1
MEMPERKASAKAN INSTITUSI MASJID
4 FEBRUARI 2011 M / 1 RABIUL AWAL 1432 H
!" # $% & ' ( )
" *+,
# -" . )
!" # $% & ' ( )
!" # $% & ' ( )
" *+,
" *+,
# -" . )
# -" . )
!" # $% & ' ( )
" *+,
# -" . )
////
'0 12
'0 12
'0 12
'0 12
345 6 7 8 " 9 :2%" ; ' ( < =4 :2% >! 7" 0?2 " ? 8
345 6 7 8 " 9 :2%" ; ' ( < =4 :2% >! 7" 0?2 " ? 8
345 6 7 8 " 9 :2%" ; ' ( < =4 :2% >! 7" 0?2 " ? 8
345 6 7 8 " 9 :2%" ; ' ( < =4 :2% >! 7" 0?2 " ? 8
////
" "
'@
A $% 4B 57 '(
" "
" "
'@
'@
A $% 4B 57 '(
A $% 4B 57 '(
" "
'@
A $% 4B 57 '(
'C D B B E C7 F '+ " 0G48
'C D B B E C7 F '+ " 0G48
'C D B B E C7 F '+ " 0G48
'C D B B E C7 F '+ " 0G48
////
Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah SWT dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
melaksanakan segala titah perintahNya serta meninggalkan segala
tegahanNya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kebahagiaan di
dunia dan di akhirat.
Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan khutbah yang
bertajuk: “ Memperkasakan Institusi Masjid ”.
2
Sirah perjuangan Rasulullah SAW telah membuktikan betapa
pentingnya fungsi masjid kepada perkembangan syiar Islam
sehingga menjadi asas pembinaan sebuah negara Islam yang
berdaulat di Madinah Al-Munawwarah. Masjid dijadikan institut
unggul di dalam pembangunan ummah dan menyuburkan ukhuwwah
di kalangan Muhajirin dan Ansar. Masjid bukan sekadar tempat
beribadah, malah sebagai pusat kegiatan keilmuaan yang menjadi
rujukan utama berkaitan hal ehwal agama dan menghimpunkan para
alim ulamak bagi menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat
Islam. Disebabkan itulah, masjid menjadi lambang perpaduan
ummah dan mempunyai martabat yang cukup tinggi di sisi Allah
SWT. Rasulullah SAW telah melakar transformasi yang cukup
berkesan dengan meletakkan asas kekuatan Islam melalui fungsi dan
peranan masjid sehingga lahirlah generasi yang bertaqwa serta
berakhlak mulia.
Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 108:
Bermaksud:
3 Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,
Sehubungan itu, peranan dan fungsi masjid perlu diperkasakan
secara optimum untuk membina kekuatan akidah di kalangan ummah
dan memberi kefahaman yang sebenarnya berkaitan kesyumulan
Islam. Bertepatan peranan masjid sebagai “Intitusi Perubahan
Ummah” dan pusat pemantapan ibadah yang khusus kepada
masyarakat Islam, sewajarnya masjid dijadikan sebagai zon selesa
iaitu bebas daripada pengaruh politik kepartian dan unsur-unsur yang
boleh memecah-belah perpaduan. Selain itu, masjid mampu menjadi
daya penarik khususnya kepada masyarakat non-muslim yang
berjinak-jinak untuk mendekati Islam dan dapat mengikis tanggapan
negatif atau fenomena Islamophobia yang sering diperkatakan sejak
kebelakangan ini.
Ini ditegaskan melalui riwayat Abi Daud daripada hadis Nabi s.a.w :
H I JK % 3%
H I JK % 3%
H I JK % 3%
H I JK % 3%
" !"L :B 6 M NOP$7 0)2 " 42% . :)28 Q ! ,(
" !"L :B 6 M NOP$7 0)2 " 42% . :)28 Q ! ,(
" !"L :B 6 M NOP$7 0)2 " 42% . :)28 Q ! ,(
" !"L :B 6 M NOP$7 0)2 " 42% . :)28 Q ! ,(
R'4S@" T)UP@
R'4S@" T)UP@
R'4S@" T)UP@
R'4S@" T)UP@
////
Bermaksud:
“Daripada Aisyah katanya, Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya
mendirikan masjid-masjid di kawasan penempatan atau
4 Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,
Penyusunan pelbagai aktiviti dan program yang boleh menarik minat
golongan sasar khususnya para remaja hadir ke masjid perlu
dilakukan secara menyeluruh. Program yang melibatkan forum,
ceramah dan tazkirah sempena hari-hari kebesaran Islam seperti
Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan sebagainya perlu
diberi nafas baru agar pelaksanaannya bukan sekadar retorik
semata-mata tetapi biarlah kesannya berpanjangan serta dilihat
mampu memperkasakan peranan masjid itu sendiri. Justeru,
Jawatankuasa masjid, kakitangan dan anak kariah perlu
mengembeleng tenaga untuk melaksanakan setiap program dan
aktiviti secara berkesan demi mengembalikan kegemilangan Islam itu
sendiri.
Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nur ayat 36:
Bermaksud:
“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah Ibadat Yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”
Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,
Pemerkasakan institusi masjid adalah bertitik tolak daripada
5
secara menyeluruh dengan mentauhidkan Allah SWT. Justeru
pendekatan dakwah dan tarbiyah yang berlandaskan agama perlu
bagi mentransformasikan masyarakat ke mercu kegemilangan. Di
negara kita yang tercinta ini, pelbagai kemudahan disediakan pihak
kerajaan bagi menjamin keselesaan masyarakat Islam dengan
terbinanya masjid, surau dan tempat-tempat ibadah yang
bersesuaian. Pembangunan institut masjid menjadi agen terpenting
ke arah mewujudkan masjid sebagai Pusat aktiviti utama (one stop
centre) kepada masyarakat Islam seluruhnya seperti penubuhan
koperasi muslim yang mampu menjana ekonomi masyarakat Islam
terutama dalam bidang keberhasilan produk halal di samping
mengetengahkan inovasi Islam.
Selain itu, masjid dilihat sebagai pusat komuniti sosial dalam
berhadapan dengan masalah-masalah setempat sama ada
kekeluargaan atau kejiranan dengan menyediakan perkhidmatan
kaunseling percuma bagi membendung gejala-gejala tidak sihat dan
negatif. Pusat riadah yang bersesuaian juga boleh dibangunkan di
dalam kawasan masjid bagi menarik minat golongan muda terlibat di
dalam aktiviti yang dianjurkan. Pihak-pihak berkuasa tempatan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga dialu-alukan untuk
mengadakan seminar dan kempen yang berkaitan contohnya
keselamatan jalan raya, pencegahan jenayah, pemeriksaan
kesihatan dan sebagainya yang difikirkan bermanfaat khususnya
kepada umat Islam. Konsep masjid sentiasa di hati sepatutnya
menjadikan masjid sebagai satu-satunya tempat yang mesti
6
tersergam indah sepi tanpa kunjungan. Marilah kita memperkasakan
semula institusi masjid supaya kembali bersinar sepertimana yang
pernah dilaksanakan di zaman kegemilangan Rasulullah SAW 1400
yang lalu.
Sidang Jemaah yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan yang dapat diambil daripada intipati khutbah pada hari ini
adalah seperti berikut:
Pertama: Institusi masjid sebagai lambang transformasi ummah Kedua: Peranan dan fungsi masjid perlu diperkasakan dengan
pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat
Ketiga: Masyarakat Islam perlu menghayati pengimarahan masjid seperti yang pernah dilaksanakan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 107:
!
!
!
!
"#$%&'()*+,-./0
"#$%&'()*+,-./0
"#$%&'()*+,-./0
"#$%&'()*+,-./0
12
12
12
12
7
“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:" tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.”