• Tidak ada hasil yang ditemukan

Budaya Makanan Dan Pemakanan Halal Dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Budaya Makanan Dan Pemakanan Halal Dalam"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU MENURUT PERSPEKTIF

ISLAM

Mohd Anuar Ramli, 91 Mohammad Aizat Jamaludin92



Abstrak

Budaya makanan dan pemakanan bersifat relatif. Kebiasaannya, ia berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Bagi masyarakat Islam budaya ini digarisbawahi dengan panduan syariat sama ada bersumberkan al-Quran ataupun al-Sunnah. Dengan kata lain budaya makanan dan pemakanan dibentuk oleh panduan halal dan haram sama ada dalam penyediaan mahupun pengambilan makanan. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan tentang konsep budaya makanan dan pemakanan halal di samping huraian tentang sumber asas pembentukan budaya makanan dan pemakanan halal. Kajian juga membincangkan tentang budaya makanan dan pemakanan masyarakat Melayu Islam yang diwarisi turun temurun melalui proses sosialisasi makanan selain perubahan pola budaya makanan yang diwarnai dengan imperialisme cita rasa daripada Barat, Timur Tengah dan negara-negara lain. Ini kerana makanan merupakan asas dan jati diri sesuatu bangsa. Namun begitu, di sebalik penjajahan makanan ini, masyarakat Islam khususnya pengguna perlu menjaga aspek halalan tayyiba agar budaya makanan dan pemakanan tidak dicemari dengan sumber haram yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Kata kunci: budaya makanan, imperialisme makanan, halalan

tayyiba, haram, pantang larang

Pengenalan

Makanan merupakan keperluan fizikal bagi manusia. Setiap masyarakat manusia mempunyai lidah dan dapur yang tersendiri. Lidah merujuk kepada cita rasa atau bentuk selera makanan yang eksklusif dan dapur merujuk kepada menu serta penyediaan makanan yang tertentu. Ringkasnya ia merujuk kepada budaya makanan dan pemakanan sesebuah masyarakat.

Lidah dan dapur ini akan membentuk pola budaya makanan yang berbeza antara satu bangsa atau etnik dengan etnik yang lain. Secara asasnya ia dipengaruhi oleh pegangan agama dan kepercayaan masing-masing di samping

(2)

faktor geografi, iklim dan alam sekeliling. Ini kerana pola budaya makanan akan terbentuk hasil dari interaksi manusia dengan persekitaran. Ia akan menghasilkan panduan penyediaan dan pemilihan makanan yang dibenarkan oleh norma masyarakat dan melahirkan pantang larang yang khusus dalam budaya makanan tiap masyarakat.

Dalam masyarakat Islam, al-Qur'an dan al-Sunnah menjadi panduan utama dalam pembentukan budaya masyarakat. Kedatangan Islam telah merubah corak hidup masyarakat daripada budaya yang tidak Islami kepada budaya yang Islami bersumberkan ajaran Islam. Dalam konteks ini, al-Qur'an dan al-Sunnah merupakan rujukan asas kepada harmonisasi budaya makanan yang haram kepada yang halal dalam masyarakat. Ini kerana peraturan halal-haram menjadi asas kepada budaya masyarakat Islam di samping uruf yang tidak bertentangan dengan syariat diterima sebagai sebahagian daripada cara hidup bersama.

Sehubungan itu kajian ini akan membincangkan tentang budaya makanan dan pemakanan dalam masyarakat Melayu di Malaysia dengan melihat kepada faktor yang membentuk budaya makanan berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan urf masyarakat.

Konsep Budaya Makanan Halal

Dalam literatur Melayu, istilah budaya makanan dilihat begitu asing dan sukar untuk mendapatkan takrifan yang tuntas. Namun begitu, tidak bermakna tiada budaya makanan dalam masyarakat Melayu. Dalam literatur Inggeris, istilah ini dapat didapati dalam istilah culture of food, food of culture, culture of the fork, culinary culture, culture and gastronomy, eating culture, culture and cooking, culture and cuisine dan sebagainya. Setiap konsep mempunyai pemaknaan tertentu yang berkaitan dengan budaya makanan dan masakan.

Definisi Budaya

Dari sudut etimologi, perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya. Pandangan ini disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah (1908M-1981M)93 dan Sutan Takdir Alisjahbana (1908M-1994M).94 Perkataan budaya mengalami proses hiplologi95 (budi + daya : budaya).

93

Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221. 94

Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3, (Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9.

(3)

Dari aspek terminologi, E.B. Tylor mentakrifkan kebudayaan sebagai:

That complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom, and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society96

Menurut Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka), kebudayaan adalah;

“Usaha dan hasil usaha manusia menyelesaikan kehendaknya

buat hidup dengan alam yang ada di kelilingnya.97”

Definisi Makanan dan Pemakanan

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, makanan adalah rezki, nafkah, habuan perut, juadah, panganan, sajian, hidangan, santapan.98 Dalam Kamus Dewan, ia ditakrifkan sebagai apa sahaja yang boleh dimakan seperti nasi, roti dan lain-lain.99 Dalam bahasa Arab disebut al-ta`am (jamak al-at`imah), iaitu sesuatu yang diambil oleh manusia dan hidupan lain sebagai keperluan asasi demi kelangsungan hidup.100 Dalam bahasa Inggerisnya food dihuraikan sebagai (1) articles used for food or drink for man or other animals, (2) chewing gum, and (3) articles used for components of any other such article.101 Justeru makanan merupakan setiap yang dimakan sama ada dalam bentuk pepejal ataupun cecair bagi mendapatkan tenaga dan kesihatan fizikal.102

Manakala perkataan pemakanan merujuk kepada jenis-jenis makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dan lain-lain.103 Ia adalah elemen kimia yang membentuk molekul, yang menghasilkan warna, rasa dan tekstur dalam makanan atau dipanggil nutrien.104 Kajian tentang nutrien dan hubungannya dengan makanan serta makhluk hidup dipanggil nutrisi atau pemakanan. Menurut Che Wan Jasimah, pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam makanan. Antara lima komponen utamanya termasuklah karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Asasnya, pemakanan merupakan proses bagaimana tubuh menggunakan makanan kerana dalam makanan ada nutrien.105

Dalam sains berasaskan bukti, makanan mempunyai tiga cabang termasuk sains pemakanan (food science) (penyediaan, pengawetan, keselamatan dan

96 Edward B. Tylor,

Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958.

97 Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221. 98 Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104.

99 Kamus Dewan, e. 3, c. 7, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), 846. 100

„Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah al-Islamiyyah. (Riyadh, 1984), 6. 101 Fortin, N.D.,

Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice,(New Jersey: John Wiley & Sons, 2009), 35. 102 Saadan Man dan Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana Mencarinya di Pasaran. (Kuala

Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4. 103

Kamus Dewan, 846. 104

Anita Tull,Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1. 105 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi,

Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam Dan Sains.

(4)

mutu), zat (nutrition) (kemujaraban makanan dalam meningkatkan kesihatan manusia) dan kajian pemakanan (dietetics) (pengurusan zat secara optimum).106

Definisi Halal

Perkataan halal menurut bahasa Arab berasal dari kata menjadi ح107, halal ( اح) bermaksud berlawanan dengan yang haram108, ianya juga bererti menjadi harus.109 Menurut al-Qaradawi halal dari segi istilah adalah perkara yang diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang ikatan ancaman dari melakukannya, dan Syari‟ (Allah) memberi keizinan untuk melakukannya.110 Sedangkan antonim bagi halal adalah haram. Perkataan haram pula menurut bahasa Arab berasal dari kata menjadi ا حiaitu berlawanan dengan yang halal, dan al-haram ( ا ح ا) adalah perkara yang diharamkan oleh Allah.111

Menurut Che Wan Jasimah, hubungan antara budaya dan makanan adalah fungsi makanan bukan sahaja sesuatu yang dapat memenuhi keperluan fisiologi manusia semata-mata, sebaliknya ia turut mempengaruhi budaya masyarakat. Oleh itu, ia selari dengan perkembangan budaya masyarakat.112 Justeru, ia boleh berubah selari dengan perkembangan sains dan teknologi, malah boleh diwarisi dari generasi kepada generasi yang lain.

Berdasarkan definisi bagi ketiga-tiga istilah tersebut, dapat dirumuskan bahawa budaya makanan dan pemakanan halal merujuk kepada cara penyediaan dan pengambilan makanan halal dalam sesuatu masyarakat. Ia berkait rapat dengan jenis makanan, rasa makanan, komposisi bahan makanan dan kandungan nutrisi yang diambil dan disediakan sama ada berdasarkan kepada kepatuhan keagamaan, kepercayaan, petua dan pantang larang dan tradisi dalam masyarakat. Ia juga melibatkan makanan yang boleh diambil dan makanan yang dilarang untuk diambil, penyediaan makanan ketika sakit, ketika sambutan perayaan dan sebagainya.

Pembentukan budaya makanan dan pemakanan ini merangkumi rantaian proses yang bermula dari farm to fork di samping penglibatan pihak-pihak seperti pengguna (orang yang makan), pengusaha (penyedia makanan), premis makanan, pihak autoriti makanan dan seumpamanya.

Sebagai misal, budaya makanan masyarakat Nusantara dapat dilihat dalam bentuk pengambilan makanan asasi, iaitu yang berasaskan nasi atau

106 Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between Tradition And Evidence Based Science", Revelation and Science, Vol. 01, No. 01 (2011) 22-31.

107

Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah : Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972. 108

Ibid., 9: 974.

109 Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548. 110 Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami, 1980). 15.

111

Ibn Manzur,. Lisan al-„Arab, 9: 844-845. 112

(5)

bersumberkan tanaman padi bagi menghasilkan beras. Faktor utama yang mendorong kepada penanaman padi adalah memenuhi keperluan fizikal manusia, iaitu rasa lapar. Kesannya mereka berfikir dan berusaha bagaimana untuk menghasilkan beras.

Bermula dari proses semaian hinggalah fasa penuaian, pelbagai teknik diciptakan sesuai dengan peringkat penghasilan. Selepas penuaian padi, beras tersebut tidak langsung dimasak, sebaliknya disimpan sebagai beras usang sebelum diasingkan daripada kulitnya. Bagi memasak nasi, masyarakat menggunakan teknik memasak menggunakan bahan api dan elektrik. Tujuannya adalah untuk memakan bagi kelangsungan hidup. Selain padi diproses untuk masakan nasi, pelbagai kaedah pemprosesan dan penghasilan makanan lain turut dicipta sebagai lambang kecerdikan tempatan (local knowledge). Misalnya seperti dikisar menjadi tepung beras, kemudiannya menghasilkan makanan seperti kue-teow, laksa dan pelbagai kuih muih.

Selain padi digunakan untuk memenuhi keperluan fizikal, makanan berasaskan padi turut dihasilkan selari dengan upacara, tradisi dan pantang larang dalam masyarakat. Misalnya penyediaan pulut kuning ketika majlis tertentu, kuih ketika perayaan dan larangan wanita berhaid menyediakan tapai beras. Masih kedapatan masyarakat Nusantara yang menyediakan sajian kepada makhluk halus (semangat) selepas fasa menuai sebagai lambang terima kasih atas hasil tuaian, 113

malah yang telah menganut agama Islam, menggantikannya dengan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran kepada sang Pencipta.

Begitu juga dengan petua pemilihan makanan dalam kalangan masyarakat, wujudnya istilah makanan yang panas, sejuk dan kering yang memberi kesan berangin, sakit tubuh badan dan urat kepada mereka yang memakannya.114 Pantang larang ini dibentuk untuk menjaga aspek kesihatan tubuh badan manusia.115 Selain itu, di sebalik penyediaan makanan yang pedas dan lemak terdapat petua dan kombinasi makanan untuk menawarkan rasa pedas dan lemak tersebut. Misalnya ulam-ulaman. Ia adalah hasil formula kecerdikan golongan tempatan (local genius) yang membentuk corak makanan dan pemakanan masyarakat setempat.116 Budaya makanan yang diwarisi dari generasi terdahulu diwariskan kepada generasi kemudian dan disesuaikan dengan perkembangan masyarakat.

Justeru itu, setiap masyarakat mempunyai budaya dan tradisi yang tersendiri dalam makanan dan pemakanan. Ia berkait rapat dengan kepercayaan agama, pegangan tradisi, pantang larang adat, malah kawasan geografi dan iklim

113

Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 9.

114 Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan, 8-9.

115 Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak", International

Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1), 2013, 89-97. 116

(6)

turut berperanan dalam membentuk dan mencorak budaya tersebut. Dengan kata lain, setiap masyarakat mempunyai “dapur” dan “lidah” yang tersendiri. Ia merujuk kepada cita rasa masyarakat seiring dengan pengalaman generasi awal, dan diwarisi turun temurun kepada generasi kemudian.117

Misalnya, orang Eropah banyak mengambil makanan berasaskan gandum seperti roti, pie dan pizza, sedangkan orang Asia cenderung makanan berasaskan padi/beras sama ada dalam bentuk nasi, kue-teow, laksa dan sebagainya. Begitu juga agama sebagai faktor penentu dalam membentuk budaya makanan dan pemakanan. Misalnya, penganut agama Yahudi hanya mengambil makanan berlabel kosher, penganut agama Hindu dilarang untuk makan daging lembu dan orang Islam dilarang makan daging khinzir dan makanan haram lain.

Sumber Asas Dalam Pembentukan Budaya Makanan Halal

Islam telah memberikan garis panduan khusus dan umum dalam pemilihan makanan yang halal dan menjauhkan yang syubhat dan haram. Dengan itu, jelas syariat Islam amat menitikberatkan persoalan halal haram dalam makanan. Ada yang disebut secara terang dalam al-Quran dan al-Sunnah, dan ada yang dibiarkan tanpa status yang khusus serta ditinggalkan kepada `urf setempat sama ada untuk memilihnya berdasarkan penilaian yang baik dan buruk. Namun begitu, terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan oleh ulama dalam menentukan baik buruknya suatu makanan. Secara tidak langsung, pengenalpastian citarasa yang baik dan buruk tersebut dapat membantu masyarakat Islam dalam penyediaan dan pengambilan makanan halal.

Masyarakat Melayu Malaysia sangat menitikberatkan soal makanan dan penghasilannya. Dengan pengetahuan bersumberkan alam, masyarakat mengolah penyediaannya berasaskan konsep halalan tayyiban. Pendekatan ini selari dengan tuntutan Islam melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 186:

 janganlah kamu menuruti langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

Umumnya, bukan semua makananyang halal adalah tayyiban tetapi kebiasaannya setiap makanan yang tayyiban pasti halal. Hal ini kerana halal adalah merujuk kepada sesuatu yang dibenarkan atau dianggap suci oleh syarak. Manakala tayyiban adalah aspek yang merangkumi soal kualiti, integriti,

117 Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Persoektif Teori SPB4K",

(7)

kebersihan dan keselamatan makanan. Oleh yang demikian, setiap produk makanan yang dihasilkan jika memenuhi konsep halalan tayyiban akan lebih terjamin aspek kesucian dan kualiti makanannya.

Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa makanan yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat doa terkabul dan makanan yang haram akan menggelapkan hati.118 Sebagai pengguna Muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilih makanan yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali ketika darurat. Ini kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental mahupun spiritual manusia.

Kemudaratan adalah asas utama dalam larangan pengambilan makanan. Ini kerana segala bentuk makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal dan mental manusia turut diharamkan dalam Islam. Ini kerana Islam amat menitikberatkan keselamatan makanan (food safety) demi memelihara nyawa pengguna (hifz al-nafs).119 Ia termasuklah sesuatu yang mengkhayalkan seperti dadah, racun dan ganja atau yang boleh menyebabkan kematian seperti racun. Pengharaman berkait rapat dengan wujud kemudaratan contohnya pengharaman bangkai, darah, khinzir, khamr dan seumpamanya.120 Namun apabila tiada lagi kemudaratan, tiada pengharaman misalnya halal binatang

al-an„am, susu, tumbuhan serta sayuran dan sebagainya.

Walaupun sesetengah produk boleh dihasilkan melalui penggunaan teknologi, namun hakikatnya terdapat sebilangan sumber bahan tetap dianggap haram seperti babi. Pengaruh kuat daripada uruf setempat telah membantu membina satu persepsi budaya makanan bahawa setiap bahan bersumberkan babi adalah haram walau wujud 1001 manfaat.121 Justeru, istilah babi menimbulkan sensitiviti haram yang kuat dalam masyarakat Melayu. Ia menjadi antara pantang larang yang bersifat taboo dalam penyediaan makanan halal.122

Selain al-Quran, al-Sunnah turut memainkan peranan signifikan sebagai panduan dalam pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam. Terdapat pelbagai hadis Nabi yang menuntut pengambilan makanan baik, pengharaman bahan terlarang seperti khinzir, darah, arak dan suruhan mencari

118 Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar al-Jayl, 1987), 6-8. 119

Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28.

120 Mohd Anuar Ramli dan Mohammad Aizat Jamaludin, "Kriteria Makanan Yang Baik dan Buruk Menurut Perspektif Kepenggunaan Islam", Suhaimi Ab Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang: UPM, 2011), 65-83.

121

Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2014), 69.

(8)

sesuatu yang halal serta ancaman neraka kepada orang yang makan makanan yang haram.123 Antaranya, sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap

Muslim.” [Hadis riwayat al-Tabarani dengan sanad yang baik]

Bagi perkara yang halal, secara mutlak kita dituntut mencarinya sebagaimana dijelaskan melalui hadis di atas manakala bagi perkara yang haram secara mutlak dituntut untuk meninggalkannya dan bagi perkara syubhah pula amat perlu dijauhinya. Penetapan konsep halal dan haram sangat jelas di dalam Islam.124 Ianya sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis Baginda SAW. Selain tuntutan mencari sesuatu yang halal, ancaman turut dinyata oleh Baginda SAW. Sabda Nabi SAW:

Terjemahan: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka nerakalah paling utama baginya.” [Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidhi]

Berdasarkan hadis tersebut, balasan terhadap golongan yang mengambil sesuatu yang haram adalah berat. Ini kerana balasannya adalah neraka. Pengambilan sesuatu yang haram ini termasuklah sesuatu zat yang haram, sumber, teknik dan cara yang haram. Ancaman ini menjadi parameter asas dalam kalangan masyarakat Islam dan membentuk budaya makanan halal yang mampan.

Sehubungan itu, syariat Islam menyediakan panduan yang lengkap berkaitan halal dan haram dalam makanan. Makanan yang jelas haram disebutkan dengan terang dengan nas sama ada daripada al-Qur'an ataupun Sunnah, manakala ruang lingkup yang didiamkan atau tidak disebut adalah sedikit sebagai kelonggaran kepada masyarakat. Ini kerana peraturan ini adalah asas kepada pembentukan budaya makanan halal dalam masyarakat Islam.

Budaya Makanan dan Pemakanan Halal di Malaysia

Malaysia merupakan di antara negara yang unik dengan kepelbagaian etnik, budaya dan citarasa makanan. Masyarakat Islam khususnya, mempunyai budaya

123 Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah, (terj.) Makanan dan Minuman dalam Islam. (Jakarta: al-Kautsar, 2009), 18.

124

(9)

makanan yang tersendiri. Ia berkait rapat dengan amalan tradisi warisan dan disuaipadankan dengan panduan yang digariskan oleh Syarak. Ia diwarnai dengan corak dan bentuk makanan pelbagai etnik seperti asli Melayu, Jawa, Banjar, Mandailing, Minang, Bugis dan sebagainya. Berbagai-bagai cita rasa dan selera makanan wujud, antaranya manis, pedas, lemak dan masin di samping kaya dengan nutrisi yang bervariasi. Semua elemen ini adalah hasil manifestasi identiti budaya setempat.125

Pengaruh `uruf dan tradisi tempatan telah menghasilkan budaya makanan yang istimewa berdasarkan latar belakang etnik atau sosio geografi masing-masing. Terdapat sebilangan etnik pada anggapan mereka tidak menjijikkan seperti memakan haiwan dubuk dan dhab. Manakala sebilangan lain mengganggapnya sebagai menjijikkan kerana pada dasarnya ia bukan suatu budaya yang diterima pakai dalam kalangan masyarakat mereka.

Penghasilan produk fermentasi seperti kicap, tapai dan air nira merupakan di antara produk makanan dan minuman eksotik yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia. Salah satu faktor yang mempengaruhi penghasilan produk tersebut adalah disebabkan local knowledge atau pengetahuan tempatan dan keadaan masyarakat pada ketika tersebut tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti peti sejuk dan bahan pengawet untuk menyimpan makanan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, terhasil produk fermentasi yang mampu bertahan untuk beberapa ketika sebelum ianya rosak. Hasilnya idea ini dapat menghasilkan makanan yang membuka selera.

Selain itu, penghasilan makanan yang dianggap menjijikkan bagi sebilangan masyarakat yang lain misalnya produk makanan esotik seperti belacan, cincalok, budu, tempoyak, pekasam, ikan masin, daging jeruk, daging salai dan seumpamanya mampu memenuhi keperluan makanan masyarakat ketika musim bencana seperti tengkujuh. Hakikatnya, citarasa yang terbentuk dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam Malaysia banyak dipengaruhi oleh pandangan mazhab Syafii berbanding mazhab-mazhab lain. Ia dapat dilihat dalam pola pemilihan haiwan-haiwan akuatik dan daratan yang boleh dimakan serta yang tidak boleh dimakan.126

Selain daripada makanan berasaskan etnik, terdapat juga peminjaman budaya makanan yang merentasi etnik di Malaysia. Setiap kaum boleh menikmati makanan kaum lain tanpa sebarang stereotaip perkauman. Orang Melayu, Cina dan India boleh menikmati masakan kue-teow, roti canai dan nasi lemak. Masing-masing menghormati peraturan dan pantang larang kaum lain. Misalnya orang Cina tidak memasukkan unsur haram dalam makanan orang Melayu seperti arak

125

Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary British Food Cultures?,", David Howes et al. (eds.), Cross-Cultural Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002), 77-78.

(10)

dan khinzir, orang Melayu tidak menyediakan kari daging lembu kepada kaum India. Peminjaman ini menghasilkan citarasa tempatan yang unik.

Namun kini, perubahan budaya makanan makin menghakis menu warisan tempatan. Ia selari dengan penularan budaya konsumerisme yang didorong oleh perubahan sosio-budaya masyarakat, taraf sosio-ekonomi dan perkembangan sains dan teknologi. Dalam konteks masa kini, pelbagai cita rasa luar diimport masuk ke dalam pasaran Malaysia. Proses ini telah mengubah pola budaya makanan tradisi kepada percampuran cita rasa dan perubahan selera setempat.

Kini, terdapat pelbagai premis makanan dari luar Negara yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Pertumbuhan pesat restoran nasi kandar di serata pelosok negara, penambahan jumlah mendadak restoran tomyam, kehadiran restoran makanan segera dari Barat, kewujudan restoran makanan Arab, kebanjiran restoran ayam penyet dan bakso telah mengubah landskap budaya makanan asal masyarakat Melayu Islam. Dengan itu, nilai patriotisme budaya telah terhakis dan berlaku penjajahan cita rasa yang tanpa disedari.127 Secara langsung, ia mengubah lanskap budaya makanan dalam masyarakat Melayu di Malaysia.

Kesimpulan

Makanan menghasilkan kehidupan kepada manusia, binatang, tumbuhan malah semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat mempunyai citarasa yang melahirkan budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Citarasa ini berbeza mengikut kawasan geografi iklim dan masyarakat. Ia diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Namun ia turut terdedah kepada pelbagai bentuk perubahan.

Justeru itu, makanan merupakan lambang jati diri bangsa dan identiti etnik. Perubahan budaya makanan ini dapat membentuk pola budaya makanan yang baharu dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Kecenderungan ini perlu diiringi dengan rasa sensitiviti halal yang tinggi dalam masyarakat agar selain berlakunya penjajahan citarasa, makanan yang disajikan menepati konsep halalan tayyiba yang digariskan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah.

Rujukan

„Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Tariqi, Ahkam al-At„imah fi al-Syariah al-Islamiyyah. (Riyadh, 1984), 6.

Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali, al-Halal wa al-Haram. (Beirut: Dar al-Jayl, 1987), 6-8.

127

(11)

Ahmad Mokhtar „Umar. Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008). 1: 548.

Allison James, "Cooking The Books: Global or Local Identities in Contemporary British Food Cultures?,", David Howes et al. (eds.), Cross-Cultural Consumption: Global Markets, Local Realities, (Illinois: Routledge, 2002), 77-78.

Al-Qaradawi. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut : al-Maktab al-Islami, 1980). 15.

Amat Juhari Moain, Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), 9.

Ani Haji Omar, "Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari Persoektif Teori SPB4K", Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 7 (1), 2014, 76-97.

Anita Tull,Food and Nutrition, e. 3, (Oxford: New York, 1996), 1.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, "Budaya Pemakanan Masyarakat Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi, Sains dan Teknologi dengan rujukan khusus kepada pengaruh Islam dalam Penghasilan Makanan", Tesis Kedoktoran, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 2009, 46.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam Dan Sains. (Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001), 14-19.

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan, 8-9.

Edward B. Tylor, Primitive Culture. (New York : Harper Torchbooks, 1958. Fortin, N.D., Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice,(New Jersey:

John Wiley & Sons, 2009), 35.

Haitsam al-Hilal. al-At`imah wa al-Ashribah fi al-Sunnah, (terj.) Makanan dan Minuman dalam Islam. (Jakarta: al-Kautsar, 2009), 18.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Pandangan Hidup Muslim. c. 2, (Jakarta: Bulan Bintang, 1966), 221.

Hamidah Abdul Wahab, "Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak", International Journal of the Malay World and Civilization, 1 (1), 2013, 89-97.

Ibn Manzur. Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t. t.). 9: 972.

Kamus Besar Bahasa Melayu, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002) 1104. Mat Rofa Ismail. "Menelusuri Ethnohaiwan dan Persoalan Pemakanan Halal

dalam Kitab Furu' al-Masa'il oleh Syeikh Daud al-Fatani", Nazarudin Zainun et al. (eds.), Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara. (Pulau Pinang: USM, 2013).

Mohammad Shafiur Rahman, "Food And Nutrition: Links And Gaps Between Tradition and Evidence Based Science", Revelation and Science, Vol. 01, No. 01 (2011) 22-31.

Mohd Afifuddin Mohamad et al. Islam dan Sains Kesihatan: Mudarat dan Manfaat Babi. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2014), 69.

(12)

Rahman (eds.), Halal Haram dalam Kepenggunaan Isam Semasa, (Serdang: UPM, 2011), 65-83.

Muhammad Ikhlas Rosele, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar & Mohd Anuar Ramli, "Prinsip-Prinsip Halal dan Haram Menurut Yusuf al-Qaradawi", Nurdeng Dueraseh et al. (eds.), Halalan Toyyiba Perspektif Malaysia (Serdang: UPM, 2013), 118-125.

Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man & Mohd Anuar Ramli "Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam: Kajian Terhadap Pengambilan Makanan Berisiko", Jurnal Fiqh, no. 12 (2015), 1-28.

Paul Fieldhouse. Food And Nutrition: Customs And Culture. e. 2, (United Kingdom: Springer, 1995), 93.

Saadan Man, Zainal Abidin Yahya. Halalkah Makanan Kita?: Bagaimana Mencarinya di Pasaran. (Kuala Lumpur: PTS Islamika, 2014), 4.

Sutan Takdir Alisjahbana, Perkembangan Sejarah Kebudayaan Indonesia Pilihan dari Jurusan Nilai-nilai. c. 3, (Jakarta : PT. Dian Rakyat, 1982), 9. Uma Narayan, "Eating Cultures: Incorporation, Identity and Indian Food", Social

Identities: Journal for the Study of Race, Nation and Culture, vol. 1, 1 (2010), 63-86.

Referensi

Dokumen terkait

PINTU AIR IV KEL.KWALA BEKALA KEC.MEDAN JOHOR PADA DINAS BINA MARGA KOTA MEDAN. TAHUN

Linguistics as a language discipline, which concerns with how meaning is formed within, particularly in the process of word formation, to help the translator

Beberapa kelebihan penggunaan metode DEA dalam penelitian ini, antara lain: 1) Metode DEA dapat memberikan informasi tingkat efisiensi unit-unit puskesmas yang identik

Hasil didapatkan gambaran pengetahuan dari 232 responden penelitian pada mahasiswa farmasi ISTN, berdasarkan jenis kelamin mayoritas responden perempuan memiliki

Dalam bab ini akan dijelaskan hasil penelitian dari data lapangan yang diperoleh peneliti dan pembahasan mengenai Pelaksanaan pengawasan dan pengendalian pencemaran

[r]

Peningkatan suhu gelatinisasi akhir menunjukkan bahwa pada pati tapioka termodifikasi granulanya masih banyak yang utuh, karena jumlah gugus hidroksil pada pati

Oleh karena itu dalam rangka Dies Natalis Universitas Diponegoro ke 55 pada tanggal 15 September 2012 telah diselenggarakan Seminar Nasional Ilmu Komputer dengan tema