• Tidak ada hasil yang ditemukan

kertas cadangan penubuhan kelab.doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kertas cadangan penubuhan kelab.doc"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN “KELAB PENCINTA ALAM”

SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA

71350 KOTA,

NEGERI SEMBILAN.

DISEDIAKAN OLEH:

HAMIZA BIN ZAINI

SK. ASTANA RAJA, KOTA

(2)

KANDUNGAN

TAJUK 1. PENGENALAN i. LATAR BELAKANG ii. RASIONAL iii. MATLAMAT iv. OBJEKTIF v. VISI vi. MISI

vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN viii. JAWATANKUASA PENAJA

2. PERLEMBAGAAN

i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR ii. MATLAMAT

iii. OBJEKTIF

iv KESETIAAN ALAM SEKITAR v. LOGO DAN PENGERTIAN vi. BENDERA DAN PENGERTIAN vii. KEAHLIAN

viii. PAKAIAN RASMI ix. GURU PENASIHAT x. AHLI JAWATANKUASA

xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA xii. KEWANGAN

xiii. KEHADIRAN

xiv PERATURAN-PERATURAN xv. TINDAKAN DISIPLIN

xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN xvii PEMBUBARAN

xviii HAL-HAL LAIN

9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN 10. PENUTUP

(3)

TAJUK

Kelab Pencinta Alam

1. LATAR BELAKANG

Kelab Pencinta Alam adalah usaha terancang pihak Sekolah Kebangsaan Astana Raja untuk melibatkan pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Pencinta Alam ini, membolehkan penglibatan aktif pelajar bagi menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan negatif. Secara umum kegiatan Ko-kurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi akhlak, jasmani , emosi, rohani dan intelek ( AJERI ).

2. RASIONAL

2.1 Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber ini adalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

2.2 Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’

(4)

Nabi s.a.w pula berpesan yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)

2.3 Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4. OBJEKTIF

4.1 Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli

4.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna

4.3 Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza

4.4 Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.

4.5 Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar

4.6 Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.

4.7 Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina 4.8 Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)

4.9 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar 4.10 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar

4.11 Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi 5. VISI

5.1 Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang

6. MISI

6.1 Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara

(5)

7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)

7.2 Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

7.3 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.

7.4 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli : i) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka

ii) mendapatkan maklumat yang perlu

iii) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai. 8. JAWATANKUASA PENAJA KELAB PENCINTA ALAM

Jawatankuasa "Kelab Pencinta Alam" akan terdiri daripada: Penasihat : Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim Pengerusi : Kamarudin Bin Mazli

Naib Pengerusi : Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan Setiausaha : Noor Zamatul Shima Binti Ahmad Bendahari : Roslan Bin Kasim

Ketua Kumpulan : 1) Nurul Husna Binti Zulkifli 2) Noor Aziati Binti Daud

3) Mohd Naim B Abd Majid @ Abd Aziz 4) Muhamad Norhafizie B. Ma. Hasan 5) Nirayanti Binti Amir

(6)

KELAB PENCINTA ALAM

SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANJA RAJA NO. PENDAFTARAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan : Kelab Pencinta Alam

Sekolah Kebangsaan Astana Raja b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Astana Raja,

71350 Kota,

NEGERI SEMBILAN PERATURAN 2 : MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

Tujuan Kelab Pencinta Alam ditubuhkan ialah:

3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

3.4 Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

(7)

3.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

3.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

3.8 Supaya ahli dapat pendedahan dan kemahiran dari pelbagai segi (pendidikan alam sekitar) dengan lebih profesional dalam menimba ilmu dan memupuk semangat berkerjasama dan hidup harmoni secara bermasyarakat.

3.9 Ahli-ahli kelab akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya dan setiap pertandingan serta persembahan yang di laksanakan.

PERATURAN 4 : KESETIAAN ALAM SEKITAR

4.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia 4.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan

4.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah PERATURAN 5 : LOGO DAN PENGERTIAN

5.1 Logo Kelab Pencinta Alam

5.2 Pengertian logo

i. Perisai melambangkan biji benih yang melindungi benih kehidupan yang boleh digambarkan sebagai keimanan yang melindungi diri daripada gejala yang tidak sihat.

ii. Daun melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa. Harapan dan bekalan.

(8)

iii. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.

iv. Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah v. Warna kuning melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.

vi. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN

6.1 Bendera Kelab Pencinta Alam

6.2 Pengertian bendera Kelab Pencinta Alam

i. Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

PERATURAN 7 : KEAHLIAN

76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Astana Raja tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar. 7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan

akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan

kelab.

7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.

7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan. PERATURAN 8 : PAKAIAN

8.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian seragam sekolah 8.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan

(9)

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT

9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.

9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA 10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-10.6.1 Pengerusi

10.6.2 Naib Pengerusi 10.6.3 Setiausaha 10.6.4 Bendahari

10.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan) PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 11.1 Pengerusi

11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat

11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

(10)

11.2 Naib Pengerusi

11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. 11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.3 Setiausaha

11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan. 11.3.3 Mencatat kehadiran ahli

11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.5 Bendahari

11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab

11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa.

i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

11.7 Ahli Jawatankuasa

11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

PERATURAN 12 : KEWANGAN

12.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.

(11)

12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. 14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN

15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 15.2.1 Amaran lisan

15.2.2 Amaran bertulis

15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

(12)

PERATURAN 17 : PEMBUBARAN

17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis

17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN

11.1 Program sekolah dalam taman

11.2 Program penanaman menggunakan baja organik 11.3 Program satu pelajar, satu pokok

11.4 Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai

11.5 Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok 11.6 Projek membuat baja kompos

11.7 Penubuhan stesen pembelajaran 11.8 Penyelenggaraan taman dan alatan PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Pencinta Alam” merupakan satu asset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab Pencinta Alam mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.

(13)

Disediakan oleh,

... HAMIZA BIN ZAINI

Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam (K) Sek. Keb. Astana Rasja

Tarikh: ...

Disemak oleh, Disahkan oleh,

... ...

ROSLINA BINTI MOHD YASIN MUHAMMAD NAZIRUL MUBIN

GPK Kokurikulum Guru Besar

Sek. Keb. Astana Raja Sek. Keb. Astana Raja

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Karena tertahan, bilirubin kembali masuk ke peredaran daran sehingga membuat kulit dan organ dalam menjadi kuning.Bilirubin yang terbentuk adalah bilirubin

Tesis ini membahas tentang pembentukan moral peserta didik melalui pendidikan seks (studi multi situs di SDN Sambibulu Sidoarjo dan SDI Darut Taqwa

Negative automatic thoughts para perokok wanita ini dapat terlihat dari data-data yang telah disebutkan sebelumnya, seperti tidak bisa berhenti merokok karena telah terbiasa harus

Periodontitis kronis meningkat prevalensi dan keganasannya berhubungan dengan umur, dan secara umum efeknya pada jenis kelamin adalah sama. Bukan umur dari individu

Jika airfoil itu dinaikkan (mendongak) maka aliran udara akan menabrak dengan sebuah sudut tertentu (angle of attack), molekul udara yang bergerak melewati permukaan atas akan

Film ve elyaf için talep sürekli bir artõş göstermektedir ve bu artõşõn devam edeceği tahmin edilmektedir.Paketleme sektöründeki talep ise 1998 yõlõnda % 8 ‘lik çok

Personil ICS mempunyai tugas menyusun dokumen yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan sertifikasi dengan pola ICS seperti data petani, status lahan, status

Bimbingan secara etimologi berarti menunjukkan, memberi jalan atau menuntun orang lain ke arah tujuan yang bermanfaat bagi kehidupan masa kini dan masa