• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenegaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kenegaraan"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1 HNS 2013 - KENEGARAAN

A) BINCANGKAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN MASYARAKAT TEMPATAN TANPA MENGIRA KAUM SEHINGGA

MEMBAWA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Nasionalisme atau turut dikenali sebagai “semangat kebangsaan” atau “perasaan kebangsaan”, dapat dianggap sebagai salah satu fahaman atau ideologi tertua yang telah meninggalkan impak yang sangat besar ke atas sejarah kemanusiaan sejak beratus tahun yang lalu. Istilah

“nasionalisme” telah diperkenalkan pertama kali oleh Johann Gottfried Herder, iaitu seorang ahli falsafah Jerman pada tahun 1774 (Shafer, 1972 dan Aira Kemilainen, 1964)

Terdapat pelbagai definisi berkaitan nasionalisme. Mengikut K. R. Minogue dalam bukunya yang bertajuk Nationalism, beliau memberi definisi terhadap konsep nasionalisme sebagai „satu aliran idea ataupun satu bentuk tindakan sendiri yang mengandungi sejenis perasaan politik yang tertentu dan boleh dialirkan dari segolongan elit kepada orang

kebanyakan‟. Ini menunjukkan yang beliau cuba untuk mengaitkan hubungan antara keadaan fikiran dengan tujuan-tujuan yang mendorong seseorang atau golongan untuk bertindak, sama ada dalam bidang politik, ekonomi atau budaya. Manakala Hans Kohn pula dalam karyanya yang bertajuk The Idea of Nationalism mentakrifkan nasionalisme sebagai „satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi‟. Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bahawa nasionalisme merupakan satu tenaga idea yang memenuhi hati dan otak seseorang dengan pemikiran dan semangat baru yang mendorongnya untuk melahirkan

(2)

2 kesedaran dalam bentuk tindakan yang tersusun‟. Anthony D. Smith pula dalam bukunya yang bertajuk Theories of Nationalism mentafsirkan nasionalisme sebagai satu pergerakan ideologi untuk mencapai serta memelihara pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu golongan yang sebahagian besar daripada anggota itu melihatnya sebagai „satu‟ bangsa yang sebenar atau sebagai satu „bakal‟ bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain juga. Menurut Smith juga,

nasionalisme itu pada dasarnya telah mencantumkan tiga perkara yang dianggap unggul atau hebat, iaitu pertama, penentuan nasib sendiri secara berkumpulan bagi golongan rakyat. Kedua, penegasan keperibadian serta sifat tersendiri bangsa dan ketiga ialah pembahagian dunia

mengikut garisan tegak kepada negera-negara yang tersendiri. Penulis buku Nigeria: Background to Nationalism iaitu J. S. Coleman pula mendefinisikan nasionalisme sebagai

perasaan-perasaan, kegiatan serta perkembangan organisasi yang ditujukan ke arah pemerintahan sendiri dan kemerdekaan sebagai sebuah negara bangsa yang wujud dengan taraf yang sama rata atau dalam satu sistem politik antarabangsa. Maka, dapat disimpulkan bahawa nasionalisme merupakan satu fenomena sejagat yang mengikhtiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negara mereka sendiri, menegakkan kedaulatan rakyat serta menuntut kesetiaan ulung rakyat untuk disalurkan kepada negara bangsa. Keadaan itu digambarkan melalui perasaan cinta dan taat setia yang mendalam kepada tanah air yang kemudian telah mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa asing.

Terdapat pelbagai faktor atau pengaruh yang menyebabkan tercetusnya semangat nasionalisme ini. Pengaruh-pengaruh luaran yang terlibat ialah pertama, peperangan Rusia-Jepun (1904-1905). Peperangan ini telah menarik perhatian rakyat di kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuklah Tanah Melayu. Hal ini kerana Jepun merupakan sebuah negara Asia

(3)

3 manakala Rusia ilah negara Eropah. Mereka melihat peperangan ini sebagai peperangan antara orang Asia dengan Eropah. Pandangan ini disebabkan kerana negara-negara Asia pada masa itu masih dijajah oleh kuasa Eropah manakala Tanah Melayu pula dijajah oleh British. Sikap angkuh dan riak orang Eropah sebagai kuasa penjajah menimbulkan perasaan benci rakyat tempatan. Maka, peperangan ini dianggap penting kerana memperlihatkan penentangan sebuah negara Asia terhadap kuasa penjajah Eropah. Kedua, pengaruh dari Timur Tengah. Empayar Turki Uthmaniah telah mengalami zaman kemerosotan dan banyak negara di bawah kekuasaan empayar ini ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti Yunani dan Rusia. Perkembangan idea-idea Barat tidak disenangi oleh kebanyakan rakyat seperti di Mesir yang majoritinya beragama Islam. Melalui masalah inilah lahirnya pelbagai gerakan yang memberi kesan mendalam kepada pelajar yang belajar di Timur Tengah lalu mereka memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Ketiga, pengaruh gerakan politik di Indonesia. Tiga perkara yang menguatkan lagi nasionalisme di Tanah Melayu melalui

perkembangan di Indonesia ialah pertama, Indonesia merupakan negara jiran yang paling hampir dengan Tanah Melayu. Maka, segala peristiwa yang berlaku di negara itu akan tersebar dengan mudah dan cepat ke negara-negara jiran yang lain. Indonesia dan Tanah Melayu mempunyai beberapa persamaan iaitu dari segi tujuan mereka iaitu untuk membebaskan diri dari kuasa penjajah. Ketiga, kedua-dua negara mempunyai ikatan hubungan serumpun, iaitu mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam serta agama. Pengaruh luaran terakhir ialah

perkembangan di negara China dan India. Semangat nasionalime di Tanah Melayu telah

dipengaruhi dengan gerakan revolusi yang diperkenalkan oleh Dr. Sun Yat-sen di Negara China manakala di India, dengan tertubuhnya Parti Kongres Kebangsaan India oleh sekumpulan orang India yang terpelajar.

(4)

4 Selain daripada faktor luaran, terdapat juga faktor dalaman yang yang menyebabkan tercetusnya semangat nasionalisme. Pertama, faktor agama. Walaupun British berjaya

mengubah sistem politik Tanah Melayu, tetapi mereka tidak dapat campur tangan dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Agama Islam juga terus menjadi faktor penghubung sesama rakyat walaupun mereka tinggal di negeri yang berlainan dan di bawah kekuasaan pemerintah masing-masing. Kedua, faktor bahasa dan kesusasteraan. Bahasa ialah alat pembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif. Ini bererti, melalui bahasa sesuatu bangsa itu dapat memperkenalkan diri mereka sama ada melalui cara mereka menanggapi alam mereka baik alam sosial ataupun alam kosmos, serta membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya. Ini dilakukan melalui proses pemikiran, rasa hati,imaginasi serta renungan dirinya yang digambarkan dalam pelbagai karya lisan dan tulisan yang telah dihasilkan oleh bangsa tersebut. Ini akan membentuk “ingatan bersama” atau collective memory bangsa itu sepanjang zaman. Semangat nasionalisme dapat dicetuskan dengan adanya karya-karya penulisan dan majalah. Sebagai contoh, Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za‟ba telah menghasilkan pelbagai karya seperti rencana yang bertajuk Poverty of Malays (Kemiskinan Orang Melayu), buku Umbi Kemajuan dan sebagainya. Beliau turut menubuhkan Persatuan Persuratan Melayu. Faktor ketiga ialah sistem pendidikan. Sistem pendidikan aliran agama pada zaman penjajah merupakan satu lagi saluran yang telah memberi sumbangan dalam menimbulkan kesedaran dan dorongan kepada orang Melayu untuk menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Pengaruh pendidikan aliran agama dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang Melayu adalah sangat ketara, terutamanya jika dilihat peranan sekolah-sekolah yang beraliran agama seperti Maahad Ihya Asy Syariff di Gunung Semanggol, Perak. Maahad ini bukan sahaja menumpukan kepada agama malah turut menyediakan latihan

(5)

5 perguruan. Faktor seterusnya ialah golongan intelektual. Golongan intelektual juga turut

berperanan dalam membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Pada umumnya, terdapat tiga golongan intelektual yang terlibat iaitu golongan intelektual yang berpendidikan Arab dari Timur Tengah, pendidikan Melayu dari Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) serta pendidikan Inggeris dari Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Mereka

menjalankan peranan mereka berdasarkan latar belakang pendidikan mereka dan dengan cara mereka sendiri. Golongan intelektual berpendidikan Arab lebih ke arah usaha untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu dengan menggunakan Al-Quran dan hadis. Tegasnya, gerakan pembaharuan atau turut dikenali sebagai gerakan Islah ini merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu agar membetulkan pandangan mereka tentang Islam. Golongan ini juga turut berusaha menanamkan sikap bencikan penjajah dalam minda orang Melayu dan juga mengkritik raja dan pembesar Melayu serta golongan agama yang tidak berperanan penting dalam memajukan orang Melayu. Mereka yang berpendidikan Arab adalah seperti Sheikh Mohd Tahir dan Sayid Sheikh Al-Hadi, Syeikh Mohd Salim Al-Kalali, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Haji Abbas Bin Mohd. Taha. Tokoh ini dikenali sebagai Kaum Muda dan mempunyai pendapat dan pendirian yang bercanggah dengan golongan tua atau dikenali sebagai Kaum Tua. Antara akhbar dan majalah yang dihasilkan oleh Kaum Muda ialah Al-Imam (1906), Pengasuh (1918), Al-Islam (1914), Neraca (1910) dan sebagainya. Mereka yang berpendidikan Inggeris pula lebih menekankan ke arah kepentingan orang Melayu seperti yang dilakukan oleh Raja Chulan. Beliau menggesa agar pihak British menambahkan peluang kepada orang Melayu untuk melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau turut meminta orang Melayu yang mempunyai kebolehan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tokoh lain yang berpendidikan Inggeris ialah Dato‟ Abdullah Haji Dahan serta Dato‟

(6)

6 Onn Ja‟afar. Golongan intelektual berpendidikan Melayu pula lebih berteraskan kepada

keinginan untuk mendapatkan hak-hak yang lebih bagi orang Melayu dan kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh-tokohnya ialah seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Muhammad.

Nasionalisme di Tanah Melayu berkembang melalui dua tahap. Pada peringkat awal, nasionalisme adalah bersifat penentangan terhadap kuasa penjajah secara bersenjata. Kemudian, gerakan ini telah menjadi lebih sistematik kerana lahirnya golongan yang berpendidikan yang menggunakan saluran yang lebih baik dengan menyebarkan pemikiran mereka melalui

penggunaan media persuratan seperti akhbar atau majalah. Pejuang kebangsaan pada peringkat kedua ini terdiri dari mereka yang telah mendapat pendidikan moden sama ada pendidikan Barat, pendidikan Arab atau pendidikan Melayu. Mereka ini telah memahami budaya, ilmu

pengetahuan serta nilai hidup Barat dan juga telah terdedah pada perkembangan luar. Mereka juga telah menghayati idea-idea baru seperti liberalisme, sosialisme, komunisme serta

demokrasi. Semangat untuk membaiki kehidupan bangsa sama ada dari segi sosial atau ekonomi telah menjadi agenda utama pada dekad ke 20. Bidang politik juga turut diberi perhatian yang lebih selain telah mula membuat tuntutan politik dengan menerangkan persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan. Kebanyakan golongan ini adalah terdiri daripada guru, wartawan, penulis atau pegawai kerajaan. Selain daripada itu, terdapat juga kegiatan nasionalisme yang dijalankan oleh pendatang China dan India yang memperjuangkan masyarakat mereka. Namun begitu, kegiatan mereka adalah agak berbeza daripada nasionalisme yang dilakukan oleh

masyarakat tempatan kerana ia lebih berdasarkan ke arah negara asal masing-masing. Kelahiran warga tempatan daripada masyarakat Cina dan India telah mengubah pendirian ini dan kemudian menjadikan kegiatan nasionalisme mereka tertumpu pada kemahuan untuk mendapatkan

(7)

7 Bermula pada awal tahun 1950-an, penjajah British mula menyedari hakikat bahawa kemerdekaan di Tanah Melayu tidak dapat dielakkan lagi dan mula menyediakan kumpulan elit yang berpendidikan Inggeris untuk mengambil alih kerajaan. Sebagai sebuah negara yang lebih menunjukkan ciri-ciri sebagai masyarakat majmuk, British telah mensyaratkan hanya bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya ketiga-tiga kumpulan kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India, Berjaya menunjukkan perpaduan. Menyedari bahawa perpaduan adalah penting sebagai syarat untuk mencapai kemerdekaan, Dato‟ Onn telah mencadangkan agar rakyat di Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh

mewakili semua kaum supaya mereka boleh bekerjasama, bertolak ansur dan hidup dalam keadaan aman damai. Dato‟ Onn telah mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pemimpin seperti Tan Cheng Lock, E. E. C. Thuraisingam, Malcolm MacDonald serta Ronald Braddel yang akhirnya telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum. Pada tahun 1949, jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat di Pulau Pinang yang telah diwakili oleh Dato‟ Onn, Haji Abdul Wahab (Dato‟ Panglima Bukit Gantang), Salleh Hakim, Dr. Mustafa Osman dan Zainal Abidin Haji Abbas. Tan Cheng Lock, Lee Ting Keng serta Yoong Shook Lin adalah antara wakil orang Cina yang hadir. E. E. C. Thuraisingam pula menjadi pengerusi majlis. Pada 1951, UMNO telah menukar slogannya daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Pada tahun berikutnya, iaitu 1952, UMNO telah bekerjasama dengan MCA di Kuala Lumpur dan Selangor. MIC yang pada mulanya diilhamkan oleh parti Kongres di India akhirnya telah diambil alih oleh golongan yang berjaya mengeksploitasi sentimen Tamil-Hindu pada pertengahan tahun 1950-an telah menyertai kerjasama ini yang kemudiannya membawa kepada penubuhan Perikatan. Dengan itu Perikatan boleh mengaku telah mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu bagi menuntut kemerdekaan. Ia telah

(8)

8 memulakan tradisi kompromi dalam perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Ia juga telah membuktikan kesanggupan rakyat Tanah Melayu untuk berkongsi kuasa apabila Parti Perikatan telah memenangi kejayaan dalam pilihan raya yang pertama pada tahun 1955 dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang telah dipertandingkan. Pada 5 Ogos 1957, Raja-raja Melayu bersama wakil kerajaan Inggeris telah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan

kemudian pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka.

Kesimpulannya, nasionalisme di Tanah Melayu tercetus kerana perasaan cintakan tanah air dan bangsa oleh orang Melayu. Kerjasama serta kompromi dari kaum-kaum yang lain merupakan pengisian yang sangat penting dan diperlukan bagi meneruskan dan mengukuhkan lagi cita-cita kemerdekaan yang telah diasaskan oleh orang Melayu demi kepentingaan semua pihak.

B) BINCANGKAN ASPEK POSITIF PERISTIWA 13 MEI YANG MEMBAWA PERPADUAN KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA MASA KINI.

Malaysia kini telah melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia sedang bergerak menuju ke arah status negara maju seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Perkembangan pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam jangka masa yang amat panjang iaitu 50 tahun (1957-2007). Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis telah menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut juga telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada

(9)

9 dalam konteks Malaysia, sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan antara kaum yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, dengan pantasnya pertumbuhan ekonomi serta kestabilan politik yang ada di nagara kita akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran untuk dijadikan iktibar dan penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat di Malaysia. Jelas menunjukkan bahawa rusuhan kaum adalah tidak menguntungkan sesiapa. Malah, rusuhan kaum juga turut merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan lagi perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Perpaduan nasional tidak akan dapat tercapai jika terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Peristiwa 13 Mei juga turut memberi pengajaran bahawa setiap rakyat haruslah menghormati antara satu sama lain. Tragedi 13 Mei berlaku kerana perjalanan kempen pilihan raya yang dipenuhi dengan isu-isu perkauman dan juga sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu. Keadaan ini juga berlaku berikutan kerana ketidakseimbangan dalam ekonomi. Orang Melayu merasa semakin bimbang dan tidak selamat kerana jurang perbezaan yang besar yang wujud antara mereka dengan orang bukan Melayu, terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Kejadian 13 Mei telah membuka mata pelbagai pihak terutamanya kerajaan, tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan perhatian dalam mengurus perbezaan dan sentiviti yang ada dalam sesebuah masyarakat makmuk seperti di Malaysia. Aspek positif yang dapat dilihat berdasarkan peristiwa 13 Mei ialah, kerajaan telah melipat gandakan usaha mereka untuk memupuk dan menguatkan lagi perpaduan. Ia dapat dilihat dengan kewujudan pelbagai dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah

(10)

10 dengan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang berada di bawah perintah Majalis Gerakan Negara (MAGERAN). Ia ditubuhkan bagi menangani isu-isu berkaitan dengan pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Kerajaan juga turut menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia dan tidak menggugat kestabilan politik yang telah sedia ada. Jabatan Perpaduan Negara kemudian telah diubah namanya kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kerajaan juga turut memperkenalkan pelbagai dasar

termasuklah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.

Wujud juga pelan tindakan untuk memupuk dan memperkasakan hubungan antara kaum yang bersandarkan kepada teras yang dibina oleh arkitek Negara yang terdahulu iaitu Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia. Semangat Rukun Negara dan perlembagaan sering dirujuk sebagai batu tanda dalam dasar-dasar kerajaan ke arah membina masyarakat yang berbilang kaum dan budaya yang bersatu.

Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei turut disebabkan oleh jurang luas

ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. Timbul persepsi stereotaip bahawa majoriti kaum Melayu terdiri daripada petani dan nelayan, kaum Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala kaum India terlibat sebagai buruh di estes-estet. Kajian daripada banci penduduk pada tahun 1970 menunjukkan bahawa kaum Melayu mempunyai kadar

kemiskinan tertinggi iaitu 64.8 peratus, kaum Cina pada kadar 26.0 peratus dan kaum India pada kadar 39.2 peratus. Statistik ini menyebabkan kerajaan telah melancarkan satu program

(11)

11 aspek yang positif dalam bidang ekonomi. Program tersebut dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan sasaran tempoh masa 20 tahun, iaitu bagi tempoh masa 1971 hingga 1990. DEB telah dilancarkan melalui Rancangan Malaysia kedua 1971-1975. Tujuan utama DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dengan membetulkan atau memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum serta wilayah termasuklah antara kawasan di wilayah yang sama. DEB telah dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Di bawah JPNIN pula, diwujudkan strategi ekonomi yang bertujuan untuk mengimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum serta antara wilayah dan mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi yang tertentu.

Peristiwa 13 Mei juga telah menyedarkan orang ramai bahawa perpaduan amat penting demi menjaga keamanan yang berterusan. Maka, untuk mencapai pembangunan yang seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil, diwujudkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Pencapaian pembangunan yang seimbang adalah penting kerana ia merupakan akar tunjang kepada kestabilan politik dan sosial yang telah menjadi prasyarat untuk

mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan negara yang berterusan.

Peristiwa 13 Mei juga telah menyedarkan rakyat di Malaysia betapa pentingnya memahami dan menghormati cara hidup dan budaya kaum-kaum yang lain. Kini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi makanan serta pakaian. Sebagai contohnya, orang bukan Melayu akan memakai baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini merupakan sesuatu yang biasa bagi orang bukan Melayu.

(12)

12 pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam kalangan orang Cina. Kini, jelas juga menunjukkan, kelihatan di taman-taman perumahan, terdapatnya

penempatan yang sama untuk semua kaum yang semestinya keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan antara kaum dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat seperti gotong-royong. Peristiwa 13 Mei juga turut menyedarkan rakyat di Malaysia bahawa kejadian seperti ini akan menggugat keamanan. Secara tidak langsung, untuk menunjukkan rasa hormat dengan perayaan yang disambut oleh kaum lain, konsep rumah terbuka diperkenalkan. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tibanya musim perayaan. Setiap golongan kaum di Malaysia akan sering kunjung-mengunjung ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan kaum. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya, kaum Cina, India, Iban dan pelbagai lagi kaum akan mengunjungi rumah orang Melayu dan begitu juga sebaliknya bagi kaum-kaum yang lain. Kaum Cina akan menyediakan makanan yang halal kepada kaum Melayu apabila mereka menjemput kaum Melayu ke rumah mereka pada Tahun Baru Cina. Ini menunjukkan bahawa kaum Cina amat mengambil berat serta memahami budaya kaum Melayu. Begitu juga dengan kaum Melayu yang tidak akan menghidangkan daging lembu kepada kaum India apabila mereka datang ke perayaan kaum Melayu. Secara tidak langsung, dapat dilihat bahawa setiap kaum turut menghormati agama kaum-kaum yang lain.

Seperti yang diketahui, peristiwa 13 Mei juga tercetus kerana jurang pendidikan. Kini, peristiwa tersebut dijadikan panduan dan turut menjadi titik perubahan dalam menggubal sistem pendidikan di Malaysia. Dalam erti kata lain, peristiwa 13 Mei turut memberi aspek positif dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan yang pelbagai aliran menyebabkab tiada acuan yang khusus yang boleh digunakan untuk membentuk perpaduan masyarakat. Sistem pendidikan yang pelbagai aliran juga mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih untuk memilih aliran

(13)

13 mengikut kaum masing-masing. Oleh kerana itu, sekolah kebangsaan diperkasakan lagi bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum. Dengan itu, para pelajar dapat dilatih untuk hidup saling bekerjasama serta mempunyai semagat patriotisme dan berakomodatif yang tinggi.Konsep Sekolah Wawasan telah diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan yang alternatif untuk memupuk nilai perpaduan dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang mempunyai bahasa pengantar dan pentadbiran yang berlainan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti dewan, padang permainan dan sebagainya. Pelaksanaan Sekolah Wawasan adalah bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar yang pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status serta perkembangan SJK yang telah sedia ada. Aspek positif dapat juga dilihat dalam pendidikan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Di IPT, dapat dilihat bahawa dalam hal

kepimpinan pelajar, ternyata ianya tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja tetapi turut sama dianggotai oleh pelbagai kaum lain seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Tragedi 13 Mei juga telah memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai kebebasan. Semua rakyat Malaysia adalah bebas untuk menganut serta mengamalkan agama dan kepercayaan amsing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Untuk menjaga serta memelihara suasana harmonis antara rakyat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap berakomodatif , saling hormat menghormati dan sikap peka terhadap kepercayaan pantang larang serta sensitiviti agama kaum lain hendaklah sentiasa diamalkan.

Aspek positif dari segi politik juga dapat dilihat. Kerajaan Persekutuan telah menjadi asas serta kerangka bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional,

(14)

14 perpaduan antara kaun serta keturunan dan integrasi antara wilayah. Apabila wujud kesedaran satu bangsa Malaysia yang semakin mantap, semangat perkauman dan kewilayahan akan menjadi semakin cair dan kemudian, dengan sendirinya, pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada membuat kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum serta menggugat kestabilan negara. Pilihan lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika antara parti politik serta seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang berkesan dalam kancah politik.

Kesimpulannya, melihatkan kepada hubungan kaum di Malaysia, setiap golongan kaum tersebut mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini adalah satu keunikan yang tersendiri yang tidak seharusnya dicerobohi. Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang telah sedia ada perlu disusun serta difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan antara kaum. Keharmonian ini akan menjadi mantap jika setiap golongan kaum bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jati diri kaum yang lain. Jelas sekali, semua rakyat di Malaysia dari setiap golongan kaum tidak mahu kejadian 13 Mei 1969 berulang lagi.

(15)

15

RUJUKAN

Ralph Taggart (1984). Biology The Unity and Diversity of Live. United States of America : Michigan State University.

Vijayama Thomas. (1985). Malaysia : Parasitology Perubatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

J. Simpkins dan J.J William. (1989). Advance Biology. United States of America: Educational Low Priced Books Scheme.

http://www.sioloon.com/t9674-penyakit-hiv-aids http://www.niaid.nih.gov/topics/immunesystem/documents/theimmunesystem.pdf http://www.peteducation.com/article.cfm?c=2+2083&aid=957 http://www.kesihatan.biz/artikel/sistem_imun.php http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=109252:gangguan- sistem-imun-akibatkan-autoimun&catid=28&Itemid=48 http://www.scribd.com/doc/4735353/SEL-AKSESORI http://www.scribd.com/doc/4735386/SELSEL-PENTING-SISTEM-IMUNITI

Referensi

Dokumen terkait

Golshani kemudian mendeskripsikan beberapa perbedaan pan- dangan antara sains sakral dan sains sekuler dalam sejumlah poin, yaitu; pertama, cara pandang terhadap alam

Selain untuk memperkirakan kemampuan produksi, simulasi ini dilakukan juga untuk mengetahui profil temperatur dan tekanan bawah permukaan akibat adanya aktifitas

Hasil penelitian menunjukkan alasan responden merokok paling banyak karena pengaruh lingkungan sosial mencapai 44 responden (49,4%), sama halnya dengan hasil dari

Terima kasih atas kebersamaan yang selalu dirasakan penulis serta dukungan yang diberikan kepada penulis dalam menyelesaikan Tugas Akhir. Sungguh bersyukur dapat

dimana komunikasi tanpa menggunakan kabel, seperti dengan menggunakan Media Internet yang bersifat client server pada mobile android. Sebagai pendatang baru yang

Beberapa permasalahan yang akan penulis garis bawahi dalam penelitian ini adalah bagaimana transaksi non-tunai (cash-less transaction) dalam penggunaan APMK (Alat

Keadilan komutatif lebih menguasai hubungan antara perseorangan khusus, sedangkan keadilan distributif terutama menguasai hubungan antara masyarakat (khususnya negara)

Praktik pembelajaran konvesional semacam ini lebih cenderung menekankan pada bagaimana guru mengajar (teacher-centered) dari pada bagaimana siswa belajar