• Tidak ada hasil yang ditemukan

Patriotisme dan Identiti Mitos Warga Tan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Patriotisme dan Identiti Mitos Warga Tan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Kartini Aboo Talib @ Khalid Institut Kajian Etnik (UKM)

Makalah penulisan ini adalah bab di dalam buku berjudul Patriotisme Malaysia: Sejarah, Isu dan Cabaran terbitan Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. No ISBN: 978-967-394-259-6

Patriotisme dan Identiti: Mitos Warga Tanpa Bangsa

Abstrak

Kupasan bagaimanakah patriotisme tidak hanya terikat dengan nilai taat dan setia dalam sesebuah negara berdaulat. Dengan mengunakan aspek teoritikal yang pernah diutarakan oleh para sarjana seperti Jurgen Habermas dan Shamsul AB, beliau menekankan pemikiran kreatif dengan naratif berbeza kerana wujud kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang wujud tanpa bangsa, yang turut mencabar teori negara bangsa yang dipelopori oleh Hobsbawn, Anthony Smith, dan Joireman. Patriotisme dilihat menjadi nipis dari desakan seperti pergerakan dari satu tempat ke satu tempat lain yang membawa kepada isu migrasi, suaka politik, pelarian dan pendatang haram sehingga konstruksi sosial ini membaca kepada persoalan identiti. Kepelbagaian ini dianggap memungkinkan patriotisme memerlukan program intervensi yang bergerak ke arah penciptaan bangsa dan perpaduan yang diinginkan.

Pengenalan

Perbincangan mengenai patriostisme secara umum sering berkisar mengenai rasa ketaatan dan kesetiaan kepada sebuah negara berdaulat. Namun begitu hujah mengenai patriotisme tidak terikat hanya kepada dimensi taat dan setia kepada negara. Mobilisasi manusia yang bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat serta isu seperti migrasi, suaka politik, pelarian dan pendatang haram yang melalui proses tertentu akhirnya diterima menjadi warganegara menjadikan patriotisme itu menipis dan dipersoalkan. Persoalan identiti baru hasil daripada konstruksi sosial ini mendorong kepada keperluan menilai rasa patriotisme terhadap negara yang kini diduduki oleh beberapa kategori golongan manusia ini sebagai pemaustautin tetap. Lebih menarik lagi, keadaan multi diversity ini memungkinkan patriotisme menjadi perkara yang perlu dihidupkan semula dengan program intervensi yang mengarah kepada mencipta bangsa dan perpaduan yang diidamkan.

(2)

tidak sempurna menyukarkan maksud patriotisme dalam perspektif etnisiti dinilai secara luaran. Tambahan lagi kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang wujud tanpa bangsa telah terbukti mencabar teori negara bangsa yang dipelopori oleh Hobsbawn (1990), Anthony Smith (1998) dan Joireman (2003).

Patriotisme dalam pengertian negara dan bangsa

Pembentukan negara bangsa menjadi debat yang mempertikaikan antara telur dan ayam, yang mana satu terhasil dahulu? Bangsa atau negara wujud dahulu? Joireman (2003) menjelaskan bahawa negara bangsa tidak terjadi secara sengaja atau tanpa sumber punca. Negara bangsa adalah produk abad ke-15 yang terhasil daripada keperluan politik, ekonomi, kapitalisme, mercantilism, geografi, kartografi dan sebagainya. Joireman (2003) menjelaskan lagi bahawa bangsa wujud dahulu kemudian nasionalis berjuang untuk menuntut kedaulatan, rentetan itu negara diwujudkan. Modernisasi melihat nasionalisme merupakan pendorong kepada pembetukan negara bangsa sebagai sebuah produk kerajaan yang bermatlamat untuk perpaduan negara.

Sebaliknya Hobsbawn (1990) menjelaskan bahawa negara Peranchis wujud dahulu sebelum bangsa Peranchis. Ini disebabkan diawal pembentukan negara Peranchis, ketika Revolusi 1789, hanya sebahagian kecil sahaja rakyat Peranchis yang boleh bertutur dalam Bahasa Peranchis. Bertepatan dengan situasi ini, kerajaan Peranchis menggalakkan penyatuan pelbagai dialek dan bahasa kepada Bahasa Peranchis. Sejarah yang hampir sama turut dilihat berlaku di Jerman dan Itali bilamana kesan daripada gerakan kempen politik golongan nasionalis, negara Jerman dan Itali yang terbahagi kepada beberapa negeri kecil berjaya disatukan menjadi sebuah entiti negara yang merdeka. Rentetan daripada pembentukan negara, barulah usaha mewujudkan bangsa dilakukan.

(3)

Walaubagaimanapun, rasa ketaatan, kesetiaan dan kecintaan kepada negara menjadi rumit bilamana era kewarganegaraan post-national memperlihatkan perubahan populasi yang ketara dengan multiculturalism hadir subur dihampir setiap pelusuk dunia kesan daripada migrasi manusia. Walaupun multiculturalism dilihat sebagai resipi konflik dan keganasan awam kerana perbezaan dan kepelbagaian dilihat cenderung menimbulkan prejudis dan salah sangka, terutamanya dalam aspek kebajikan dan pembahagian semula kekayaan sumber kepada masyarakat pelbagai etnik yang sentiasa bersaing merebut sumber yang terhad (Modood, 2007).

Walaubagaimanapun, andaian resipi konflik ini boleh dicabar dengan mengambil kes Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya. Tambahan lagi perbahasan mengenai patriotisme dalam negara yang belum mempunyai bangsa merupakan suatu yang menarik untuk diketengahkan. Perbahasan dalam bab ini dimulai dengan konsep constitutional patriotism yang dipelopori oleh Habermas diikuti dengan konsep bangsa idaman yang diungguli oleh Shamsul AB.

Habermass dan constitutional patriotism

Pandangan Habermas daripada lensa literatur sekunder bermaksud kupasan konsep Habermas oleh sarjana pengkritik seperti Hayward (2007) dan Muller (2006). Kedua-dua sarjana telah membahaskan Habermas dengan begitu terperinci dan tersusun. Perubahan sistem pemerintahan daripada monarki kepada demokrasi misalnya tidak menjamin kestabilan dan kerukunan hidup masyarakat dan negara. Bagi sistem pemerintahan demokrasi, keperluan kepada identiti warga dilihat penting sebagai usaha memastikan ketaatan dan kesetiaan warganegara kepada negara dimanifestasi melalui integrasi, solidariti, perkongsian bersama dan tindakan kolektif bagi pembangunan dan keselamatan negara. Demokrasi memerlukan identiti warga sebagai komponen demokrasi yang akan mendorong semangat mempertahankan demokrasi dan menolak sebarang manipulasi atau eksploitasi pemimpin politik yang bobrok semata-mata untuk kepentingan politik parti mereka.

(4)

proses yang berlaku dalam masyarakat seperti yang dinyatakan oleh Hayward (2007: 184) dalam mengkritik Habermas bahawa “citizen identity is an artifact of public deliberation.” Proses mencipta identiti warga memerlukan pengiktirafan daripada pihak berkuasa dan identiti warganegara bukan suatu yang direka-reka dengan mudah melainkan bagi tujuan pemalsuan identiti dan jenayah.

Tambahan lagi, constitutional patriotism berbeza dengan makna kebiasaan patriotisme kerana konsep Habermas ini melihat identiti politik sebagai kehendak sukarela rakyat berasaskan prinsip kedaulatan yang meletak ketaatan dan kesetiaan dilakukan secara berterusan menerusi partisipasi politik. Ketaatan dan kesetiaan ini dikongsi melalui memori kolektif, sejarah silam yang dikongsi bersama, pencapaian kolektif yang seiring dengan prinsip perlembagaan dan prinsip keamanan universal. Constitutional patriotism juga adalah identiti warga yang dibentuk dan dibentuk semula melalui penglibatan kolektif yang lebih teratur dan mematuhi prinsip demorakrasi iaitu bebas, saksama, liberal dan mendokong hak asasi manusia.

Identiti warga adalah identiti politik yang tidak statik kerana identiti warga bukan suatu yang bersifat warisan pasif. Identiti warga juga tidak berakar umbi seperti tradisi yang bersifat tegar dan sukar diubah atau diberi interpretasi baru. Identiti warga bersifat mobile dan berdepan dengan cabaran sosial yang menuntut perubahan kerana manusia bergerak, berpindah dan tekanan globalisasi yang berlaku disebabkan oleh ekonomi dan politik serta jaringan teknologi maklumat menghasilkan bentuk komuniti manusia yang melepasi sempadan politik negara. Identiti manusia menjadi semakin bebas bergerak, terutamanya mereka yang dikategori sebagai profesional atau daripada kelas elit ekonomi yang serba memiliki seperti bekerja di New York menetap di Paris dan menjadi warganegara Jerman.

Identiti politik boleh dikonstruksi secara teratur melalui proses tertentu untuk membentuk identiti baru. Pembentukan identiti baru dilakukan seperti a) memisahkan tradisi dan agama daripada ruang awam; b) tradisi baru yang bergantung kepada pasaran bebas; c) memulakan tradisi tindakan kolektif bertujuan untuk mempromosikan keadilan sosial. Tradisi baru ini membantu membina identiti baru yang lebih cair tanpa terlalu terikat dengan pengaruh silam sejarah Eropah yang penuh dengan sifat illiberal dan anti-demokrasi serta akhirnya boleh menolak semangat eurocentrism yang berdarah daging dalam masyarakat Eropah.

(5)

keperluan identiti berbudaya, beragama dan nilai hidup yang dilihat berbeza daripada amalan universal Eropah. Pertentangan ini mencipta pergolakan baru yang menjadikan masyarakat Eropah begitu sukar menerima perbezaan konteks cara hidup yang dipengaruhi oleh agama, budaya dan nilai yang dibawa masuk oleh golongan imigran. Pergolakan ini mengheret isu baru seperti diskriminasi sedangkan ironisnya masyarakat Eropah percaya bahawa nilai mereka yang sekular menerusi keluhuran perlembagaan adalah amalan terbaik dalam mendokong hak asasi manusia.

Pertentangan universalism dan relativiti ini mewujudkan konflik etnik minoriti dengan majoriti pribumi kulit putih di Peranchis yang menentang keras pemakaian tudung bagi wanita muslim yang relatifnya melihat tudung sebagai sebahagian daripada cara berpakaian seperti perlunya baju dan seluar dalam bagi seorang wanita. Nilai sekular yang ditekankan adalah kesan daripada transformasi zaman kegelapan gereja ke zaman pencerahan (enlightenment) yang menolak unsur agama dalam kehidupan bernegara dan politik. Agama dilihat sebagai elemen yang mudah dieksploitasi oleh gereja demi kepentingan status quo paderi, elit aristokrat dan monarki. Gereja ditentang kerana korupsi gereja telah merosakkan masyarakat dengan menolak logik sains serta rigidity gereja menghasilkan kemunduran dan pelanggaran hak asasi manusia di Eropah di zaman kegelapan ini.

Oleh itu, constitutional patriotism ini memberi motivasi kepada warganegara untuk mendokong kedaulatan undang-undang dan membina kekuatan jatidiri untuk menentang anasir luar yang cuba mengeksploitasi identiti warga bagi mewujudkan suasana anti-liberal atau anti-demokrasi kerana merasakan golongan yang tidak mempunyai identiti warga adalah juga mereka yang dianggap tidak mematuhi keluhuran perlembagaan. Walaupun Habermas melihat constitutional patriotism sebagai dimensi yang berbeza daripada konsep patriotisme biasa yang melihat hubungan ketaatan dan kesetiaan berdasarkan rasa sepunya, memori sejarah yang dikongsi bersama, dan identiti warga yang diwariskan; namun konsep constitutional patriotism Habermas ini masih dikritik oleh Hayward (2007) dan Mertens (2007) dengan beberapa kelemahan seperti berikut:

a) Sifat patriotisme bersandarkan keluhuran perlembagaan tidak semestinya memberi inspirasi ketaatan dan kesetiaan kepada negara kerana ketaatan sivil dipengaruhi oleh sejarah, pengalaman, identiti diri dan budaya terutamanya bagi golongan pendatang yang masuk ke sesebuah negara melalui migrasi, suaka politik, dan pelarian yang telah mempunyai latarbelakang yang berbeza.

(6)

identiti warga adalah usaha meneruskan kelangsungan hidup membolehkan persoalan tahap patriotisme yang berteraskan keluhuran perlembagaan dipertikaikan.

c) Faktor warisan dan identiti diri adalah suatu anugerah yang mahu dipertahankan oleh kebanyakan komuniti kerana asal diri dan keturunan menjadi kebanggaan serta harta yang tidak ternilai. Seseorang individu tidak begitu mudah meninggalkan budaya, identiti, agama semata-mata untuk taat kepada perlembagaan yang begitu asing bagi mereka. Namun perkara ini masih boleh diperdebatkan kerana Utusan Online melaporkan beratus-ratus pelarian beragama Islam daripada Iran dan Afghanistan didakwa bertukar agama semata-mata mahu membuka peluang kepada mereka mendapatkan status suaka politik sah di Jerman.1

d) Patriostime yang berasaskan ketaatan dan kesetiaan turut memerlukan “kinship” dalam membentuk identiti warga. Hubungan kekeluargaan atau hubungan yang dibina hasil daripada perkongsian asal-usul, keterikatan persaudaraan, empati dan simpati tinggi sebagai nilai kehidupan dalam masyarakat. Nilai “kinship” atau persaudaraan ini tidak dibincangkan dalam konteks constitutional patriotism sedangkan rasa sepunya ini akan lebih mendorong identiti warga untuk merasa taat dan setia kepada negara kerana keluarga dan saudara yang disayangi tinggal di negara yang didiami.

e) Identiti politik tidak boleh lari daripada akar umbi “particularistic identity” seperti etnik, budaya, dan kepercayaan. Tambahan lagi komuniti pendatang adalah minoriti yang berhijrah dan tinggal bersama pribumi majoriti. Komuniti pendatang ini terpaksa mempelajari Bahasa dominan pribumi, nilai dan sistem hidup pribumi dan naratif budaya politik pribumi majoriti yang dilihat mempengaruhi minoriti pendatang. Bentuk asimilasi jelas dilihat di Eropah terutamanya di Peranchis dan Jerman selain daripada di Indonesia, Thailand dan Vietnam terhadap golongan pendatang. Proses asimilasi sebagai keperluan pembentukan identiti warga kepada pendatang baru mendorong kepada integrasi secara paksa-rela. Konteks ini tidak semuanya boleh diaplikasi terutamanya dalam melihat Malaysia dan masyarakat majmuknya.

Pandangan Habermas menurut Muller (2007: 292) bukan bermaksud penyucian identiti dalam ruang awam atau budaya politik yang perlu diterap kepada identiti warga, tetapi ianya lebih bertujuan untuk mempromosikan prinsip universal yang bertunjangkan perlembagaan. Namun begitu, kesetiaan dan ketaatan kepada Perlembagaan tidak boleh lari daripada budaya

1 Sila layari Utusan online bertajuk Pelarian Islam Tukar Agama? 8 September 2015 dan menjelaskan bahawa

Canselor Angela Merkei daripada Gereja Trinity Berlin menegaskan bahawa bertukar agama tidak akan membantu pelarian untuk mendapat status pencari suaka di Jerman. http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelarian-islam-tukar-agama-1.133034 (atas talian 15.5.2016)

(7)

etnik yang pastinya tidak neutral. Himpunan set emosi yang kompleks daripada setiap identiti warga yang berbeza latarbelakang akan menghasilkan kefahaman yang juga berbeza tahap patriotisme dalam konteks kesetiaan dan ketaatan kepada negara.

Berdasarkan beberapa kritik terhadap constitutional patriotism yang dipelopori oleh Jurgen Habermas yang dikupas dan dibahas oleh Hayward (2007), Mertens (2007) dan Muller (2006), konsep ini secara jelas memberi alternatif dalam menilai maksud dan erti patriotisme diluar konteks ketaatan dan kesetiaan individu semata-mata. Habermas melihat aspek keluhuran perlembagaan sebagai asas yang boleh membentuk ketaatan dan kesetiaan bagi identiti politik seorang warganegara melalui proses imigresen dan program intervensi yang membantu kontruksi sosial terhadap identiti warga akhirnya membangkitkan rasa patriotis terhadap negara yang kini buminya dipijak langitnya dijunjung. Namun apa yang tersirat dihati tidak boleh dibaca dengan radar teknologi tinggi.

Istilah Bangsa Idaman

Shamsul AB (1996, 2013) melihat bangsa idaman adalah suatu fenomena yang masih belum tercapai di Malaysia tetapi masih terus diidamkan dan didambakan. Beliau berhujah bahawa sejarah Barat melihat kemunculan negara bangsa dan keperluan negara dan bangsa membentuk identiti bagi sebuah negara berdaulat. Berlainan dengan sejarah Malaysia yang mempunyai negara tetapi persoalan bangsa masih menjadi debat yang belum berakhir. Shamsul (2013) menjelaskan lagi bahawa wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir membawa teras pertama dan utama iaitu cita-cita membina sebuah masyarakat bercirikan bangsa Malaysia yang bersepadu.

(8)

Hayward (2007) dalam mengupas pandangan Habermas, berhujah bahawa identiti warga adalah keperluan sebuah negara demokrasi kerana identiti warga sebagai suatu bangsa membolehkan kelangsungan partisipasi politik berlaku secara aman dan membantu sistem demokrasi kekal. Ironisnya dalam konteks Malaysia, identiti warga penuh dengan elemen particularistic yang kekal secara tradisi, bukan sekular, dan mempunyai sistem perlembangaan yang dikritik memberi keistimewaan kepada majoriti pribumi. Namun begitu, demokrasi masih boleh diamalkan dengan pilihan raya setiap 5 tahun dan perwakilan dari pelbagai parti politik mewakili kaum boleh dilihat di parlimen Malaysia. Tegasnya, sebuah negara demokrasi boleh wujud tanpa identiti bangsa sebagai lambang patriotisme dan boleh kekal aman secara relatifnya berbanding dengan Sri Lanka yang kerap berdepan dengan konflik etnik (Sirimal, 2008).

Sejarah menunjukkan Inggeris telah membawa masuk imigran Cina dan India pada kurun ke 17 bagi industri ladang dan perlombongan yang menguntungkan koloni British. Inggeris juga mengatur strategi pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa dan terus mengaut keuntungan hasil masygul Tanah Melayu selayaknya Inggeris sebagai koloni yang menjajah. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah melebarkan jurang etnik berdasarkan kawasan bandar – luarbandar, bidang pekerjaan, penguasaan ekonomi dan politik ditangan etnik yang berbeza, pendidikan vernacular, dan sebagainya. Tambahan lagi, ilmu kolonial yang diwarisi dalam kebanyakan tulisan sejarah berbentuk sejarah yang menggambarkan good vs. evil, winner vs. losers yang menjarahkan penjajahan dan mengekalkan pengaruh dalam bentuk ilmu kolonial yang begitu kuat (Shamsul 2013b).

Inggeris juga menulis sejarah Tanah Melayu dari lensa Inggeris yang melihat watak hero (wira) dan villain (penjahat) dalam menggambarkan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang menentang Inggeris sebagai penjahat (Shamsul 2013b). Sejarah Tanah Melayu menerusi intrepretasi Inggeris hanya memberi pengiktirafan kepada pencapaian residen Inggeris dan hubungan dengan raja-raja Melayu serta perjanjian diplomasi yang lain. Malangnya sejarah penglibatan dan sumbangan etnik Cina dan India kepada sejarah Tanah Melayu dan kemerdekaan seolah-olah sepi melainkan fakta tentang pembukaan Kuala Lumpur yang memperlihatkan peranan Yap Ah Loy dan konflik kongsi gelap cina antara puak Hai San dan Ghee Sin. Butiran lanjut mengenai pergerakan kongsi gelak Cina berhenti setakat disitu sahaja tanpa melihat kemungkinan kongsi gelap yang mempunyai rangkaian triads dari China turut mengancam kepentingan British di Tanah Melayu ketika itu. Tambahan lagi, pertubuhan kongsi gelap dan hubungan dengan Sultan-Sultan Melayu juga tidak pernah dibincangkan dalam naratif sejarah Tanah Melayu atau Sejarah Malaysia.

(9)

menjadikan Malaysia seperti yang ada kini. Bahagian sejarah yang hilang perlu dicari gali agar sejarah Malaysia membuka lembaran yang lebih menyeluruh dalam memperkemaskan tahap kesepaduan sosial yang telah sedia ada bagi membantu usaha penyatupaduan rakyat dengan merujuk fakta sejarah yang menyeluruh untuk keharmonian dan perpaduan kaum. Walaupun proses penyatupaduan masih dalam usaha yang diteruskan, patriostime warganegara Malaysia boleh difahami dengan lebih baik dan menyeluruh jika penulisan semula Sejarah Malaysia yang lebih inklusif berjaya direalisasikan (Shamsul 2013b).

Secara amnya, faktor sejarah mempengaruhi pembentukan suatu negara dan bagi Malaysia, negara ini telah berjaya meneruskan kelangsungan pemerintahan selepas merdeka dari Inggeris sejak 1957 tanpa wujud bangsa Malaysia. Proses akomodasi di Malaysia menjadikan Malaysia amat unik dalam mengurus kepelbagaian. Proses akomadasi juga memperlihatkan setiap etnik di Malaysia berupaya mengekalkan identiti diri, bangsa, budaya dan agama masing-masing. Perlembagaan Persekutuan 1948 juga terhasil daripada toleransi kaum selepas penubuhan Community Liaison Committee (CLC) yang mempunyai perwakilan daripada bangsa Melayu, Cina dan India telah ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald (Fernando, 2002). Penubuhan ini adalah menyambut cabaran dan kritikan daripada Tan Cheng Lock yang mewakili persatuan komuniti Cina yang mempersoalkan pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang seolah-olah mengenepikan pandangan dan peranan kaum minoriti.

Namun debat mengenai perlembagaan persekutuan adalah antara intipati kritikan golongan tertentu di Malaysia dan di luar negara yang dilihat mendiskriminasi kumpulan minoriti. Shad Saleem Faruqi (2015) menjelaskan bahawa rata-rata Perlembagaan di dunia ini adalah tidak sempurna dan ianya cuba menggambarkan kewujudan (existentiality) ketika itu dalam konteks hak dan pilihan serta berfungsi sebagai suatu sokongan gambaran yang boleh digunakan pada masa hadapan. Begitu juga dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tidak sempurna. Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen yang cuba mewujudkan keseimbangan dari aspek hak, keistimewaan, dan legitimasi yang diharapkan oleh setiap etnik di Malaysia. Ciri-ciri dalam Perlembagaan Persekutuan yang didebatkan ialah Artikel 153 mengenai kedudukan orang-orang Melayu yang sebenarnya bukan suatu keistimewaan tetapi peruntukan yang memberi pengiktirafan fakta sejarah bahawa Malaysia adalah tanah orang Melayu dan perlembagaan selepas merdeka telah memasukan ciri tambahan lain seperti Kesultanan Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, undang-undang dan mahkamah Syariah, kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah Sarawak selepas 1963, tanah rizab Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan sebagainya.

(10)

Proses pilihan raya juga membenarkan semua komuniti pelbagai etnik dengan hak setara untuk mengundi dan memilih perwakilan. Hak asasi rakyat secara amnya ada, wujud, terpelihara kepada semua rakyat Malaysia. Keahlian atau keanggotaan kehakiman, kabinet, parlimen, perkhidmatan awam and suruhanjaya khas terbuka kepada semua etnik. Pendidikan adalah universal dan percuma diperingkat rendah dan menengah. Semangat tolak ansur antara pelbagai etnik dan agama turut terpelihara dan dipelihara di Sabah dan Sarawak. Walaupun Perlembagaan memberi peruntukan istimewa kepada bumiputera, perlindungan yang seiring turut diperuntukkan kepada etnik lain. Misalnya, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, undang-undang Syariah tidak membatalkan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia juga tidak diaplikasi kepada bukan Islam. Etnik yang pelbagai agama dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka secara aman dan harmoni. Setiap kumpulan agama dibenarkan untuk menubuhkan institusi pendidikan agama bagi keperluan pendidikan agama anak-anak mereka.

Selanjutnya, Shad Faruqi (2015) turut menambah bahawa, walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi semua tujuan rasmi, terdapat perlindungan yang jelas terhadap pendidikan formal bagi penggunaan bahasa lain jika terdapat 15 pelajar atau lebih yang menginginkan bahasa tersebut diajar di sekolah-sekolah. Pendidikan vernacular adalah bukti medium penggunaan bahasa selain daripada Bahasa Melayu dipraktiskan di sekolah-sekolah tersebut. Begitu juga dengan Artikel 89 mengenai tanah rizab Melayu yang memperuntukkan bahawa tanah bukan Melayu tidak boleh diambil haknya untuk tujuan mewujudkan tanah rizab Melayu dan jika tanah rizab Melayu telah digunakan, maka jumlah dengan nilaian yang sama perlu digantikan.

Dalam Perkara 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan ini dibatasi dengan beberapa limitasi iaitu:

1) Tugas Raja yang melindungi orang Melayu dan Bumiputera, tugas Raja juga melindungi kepentingan legitimasi komuniti etnik lain.

2) Kedudukan istimewa orang Melayu hanya diaplikasi dalam sektor awam sahaja. 3) Kedudukan ini juga hanya diaplikasi di empat sektor dan perkhidmatan yang

ditentukan.

4) Dalam operasi Artikel 153, orang bukan Melayu atau keturunannya tidak akan dinafikan hak sedia ada mereka.

5) Tiada kerjaya atau urusan yang secara eksklusifnya diberi kepada etnik tertentu sahaja dan etnik monopoli tidak dibenarkan sama sekali.

6) Artikel 153 juga tidak membatalkan Artikel 136. Kuota dan peruntukan dibenarkan diperingkat awal kemasukan sahaja tetapi apabila telah diterima bekerja dalam sektor awam, individu dilayan secara adil dan saksama.

(11)

dan harmoni dikalangan etnik berbilang kaum. Semangat toleransi dan wasatiyyah yang diamalkan merupakan formula kepada kejayaan mengekalkan keamanan ini walaupun peristiwa 13 Mei 1969 pernah mencoret sejarah hitam dalam hubungan antara etnik. Sedu politik ini hanya mainan biasa dalam demokrasi parti-parti politik yang membawa agenda dan kepentingan masing-masing. Shad Faruqi (2015) mengakui hakikatnya bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah pragmatik dan menunjukkan aspirasi tolak ansur (compromise), kebaikan (compassion) dan kesederhanaan (moderation).

Patriotisme dalam konteks Malaysia

Rasa ketaatan dan kesetiaan serta bangga dengan tanah air Malaysia bukan suatu yang mudah diukur secara lahiriah. Kayu ukur patriostisme melalui dokongan kecintaan kepada keluhuran perlembagaan juga seringkali mengundang debat. Rasa tidak puas hati golongan kumpulan etnik tertentu yang merasakan beberapa Artikel yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bersifat tidak adil dan mendiskriminasi kaum minoriti. Masalah buta undang-undang ini sentiasa digunakan oleh pihak tertentu sebagai senjata untuk menggugat keamanan sedia ada. Usaha intervensi perlu dilakukan untuk memastikan suatu keadaan celik undang-undang boleh diwujudkan menerusi pendidikan secara berterusan kepada masyarakat majmuk di seluruh negara.

Shamsul (2013) menjelaskan secara kritis bahawa keamanan yang dialami oleh Malaysia selama lebih 58 tahun belum lagi berjaya membentuk bangsa idaman Malaysia. Keamanan yang dirasai adalah suatu bentuk kesepaduan sosial atau social cohesion yang mengikat hubungan antara kaum dalam dua bentuk keadaan iaitu “moment of unity” atau “moment of disunity.” Shamsul (2009) dan Shamsul & Anis (2011) menjelaskan maksud kesepaduan sosial sebagai suatu keadaan aman, stabil dan makmur yang terjadi dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum kerana social bonding yang kuat setidak-tidaknya berasaskan lima prasyarat sekali gus seperti berikut:

(a) Taraf kebendaan yang berkualiti iaitu indeks kualiti hidup yang sederhana ke tinggi (b) Aturan sosial yang stabil, aman dan selamat

(c) Interaktif aktif dan pertukaran hubungan yang positif antara etnik samada secara individu atau kolektif

(d) Wujud usaha positif ke arah penglibatan semua pihak dalam kegiatan arus perdana dan wacana serta konsultansi silang budaya

(e) Akses kepada kemudahan di semua peringkat yang boleh menjamin dan mempertahankan kualiti hidup dan mobiliti sosial.

(12)

tidak puas hati dalam hubungan inter dan intra etnik, tetapi rasa tidak puas hati ini tidak berhimpun menjadi suatu perasaan benci yang memungkinkan berlakunya pergaduhan antara kaum. Taraf kehidupan sosial dan ekonomi yang membolehkan peluang mobiliti sosial berlaku adalah amat menggalakkan di Malaysia, dan keadaan ini menyebabkan rakyat secara keseluruhan tidak mahu mengambil risiko mencipta konflik ganas antara kaum. Rasa tidak puas hati terhadap isu sosial, kepercayaan, governans misalnya hanya setakat cemuhan dan kutukan mulut menerusi laman sosial yang tidak membahang kepada rusuhan kaum. Bertikam lidah hanya sekadar omongan yang akhirnya sepi bilamana esok rakyat memikirkan untuk kembali bekerja semula seperti biasa, mencari rezeki dan memikirkan masa depan pendidikan anak-anak mereka untuk merebut peluang menyambung pelajaran ke menara gading.

Lebih menarik lagi ialah pemerhatian kepada generasi muda di zaman millennia yang kurang peka kepada persoalan patriotisme dan negara. Kemajuan teknologi yang menerobos dunia luar secara maya menyebabkan pemikiran generasi muda sentiasa melihat suatu fenomena dalam konteks perbandingan yang melepasi sempadan kedaulatan negara. Patriostisme menjadi sepi bilamana budaya konsumerisme dan rasional pasaran mengatasi perasaan setia kepada Proton atau Perodua dan memilih Toyota, Honda atau Mercedes mengikut kemampuan kuasa beli pengguna. Lanjutan daripada perubahan struktur sosial dan globalisasi, rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara kerana faktor ekonomi juga tidak bermakna tahap patriostisme mereka telah luntur atau hilang. Rakyat Malaysia yang berhijrah ke luar negara atau yang menyimpan dual citizenships atau dua kerakyatan secara rahsia pasti mempunyai sebab musabab yang tersendiri untuk berhijrah atau bekerja diluar negara, tetapi rata-rata mereka masih tetap kembali ke Malaysia bila teringatkan keluarga, nasi lemak, lontong kuah lodeh, rendang tok, roti canai, roti jala, nasi ulam, nasi dagang, dan char kuey teow.

Kesimpulan

(13)

dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana masalah naratif sejarah yang eksklusif yang diwarisi daripada ilmu kolonial serta ketiadaan bangsa Malaysia yang jelas menyebabkan patriostisme suatu yang bersifat vakum.

Rujukan

Anthony, Giddens. 2006. Sociology. Cambridge, USA : Polity Press.

Fernando, Joseph M. 2012. Elite Inter-communal Bargaining and Conflict Resolution: The Role of the Communities Liaison Committee in Malaya, 1949-1951. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 43 (2):280-301

Harding, Andrew. 1996. Law, Government and the Constitution in Malaysia. UK: Kluwer Law International.

Hayward, Clarissa Rile. 2007. Democracy's Identity Problem: Is “Constitutional Patriotism” the Answer? Constellations, Vol. 14(2):182-196, DOI: 10.1111/j.1467-8675.2007.00432.x

Hobsbawn, Eric. 1990. Nation and Nationalism Since 1780: Programe, Myth, Reality. UK: Cambridge University Press.

Joireman, Sandra Fullerton. 2003. Nationalism and Political Identity. London: Continuum.

Muller, Jan –Werner. 2006. On the Origins of Constitutional Patriotism. Contemporary Political Theory. 5:278-296

Modood, T. 2007. Multiculturalism.USA: Polity Press.

Mertens, Thomas. 2007. Constitutional Patriotism and The European Constitutional Debate. In In Igor Primoratz and Aleksander Pavkovic (eds). Patriotism, Philosophical and Political Perspectives. USA: Ashgate Publishing Company. (pp.113-128)

(14)

Shad Saleem Faruqi. 2015. Race Relations and the Federal Constitution: Reflecting on the Law at Star Online, http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/reflecting-on-the- law/2015/09/03/race-relations-and-the-federal-constitution-despite-its-imperfections-the-document-was-a-significant/ (atas talian 17.5.2016)

Shamsul A.B. 2009. Culture and Governance in Malaysia’s Survival as a Nation. UKM Ethnic Studies Paper Series. No. 3 (September). Bangi: Institute of Ethnic Studies, UKM.

Shamsul AB, and Anis Y. Yusoff. 2011. Managing Peace in Malaysia: A Case Study. Ethnic Studies Paper Series. No. 18 (May). Bangi: Institute of Ethnic Studies, UKM.

Shamsul AB. 1996. Nations-of-Intent in Malaysia. In Asian Forms of the Nation, Stein Tonneson and Hans Antlov (eds.). London: Curzon Press. (pp.323-347).

Shamsul AB. 2013. Masyarakat Malaysia Menjelang Tahun 2020: Memperkukuh Kesepaduan Sosial ke Arah Mencapai Matlamat Perpaduan Nasional. Kertas Kerja Untuk Seminar Pertemuan Profesor-Profesor, Anjuran Majlis Universiti Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 19-20 Januari 2013.

Shamsul AB. 2013b. Sejarah Untuk Semua: Antara Fakta, Tafsiran dan Pandangan Umum. Teks Ucaptma Untuk Persidangan Kemuncak Sejarah, Anjuran Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 17-18 Disember 2013.

Sirimal Abeyratne, 2008. Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal 9:2: 393-417

Smith, Anthony D. 1998. Nationalism and Modernism. Abingdon UK: Routledge.

Referensi

Dokumen terkait

GOBAG “ Grouping Bag ” merupakan solusi yang tepat dalam mengatasi masalah tersebut karena manfaatnya yang dapat mengumpulkan beberapa tas atau kresek belanjaan dalam satu

Hasil analisis menunjukkan bahwa penerapan pendidikan nilai karakter di sekolah dasar dapat membantu menumbuhkan kecerdasan spiritual siswa dengan menonjolkan nilai

πρὸς τὸν ἡγούμενον τῆς ἐν Πάτμῳ μονῆς Ἰωάννου τοῦ Θεολόγου (1256), Χαριστήριον εἰς.. Αυτό το γεγονός μάλλον προκαλεί έκπληξη, αν αναλογιστεί κανείς την στενή φιλία

Laporan Tugas Akhir ini mengkaji tentang masalah potensi wisata yang terdapat di Pasar Jumat Karanganyar, strategi pengembangan Pasar Jumat Karanganyar, dan

Oleh karena itu, perlu dilakukan sebuah analisis dan perancangan untuk membangun suatu sistem informasi kegiatan pelatihan untuk tenaga kependidikan yang lebih berfokus pada

*$lusi dari permasalahan yang terakhir yaitu dengan )ara mengadakan kegiatan umat bersih. "al ini bertujuan agar mush$la disini kembali terawat dan dapat dimanfaatkan

rencana strategis bisnis/IT baru memiliki resiko yang sangat besar. Jika

Menurut Sugiyono (2010) penelitian kuantitatif dapat diartikan sebagai penelitian yang berlandaskan pada filsafat positivisme, digunakan untuk meneliti pada populasi atau