• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Tauhid Dalam Ekonomi pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendekatan Tauhid Dalam Ekonomi pdf"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

Pendekatan Tauhid Dalam Ekonomi

Oleh

Zamri bin Rajab

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan [email protected]

Abstrak

Sepanjang perjalanan menerobos ilmu Ekonomi, terdapat banyak pendekatan yang telah diketengahkan oleh idea-idea Barat seperti Pendekatan Adam Smith, Says dan juga Keynes. Justeru, tulisan ini akan meneliti apakah pendekatan yang cuba diketengahkan pula oleh agama Islam dalam menangani isu-isu ekonomi. Pendekatan tauhid adalah pendekatan yang menterjemahkan jiwa dalam ekonomi itu sendiri. Sehubungan itu, tulisan ini telah menyenaraikan 10 teras pendekatan tauhid sekiranya diamalkan dapat membentuk individu yang berjaya dalam bidang ekonomi. Faktor kejayaan itu kerana sumber pendekatan tauhid diasaskan kepada wahyu Allah yang diimani sebagai bebas daripada sebarang kekeliruan. Kata kunci: Ekonomi, Tauhid, Pendekatan, Islam.

Pengenalan

Manusia dijadikan oleh Allah SWT di dunia ini dan dibekalkan dengan fitrah saling memerlukan di antara satu dengan yang lain. Setiap manusia ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Oleh yang demikian, antara seorang dengan seorang yang lain saling perlu dan memerlukan seterusnya keperluan itu melahirkan urusan antara mereka.

Di antara urusan-urusan manusia sesama manusia di dunia ini ialah urusan ekonomi. Dalam menjalankan aktiviti ekonomi itu pula pelbagai kaedah dan pendekatan telah diambil. Ada antara mereka mengambil pendekatan ataupun prinsip ekonomi yang diasaskan oleh Barat sebagai asas membangunkan ekonomi mereka. Ada pula di antara mereka masih mencari-cari pendekatan yang lebih sesuai dijadikan panduan dalam ilmu ekonomi kerana pendekatan-pendekatan yang digunapakai hari ini kurang menampakkan kejayaannya.

Pendekatan Islam dalam prinsip ekonomi telah dan terus mendapat sambutan terutama dalam kalangan orang-orang Islam itu sendiri. Hal ini lahir daripada keinginan mereka untuk sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenarnya sepertimana yang sepatutnya. Mereka ingin menjadikan Islam sebagai satu panduan, cara dan gaya untuk menguruskan kehidupan di dunia. Umat Islam hari ini ingin kembali kepada Islam kerana pada masa yang sama mereka telah jemu dengan pendekatan-pendekatan idealogi yang diasaskan oleh teori Barat yang tidak pernah dapat menyelesaikan banyak isu dalam ekonomi.

(2)

Abd. Jalil (1999, 3) menyatakan falsafah muamalat Islam adalah berdasarkan kebajikan dan matlamatnya untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Ia mengenepikan kepentingan yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Setiap kebajikan boleh membawa keuntungan tetapi tidak sebaliknya. Antara jenis-jenis muamalat dalam bidang ekonomi Islam seperti pertanian, perniagaan, perusahaan, perdagangan dan kewangan. Ada sesetengah ulama Islam menyatakan fiqh muamalat adalah merupakan peraturan Islam yang berkaitan dengan hukum-hukum perniagaan, dan menjadi rangka kerja yang sah untuk ekonomi Islam.

Daripada penafsiran-penafsiran tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan muamalat dalam ilmu ekonomi adalah suatu ilmu yang membincangkan jenis-jenis atau produk-produk Islam dalam urusan ekonomi manusia seperti jual beli, sewaan, qardh hasan, mudharabah, murabahah dan sebagainya. Produk-produk tersebut telah dikaji dan dikeluarkan berdasarkan keamatan dan penelitian ulama Islam terhadap ayat-ayat al-Quran, al-Hadith, pendapat ulama dalam bidang ilmu fiqh dan sebagainya. Manakala pendekatan tauhid pula membincangkan persoalan bukan berbentuk produk Islam dalam ekonomi, sebaliknya ingin mengetengahkan jiwa ekonomi itu sendiri mengikut kacamata Islam sehingga ia mampu menyuntik semangat untuk membangunkan ekonomi berasaskan produk-produk Islam (muamalat) pula.

Pemikir ekonomi Islam Ab. Rahman (1988, 64) menyatakan ekonomi Islam bukanlah merupakan kekangan undang-undang perniagaan semata-mata, tetapi merangkumi juga beberapa aspek lain yang berkaitan seperti aspek sosial dengan mengkaji proses dan natijah daripada kegiatan manusia secara lebih menyeluruh yang merangkumi penggunaan, pengeluaran dan pengagihan dalam masyarakat Islam. Kefahaman yang tidak jelas terhadap persoalan ini kerap menimbulkan tenggapan sempit tentang ekonomi Islam. Untuk menjadikan ekonomi Islam boleh berdiri dengan sendirinya, maka di samping ilmu fiqh mualamat, kajian juga perlu dijalankan untuk menimba pemikiran tentang ajaran agama Islam itu sendiri dalam menggalakkan aktiviti ekonomi yang dijamin dapat melahirkan kesejahteraan kehidupan manusia di dunia dan berterusan sehingga ke akhirat. Akhirnya kefahaman tentang kesemua pendekatan ekonomi dalam Islam, samada pendekatan tauhid atau muamalat diharap akan dapat menyingkap dan membuka skop yang lebih luas tentang perkembangan konsep dan kepenggunaan ekonomi Islam.

Sehubungan itu, persoalan yang bakal dijawab melalui tulisan yang sedikit ini bolehlah diringkaskan seperti berikut:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan tauhid dalam ekonomi? 2. Apakah teras pendekatan tauhid dalam ekonomi?

(3)

Tauhid : Perkataan “Tauhid” berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud keesaan atau ketunggalan. Ilmu tauhid pula ialah ilmu berkenaan keesaan Allah. Perbuatan mentauhidkan Allah adalah mengakui bahawa Allah itu Esa tidak berbilang. (Ibid).

Agama tauhid pula adalah agama Islam, kerana ia menganjurkan umatnya mengesakan Allah dan menafikan syirik iaitu meyakini Allah tidak mempunyai sekutu. Ia meliputi sama ada membebaskan Allah daripada syirik jali yakni menyekutukan Allah secara terang-terangan seperti menyembah berhala, matahari dan sebagainya. Dan juga membebaskan Allah daripada syirik khafi iaitu menyekutukan Allah secara bersembunyi seperti menganggap diri sendiri atau makhluk Allah yang lain mempunyai kuasa, tenaga, kekuatan yang menyaingi Allah dan sebagainya.

Kekuatan agamatauhidadalah wahyu yang disampaikan oleh Allah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW berperantarakan malaikat Jibril AS. Iaitu segala apa yang terkandung di dalam ajaran agama Islam adalah bersumberkan wahyu Allah samada ayat-ayat al-Quran mahupun Hadis Nabi Muhammad SAW.

Keutamaan tauhid pula, seorang tokoh sufi terkemuka Al-Junaid Al-Bagdadi menyimpulkan bahawa majlis yang paling mulia dan paling terhormat ialah majlis yang terdapat di dalamnya perbincangan mengenai bidang Tauhid. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menyokong kenyataan di atas dengan catatannya sebagaimana berikut;

“Orang-orang yang mempunyai Ilmu Tauhid ini adalah yang paling utama di antara ulama-ulama lain. Sebab inilah Allah Taala menyebut mereka ini secara istimewa pada tingkat yang tertinggi sebagaimana firmannya yang bermaksud: Allah telah terangkan bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia yang berdiri dengan keadilan dan disaksikan oleh malaikat dan ahli-ahli ilmu (para ulama).(Surah Al-Imran, ayat 18).

Oleh itu ulama-ulama Ilmu Tauhid secara umumnya adalah Nabi-nabi, kemudian para sahabat barulah ulama-ulama yang menjadi waris Nabi-nabi. Siddiqi (1989) dalam tulisannya Tauhid: The Concept and the Process juga menjelaskan peranan tauhid yang menjadi asas kepada komitmen seorang Muslim melakukan sesuatu pekerjaan di dalam apa juga bidang termasuklah ekonomi. Beliau berpendapat tauhid penting bagi memandu manusia ke arah yang sejahtera.

Ekonomi : Sememangnya ahli-ahli ekonomi telah memberi definisi yang pelbagai tentang ekonomi mengikut pandangan dan latar belakang masing-masing. Ab. Mumin (1999) telah mengumpul pendapat-pendapat tersebut seperti berikut:

 Adam Smith menganggapkan ekonomi sebagai penyelidikan mengenai keadaan dan sebab adanya kekayaan negara.

 Alfred Marshall menyatakan bahawa ekonomi itu ialah pengajian tentang manusia dalam menjalankan kegiatan kehidupannya sehari-hari.

 Pigou berpendapat ekonomi itu mengkaji tentang kebajikan sosial yang boleh secara langsung atau tidak dihubungkan dengan mata wang.

(4)

 Samuelson pula mengatakan ekonomi itu sebagai satu kajian tentang bagaimana manusia dan masyarakat memilih untuk menggunakan punca-punca produktif yang terhad dan pula mempunyai penggunaan alternatif bagi mengeluarkan pelbagai barangan dan akhirnya mengagihkannya untuk penggunaan sama ada sekarang aau masa hadapan di kalangan bermacam-macam kumpulan dalam masyarakat.

Daripada perbahasan yang telah lanjut, maka dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan tauhid dalam ekonomi bermaksud mengambil kira agama Islam iaitu satu-satunya agama di dunia yang menganjurkan keesaan (mentauhidkan) Allah serta segala ajarannya untuk dimanfaatkan di dalam perbahasan ilmu ekonomi. Iaitu dengan tidak menafikan peranan wahyu yang memandu akal ke arah memajukan bidang ekonomi masyarakat keseluruhannya. Perbahasan ini kemungkinan akan menghasilkan perbezaan di antara ekonomi yang dimaksudkan oleh pakar-pakar ekonomi sebagaimana yang disebutkan di atas dan ekonomi yang disandarkan oleh tauhid yang dianjurkan oleh Islam. Hal ini kerana agama Islam tidak mengizinkan sesuatu matlamat boleh menghalalkan cara. Jika dalam ekonomi Islam, matlamat ingin memiliki kekayaan itu dipandu oleh wahyu secara nyata dan jelas melalui sebuah hadith “Setiap sesuatu yang halal itu terang lagi nyata dan setiap sesuatu yang haram itu juga terang lagi nyata manakala yang berada di tengah-tengahnya itu adalah perkara syubhah, barangsiapa yang menolak syubhah maka ia telah menyelamatkan agamanya”.

Abd. Jalil (1999, 4) menganggap Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan. Aspek kehidupan ini termasuklah masalah ekonomi yang merupakan satu aspek daripada sistem kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai yang berbeza daripada segi menentukan kelakuan manusia. Oleh sebab Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah, maka kegiatan manusia itu sendiri tergolong dalam konteks penyerahan diri kepada Allah. Selaras dengan itu, sewaktu melaksanakan kegiatan berekonomi, umat Islam wajib mematuhi syariat Allah dalam bentuk amal, ictikad maupun akhlak. Segala amalan dan kegiatan aktiviti ekonomi mestilah dirujuk kepada perintah Allah daripada segi halal dan haramnya, wajib, sunat, harus dan makruhnya. Yang haram perlu ditinggalkan dan kalau boleh yang makhruh juga ditinggalkan sama. Yang wajib perlu ditunaikan dan kalau boleh yang sunat dikerjakan sama.

(5)

Sepuluh (10) Teras Pendekatan Tauhid Dalam Ekonomi

Teras 1: Ekonomi Sebagai Ibadah

Setiap kegiatan atau aktiviti dalam kehidupan manusia samada yang kecil ataupun yang besar semuanya akan dinilai oleh Allah SWT. Begitu juga kegiatan ekonomi akan menjadi ibadah dan diberi pahala jika dilakukan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, baik daripada segi memenuhi tuntutan akidah, akhlak maupun syariat. Abd. Jalil (1999, 6) telah menggariskan enam syarat tersebut iaitu:

o Aqidah mestilah betul. Iaitu kepercayaan kepada keesaan Allah (tauhid); iaitu tuhan yang layak disembah (tauhid uluhiyyah), tuhan yang mentadbirkan seluruh alam (tauhid rububiyyah) serta tuhan yang mempunyai nama-nama yang baik dan memiliki sifat yang baik-baik (tauhid asma' wa al-sifat). Umat Islam juga perlu yakin bahawa ekonomi adalah suatu sistem yang mendapat pengiktirafan Allah daripada segi suruhan dan larangan yang berkaitan dengannya. Oleh itu sudah tentu ia merupakan sistem ekonomi terbaik yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi manusia kerana ia bersumberkan arahan dan larangan Allah.

o Niat mestilah betul. Masalah ini berkait dengan kesucian hati. Segala kegiatan ekonomi mestilah diniatkan untuk Allah, iaitu mendapat keredhaanNya bukan bertujuan untuk selainNya. Umpamanya menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Segala kegiatan ekonomi mestilah diniatkan ikhlas kerana Allah. Niat yang ikhlas ini lahir daripada keyakinan yang kukuh terhadap kemanfaatan dunia dan akhirat dengan mengamalkan segala perintah Allah.

o Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam. Bidang kerja yang diceburi mestilah bidang yang digalakkan dan dihalalkan dalam Islam. Bidang yang terkeji, terkutuk, haram, yang syubhah dan makruh perlulah dijauhi.

o Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam. Dalam hal ini seseorang perlu tekun, sabar, amanah, bertanggungjawab, berbudi, berperibadi mulia, bersyukur dan menghindari amalan penipuan dan penindasan. Inilah antara sifat-sifat akhlak mulia yang perlu ada bagi setiap muslim supaya usaha tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

o Hasil yang betul dan membawa faedah kepada orang ramai. Hasil ekonomi mestilah dibelanjakan ke arah jalan yang betul dan sesuai dengan kehendak Islam. Di samping digunakan untuk keperluan sendiri dan keluarga, hasil ekonomi perlu juga dimanfaatkan untuk keperluan orang ramai. Di sini timbulnya kewajipan berzakat dan kemuliaan bersedekah.

(6)

Teras 2: Gesaan Supaya Bekerja

Agama tauhid sangat menggesa umatnya melakukan pekerjaan di dalam mencapai kesempurnaan di dalam hubungan manusia sesama mereka. Pekerjaan yang dilakukan tersebut sudah tentu akan membantu bagi menggerakkan aktiviti ekonomi. Abd. Jalil Borhan (1999, 8) berpendapat memang benar rezeki telah ditentukan, tetapi tiada siapa yang mengetahui banyak, jenisnya, dan susah senang untuk mendapatkannya. Di sinilah timbulnya peranan usaha. Modal sudah ditetapkan, cuma usaha yang diperlukan. Rezeki merupakan modal yang perlu diusahakan. Tidak mungkin seseorang mendapat hasil daripada modal yang tidak diusahakan. Dunia ini tempat bergolak, maka siapa yang lemah dan lalai akan ditinggalkan oleh dunia itu sendiri.

Dalam melakukan perkerjaan, pendekatan tauhid menekankan kepada beberapa konsep yang mana sekiranya ia diikuti sepenuhnya akan menerbitkan suatu kesan yang sangat positif dalam menzahirkan ekonomi yang seimbang, harmoni dan membawa kesejahteraan kepada manusia di dunia dan juga di akhirat.

o Konsep Kemuliaan Kerja. Abd. Jalil (1999, 8-9) menyatakan bekerja bermaksud menggerakkan fizikal atau mental seseorang, tidak membenarkannya duduk diam, terbiar dan malas. Kemalasan tidak sepatutnya ada dalam diri setiap muslim kerana kemalasan akan membawa kelembapan fizikal dan mental. Kemalasan juga menyebabkan seseorang menjadi fakir dan akan menjadi beban kepada masyarakat dan agama. Kefakiran juga boleh menyebabkan kekufuran sebagaimana yang dijelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah SAW "Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran". Sumber pengeluaran yang dianugerahkan Allah di bumi ini perlu digunakan, tidak boleh dibiarkan tersimpan atau sehingga terlepas ke tangan orang lain yang mungkin akan menggunakannya bagi merosakkan kembali anugerah tersebut atau merosakkan orang Islam itu sendiri.

o Konsep Motivasi Kerja. Pensyariatan zakat sebagai rukun Islam yang keempat perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan dimensi. Umum mengetahui bahawa zakat adalah "mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta tertentu mengikut kadar tertentu dan dikeluarkan kepada golongan yang tertentu" (Mustafa al-Bugha, 1989). Daripada maksud tersebut kebanyakan umat Islam melihat zakat adalah sebagai bayaran yang terpaksa mereka keluarkan kepada golongan fakir miskin yang hanya duduk diam. Sebaliknya jika dilihat daripada sudut atau dimensi yang berlainan. Kita mendapati suruhan mengeluarkan zakat itu sebagai suatu motivasi untuk umat Islam melakukan kerja sehingga berupaya mengeluarkan zakat. Umat Islam sangat digesa agar mempelbagaikan usaha sehingga suatu hari mendatangkan untung yang banyak dan melebihi nisab zakat sehingga dapat membantu golongan yang sengaja ditentukan Allah sebagai tidak berupaya untuk berkongsi nikmat bersama mereka.

o Konsep al-Itqan. Islam amat menitikberatkan suatu pekerjaan yang dilakukan itu mestilah dengan penuh dedikasi dan menggunakan kemahiran yang tinggi. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

(7)

Zamri (2006, 17) menjelaskan Agama Islam menghendaki setiap penganutnya memiliki sifat yang mulia ini (dedikasi dan kesungguhan). Sebaliknya ia tidak mengiktiraf seseorang yang hidup di dalam keadaan yang penuh dengan hiburan, membuang masa, sentiasa bermain-main dan sebagainya. Seorang muslim sejati tidak boleh tergolong bersama golongan mereka yang telah hilang puncanya. Yang sentiasa mensia-siakan umurnya di dalam perkara-perkara keji dan maksiat ataupun menghabiskan masanya dengan hiburan, gelak ketawa, lepak dan sebagainya.

o Konsep Buat Yang Terbaik. Al-Quran sangat menggesa umat Islam agar melakukan kerja yang terbaik. Di dalam surah al-Mulk, Allah menjelaskan nilai sesuatu amalan di sisiNya adalah kualiti bukannya kuantiti. Firman Allah yang bermaksud "Dan Dialah yang menjadikan kehidupan dan kematian manusia itu sebagai menguji manakah di antara mereka telah melakukan amalan yang paling baik" (67,2).

o Konsep Kerja Lebih Banyak Daripada Masa. Umat Islam seharusnya peka terhadap prinsip kerja lebih banyak daripada masa. Solah Al-Khalidi (1996, 34) berpendapat mereka sepatutnya mengetahui konsep "kerja lebih banyak daripada masa" dengan itu mereka mengambil faedah dari hari, jam dan juga detik yang mereka laburkan. Selain itu mereka merasakan tidak ada masa untuk dilaburkan di jalan-jalan maksiat, bahkan mereka tidak mempercayai langsung akan adanya "masa kosong" sebagaimana yang didakwa oleh orang-orang yang tidak mempunyai tanggungjawab yang besar. Apa yang mereka perkatakan ialah terlalu banyak kerja dan tanggungjawab, lantas mendakwa "kurangnya masa", justeru mengharap jikalau ada masa yang boleh dijual beli, supaya mereka boleh membeli masa orang-orang yang lalai dan rugi.

Teras 3: Keperluan Kepada Tabungan

Ia merupakan suatu pengajaran yang dibincangkan daripada Surah Yusuf melalui firman Allah ayat 46-49 yang bermaksud:

46. (Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru): "Yusuf, Hai orang yang amat dipercaya, Terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar Aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya."

47. Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; Maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.

48. Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

49. Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur."

(8)

Pada masa ini dan akan datang pun, perkara yang sama iaitu keadaan terdesak, bencana alam, kejatuhan ekonomi pasti tetap akan berlaku mengikut percaturan Allah. Bezanya sekarang rahsia-rahsia bila datangnya musibah berkenaan tidak diketahui. Namun penyelesaian bagi menghadapi musibah telah diketahui iaitu dengan cara melakukan tabungan dan penyimpanan. Ajaran Islam (agama tauhid) seakan-akan memberi amaran kepada manusia agar sentiasa berhati-hati dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan aktiviti ekonomi iaitu dengan melakukan tabungan.

Teras 4: Kepentingan Melakukan Infaq.

Pendekatan tauhid memberi penekanan kepada kepentingan melakukan infaq. Iaitu membelanjakan harta hasil yang diperolehi daripada pekerjaan ke jalan seperti yang dianjurkan oleh agama. Allah SWT berfirman dalam al-Quran surah al-Baqarah bermula dari ayat 261 hingga ayat 271 menjelaskan dengan panjang lebar perihal melakukan infaq tersebut. Dalam bahasa Melayu, kalimah infaq ini disesuaikan dengan perkataan memberi nafkah. Iaitu wang, makanan dan lain-lain yang diperlu untuk hidup. Ia juga diterjemahkan sebagai perbelanjaan yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya (Kamus Dewan, 2007). Sekiranya dilihat kepada ahli tafsir, mereka menafsirkan maksud infaq dalam ayat-ayat tersebut adalah perbelanjaan yang dikeluarkan kepada diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan juga kepada negara.

Melihat kepada kewajipan melakukan infaq, maka kewajipan tersebut tidak akan terlaksana sekiranya seseorang muslim tidak melakukan sebarang pekerjaan atau melakukakan aktiviti ekonomi yang dapat mendatangan hasil yang berbentuk sumber kewangan. Oleh yang demikian, kewajipan melakukan infaq telah menggambarkan kewajipan melakukan pekerjaan yang baik dan sejajar dengan hasrat agama tauhid. Dengan yang demikian seseorang muslim dapat melakukan tugasan memberi infaq kepada penerima-penerima yang telah disebutkan di atas.

Teras 5: Ketaatan Kepada Kawalan Wahyu

Pendekatan tauhid menggariskan keperluan seseorang pengamal ekonomi agar tidak melanggari peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh wahyu. Seperti tidak boleh mendekati amalan riba atau melakukan sebarang aktiviti yang ada unsur gharar iaitu ketidakjelasan dalam ekonomi. Kefahaman tentang prinsip ini mungkin diterjemahkan sebagai mewujudkan suatu jabatan pengawasan syariah dalam urusan pentadbiran sesebuah institusi ekonomi dalam sesebuah negara.

Teras 6: Kebolehan Berhutang dan Membuat Pinjaman

Pendekatan tauhid tidak menghalang seseorang untuk melakukan pinjaman atau hutang. Keharusan berhutang tersebut menggambarkan bahawa agama Islam mementingkan aspek tolong menolong di antara muslim bagi mencapai kesejahteraaan bersama. Firman Allah yang bermaksud “bertolong-tolonganlah kamu pada perkara-perkara yang membawa kebaikan dan taqwa manakala jangan kamu bertolong-tolongan dalam perkara-perkara yang membawa ke arah dosa (kemaksiatan) dan permusuhan”.

Teras 7: Jaminan Mendapat Kepuasan Bekerja

(9)

o Kepuasan semasa bekerja. Apabila mengambil pendekatan tauhid, maka seorang muslim seharusnya tidak mementingkan kepuasan berbentuk material lebih daripada kepuasan berbentuk batiniah di dalam melakukan pekerjaan atau apa sahaja aktiviti yang melibatkan urusan dunia mereka termasuklah dalam bidang ekonomi. Wang yang banyak ataupun kekayaan hanyalah suatu alat bagi mereka untuk menolong manusia lain yang lebih memerlukan. En Azmi bin Abdullah (Wawancara 6 Mei 2008) merupakan seorang ahli perniagaan berkata

“Sesungguhnya apa sahaja yang datang kepada kita sebenarnya ia adalah suatu yang datangnya daripada Allah. Contohnya orang yang mempunyai hajat kepada wang lalu datang meminta kepada kita, kedatangannya itu adalah atas ketentuan Allah untuk menguji sejauh mana sayangnya kita kepada wang. Sekiranya seseorang itu nampak wangnya akan habis maka mustahil akan diberikannya kepada orang yang memerlukan tadi. Tetapi sekiranya dia nampak bahawa Allah yang menghantar orang tadi meminta wang kepadanya maka dengan senang akan diberikannya kerana pada asalnya wang adalah milik Allah”.

Kefahaman sebegini tidak mudah dimiliki oleh manusia yang tiada iman dan keyakinan terhadap ketentuan Allah. Iaitu mereka yang tidak mengambil pendekatan tauhid dalam menjalankan segala aktiviti mereka seharian termasuklah dalam urusan ekonomi.

o Kepuasan selepas bekerja. Pendekatan tauhid juga memberi jaminan selepas bekerja. Hal ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama seorang muslim yang memiliki anak akan mendidik anaknya dengan acuan Islam. Maka anaknya pada masa hadapan akan menjadi aset penting dan berkerja serta memberi infaq kepadanya pula. Sebaliknya anak yang tidak diuruskan dengan baik daripada segi pendidikannya, maka akan menjadi beban pula pada masa tua. Yang kedua adalah hartanya. Daripada prinsip tabungan maka hasil daripada pekerjaan seorang muslim itu tidak dibelanjakan semuanya sekali. Sebaliknya ia disimpan dalam pelbagai bentuk. Antaranya dalam bentuk pelaburan yang juga berdasarkan perintah tauhid. Hasil daripada pelaburan yang berkesan itu sudah pasti dapat memberi kepuasan pada hari tua kerana pelaburan-pelaburan tadi akan berkembang dan memberi hasil yang lumayan.

o Kepuasan selepas mati. Pendekatan tauhid juga menjamin kepuasan individu muslim selepas mati. Kerana urusan ekonomi yang baik pada masa hidupnya, anak-anak dan generasi yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dalam keselesaan. Ganjaran selepas mati yang berbentuk pahala akan sentiasa dinikmati hasil daripada amalan semasa hidupnya yang memberi hasil berterusan seperti amalan sedekah, wakaf, anak soleh dan sebagainya. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya “tiga perkara yang tidak akan putus hubungannya dengan orang yang telah mati; sedekah jariah, ilmu yang bermanfat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraanya”.

Teras 8: Penjelasan Isu Hak Dan Pemilikan.

(10)

“sesungguhnya pada harta mereka itu hak bagi orang-orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagiannya” (surah al-zhariat:19).

Abdul Ghaffar (2008) dalam kuliahnya menyebut hak milik adalah hak mutlak Allah SWT. Manusia hanyalah diberikan amanah bagi menjaga dan mengurus hak milik Allah SWT dengan landasan syariat yang dibenarkan. Menganggap sesuatu adalah milik peribadi individu adalah bertentangan dengan prinsip pendekatan tauhid.

Teras 9: Pengurusan Sumber Negara

Islam memandang berat pengurusan harta sesebuah negara hendaklah akur segala perintah dan larangan Allah SWT. Subhi Saleh (t.t) menjelaskan seperti yang diketahui bahawa sumber atau punca pendapatan penting sesebuah negara Islam ialah zakat, kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai kepala), ghanimah (harta rampasan perang) dan al-cusyur.

Pendekatan tauhid telah menegaskan betapa perlunya seorang pemimpin sebuah negara Islam memungut hasil seperti di atas ke atas setiap warganegara yang berkelayakan. Zakat yang merupakan bayaran wajib ke atas orang Islam samada zakat fitrah ataupun zakat harta. Seterusnya jizyah pula bayaran wajib ke atas orang bukan Islam mengikut kadar yang syarat yang tertentu. Selain itu, bayaran kharaj, jizyah, ghanimah serta al-cusyur juga wajib dibayar oleh pihak yang berkelayakan. Saidina Umar bin al-Khattab pernah suatu ketika mengistiharkan perang kepada orang yang ingkar dalam membayar zakat. Hal ini menggambarkan betapa pentingnya peranan seorang pemimpin negara di dalam mempastikan setiap orang warganegaranya taat kepada arahan Allah SWT yang telah termaktub di dalam ajaran agama tauhid. Begitulah seterusnya semua jenis bayaran termasuklah ghanimah yang telah dijelaskan hak-hak ke atasnya iaitu; hak Allah, hak Rasulullah, hak penunggang kuda, barisan pemanah dan askar-askar biasa. Kesemuanya telah dinyatakan dengan jelas oleh syariat.

Teras 10: Amalan Rohani Bagi Mendapatkan Rezeki

Suatu perkara yang hampir tidak ada di dalam beberapa pendekatan ekonomi terutama yang dianjurkan oleh Barat serta idealogi lain adalah beberapa bentuk amalan rohani yang dilakukan semata-mata bagi mendapatkan rezeki, keberkatan, keuntungan dan kebahagiaan dalam aktiviti seharian manusia termasuklah aktiviti ekonomi. Pendekatan tauhid telah memperkenalkan suatu pakej yang menjadi asas kepada usaha seseorang muslim dalam melakukan aktiviti ekonomi. Perkara ini sekiranya tidak diendahkan oleh mereka nescaya keuntungan dan kebahagiaan sejati sebagaimana yang dijamin oleh Islam tidak akan dapat dicapai. Perkara-perkara yang dimaksudkan adalah:

o Keimanan dan Ketakwaan. Kedua-dua perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Acraf ayat 96 yang bermaksud “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya”.

(11)

o Jaminan rezeki yang melimpah ruah. Selain keimanan dan ketakwaan, maka pendekatan tauhid mengetengahkan juga beberapa amalan harian yang patut diamalkan untuk mendapat kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Antara amalan yang dimaksudkan adalah seperti:

 Bacaan amalan ayat seribu dinar  Amalan Solat Sunat Dhuha

 Bacaan amalan al-Quran Surah al-Waqiah

Kesimpulan

Tulisan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang prinsip Islam terhadap ekonomi. Sememangnya pendekatan tauhid dalam ekonomi perlu dikaji dan diaplikasikan di dalam amalan dan aktiviti ahli-ahli ekonomi secara keseluruhannya.

Hasil perbincangan melalui tulisan ini dapat disimpulkan kepada noktah-noktah berikut: o Pendekatan tauhid dalam ekonomi bermaksud mengambil kira agama Islam dan

segala ajarannya samada berbentuk suruhan ataupun larangan untuk diaplikasikan dalamilmudan amalan berekonomi.

o Pendekatan tauhid sekiranya diamalkan dapat membentuk individu yang berjaya dalam bidang ekonomi seterusnya membawa kejayaan mereka di dunia dan akhirat.

o Faktor kejayaan yang dijangkakan itu kerana sumber pendekatan tauhid ialah wahyu Allah yang tidak ada syak, ragu-ragu malah jauh sekali kesalahan padanya. Kerana wahyu Allah itu suatu panduan yang diwujudkan oleh pencipta manusia bahkan seluruh alam itu sendiri, maka dengan itu sudah tentu pencipta sesuatu Maha Mengetahu tentang apa yang diciptakannya.

o Sesebuah negara yang boleh mengaplikasikan pendekatan tauhid dalam ekonomi sudah pasti dapat membasmi pelbagai penyakit dalam masyarakat terutama jenayah yang melibatkan ekonomi seperti rasuah, kecurian, rompakan dan sebagainya.

o Kejayaan mengamalkan pendekatan tauhid dalam ekonomi juga dijangka akan mengembalikan semula kedaulatan Islam di muka bumi ini. Hal ini kerana ekonomi merupakan suatu pemangkin dalam masyarakat yang sangat berpengaruh. Sekiranya semua aspek ekonomi berjaya diislamisasikan nescaya mudahlah bagi sesuatu umat untuk menerima Islam serta ajaran-ajarannya yang maha Suci.

Bibliografi

Al-Quran Karim, Rasm ‘Uthmani dengan Maksud Kalimah Quran, Cetakan Dar al-Makrifah, Damsyik Syria.

(12)

Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin. (2000). Perbahasan kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM

Aidit Ghazali & Syed Omar. (1989). Islamic Economics. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication.

Al-Syarbiniy, Muhammad bin Muhammad. (1994). al-Iqnac fi hal alfadz Abi Syujac. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiah

Al-Zuhayliy, Muhammad. (1999).al-Qawacid al-fiqhiyyah cala mazhab Hanafiy wa al-Syaficiy. Kuwait: Jamicah al-Kuwait.

Muhammad Hj. Md. Daud dan Ahmad Kamarudin Hj Hamzah. (2000).Fiqh Muamalat dan

Jenayah/Fiqh II PZ1123/PY1172 Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan

Malaysia: Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Mustafa al-Bugha et al.(1989).al-Fiqh al-Manhajiy. Damsyik: Dar al-cUlum al-Insaniyyah.

Solah Al-Khalidi. (1996). Alkhittah Albarraqah Lizin Nafsit Tawwaqah. Cetakan Pertama. Damsyik: Dar Al-Qalm.

Zamri bin Rajab 2006. Artikel bertajuk: Akhlak Orang Berilmu Dlm. Jurnal Institut Perguruan Rajang Sarawak.

__________. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Cet. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahan lain;

En. Azmi bin Abdullah. (2008).Temubual khas bersama ahli perniagaan tempatan. Merapuh Pahang Darul Makmur pada 06 Mac 2008.

Referensi

Dokumen terkait

Gambar 1 menunjukkan bahwa prevalensi karies pada anak umur 6-12 tahun mencapai 98%. dimana 55%dengan status karies gigi pada tingkat premorbiditi dan morbidity, artinya

EPPA2813 Perakaunan Untuk Pengurusan Accounting for Management WP 2 EPPM3033 Kelakuan Organisasi Organizational Behavior WP 3 EPPM2114 Pengurusan Kewangan

Model ANN Terbaik Pengujian atau eksperimen yang sudah dilakukan sebelumnya untuk mencari model yang terbaik dari model ANN dalam menghasilkan RMSE yang terbaik

Karena fungsinya sebagai bahan aktif maka ABS mutlak ada pada pembuatan Karena fungsinya sebagai bahan aktif maka ABS mutlak ada pada pembuatan sabun colek (detergen).. Tanpa bahan

Berdasarkan hasil analisis dapat disimpulkan bahwa buku Matematika Jilid 1 untuk SMA Kelas X yang digunakan di Kabupaten Rembang sudah memenuhi standar aspek materi,

Selanjutnya penelitian yang dilakukan oleh Dewi (2004) menerangkan bahwa pemberian bahan organik mampu menurunkan kandungan logam berat Pb dan Cd tersedia dalam tanah

Dalam kerangka pelaksanaan otonomi daerah, penyediaan infrastruktur dihadapkan pada tantangan untuk mewujudkan suatu keterpaduan antara kebijakan nasional (top down policy)

Nama Lelang Belanja Bibit Kelapa Sawit Dalam Polybag (Desa Balai Riam, Desa Lupu Peruca, Desa Pangkalan Muntai, Desa Karta Mulia) Satuan Kerja Dinas Kehutanan dan Perkebunan