• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULASAN BUKU. Hasan Alwi, Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia, 648 halaman, ISBN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ULASAN BUKU. Hasan Alwi, Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia, 648 halaman, ISBN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

ULASAN BUKU

Hasan Alwi, 2013. Perbandingan

Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa

Baku Bahasa Indonesia, 648 halaman,

ISBN 978-983-46-1232-6

Pengulas: Hashim Musa

hasyim@fbmk.upm.edu.my

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

PENDAHULUAN

Buku Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia (PTBD–TBBI), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, hasil tulisan Dr. Hasan Alwi (Ph.D., Universitas Indonesai 1990). Beliau merupakan ahli bahasa Indonesia yang pernah menjawat tugas Kepala Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa (sekarang Pusat Bahasa) antara tahun 1992-2001. Dr. Hasan Alwi juga merupakan seorang daripada anggota pasukan penyusun buku Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia, Edisi Ketiga 1 (TBBI), 2000 yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta.

Semacam ada keseimbangan antara penulis dengan Dr. Hasan Alwi, iaitu kami berdua terlibat secara langsung dalam penulisan buku-buku yang dibandingkan itu. Kami berdua masing-masing mempunyai “pengetahuan dalaman” berkaitan dengan penghasilan buku tatabahasa tersebut. Oleh sebab Dr. Hasan Alwi telah membuat beberapa ulasan tentang penulisan buku TBD, maka akan menjadi suatu kesimbangan seandainya penulis memberikan pengetahuan dalaman dalam penghasilan buku TBD itu. Dalam tulisan ini, beberapa ulasan Dr. Hasan Alwi yang utama, seperti yang tertera dalam prakata buku beliau, tentang buku TBD dan perbandingannya dengan TBBI yang pada pandangan penulis perlu diperjelas demi ketelusannya. Ulasan ini ditulis dalam semangat yang sama seperti yang diutarakan oleh Dr Hasan Alwi, iaitu “bertujuan

(2)

untuk melihat persamaan… dan memahami perbezaan antara dua bahasa serumpun ini… tanpa disertai rasa ingin tahu lebih lanjut untuk mengetahui dan menentukan mana yang benar dan mana yang tidak benar.” Hasan Alwi, 2013:xxii)

Namun, apa yang harus diperhatikan hakikat bahawa edisi TBD yang menjadi data ulasan Dr. Hasan Alwi dalam PTBD–TBBI itu ialah edisi cetakan 1997 yang sudah ketinggalan waktu selama 15 tahun berbanding dengan edisi terbaharu TBD iaitu cetakan keenam 2011. Dalam sejarah penulisan TBD, sepertilah halnya juga dalam penulisan buku TTBI, sebagaimana yang diakui oleh Dr. Hasan Alwi (“…edisi pertama sesuatu tatababahasa baku tentu tidak diharapkan telah sempurna – bahkan diperkirakan bahawa untuk edisi-edisi selanjutnya pun pasti akan ada perbaikian…” TBBI, 2000:v), TBD telah mengalami beberapa semakan, pembaikan dan tokok tambah dengan mengambil kira pelbagai faktor. Antara faktor itu termasuklah pandangan para ahli bahasa, guru, penulis dan juga penggunaan bahasa umumnya, seperti yang dinyatakan oleh TBD “namun buku ini perlu diperkemas dari semasa ke semasa”(TBD: 2012: xxv). Dalam Edisi Ketiga cetakan Pertama 2008 dan cetakan keenam 2012, dua semakan yang terpenting, ialah:

a) pemasukan unsur wacana

b) pemasukan unsur adverba, iaitu dimasukkan ke dalam golongan kata tugas .

Kedua-dua unsur ini sememangnya tidak ada dalam TBD edisi 1997 yang dijadikan bahan penilaian oleh Dr. Hasan Alwi. Oleh yang demikian jawapan bagi pandangan Dr. Hasan Alwi tentang dua perkara itu ada dalam edisi TBD 2011 pada halaman xxxii dan halaman 523 untuk unsur wacana dan pada halaman xxxii dan halaman 289 untuk unsur adverba. Tentang unsur wacana, TBD pada halaman xxxii telah menyatakan bahawa “Walaupun penumpuan utama buku ini adalah terhadap aspek tatabahasa, iaitu perkataan dan ayat, namun penggunaan bahasa tidak terlepas daripada wacana… satu huraian ringkas (ceraian 18.6) dimasukkan mengenai wacana dan penanda wacana dengan tujuan utama memberikan penjelasan kepada para pembaca dan pengguna buku ini (mengenai wacana).”

Tentang adverba pula TBD menyatakan bahawa “Pendirian penyusun buku TBD adalah bahawa golongan kata yang sedia ada (tanpa adverba) sudah mencukupi, kerana analisis penggolongan kata yang digunakan

(3)

berasaskan pendekatan teori yang utuh dan selaras dengan sifat asasi bahasa Melayu. Namun, dalam bidang tertentu, terutamanya dalam bidang perkamusan, terdapat keperluan memecahkan aspek unsur keterangan dalam ayat kepada adverba. Sebagai contoh terdapat perkataan yang status utamanya sebagai golongan kata tertentu (misalnya kata adjektif atau kata kerja) tetapi kadangkala berfungsi sebagai kata adverba. Agar wujud keselarasan dalam huraian ayat dalam bahasa Melayu, maka edisi ketiga TBD ini memasukkan satu lagi kategori kata tugas, iaitu kata adverba.” (TBD, 2011: xxxii).

LATAR BELAKANG PENULISAN TBD

Sesungguhnya penulisan sesuatu karya persuratan yang berkaitan dengan masyarakat sama ada tentang masyarakat atau untuk penggunaan masyarakat semestinya ada konteksnya, iaitu jenis sasaran pembacanya, zaman dan isu semasanya. Juga akan ada ko-teksnya, iaitu karya sebanding dengannya yang tentu ada titik persamaan tetapi ada perbezaan dengannya, yang dengan itu mewajarkan penulisan karya itu demi menampung kelompangan karya terdahulu. Selain itu, tentu sekali ada isi, mesej dan kandungan fikiran, fakta, dan perkara yang hendak disampaikan oleh karya itu yang akan diperoleh melalui kajian teks terhadapnya. Maka, sesuatu karya itu ada konteks, ko-teks dan kandungan teksnya, yang harus diambil berat oleh sebarang penilai terhadapnya.

Konteks penulisan TBD, terutama sekali dari segi sasaran pembaca dan penggunanya telah termaktub dalam TBD “Prakata Edisi Pertama”, iaitu “… buku ini diharapkan menjadi sumber rujukan … asas pegangan kepada pengguna bahasa dalam menghadapi persoalan tentang struktur dan binaan tatabahasa Melayu… menjadi panduan juga bagi usaha selanjutnya, khususnya dalam penulisan buku pelajaran bahasa Melayu bagi kegunaan murid sekolah.” (TBD, 2012: xliv).

Ringkasnya TBD telah dihasilkan untuk dua matlamat utama, iaitu pertama sebagai rujukan kepada pengguna umum bahasa Melayu dalam menghadapi permasalahan memahami struktur dan binaan tatabahasa bahasa Melayu, dan kedua sebagai panduan dan pegangan dalam usaha menulis dan tentu sekali mengajar tatabahasa bahasa Melayu kepada para pelajar. Persoalan dan isu utama sekitar tatabahasa bahasa Melayu pada zaman penulisan TBD ialah kemasukan ilmu linguistik moden yang telah

(4)

mencabar kesesuaian huraian tatabahasa Melayu tradisional (yang pada masa itu lebih popular dengan istilah “nahu bahasa Melayu”). Konsep dan istilah tatabahasa tradisional seperti “huruf benar, huruf saksi, perbuatan melampau, perbuatan tak melampau, perbuatan bangun membuat, perbuatan bangun kena buat, huruf penambah, sendi kata”, dan sebagainya, telah dianggap sebagai tidak sesuai lagi dengan ilmu linguistik moden.

Namun, tidak semua istilah tradisional itu diabaikan, bahkan banyak juga telah diguna pakai misalnya “perkataan (kata) nama, ganti nama, sendi nama, kata seru”, dan sebagainya. Juga, dalam penghuraian dan penggunaan konsep dan istilah baharu terutama sekali istilah pinjaman asing telah menimbulkan kekacauan kerana tiada kata sepakat dan piawaian dalam kalangan pemuka dan pemikir tatabahasa bahasa Melayu pada ketika itu. Keadaan ini telah menimbulkan krisis terutama sekali dalam pemilihan bentuk dan piawai sebagai panduan bagi penulisan buku teks sekolah, pembentukan kurikulum, pengajaran, dan urusan kertas soalan dan peperiksaan bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, TBD telah diusahakan dengan sumbangan dan bantuan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga ahli dan guru bahasa melaui beberapa bengkel untuk memenuhi dua matlamat seperti yang disebutkan di atas. Penerbitan pertama buku TBD ialah pada tahun 1986, dan sejak masa itu TBD telah mengalami beberapa semakan, tokok tambah dan pembaikan dalam bentuk Edisi Baharu (cetakan pertama 1993), Edisi Ketiga (cetakan pertama 2008) dan sehingga kini Edisi Ketiga cetakan keenam (2011). Dalam “Kata Pengantar” Edisi Ketiga telah dinyatakan bahawa TBD “telah dijadikan tatabahasa pegangan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (untuk penggunaan di institusi pengajian tinggi (IPT)) dan Kementerian Pelajaran (untuk kegunaan di sekolah)”, maka tidak dapat dinafikan bahawa fokus utama penggunaan TBD ialah sebagai tatabahasa pegangan bahasa Melayu untuk digunakan dalam pengajaran, penulisan buku teks sekolah, pembentukan kurikulum dan juga urusan peperiksaan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

Berdasarkan fokus utama penggunaannya dalam bidang pengajaran, maka pemakaian istilah tatabahasa, penghuraian konsep, struktur, binaan dan sistem tatabahasa seboleh mungkin disederhanakan, dan di tempat yang sesuai istilah yang lazim digunakan, misalnya “imbuhan, awalan, akhiran, apitan, sisipan, ayat tunggal, ayat terbitan, ayat majmuk, kata ganda, kata hubung, kata nama, kata kerja, kata ganti nama, kata tugas, kata sendi, kata bilangan, kata keterangan”, dan sebagainya. Istilah pinjaman

(5)

asing difikirkan tidak sesuai untuk penggunaan dalam konteks pengajaran di sekolah dan IPT yang boleh mengelirukan para pelajar dengan istilah pinjaman asing seperti “nomina, verbal, preposisi, pronominal, numeralia, klitika, verba, konjungtur, interjeksi, konjungtif”, dan sebagainya seperti dalam TBBI yang mungkin sesuai dengan konteks dan khalayak yang disasarkannya di Indonesia. Hakikat ini seperti yang dinyatakan oleh TBBI “…secara khusus (TBBI) ditujukan kepada orang awam yang terpelajar, yang, kerana pendidikannya ingin menyerasikan taraf pengetahuannya di bidangnya masing-masing dengan daya ungkapan dalam bahasa Indonesia yang apik dan terpelihara” (Hasan Alwi et al., 2000: xiii).

Namun, dalam TBD tidak dinafikan bahawa ada juga penggunaan istilah pinjaman asing, iaitu apabila istilah pinjaman itu mendukung konsep yang jangkauan maknanya lebih luas daripada istilah Melayu. Contohnya istilah “kata adjektif” yang lebih luas daripada istilah “kata sifat”, kerana adjektif sifatan ialah satu daripada subgolongan kepada kata adjektif misalnya “baik, lemah, cerdik, kasar, pandai, gopoh, sihat, takut”, dan sebagainya, sedangkan kata adjektif merangkumi jangkauan makna yang lebih luas, iaitu “warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan, dan pancaindera” (TBD, 2012:227). Begitu juga kata adverba yang baru dimasukkan ke dalam golongan kata tugas, difikirkan adalah lebih universal dan meluas daripada istilah kata penerang yang sebelum ini telah digunakan. Demikianlah halnya dengan penggunaan istilah pinjaman asing yang lain dalam TBD, seperti “transitif, morfem, fleksi, aktif, pasif, relatif, komplemen, klausa, frasa, konsonan, vokal, subjek, predikat, sintaksis, morfologi, fonologi, konstituen, dan intonasi”.

BEBERAPA ULASAN DR. HASAN ALWI TENTANG TBD

DAN ULASAN PENERANGAN TERHADAPNYA

Dr. Hasan Alwi telah membuat ulasan perbandingan antara TBD dan TBBI dengan memperturunkan dan menghuraikan unsur persamaan, juga perbezaan yang terkandung dalam satu buku dan tidak ada dalam buku yang dibandingkannya.

Antara persamaan dan perbezaan adalah seperti yang berikut, berserta dengan ulasan dan penjelasan:

1) Dr. Hasan Alwi menegaskan bahawa ketiga-tiga aspek tatabahasa, iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis telah dibincangkan dalam

(6)

Jadual 1 Gambaran enam pola ayat dasar dalam TBBI.

kedua-dua buku ini. Namun, menurut beliau, didapati dalam TBD aspek fonologi tidak mendapat huraian yang khusus dan mendalam “hanya disentuh sepintas lalu dengan beberapa istilah contoh, tanpa disertai penjelasan tentang istilah yang digunakan dalam bidang fonologi (keterangan tentang istilah fonologi terdapat dalam TBD itu dinyatakan dalam Glosari tidak dalam teks–nota kaki. (TBBI, 2000: xviii)”.

Penjelasan daripada komen ini terletak pada matlamat dan konteks penulisan TBD, seperti yang dihuraikan di atas, iaitu fokus utamanya sebagai buku tatabahasa pegangan bagi keperluan pengajaran tentang tatabahasa bahasa Melayu terutama di sekolah, yang tidak mengandungi topik fonologi dalam kurikulum dan peperiksaannya secara khusus. Liputan kajian fonologi setakat yang berkaitan dengan sistem ejaan dan sebutan baku. Oleh yang demikian huraian tentang aspek fonologi dalam TBD meliputi topik yang dikaitkan dengan ejaan dan sebutan baku, seperti bunyi asli dan bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu, iaitu huraian tentang konsonan, vokal dan diftong asli dan konsonan, vokal dan diftong pinjaman dalam bahasa Melayu, taburan atau distribusi bunyi itu dalam perkataan, dan huraian tentang ejaan Rumi tentang bunyi itu. 2) Dr. Hasan menyatakan bahawa binaan ayat yang terdiri daripada

komponen subjek+predikat telah dihuraikan dalam kedua-dua buah buku itu. Namun menurut beliau penubuhan empat (4) pola ayat dasar dalam TBD berbeza dengan yang ditubuhkan oleh TBBI, iaitu enam (6) pola ayat dasar. Perbezaannya mengikut Dr Hasan terletak pada hakikat bahawa pola ayat dengan predikat kata kerja “dibezakan antara yang berupa kata kerja transitif daripada yang berupa kata kerja tak transitif. Berdasarkan pembezaan tersebut TBBI mengemukakan enam pola ayat dasar, iaitu:

Kelompok 1 mengandungi kata kerja transitif ada tiga pola: Subjek (S)+Predikat (P)+Objek (O),

Subjek (S)+Predikat (P)+Objek (O)+Pelengkap (Pel) Subjek (S)+Predikat (P)+Objek (O)+Keterangan (Ket)

(7)

Kelompok 2 mengandungi kata kerja tak transitif ada tiga pola: Subjek (S)+Predikat (P)

Subjek (S)+Predikat (P)+Pelengkap (Pel) Subjek (S)+Predikat (P)+Keterangan (Ket)

Gambaran enam pola ayat itu adalah seperti dalam Jadual 2 yang berikut (TBBI, 2000: 322). Sebagai, perbandingan diperturunkan juga Jadual 2 yang menggambarkan empat pola ayat dasar bahasa Melayu dalam TBD (2012: 344, 359-61) (dengan sedikit penyesuaian pada contoh ayat): Dengan meneliti kedua-dua jadual, maka tentu sekali terdapat perbezaan pendekatan yang membawa kepada perbezaan penubuhan pola ayat dasar antara TBD dan TBBI. Dalam TBD komponen dalam ayat mengandungi

Fungsi Pola

Subjek Predikat Objek Pelengkap Keterangan

1:S+P Orang itu sedang tidur - -

-Saya mahasiswa Pengujar -

-2:S+P+O Ayahnya membeli mobil

baru -

-Rani mendapat hadiah -

-3: S+P+Pel Beliau menjadi - ketua

koperasi

-Pancasila merupakan - dasar

negara

4: S+P+Ket Kami tinggal - - di Jakarta

Kecelakaan

itu terjadi - - minggu lalu

5: S+P+O+Pel Dia mengirimi ibunya wang

-Dian mengambilkan adiknya air minum

-6:S+P+O+Ket Pak Raden memasukkan wang - ke bank

Beliau

memperlaku-kan kami - dengan baik

(8)

Rajah 1 Rajah pohon pola ayat (kalimat) dasar TBBI.

Rajah 2 Rajah pohon bagi ayat yang predikatnya mengandungi frasa kerja dan

keterangan seperti yang terdapat dalam TBD. Fungsi

Pola

Subjek Predikat

1. Frasa Nama+Frasa Nama (FN+FN)

Bapanya guru kami

Kelang bandar diraja Selangor

2. Frasa Nama+Frasa Kerja (FN+FK)

Mereka sedang bekerja

Orang itu memanggil saya

3. Frasa Nama+Frasa Adjektif

(FN+FA)

Pekerja itu amat rajin

Anaknya masih kecil lagi

4. Frasa Nama+Frasa Sendi Nama

(FN+FS)

Kereta itu ke Kuala Lumpur

Asal kapas daripada benang

Jadual 2 Pola Ayat Dasar dalam TBD.

dua unsur, iaitu “subjek” sebagai unsur topik ayat, manakala “predikat” ialah unsur cerita yang menerangkan subjek itu. Oleh itu, unsur predikat mencakupi semua elemen yang hadir sesudah subjek. Dalam TBBI unsur predikat hanya mencakupi Frasa Verba yang mengandungi kata atau frasa kerja tak transitif (sedang tidur), kata nama (mahasiswa), kata kerja transitif (membeli) dan kata kerja yang lain, dan tidak merangkumi unsur objek, pelengkap dan keterangan, iaitu dapat digambarkan dengan rajah pohon seperti dalam Rajah 1.

Dalam TBD dengan berdasarkan empat pola ayat dasar yang tersebut di atas, barulah dipecahkan kepada unsur yang membentuk komponen dalam pola ayat dasar itu. Oleh itu, pola struktur ayat yang terbina daripada pecahan empat pola ayat dasar itu tidak diambil kira dalam penentuan pola ayat dasar; struktur ayat demikian dianggap sebagai ayat yang mengalami transformasi dan bukan lagi ayat dasar. Pecahan daripada empat pola ayat dasar itu boleh digambarkan melalui rajah pohon bagi satu contoh ayat dengan predikat frasa kerja berserta dengan unsur pilihan yang boleh hadir di dalamnya seperti dalam Rajah 2

Jelas daripada Rajah 1 dan Rajah 2 TBD menegaskan komponen Predikat mencakupi semua unsur selain unsur yang hadir dalam subjek, yang berbeza dengan penegasan yang dibuat oleh TBBI, iaitu komponen Predikat tidak mencakupi unsur Objek, Pelengkap dan Keterangan. Oleh

(9)

Rajah 1 Rajah pohon pola ayat (kalimat) dasar TBBI.

Ayat (Kalimat)

Subjek Predikat Objek Pelengkap Keterangan FN FVerba FN FN FN/FPrep (1) Orang itu sedang tidur - - - (2) Saya mahasiswa - - - (3) Ayahnya membeli mobil baru - - (4) Kami tinggal - - di Jakarta (5) Dia mengirimi ibunya wang - (6) Pak Raden memasukkan wang - ke bank

A

Subjek Predikat FN FK

KN KPent KBantu KKtr KN (Objek) Ket/Penr FS Jabatan itu telah mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan

Rajah 2 Rajah pohon bagi ayat yang predikatnya mengandungi frasa kerja dan

(10)

sebab perbezaan pandangan tentang binaan struktur ayat demikian maka tidak hairanlah apabila Dr. Hasan Alwi telah mengulas bahawa TBD membezakan peluasan relativisasi dalam dua ayat, iaitu:

(a) Ali mengusik budak yang cantik itu. (b) Saya membeli baju yang berwarna merah.

Dr. Hasan Alwi menyatakan bahawa bagi ayat a) proses relativisasi “yang cantik itu” TBD telah menggolongkannya sebagai peluasan frasa predikat, manakala dalam ayat b) peluasan relativisasi “yang berwarna merah”pula TBD telah menggolongkannya sebagai peluasan objek. Bagi penulis TBD kedua-dua ayat itu boleh diberikan rajah pohon yang disatukan seperti Rajah 3

Daripada rajah pohon dalam Rajah 3 TBD (halaman 176) telah menyatakan bahawa kedua-dua ayat relatif itu, iaitu “yang cantik itu” dan “yang berwarna merah” terletak dalam Frasa Predikat, iaitu menjadi ayat pancangan relatif dalam frasa nama objek “budak” dan “baju”. Oleh sebab TBBI mengehadkan Predikat mencakupi hanya FK atau FA dan menyisihkan FN (Objek), Ayat Relatif, Penerang dan Penentu daripada Predikat, maka Dr Hasan Alwi tidak melihat kesamaan kedudukan kedua-dua ayat relatif di atas, iaitu hadir dalam Predikat yang dipancangkan dalam FN Objek. Oleh yang demikian kedudukan kedua-dua ayat relatif itu adalah sama.

3). Tentang status ayat induk dan ayat kecil dalam ayat majmuk pancangan sememangnya ada disebut oleh TBD tentang sifat pemancangan (Istilah Inggeris embedding) atau “kebergantunganya” bukan seperti yang ditegaskan oleh Dr. Hasan bahawa “ciri kebergantungan anak ayat dengan ayat induk itu sama sekali tidak terlihat dalam huraian TBD.” Dalam TBD pada Bab 9, iaitu para 9.1.2 halaman 252 dengan judul kecil “Kata hubung Pancangan” ada dinyatakan bahawa kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Juga dalam Bab 18, iaitu para 18.3 halaman 504 dengan judul kecil “Ayat Majmuk Pancangan” ada penegasan bahawa “dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan (embedded) pada ayat ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.”

(11)

A

S P FN FK KN/GN KKtr FN (Objek) KN ARel Pent S P KRel FA/FK KA/KK Penr

Ali/Saya mengusik/ budak/baju yang cantik/ merah itu membeli berwarna

Rajah 3 Rajah Pohon bagi ayat yang predikatnya mengandungi ayat relatif

(ARel) yang dipancangkan dalam frasa nama (objek) seperti yang terdapat dalam TBD.

4). Tentang perbezaan penggunaan istilah dan huraian, umpamanya tentang “ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran” dalam TBD dengan istilah “ayat majmuk setara dan ayat majmuk bertingkat” dalam TBBI, hakikat ini sudah semestinya berlaku kerana kekreatifan masing-masing, namun asas konsep dan pengertian istilah itu terdapat banyak kesamaannya. Begitu juga perbezaan istilah dan huraian tentang “kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk dan kata nama ganda” yang digunakan oleh dalam TBD dengan istilah “nomina dasar dan nomina turunan yang dikelompokkan lagi menjadi nomina berafiks, nomina majmuk, dan nomina ulang” dalam TBBI merupakan ciri kekreatifan masing-masing.

(12)

5). Tentang kedudukan kata kerja pula TBD menggolongkannya kepada dua golongan yang utama, iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif, kata kerja aktif pula digolongkan lagi kepada kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif, manakala kata kerja tak transitif boleh pula digolongkan kepada kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap, iaitu seperti dalam Rajah 4 (TBD, 149).

Dalam TBBI pula penggolongan kata kerja atau verba boleh digambarkan dalam Rajah 5 (TBBI, 97).

Daripada dua Rajah 4 dan 5 (halaman 178), terdapat sedikit perbezaan dalam penggolongan kata kerja atau verba dalam TBD dan TBBI, selain daripada perbezaan dalam istilah.

TBD mengelompokkan Kata Kerja dalam dua kelompok utama iaitu Kata Kerja Aktif dan Pasif, manakala TBBI tidak ada penggolongan Verba atau Kata Kerja Aktif dan Pasif, tetapi terus menggolongkannya kepada Verba atau Kata Kerja Transitif dan Tak transitif, dan Verba Transitif pula digolongkan ke dalam Ekatransitif, Dwitransitif dan Semitransitif, manakala Verba Tak transitif pula digolongkan kepada Berpelengkap, Tak Berpelengkap dan Berpelengkap Manasuka. Dalam TBD Kata Kerja Aktif digolongkan ke dalam kata Kerja Aktif Tak Transitif dan Aktif Transitif, manakala Kata Kerja Aktif Tak Transitif digolongkan lagi kepada yang tanpa pelengkap dan yang dengan pelengkap. Jika diteliti dengan lebih halus dalam pengsubgolongan kata kerja itu, terdapat banyak kesamaannya, tanpa menafikan terdapat juga sedikit perbezaan disebabkan oleh kekreatifan masing-masing dalam penataan struktur tatabahasa. 6). Berkenaan pengelompokan kelas atau golongan kata Dr. Hasan Alwi

menyebut tentang ketiadaan golongan Kata Adverba dalam TBD yang sebenarnya dalam edisi ketiga TBD cetakan pertama 2008 dan cetakan terbaru 2011, telah dimasukkan golongan Kata Adverba. Tentang golongan Kata Tugas Dr. Hasan menyatakan bahawa cakupan huraian TBD lebih luas dan banyak daripada TBBI, namun apabila dibandingkan huraian kedua-dua buku itu secara mendalam terdapat persamaan unsurnya mungkin berbeza dari segi peristilahannya. Namun, ada perbezaan dalam pengelompokan Kata Bilangan atau Numeralia yang digolongkan ke dalam Nomina oleh TBBI manakala TBD menggolongkan kata bilangan ke dalam kata tugas.

(13)

KK tak transitif tanpa pelengkap

KK aktif tak transitif

KK tak transitif berpelengkap

KK aktif

Kata kerja KK aktif transitif

KK pasif

Rajah 4 Kata Kerja dalam TBD.

Ekatransitif

Transitif Dwitransitif Semitransitif Verba Berpelengkap wajib

Taktransitif Tak berpelengkap

Berpelengkap manasuka

Rajah 5 Verba dalam TBBI.

7). Dr. Hasan Alwi telah memberikan sedikit huraian tentang faktor yang menyebabkan perbezaan itu, iaitu bahasa Indonesia dipengaruhi oleh bahasa daerah yang banyak yang amat heterogen yang meninggalkan pengaruh yang kuat terhadap bentuk bahasa Melayu di Indonesia. Di Malaysia pula bahasa daerahnya agak lebih homogen dibandingkan dengan apa yang ada di Indonesia. Juga pengaruh bahasa kolonial yang berbeza-beza, iaitu di Malaysia bahasa Inggeris manakala di Indonesia bahasa Belanda, meninggalkan impak yang kuat dan berbeza-beza terhadap kedua-dua bahasa itu, yang demikian mempengaruhi juga sudut pandang ahli bahasa dalam melakukan penataan kedua-dua bahasa itu.

(14)

KESIMPULAN

Ulasan dan komen dalam tulisan ini terhadap pandangan Dr Hasan Alwi dalam bukunya Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia, sepertilah juga yang ditegaskan oleh Dr Hasan Alwi, dibuat berdasarkan semangat untuk memahami dan menerangkan hakikat persamaan dan perbezaan kedua-dua buku itu, bukan untuk menonjolkan yang mana benar dan yang mana tidak benar. Ulasan dalam para 3 butiran 1-6 di atas sekadar membuat penerangan tambahan kepada ulasan Dr Hasan Alwi tentang beberapa item tatabahasa yang ada dalam TBD, bukan menunjukkan kesalahan dan kelemahannya. Juga penerangan lanjut dibuat terhadap item bahasa yang diulas oleh Dr Hasan Alwi yang difikirkan perlu diperjelas berdasarkan “pengetahuan dalaman” sebagai seorang penulis TBD.

NOTA

1 Buku Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia Edisi Ketiga. 2000, pada tajuk buku itu imbuhan “Tata” dipisahakn daripada “Bahasa” menjadi “Tata Bahasa” , manakala pada buku Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. 2013, imbuhan “Tata” dicantumkan dengan perkataan “bahasa” sehingga menjadi “Tatabahasa“, iaitu suatu penulisan yang tidak menepati tajuk sebenar buku pertama itu, mungkin ini untuk disesuaikan dengan penggunaanya dalam konteks Malaysia.

RUJUKAN

Hasan Alwi, 2013. Perbandingan Tatabahasa Dewan dengan Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasan Alwi, Soenjono Dardjowidjojo, Hans Lapoliwa, Anton N. Moliono, 1998. Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia. Edisi III. Jakarta: Balai Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood.

2011. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Hazar sorunu üstüne Arap kaynaklarıyla ilgilenen en az iki kişi daha olduğunu düşünüyordu. Biri, Kohen, Hazarların din değiştirmesi üstüne İbrani

Angka mortalitas pada penderita dengan subdural hematom yang luas dan meyebabkan penekanan (mass effect) terhadap jaringan otak, menjadi lebih kecil apabila

Intervensi yang diberikan pada subjek penelitian untuk merubah perilaku dalam target behavior adalah dengan cara menggunakan alarm disertai penguatan positif dan penguatan

Kebijakan penilaian sendiri (Self Assessment) untuk menilai kinerja Dewan Komisaris, diungkapkan melalui Laporan Tahunan Perusahaan Terbuka.. / The Self- Assessment Policy to

Di kota Bukittinggi pada bulan Mei 2 0 1 4 dari tujuh kelompok pengeluaran 4 (empat) kelompok pengeluaran yang memberikan andil/ sumbangan inflasi adalah kelompok

Perbedaan dari media pembelajaran sejenis yang sudah ada khusunya pada bidang fisika terletak pada perangkat keras (hardware) yang digunakan, selain dapat dijalankan

LEMBAR PENILAIAN DIRI Nama Peserta didik : ... Berusaha mempelajari materi genetik pewarisan sifat mahkluk hisup. Bersedia bekerja sama dengan sesama teman atau guru dalam

Nilai bobot biji per tanarnan tertinggi untuk kedua varietas temyata tidak diperoleh daTi perlakuan yang menghasilkan bobot kering bintil akar clan kandungan N