• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berikut merupakan lakaran modul-modul pembelajaran bagi pengajian Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah sepanjang 3 tahun:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Berikut merupakan lakaran modul-modul pembelajaran bagi pengajian Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah sepanjang 3 tahun:"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

SILIBUS PENGAJIAN

Berikut merupakan lakaran modul-modul pembelajaran bagi pengajian Diploma Pengajian Islam Ar-Raudhah sepanjang 3 tahun:

Kod Subjek Tahun Semester Bahasa Pengantar

DP1 Tazkiyah Nafs

1

Jan – Feb Bahasa Melayu

DP2 Usul Fiqh Mac – Apr Bahasa Melayu

DP3 Bahasa Arab 1 May – Jun

Bahasa Arab &

Melayu

DP4 Bahasa Arab 2 Jul – Aug

DP5 Sejarah Perundangan Islam Sep – Okt Bahasa Melayu

DP6 Ulum Quran Nov - Dis Bahasa Melayu

DP7 Aqidah

2

Jan – Feb Bahasa Melayu

DP8 Maqasid Syariah Mac – Apr Bahasa Melayu

DP9 Mustholah Hadith May – Jun Bahasa Melayu

DP10 Tafsir Ahkam 1 Jul – Aug Bahasa Melayu

DP11 Qawaid Fiqhiyyah Sep – Okt Bahasa Melayu

DP12 Usul Dakwah Nov - Dis Bahasa Melayu

DP13 Faraid

3

Jan – Feb Bahasa Melayu

DP14 Fiqh Jinayat Mac – Apr Bahasa Melayu

DP15 Asas Kaunseling May – Jun Bahasa Melayu

DP16 Tafsir Ahkam 2 Jul – Aug Bahasa Melayu

DP17 Fiqh Kontemporari Sep – Okt Bahasa Melayu

DP18 Hadith Shohih Bukhari & Muslim Nov - Dis Bahasa Melayu

(2)

Kod Kursus DP1

Tajuk Kursus Tazkiyah Nafs

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini bertujuan menjelaskan kepada pelajar tentang peranan penyucian jiwa dalam kehidupan seharian. Dengan menyucikan jiwa ia dapat menghuraikan sebahagian besar dari permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam. Modul ini juga akan menerangkan cara-cara penyucian jiwa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep akhlak dan penyucian jiwa serta kepentingannya.

2. Mengenalpasti penyakit-penyakit jiwa serta cara penyuciannya.

3. Menilai akhlak yang baik dan terpuji dalam diri dn masyarakat serta mengadaptasikan nilai yang baik.

4. berdaya tahan sebagai Muslim dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Pengenalan mengenai Tazkiyah Nafs.

Ikhlas dan Mutaba’ah.

Minggu 2:

Jenis-jenis hati dan bahagiannya.

Perkara-perkara yang meracuni hati.

Minggu 3:

Pemakanan hati.

Minggu 4:

Soal jiwa.

Minggu 5:

Sabar dan syukur.

Tawakkal.

Minggu 6:

Cinta Allah s.w.t.

Redha dengan qada’ Allah.

Minggu 7:

Takut dan harap Rujukan:

1- Imam Al-Ghazali, Ihya’ Ulum Al-Diini.

2- Imam Ibn Qayyim, Ighaasah al-lahfaan min masoyid al-syaitan.

3- Imam Ibn Qayyim, Al-Ruh.

4- Imam Ibn Qayyim, Miftah Dar al-Sa’aadah.

(3)

Tajuk Kursus Usul Fiqh

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini mengandungi huraian kepada konsep asas Fiqh serta istilah yang digunapakai untuk ilmu Fiqh. Pelajar akan dibawa mendalami perbahasan mengenai hukum beserta pecahannya. Modul ini juga menerangkan kepada pelajar tentang dalil-dalil syarak yang menjadi sumber pengambilan hukum seperti al-Quran,al-Sunnah, Ijma’, Qiyas dan sebagainya.

Hasil Pembelajaran

Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menghuraikan konsep ilmu Usul Fiqh beserta cabang dan pengertiannya 2. Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dengan permasalahan yang dihadapi.

3. Menilai pandangan yang dikeluarkan oleh para mujtahid dan menghargai pengorbanan mereka dalam mengeluarkan hukum.

4. berfikir secara rasional, kreatif, kritikal dan analatikal berpandukan Islam serta berpengaruh dalam komunikasi.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Pendahuluan

Usul Fiqh : Pengenalan dan definisi

Jenis-jenis hukum :

Wajib, Mandub, Mahzur, Makruh & Mubah Minggu 2:

Bahagian Kalam : - Khabar & Insyak

- Al-Amr (Perintah) & Al-Nahy (Larangan) Minggu 3:

Al-Am & al-Khas

Al-Mujmal & al-Mubayyan Minggu 4:

Al-Zhahir & al-Muawwal

Afa’al al-Rasul s.a.w.

Minggu 5:

Al-Naskh

Dalil-dalil syarak

Susunan dalil-dalil syarak (Tartibu al-Adillah) Minggu 6:

Al-Quran, Al-Sunnah, Al-Ijma’ dan Al-Qiyas

Al-Istihsan, Al-Masalih al-Mursalah, Al-Istishab dan Al-Urf

Al-Ijtihad dan al-Taqlid

(4)

Rujukan:

1- Imam al-Zarkashyi, Al-Bahru al-Muhitd 2- Imam al-Syaukani, Irsyadul fuhul

3- Imam al-Ghazali, Al-Musthashfa min Ilmy al-Usul 4- Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul fiqh al-Islami

5- Syeikh A’tyiah Md Salim & Hamood bin Aqlaa, Tashil al-Usul 6- Dr. Muhd Sulaiman al-Asyqar, Al-Wadhih fi Usul al-Fiqh

(5)

Tajuk Kursus Bahasa Arab 1

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul Bahasa Arab ini memberi penekanan kepada aspek komunikasi asas dalam pelbagai situasi dan kaedah-kaedah asas yang penting dalam struktur ayat semasa perbualan atau penulisan. Matlamat modul ini adalah untuk membimbing peserta dalam mempelajari, memahami dan mempraktikkan nahu dengan lebih mudah dan berkesan. Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penggunaan bahasa samada istilah, kosa kata, struktur ayat dan bentuk-bentuk

penggunaannya.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Mengenalpasti cara bertutur dan menulis bahasa Arab dengan betul.

2. Mengenalpasti beberapa kaedah-kaedah nahu yang penting.

3. Menambahkan kosa kata bahasa Arab

Silibus Pengajian

Fi’il Madhi dan tandanya

Fi’il Mudhari’ dan tandanya

Fi’il ‘Amar dan tandanya

Mubtada dan Khabar

Kana dan inna wa akhawatuha

Na’at atau sifat

‘Atahf, Taukid, dan Badal

Maf’ul Bih

Rujukan:

1- Qais Faryadi Sadrudeen, 2004. Perbualan Bahasa Arab. Percetakan Zafar Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

2- Hj Muhammad Roihan Hasbullah, 2002. Perbualan Bahasa Arab untuk peringkat Rendah &

Menengah. Pustaka Syuhada, Kuala Lumpur

3- Mukhlas Asy-Syarkani, 2005. Cara Belajar Bahasa Arab Nahu. Al-Hidayah, Kuala Lumpur 4- Muhammad Fahmi Ahmad, 2006. Tatabahasa Bahasa Arab. Pustaka Hilmi, Selangor.

5- Arifin Jami’an, 1994. Kursus Mudah dan Cepat Bahasa Arab. Dinie Publisher, Kuala Lumpur.

(6)

Kod Kursus DP4

Tajuk Kursus Bahasa Arab 2

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini bertujuan membimbing peserta untuk memahami cara pembentukan dan pembinaan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Ia mengandungi pengenalan terhadap kaedah-kaedah sorof bahasa Arab serta penambahan kosa kata. Keseluruhan modul ini memfokuskan kepada pengaplikasian bahasa Arab untuk tujuan pemahaman teks dan aspek penulisan yang

menggunakan bahasa Arab.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menambahkan kosa kata bahasa Arab

2. Membina ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab menggunakan beberapa kosa kata & wazn fi’il yang dipelajari

3. Mengenalpasti cara bertutur dan menulis bahasa Arab dengan betul.

4. Mengenalpasti beberapa kaedah-kaedah nahu yang penting.

Silibus Pengajian

Bahagian, pecahan / cabangan, wazan al-Af’al dan makna-maknanya:

Mashdar

Zharaf Zaman dan Makan

Hal, Tamyiz dan Istisna’

Laa Nafiah Li al-Jins

Munada

Maf’ul Li ajlih dan maf’ul ma’ah

Isim majrur

Rujukan:

1. Matan Bina wal asas dan Matan Eizzi.

2. Kitab al-Tasrif oleh Hasan bin Ahmad dalam bahasa Jawi.

3. Petikan Jadual dari lelaman efatwa.

4. Arabic for English Speaking Students by the late Dr Muhammad Rauf.

5. Unwanu Zaraf karangan Sheikh Al Marhum Sheikh Harun Abdul Razak..

(7)

Tajuk Kursus Sejarah Perundangan Islam

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini adalah untuk memberi gambaran yang padat dan menyeluruh mengenai sejarah perkembangan tasyrie’ al-Islami dan fasa-fasanya. Ia menerangkan bagaimana fiqh al-Islami bermula dan seterusnya berkembang dari masa ke semasa.

Perbahasan akan diberikan penumpuan kepada dasar perundangan, sumber perundangan, cara pengithbatan hukum, punca perselisihan hukum, kemunculan mazhab-mazhab fiqh, ijtihad, taqlid dan perkara-perkara berkaitan dengan pertumbuhan pada setiap fasa.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan fasa-fasa tasyri’ al-Islami serta perkembangannya.

2. Mengenalpasti para ulama mazhab serta keistimewaan mereka.

3. Mengenalpasti punca kejumudan dan menghuraikan konsep tajdid dalam Islam

4. Menghayati Islam dengan menjadi contoh tauladan dan mengajak manusia kepada kebaikan.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Definasi Tasyrie’ al-Islami dan keistimewaannya

Fasa-fasa sejarah perkembangan tasyrie’ al-Islami

Fasa Pertama: Keadaan orang Arab ketika Rasulullah s.a.w diutus

a) Tasyrie’ di zaman Nubuwwah: Tasyrie’ di Makkah dan Tasyrie’ di Madinah b) Sumber-sumber Tasyrie’: Kitab (al-Quran) dan Sunnah

c) Kedudukan Ijtihad pada zaman ini Minggu 2:

Fasa Kedua: Tasyrie’ al-Islami di zaman Khulafa ar-Rasyidin:

a) Sumber-sumber tasyrie’: Kitab, Sunnah, Ijma’ & Qiyas

b) Cara para sahabat berinteraksi dengan sumber-sumber tasyrie’

Minggu 3:

Fasa Ketiga: Keadaan Tasyrie’ al-Islami di akhir zaman Khulafa’ ar-Rasyidin hingga awal qurun kedua:

a) Kemunculan gejala khawarij dan syiah

b) Ulama-ulama Islam berhijrah ke merata tempat c) Kemunculan pemalsu-pemalsu hadith

d) Kesungguhan ulama untuk mengekang pemalsuan hadith Minggu 4:

Fasa Keempat: Tasyrie’ al-Islami dari awal qurun kedua hingga pertengahan qurun keempat hijri -Kegigihan Khulafa mendorong fuqaha untuk memperkembangkan fiqh dan sebab- sebab perkembangannya

(8)

Minggu 5:

Empat Mazhab dan ahli-ahlinya:

a) Imam Abu Hanifah: Usul-usul mazhabnya, Sahabat-sahabatnya yang masyhur dan Masalah fiqh di sisi Hanafiah

b) Imam Malik: Usul-usul mazhabnya dan Sahabat-sahabatnya yang masyhur.

c) Imam as-Syafii’e: Usul-usul mazhabnya dan Sahabat-sahabatnya yang masyhur d) Imam Ahmad: Usul-usul mazhabnya dan Sahabat-sahabtnya yang masyhur Minggu 6:

Fasa Kelima: Tasyrie’ al-Islami dari pertengahan qurun keempat hingga kejatuhan kota Baghdad - Sumbangan ulama pada fasa ini

Minggu 7:

Fasa Keenam: Dari pertengahan qurun ketujuh hingga di waktu ini: Sebab-sebab taqlid berleluasa.

Rujukan:

1- Manna’ al-Qatthan, Tarikh at-Tasyrie’ al-Islami

2- 2-Dr. Umar Sulaiman al-Asyqhar, Tarikh al-fiqhel Islami

3- 3-Dr. Umar Sulaiman al-Asyqhar, Al-Madkhal ila Dirasatil al-madarisil wa al-Mazahibil al- Fiqhiyah

4- 4-Dr. Abdul Karim Zaidan, Al-Madkhal li dirasatis syariah 5- 5-Syeikh Muhammad ‘Ali Saayis, Tarikh al-Fiqh al-Islami

(9)

Tajuk Kursus Ulum Quran

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membincangkan dasar-dasar Ulum al-Quran yang mencakupi aspek penting untuk memahami isi kandungan al-Quran.

Modul ini memberi pelajar pemahaman asas tentang takrif atau istilah-istilah penting yang digunakan dalam bidang ini serta sejarah pengumpulan dan perkembangnnya. Pelajar juga akan dibawa melihat dari sudut kemukjizatan al-Quran.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan skop pengajian Ulum al-Quran.

2. Menerangkan beberapa istilah yang digunapakai dalam pengajian al-Quran.

3. Menerangkan sejarah perkembangan ilmu al-Quran.

4. Menilai al-Quran dari sudut kemukjizatannya.

5. Mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan halatuju yang jelas.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Definisi al-Quran, nama-nama dan sifat-sifat al-Quran

Cara wahyu disampaikan kepada Rasul-rasul Minggu 2:

Cara dan faedah mengenal ayat Makki dan Madani

Ayat pertama dan terakhir diturunkan

Faedah mengetahui sebab turun ayat Minggu 3:

Cara al-Quran diturunkan dan hikmat turunnya beransur-ansur

Sejarah pembukuan al-Quran ke dalam mushaf Minggu 4:

Bertajwid dan adab tilawah al-Quran

Pengenalan kepada jenis-jenis bacaan Al-Quran Minggu 5:

Pembahasan tentang ayat-ayat Nasikh dan Mansukh Minggu 6:

Pembahasan tentang ayat-ayat Am dan Khas Minggu 7:

Al-Quran sebagai mukjizat Rujukan:

1- Imam al-Zarkashyi, Al-Bahru al-Muhitd

(10)

2- Imam al-Syaukani, Irsyadul fuhul

3- Imam al-Ghazali, Al-Musthashfa min Ilmy al-Usul 4- Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul fiqh al-Islami

5- Syeikh A’tyiah Md Salim & Hamood bin Aqlaa, Tashil al-Usul 6- Dr. Muhd Sulaiman al-Asyqar, Al-Wadhih fi Usul al-Fiqh

(11)

Tajuk Kursus Aqidah

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membincangkan dengan lebih terperinci mengenai konsep keimanan dan perkara-perkara yang terkandung di dalam Rukun Iman. Fokus perbincangan mengambil kira isu-isu yang releven dengan perkembangan dan permasalahan semasa yang merangkumi aspek ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat.

Di samping itu, ia juga membincangkan mengenai tanda-tanda kebesaran dan kebenaran Allah yang wujud di sekitaran kita. Modul ini juga mengenengahkan perbincangan yang lebih terperinci mengenai sifat-sifat Allah dan kemukjizatan Al-Quran. Pelajar juga akan diketengahkan dengan beberapa peristiwa di dalam alam barzakh dan hari akhirat.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Mengenalpasti tema-tema utama dalam penulisan Akidah iaitu: keimanan kepada Allah, kitab, rasul qada’ dan qadar, alam ghaib dan perkara yang membatalkan iman.

2. Mengenalpasti beberapa permasalahan dan fahaman yang boleh menyesat dan menyelewengkan Akidah seorang Muslim.

3. Mengadaptasi nilai-nilai murni yang berteraskan akidah yang benar serta berani menegakkan yang benar, melakukan amar makruf dan nahi mungkar secara berhikmah.

4. Mengenalpasti peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam alam barzakh dan hari kiamat.

5. Mengenalpasti kemukjizatan al-Quran serta kebesaran Allah dan sifat-sifatNya.

6. Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi, bekerjasama dengan masyarakat berbilang budaya, bangsa dan agama berpandukan prinsip-prinsip Akidah serta memiliki tanggungjawab sosial.

Silibus Pengajian (mingguan) Minggu 1:

Ilmu Tauhid : Kepentingan dalam Kehidupan

Cara mengenal Allah : Kehebatan ciptaan Tuhan

Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. : Al-Quran Minggu 2:

Beriman dengan hari akhirat

Beriman dengan Malaikat, Kitab dan Rasul

Keperluan kepada Rasul utusan Allah Minggu 3:

Beriman dengan Qaha’ dan Qadar

Kesan keimanan kepada rukun-rukun iman

Makhluk Allah : Cerminan Kekuasaan dan Sifatnya Minggu 4:

Al-Quran menjelaskan perkara ghaib yang belum berlaku

Perkara yang membatalkan Iman : Syirik, Kufur, Riddah, Khurafat, Sihir, Nifak

Keajaiban al-Quran di zaman ini.

Kematian dan kehidupan di alam barzakh

(12)

Minggu 5:

Peristiwa di hari kebangkitan

Kekufuran

Allah mengajar manusia apa yang tidak diketahui

Ciptaan Allah di bumi dan di langit sebagai tanda kebesaran.

Minggu 6:

Allah Esa dan tuntutan ikhlas dalam ibadat

Mengenali Allah dengan al-Asma’ al-Husna

Pengakuan saintis terhadap kebenaran Islam dan mukjizat al-Quran

Rujukan:

1- Syarh al-Aqidah al-Thahawiyah: Ali bin Ali bin Muhd bin Abi al-‘Izz al Hanafi 2- Al-‘Itiqad wa al-Hidayah ila sabil al-Rasyad: Imam al-Baihaqi

3- Aqidah Islam: Sayid Sabiq

4- Aqidah Islam: Said bin Ibrahim (Mantan Mufti Sabah)

(13)

Tajuk Kursus Maqasid Syari’ah

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini mendedahkan kepada pelajar pengetahuan am tentang matlamat-matlamat umum di dalam syariah dan kepentingannya. Ianya membantu para pelajar dalam membuat penilaian yang sewajarnya dalam menghadapi pelbagai isu dan permasaalahan kehidupan dalam pelbagai konteks sesuai dengan prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan kepada dua sumber yang penting iaitu al-Quran dan Sunnah.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan definisi maqasid syariah.

2. Menjelaskan tingkatan maqasid.

3. Menghuraikan garispandu taklif dalam mencapai maqasid.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Maqasid al-Syariah dan Hikmat pensyariatan

Tingkatan Maqasid:

a) al-Dharuriyat (Kepentingan Asasi) b) al-Haajiyat (Kepentingan Biasa) c) al-Tahsiniyat (Kepentingan Mewah) Minggu 2:

Perkara yang melengkapkan tingkatan Maqasid Minggu 3:

Garispandu taklif dalam mencapai Maqasid:

a) Tiada taklif pada perkara yang tidak mampu dilakukan

b) Taklif membawa kepayahan yang hanya mampu ditanggung bebannya c) Maqasid cabang berligar di sekitaran Maqasid pokok

Minggu 4:

Keumuman syariah meliputi masa, tempat dan pelbagai individu

Taklif syar’ie berfungsi di premis adat dan kebiasaan makhluk Minggu 5:

Maqasid Mukallaf: Iktibar niat dan tujuan dalam amalan Minggu 6:

Methodologi dan teknik mengenalpasti Maqasid al-Tasyrie’

Rujukan:

1- Dr. Umar Sulaiman al-Asyqhar, Maqasid al-Mukallaffin. Dar al-Nafais, Amman, Jordan.

2- Dr. Muhd Sa’ad al-Yuby, Maqasid al-Syariah wa ‘ilaqatuha bi al-adillah al-syar’ieyah. Dar al- Hijrah, Riyadh

3- Ahmad al-Raisuny, Nazariah al-Maqasid. Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Riyadh

(14)

Kod Kursus DP9

Tajuk Kursus Mustolah Hadith

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membincangkan ilmu mustholah hadith dalam ruang lingkup riwayah dan dirayah. Ia juga memfokuskan perbincangan tentang disiplin-disiplin dalam ilmu hadith seperti pembahagiannya serta istilah-istilah yang digunapakai. Pelajar juga akan diperkenalkan dengan tokoh-tokoh hadith terkemuka serta karya-karya mereka.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan istilah-istilah yang digunapakai oleh para ulama dalam bidang hadith 2. Mengenalpasti disiplin Hadith dari aspek riwayah dan dirayah.

3. Menjelaskan isu-isu utama yang berkaitan dengan Hadith

4. Mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan halatuju yang jelas.

Silibus Pengajian Minggu 1:

1. Kepentingan Mustolah Hadith & Sejarah Perkembangannya.

a. Kedudukan As-Sunnah & Peranannya.

b. Pemeliharaan As-Sunnah, Tokoh-Tokohnya & Cabarannya.

Minggu 2:

c. Sejarah Perkembangan Mustalah Hadith.

2. Pengenalan Istilah-Istilah Asas & Pembahagian Umum Al-Hadith.

a. Maksud Pengajian Hadith Riwayah & Dirayah, Sanad, Matan, Rawi & Muhaddith.

Minggu 3:

b. Maksud Al-Khabar, Al-Hadith, Al-Athar, Perbezaan Antara Al-Hadith & Al-Athar.

c. Pembahagian Hadith Secara Umum.

Minggu 4:

3. Pembahagian Hadith Dari Sudut Derajat Kekuatannya.

a. Hadith Sahih.

b. Hadith Hasan.

c. Hadith Daif.

Minggu 5:

4. Pembahagian Hadith Dari Sudut Bilangan Perawi.

a. Hadith Mutawatir.

b. Hadith Aahad: Masyhur, Aziz & Gharib.

c. Kedudukan Mutawatir & Aahad.

Minggu 6:

5. Pengenalan Kitab-Kitab Hadith.

a. Musnad Imam Ahmad & Muwattho’ Imam Malik.

(15)

b. Al-Kutubus Sittah: Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan An- Nasai, Sunan At-Tirmidzi & Sunan Ibn Majah.

c. Perbezaan Antara Kitab Hadith Dengan Kitab Fiqh Rujukan:

1- Dr. Mahmood Al-Thohhan, Tafsir Mustolah al-Hadith 2- Imam Ibn Hajar, Nuzhatun Nazhar Syarh Nukhbatul Fikr 3- Imam Al-Syayuti, Tadrib Ar-Rawi fi Syarh Taqrib An-Nawawi 4- Imam Ibn Hajar, Al-Nukat ‘ala kitab Ibn al-Solah

5- Imam al-Hakim al-Naisaburi, Ma’rifah al-‘Ulum al-Hadith

6- Imam Ibn Katsir, Al-Baa’ith al-Hathith Syarh Ikhtisyar ‘Ulum al-Hadith

(16)

Kod Kursus DP10

Tajuk Kursus Tafsir Al-Ahkam 1

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membahaskan tentang huraian dan tafsiran ayat-ayat hukum. Ianya mengandungi pelbagai jenis hukum dan pengajaran yang berguna dan penting bagi kehidupan individu muslim bersesuaian dengan kehendak Ilahi bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan beberapa hukum-hukum fiqh yang terkandung di dalam al-Quran.

2. Menjelaskan beberapa pandangan ulama mengenai hukum yang dikeluarkan dari ayat- ayat tersebut.

3. Menilai pandangan para ulama dalam penafsiran ayat-ayat hukum

4. mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan halatuju yang jelas.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Menyembunyikan ilmu syariat Islam. (Al-Baqarah:159-160) Minggu 2:

Dihalalkan segala yang baik dan diharamkan segala yang buruk. (Al-Baqarah:172-173) Minggu 3:

Kewajipan puasa bagi Muslim. (Al-Baqarah:183-187) Minggu 4:

Ketentuan ibadah haji dalam Islam. (Ali Imran:96-97) Minggu 5:

Poligami dan hikmahnya dalam Islam. (Al-Nisa:1-4) Minggu 6:

Pemakmuran masjid. (Al-Taubah:17-18) Minggu 7:

Mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah korban. (Al-Haj:36-37)

Rujukan:

1- At-Thobari, Jami’ al-Bayan

2- Al-Qurtubi, Jami’ ahkammil Quranil Karim 3- Abu Bakar al-Jazaairi, Aisar al-Tafasir 4- Ibn Katsir, Tafsir al-Quranul A’zim 5- Al-Syaukani, Tafsir Fathul Qadir 6- Said Qutb, Fi Dzhilal al-Quran

(17)

Tajuk Kursus Qawaid Fiqhiyyah

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini bertujuan memperkenalkan beberapa prinsip umum dalam fiqh Islami yang menjadi sandaran kepada hukum-hukum cabang dalam fiqh. Peserta akan dibawa bersama meneliti serta menggunakan formula yang menghubungkan segala persoalan fiqh kepada kaedah-kaedah fiqh tertentu.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menjelaskan definisi kaedah fiqh serta faedah mempelajarinya.

2. Menghuraikan kaedah-kaedah fiqh utama (qawaid kubra) dan kegunaannya terhadap hukum-hukum cabang.

3. Menganalisis serta mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh dengan beberapa permasalahan semasa.

4. Berfikir secara rasional, kratif, kritikal dan analatikal berpandukan Islam serta berpengaruh dalam komunikasi.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Dasar-dasar ilmu Qawa’id

Sumber-sumber al-Qawa’id

Perbezaan antara ilmu Fiqh,Usul Fiqh & Qawa’id al-Fiqhiyah.

Minggu 2:

Qawa’id al-Khams al-Kubra : 1- Al-Umuru bi Maqhasidiha

Al-Qawa’id al-Mundarijah Al-Qawa’id al-Musthasnath Minggu 3:

Qawa’id al-Khams al-Kubra (sambungan) 2- Al-Yaqin la yazulu bis-shyaq

Al-Qawa’id al-Mundarijah Al-Qawa’id al-Musthasnath Minggu 4:

Qawa’id al-Khams al-Kubra (sambungan) 3- Al-Masyaqqah tajlibu al-taisir

Al-Qawa’id al-Mutafari’ah Al-Qawa’id al-Musthasnath Minggu 5:

Qawa’id al-Khams al-Kubra (sambungan) 4- La Dharara wa la Dhirar

Al-Qawa’id al-Mutafari’ah

(18)

Al-Qawa’id al-Musthasnath Minggu 6:

Qawa’id al-Khams al-Kubra (sambungan) 5- Al-Aadah al-Muhakkimah

Al-Qawa’id al-Mutafari’ah Al-Qawa’id al-Musthasnath Rujukan:

1- Imam Sayuti, Al-Asyhbah wan-nazhair

2- Dr. Muhd Sidqy al-Burno, Al-Wajiz fi Idhah Qawa’id al-Fiqh al-Kulliyah 3- Syeikh Ahmad Zarqha, Syarh al-Qawa’id al-fiqhiyah

4- Syeikh Abdur Rahman As-Sa’di, Risalah fil qawa’id al-fiqhiyah

(19)

Tajuk Kursus Usul Dakwah

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membahaskan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah dakwah, sikap dan ciri-ciri para da’i, isu-isu yang berkaitan dengan dakwah dan petunjuk-petunjuk yang boleh diambil sebagai pengajaran dari Al- Quran dan Sunnah.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Memahami bahawa dakwah bukan hanya terlingkup hanya pada skop yang kecil, malahan ia merangkumi bermula dari adab dan keperibadian seseorang Muslim apabila berhadapan dengan mad’unya, baik seseorang Muslim/non-Muslim yang lain

2. Menilai diantara kepentingan berdakwah dan menjaga kemaslahatan ummah dari terjatuh ke arah kerosakkan yang lebih besar

3. Mengenalpasti serta mengaplikasikan metod dan pendekatan dakwah yang berbeza bersesuaian dengan mad’u yang berlainan

Silibus Pengajian Minggu 1:

Pengenalan tentang Dakwah

- Kepentingan dan Keutamaan Dakwah - Prinsip-Prinsip Dakwah

Minggu 2:

Keperibadian Dai’ dan Sifat-Sifat Dai’ - Amanah

- Sidq - Ikhlas - Sabar - Prihatin - Keyakinan - Kepekaan Minggu 3:

Prinsip dan Kaedah Dakwah Para Rasul

- Sikap Dai’ Terhadap Masyarakat

- Langkah-Langkah Mengatasi Kemungkaran

- Mengutamakan Maslahat Yang Dominan dari Kerusakan Yang Kecil - Fiqh Dan Fleksibaliti Dakwah

Minggu 4:

Mepamerkan Teladan Sebelum Berdakwah

Menambat Hati Sebelum Memberi Penjelasan Minggu 5:

Memperkenalkan Sebelum Menjelaskan Kewajipan

Beransuran Dalam Menjelaskan Kewajipan

(20)

Memudahkan dan Tidak Menyulitkan Minggu 6:

Perkara-Perkara Pokok Sebelum Cabangan

Menyampaikan Berita Gembira Sebelum Peringatan

Memberi Kefahaman Minggu 7:

Mendidik

Berguru Dan Menghormati Orang Berilmu Rujukan:

1- Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul al-Dakwah.

2- Jum’ah Amin Abd Aziz, Fiqh Dakwah, Prinsip dan Kaedah. Era Intermedia, Pajang, Solo.

3- Dr. Ali Jarisyah, Pendakwah Bukan Pelampau. Hizbi, Shah Alam, Selangor.

4- Muhammad Haniff Hassan, Fiqh Dakwah Dalam Al-Quran. IIFSO, Bangi, Selangor.

(21)

Tajuk Kursus Faraid

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membahaskan ketentuan-ketentuan tentang pembahagian harta pusaka menurut Islam, siapa yang berhak dan tidak berhak menerima warisan serta bahagian harta yang diterima oleh masing-masing ahli waris. Matlamat modul ini ialah untuk menimbulkan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya faraid di dalam Islam, di samping mempunyai pengetahuan asas dalam ilmu ini.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Mengenalpasti ahli waris dan bahagian yang telah ditetapkan oleh Islam.

2. Menghuraikan serta menyelesaikan pembahagian harta perwarisan kepada ahli waris.

3. Membezakan pembahagian harta secara Islam dan konvensional serta hikmah dari pembahagian harta secara Islam.

4. Menghayati ilmu tentang pembahagian harta secara Islam serta berani menegakkan yang benar secara berhikmah.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Sebab-sebab pewarisan

Hal-hal yang menghalang hak warisan Minggu 2:

Pewaris dari kalangan lelaki

Pewaris dari kalangan wanita Minggu 3:

Kadar-kadar warisan yang ditetapkan dalam al-Quran

Pewaris setengah (1/2)

Pewaris suku/seperempat (1/4) Minggu 4:

Pewaris seperlapan (1/8)

Pewaris dua pertiga (2/3) Minggu 5:

Pewaris sepertiga (1/3)

Pewaris seperenam (1/6) Minggu 6:

Pewaris secara ‘asabah Minggu 7:

Hajab

(22)

Rujukan:

1- Al-Nawawi, Majmuk syarh al-muhazzab 2- Ibn Qhudamah, Al-Mughni.

3- Al-Qharafi, Az-Zhakhirah 4- Ibn Aa’bidin, Raddul muhtar

5- Drs. M. Ma’rifat Iman KH Mag, Pedoman Praktis Perhitungan Waris. Uhamka Press, Jakarta.

6- Firdaus Yahya, Huraian Ilmu Faraidh. Deehaz Services, Singapura

(23)

Tajuk Kursus Fiqh Jinayat

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep Jinayat di dalam Islam. Ia membahaskan tentang pelbagai isu dari aspek kesalahan-kesalahan jenayah dan hudud di kaca mata Islam dan cara Islam menangani isu-isu ini. Analisa dalam kestiap kesalahan akan ditumpukan kepada pengertian, pembuktian dan juga hukuman berdasarkan Fiqh Syafii.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Memahami konsep jinayat secara umum yang dibahaskan di dalam Islam

2. Mengenalpasti had-had yang terangkum di dalam syarat pada seolang pesalah jenayah sebelum disabitkan sesebuah hukuman padanya

3. Memahami hikmah peraturan-peraturan jinayat yang telah ditetapkan oleh syara’

4. Membuat analisa berkenaan isu-isu jenayah sosial semasa melalui kaca mata Islam berdasarkan kerangka fiqh yang telah dibentangkan oleh para fuqaha’ kita.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Dosa-dosa besar dalam Islam Minggu 2:

Qisas Minggu 3:

Zina Minggu 4:

Qazaf Minggu 5:

Mencuri Minggu 6:

Minum arak Minggu 7:

Taubat Rujukan:

1- As-Syana’ani, Subulus Salam 2- As-Syaukani, Nailul Awtar

3- Abdullah al-Bassam, Taudhih al-Ahkam Syarh Subulus Salam 4- Imam Nawawi, Al-Majmuk syarh al-muhazzab

5- Imam Ibn Qhudamah, Al-Mughni 6- Imam al-Qharafi, Az-Zhakhirah 7- Imam Ibn Aa’bidin, Raddul muhtar

8- Imam Ibn Hajar, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari 9- Imam Nawawi, Syarh Sahih Muslim

(24)

Kod Kursus DP15

Tajuk Kursus Asas Kaunseling

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini mendedahkan kepada pelajar panduan melaksanakan bimbingan kaunseling menggunakan kemahiran asas kauseling individu, seperti konsep asas membimbing, matlamat, prinsip dan etika kaunseling.

Ianya juga menerangkan kemahiran komunikasi secara praktikal dengan memberi contoh yang sesuai bagi membantu melaksanakan tugas sebagai pembimbing.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Menerangkan teknik-teknik asas kaunseling Islam.

2. Memberi contoh kemahiran yang perlu ada dalam pengendalian sesi kaunseling 3. Mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling Islam dalam mengendalikan sesi kaunseling 4. Bekerjasama merentasi budaya, bangsa dan agama serta memiliki tanggungjawab sosial

Silibus Pengajian Minggu 1:

Konsep Membimbing

Matlamat, Prinsip dan Etika Kauseling Minggu 2:

Keperluan Bimbingan

Pembimbing Berkesan Minggu 3:

Kemahiran Komunikasi

Proses Kaunseling

Kemahiran Prasesi Minggu 4:

Kemahiran Menstruktur

Kemahiran Membina Hubungan Minggu 5:

Kemahiran Mendengar Dan Melayan

Kemahiran Memimpin dan Memfokus Minggu 6:

Kemahiran Membina Pelan Tindakan

Kemahiran Penamatan Dan Susulan Rujukan:

1- Ishammudin Ismail, 2000. Panduan Kauselor Muslim. Aras Mega, Kajang.

2- Ismail Noor, 2000. Kempimpinan Nabi Muhammad s.a.w : Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik. Utusan, Kuala Lumpur.

3- Mizan Adiliah, A.B. & Halimatun H.M. 1996. Kaunseling Individu : Apa dan Bgaimana. Fajar Bakti, Shah Alam.

4- Aziz Salleh, 1996. Kaunseling Islam Asas. Utusan, Kuala Lumpur.

5- Jones, R.N. 1993. Practical Counseling and Helping Skills. Cassell, London.

(25)

Tajuk Kursus Tafsir Al-Ahkam 2

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membahaskan tentang huraian dan tafsiran ayat-ayat hukum. Ianya mengandungi pelbagai jenis hukum dan pengajaran yang berguna dan penting bagi kehidupan individu muslim bersesuaian dengan kehendak Ilahi bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

5. Menjelaskan beberapa hukum-hukum fiqh yang terkandung di dalam al-Quran.

6. Menjelaskan beberapa pandangan ulama mengenai hukum yang dikeluarkan dari ayat- ayat tersebut.

7. Menilai pandangan para ulama dalam penafsiran ayat-ayat hukum

8. mengoptimum pelbagai sumber berpandukan tasawwur, matlamat dan halatuju yang jelas.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Hukum zina. (Al-Nur:1-3) Minggu 2:

Etika meminta izin dan berkunjung. (Al-Nur:27-30) Minggu 3:

Soal tudung dan memandang. (Al-Nur:30-31) Minggu 4:

Taat dan bakti kepada ibu bapa. (Luqman:12-15) Minggu 5:

Soal pahatan, lukisan dan gambar. (Saba’:10-14) Minggu 6:

Keharusan meneliti berita yang dibawa orang Fasik. (Al-Hujuraat:6-10) Minggu 7:

Hukum solat Jum’at. (Al-Jum’ah:9-11)

Hukum Tilawah al-Quran. (Al-Muzzammil:1-10)

Rujukan:

1- At-Thobari, Jami’ al-Bayan

2- Al-Qurtubi, Jami’ ahkammil Quranil Karim 3- Abu Bakar al-Jazaairi, Aisar al-Tafasir 4- Ibn Katsir, Tafsir al-Quranul A’zim 5- Al-Syaukani, Tafsir Fathul Qadir 6- Said Qutb, Fi Dzhilal al-Quran

(26)

Kod Kursus DP17

Tajuk Kursus Fiqh Kontemporari 2

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini memperkenalkan pelajar tentang isu-isu dan persoalan fiqh semasa bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu hukum. Di antara persoalan-persoalan yang akan diperbincangkan di dalam modul ini ialah hal ehwal perkahwinan, isu-isu kekeluargaan serta isu perubatan

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Meneroka ruang lingkup pengupasan fiqh kontemporari

2. Memahami peranan fiqh kontemporari dalam menyelaraskan kemaslahatan masyarakat yang bersifat dinamik

3. Pendedahan mengenai isu-isu kontemporari dan pengaplikasian hukumnya di dalam Islam 4. Memahami tentang keperluannya memahami konteks semasa dalam proses penetapan

sesuatu hukum serta pengaplikasiannya dalam fiqh awlawiyyat (fiqh prioriti) dan fiqh aqalliyyat (fiqh minoriti)

Silibus Pengajian Minggu 1:

Perkahwinan & Kekeluargaan

Minggu 2:

Perubatan

Makanan & Minuman

Minggu 3:

Transaksi Komersial Moden

Jenayah & Hukuman

Minggu 4:

Kesenian

Hiburan Minggu 5:

Pakaian

Perhiasan Minggu 6:

Sains & Teknologi

Sukan

Permainan Rujukan:

1- Prof. Mahmod Zuhdi, Transformasi Fikah Semasa.

2- Prof. Yusuf Al-Qardawi, Halal dan Haram dalam Islam.

3- Prof. Yusuf Al-Qardawi, Fatwa-fatwa Kontemporari.

4- Prof. Wahbah Zuhaili, Qodhoya Fiqh wa Al-Fikr Al-Mu’aasir.

(27)

Tajuk Kursus Hadith Shahih Bukhari & Muslim

Status Wajib

Peringkat Diploma

Pengenalan Modul

Modul ini membincangkan tentang beberapa topik pilihan dari kitab Hadith Shahih Bukhari & Muslim.

Mereka juga akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang metodologi Imam Bukhari & Muslim dalam pemilihan hadith-hadith bagi kitabh mereka.

Modul ini memberi peserta peluang mendapatkan hadith langsung dari kitab tersebut tanpa meragui kesahihan hadith. Pelajar juga akan dibawa membincangkan topik-topik yang tidak dibincang dalam modul yang lain.

Hasil Pembelajaran Di akhir modul pelajar dapat:

1. Memahami metodologi Imam Bukhari & Muslim dalam pemilihan hadith –hadith dalam buku mereka

2. Memahami cara Imam-imam ini menetapkan ciri-ciri kesahihan sesebuah hadith 3. Menjelaskan hadis berkaitan topik yang dibincang.

4. Mengenali beberapa sahabat yang banyak meriwayatkan hadis.

Silibus Pengajian Minggu 1:

Imam Bukhari: Biografi Kehidupannya, Keistimewaan & kelebihannya

Penyusunan Kitab Shahihnya, Karya & Sumbangannya dalam bidang Hadith Minggu 2:

Pengenalan tentang Kitab Shahih Bukhari:

- Mengenali & Memahami Nama Kitab Shahihnya - Faktor Pendorong Penyusunan

- Cara Penyusunan Umum Kitab Hadith & khususnya Kitab Shahih Bukhari - Ciri-ciri Khas & Keistimewaan Kitab Jami’ Shahihnya

Minggu 3:

Syarat & Kriterianya dalam menetapkan Kesahihan Hadith

Metode Tashih & Tadh’if menurut Imam Bukhari

Kajian & Perbincangan: Hadith-hadith Pilihan daripada Kitab Shahih Bukhari Minggu 4:

Imam Muslim: Sejarah Kehidupannya, Pendidikannya, Guru-guru & Muridnya

Penyusunan Kitab Shahihnya, Karya & Sumbangannya dalam bidang Hadith Minggu 5:

Pengenalan tentang Kitab Shahih Muslim:

- Syarat & Kriterianya dalam pemilihan hadith shahih - Cara Penyusunan Kitab Shahih Muslim

- Keistimewaan Kitab Shahih Muslim - Pendapat Para Ulama tentang kitab ini

Kajian & Perbincangan: Hadith-hadith Pilihan daripada Kitab Shahih Muslim

(28)

Minggu 6:

Perbandingan diantara Kitab Shahih Muslim & Shahih Bukhari

Ulangkaji Rujukan:

1- Imam al-Bukhari, Sohih al-Bukhari.

2- Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fathu al-Baari bi syarh Sohih al-Bukhari.

3- Imam Muslim, Sahih Muslim.

4- Imam Al-Nawawi, Sharh Sohih Muslim

Referensi

Dokumen terkait

Pada dashboard utama (Gambar 7), manajemen perguruan tinggi akan mendapatkan informasi: (1) jumlah perusahaan pemberi kerja yang membutuhkan tenaga kerja ( count employer need

Sebenarnya melodi intro pada file "Light My Fire (6)" juga sama persis dengan intro aslinya, tapi karena melodi pada file "Light My Fire (6)" dimulai dari

Visi Dan Misi Visi Dan Misi Organisasi Organisasi Penguatan Nilai- Penguatan Nilai- Nilai Organisasi Nilai Organisasi pasien pasien tentang tata tentang tata cara cuci cara

“Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya perkara perkara mu’jizat itu berada di sisi Allah”. Gambaran ini menyebabkan sipembaca sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wassalam

Hasil analisis data menunjukkan bahwa aplikasi pupuk kompos paitan berpengaruh nyata (P ≤ 0,05) pada variabel jumlah cabang, jumlah polong bernas/ tanaman, bobot

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui Assessment Ratio (AR) yang digunakan sebagai dasar penetapan Nilai Jual Objek Pajak (NJOP) di Kecamatan

Data sekunder adalah data yang diperoleh dari kepustakaan dan dokumentasi. Data dokumentasi berupa hasil penyidikan yang dimiliki oleh BNN Kabupaten Malang terkait