• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

IYSJL (2021)

Ideologi Kepemimpinan dalam Ucapan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

Mazlan Abu Bakar1, Zaitul Azma Zainon Hamzah1 dan Aminnudin Saimon2*

¹Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, 2Kulliyyah Bahasa &

Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

*E-mel pengarang koresponden: [email protected]

ABSTRAK

Ideologi kepemimpinan merupakan salah satu cara berfikir untuk menjelaskan suatu sistem yang membolehkan manusia mengaturkan cara hidupnya serta memainkan peranan dalam struktur sosial. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan hubungan dialektikal antara bahasa dengan satu aspek proses sosial, iaitu kepimpinan. Kajian ini juga membincangkan kaedah pemimpin negara menggunakan wacana dalam keberkesanan proses kepemimpinannya. Kajian ini menganalisis teks perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sempena hari kemerdekaan kali ke-59 (2016). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Teori analisis wacana kritis Fairclough diterapkan dalam kajian ini untuk menjelaskan hubungan kuasa dan melihat perkaitan praktikal dalam konteks ekonomi, sosial, budaya dan politik. Dapatan kajian memperlihatkan praktis kepemimpinan Najib Abdul Razak melalui dimensi amalan wacana, iaitu cara wacana diproses serta ciri interdiskursiviti dan intertekstualiti wacana yang dimanfaatkan. Oleh itu, berlandaskan teori analisis kritis ini dengan jelas membuktikan bahawa wacana pengucapan Najib Tun Abdul Razak mengandungi praktis kepimpinannya.

Kata kunci: Ideologi, kepimpinan, Wacana, Dato Seri Najib, Ucapan

INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS

JOURNAL OF LANGUAGES

(2)

137 PENGENALAN

Bahasa sering dikatakan berupaya mencerminkan konsep-konsep tertentu dan citra yang berkaitan dengannya. Ini kerana dalam bahasa tertanam kepercayaan sosial, seperti sikap, norma, dan nilai penutur atau masyarakatnya. Fungsi bahasa sebenarnya bukan sekadar mencerminkan implikasi sosiobudaya, malah bahasa berupaya digunakan untuk mengubah keadaan, mengawal masyarakat, dan juga mewujudkan kuasa sosial (Hayashi & Hayashi 1997: 42). Fairclough (1989: 2) menegaskan bahawa dalam masyarakat moden, pelaksanaan kuasa (exercise of power) semakin meningkat dicapai melalui ideologi, dan secara khusus lebih melalui bahasa. Dengan kata lain, melalui bahasa manusia boleh mentadbir dan memimpin organisasi, masyarakat, dan negara, mengelakkan atau menyebabkan peperangan, menghukum, bekerjasama, menghasilkan ciptaan dan barangan, dan sebagainya. Malah menurut Fairclough (1989: 4) lagi, bahasa boleh menyumbang kepada dominasi terhadap orang lain oleh sesetengah pihak. Idris Aman (2006) pula berpendapat bahasa boleh dilihat sebagai tindakan – sebagai suatu bentuk tingkah laku. Apabila manusia bertutur dengan manusia lain, mereka mungkin hendak mempengaruhi khalayak supaya bertindak secara berlainan, mempercayai secara berlainan, atau untuk saling hubung dengan mereka melalui sesetengah cara sosial.

Dari sudut lain, berwacana juga merupakan suatu amalan sosial. Amalan sosial (social practice) adalah contoh-contoh sebenar apa-apa yang manusia lakukan, ujarkan atau tuliskan. Amalan sosial mempunyai pelbagai orientasi, seperti ekonomi, politik, budaya, dan ideologi (Fairclough 1992: 66). Melihat wacana sebagai amalan sosial bermaksud mencungkil tingkah laku sosial dan budaya luas yang legap atau terpendam di dalamnya. Misalnya, dalam bahasa atau wacana yang digunakan mungkin terpendam unsur-unsur, seperti dominasi, hegemoni, perkauman, perubahan sosial, pergelutan dan pelaksanaan kuasa, penyerapan ideologi, dan sebagainya.

Ideologi adalah cara fikiran, pandangan, cita-cita atau dasar perjuangan individu, kelompok atau institusi sosial. Istilah ideologi biasanya adalah istilah yang berkaitan kerangka politik. Dalam perspektif analisis wacana kritis, ideologi biasanya adalah penjelasan mengenai apa manusia kata dan fikir ketika berinteraksi dengan masyarakat. Ideologi wujud daripada andaian taken-for- granted, kepercayaan dan sistem nilai yang dikongsi bersama oleh kelompok masyarakat. Ideologi yang dominan diketengahkan melalui institusi sosial yang berwibawa, seperti kerajaan, undang-undang, dan sebagainya (Simpson 1993:5).

Dalam tulisan ini, ideologi merujuk khusus pada dasar pentadbiran sebuah institusi sosial.

(3)

Prinsip dasar pendekatan analisis wacana kritis ialah memerihalkan, mentafsir, dan menjelaskan wacana menurut landasan linguistik dan menggabungkannya dengan orientasi pemikiran sosial yang sesuai secara serentak (Fairclough 1992:62). Menurut pendekatan ini, sebagai bentuk paduan lakuan sosial, bahasa atau wacana tidak dapat tidak dan tidak dapat dielakkan terikat dengan sosiobudaya atau politik dalam mana ia berfungsi. Wacana tidak digunakan dalam hampar konteks, malah wacana digunakan dalam sejumlah besar konteks wacana, konteks yang dipenuhi dengan ideologi sistem masyarakat dan institusi. Memandangkan wacana beroperasi dalam dimensi sosial, maka wacana semestinyalah membayangkan atau membina ideologi (Simpson 1993: 6).

Menurut Fowler (1977: 76) pula, bahasa (dengan pengertian wacana) adalah satu wahana yang berpengaruh kuat apabila digunakan. Apabila kita berkata-kata tentang sesuatu perkara sebenarnya ada tertanam sikap kita di dalam ujaran berkenaan. Apabila bertutur atau menulis, perkataan dan ayat yang dipilih memberi kesan kepada pendengar atau penutur yang memancarkan potensi erti tertentu yang sebahagian sahaja di bawah kawalan kita.

Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan kaedah seorang pemimpin yang tersohor, iaitu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menggembleng wacananya dalam usaha membangunkan rakyat dan negaranya demi keberkesanan kepemimpinannya.

PERNYATAAN MASALAH

Ideologi dapat diertikan sebagai cara fikiran, pandangan, cita-cita atau dasar perjuangan individu, kelompok atau institusi sosial. Setiap ujaran mempunyai ideologi atau kehendak tertentu. Penerapan ideologi dalam Bahasa dilihat cukup berkepentingan, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, pemikiran, dan kuasa. Namun begitu, ideologi pemimpin dilihat sukar untuk diteroka dan difahami, terutamanya dalam wacana yang diucapkan. Hal ini demikian kerana ideologi yang hendak disampaikan melalui wacana sukar ditentukan kerana melibatkan pelbagai aspek seperti metafora, intertekstualiti, leksikal dan sebagainya yang sukar difahami. Bertitik tolak daripada itu, timbul masalah untuk memahami dan menentukan ideologi seseorang berdasarkan wacananya tanpa menjalankan penyelidikan yang mendalam. Hal ini bertepatan dengan kajian praktis kepimpinan yang dijalankan oleh Kamila Ghazali (1999) dan Idris Aman (2001) yang mengkaji praktis kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Kajian tentang kepimpinan yang lain termasuk kepimpinan Najib Abdul Razak masih kurang dikaji. Tambahan pula dasar kepimpinan Najib Abdul Razak walaupun tidak berubah, tetapi gaya kepimpinan beliau ternyata berbeza dengan Perdana Menteri yang terdahulu dalam menyampaikan ideologinya.

(4)

139

Penggunaan wacana dalam komunikasi dilihat sebagai satu bentuk interaksi yang berpengaruh. Penerapan ideologi dalam wacana komunikasi oleh pemimpin memperlihatkan satu kepentingan kepada rakyat agar setiap idea, fahaman, falsafah dan ideologi dapat disampaikan dan dilaksanakan. Namun begitu, kerencaman bahasa dalam wacana dilihat begitu sukar untuk menonjolkan ideologi pemimpin yang kebanyakannya menyembunyikan ideologi masing- masing agar ideologinya dapat diresap secara perlahan-lahan ke dalam hidup masyarakat. Hal ini demikian kerana ideologi yang digunakan oleh pemimpin mempunyai banyak agenda tersembunyi. Justeru itu, timbul masalah untuk menjawab dan menonjolkan ideologi pemimpin.

Kajian-kajian terdahulu antaranya kajian Azhar Simin (1988), Sato Hirobumi (1991) dan Muhammed Shahriar Haque (2006) lebih berkisar mengenai persoalan sosial, memberikan penekanan terhadap teoretikal (Idris Aman, 2001).

Kajian terdahulu cenderung pada konsep ideasional dan kurang memperlihatkan konsep interpersonal dalam satu kesatuan wacana dan menonjolkan ideologi seseorang pemimpin. Oleh itu, satu kajian wajar dilakukan untuk memperlihatkan peranan bahasa dalam menjawab persoalan seperti kuasa, politik, dominasi dan rasis yang terselindung di sebalik wacana ucapan kepimpinan Najib Abdul Razak.

SOROTAN LITERATUR

Kajian yang dijalankan oleh Fareeha Aazam, Fatima Zafar Baig, Tanveer Baig, Amna Azam, Sarah Shamshad & Muhammad Zammad Aslam (2019) menjalankan kajian yang bertajuk ‘A Discourse Analysis of ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ by Michael Wolff’ mendapati bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam membongkar identiti dan ideologi seseorang. Berdasarkan bahasa dapat membentuk idea dan kepercayaan mengenai sesuatu perkara yang bersifat perspektif saintifik. Kajian ini mengemukakan satu objektif yang utama, iaitu membina ideologi melalui wacana berdasarkan buku ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ oleh Michael Wolff. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan menganalisis wacana menggunakan teori analisis kritis oleh Fairclough (1992) yang mengemukakan tiga dimensi, iaitu tekstual, praktis wacana dan praktis sosial. Hasil kajian mendapati bahawa wacana yang digunakan oleh Trump dilihat tidak layak diterima sebagai satu bentuk ideologi yang membimbing negara Amerika. Dapatan lain juga menunjukkan bahawa berdasarkan wacana yang digunakan Trump mencerminkan bahawa Trump seorang yang tidak layak untuk jawatan Presiden Amerika. Hal ini menunjukkan bahawa setiap wacana yang dihasilkan memaparkan keperibadian, ideologi dan tindakan yang akan dilakukan.

Kajian yang bertajuk ‘Textual Analysis on Celebrity News in the Online Media’ oleh Agwin Degaf, Dewa Putu Wijana dan Soepomo Poedjosoedarmo (2019) mendapati bahawa dalam wacana yang dihasilkan oleh selebriti Indonesia

(5)

menggunakan strategi ayat pasif, abstrak, pengkategorian, indentifikasi dan anonimiti. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan wacana kritis dalam media sosial oleh selebriti Indonesia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji penggunaan strategi tekstual media sosial dalam menyampaikan maklumat dan fakta. Data diperoleh melalui teknik pembacaan dan mengambil nota yang terdapat dalam teks berita yang diterbitkan di media. Data kajian memfokuskan kepada berita penceraian Marshanda, perkahwinan antara agama Asmirandah dan kes pelacuran yang melibatkan selebriti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan memanfaatkan teori analisis wacana kritis oleh Van Dijk (1993). Hasil dapatan menunjukkan bahawa media cenderung untuk menyediakan figura yang positif (positive selfpresentation) dan juga figura negatif (negative selfpresentation) terhadap subjek. Selain itu, media juga menggunakan ayat seperti ibu yang terlibat dalam skandal, wanita yang tidak patut dicontohi, wanita angkuh, lelaki penipu, bukan lagi Muslim apabila melaporkan kes penceraian Marshanda dan perkahwinan antara agama Asmirandah.

Addy dan Ofori (2020) menjalankan kajian yang bertajuk ‘A Critical Discourse Analysis of the Campaign Speech of a Ghanaian Opposition Leader’

mendapati bahawa wacana yang digunakan ahli politik akan menyerlahkan ideologi sebelum, semasa dan selepas pilihan raya dan ucapan semasa berkempen juga menjadi kunci kepada wacana politik seseorang ahli politik. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji wacana yang digunakan oleh ketua pembangkang Ghana, iaitu Nana Akufo-Addo pada ucapan manifesto parti.

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan memanfaatkan teori analisis wacana kritis Fairclough dalam menganalisis ucapan ketua pembangkang Ghana. Hasil dapatan menunjukkan bahawa ketua pembangkang menggunakan kata ganti nama saya, kita, kami secara berulang-ulang untuk mencipta satu ikatan yang mesra dan solidariti dengan pengundi. Hasil dapatan juga mendapati bahawa strategi pemujukan ini secara tidak langsung dapat memujuk pengundi untuk menyokongnya sebagai calon yang paling dipercayai untuk jawatan Presiden.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dan kaedah analisis kandungan teks.Hsieh & Shannon (2005) mengatakan analisis kandungan teks merupakan kaedah kajian yang digunakan bagi menganalisis data yang berupa dokumen dan teks temu bual. Creswell (2009) menambah analisis kandungan teks merangkumi aktiviti membaca, meneliti, memilih dan menyaring teks yang dikenal pasti sebagai bahan penyelidikan. Kaedah kandungan dalam penyelidikan ini melibatkan teks perutusan kemerdekaan negara oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2016. Pengkaji membataskan kajian ini kepada Teks Perutusan Kemerdekaan Negara oleh Perdana Menteri, iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2016, iaitu sempena Hari

(6)

141

Kemerdekaan ke-59. Teks Perutusan tersebut diperoleh daripada Siri Ucapan Penting daripada buku Koleksi Ucapan Perdana Menteri yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

Perutusan Kemerdekaan oleh Najib Abdul Razak dipilih sebagai data kajian adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu berdasarkan pandangan Lerman (1985: 185) bahawa teks ucapan pemimpin negara merupakan salah satu bentuk komunikasi masa yang paling signifikan, satu-satunya komunikasi “langsung”

antara simbol kuasa politik dan autoriti dengan rakyat. Kedua, teks ucapan berkenaan merupakan wacana institusi, iaitu wacana yang dihasilkan oleh pewacananya selaku Perdana Menteri. Dengan demikian, wacana itu bersifat neutral dan ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjadi khalayaknya tanpa mengira fahaman politik, keturunan dan agama. Ketiga, memandangkan wacana itu merupakan perutusan kemerdekaan yang sememangnya mempunyai makna dalam perancangan kehidupan masyarakat dan negara, maka perutusan itu merupakan antara ucapan utama negara setiap menjelang hari kemerdekaan Negara. Dalam perutusannya juga, termuat ulasan dan maklumat berkaitan dasar kepimpinannya.

Kajian ini bersandarkan kerangka teori analisis wacana kritis (AWK) oleh Norman Fairclough (1992, 1995 dan 2003). Dalam penganalisisan data, pengkaji mengaplikasikan model tiga dimensi, iaitu amalan wacana, tekstual dan proses sosial. Dalam aspek tekstual, pengkaji hanya memfokuskan leksikal kata alternatif. Dimensi yang kedua ialah amalan wacana yang menjurus kepada interpretasi hubungan antara (penghasilan dan interpretasi) proses wacana dan teks. Dimensi yang kedua ini adalah untuk memperlihatkan pertalian antara teks dengan amalan wacana. Di sini dapat dilihat bahawa sesuatu teks tersebut dapat memberikan satu dimensi baharu kepada khalayak untuk mengikuti ideologi yang diutarakan oleh pemimpin. Dalam aspek proses sosial pula, pengkaji membataskan kajian kepada praktis kepimpinan Najib Abdul Razak. Ketiga-tiga dimensi ini akan dipertalikan untuk memperlihatkan aspek kepimpinan dan ideologi yang menjadi pegangan Najib Abdul Razak dalam pemerintahannya.

Dalam pada itu, pengkaji menganalisis data yang dikutip daripada teks ucapan tanpa mengusik atau membuat pembetulan terhadap keaslian data terpelihara.

Bagi memudahkan proses persembahan data, semua teks yang dianalisis ini ditandakan dengan sistem nombor rujukan yang mengandungi maklumat tahun teks perutusan, perenggan dan ayat. Misalnya, dalam nombor rujukan T2016/20/2, T2016 bermaksud teks tahun 2016, 20 bermaksud perenggan kedua puluh, dan 2 bermaksud ayat kedua.

(7)

Analisis Wacana Kritis

Analisis wacana kritis merupakan aspek yang prihatin terhadap teks lisan mahupun tulisan untuk mengungkapkan sumber diskursif yang menjurus kepada penggunaan bahasa dalam masyarakat dan budaya (Van Dijk, 1998). Analisis wacana kritis merujuk semua amalan sosial yang terikat pada sejarah konteks dan cara hubungan sosial dihasilkan untuk memperlihatkan kepentingan yang berbeza yang berkaitan persoalan dan memahami penglibatan wacana dengan hubungan kekuasaan (Janks Hilary, 2001).

Menurut Wodak (1995), analisis wacana kritis bermatlamat untuk menganalisis hubungan struktural secara telus yang berkaitan dengan dominasi, diskriminasi, kekuasaan dan kawalan seperti yang disampaikan oleh bahasa.

Lebih khusus lagi, analisis wacana kritis ialah kajian yang nyata dan sentiasa berkembang dalam interaksi sosial yang mengambil sebahagian bentuk linguistik.

Analisis wacana kritis melihat wacana sebagai pembina sosial dan cerminan praktis sosial (Blommaert Jan, 2005).

Idris Aman (2006) mengatakan analisis wacana kritis tidak terhenti sekadar menghuraikan fitur linguistik dan/atau mentafsir diskursiviti teks sebagai

“ilmu mentah”, tetapi merupakan analisis yang dilanjutkan bagi memahami proses dan persoalan kehidupan sosial dalam wacana sebagai “ilmu masak”.

Dalam pada itu, analisis wacana kritis berfungsi sebagai metod yang menjernihkan kekaburan sebagai kuasa dalam masyarakat moden, terutamanya dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya (Chouliaraki & Fairclough, 1999).

Dalam aspek ini analisis wacana kritis begitu mengambil berat terhadap ucapan dalam pembinaan diskursif atau persoalan masyarakat yang tertanam dalam teks sebagai maklumat yang kurang jelas (Terry Lock, 2004).

Pendekatan Analisis Wacana Kritis

Ciri khas pendekatan wacana kritis ialah hubungan antara amalan sosiobudaya dengan suatu teks (Fairclough, 1995). Elemen ini merupakan perantara amalan wacana. Dalam hal ini, analisis wacana kritis memberikan perhatian terhadap cara suatu teks dihasilkan atau ditafsirkan. Apa dan bagaimana hubungan antara amalan sosiobudaya dengan teks diartikulasikan bersama-sama, bergantung pada sifat daripada sosial budaya. Pendek kata, ketiga-tiga aspek dimensi sebenarnya mempunyai hubungan antara satu sama lain. Hubungan aspek dialektikal antara teks dengan praktis sosiobudaya hadir melalui perantaraan amalan wacana.

Pendekatan ini diilustrasikan melalui Rajah 1.

Dalam menghurai dan menjelaskan aspek proses sosial yang tertanam dalam wacana, analisis wacana kritis menggunakan konsep wacana tiga dimensi dan menghubungkaitkan dengan kaedah analisis wacana secara bersama.

Antaranya termasuklah (i) teks dan wacana, secara lisan atau tulisan; (ii) praktis

(8)

143

wacana menjurus kepada aspek penghasilan teks dan penginterpretasian teks; dan (iii) amalan sosiobudaya (1995). Sehubungan itu, metode analisis diselaraskan kepada tiga dimensi, iaitu yang pertama ialah analisis tekstual yang memerihalkan fitur atau ciri linguistik dan organisasi yang terdapat pada teks. Analisis teks melibatkan analisis linguistik yang meliputi empat bentuk atau sifat teks yang boleh dianalisis, iaitu struktur teks, kohesi, nahu, dan leksikal yang dimanfaatkan (Fairclough, 1992).

Dimensi yang kedua ialah amalan wacana yang menjurus kepada interpretasi hubungan antara (penghasilan dan interpretasi), proses diskursif dan teks. Dimensi yang ketiga ialah proses sosial yang merupakan penjelasan tentang hubungan antara proses diskursif dengan proses sosial. Dimensi analisis dan proses sosial menjurus kepada proses menjelaskan persoalan sosial yang melibatkan aspek kepimpinan, politik, budaya, ideologi, hegemoni, ekonomi dan sebagainya. Menurut Fairclough (1995), ketiga-tiga tahap ini selalu hadir secara serentak dan salah satu didahulukan daripada yang lain.

Dalam kajian ini, pengkaji hanya membincangkan dimensi analisis tekstual dan dimensi proses sosial. Dalam analisis tekstual, perbincangan menjurus kepada aspek leksikal yang memperlihatkan kata alternatif yang dimanfaatkan oleh Najib Abdul Razak ucapan kepimpinan. Dalam dimensi proses sosial, menjurus kepada penjelasan terhadap perbincangan dan tafsiran dalam analisis tekstual. Kajian ini menganalisis ucapan dasar Najib Abdul Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-59 (2016). Teks Perutusan tersebut diperoleh daripada Siri Ucapan Penting daripada buku Koleksi Ucapan Perdana Menteri yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

(9)

Tahap

Pemerihalan (analisis teks) Interpretasi

Penjelasan (analisis sosial)

Dimensi Wacana

Dimensi Wacana Dimensi Analisis Wacana

Rajah 1: Pendekatan Analisis Wacana Kritis Tiga Dimensi Fairclough (1992, 1995, 2003)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam kajian ini, dapatan menunjukkan ucapan daripada PM Dato’ Seri Najib mengandungi ideologi yang dianuti dan cuba untuk disampaikan kepada khalayak. Wacana yang digunakan semasa perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Dato Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2016, itu bukan setakat menghuraikan wacana sebagai satuan bahasa yang bermakna, malah juga usaha memahami suatu proses sosial, iaitu amalan ideologi kepemimpinan yang terselindung di dalamnya. Daripada analisis terhadap teks dan amalan wacananya dirumuskan bahawa dalam teks berkenaan terselindung amalan kepemimpinan yang menyentuh aspek perpaduan, ekonomi dan sosial. Berikut dijelaskan dengan lanjut tentang proses kepemimpinan tersebut berdasarkan aspek kepemimpinan yang diperlihatkan dalam jadual tersebut.

Proses Penghasilan

Proses Interpretasi

Praktis Wacana Teks

(10)

145 Intertekstualiti

Dalam menjelaskan makna intertekstualiti, Fairclough (2003) menjelaskan “The intertextuality of a text is the presence within it of elements of other texts (and therefore potentially other voice than the author’s own) which may be related to (dialogued with, assumed, rejected, etc) in various ways” (Fairclough, 2003, p218). Ini membawa maksud intertekstualiti ialah sumber atau maklumat dari teks-teks lain yang dianyam atau ditenun bagi menghasilkan teks yang baru.

Dengan perkataan lain intertekstualiti merujuk kepada situasi di mana teks khusus lain secara jelas dimanfaatkan dalam proses membina teks baru (Idris Aman, 2006). Penelitian intertekstualiti bermakna penelitian ke atas kepelbagaian teks dalam binaan wacana. Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokus intertekstualiti dari aspek metawacana.

Metawacana

Metawacana merujuk kepada cara pewacana membezakan dan menjarakkan dirinya daripada sesetengah teks bagi menunjukkan teks tersebut merupakan milik atau sumber daripada teks lain (Fairclough, 2003; Idris Aman, 2006).

Dengan kata lain, pewacana seolah-olah mengiktiraf bahawa terdapat sebahagian teks daripada keseluruhan teks wacananya merupakan sumber teks milik pewacana yang lain. Kehadiran teks lain boleh diklasifikasikan sebagai penegasan eksplisit atau penegasan ketara dan penegasan implisit atau penegasan kabur (Radiman Hj Junaidi, 2011). Setelah dianalisis, metawacana diklasifikasikan kepada kosa teks peribahasa Melayu, kosa teks simpulan bahasa, kosa teks Islam dan kosa teks bahasa Inggeris.

Data Rujukan Pemimpin Fokus Teks

(11)

PHK59 (P100B1)

Kemerdekaan Najib Razak

Kosa peribahasa

Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanahair ini, hancur berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat. Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang habis-habisan.

PHK59 (P99B1)

Kosa Teks Bahasa Inggeris

Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang telah terbina.

Interdiskursiviti

Interdiskursitiviti menurut Fairclough (1992:232) ialah ‘jenis wacana’ (discourse type) atau nama lain seperti genre atau jenis aktiviti yang dijalinkan di dalam penghasilan sesuatu wacana. Praktis kepimpinan yang berorientasikan khalayak ini sememangnya boleh dilihat daripada amalan aspek interdiskursitiviti wacana pengucapan itu. Daripada hasil penelitian, pengkaji mendapati pengucapan ini dihasilkan dengan bersandarkan beberapa jenis wacana lain, antaranya ialah wacana jenis laporan, argumentasi, naratif, deskripsi, hujahan, dan ekspresi.

Wacana jenis argumentasi (penghujahan) adalah lakuan bahasa yang menyokong atau menentang sesuatu butiran yang dikemukakan secara rasional (Asmah Haji Omar 1996). Dalam perutusan kemerdekaan, didapati wacana hujahan dimanfaatkan bagi mempertahankan, mengutarakan, dan meyakinkan rakyat terhadap dasar dan tindakan kepimpinannya. Dalam perutusan kemerdekaan, wacana penghujahan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menghujah, mempertahankan, dan meyakinkan khalayak supaya menerima tindakan kepemimpinannya itu. Melalui wacana jenis ini, jelas menampakkan Perdana Menteri, iaitu pewacana berjaya menyampaikan segala persoalan yang berlaku dalam negara dengan berkesan. Di samping itu, penulis mendapati

(12)

147

bahawa wacana jenis ekspresi turut diselitkan dalam teks perutusan tersebut.

Wacana ekspresi ini adalah berkaitan dengan peluahan hasrat dan idea. Dalam perutusan kemerdekaan tersebut didapati wacana jenis ekspresi adalah berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi, dan sosial. Namun, dalam teks ini penulis mendapati wacana jenis ekspresi digunakan oleh pewacana ialah satu luahan pewacana untuk mengajak, memujuk, serta kehendak pewacana supaya masyarakat faham akan matlamat pucuk pimpinannya serta sedar masalah yang melanda dalam negara ini. Berikut ialah contoh jenis wacana ekspresi dan argumentasi atau penghujahan yang terdapat dalam teks perutusan tersebut.

T2016/5/4

Keduanya: Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.

T2016/5/7 Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanahair yang dipelopori oleh UMNO, bersama Parti-Parti Komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.

T2016/6/1 Persoalannya juga, cukupkah sekadar menggantung bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi?

T2016/10/1 Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.

T2016/16/1 Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

Seterusnya, ialah wacana jenis laporan. Wacana jenis laporan yang dijalinkan dalam perutusan berkenaan jelas berfungsi sebagai satu langkah seorang Perdana Menteri untuk memberitahu rakyat tentang keadaan semasa negara. Jenis wacana

(13)

ini selalunya mendedahkan maklumat tentang ‘apa’, ‘siapa’, ‘bila’, atau

‘bagaimana’. Penggunaan wacana jenis ini jelas memaparkan pewacana iaitu pihak pemerintah sendiri cuba sedaya upaya untuk memberitahu rakyat tentang perkara yang berlaku. Daripada pengertian yang lebih mendalam, pengemukaan laporan adalah juga suatu nilai tanggungjawab. Dalam perutusan itu, antara perkara yang dilaporkan ialah isu ekonomi, politik dan sosial. Dalam wacana ucapan ini, terdapat beberapa contoh jenis wacana laporan antaranya ialah:

T2016/5/10 Ketiganya: Yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?

T2016/5/7 Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanahair ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

T2016/11/1 Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama Kerajaan, dan akan diberikan perhatian serius.

T2016/15/1 Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.

T2016/17/1 Bahkan, seperti yang ramai maklum, apa yang kita hadapi ketika itu, hanyalah herdikan-herdikan dan perlian-perlian bahawa, bagaimana mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.

Wacana jenis penerangan turut digunakan oleh pewacana. Penerangan ialah pemerihalan atau pendedahan sesuatu maklumat dengan lebih terperinci. dengan kata lain, penerangan bukan setakat melaporkan ‘apa’, ‘siapa’, ‘bila’, dan

‘bagaimana’, malah turut menerangkan dari sudut ‘mengapa’ (Ismail Ahmad 1996). Matlamat wacana jenis penerangan yang dimanfaatkan dalam perutusan kemerdekaan tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada rakyat akan dasar dan ideologi kepemimpinannya. Contoh wacana jenis ini ialah:

(14)

149

T2016/35/1 Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, Kerajaan Barisan Nasional terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa.

T2016/39/1 Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.

T2016/40/1 Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Public transportation menjadi satu keperluan, yang harus dibangunkan oleh Kerajaan yang berdaya saing menuju kemajuan.

T2016/42/1 Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah akan usaha serius Kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek pengangkutan awam yang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.

T2016/43/1 Antaranya, Kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada sekurang-kurangnya 300 ribu pengguna setiap hari.

Jalinan wacana deskripsi turut digunakan oleh pewacana bagi menyampaikan ucapannya. Wacana deskripsi ini, ialah bertujuan untuk menerangkan, menjelaskan secara terperinci dengan sebab akibat untuk memberi rakyat tahu tentang apa yang ingin disampaikan oleh pewacana tentang beberapa masalah yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Contoh wacana jenis deskripsi dalam teks wacana ucapan ialah:

(15)

T2016/49/1 Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS, sejak tahun 2009, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik antara PDRM dengan ATM, yang telah memecahkan tembok silo antara agensi.

T2016/53/1 Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh pihak Kerajaan.

T2016/54/1 Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit, hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di hospital Kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit setahun.

T2016/61/1 Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti gaji minima dan latihan kemahiran, purata pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat, berbanding golongan lain seperti M40.

T2016/62/1 Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan keberanian politik pihak Kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia.

T2016/12/1 Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 6 dekad, yang dulu, bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan perdesaan, sekarang Alhamdulillah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia.

Daripada beberapa jenis wacana yang dijalinkan dalam teks perutusan tersebut, dapat disimpulkan bahawa matlamat interdiskursitiviti jenis-jenis wacana tersebut ialah pewacana cuba menyedarkan masyarakat khususnya bangsa Melayu supaya rakyat faham, tahu, yakin dan bersama menyokong kepemimpinannya. Oleh itu, berlandaaskan jenis-jenis wacana yang dimasukkan dalam ucapan ini, secara tidak langsung dapat membantu pewacana menyampaikan wadah yang hendak disampaikan. Di samping itu, pewacana juga cuba meyakinkan masyarakat tentang kredibiliti pucuk pimpinan yang dipegangnya itu. Oleh itu, jelas

(16)

151

berdasarkan amalan wacana yang sedemikian, telah memaparkan dengan jelas praktis kepimpinan beliau iaitu kepimpinan yang mengutamakan khalayak.

Intertekstualiti

Intertekstualiti ialah sumber dari teks lain yang dianyam bagi menghasilkan teks baru. Menurut Fairclough (1992: 117), intertekstualiti ialah kes melibatkan teks khusus lain dimanfaatkan dalam penghasilan wacana atau teks baru. Beliau menulis, “text absorbs and is built out of texts from the past”. Intertekstualiti dilaksanakan melalui beberapa bentuk, seperti representasi wacana, praandaian, nafian, metawacana, dan ironi. Dalam wacana ucapan ini, penulis mendapati bahawa terdapat penggunaan metawacana. Metawacana ialah cara pewacana membezakan aras yang berlainan di dalam teksnya sendiri serta cara pewacaana menjarakkan dirinya daripada sesetengah aras teks, dan menggap aras berlainan ini sebagai milikan lain Fairclough (1992).

Metawacana berperanan melalui penyisian, penegasan ini. Penulis mendapati, pewacaana menyelitkan simpulan bahasa dalam teks yang diucapkan.

Di samping itu, pewacaana turut menyelitkan unsur metafora dan hiperbola bagi menyatakan sesutau keadaan. Tujuan penyisipan unsur ini sedikit sebanyak dapat membantu pewacana memahamkan serta membawa audien membayangkan dengan lebih ringkas dan tepat. Penggunaan simpulan bahasa ini, penulis labelkan dengan huruf tebal. Contoh unsur metawacana yang terdapat dalam teks ucapan ini ialah seperti dalam perenggan berikut:

T2016/7/1 Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang berlayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanahair ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

T2016/8/1 Sebabnya, sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan tak-kan sesekali berbalik haluan.

T2016/10/1 Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.

T2016/16/1 Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak

(17)

terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

T2016/27/1 Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 buah negara.

Secara keseluruhan, metawacana dimanfaatkan dalam teks perutusan tersebut bagi memudahkan rakyat faham dengan penggunaan ayat-ayat yang tidak terlalu akademik, formal, dan khusus sifatnya. Ini terbukti melalui jenis kosa kata lain yang digunakan, iaitu kosa kata peribahasa dan kosa kata agama Islam.

Oleh itu, dengan jelas memaparkan bahawa dengan menyelitkan unsur metawacana ini, sedikit sebanyak dapat membantu pewacana menyampaikan maksud dengan lebih berkesan dan penyelitan unsur ini, sedikit sebanyak dapat mengelakkan jurang antara pewacana dengan pendengar, kerana situasi tersebut tidaklah menampakkan formal sangat. Ini bertepatan dengan majlis yang diadakan itu adalah satu majlis yang boleh disifatkan sebagai majlis pengikat kemesraan antara insan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelas melalui wacana perutusan kemerdekaan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, penulis mengandaikan atau melabelkan teks ini adalah mengandungi praktis kepimpinannya. Kepemimpinan adalah proses sosial yang penting dalam kehidupan. Dalam konteks Malaysia, kepemimpinan Najib Abdul Razak amat signifikan untuk difahami dan dijelaskan bagi rakyat menilai, menghargai, melaksanakan, dan mempelajari dasar kepemimpinannya.

Dalam pada itu, hasil perbincangan ini memperlihatkan wujudnya hubungan antara wacana dengan persoalan sosial. Sehubungan itu, penulisan ini juga merupakan salah satu usaha penulis manfaatkan wacana bagi memahami proses sosial yang berlaku dalam masyarakat. Oleh itu, berlandaskan teori analisis kritis ini dengan jelas memaparkan bahawa wacana pengucapan Najib Abdul Razak jelas mengandungi praktis kepemimpinannya.

(18)

153 RUJUKAN

Addy, J. & Ofori, E. A. 2020. A Critical Discourse Analysis of the Campaign Speech of a Ghanaian Opposition Leader. Theory and Practise in Language Studies, 10. (10). 1279 – 1287.

Agwin Degaf, Dewa Putu Wijana & Soepomo Poedjosoedarmo. 2019. Textual Analysis on Celebrity News in the Online Media. LINGUA. 4. (2).

Asmah Haji Omar. 1996. Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blommaert, Jan, 2005. A Critical Introduction. Cambridge: Cambridge University Press.Chouliaraki & Fairclough, N., 1999. Discourse in Late Modernity. Edinburgh University Press.

Fairclough, N. 1989. Language and Power. Longman.

Fairclough, N., 1992. Discourse and Social Change. Polity Press.

Fairclough, N., 2003. Analysing Discourse: Textual Analysis for Social Research.

Routledge.

Fairclough, N. 1995. Critical Discourse Analysis: The Critical Study of Language. Longman.

Fareeha Aazam, Fatima Zafar Baig, Tanveer Baig, Shumaila Khaliq, Amna Azam, Sarah Shamshad & Muhammad Zammad Aslam. 2019. A Critical Discourse Analysis of ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ by Michael Wolff. International Journal of English Linguistics, 9. (4).

Fowler, R. 1977. Linguistics and The Novel. Methuen.

Hayashi, T. dan Hayashi, R. 1997. Ideology and power of English in Japanese texts. Abstract Fourth International Conference on World Englishes:

Language, Education and Power. December 19-2 I. National Universitv of Sin-eao.o re for IAWA. Sin-ea.oo re.

Idris Aman, 2001. “Analisis Wacana Kritis Perutusan Perdana Menteri Dr.

Mahathir Mohamad”. Tesis PhD. Universiti Malaya.

Idris Aman. 2006. Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad. 1996. Penulisan Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka.

(19)

Jank, Hilary, 2001. “Identity and Conflict in the Critical Literacy Classroom”

dlm. Comber, B & Simpson, A. (eds.) Negotiating Critical Literacies in Classrooms. Lawrence Erlbaum Associates.

Kamila Ghazali. 1999. A Critical Discourse Analysis of the Speeches of Dr.

Mahathir Mohamad. Tesis Ph.D , Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Lerman, C. L. 1985. Media analysis of a Presidential Speech: Impersonal Identity Formsin Discourse. Dlm. Van Dijk, T.A. (ed). Discourse and Communication: New Approaches to the Analyses of Mass Media Discourse and Communication. Berlin, New York: Walter de Gruyter.

Pgs. 185-215.

Muhammed Shahriar Haque, 2006. “Discourse of Exclusion: A Critical Discourse Analysis of Recruitment Advertisement”. Tesis Ph.D. Universiti Putera Malaysia.

Pike, K.L. 1971. Linguistic concepts: An introduction to tagmemics.

University of Nebreska Press.

Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah, 1991. “Analisis Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah.” Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Simpson, P. 1993. Language, Ideology and Point of View. Routledge.

Van Dijk, T.A., 1998. Ideology: A Multidisciplinary Approach. SAGE Publication

Van Dijk, T. A. 2000. The Reality of Racism: On Analyzing Parliamentary Debates on Immigration. Cambridge University Press.

Wodak, R. 1996. Disorders of discourse. Longman.

Referensi

Dokumen terkait

pengaruh signifikan model PBL berbantuan PhETterhadap kemampun pemecahan masalah fisika pada materi pokok elastisitas dan hukum Hooke Siswa kelas XI semester II

Tahap Perancangan proses augmented reality dilakukan setelah semua kebutuhan perangkat lunak didapatkan melalui tahap sebelumnya. Perancangan aplikasi dilakukan

Badrun Manuru (Sebelum mekar menjabat sebagai KAUR Pembangunan, setelah mekar menjabat sementara sebagai Kades, sekarang menjabat sebagai sekertaris desa Ori)Berkaitan

Oleh karena itu, perencanaan jalur interpretasi kota Cirebon perlu dilakukan agar memberikan pengalaman wisata yang menarik dan menyenangkan bagi pengunjung, yang

Akibat perfusi jaringan buruk, penurunan aliran darah misal : gagal jantung, syok, henti jantung.. 

Sebagai pusat pelayanan, P2TP2A diharapkan dapat memberikan 5 (lima) jenis pelayanan yaitu pelayanan pengaduan, pelayanan kesehatan, pelayanan rehabilitasi sosial, pelayanan

Bagaimana membuat model atau rule yang akan digunakan untuk subsistem manajemen model pada sistem pendukung keputusan.. Bagaimana mengimplementasikan model yang ditemukan

Ketika ditanya apakah ada selama ini dari pihak penghulu KUA atau tokoh masyarakat mengadakan sejenis penyuluhan dan sosialisasi terhadap wali nasab untuk bisa