• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skema Jawapan Pspm Ae025 Sesi 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Skema Jawapan Pspm Ae025 Sesi 2015"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SKEMA JAWAPAN PSPM AE025 SESI 2015/2016 BAHAGIAN A – OBJEKTIF (30 MARKAH)

1. A 11. D 21. C 2. D 12. C 22. A 3. A 13. D 23. D 4. C 14. C 24. D 5. B 15. B 25. B 6. B 16. A 26. B 7. C 17. D 27. B 8. B 18. D 28. C 9. B 19. D 29. C 10. C 20. B 30. A BAHAGIAN B

1. Jadual 2 menunjukkan butiran pendapatan sebuah negara bagi tahun 2014.

Butiran RM billion

Perbelanjaan penggunaan awam 78.7

Perbelanjaan penggunaan swasta 309.2

Pembentukan modal tetap kasar awam 68.4

Pembentukan modal tetap kasar swasta 73.2

Perubahan dalam stok 0

Eksport 615.0

Import 505.9

Cukai tak langsung 12.5

subsidi 10.0

(a) Apakah maksud pembentukan modal tetap kasar? [2 markah] Pembentukan modal tetap kasar ialah perbelanjaan ke atas aset tetap (atau pelaburan)

(1markah) seperti komputer dan mesin bagi tujuan menggantikan barang modal yang rosak@ menambahkan barang modal baharu@menambahkan kapasiti pengeluaran.(1markah)

(b) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp) [2 markah] KDNKhp = C + I + G + (X-M) ½ markah

= 309.2 + (73.2+0) + (78.7+68.4) + (615.0-505.9) 1markah = RM 638.1 bilion ½ markah

(c) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada kos factor (KDNKkf) [2 markah] KDNKkf = KDNKhp + sudsidi – cukai tak langsung ½ markah

= 638.6 + 10 – 12.5 1 markah = RM 636.1 bilion ½ markah

(2)

(d) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan awam dan perbelanjaan penggunaan swasta masing-masing terhadap KDNKhp. [2 markah] Perbelanjaan penggunaan awam

KDNKhp 78.7/638.6 x 100 = 12.32%

Perbelanjaan penggunaan swasta KDNKhp

309.2/638.6 x 100 = 48.42%

Pengiraan ½ markah dan jawapan ½ markah

(e) Jika jumlah penduduk negara tersebut ialah seramai 28 juta, hitung KDNKhp perkapita [2 markah] KDNKhp perkapita = KDNKhp/jumlah penduduk ½ markah

= RM 638.6 bilion/28 juta orang 1 markah = RM 22,807.14 ½ markah

2. Jadual 3 menunjukkan jumlah penawaran wang dan indeks harga pengguna Malaysia dari tahun 2010 hingga 2013.

JADUAL 3

Tahun Penawaran Wang (RM juta) Indeks harga Pengguna

M1 M2

2010 224,384.0 1,060,153.6 100.0

2011 258,956.2 1,215,603.8 103.2

2012 289,735.6 1,333,387.7 104.9

2013 327,920.1 1,438,884.3 107.1

(a) apakah maksud penawaran wang M1 dan M2? [2 markah]

Penawaran M1 ialah wang dalam edaran/penawaran wang yang digunakan secara langsung untuk tujuan urusniaga (dalam definisi yang sempit) ½ markah.

M1 meliputi duit syiling, wang kertas dan deposit semasa ½ markah.

Penawaran M2 ialah penawaran wang dalam definisi yang luas. ½ markah. M2 merangkumi M1 dan wang hampir yang sempit/contoh. ½ markah. Tujuan urusniaga dan penyimpanan nilai.

X 100

(3)

(b) hitung jumlah wang hampir pada tahun 2011 hingga 2013 [3 markah] Jumlah wang hampir = M2 – M1

2011 = RM 1,215,603.8 juta – RM 258,956.2 juta = RM 956,647.6 juta 2012 = RM 1,333.387.7 juta – RM 289,735.6 juta = RM 1,043,652.1 juta 2013 = RM 1,438,884.3 juta – RM 327,920.1 juta = RM 1,110,964.2 juta Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

(c) Hitung kadar pertumbuhan penawaran wang M2 pada tahun 2011 hingga 2013 [3 markah] Kadar pertumbuhan M2(gm2) = M2t –M2t-1/M2t-1 x 100

2011 = gm2 2011 = 1,215,603.8 – 1,060,153.6/1,060,153.6 x 100 = 14.66% 2012 = gm2 2012 = 1,333,387.7 – 1,215,603.8/1,215,603.8 x 100 = 9.69% 2013 = gm2 2013 = 1,438,884.3 – 1,333,387.7/1,333,387.7 x 100 = 7.91% Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

d) Hitung indeks nilai wang pada tahun 2012 dan 2013. [2 markah] INW = IHP tahun asas/IHP semasa X 100

INW = 100/104.9 x 100 = 95.33 INW = 100/107.1 x 100 = 93.37

(4)

3. Jadual 4 menunjukkan Keluaran Dalam Negeri kasar (KDNK) nominal dan KDNK benar bagi Malaysia.

JADUAL 4

Tahun KDNK nominal (RM juta) KDNK benar (RM juta)

2010 821,434 821,434

2011 911,733 864,920

2012 971,252 912,261

2013 1,018,821 955,260

Sumber:Bulletin Perangkaan bulanan Bank Negara Malaysia, Jun 2015

(a) Nyatakan perbezaan antara KDNK nominal dan KDNK benar [2 markah] KDNK nominal mengukur nilai keluaran barang dan perkhidmatan akhir (1/2 markah) dalam sesebuah negara mengikut harga pasaran/tahun semasa.(1/2 markah).

KDNK benar mengukur nilai keluaran barang dan perkhidmatan akhir (1/2 markah) dalam sesebuah negara berdasarkan harga tetap dalam tahun asas. (1/2 markah)

Atau

KDNK nominal mengambil kira kesan inflasi/mengambil kira harga dan kuantiti. KDNK benar tidak mengambil kira kesan inflasi/mengambil kira kuantiti.

(b) Hitung kadar pertumbuhan KDNK benar pada tahun 2011 hingga 2013. [3 markah] Kadar pertumbuhan KDNK benar (g) = KDNKbt – KDNKt-1/KDNKbt-1 x 100

2011= g2011 = 864,920 – 821,434/ 821,434 x 100 = 5.29% 2012 = g2012= 912,261 – 864,920/ 864,920 x 100 = 5.47% 2013 = g2013 = 955,260 – 912,261/ 912,261 x 100 = 4.71% Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

(c) Hitung indeks harga pengguna pada tahun 2011 hingga 2013. [3 markah] IHP = KDNKn/KDNKb x 100

2011 = IHP 2011 = 911,733/864,920 x 100 = 105.41 2012 = IHP 2012 = 971,252/912,261 x 100 = 106.47 2013 = IHP 2013 = 1,081,821/955,620 x 100 = 106.65 Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

(5)

(d) Hitung kadar inflasi pada tahun 2011 dan 2012 [2markah] Kadar Inflasi = IHPt – IHPt-1/IHPt-1 x 100

2011= kadar Inflasi 2011 = 105.41 – 100/100 x 100 = 5.41%

2012 = Kadar inflasi 2012 = 106.47 – 105.41/105.41 x 100 = 1.01%

4. Jadual 5 menunjukkan jutang Kerajaan persekutuan Malaysia bagi tahun 2010 dan 2011. JADUAL 5

BUTIRAN RM Juta

2010 2011

Hutang dalam negeri 390,356 438,025

Bil perbendaharaan 4,320 4,320

Terbitan pelaburan 81,500 110,000

Sekuriti kerajaan 260,993 277,713

Lain-lain pinjaman 43,543 45,992

Hutang luar negeri 16,745 18,103

Pinjaman pasaran 9,355 10,403

Pinjaman projek 7,390 7,700

Sumber:Buletin Perangkaan Bulanan Bank Negara Malaysia, Jun 2015

(a) Hitung jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan 2011. [2 markah] Hutang Kerajaan persekutuan (H) = Hutang dalam negeri + hutang luar negeri

2010= H2010 = RM 390,356 juta + RM 16,745 juta = RM 407,101 juta 2011 = H2011 =RM 438,025 juta + RM 18,103 juta = RM 456,128 juta Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

(b) Hitung peratus hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan pada tahun 2010 dan 2011 [2 markah] Peratus hutang dalam negeri(HDN) = Jumlah Hutang dalam negeri

Jumlah hutang kerajaan persekutuan 2010=HDN2010 = RM 390,356juta/RM 407,101 x 100 = 95.89% 2011=HDN2011 = RM 438,025/RM 456,128 x 100 = 96.03%

Tiada peratusan tolak ½ markah daripada keseluruhan markah 4(b) Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

X 100

(6)

(c) Hitung peratus perubahan hutang dalam negeri dan perubahan hutang luar negeri antara tahun 2010 dan 2011.

Peratus perubahan hutang = Hutang t – Hutang t-1

Hutang t-1

Peratus perubahan HDN = RM 438,028 juta – RM 390,356 juta x 100 RM 390,356

= 12.21%

Peratus perubahan HLN = RM 18,103 juta – RM 16,745 juta x 100 RM 16,745

= 8.11%

Jalan kerja ½ markah, jawapan ½ markah

(d) Jelaskan dua (2) kebaikan hutang dalam negeri. [3 markah] 1. Tidak berlaku bocoran wang ke luar negeri

- Bayaran balik pinjaman dan bunga berlaku di kalangan sector awam dan swasta di dalam negara/ tiada aliran wang ke negara lain.

- tidak berlaku perpindahan sumber kekayaan ke luar negara. 2. Mudah memperoleh pinjaman

- syarat pinjaman yang lebih mudah

- akses pinjaman lebih mudah kepada institusi tempatan

3. Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing - Walaupun nilai ringgi menurun, jumlah pinjaman kekal

- Ketaktentuan dalam kadar pertukaran tidak menjejaskan kemampuan meminjam kerajaan.

Fakta 1 markah,huraian ½ markah.

5. Jadual 6 menunjukkan kuantiti permintaan dan penawaran mata wang Yen (JPY) di Malaysia pada suatu tahun tertentu.

JADUAL 6 Harga Yen (JPY)dalam

ringgit Malaysia (MYR)

Kuantiti permintaan Yen (juta)

Kuantiti penawaran Yen (juta) 0.020 22 16 0.025 20 17 0.030 18 18 0.035 16 19 0.040 14 20 X 100

(7)

(a) Apakah maksud kadar pertukaran asing system boleh ubah? [2markah] Kadar pertukaran asing sistem boleh ubah ialah harga matawang asing dalam mata wang tempatan (1markah) yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.(1markah)

(b) (i) Tentukan kadar pertukaran keseimbangan. Berikan satu (1) alas an. [2markah] Kadar pertukaran keseimbangan:MYR 0.030 = JPY 1. (1 markah)

Alasan: keseimbangan tercapai apabila permintaan mata wang asing bersamaan dengan penawaran mata wang asing iaitu sebanyak 18 juta Yen. (1 markah)

(b) (ii) berdasarkan jawapan 5 (b)(i), lukiskan gambarajah yang menunjukkan keseimbangan pasaran tukaran asing.

Paksi ½ markah, keluk ½ markah Nilai 0.03 dan 18 1 markah

Paksi dan keluk, jika salah satu daripada paksi dan keluk salah, maka hilang markah paksi dan keluk.

(c) (i) Jika kerajaan Malaysia menetapkan kadar pertukaran pada MYR 0.025 = JPY 1, jelaskan kesannya kepada keseimbangan pasaran pertukaran asing.

Berlaku lebihan permintaan (1/2 markah) terhadap Yen sebanyak 3 juta Yen (1/2markah) Kesan:

Ringgit Malaysia terlebih nilai, ATAU Yen terkurang nilai, ATAU ringgit telah ditetapkan pada nilai yang lebih tinggi berbanding keseimbangan pasaran. (1markah).

(c) (ii) nyatakan harga minyak sawit yang bernilai RM 300 dalam sebutan Yen. MYR/JPY D Y S Y 0.0 3 0 18 QY

(8)

(2markah]

Harga minyak sawit dalam Yen =

Harga minyak sawit dalam RM x 1/Yen dalam sebutan RM RM 300 x (1/0.025) = JPY 12,000

Rumus ½ markah, jalan kerja 1 markah,jawapan ½ markah BAHAGIAN C

6. (a) Huraikan tiga (3) factor penggalak pertumbuhan ekonomi. 1. Anugerah kekayaan alam

- Kekayaan alam terdiri daripada sumber alam seperti tanah dan galian. - sumber bahan mentah boleh menarik pelaburan asing.

- sumber ini boleh digunakan untuk menjana kegiatan ekonomi. 2. Pertumbuhan penduduk/tenaga buruh mahir

- Bilangan penduduk yang ramai menyediakan sumber tenaga buruh/menambhakan saiz pasaran tempatan/guna tenaga/taraf hidup

- tenaga buruh mahir yang ramai meningkatkan produktiviti melalui inovasi pengeluaran/output dan pendapatan negara meningkat.

3. Perkembangan teknologi - Akan meningkatkan

 Kecekapan pengeluaran  Merendahkan kos pengeluaran  Menambahkan keluaran

- menghasilkan keluaran baru/menarik pelaburan baru/meningkatkan kualiti produk. 4. Peningkatan tabungan dan pembentukan modal tetap

- pertambahan tabungan masyarakat dapat meningkatkan pembentukan modal tetap/pelaburan. -keupayaan ekonomi bertambah/keluaran meningkat.

-ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. 5. Peluasan pasaran

- Peluasan pasaran ke luar negara melalui aktiviti eksport akan meningkatkan keluaran negara. - ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

6. Perkembangan sistem sosial dan sikap masyarakat

- system social positif dan politik yang stabil akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan cara meransang kemasukan pelaburan asing.

- sikap masyarakat yang mudah menerima perubahan idea dan teknologi baharu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.

(9)

7. Galakan kerajaan

- Langkah kerajaan melalui skim galakan dan insentif meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara dan pengeluaran.

- Ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. 8. Dasar Kerajaan

- dengan menyediakan kemudahan infrastruktur atau meningkatkan perbelanjaan R&D bagi tujuan meningkatkan inovasi.

Mana-mana 3 jawapan. Fakta ½ markah, huraian 1.1/2 markah.

(b) Terangkan dua (2) dasar makroekonomi yang boleh diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

1. Dasar Fiskal

- Dasar kerajaan yang mengubah perbelanjaan dan struktur percukaian untuk mempengaruhi tingkat perbelanjaan agregat dalam ekonomi.

- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kerajaan melaksanakan dasar fiscal

mengembang dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan/atau pengurangan cukai. 2. Dasar Kewangan

- langkah kerajaan melalui bank pusat mengubah bekalan wang untuk mengawal kadar bunga dalam ekonomi untuk mempengaruhi tingkat kegiatan dalam ekonomi.

- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, bank pusat melaksanakan dasar kewangan mengembang untuk mengurangkan kadar bunga/peningkatan penawaran wang.

3. Dasar kawalan langsung

- Dasar kawalan langsung kerajaan dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

- untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, dasar harga minimum dan tingkat upah minimum dilaksanakan bertujuan meningkatkan perbelanjaan agregat.

4. Dasar Sebelah penawaran

- Dasar ini mempengaruhi kegiatan ekonomi dari segi penawaran output dalam ekonomi. - peningkatan pertumbuhan ekonomi berlaku melalui peningkatan kecekapan dan kemampuan sector swasta untuk menawarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang lebih rendah dan menghasilkan kualiti barang yang lebih baik.

Mana-mana dua jawapan.

Fakta ½ markah, huraian 11/2 markah.

(10)

7. Terangkan lima (5) masalah yang dihadapi dalam pengiraan pendapatan negara. 1. Masalah pengumpulan data

- bukan semua nilai output daripada kegiatan ekonomi direkodkan. Bagi negara yang sedang membangun, maklumat yang dikehendaki tidak disimpan dengan baik atau tidak lengkap. - maklumat yang diperoleh mungkin tidak tepat kerana data mungkin dibuat secara anggaran sahaja.

- kekurangan maklumat menyebabkan penghitungan pendapatan negara kurang tepat. 2. Masalah pengiraan dua kali

- kesukaran menentukan sama ada sesuatu barang itu ialah barang perantaraan atau barang akhir.

-menyebabkan nilai barangan tersebut mungkin dikira beberapa kali.

- pengiraan dua kali menyebabkan nilai keluaran negara menjadi lebih tinggi daripada yang sebenarnya.

3. Barang dan perkhidmatan yang tidak dibayar dengan wang

- pengiraan pendapatan negara menjadi terkurang nilai apabila kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang tidak diambil kira.

- sebagai contoh kegiatan yang dilakukan oleh suri rumah tidak diambil kira tetapi kegiatan yang sama dilakukan oleh pembantu rumah yang dibayar gaji diambil kira.

4. Aktiviti haram

- aktiviti seperti perjudian dan penyeludupan merupakan kegiatan produktif tetapi salah di sisi undang-undang.

- Pendapatan negara menjadi terkurang nilai kerana sumbangan kegiatan ini tidak dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara.

5. Masalah penentuan tingkat harga

-kesukaran menentukan tingkat harga kerana harga barang dan perkhidmatan yang berubah-ubah dari semasa ke semasa dan harga bagi barang yang sama tetapi berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain.

-ini menyebabkan pengiraan pendapatan negara kurang tepat. 6. Masalah pengiraan susut nilai

- jangka hayat asset berbeza-beza mengikut jenis asset.

- tiada ukuran yang piawai untuk susut nilai kerana nilai asset berbeza. -susut nilai hanya anggaran.

7. Barang dan perkhidmatan yang tidak dipasarkan

- kegiatan yang tidak melibatkan sebarang pembayaran wang tidak akan diambilkira walaupun kegiatan itu produktif.

(11)

8.(a) Jelaskan maksud dan hubungan antara kecenderungan mengguna sut (MPC) dengan kecenderungan menabung sut (MPS)

Kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah ukuran perubahan dalam penggunaan (C) kesan perubahan pendapatan/pendapatan negara/pendapatan boleh guna. (1markah)

ATAU ukuran perubahan dalam C kesan daripada perubahan setiap ringgit dalam Y Kecenderungan menabung sut (MPS) ialah ukuran perubahan dalam tabungan (S) kesan perubahan dalam pendapatan negara. (1markah)

ATAU ukuran perubahan dalam S kesan daripada perubahan setiap ringgit dalam Y.

MPC berhubung secara songsang/negative dengan MPS, jika MPC meningkat, MPS berkurang. (1markah)

ATAU MPC + MPS = 1 dan sebaliknya. (1markah)

Nota: jika mpc atau mps dinyatakan dalam bentuk rumus, tidak ada markah yang boleh diberikan.

Jika mpc atau mps dinyatakan sebagai rumus dalam bentuk ayat, juga TIDAK ADA markah yang boleh diberikan.

(b) Jelaskan tiga (3) faktor yang meningkatkan pelaburan. 1. Pendapatan negara

- meningkatkan penggunaan dalam ekonomi

- peningkatan penggunaan mendorong firma meningkatkan output - untuk meningkatkan output, firma meningkatkan pelaburan. 2. Kecekapan sut modal/MEI

- merujuk kepada tambahan pulangan modal bagi setiap tambahan pelaburan firma. - jika kecekapan sut modal tinggi, maka pulangan pelaburan tinggi.

- pulangan pelaburan tinggi, maka firma menambah pelaburan 3. Kemajuan teknologi

- teknologi yang canggih dapat meningkatkan daya pengeluaran atau mengurangkan kos pengeluaran.

- untung firma meningkat -menggalakkan pelaburan. 4. Jangkaan masa depan

- Ramalan keadaan ekonomi masa depan yang memberangsangkan/baik. -Pelabur menjangkakan keuntungan akan meningkat

(12)

5. Kos Pengeluaran

- Penurunan kos pengeluaran akan meningkatkan keuntungan, ini akan menyebabkan pertambahan pelaburan.

6. Dasar kerajaan

- Dasar kerajaan yang memberi insentif kepada pelabur akan menggalakkan pertambahan pelaburan.

- Pengurangan kadar cukai keuntungan syarikat akan menggalakkan pelaburan. 7. Kadar bunga

- Kadar bunga adalah kos pinjaman kepada pelabur.

- kejatuhan kadar bunga akan mengurangkan kos pelaburan, seterusnya meningkatkan pelaburan.

8. Kestabilan politik dan social/iklim pelaburan

- Suasana politik dan social yang stabil akan menjamin pertumbuhan ekonomi/menyediakan iklim pelaburan yang baik. Ini akan meningkatkan pelaburan.

Mana-mana tiga jawapan.

Fakta ½ markah, huraian ½ markah.

9. Jelaskan lima (5) faktor yang menghadkan penciptaan kredit oleh bank perdagangan. 1. Bank pusat menaikkan nisbah rizab

Sekiranya bank pusat menaikkan nisbah rizab, lebihan rizab bank perdagangan yang dapat dipinjamkan semakin berkurangan. Keadaan ini akan mengecilkan saiz pengganda wang atau mengurangkan keupayaan bank untuk mencipta kredit.

2. Bocoran wang tunai

Individu yang meminjam tidak semestinya mengekalkan semua wang pinjaman tersebut ke dalam bank. Wang tersebut mungkin dikeluarkan/dibelanjakan untuk tujuan lain. Ini

menyebabkan berlaku bocoran wang daripada system bank. Ini akan mengurangkan deposit semasa dan membataskan penciptaan kredit.

3. Bukan semua urus niaga dilakukan dengan menggunakan cek.

Bukan semua urusniaga dibayar dengan menggunakan cek. Oleh itu jumlah deposit semasa yang diterima akan berkurang dan membataskan keupayaan bank mencipta kredit.

4.Syarat pinjaman yang ketat

Bank hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkemampuan membayar balik. Bank meletakkan syarat cagaran yang mencukupi untuk layak mendapat pinjaman atau penjamin. Oleh kerana tidak semua lebihan rizab yang ada pada bank dapat dipinjamkan. Proses penciptaan kredit bank telah dihadkan/dibataskan

(13)

Jika pelabur mempunyai jangkaan yang pesimistik tentang keadaan ekonomi keyakinan para pelabur untuk membuat pinjaman dan melabur akan terjejas. Ini sekaligus membataskan penciptaan kredit oleh bank perdagangan walaupun mempunyai lebihan rizab yang banyak. 6. Keinginan bank untuk menjaga keutuhan bank

Bank menyimpan rizab melebihi daripada yang telah ditetapkan oleh bank pusat. Lebihan rizab yang tidak dipinjamkan mengurangkan keupayaan bank untuk mencipta kredit.

7. Kesukaran mendapatkan peminjam

Bank perdagangan hanya memberi pinjaman kepada mereka yang berkemampuan untuk membayar balik pinjaman pokok dan kadar bunga. Mereka yang ingin membuat pinjaman mungkin tidak layak untuk mendapat pinjaman kerana kekurangan cagaran.

10. (ai) Terangkan dua (2) alat dasar fiskal yang sesuai untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah berikut.

Kemelesetan ekonomi

i) menaikkan perbelanjaan kerajaan

Pertambahan perbelanjaan kerajaan meningkatkan perbelanjaan agregat (AE) DAN/ATAU AD. Ini akan memberansangkan ekonomi – pendapatan negara meningkat.

Pertumbuhan ekonomi meningkat, kemelesetan ekonomi dapat diatasi. ii) menurunkan cukai

Penurunan cuaki meningkatkan pendapatan bolehguna isi rumah (C naik). Peningkatan C akan meningkatkan AD/AE. Pendapatan negara meningkat.

ATAU

Penurunan cukai meningkatkan keuntungan selepas cukai syarikat.Peningkatan keuntungan akan meransang firma untuk meningkatkan pelaburan. Pelaburan meningkat, pendapatan negara akan meningkat. Pertumbuhan ekonomi bertambah, kemelesetan ekonomi dapat diatasi.

iii) menaikkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai secara serentak

perbelanjaan agregat (AE) meningkat melalui pertambahan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan bolehguna isi rumah serta keuntungan selepas cukai syarikat. Pertumbuhan ekonomi bertambah. Kemelesetan ekonomi dapat di atasi.

Mana-mana dua jawapan.

Fakta ½ markah, huraian 11/2 markah TIADA MARKAH UNTUK RAJAH

Jika pelajar memilih jawapan ke tiga sahaja, maksimum 3 markah.

(aii) Inflasi

i. Menurunkan perbelanjaan kerajaan

Penurunan perbelanjaan kerajaan mengurangkan perbelanjaan agregat. Pendapatan

masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi dapat diatasi. ii. Menaikkan cukai

(14)

Pendapatan bolehguna isi rumah dan keuntungan selepas cukai syarikat berkurangan. Pendapatan masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi dapat diatasi.

iii. Menurunkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai serentak

Penurunan perbelanjaan kerajaan dan kenaikan cukai mengurangkan perbelanjaan agregat. Pendapatan masyarakat berkurangan menyebabkan permintaan agregat berkurangan. Inflasi dapat diatasi.

Mana-mana dua jawapan.

Fakta ½ markah, huraian 11/2 markah

Jika pelajar memilih jawapan ketiga sahaja, markah maksimum 3 markah. (b) Terangkan maksud dasar kewangan (2markah)

Dasar kewangan ialah dasar kerajaan melalui bank pusat bagi mengawal bekalan wang bertujuan untuk mempengaruhi/mengubah kadar bunga dalam ekonomi. (1markah) Ia terdiri daripada dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif. (1markah) (Jika pelajar memberi contoh alat dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif, diberi 1 markah)

11. Jelaskan lima (5) sebab kerajaan mengamalkan dasar perlindungan dalam perdagangan antarabangsa.

1. Melindungi industri strategik

Industri yang mempunyai kepentingan utama dari segi ekonomi,politik dan keselamatan negara supaya kedaulatan negara tidak terjejas oleh pengaruh asing.

2. Melindungi industri muda

Industri yang baharu berkembang dan belum mencapai tahap optimum/kecekapan untuk bersaing dengan industri asing supaya industri ini boleh berdikari/bersaing dengan industry asing.

3. Memperbaiki imbangan pembayaran

Import yang melebihi eksport menjejaskan imbangan pembayaran. Perlindungan dapat mengekang peningkatan import melalui tariff atau kuota.

4. Mencegah lambakan

Lambakan merupakan tindakan negara asing menjual barangan dengan harga yang sangat rendah di pasaran tempatan berbanding harga barangan tempatan. Apabila harga barangan luar murah, permintaan barang tempatan akan berkurang. Dasar perlindungan dapat

memastikan barang import dijual pada harga yang lebih tinggi. 5. Mengurangkan pergantungan kepada negara lain

Kebergantungan kepada barang import menjejaskan kemampuan pengeluaran tempatan dari segi kualiti dan kuantiti. Perlindungan dapat meransang pertumbuhan industry penggantian import/kemampuan pengeluar tempatan. Perlindungan dapat mengurangkan permintaan ke atas barang import dan meningkatkan daya pengeluaran tempatan.

(15)

6. Mengurangkan pengangguran

Perlindungan akan meningkatkan aktiviti pengeluaran tempatan. Perkembangan industry mampu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

7. Mempelbagaikan ekonomi

Perlindungan dapat memberi peluang kepada industry tempatan untuk memenuhi permintaan pelbagai barangan. Kepelbagaian produk industry tempatan meningkat.

8. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Aliran factor ke luar negara berkurangan. Pelaburan tempatan akan meningkat dan ini membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga kenaikan pendapatan ini dapat menyebabkan kenaikan akan kebutuhan dasar, kesempatan untuk meningkatkan tingkat pendidikan juga bertambah, tingkat kesehatan juga akan

Dalam rangka meningkatkan efektivitas Sharia Chanelling Office (SCO) dengan PT Bank Negara Indonesia (Persero) Tbk yang secara umum mengalami penurunan, Dewan Komisaris

Apabila buah salak tersebut dapat dioleh dan dijual dalam bentuk lain dengan harga dan keuntungan yang lebih tinggi maka hal tersebut dapat meningkatkan pendapatan bagi saya dan

Dari analisis di atas dapat disimpulkan bahwa pilihan kebijakan meningkatkan dana transfer ke Daerah dan Desa dalam kondisi pendapatan negara mengalami tekanan dan tidak