• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN T (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN T (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI WHOLE BRAIN TEACHING BAGI MENARIK DAN

MENGEKALKAN PERHATIAN PELAJAR DALAM SUBJEK SAINS TINGKATAN TIGA

Mei-Teng Ling1

lingmeiteng@gmail.com

Kajian tindakan yang guru jalankan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan mengekalkan perhatian pelajar serta melibatkan pelajar secara aktif dalam PdP. Seramai 43 orang pelajar yang telah terlibat dalam kajian ini. Whole Brain Teaching telah menggunakan enam elemen yang penting untuk mengurus bilik darjah, antaranya ialah 5 peraturan dalam kelas, scoreboard, Teach-Okay, hands-eyes, Class-Yes dan Switch. Pemerhatian pelajar dalam bilik darjah menunjukkan bahawa perhatian pelajar dapat ditarik dengan cepat dan berkesan. Seterusnya, perhatian mereka dapat dikekalkan dengan lama. Melalui pemerhatian juga, tiada pelajar yang termenung dan mengantuk sepanjang PdP dijalankan kerana mereka terlibat secara aktif dalam pelajaran. Ini merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mengurus bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Walau bagaimanapun, oleh kerana pendedahan kaedah ini masih dalam peringkat awal, pelaksanaannya masih boleh ditingkatkan lagi seperti penggunaan carta tahap suara untuk mengawal suara pelajar dalam bilik darjah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang membosankan selalunya menyebabkan pelajar kurang berminat untuk terus belajar subjek tersebut. Guru telah diberi mandat untuk mengajar 3 kelas tingkatan tiga iaitu kelas 3 Wawasan, 3 Bestari dan 3 Dedikasi pada tahun 2012. Ketiga-tiga kelas ini mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Guru menghadapi masalah yang paling besar apabila mengajar kelas 3 Bestari yang terdiri daripada ramai pelajar dan bising sepanjang masa. Penglibatan pelajar dalam aktiviti juga kurang kerana pelajar sibuk membuat kerja sendiri, berbisik, mengganggu rakan, mengantuk dan termenung. Perhatian pelajar sukar dikekalkan selepas 10 minit walaupun set induksi yang menarik telah diperkenalkan pada awal PdP.

Walaupun pelajar dalam kelas ini tidak menghadapi masalah 3M, tetapi mereka masih menganggap Sains merupakan satu subjek yang amat susah bagi mereka. Guru telah menggunakan banyak cara untuk menarik perhatian mereka, tetapi selalunya berakhir dengan perasaan kecewa. Terdapat cara seperti penggunaan multimedia yang berjaya menarik perhatian mereka pada peringkat awal tetapi hanya bertahan selama 15 minit, selepas itu kelas kembali bising dan tidak terurus.

(2)

2

perasaan mereka bahawa mereka tidak suka ditegur. Guru telah berfikir lama untuk membantu mereka, dan akhirnya selepas guru menghadiri satu kursus, guru mendapati Kaedah Whole Brain Teaching mungkin boleh membantu mereka dan membantu guru untuk menarik dan mengekalkan perhatian mereka dalam kelas. Selain daripada itu, pelajar turut melibatkan diri dengan aktif dalam PdP. Dengan cara ini, pelajar lebih seronok belajar dalam kelas dan ini secara langsung boleh membantu mereka mengingati fakta yang telah dibelajar.

FOKUS KAJIAN

Dalam kajian ini, satu modul telah dibangunkan. Modul tersebut akan membincangkan tentang Teori Whole Brain Teaching dan langkah pelaksanaannya. Dalam modul ini juga, satu topik Sains Tingkatan Tiga iaitu respirasi telah dipilih untuk menjadi satu topik yang ditekankan bagi menguji keberkesanan kaedah ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar dengan pembelajaran aktif melalui Kaedah Whole Brain Teaching dalam subjek Sains bagi pelajar tingkatan 3 Bestari. Objektif khusus adalah menarik perhatian pelajar dalam PdP, mengekalkan perhatian pelajar dalam PDP, dan membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam PdP.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 43 orang pelajar Tingkatan 3 Bestari. Pelajar dalam kelas ini berpencapaian sederhana.

PELAKSANAAN KAJIAN Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian. Guru memerhati tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa di dalam kelas semasa guru mengajar. Guru mengenalpasti sama ada mereka memberikan perhatian dalam kelas ataupun tidur dalam kelas. Satu senarai semak (Lampiran 1) akan disediakan untuk mencatat semua pemerhatian sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian turut dibuat semasa aktiviti dalam kelas dijalankan dalam kelas.

Analisis Tinjauan Masalah

Guru telah membuat pemerhatian selama satu bulan ke atas tingkah laku pelajar 3 Bestari semasa proses PdP berlangsung sebelum kajian. Berikut merupakan tempat duduk pelajar 3 Bestari dalam kelas. Nama yang digunakan di sini merupakan nama samaran.

Rajah 5.1 Pelan Lantai 3 Bestari

Brandon Kenny Ridzuan

Manuel Rayner Aadam Soo Christer Wilson Rosman Waltruda

Thien Syahriel Malvin Clifford Affin Meyer Cayren Ruthlena

Slyvester Mulky Nazry Ainie Oswella Herina Chong Lydia

Lukmanan Hizwan Jessel Alziera Marcella Eva Syelah Hidayah

Wylesa Alycia Emelda Roslyn Brenda Jennyfer Johan Nur Alis

(3)

3

Pemerhatian telah dilakukan oleh guru dan guru telah berbincang dengan beberapa orang guru subjek yang lain tentang tingkah laku pelajar dalam kelas semasa PdP.

Jadual 1: Pemerhatian yang telah dicatatkan oleh guru sebagai rujukan awal dalam kajian ini. Wylesa : Termenung, marah apabila rakan dalam kelas membuat bising.

Alysia, Emelda, : Pendiam, seolah-olah mendengar penjelasan guru tetapi tidak boleh menjawab soalan apabila guru bersoal semula.

Luksmanan : Pelajar yang tidak berkeyakinan diri, selalu diusik kawan kerana dipindahkan dari kelas 3 Dedikasi (kelas berpencapaian rendah). Lemah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti kerana tiada rakan yang ingin sama kumpulan dengannya.

Hizwan : Berbisik dengan rakan dan suka meminjam alat tulis dari rakan menyebabkan keadaan kelas kelam kabut.

Jessel : Memberi perhatian, tetapi suka melontarkan soalan yang agak mengganggu kelancaran PDP.

Sylverster : Pendiam, dan sering diusik oleh rakan sebelah. Suka melihat ke luar tingkap dan termenung.

Mulky, Nazry,

Malvin : Suka bercakap dengan kuat, mencabar kesabaran guru.

Ridzuan : Menyendiri, tidak suka diusik, termenung, dan mengantuk semasa mendengar penerangan.

Thien, : Termenung dan kadang-kadang tidur semasa PdP. Kenny, Brandon,

Aadam : Termenung dan melihat ke luar tingkap berulang-ulang kali. Manuel, Rayner,

Syahriel : Berbisik-bisik dan kadang-kadang ketawa dengan kuat. Dengar rakan mereka memberitahu guru yang mereka selalu berbincang tentang permainan internet.

Roslyn, Brenda,

Jennyfer : berbisikapabila ada topik yang menarik minat mereka.-bisik dalam kelas semasa guru mengajar, bercerita berpanjangan Alziera : Pendiam dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti.

Marcella, Soo : Aktif menjawab soalan guru tetapi selalu menjawab soalan sebelum guru habis menyoal. Mengganggu kelancaran PDP.

Eva, Cayren,

Ruthlena : Termenung dan suka menyimpan buku di dalam laci semasa penerangan guru. Kadang-kadang berbisik dengan rakan sebelahnya dan bercerita berpanjangan.

Ainie, Oswella,

Herina : Pendiam dalam kelas tetapi termenung dan tidak suka terlibat dalam aktiviti PDP. Clifford, Affin,

Meyer : Termenung dan kurang memberi perhatian. Selalu mengantuk. Christer, Wilson : Memberi perhatian dan kadang-kala berbisik-bisik.

Rosman, Waltruda,

Nur Alis, Hidayah : Melihat keluar tingkap berulangdalam Sains. -ulang kali, termenung dan tidak berminat Chong, Lydia,

Syelah : Memberi perhatian semasa guru mengajar dan kadangtopik tidak diminati. -kala tidur sekiranya Johan : Tidur dalam kelas dan kurang beri perhatian.

Merancang Tindakan

(4)

4

Whole Brain Teaching ataupun lebih dikenali sebagai Power Teaching yang diperkenalkan oleh Chris Briffle pada tahun 2007. Dalam membuat perancangan untuk kajian ini, beberapa perkara perlu dilakukan, iaitu mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching, mendefinisikan objektif kajian, mendefinisikan bidang kurikulum, memilih pelajar sasaran, menentukan teknik pelaksanaan Whole Brain Teaching, memilih bahan dalam modul.

a. Mendefinisikan objektif

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kaedah ini, iaitu: 1. Menarik perhatian pelajar dalam PDP.

2. Mengekalkan perhatian pelajar dalam PDP.

3. Membolehkan pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti PDP. b. Mendefinisikan bidang kurikulum

Selepas menentukan objektif yang ingin dicapai, guru telah mendefinisikan bidang kurikulum yang ingin didalami. Dalam kajian ini, subjek Sains telah dipilih dan topik yang ditekankan adalah Bab 1 respirasi.

c. Mendefinisikan konteks Whole Brain Teaching

Sebelum melaksanakan program ini, beberapa konteks perlu dikenalpasti dan didefinisikan. Whole Brain Teaching merupakan satu pendekatan pengajaran yang diperolehi daripada penerangan neurolinguistik tentang fungsi hemisfera kiri dan kanan otak manusia. Dapatan kajian neurolinguistik tentang fungsi bahasa otak menunjukkan dalam otak, fungsi satu hemisfera tersedia untuk satu hemisfera yang lain, untuk menghasilkan penggunaan bahasa yang lebih seimbang. Oleh itu, Whole Brain Teaching menekankan pembelajaran secara aktif iaitu pelajar mampu membuat perhubungan di antara dua hemisfera otak.

Selain itu, aspek Whole Brain Teaching yang dititikberatkan adalah mengurus iklim emosi untuk mengurangkan downshifting atau fikiran yang negatif semasa menghadapi halangan. Untuk melegakan pelajar, guru boleh menawarkan ramalan halangan (seperti, "Kemajuan mungkin sekali-sekala") dan progres (seperti, "Lambat-laun, ini akan menjadi lebih mudah") yang jelas dan realistik. Tambahan lagi. Guru boleh cuba mempertingkatkan pengalaman belajar dengan musik atau warna yang menenangkan.

Dalam Whole Brain Teaching, imej dilihat sebagai asas untuk kefahaman. Atas sebab ini, pelajar digalakkan untuk menggambarkan, melukis, dan menggunakan drama untuk membangunkan idea baru, dan mengekalkan idea tersebut. Misalnya, seorang guru membaca dengan membentangkan perkataan perbendaharaan kata baru dengan membina cerita atau gurauan. Guru itu mungkin bermain muzik sambil membaca definisi, meninggalkan masa untuk pendengar untuk menarik imej perkataan. Guru seterusnya mungkin menggunakan meditasi berpandu untuk membina keadaan rehat yang mengandungi kenangan kejayaan sebelum pendengar mendengar definisi sekali lagi.

(5)

5

yang memperkenalkan kaedah ini telah menggunakan satu teknik untuk menjayakan lagi kaedah Whole Brain Teaching. Teknik tersebut dinamakan Power Teaching. Rajah 5.2 menunjukkan otak manusia dalam Power Teaching.

Rajah 2: Otak Manusia Dalam Power Teaching.

Sumber: Briffle, C (2008)

Terdapat enam elemen yang penting dalam Power Teaching. Jadual 5.2 menunjukkan fungsi elemen kepada otak manusia.

Jadual 2: Enam elemen dalam Power Teaching dan hubungannya dengan Otak.

Elemen Bahagian Otak Fungsi

Class-Yes Mengaktifkan PreFrontal Cortex

-Pusat pemberi sebab otak. Kawasan ini seperti suis lampu yang mesti dibuka, dengan mengulangi Class-yes, untuk bahagian otak

yang lain untuk memproses maklumat.

Lima Peraturan

Kelas

Pre-Frontal Cortex, Penarik perhatian

Kawasan Broca Mendengar

Kawasan Wernicke, Bercakap

Visual Cortex. Melihat

Motor Cortex sistem motor tangan

The Limbic

System, membuat isyarat

Hippocampus Ingatan jangka masa panjang.

Teach-Okay Sama seperti lima peraturan kelas Satu aktiviti kelas yang mampu melibatkan semua pelajar dalam kelas.

Scoreboard Keys

Limbic System’s

Emotions membuat isyarat

Amygdala (Mighty Oh Yeah,

Mighty Groan!)

Mendaftarkan perasaan gembira (ada ganjaran) dan tidak gembira (ada hukuman).

Hands And

Eyes Pre-Frontal Cortex Fokus semua aktiviti mental dengan melihat dan mendengar penerangan guru. Switch Kawasan WernickeKawasan Broca Membolehkan pelajar membangunkan keupayaan mendengarMemboleh pelajar membangunakan keupayaan bercakap.

(6)

6

d. Memilih sasaran pelajar

43 pelajar dalam kelas 3 Bestari telah dijadikan sampel kajian. Kelas ini merupakan kelas yang sukar mengekalkan perhatian semasa PDP kerana terlalu ramai pelajar dalam kelas.

e. Menentukan teknik Whole Brain Teaching

Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah pembelajaran berpasangan. Teknik ini digunakan semasa PDP dan melibatkan semua pelajar dalam kelas. Urutan PDP ditunjukkan dalam Rajah 5.3.

Rajah 3: Urutan PDP Dengan Menggunakan Elemen Power Teaching

f. Memilih bahan pentutoran

Beberapa bahan perlu disediakan dalam program ini. Antaranya adalah latihan dalam bentuk lembaran kerja, modul power teaching, borang pemerhatian (rujuk lampiran 1).

Melaksanakan Tindakan

Dalam bahagian ini, guru menerangkan peringkat pelaksanaan tindakan yang melibatkan enam langkah Power Teaching.

a. Sebelum Tindakan

i. Penilaian Tingkah laku kelas melalui 5 Peraturan kelas

Sebelum guru memulakan Power Teaching, guru telah menetapkan 5 peraturan kelas seperti yang diperkenalkan oleh Chris Briffle dalam kajiannya (Jadual 4).

(7)

7

Alfa: Pelajar yang menjadi menjadi role model. Mereka angkat tangan bila hendak bercakap, mengikut arahan dengan cepat, tidak lari dari tugasan dan menghantar tugasan dengan kemas. Guru memberikan empat markah untuk seorang alfa.

Beta: Pelajar yang biasanya mengikut arahan, tetapi kadang-kadang melakukan kesilapan. Pelajar yang biasanya, tetapi bukan selalunya angkat tangan bila hendak bercakap, mengikut arahan dengan cepat, tidak lari dari tugasan dan menghantar tugasan dengan kemas. Guru memberikan tiga markah untuk seorang beta.

Gamma: Pelajar yang tidak stabil dalam mengikut arahan. Kadang-kadang boleh bertindak seperti pelajar alfa, tetapi kadang-kadang guru pun hairan apa yang terjadi kepada mereka. Mereka jarang mengangkat tangan bila hendak bercakap, selalunya tidak dapat kekalkan perhatian dalam tugasan serta tidak ikut arahan dengan cepat. Guru memberikan dua markah untuk seorang gamma. Pelajar baru akan dikategorikan dalam kumpulan ini kerana tingkah laku pelajar tersebut belum dikenalpasti.

Pencabar: Pelajar yang menguji kemahiran dan kesabaran guru. Pelajar-pelajar ini jarang atau tidak pernah angkat tangan bila hendak bercakap, tidak mengikut arah dan tidak mahu buat tugasan. Guru memberikan dua markah untuk seorang pencabar.

Jadual 4: Lima Peraturan Kelas.

Sekiranya pelajar tidak mengikut arahan dengan cepat, mereka telah membazir masa untuk aktiviti bukan pendidikan. Selain itu, tingkah laku yang perlahan dalam penyerahan kertas, pembukaan buku, pengasahan pensel dan sebagainya akan mengganggu kelancaran PDP.

Rule 2:

Dalam kelas, terdapat segelintir pelajar yang suka bercakap, menyampuk kata-kata guru serta mewujudkan huru-hara dalam kelas. Oleh itu, dengan peraturan ini, guru tidak akan sekali-kali memberi respon kepada pelajar yang tidak angkat tangan apabila hendak bercakap. Ini dapat mengurangkan gangguan semasa PDP.

Rule 3: pengajaran akan lebih teratur dan mengelakkan pelajar merayau-rayau dalam kelas serta mengganggu rakannya. Tetapi peraturan ini tidak perlu dipatuhi sekiranya kad kuning telah dipaparkan atas papan putih (untuk aktiviti kelas yang perlukan pergerakan pelajar).

Rule 4:

Terdapat pelajar dalam kelas yang suka bertanya tentang sesuatu perkara yang luar daripada tajuk dan hanya mahu mencabar kesabaran guru. Kadang-kadang, mereka juga melakukan tingkah laku yang di luar jangkaan seperti mengusik rakan sehingga rakan menangis atau pergaduhan berlaku dalam kelas. Dengan peraturan ini, guru memberi input kepada pelajar bahawa perlu berfikir sebelum bertindak.

Rule 5:

(8)

8

Sebenarnya, penilaian ini merupakan satu skala untuk menilai kemajuan PdP guru. Guru berharap dalam purata markah dapat meningkat dalam masa satu bulan selepas kajian ini. Sekiranya markah tingkah laku kelas semakin tinggi, ini bermaksud semakin sedikit pencabar dalam kelas tersebut. Ini menunjukkan Power Teaching telah berjaya menarik dan mengekalkan perhatian mereka serta membolehkan mereka mematuhi peraturan dalam kelas. Dengan itu, ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan.

ii. Menetapkan Syarat Di Scoreboard

Skoreboard merupakan satu permainan di antara guru dan pelajar. Apabila pelajar mematuhi peraturan dalam kelas dan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kelas, mereka akan dapat ganjaran atau hukuman yang setimpalnya. Dalam kajian ini, scoreboard yang guru gunakan adalah skoreboard guru dan pelajar. Guru telah menetapkan kerja rumah untuk hari tersebut, contohnya lima muka surat modul Sains. Sekiranya pelajar melakukan sesuatu yang melanggar peraturan, kerja rumah mereka akan bertambah menjadi enam muka surat dan sebaliknya sekiranya mematuhi peraturan dengan baik setiap kali aktiviti, guru akan mengurangkan kerja rumah. Selain itu, sekiranya pelajar respon dengan lambat atau tidak memberi respon, guru akan menolak markah dalam scoreboard dan kerja rumah mereka bertambah dan sebaliknya.

b. Semasa Tindakan

i. Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes

Guru memulakan kelas dengan mendapatkan perhatian pelajar dengan menyebut “Class”, dan mereka akan menjawab “Yes”. Ini merupakan perkara yang perlu diberitahu kepada pelajar sebelum kelas bermula dan akan digunakan sepanjang PDP. Untuk kepelbagaian, guru akan menyebut dengan nada yang berlainan seperti suara robot, suara bisikan, suara marah dan sebagainya untuk menarik perhatian pelajar. Selain itu, guru turut akan mengulangi perkataan kelas beberapa kali dan pelajar perlu menyahut mengikut bilangan guru. Contohnya, “Class, Class, Class”, “Yes, Yes, Yes.”.

ii. Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher

Bagi mengekalkan perhatian pelajar, guru telah menggunakan Hands and Eyes. Apabila guru menyebut “ Hands and Eyes”, pelajar perlu meletakkan tangan atas meja, tanpa memegang apa-apa di tangan dan mata memandang guru.

iii. Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher

Teach!-Okay! Merupakan satu teknik yang asas dan penting dalam Power Teaching. Ini merupakan satu cara yang baik untuk membangunkan kemahiran bahasa pelajar dan meningkatkan penguasaan kandungan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Apabila guru menyebut “Teach!”, pelajar akan menjawap “Okay” dan diteruskan dengan tiga kali tepukan. Selepas itu, mereka akan duduk dalam pasangan dan pelajar 1 mengajar pelajar 2 di sebelahnya dengan mengulang pengajaran guru. Apabila guru menyebut “ Switch”, pelajar 2 akan mengajar pelajar 1.

(9)

9

sentiasa membantu dan mengulangi pengajaran tersebut. Masa yang diambil untuk pengajaran antara pelajar adalah singkat, antara 1-2 minit sahaja bagi pelajar 1 mengajar pelajar 2. Ini untuk mengelakkan pelajar menyeleweng daripada kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu, kandungan yang diajar dalam satu masa hendaklah singkat, padat dan teratur.

Perhatian pelajar ditarik semula dengan menyebut “Class!” dan pelajar menjawab “Yes!”. iv. Pengekalan kandungan pengajaran dalam ingatan melalui Teach back Teacher

Apabila guru menyebut “Teach back Teacher”, pelajar mengulangi kandungan pengajaran kepada guru. Ini dapat mengekalkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam memori dengan lebih kukuh. Dengan mengulangi aksi kepada guru, guru dapat mengenalpasti pelajar yang tertinggal dalam PDP dan perlu bimbingan dalam kelas.

c. Selepas Tindakan

Selepas pengajaran selesai, guru menyemak semula markah yang ada pada skoreboard. Sekiranya pelajar bekerjasama dalam kelas dan mematuhi peraturan, guru menyebut, “Class, you done very well today. You are trying your best to keep your teacher happy. So, now give yourselve a clap.” Dengan itu, pelajar akan menjawap, “Oh Yes!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru. Sekiranya pelajar kurang memberi kerjasama dan tidak mematuhi peraturan, guru menyebut, “Class, today you are not really do a good job. You failed to keep your teacher happy, so now give yourselve a groan, so that you can try again in next lesson to keep your teacher happy. Groan!”. Pelajar akan menjawab “Woo! It Cools!” dan bertepuk tangan mengikut cara guru.

PEMERHATIAN DAN REFLEKSI

Selepas tindakan diambil, pemerhatian telah dicatatkan dan seterusnya refleksi telah dibuat untuk penambahbaikan pada masa hadapan.

Mendapatkan Perhatian Pelajar melalui Class-Yes

Pelajar kelihatan lebih bersedia dan memberi perhatian kepada guru melalui cara ini. Pelajar yang tertidur, termenung dan membuat kerja lain dalam kelas sebelum guru mula mengajar dapat menghentikan segala aktiviti mereka dan menumpukan perhatian kepada guru. Sebelum ini guru perlu meninggikan nada suara untuk mendapatkan perhatian setiap pelajar dalam kelas sebelum PDP. Kadang-kala, hukuman perlu diberikan kepada pelajar yang selalu mencabar guru dan membuat bising dalam kelas untuk mententeramkan semula suasana kelas. Selepas memperkenalkan Class-Yes, guru boleh mendapat perhatian pelajar dalam masa yang singkat. Dengan itu, masa pengawalan kelas dapat dipendekkan dan PDP dapat diteruskan dengan lebih lancar.

Mengekalkan Perhatian Pelajar melalui Hands and Eyes dan Follow Teacher

(10)

10

Dengan memberi arahan Hands and Eyes, pelajar meletakkan tangan atas meja dan mata tertumpu kepada guru. Selain itu, guru telah menggunakan gerakan tubuh badan untuk mengajar. Dengan menggunakan aksi, pelajar akan lebih tertarik. Di samping itu, pelajar melakukan gerakan tersebut bersama-sama dengan guru. Pada masa yang sama, mereka telah memberi perhatian untuk mengingati gerakan. Oleh kerana setiap pelajar perlu melakukan gerakan tersebut pada masa yang sama, maka masalah pelajar bercakap, membuat kerja lain, termenung dan tertidur tidak wujud dalam kelas tersebut.

Penglibatan secara aktif melalui Teach! Okay!, Switch dan Teach back Teacher

Sebelum ini, pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas. Cuma segelintir pelajar yang selalunya aktif dan mendapat perhatian guru. Terdapat pelajar yang suka menyembunyikan diri, pendiam dan tidak ingin bergaul dengan rakan lain dalam kelas. Melalui kaedah ini, pelajar duduk dalam pasangan. Selepas mengikut gerakan guru melalui Follow Teacher!, mereka perlu saling mengajar rakan dalam pasangan. Ini telah meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti. Pelajar yang pemalu dan pendiam mula mengikut rakan mereka melakukan gerakan. Pelajar yang selalunya mengganggu rakan serta membuat bising turut melibatkan diri dalam melakukan gerakan. Walaupun keadaan kelas menjadi bising dalam masa 2 minit, tetapi guru mendapati kesemua pelajar melakukan gerakan yang sama, iaitu menuju ke objektif pengajaran. Selepas aktiviti tersebut, kesemua pelajar melakukan gerakan semula bersama-sama selepas arahan teach back teacher diberikan. Pemerhatian daripada guru menunjukkan pelajar lebih yakin dan boleh mengingati gerakan serta fakta dalam masa yang begitu singkat sahaja.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

(11)

11

BIBLIOGRAFI

Briffle, C (2008). Power Teachers Training Manual. Retrived from http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html

Briffle, C (2007). Power Teaching Challenging Teens (and the rest of your class, too!). Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton Hills College.

Briffle, C (2007). Designing your Whole Brain Teaching Model Classroom 2.0!. Retrived from http://homepage.mac.com/chrisbiffle/Menu3_8.html

Vanderfin, J (2009). Practice Cards: A Powerful Addition to Whole Brain Teaching’s Classroom Management System. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton Hills College.

Briffle, C (2008). Case Studies: Go Power Teaching. Yucaipa, CA: Chairperson, Philosophy and Religious Studies Crafton Hills College.

Lampiran 1 Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku Pelajar dalam Kelas

Arahan: Tandakan (/) bagi tingkah laku yang wujud dan (x) bagi tingkah laku yang tidak wujud

Tingkah laku (/) atau (x) Catatan

1.Pelajar tidak mengantuk dalam kelas. 2.Pelajar tidak membuat bising dalam kelas. 3.Pelajar memberi perhatian semasa guru

mengajar.

4.Pelajar memberi respon kepada guru semasa guru mengajukan soalan.

5.Pelajar berani mencuba latihan yang diberikan. 6.Pelajar sering memberi jawapan yang tepat. 7.Pelajar berasa bosan dalam kelas.

8.Pelajar memberi kerjasama kepada guru. 9.Pelajar tidak menunggu jawapan dari guru. 10. Pelajar bermotivasi untuk belajar Sains.

Tingkah laku lain yang tidak tersenarai dalam jadual di atas, sila tuliskan.

Referensi

Dokumen terkait

Unit ini menggunakan sumber air baku dari mata air yang kemudian diproses dalam system Saluran Pasir Lambat (SPL) atau Infiltrasi Galery (IG). Unit ini berlokasi

Dari keseluruhan responden yakni sebanyak 18 (delapan belas) orang, seluruhnya menyatakan bahwa Notaris tidak perlu diberikan kewenangan melakukan pengesahan foto

Efektivitas belajar merupakan tingkat pencapaian proses pembelajaran yang dilakukan oleh guru yang tercermin dari pemenuhan tiga indikator utama Penilaian Kinerja

Garis-garis prinsip dan kusut, yang sering disebut dengan ciri-ciri garis (rajah) saja, memiliki beberapa kelebihan dibandingkan ciri-ciri yang dihasilkan biometrika lainnya,

Rekaman arsip merupakan teknik pengumpulan data baik data historis maupun data saat ini. Dalam penelitian ini dapat berupa data statsitik Kecamatan dalam Angka

Sujatmiko (2014 : 55) memberikan definisi yang sedikit berbeda dengan menyebutnya sebagai istilah yang merujuk kepada bangsa atau penduduk etnis yang terpaksa atau

pada media PDA dengan berbagai konsentrasi ekstrak daun sirih merah ( Colony diameter growth of Rhizoctonia sp.. Penggoyangan Media, dan Ekstrak Daun ... media) daripada yang

Hasil penelitian menunjukkan: pertama , dari aspek objek studi, kajian pendidikan Islam pada berkala ilmiah di IAIN Mataram mencerminkan dominannya aspek filsafat atau pemikiran