah. Sebagai contoh, pengadilan moral itu sendiri.

Kita boleh lihat apabila ahli sejarah menulis tentang sesuatu peristiwa yang dipengaruhi oleh

persekitaran, maka hilanglah inteleknya sebagai sebuah karya sejarah. Contohnya Ranke sendiri

yang dikatakan menulis sejarah Jerman seringkali memuji sistem beraja sewaktu berlakunya

revolusi menentang raja di Eropah. Hal ini kerana Ranke dipengaruhi oleh kebaikan-kebaikan

raja di mana raja Jerman membenarkan beliau menggunakan segala kemudahan seperti arkib

istana dan Ranke selalu melihat jasa raja dalam membantu rakyat. Walaupun Ranke melakukan

kesilapan yang sedikit dalam penulisannya namun beliau tetap seorang bapa pensejarahan moden

kerana beliau merupakan tokoh yang berwibawa dalam menentang pengadilan moral.

Tambahan lagi, Butterfield menegaskan tugas para ahli sejarah ialah menceritakan

peristiwa dalam sejarah itu sejelas mungkin. Bagi Butterfield, sesiapa yang membaca kisah itu,

semestinya mempunyai perasaan kemanusiaan dan nilai peraturan serta etika, maka dengan

sendirinya pembaca akan menghukum jahat, bagi sesiapa yang patut dihukum jahat. Sebaliknya,

kalau pembaca memang tidak mempunyai kehalusan perasaan, maka sebanyak manapun

penilaian dan penganalisaan moral yang diutarakan , tidak mungkin akan mengusik hatinya.

Butterfield telah meletakkan sepenuhnya tanggungjawab untuk mengadili atau menghukum

sesebuah karya sejarah di atas bahu pembaca dan bukannya sejarawan.11 Hal ini kerana beliau

berasa risau sekiranya pengadilan moral dijatuhkan oleh ahli sejarah maka secara tidak langsung

ianya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Penulisan sejarah yang mengadungi pengadilan moral ini menurut Butterfield lagi adalah

sejarah yang bersifat berat sebelah. Perkara ini telah berperanan dalam mencetuskan

10 Ibid, hlm. 92.

(6)

pertelingkahan kebangsaan dalam zaman tersebut. Sebagai contoh mudah di Malaysia, golongan

berhaluan kanan seperti United Malays National Organisation, Malaysian Indian Congress dan

Malaysian Chinese Association mengutuk golongan berhaluan kiri seperti Parti Islam

Se-Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat serta sebaliknya. Dengan kemasukan pengadilan moral

menurut Butterfield akan membuka peluang bagi pihak-pihak ini untuk cuba mendedahkan

kesalahan-kesalahan lawan secara sewenang-wenangnya.12 Beliau turut menegaskan apabila

pengadilan moral diserapkan dalam penulisan sejarah maka pensejarahan tersebut telah hilang

inteleknya.13

Penentangan Butterfield terhadap pengadilan moral ini mendapat kritikan daripada

beberapa sarjana, salah satunya ialah Qasim Ahmad. Dalam bukunya Karya Sejarah , Qasim

menyatakan pendirian Butterfield dalam keadilan adalah begitu rapi sehingga beliau membuat

kesilapan dengan menyerahkan tugas mengadili kepada pembaca sahaja. Qasim Ahmad

berpendapat, penilaian tidak terbatas kepada si pembaca sahaja walaupun terdapat pembaca yang

arif namun penilaian juga harus diberikan kepada ahli sejarawan tetapi menilai keadilan menurut

ukuran lahiriah, setakat yang mampu dibuat oleh manusia.14

Berdasarkan kenyataan Butterfield, mungkin beliau seorang individu yang inginkan

sejarah itu diperlakukan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pengadilan moral kerana tidak mahu

melihat ahli sejarah dilabelkan sebagai pencetus kepada kekacauan, pergaduhan, penindasan, dan

sebagainya terhadap si pelaku di dalam sejarah.

2.3 PENGADILAN MORAL MENCETUSKAN PENILAIAN NEGATIF.

12 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 92.

13 Leonard Krieger, Ranke : The Meaning of History, London : University of Chicago Press, 1977, hlm. 4.

(7)

Bagi memperincikan penentangan pengadilan moral ini yang boleh mencetuskan

penilaian negatif dapat dilihat melalui pandangan Benedetto Croce dalam bukunya yang bertajuk

History as the Story of Liberty di mana beliau menyangkal tanggapan bahawa sejarah sebagai

“Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semua sejarah sebagai sulit yang berpunca dari

nafsu-nafsu dan kesilapan-kesilapan manusia, membetulkannya, dan menjatuhkan satu keputusan

muktamad sebagai satu pengadilan sejagat yang membezakan orang yang mulia daripada orang

yang berdosa.15 Berdasarkan kenyataan Croce ini, apa yang dapat dihuraikan oleh beliau sendiri

ialah ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang

bertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah dan kecenderungan para ahli sejarah

untuk memasuki unsur prasangka dalam pengadilan mereka serta kekurangan bukti dan

ketidakmampuan untuk membuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah.16 Dengan

hal ini seringkali ahli sejarah mencetuskan penilaian yang berbagai-bagai yang boleh

menimbulkan tanggapan negatif terhadap sesuatu peristiwa. Bagi Kitson Clark, beliau

berpendapat, sesuatu peristiwa jahat yang berlaku dalam sejarah adalah wajar untuk dicela tetapi

bukan dengan mengutuk si pelaku, dan secara umumnya sejarah memenuhi kepentingan umat

manusia jika lebih baik ahli sejarah cuba untuk memahami dan untuk menjelaskan daripada

mempertikaikan kedudukan terhadap sesuatu penilaian.17

Selain itu, Croce cuba membezakan bagaimana pengadilan moral ini dijatuhkan di

mahkamah dan dalam sejarah. Ini merupakan persoalan yang timbul adakah terdapat perbezaan

dan persamaan dalam sistem pengadilan ? Bagi Croce, mahkamah mengadili seseorang tertuduh

yang masih hidup dan boleh membela diri, serta berpandukan kepada undang-undang yang

diiktiraf umum pada masa itu, manakala sejarah sebaliknya mengadili orang yang sudah

15 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 91.

16 Ibid, hlm. 91.

(8)

meninggal dunia dan oleh itu tidak boleh membela diri, serta menggunakan nilai-nilai yang

barangkali tidak diiktiraf pada zaman orang yang diadili itu.18 Sebagai contoh, Croce

mensifatkan keganjilan terhadap tindakan ahli-ahli sejarah yang mengutuk tindakan Julius

Caesar kerana tokoh itu telah mencabuli kebebasan politik rakyat Rom. Label yang diberikan

Croce terhadap pengadilan seperti ini memperlihatkan “ kejahilan tentang kesedaran sejarah”.

Hal ini adalah kerana ahli sejarah telah menggunakan nilai zaman ini untuk mengadili tindakan

zaman silam.19 Berdasarkan contoh ini, apa yang diperolehi adalah ahli sejarah tidak patut

melakukan pengadilan moral disebabkan ahli sejarah tidak berada pada zaman tersebut dan ahli

sejarah tidak faham akan situasi serta keadaan yang berlaku. Hal ini juga dapat dihuraikan lagi

apabila ahli sejarah tidak mengetahui apakah niat Julius Caesar melakukan tindakan tersebut

yang dianggap baik kepada sesetengah pihak.

Di samping itu, isu ini dikuatkan lagi oleh E.H. Carr dengan kenyataan beliau iaitu

sejarah tidak mungkin ditulis, kecuali setelah ahli sejarah berkenaan dapat mencapai suatu

macam perhubungan dengan pemikiran orang-orang yang mereka sedang tulis. Hal ini adalah

disebabkan ketidakupayaan ahli sejarah mencapai darjat kefahaman imaginatif paling asas

sekalipun tentang apa yang berlegar dalam pemikiran si pelaku sejarah mengenai tindakan

mereka supaya peristiwa itu kelihatan bersifat fitnah dan tidak masuk akal.20 Perkara seperti

inilah yang menyukarkan pengkajian sejarah apatah lagi pengkajian sejarah yang melibatkan

perbezaan dari segi bahasa pertuturan. Perkara ini diluah sendiri oleh Carr iaitu beliau

menghadapi kerumitan dalam menghayati cara pemikiran masyarakat dahulu sebagai contoh

melalui Perang Tiga Puluh Tahun di mana keadilan diberikan kepada mereka yang membunuh

demi mempertahankan negara tetapi dikeji dan salah sekiranya membunuh untuk kepentingan

18 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 91.

19 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 91.

(9)

agama.21 Oleh yang demikian, sekiranya ahli sejarah sendiri menghadapi kesukaran dalam

melakukan pengkajian, adakah patut mereka memberikan pengadilan moral terhadap peristiwa

tersebut ?

2.4 PENGADILAN MORAL BUKAN TUGAS AHLI SEJARAH.

Pengadilan dalam sejarah bukanlah satu teras kepada tugaas ahli sejarah. Menurut Kitson

Clark, beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik jika ahli sejarah cuba memahami dan

menjelaskan sesuatu daripada bertindak sebagai seorang hakim.Bagi Clark, permasalahan moral

seharusnya terpisah daripada sejarah, dan ia menyarankan agar diserahkan sahaja masalah

tersebut kepada golongan lain seperti ahli agama, ahli falsafah atau ahli perundangan. Selain itu,

beliau tidak mahu memasukkan unsur pengadilan moral kerana unsur tersebut bukan sahaja

berhasrat mahu mencari sebuah keadilan malahan juga akan menimbulkan perasaan balas

(10)

dendam. Harapan beliau adalah agar tabiat buruk manusia untuk membalas dendam boleh

dikikiskan sekiranya para ahli sejarah tidak cuba untuk mengutuk orang, tetapi cuba menanam

nilai yang murni agar sesuatu penulisan karya sejarah tidak dipengaruhi dengan perasaan emosi

yang tinggi.22

Clark juga menentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Voltaire selaku individu yang

menyokong pengadilan moral. Kenyataan Voltaire adalah dengan melihat tugas sejarah sebagai “

mengajar kita kewajiban - kewajiban kita dan hak-hak kita. Voltaire juga mahukan sejarah

bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan

mereka yang berdosa. Tindakan Voltaire ini dibidas oleh Clark kerana sikap Voltaire itu akan

menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri masyarakat terhadap pelaku sejarah

tersebut.23 Oleh itu, tugas ahli sejarah adalah menceritakan perkara yang sebenar dan bukan

untuk melagakan mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

2.5 PENGADILAN MORAL MENYUKARKAN PENGKAJIAN.

Kesukaran ahli sejarah dalam melakukan pengkajian di mana sering timbulnya

pengadilan moral apabila merujuk sejarah dalam usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu

yang dilakukan dalam keadaan paksaan. Secara mudahnya, apabila ahli sejarah melakukan

pengkajian terhadap sesuatu peristiwa mereka mempunyai penafsiran yang berbeza mengikut

alternatif yang berlainan yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan.

Perkara ini dapat dilihat melalui karya Lord Acton yang telah mengariskan peristiwa yang

berlaku semasa Perang Dunia Kedua dan berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah

22 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican dan Sons, 1985, hlm. 93.

(11)

kekejaman pemerintahan Nazi merupakan contoh yang terbaik untuk menunjukkan betapa

rumitnya untuk mewujudkan pengadilan moral dalam pensejarahan.Ahli sejarah yang mengkaji

peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu perbahasan hangat berkenaan peranan para pemimpin

Yahudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan Nazi. Melalui kenyataan J.B. Bury

menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para

pemimpin Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui paksaan

dan takutan. Menurut beliau mereka tidak mempunyai kemampuan rohani untuk melakukan

sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaum mereka. Penyataan ini berbeza dengan Arendt

yang menyatakan bahawa para pemimpin Yuhudi telah berkerjasama dengan Nazi untuk

keselamatan diri mereka dalam unit-unit khas yang dipanggil Sonderkommandos.Walaupun

pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian telah bekerjasama dengan Nazi, maka mereka turut

dituduh sebagai bersubahat dengan tentera Nazi dan menyebabkan lebih daripad 6 juta orang

Yahudi telah dibunuh.24

3.0 KESIMPULAN

Sesebuah pengkajian sejarah memerlukan penyelidikan yang menyeluruh terhadap

perkara yang benar-benar berlaku. Permasalahan dan cabaran kekurangan sumber bagi

mendapatkan bukti menyebabkan ahli sejarah menganalisis dan membuat tafsiran melalui sudut

kaca mata mereka sendiri. Perkara ini ada kaitannya dengan sikap semula jadi manusia di

mana ianya akan mempengaruhi bentuk penulisan sejarah apabila mereka melakukan penilaian

terhadap sesuatu peristiwa. Menurut Herbert Butterfield, penghasilan sesuatu ideologi mahupun

penulisan sejarah, sering kali menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penerapan unsur

pengadilan moral dalam sesebuah pensejarahan. Persoalan ini muncul apabila wujudnya

(12)

segelintir golongan sejarawan yang dipengaruhi oleh unsur agama atau ideologi tertentu, tidak

dapat bersikap neutral, sebaliknya akan melibatkan diri atau komited di dalamnya dengan

mangadunkan karya sejarah yang bersifat fakta dgn nilai emosi sejarawan itu sendiri tatkala

merencanakan sesebuah karya sejarah.25

Namun apa yang boleh saya simpulkan disini, pengadilan moral boleh dianggap sebagai

medium kepada masyarakat kerana saya melihat tujuan pengadilan moral ini adalah untuk

memberikan panduan, pengajaran, iktibar dan perlulah dirakamkan dan dipaparkan agar menjadi

panduan yang berguna untuk generasi akan datang. Melalui kuliah yang diberikan oleh Dato

Anbalakan sendiri, pengadilan moral merupakan satu perkara yang tidak boleh diketepikan

dalam sejarah kerana ianya dianggap penting menurut Oldfield, jika pengadilan moral ditolak

dalam suatu penulisan sejarah, maka sejarah tinggal tidak lebih dari sebuah cerita.26

.

4.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1994). Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Universiti Sains Malaysia.

E.H. Carr. (1988). Apakah Sejarah ?. (terj.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Frizt Stern. (1970). The Varieties of History. Macmillan. London.

G.Kitson Clark. (1967). The Critical Historian. London : Heinemann Educational Books Ltd.

Herbert Butterfield. (1951). History and Human relations. London : Collins.

Leonard Krieger. (1977). Ranke : The Meaning of History. London : University of Chicago Press.

25 Herbert Butterfield, History and Human relations, London, 1951, hlm. 104.

(13)

Noresah Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pieter Geyl. (1956). Debates With Historians. London : Cambridge University Press.

Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican dan Sons.

Referensi

Dokumen terkait

Memang harus diakui bahwa dalam film Chicha yang kali ini belum sebanding jika dilihat dari nama Chicha yang sebenarnya.. Mestinya Chicha bukan sekedar main seperti dalam film

Dari analisis yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa konsep dan desain Integrasi Terminal dan Pasar di Kabupaten Polewali Mandar menggabungkan dua fungsi bangunan

Sebagaimana kita ketahui bahwa kekhasan Pendidikan Agama Kristen dan Budi Pekerti membuat Pendidikan Agama Kristen dan Budi Pekerti berbeda dengan mata pelajaran lain,

Dalam menyusun alternatif strategi menggunakan analisa SWOT (Strength, Weakness, Opportunities , Threat) dan Analisa Internal-Eksternal (IE). Dari hasil penelitian,

a) Pembimbing memberikan penanaman kepercayaan kepada klien bahwa semua masalah dan berhasilnya pengobatan adalah kuasa dari Tuhan. Adanya penanaman kepercayaan kepada setiap klien

Természetes tehát, hogy elveszti az ilyen szokások gyakorlatát, és általában olyan tudatlan és ostoba lesz, amilyen emberi lény csak lehet” (Smith, 2011:328–329). Az

Menimbang : bahwa dalam rangka pelaksanaan ketentuan Pasal 62 ayat (5) Peraturan Pemerintah Nomor 19 Tahun 2005 tentang Standar Nasional Pendidikan, perlu ditetapkan

In this research, the students gave pre-test to know their reading comprehension before treatment and post-test after the treatment by THIEVES technique in