• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemilihan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Berkeperluan Khas (OKU) Berasaskan Teori Trait dan Faktor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemilihan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Berkeperluan Khas (OKU) Berasaskan Teori Trait dan Faktor"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Pemilihan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Berkeperluan Khas (OKU) Berasaskan Teori Trait dan Faktor

Mhd Subhan, Alina Ahmad, Bibi Farhana Ahmad & Salleh Amat Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Selangor

Abstrak

Kertas konsep ini membincangkan tentang pemilihan kerjaya merupakan aspek yang amat penting dalam hidup seseorang. Pemilihan kerjaya yang betul akan membentuk individu yang berjaya dan menyumbang kepada sumber tenaga kepada negara sama ada individu normal atau orang kurang upaya. Definisi OKU ialah individu yang mengalami keterbatasan yang merujuk kepada jenis kecacatannya, seperti Kurang upaya pendengaran, Kurang upaya penglihatan, Kurang upaya pertuturan, Kurang upaya fizikal, Kurang upaya mental, Masalah pembelajaran dan Kurang upaya pelbagai atau “Multiple Disabilities”. OKU juga memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pemilihan kerjaya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) berdasarkan Teori Trait dan Faktor. Kajian-kajian lepas mendapati antara faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya OKU terdiri daripada faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman seperti (kelayakan, kemampuan dan keperluan penghargaan). Sementara faktor luaran seperti (penerimaan majikan, persekitaran dan kewangan). Kajian ini juga ingin melihat faktor utama yang mempengaruhi pemilihan kerjaya OKU. akan tetapi, diharapkan kepada pihak jabatan kebajikan masyarakat dapat memberikan maklumat tentang apakah sebenarnya dorongan OKU bekerja dan kemana arah pekerjaan yang sesuai untuk OKU. Hasil kajian diharap dapat membantu orang kurang upaya agar diberi peluang mendapatkan kerjaya yang sesuai.

Kata Kunci: Pemilihan kerjaya, Teori Trait dan Faktor dan orang kurang upaya (OKU).

1. PENGENALAN

Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya. Mereka perlu menyesuaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan kegiatan utama dalam menentukan cara serta gaya hidup seseorang. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya telah menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

*Correspondence author.Tel:+01125616290 E-melAddress: mhdsubhan_ukm@yahoo.com

(2)

Perkara penting di sini ialah faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi antara sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan.

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), pendidikan kerjaya bermula dari zaman kanak-kanak dan berterusan sepanjang zaman persekolahan. Pendidikan sedemikian memberikan peluang kepada individu untuk meninggalkan sekolah bagi mendapatkan pengalaman kerja dan kembali semula ke sekolah bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pendidikan kerjaya bermula sejak dari dalam kandungan lagi sehingga seseorang itu meninggal dunia.

Menurut Noraini & Haslina (2003), OKU dapat dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Golongan kurang upaya secara kekal ialah golongan cacat anggota, cacat pendengaran, cacat penglihatan dan warga tua. Manakala kurang upaya sementara ialah individu yang cedera, sakit dan mengandung.

2. LATAR BELAKANG

Senario di Malaysia mendapati bahawa golongan OKU tidak dipinggirkan di mana mereka diberikan kemahiran-kemahairan tertentu sesuai dengan keupayaan mereka bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan. Namun, berapa ramai golongan OKU yang sedia tampil untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tersebut dan sanggup berdepan dengan persepsi sebilangan masyarakat yang menganggap golongan ini tidak mampu melakukan sebarang bentuk pekerjaan. Selain, cabaran untuk bersaing mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan masyarakat normal, golongan OKU juga berhadapan dengan stigma masyarakat yang negatif terhadap kemampuan mereka menyebabkan golongan ini terpinggir dalam mendapatkan pekerjaan.

Dilihat dari segi jumlah OKU bahawa bertambah pada sebanyak 10 peratus pada tahun 2007 berbanding tahun 2006. Apa erti angka-angka itu sebenarnya? Maknanya, lebih banyak OKU, lebih meluas sepatutnya rasa kesedaran kita terhadap mereka. Lebih meluas

(3)

kesedaran membawa pula maksud wajar lebih banyak kemudahan untuk menyenangkan golongan ini. Statistik pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2006. Pertambahan golongan OKU dalam kependudukan telah mengakibatkan kewujudan permintaan untuk penyediaan fasiliti pekerjaan OKU di dalam dan luar bangunan terutamanya di institusi kerajaan supaya orang OKU juga dapat menjalani kehidupan seperti orang yang normal (Jabatan Kebajikan masyarakat/JKM, 2006; Omar, M. H., 2008; Shalini, 2010).

Pada hakikatnya golongan OKU ini juga mempunyai hasrat dan keinginan yang sama seperti orang normal lain dalam mendapatkan pekerjaan, hidup selesa, berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam mencapai hasrat ini golongan OKU terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dalam bersaing dengan orang normal lain (Zarinah Mat Sapri, 2003). Penempatan OKU dalam pasaran pekerjaan semasa masih kurang diberi perhatian. Persepsi negatif sesetengah majikan menyebabkan mereka gagal menempatkan diri dipasaran kerja terbuka. OKU dinilai dari segi kekurangan luaran tanpa dilihat kelebihan dari aspek lain. Jika OKU dilatih dan diberi peluang pasti mereka dapat lakukan sebarang pekerjaan dengan baik dan tekun (Zinaida Ariffin, 2006).

Mohd Rizal & Rosmawati (2010), menyatakan setiap manusia termasuk OKU mempunyai masalah setiap kali membuat pemilihan dan keputusan kerjaya. Berdasarkan kesukaran golongan OKU ini mendapat pekerjaan, ia boleh dilihat apabila kurangnya pendedahan yang diberikan kepada golongan ini berkaitan peluang-peluang pekerjaan, jenis serta bentuk pekerjaan yang sesuai mengikut kebolehan, kesesuaian dan kemampuan mereka semasa mereka menjalani latihan vokasional (Amir Haniff, 2012).

3. DEFINISI ISTILAH

Mengikut buku bertajuk Handbook of Care and Training for Developmental Disabilities, Orang Kurang Upaya (OKU) dinyatakan sebagai seseorang yang memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO (World Health Organization) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNO (United Nations Organization), OKU pula bermakna: seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup bermasyarakat

(4)

sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan, sama ada daripada segi fizikal ataupun mental, dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya (WHO, 1992; Heward, 2000).

Definisi lain bagi OKU ialah orang yang mengalami keterbatasan mobilisasi merujuk kepada jenis kecacatannya, sama ada fizikal (anggota) mahupun mental (ringan, sederhana, dan berat), penglihatan, dan pendengaran (Mohd Hafiz Abd Rahman, 2009). Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan).

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2008) mengkategorikan OKU seperti berikut:

1. Kurang Upaya Pendengaran.

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran, atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu: (1) Minimum atau Mild: - [15 - <30 dB] bagi kanak-kanak dan – [20 - <30 dB] bagi orang dewasa; (2) Sederhana atau

Moderate:- [30 - <60 dB]; (3) Teruk atauSevere: - [60 - <90 dB]; dan (4) Sangat Teruk atauProfound:- [>90 dB].

2. Kurang Upaya Penglihatan.

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua tahap OKU Penglihatan, iaitu: (1) Buta atau Blind dimana penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation; dan (2) Terhad atauLow Vision / Partially Sighted dimana penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60, walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal.

Ketidakupayaan anggota badan, sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota; atau ketidakupayaan di manamana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti

(5)

yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan, dan pertukaran posisi tubuh badan. Keadaanini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular,

respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi, dan lain-lain.

4. Kurang Upaya Pertuturan.

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak bolehdifahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalahkekal atau tidak akan sembuh. Kanak-kanak mestilah dinilai berdasarkan umur lima tahun ke atas.

5. Masalah Pembelajaran.

Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, sindrom down, lembap, dan kurangupaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskankemampuan pembelajaran individu seperti Autistic Spectrum Disorder(ASD), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), dan masalah pembelajaran spesifik sepertiDyslexia, Dyscalculia,danDysgraphia.

6. Kurang Upaya Mental.

Keadaan penyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurangkurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakityang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi, sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Antara jenisjenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yangg serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder(DepressiondanBipolar), sertaPsychotic Disorder seperti

Schizoaffective DisorderdanPersistent Delusional Disorders.

7. Kurang Upaya Pelbagai atauMultiple Disabilities.

Mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam tersebut di atas.

(6)

Menurut Marina, N. (2006), di dalam tesis yang bertajuk “Penglibatan perunding binaan dalam perancangan dan rekabentuk kemudahan dan bangunan untuk orang kurang upaya (OKU)” mengatakan bahawa OKU dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

a) Orang yang tidak memiliki keupayaan mental yang memerlukan perhatian yang khas. Mereka termasuklah golongan cacat mental,gifted, dan kecederaan otak.

b) Orang yang tidak memiliki kestabilan emosi yang memerlukan perhatian khas. Golongan ini termasuklah yang sakit mental dan gangguan emosi.

c) Orang yang tiada keupayaan fizikal yang memerlukan perhatian khas. Kumpulan ini termasuklah mereka yang buta atau pandangan terhalang, pekak atau kesukaran mendengar dan apa-apa jua kesakitan dan kecacatan fizikal.

Oleh itu, definisi orang kurang upaya merujuk kepada orang yang mengalami keterbatasan dalam melakukan sesuatu perkara. Lazimnya mereka terdiri daripada orang yang cacat dari segi fizikal, mental, pendengaran dan penglihatan. OKU juga memerlukan pekerjaan untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka (Zinaida Ariffin, 2006).

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) telah mengenal pasti terdapat lima kategori golongan orang kurang upaya yang didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal, kurang upaya anggota dan masalah pembelajaran (Zulkiflizaimah, 2008).

Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1989).

4. KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

Teori Trait dan Faktor adalah teori terawal yang menerangkan proses pemilihan kerjaya berasaskan kepada teori perbezaan peribadi individu. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, trait-trait tertentu yang dapat diukur

(7)

dengan tepat dan selaras, serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas dari beberapa jenis pekerjaan. Teori trait dan faktor merupakan suatu teori yang bercorak kognitif yang mana penggunaanya dapat maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Trait dan Faktor adalah berasaskan jangkaan terhadap penilaian bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Pemilihan kerjaya yang baik dicadangkan oleh teori ini ialah melalui kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan dan taakulan yang tepat mengenai hubungan antara kefahaman jelas tentang diri dengan pengetahuan tentang pekerjaan. Oleh demikian, teori ini turut menyatakan bahawa terdapat tiga komponen asas dalam bimbingan kerjaya iaitu ujian, pemberian maklumat dan mengambil keputusan secara ‘true reasoning’.

Menurut teori ini setiap individu memiliki trait-trait psikologikal tertentu yang terbentuk hasil dari interaksi antara individu dan persekitaran. Justeru, dalam mencapai kepuasan dalam pekerjaan memerlukan satu atau lebih trait-trait ini. Tugas utama dalam membuat pemilihan kerjaya adalah memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini keperluan individu akan dipenuhi dan kepuasan dalam sesuatu pekerjaan akan terhasil.

Oleh kerana orang kurang upaya mempunyai batasan-batasan tertentu dalam melakukan sesuatu pekerjaan, mereka akan melakukan penyesuaian antara kemampuan diri dengan bidang pekerjaan yang dipilih. Sebagai contoh orang buta memilih melakukan pekerjaan yang memerlukan hasil kreatif seperti membuat kraftangan seperti mengayam bakul. Walaupun pada dasarnya bukan semua orang buta kreatif, namun mereka belajar untuk menghasilkan kraftangan kerana trait dan faktor individu boleh diubah dan dipelajari.

Hasil kajian semula beberapa tokoh psikologi ke atas Teori Trait dan Faktor telah menghasilkan beberapa andaian berikut:

a) Setiap individu mempenyai set trait-trait unik yang mana boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai.

(8)

b) Setiap pekerjaan memerlukan seorang pekerja yang memiliki trait-trait tertentu untuk berjaya, walaupun seseorang pekerja dengan ciri-ciri yang agak luas boleh juga berjaya dalam pekerjaan tersebut.

c) Pemilihan pekerjaan adalah suatu proses yang agak mudah difahami dan dipadankan adalah mungkin.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam pekerjaan tersebut.

5. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA OKU

(Mohd Rizal & Rosmawati, 2010) menghuraikan bahawa faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan oleh golongan OKU iaitu:

1. Faktor Dalaman

memilih pekerjaan untuk memenuhi keperluan dalaman mereka seperti perasaan ingin dihargai dan menghargai menjadi sebagai faktor utama. Dilihat kajian OKU di JARO beranggapan bahawa melalui gaji yang diberi walaupun dalam jumlah yang sedikit dan hasil kerja tangan yang dibeli oleh orang awam menunjukkan mereka merasa sangat dihargai dan diberi perhatian. Selain itu, OKU yang bekerja di JARO juga menghormati kerja yang dilakukan oleh rakan senasib. Faktor keperluan untuk dihargai dan menghargai disokong oleh teori Maslow dan teori keperluan tiga faktor. Teori-teori ini menyokong bahawa seseorang individu itu memerlukan penghargaan untuk dirinya sendiri dan penghargaan untuk orang lain demi memenuhi keperluan individu dan kepentingan kesejagatan masyarakat itu sendiri.

Bagi Pihak yang tidak cacat mendapat pekerjaan merupakan suatu yang lumrah, tetapi bagi seseorang yang kurang upaya, ianya merupakan satu anugerah yang amat bermakna. Secara tidak langsung, ianya memberi kesempatan bagi mereka mengintegrasikan diri dan bergaul dengan masyarakat dan menjadi sebahagian daripadanya. Dari hasil dapatan kajian yang dilakukan beberapa pengkaji di luar dan dalam negara menunjukkan faktor keperluan untuk dihargai dan menghargai terkandung didalam aspek minat dan persekitaran. golongan OKU juga memerlukan jaminan untuk masa hadapan, mengharapkan diri mereka diterima masyarakat,

(9)

memerlukan pekerjaan dan ingin hidup berdikari. dalam dan luar negara. (Maureen Wodd, 1995; Salwa Omar (1999; Khoo Tong Ein, 2006).

2. Faktor Luaran

Faktor luaran yang diikuti dengan faktor jaminan kewangan, keperluan sosial dan faktor jaminan pekerjaan. faktor jaminan kewangan dengan teori Maslow ini terkandung di dalam keperluan fisiologi iaitu gaji dan upah yang diperoleh melalui pekerjaan yang dilakukan. Selain itu, teori keperluan (Roe 1965) serta teori tiga keperluan (Three Needs Theory) oleh David McClelland (1961) juga turut mengukuhkan jaminan kewangan ini di mana secara ringkasnya,kesemua teori berpendapat bahawa manusia melakukan sesuatu pekerjaan adalah untuk mengharapkan dan mendapat gaji sama ada kenaikan gaji, bonus dan sebagainya (Mohd Rizal & Rosmawati, 2006).

Dari faktor jaminan pekerjaan orang kurang upaya akan merasa aman bila Ada Pekerjaan yang ada jaminan untuk masa depan. dengan itu, orang kurang upaya tidak akan susah untuk memilih kerjaya. Disokong oleh kajian yang lain mengatakan bahawa seseorang tidak akan menjadi manusia yang efektif sekiranya tidak mempunyai pekerjaan. Ini merupakan di dalam jaminan pekerjaan merangkumi matlamat hidup masa depan dan hidup yang lebih sempurna. Didapati juga bahawa dapatan hasil kajian-kajian lepas dengan ada jaminan pekerjaan persekitaran orang kurang upaya akan lebih selesa untuk memilih kerjaya yang akan menjamin masa depan. (Wilkinson et.al. 1996; Abdul Rahman Aziz, 2000; Rodzimah Rodzi, 2001)

Walaupun mereka merupakan golongan kurang upaya yang banyak faktor yang mempengaruhinya namun mereka masih berkeinginan dan mampu memberikan sedikit sumbangan kepada masyarakat. Secara tidak langsung, mereka dapat memupuk motivasi dan semangat persekitaran dan mengurangkan perasaan rendah diri dengan orang lain. (Agnes Lau et.al. 1995; Nolia Melawi, 2001)

Begitu juga di lihat dari segi faktor keperluan sosial aspek persekitaran dan pergaulan yang sangat mempengaruhi pemilihan kerjaya orang kurang upaya. Ada teori Keperluan iaitu tiga faktor yang menyatakan keperluan hubungan (Naff) iaitu keperluan sosial merupakan diantara keperluan yang diingini oleh seseorang individu apabila bekerja untuk

(10)

perkembangan diri yang sihat. Menurut teori keperluan, antara keperluan yang dapat dipenuhi apabila bekerja ia akan dapat membina hubungan dengan baik dan mudah untuk memilih pekerjaan bagi orang kurang upaya. Faktor keperluan sosial merupakan merupakan faktor kedua terpenting yang mendorong OKU bekerja. Bagi mereka, kehidupan bersosial menyebabkan mereka merasakan diri lebih bererti dan bermakna kepada rakan senasib dan orang biasa dengan masyarakat dari luar tempat persekitarannya.

Faktor pengambilan pekerja OKU ialah faktor kemampuan diri dengan ini boleh dikatakan sebagai faktor utama yang memberi kesan atau pengaruh kepada OKU dalam membuat pemilihan pengambilan pekerja OKU di institusi dan industri.

6. DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan andaian terakhir Teori Trait dan Faktor tersebut menyatakan bahawa semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam pekerjaan tersebut. Hal ini selaras dengan dapatan daripada kajian-kajian lepas.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Noraini & Haslina (2003), mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana sekitar daerah Johor Bharu melibatkan empat faktor pemilihan yang dilakukan oleh majikan terhadap pekerja OKU iaitu faktor kemahiran generik, kemahiran teknikal, kelayakan diri dan juga kemampuan diri. Golongan OKU terpaksa menentukan pemilihan kerjaya berdasarkan ciri-ciri tertentu termasuk mengambil kira keadaan keluarga dan sesuatu pekerjaan (Zarinah Mat Sapri, 2003).

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Zinaida Ariffin (2006), bahawa sesetengah majikan beranggapan stereotaip terhadap golongan OKU tidak boleh diharap dan kerap jatuh sakit. Hal ini menyebabkan majikan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih berbanding pekerja normal. Penerimaan majikan, keperluan sosial, jaminan pendapatan, kemudahan tempat kerja menjadi faktor penting dalam pemilihan kerjaya OKU (Mohsin et. al, 2010).

Menurut Ishak, Z. (2008), sudah sampai masanya masyarakat menanam sikap prihatin terhadap mereka yang tidak bernasib baik selain tidak lagi menafikan hak dan keperluan

(11)

mereka. Kebanyakan kemudahan yang disediakan hanya dimonopoli oleh orang normal dan kadang-kala mereka tidak diberi keutamaan hanya kerana tergolong sebagai OKU. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan penting supaya semua kemudahan awam mesra OKU, oleh itu mereka harus memastikan kemudahan untuk memenuhi keperluan OKU..

Kajian Mohd Rizal & Rosmawati (2010), mendapati bahawa golongan OKU memilih pekerjaan untuk memenuhi keperluan dalaman mereka seperti perasaan ingin dihargai sebagai faktor utama, diikuti dengan faktor keperluan sosial, faktor jaminan pekerjaan dan akhir sekali faktor jaminan kewangan. Kajian Lau Poh Li et. al (2011), peranan kaunselor kerjaya dan keberkesanan perkhidmatan kaunseling kerjaya juga dapat membantu golongan OKU ini mendapatkan dan memilih kerjaya yang sesuai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Orang Kurang Upaya (OKU) tidak lagi boleh dianggap sebagai golongan yang hanya mengharap simpati dan perlu dibantu sebaliknya mereka juga boleh menjadi penyumbang kepada aset negara. Ia adalah sebahagian daripada konsep modal insan yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di mana kerajaan berpandangan jauh dan menganggap OKU perlu diubah agar menjadi aset yang boleh menyumbang kepada keperluan modal insan negara. Mereka (OKU) mungkin ada kekurangan tetapi kalau diberi kasih sayang dan didikan, mereka bukan sahaja dapat menyumbang kepada kesejahteraan mereka malah turut menyumbang kepada negara. Katanya lagi ketika berucap pada majlis Malam Amal Semai Bakti, ini ialah matlamat terakhir kita (kerajaan) untuk mengubah nasib OKU agar menjadi penyumbang kepada negara (Utusan Malaysia 18 September 2006).

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini, dapat disimpulkan bahawa ia mempunyai matlamat yang satu iaitu untuk membolehkan golongan ini mendapatkan pekerjaan bagi penyaraan diri dan serba sedikit dapat meringankan bebanan keluarga dan masyarakat (Amir Haniff, 2012).

7. KEPENTINGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kepentingan kajian ini kepada OKU adalah untuk membantu masyarakat OKU mendapatkan bantuan awal mengikut keperluan-keperluan OKU kerana masyarakat OKU mempunyai keupayaan yang terbatas. Kebanyakan golongan OKU amat gemar memilih pekerjaan

(12)

berunsur kreatif. Berdasarkan kajian juga, dapat diketahui bahawa pemilihan pekerjaan berdasarkan faktor keluarga dan keadaan kerja amat mempengaruhi OKU (Zarinah Mat Sapri, 2003). Kajian ini juga penting supaya OKU dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran komunikasi, dilihat penting dalam pemilihan dalam mendapatkan pekerjaan (Noraini & Haslina, 2010).

Melalui kajian ini juga dapat mewujudkan kesedaran dan sikap keprihatinan terhadap kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh golongan OKU. Kajian ini diharap dapat merubah tanggapan negatif para majikan terhadap golongan OKU (Mohsin et.al, 2010) kerana golongan OKU juga memerlukan pekerjaan untuk menampung keperluan hidup seperti orang normal yang lain untuk mengurangkan beban keluarga dan masyarakat (Amir Haniff, 2012).

8. CADANGAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Diharapkan kepada pihak jabatan kebajkan masyarakat dapat memberikan maklumat tentang apakah sebenarnya dorongan OKU bekerja. Dapatan kajian tentang faktor-faktor yang pendorong ini boleh dijadikan maklumbalas kepada usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan agar berdikari dan dapat memberi sumbangan kepada negara.. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU)

Pada kajian lepas di dapati bahawa golongan OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka. Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama seperti manusia biasa. (Zinaida, 2006; Mohsin Mohamad & Zarina 2008). Golongan OKU diharapkan supaya gapai peluang untuk bekerja sendiri ataupun bekerja bersama masyarakat setempat selepas mendapatkan ilmu dan pengalaman bekerja.

Peranan Kaunselor

Pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar berkeperluan Khas (OKU) sangat memerlukan peranan kaunselor. Supaya pelajar berkeperluan khas (OKU) mengetahui Kerjaya yang sesuai untuk dirinya sendiri dan juga supaya pelajar menambah motivasi untuk memilih pekerjaan.

(13)

Pengkaji selanjutnya

Dari hasil dapatan kajian lepas diharapkan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pengkaji akan datang yang membuat kajian tajuk yang sama. Semoga hasil kertas konsep ini dapat dimanfaatkan oleh pengkaji akan datang.

9. KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam kalangan golongan kurang upaya atau OKU berdasarkan kajian-kajian lepas dan Teori Trait dan Faktor. Daripada sumber yang telah dibaca kebanyakkan kajian membahagikan faktor-faktor pemilihan kerjaya terbahagi kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada kelayakan, kemampuan dan keperluan penghargaan. Sementara faktor luaran seperti penerimaan majikan, persekitaran dan kewangan. Selain itu, kajian juga mendapati faktor utama yang memberi kesan dalam pemilihan kerjaya OKU adalah keperluan dihargai dan kemampuan fizikal serta mental golongan OKU itu sendiri. Berdasarkan Teori Trait dan Faktor mendapati bahawa semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu berjaya dalam pekerjaan (Noraini & Haslina; Mohd Rizal & Rosmawati; Mohsin et.al, 2010).

(14)

RUJUKAN

Amir Haniff Abdullah. 2012. Persepsi golongan kurang upaya mengenai program latihan vokasional yang dijalankan di pusat latihan perindustrian dan pemulihan Bangi, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia.http://eprints.utm.my

Ishak, Z. (2008). “Hari Tongkat Putih bawa mesej kesedaran.” Atas talian:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1115&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, (2008). “Bantulah dan Hormatilah OKU.” Atas talian :http://realitioku.blogspot.com/2008/01/bantulah-hormatilah-oku.html

JKMM [Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia]. (2008).Profail Statistic 2008. Kuala Lumpur: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng. 2011. Peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kerjaya bagi OKU. Diperoleh daripada http://scholar.googleusercontent.com

Mohd Rizal Mohd Said & Rosmawati Sulaiman. 2010. Faktor-faktor yang mendorong golongan orang kurang upaya (OKU) bekerja di Jaro (Johor Area Rehabilation Organisation). Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/11171/

Mohsin Uzir, Mohamad Abdillah Royo & Zarina Nasir. 2010. Faktor-faktor pendorong orang kurang upaya bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh daripadahttp://eprints.utm.my/11199/

Noraini Mohd Noor & Haslina Mohamad. 2010. Persepsi majikan terhadap faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerja OKU (fizikal) di industri sederhana (kejuruteraan mekanikal daerah Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia. Diperoleh daripada http://eprints.utm.my

Omar, M. H. (2008). “Kurang fikir terhadap kurang upaya.” Atas talian:

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=utusan_malay sia&sec=rencana&pg=re_09.htm&arc=hive. Utusan, (11 Januari 2009).

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelididkan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah. 2002. Perkembangan Kerjaya, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

WHO [World Health Organization]. (1992).Prevention of Childhood Blindness. Geneva: World Health Organization.

Zarina Mat Sapri. 2003. Pemilihan kerjaya di kalangan peljar-pelajar pemdidikan khas aliran teknik dan vokasional: Satu tinjauan. Kolej Tun Hussein Onn. Diperoleh daripada http://eprints.uthm.my/659/

Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya untuk orang kurang upaya. PTS Distribution Sdn. Bhd. Diperoleh daripadahttp://books.google.com.my/books

Zulkiflizaimah. 2008. Latihan kerjaya dalam pendidikan khas: Kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Diperoleh daripada zulkiflizaimah.blogspot.com.

Referensi

Dokumen terkait

Tokoh cerita merupakan orang-orang yang ditampilkan dalam suatu karya naratif atau drama oleh pembaca kualitas moral dan kecenderungan- kecenderungan tertentu

Berdasarkan hasil survei di lapangan dan analisis yang dilakukan dapat disimpulkan faktor penyebab terjadinya banjir di sekitar Tukad Loloan yaitu kondisi eksisting

Untuk menentukan K-sat dengan metode auger hole tanah kering, terlebih dahulu dibuat suatu lubang dengan menggunakan bor sampai kedalaman yang diinginkan.. Kemudian air diisikan

Dengan demikian penatagunaan tanah penting untuk dilakukan karena bisa mensinergiskan antara kegiatan pembangunan (termasuk infrastruktur) dengan rencana tata ruang yang ada

Program pemerintah Kabupaten Nganjuk dalam usaha mempercepat pembangunan jalan adalah dengan menggali partisipasi masyarakat melalui penyediaan aspal dan mesin

sisi pada bagian sikel graf roda. Jika terdapat faktorisasi dari graf ) sedemikian hingga untuk setiap faktor adalah k-faktor ( k-faktor adalah graf bagian rentang

Guru membimbing siswa untuk menyebutkan contoh gangguan kesehatan organ peredaran darah pada manusia yang ada di dalam pantun (Mengkomunikasikan)... Guru

SDN Gilianyar terletak di kecamatan Kamal kabupaten Bangkalan Madura. Kondisi lingkungan di daerah SDN Gilianyar merupakan lingkungan masyarakat yang mayoritas