• Tidak ada hasil yang ditemukan

PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PILIHAN UNGGUL ANDA

MENUJU HARI PERSARAAN

YANG SELESA

(2)

BeBas daRi KeRisaUan KeWanGan

seUMUR hidUP

Corak kehidupan anda bertambah baik sepanjang masa – dengan mempunyai kereta yang baik kepada yang lebih bagus, berpindah dari rumah biasa ke rumah yang mewah dan mempunyai satu keluarga yang lengkap dari keluarga yang sederhana. Begitu juga dengan perlindungan kewangan anda – ia perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan dalam gaya hidup anda.

Dengan perkembangan teknologi perubatan sepanjang masa, jangka hayat turut meningkat di mana berkemungkinan menyebabkan jumlah simpanan kita yang ada tidak mencukupi . Kos keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan keperluan perubatan kian meningkat. Sekiranya anda masih belum memulakan sebarang pelan persaraan anda, Takaful

myGemilang

adalah penyelesaiannya! Selain dari menggunakan Takaful

myGemilang

sebagai jawapan terhadap persaraan anda, ia juga boleh digunakan sebagai pelan simpanan biasa untuk memenuhi keperluan mengikut perubahan corak kehidupan anda.

Perlindungan Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) anda akan meningkat sekurang-kurangnya 10% setiap lima tahun sehingga 200% (untuk sijil bertempoh 30 tahun). Anda boleh mula menikmati hasil simpanan anda walaupun telah berhenti membuat Caruman*!

Jangan tunggu lagi! Mulakan pelaburan untuk sekuriti kewangan seumur hidup HARI INI!

(3)

Tempoh Penyertaan Tempoh Pembayaran Caruman (Tahun) 10 7 15 10 20 15 25 20 30 25

MENGAPA SAYA MEMILIH TAkAfuL

myGemilang

?

1. Mencari tapak permulaan untuk pembinaan masa persaraan yang selesa? Lakukanlah dengan Takaful

myGemilang

!

2. Dengan Takaful

myGemilang

, anda dapat memilih terma perlindungan yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan mengikut perubahan corak hidup anda;

3. Jumlah perlindungan kewangan anda meningkat selaras peningkatan Jumlah Perlindungan dilindungi sekurang-kurangnya 10% setiap lima tahun sehingga 200 % (untuk sijil bertempoh 30 tahun). Ini dapat mengurangkan impak dari inflasi;

4. Melakukan pengeluaran separa atau pengeluaran tunai dari Sijil anda pada bila-bila masa*;

5. Memperkuatkan keperluan perlindungan anda sama ada dengan Rider Takaful Kemalangan Diri atau Rider Takaful Manfaat Tunai Hospital.

*Tertakluk kepada pengeluaran separa dan caj serahan

MENERIMA WANG DAN PERLINDuNGAN YANG MALAR

WALAuPuN ANDA BERHENTI MEMBuAT CARuMAN!

Berita baik! Anda boleh berhenti membuat Caruman mulai tahun ke-8 untuk Sijil anda yang tempohnya 10 tahun atau untuk 5 tahun terakhir Sijil anda bagi tempoh terma yang lainnya. Dengan kata lain, apabila anda berhenti membuat Caruman, anda masih mendapat perlindungan yang tidak terganggu dan dapat menikmati manfaat-manfaat yang lainnya. Manfaat ini termasuk penerimaan bayaran berperingkat secara tahunan sehingga tamat, atau amaun sepenuhnya apabila matang.

Caj Tabarru’ dipotong dari Dana Simpanan sepanjang tempoh Sijil tersebut (termasuk tempoh pembayaran berperingkat). Jika Dana Simpanan tidak mencukupi untuk potongan Tabarru’, Sijil tersebut akan tamat dan perlindungan akan terganggu.

Opsyen 1

Menerima bayaran tahunan selepas Tempoh Pembayaran Caruman. Setiap bayaran adalah 5% dari baki Dana Simpanan.

100% dari Dana Simpanan akan dibayar pada tarikh matang. Amaun bayaran tahunan adalah tidak dijamin. Ia bergantung ke-pada baki Dana Simpanan.

(4)

Opsyen 2

Menerima 100% daripada baki Dana Simpanan pada tarikh matang.

SIAPAkAH YANG LAYAk MENYERTAI?

Sesiapa sahaja yang berumur antara 18 hingga 65 tahun layak menyertai pelan Takaful

myGemilang

(bergantung kepada penilaian pengunderaitan). Anda boleh memilih tempoh perlindungan 10, 15, 20, 25 atau 30 tahun, bergantung kepada umur tamat maksima 80 tahun.

APAkAH MANfAAT YANG DISEDIAkAN?

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih amaun Jumlah Perlindungan dijamin dan tempoh penyertaan. Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM), Jumlah Perlindungan dan baki Dana Simpanan akan dibayar kepada penama untuk mengendalikan pembahagian kepada penerima-penerimanya.

Sijil ini tidak akan membayar Jumlah Perlindungan pada tarikh serahan atau matang.

Bagi memastikan perlindungan anda seimbang dengan peningkatan inflasi dan cara kehidupan peribadi anda, Jumlah Perlindungan meningkat setiap lima (5) tahun mengikut jadual berikut:

Tahun Sijil % daripada Jumlah Perlindungan Awal

10 15 20 25 30 1 - 5 100% 100% 100% 100% 100% 6 - 10 110% 110% 110% 110% 120% 11 - 15 120% 120% 120% 140% 16 - 20 130% 130% 160% 21 - 25 150% 180% 26 - 30 200%

Baki Dana Simpanan akan dibayar kepada Peserta secara berperingkat atau sepenuhnya apabila selesai Tempoh Pembayaran atau pelan sudah matang (bergantung kepada opsyen yang dipilih). Alternatifnya, bayaran juga akan dibuat pada masa penamatan Tempoh Sijil; selepas ditolak caj serahan, jika berkaitan.

Baki Dana Simpanan tidak dijamin dan berdasarkan kepada prestasi sebenar dana tersebut. Dalam keadaan yang merugikan, Dana Simpanan ketika masa matang atau serahan berkemungkinan kurang daripada jumlah Caruman. Sila rujuk kepada Sijil bagi deskripsi terperinci manfaat-manfaat yang terkandung dalam pelan ini.

(5)

BERAPAkAH CARuMAN ANDA?

Caruman yang anda perlu bayar bergantung kepada umur anda, pekerjaan, status kesihatan dan amaun Jumlah Perlindungan dan tempoh yang dipilih.

Contoh berikut mengilustrasikan cara pengiraan Caruman Tahunan:

Umur Masuk : 38

Tempoh : 30

Jumlah Perlindungan : RM20,000

Kadar Caruman : RM48.50 setiap RM1,000 Jumlah Perlindungan

(Berdasarkan jantina, umur masuk dan tempoh ke atas)

Caruman Tahunan = 20,000/1,000 x RM48.50 = RM970*.

Baki dari Caruman selepas potongan Yuran Wakalah akan dipindahkan dan dikumpulkan dalam Dana Simpanan. Tabarru’ atau derma akan didebitkan daripada Dana Simpanan ini untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah.

Kadar Tabarru’ adalah tidak dijamin.

(*Caruman minima adalah RM75 sebulan atau RM900 setahun)

CARA MEMBuAT CARuMAN

Anda boleh memilih untuk membuat Caruman anda samada secara bulanan, suku tahunan , setengah tahunan atau tahunan melalui:

• Tunai • Cek

• Kad Kredit ( Cawangan-cawangan STMB ) • Arahan Tetap Kad Kredit

• Autodebit daripada Akaun Maybank • Arahan Tetap Berdiri Bank di BIMB atau BSN • http://www.bankislam.com.my/

• http//www.maybank2u.com.my/ • Potongan Gaji

(6)

YuRAN DAN CAJ

Takaful

myGemilang

menggunapakai kontrak Wakalah bagi tujuan mengurus dan melaburkan Caruman anda. Yuran dan caj berhubung pelan ini adalah seperti berikut:

Yuran Wakalah

Yuran Wakalah (% daripada Caruman) berbeza berdasarkan pilihan Tempoh Penyertaan:

Tahun Sijil Tempoh Penyertaan

10 15 20 25 30 1 60% 65% 80% 90% 90% 2 30% 35% 40% 50% 50% 3 25% 25% 30% 35% 35% 4 20% 20% 25% 30% 30% 5 15% 15% 20% 20% 20% 6 15% 15% 20% 20% 20% 7 - 10 15% 15% 15% 15% 15% 11 & ke atas 13% 13% 13%

Baki Caruman selepas potongan Yuran Wakalah akan dimasukkan ke Dana Simpanan. Sewaktu ulang tahun bulanan, caj Tabarru’ ditolak dari Dana Simpanan dan dipindahkan ke dalam Dana Risiko untuk bayaran manfaat pada masa diperlukan.

Caj Pengeluaran Separa

Caj tetap sebanyak RM50 akan dipotong dari hutangan amaun pengeluaran separa dibayar dan pengeluaran separa tersebut mestilah dalam gandaan RM100.

Dana Simpanan tersebut selepas pengeluaran separa harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000.

Caj Serahan

Caj tetap sebanyak RM100 akan ditolak daripada amaun serahan. Segala yuran dan caj adalah tidak dijamin. Syarikat akan memaklumkan anda melalui surat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum sebarang semakan semula dilakukan.

AGIHAN kEuNTuNGAN PELABuRAN

Keuntungan pelaburan dijana dari Dana Simpanan, sekiranya ada, akan diagihkankan setiap tahun antara anda dan Syarikat seperti berikut:

(7)

• Anda : 90% dari keuntungan pelaburan • Syarikat : 10% dari keuntungan pelaburan

Tiada pembahagian lebihan bagi Dana Risiko. Lebihan tersebut, sekiranya ada akan kekal dalam dana risiko bagi perlindungan pengalaman tuntutan luar jangka.

PENGECuALIAN & HAD

Perlindungan Takaful

myGemilang

adalah tertakluk kepada pengecualian dan had yang tertentu:

Kematian (sehingga umur 80 tahun)

• Bunuh diri ketika waras atau tidak waras dalam tempoh satu (1)

tahun dari tarikh penyertaan.

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun)

• Keilatan disebabkan oleh berlakunya perang atau operasi

seakan perang;

• Sebarang pelanggaran undang-undang oleh anda atau serangan

disebabkan provokasi anda; dan

• Penyertaan dalam latihan untuk sebarang sukan yang berbahaya

atau berisiko atau pertandingan atau menunggang atau dalam apa-apa bentuk perlumbaan atau pertandingan.

Pengecualian dan had di atas bukanlah menyeluruh. Informasi terperinci yang selebihnya boleh didapati di dalam Sijil.

LAMPIRAN RIDER

Anda boleh menyertai satu atau lebih banyak rider seperti yang berikut bagi meningkatkan perlindungan di bawah pelan ini:

• Rider Takaful Kemalangan Diri • Rider Takaful Manfaat Tunai Hospital

TERMA ISu YANG PENTING

1. Anda perlu memastikan pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan bayaran Caruman perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.

2. Adalah amat penting untuk memberikan informasi yang lengkap dan tepat bagi membolehkan Syarikat atau wakilnya memberikan nasihat mengenai kesesuaian produk mengikut keperluan dan situasi anda.

3. Anda diberi tempoh “Pemerhatian Percuma” selama 15 hari untuk menilai samada sijil tersebut memenuhi jangkaan anda. Jikalau anda mendapati ianya tidak, anda berhak mengembalikan sijil tersebut dalam tempoh ini dan Caruman anda, selepas ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan, akan dikembalikan.

4. Jika anda tidak membuat Caruman secara berterusan dan masa yang tepat, perlindungan Takaful tersebut mungkin terganggu. 5. Caj-caj Tabarru’ ditolak daripada Dana Simpanan semasa ulangtahun

bulanan. Jika Dana Simpanan tersebut tidak mencukupi untuk tolakan Tabarru’, Sijil tersebut akan luput.

6. Syarikat berhak untuk menolak tuntutan dalam keadaan di mana anda gagal membekalkan informasi relevan yang akan mempengaruhi keputusan Syarikat untuk menerima atau menolak risiko tersebut dan berkenaan terma yang akan dikenakan kepada anda.

(8)

7. HANYA Dana Simpanan sahaja (tolak caj serahan, jika berkaitan) dibayar pada masa serahan atau matang. Jumlah perlindungan dibayar sebagai TAMBAHAN kepada Dana Simpanan HANYA pada masa kematian atau berlakunya keilatan kekal dan menyeluruh. 8. Caruman yang dibayar untuk pelan ini, disamping sebarang pelan

Takaful Keluarga atau insurans nyawa dimiliki, dan sebarang Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada tersedia bagi potongan cukai sehingga amaun maksima tertakluk kepada definisi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun cukai, di bawah elaun cukai bagi Caruman Takaful/Premium Insurans dan Caruman kepada skim persaraan yang diluluskan atau KWSP. Semua potongan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad LHDN.

9. Brosur ini adalah sebagai informasi umum sahaja dan tidak mewakili Sijil takaful tersebut.

10. Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakselarian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Kehidupan adalah penuh dengan ketidakpastian. Sebarang kemalangan yang tidak diduga, samada kematian, keilatan kekal dan menyeluruh atau penyakit kritikal, mungkin menyebabkan kesulitan kewangan kepada anda dan keluarga anda.

Di Takaful Malaysia, kami akan sentiasa berada disisi anda untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada anda dan orang kesayangan anda walaupun pada masa berlakunya kemalangan yang tidak diduga…

Jadilah seorang yang bijak dan mulakan sebuah kehidupan yang bebas dari kerisauan kewangan!

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Takaful dan diregulasikan oleh Bank Negara Malaysia

SYARIkAT TAkAfuL MALAYSIA BERHAD(131646-K)

IBu PEJABAT Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan Darul Takaful,

No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur.

TEL 603-2268 1984 fAkS 603-2274 0237

kHIDMAT PELANGGAN1-300 8 TAKAFUL (825 2385)

LAMAN WEB takaful-malaysia.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Dalam skripsi ini penulis membahas mengenai keanekaragaman jenis semut yang diperoleh dari 24 plot pada 6 stasiun penelitan dengan menggunakan perangkap sumuran (pitfall

Hasil penelitian terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan media sosial WhatsApp berkonten pornografidengan perilaku seksual berisiko pada remaja di SMKN

Sepanjang seluruh masyarakat desa ……… telah mendapatkan sarana air minum secara berkesinambungan, dan telah dilakukan usaha-usaha untuk meningkatkan produktivitas dan kualitas

PT Pelindo IV juga telah menetapkan Peraturan Direksi terkait gratifikasi yakni PD 21 Tahun 2015 tentang Pedoman Pengendalian Gratifikasi di Lingkungan PT

Imam Sodikun – 104.14.024 Pusat Latihan Sepak Bola PSSI | 23 Pelaku pada Kelompok Kegiatan dan kebutuhan ruang Publik Bangunan Asrama Putra/Putri terdiri dari : Tamu yang

Susunan Pohon Jaringan Global Susunan Pohon Jaringan Utama Kualifikasi Level 3 (GOLD) Kualifikasi Level 3 (GOLD) Dibayar HARIAN Dibayar HARIAN.. BR =

Sekiranya sijil ini dibatalkan dalam tempoh ini, kami akan memulangkan kepada anda nilai unit (pada tarikh penilaian berikutnya) serta sumbangan yang tidak dilaburkan,

Setelah makan pagi, anda kembali dijemput dan diajak mengunjungi Jogger di Luwus sampai waktunya diantar ke Labhaga restaurant untuk makan siang, setelah makan