• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anjakan ketujuh iaitu Memanfaatkan ICT b

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Anjakan ketujuh iaitu Memanfaatkan ICT b"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Anjakan ketujuh iaitu : Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan pembelajaran di Malaysia merupakan salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

1.0 Pengenalan

Terletak di tengah Asia Tenggara, Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang mempunyai pelbagai budaya dan penduduknya berbilang kaum.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mengharungi laluan yang progresif bagi meningkatkan kedudukan sosial dan ekonomi. Hasilnya, ekonomi semakin meningkat, tahap kemiskinan semakin berkurang, dan ketidakseimbangan sosioekonomi mampu ditangani.

Pada tahun 19901, pendidikan rendah sejagat berjaya dicapai. Aspirasi Malaysia untuk mencapai status sebagai negara maju sepenuhnya pada tahun 2020. Inilah yang dikenali sebagai Wawasan 2020.

2.0 Definisi

ICT merupakan singkatan kepada ‘Information and Communication Technologies’ atau dalam bahasa Melayunya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). TMK

merangkumi dua aspek iaitu teknologi maklumat dan teknologi komunikasi.

Teknologi maklumat ialah meliputi segala aspek yang berkaitan dalam pemprosesan, penggunaan sebagai alat bantu dan penerimaan suatu maklumat.

Teknologi komunikasi ialah sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan alat bantu untuk memindahkan data dari satu peringkat kepada peringkat lainnya.

3.0 Matlamat

Sejak beberapa tahun kebelakangan, Kementerian telah mendapat input daripada pelbagai pihak iaitu ahli pendidik, ahli akademik, ibu bapa dan murid mengenai keperluan menyampaikan aspirasi kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Kementerian mengkaji semula usul yang dicadangkan dan menginterasikannya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan berdasarkan empat kriteria utama iaitu :

1. Setiap tindakan yang diambil perlu menyumbang kepada aspirasi sistem dan murid.

(2)

2. Kementerian menggunakan bukti antarabangsa bagi mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada faktor yang membawa kelainan pada sistam dan

penambahbaikan kepada murid.

3. Cadangan perlu relevan dalam keadaan semasa dan mampu dilaksanakan. 4. Faedah pelaksanaan memberikan pulangan yang lebih besar berbanding

perbelanjaan.

Maka, terciptalah 11 anjakan yang perlu dilaksanakan oleh kementerian bagi membuahkan hasil perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Antara salah satu daripada anjakan tersebut ialah memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti

pembelajaran di Malaysia.

Namun, sejauh manakah penggunaan TMK ini mampu memberikan hasil yang lumayan kepada Kementerian berdasarkan perbelanjaannya yang mencapai RM6 billion kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam inisiatif pendidikan?

4.0 Peranan TMK Dalam Pendidikan

Sebelum menghuraikan persoalan di atas, ingin saya menjelaskan dahulu bagaimana TMK berperanan dalam meningkatkan kemajuan dalam dunia pendidikan.

Peranan TMK dalam dunia pendidikan amat begitu besar. Antaranya : 1. TMK sebagai gudang ilmu pengetahuan

‘Maklumat berada di hujung jari anda’. Slogan ini kerap didengari sejak era

permodenan ini. Melalui penggunaan TMK ini kaya dengan pelbagai ilmu pengetahuan baik ilmu pelajaran di sekolah mahupun sebagai sebagai bahan tambahan pembelajaran.

Fungsi internet ini sebagai sumber ilmu pengetahuan yang boleh diakses pada bila-bila masa dan secara meluas. Dalamnya, telah disambung dengan beribu-ribu perpustakaan digital, artikel, makalah dan lain-lain. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan

pembelajaran (Abu Bakar Nordin, 1991)2.

2. TMK sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran

Lebih mudah dengan menggunakan kemudahan TMK mampu membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid di dalam kelas. Menurut Yahya

(3)

Othman dan Dayang Raini (2011)3, menunjukkan bahawa penggunaan komputer amat memberi kesan positif terhadap penggunanya.

Melalui TMK guru mampu menukarkan situasi belajar di dalam menjadi sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Hasil olahan komputer seperti gambar, media grafik, poster dan sebagainya mampu menarik minat pelajar. Di samping itu, kesan warna mampu mempengaruhi minda manusia misalnya menulis nota menggunakan peta minda mampu membuatkan minda manusia untuk lebih ingat.

Penggunaan alat bantu bantu mengajar ini dikatakan dapat menarik minat serta memberangsangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 2002)4.

3. TMK sebagai infrastruktur pembelajaran

Kebiasaanya, guru juga akan sibuk dengan tugasannya sehinggakan wujud segelintir guru yang terpaksa meninggalkan kelas. Walaubagaimanapun, tanggungjawab guru

terhadap murid masih berjalan lancar dengan wujudnya laman seperti Frog VLE 1BestariNet, Schoology dan sebagainya

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) masih berjalan seperti biasa melalui cara atas talian. Guru-guru boleh meninggalkan tugasan atau nota melalui laman maya ini. Seterusnya, hal ini memudahkan para guru menyempurnakan dua tanggungjawabnya serentak dalam waktu yang sama.

Menurut Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad (2007), dalam kajiannya memerihalkan bahawa pelajar didapati menggunakan pemikiran pada aras tinggi, tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja, bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih berdikari dan bertanggungjawab dalam pembelajaran.

Pengaplikasian Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL/Project Based Learning) banyak melibatkan TMK apabila diberikan satu tajuk untuk dibentangkan dan proses ini memerlukan galakan daripada guru. Mekanisme ini mampu menguji kemahiran pelajar dalam teknik pembelajaran dan meningkatkan keyakinan untuk bersuara di hadapan khalayak.

3 Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49. Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011).

(4)

Berikut merupakan serba sedikit peranan TMK dalam dunia pendidikan. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, terdapat banyak kemaslahatan yang didapati apabila TMK ini diaplikasikan dalam sektor Pendidikan Malaysia

5.0 Pelaksanaan Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Memang tidak dinafikan lagi bahawa kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Berdasarkan isi yang dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Malaysia telah

memperuntukkan kewangan yang tinggi bagi sektor pendidikan setiap tahun. Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet sebanyak RM37 bilion, kerajaan terus menyediakan

peruntukan yang terbesar iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. Namun, pelaburan tersebut tidak membuahkan hasil yang mencapai matlamat kerajaan. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi kualiti, ekuiti dan perpaduan.

Berikut merupakan antara artikel-artikel yang membincangkan penggunaan TMK dalam pendidikan:

1) Frog V.L.E 1BestariNet

Frog Virtual Learning Environment (VLE) 1BestariNet merupakan usaha pihak kementerian yang paling menonjol. Laman ini mampu memberi kemudahan kepada warga pendidik dan pelajar untuk mengaksesnya. Di samping itu, melalui laman ini juga warga pendidik juga dapat memberikan tugasan atau nota serta dapat menilai prestasi para pelajar secara atas talian sahaja. Pelajar juga mendapat manfaat daripada penggunaan tersebut.

Penggunaan Frog VLE ini mendatangkan manfaat kepada warga sekolah seperti memudahkan komunikasi antara guru dan pelajar mahupun sesama guru. Hasil kerja guru boleh dimuatnaik dan mampu menjadi rujukan bagi guru lain. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan dalam penyebaran ilmu di sekolah.

(5)

Menurut maklum balas KPM yang diterima pada 10 September 2014 dalam laporannya5, faktor kejayaan projek 1BestariNet ialah komitmen dan “buy-in” pengurusan sekolah selain kompetensi guru dan sokongan ibu bapa.

Bagi sekolah-sekolah ‘champion’ 351 sekolah telah diberi bimbingan dan tumpuan kepada pengggunaan VLE oleh pihak kontraktor. Sekolah ‘champion’ ini merupakan penanda aras dan pemangkin dalam merintis budaya penggunaan VLE di sekolah.

Setakat akhir 2013, seramai 3,861 guru dan 1,404 murid telah diberi bimbingan sebagai pengguna utama bagi memperkembangkan budaya penggunaan VLE.

Frog VLE ini telah memberikan pelbagai faedah yang meluas terutamanya dari sudut Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sistem ini dikhabarkan telah berjaya membuktikan anjakan ketujuh dalam PPPM dengan memperluaskan rangkaian internet 4G kepada semua 10,000 sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Menurut Norazilawati Abdullah et el (2013), bahawa kebanyakan guru Sains telah mengaplikasikan Frog VLE ini dalam PdP mereka. Pada pendapat mereka juga mengatakan cara ini begitu baik dalam pendidikan. Namun, biarpun terdapat kebaikan yang banyak, mereka lebih selesa mengajar secara bersemuka kerana terdapat beberapa topik yang perlu ditunjukkan secara bersemuka.

2) Keberkesanan Penggunaan TMK dalam Pendidikan Islam

Menurut kajian yang dijalankan oleh Hasnuddin b. Abd Rahman et el (2015),

menunjukkan kebanyakan guru Pendidikan Islam mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan TMK dalam PdP. Penggunaan TMK mampu mempelbagaikan aktiviti semasa proses PdP.

Di samping itu, dikatakan juga bahawa prestasi dan kemahiran pemahaman pelajar juga meningkat. PdP seperti guru memberikan tugasan ata subtopik masing-masing kepada pelajar untuk membuat nota ringkas melalui penggunaan komputer. Kemudian mereka bolehlah berkongsi nota yang dibuat sesama mereka.

Menurut Mansor (2010), mendapati daripada hasil kajiannya bahawa sikap, tahap motivasi dan tahap pencapaian akademik pelajar adalah berada pada tahap positif dan tinggi apabila proses PdP Pendidikan Syariah Islamiyyah menggunakan TMK.

(6)

Guru Pendidikan Islam amat digalakkan menggunakan TMK seperti video atau tayangan multimedia apabila mengajar subtopik mengenai sirah. Melalui kaedah ini mata pelajaran yang berunsur sejarah tidak akan membosankan para pelajar kerana pada masa yang sama, pelajar mampu menghayati dan merasai akan peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu. Maka, akan segarlah peristiwa tersebut pada ingatannya.

Penggunaan TMK seperti powerpoint, video dan multimedia amat menggalakkan pelajar untuk menghadapi proses PdP di dalam kelas dengan lebih menyeronokkan. Selain itu, para pelajar akan menggunakan seluruh pancainderanya semasa pembelajaran seterusnya meningkatkan daya pemahaman.

Namun begitu, dapatan kajian ini menyatakan bahawa penggunaan TMK ini bukanlah merupakan suatu pilihan utama bagi guru Pendidikan Islam. Hal ini kerana terdapat beberapa halangan yang timbul yang lebih tertumpu kepada pengurusan sekolah itu.

3) Cabaran Menyeluruh Dalam Pelaksanaan Transformasi Pendidikan

PPPM 2013-2025 transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. (PPPM 2013-2025).

Pihak kerajaan telah melaburkan kewangan yang tinggi dalam sektor pendidikan namun keberhasilannya kurang. Profesor Datuk Dr. Sufean Hussin (2014) menyatakan bahawa dalam kajian KPM dan World Bank (2012) menunjukkan aplikasi 1BestariNey kurang digunakan dalam proses PdP di sekolah-sekolah walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6 Bllion untuk melaksanakannya.

Sebagai langkah untuk mengelakkan pembaziran kewangan ini, maka kerajaan perlu mengadakan satu transformasi iaitu memberi pengilmuan baharu dan pembinaan kemahiran baharu kepada warga pendidik. Impaknya menyebabkan berkurangnya jumlah kerosakan yang berlaku pada alat komputer. Orang yang tidak mengetahui dan memandai-mandai dalam sesuatu yang bukan bidangnya akan membawa kepada kebinasaan dan kesusahan.

Selain itu, peralatan yang disumbangkan perlu dikaji semula dari aspek kualitinya kerana ini merupakan salah satu punca pembaziran wang. Peralatan yang tidak mempunyai kualiti tidak akan bertahan lama dan memerlukan kewangan lagi bagi membaikinya

(7)

4) Pembelajaran Melalui Penceritaan Digital bagi Menganalisi Novel Bahasa Melayu Tentu sahaja istilah sastera ini akan memberi tanggapan negatif kepadanya. Para pelajar akan membayangkan buku novel yang tebal perlu dibaca dalam tempoh yang singkat dan tidak menepati citarasa pelajar itu sendiri. Tambahan lagi, perlu mengingati setiap peristiwa penting yang berlaku dalam novel tersebut.

Perkembangan TMK berpotensi besar dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan TMK dalam pendidikan dapat membantu seseorang individu itu berkongsi ilmu secara meluas daripada pelbagai sumber ilmu diserata dunia. Oleh itu, guru-guru perlu merangka strategi baharu untuk menjadikan subjek ini sebagai sesuatu yang

menyeronokkan bagi pelajar. Tanggapan yang negatif ini perlu dihakis secara habis-habisan. Dapatan kajian Rafiza Abdul Razak (2013), para pelajar menunjukkan perasaan gembira apabila mereka dapat mempelajari teknologi baharu dengan penggunaan papan cerit. Teknologi ini meningkatkan motivasi pelajar dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Penulis juga telah menghuraikan bahawa penggunaan TMK ini mampu memberikan impak yang positif terhadap diri pelajar. Antaranya penggunaan TMK dalam Komsas dapat meningkatkan pemahaman pelajar kerana terdapat rajah dan gambar yang membantu pelajar memahaminya.

Sejurusnya, meningkatkan kreativiti pelajar. Tugasan yang diberikan kepada pelajar adalah mengikut kreativiti pelajar bagaimana cara pelajar hendak menyampaikan maklumat tugasan mereka itu kepada audiens secara jelas dan terang. Maka, pelajar akan lebih bermotivasi untuk mengkaji sesuatu subjek yang diberi apabila menggunakan penceritaan digital ini.

Hasil kajian ini menyokong bahawa pendekatan teknologi dalam Komsas amat sesuai digunakan bagi meningkatkan pemahaman. Para pelajar sangat berminat

menggunakan TMK ini dalam PdP Bahasa Melayu Komsas kerana merasakan pengajaran novel ini akan leih menarik sekirannya menggunakan penceritaan digital.

5) Keberkasan Penggunaan TMK dalam Pembelajaran Tatabahasa

(8)

tinggi dan animasi yang canggih bagi menarik lagi minat para pelajar. (Nor Ilyani Harun et el , 2012)

Tatabahasa merupakan tapak dalam kemahiran berbahasa. Terkandung di

bawahnya seperti sistem ejaan, sebutan, kosa kata umum dan laras bahasa. Tatabahasa ini amat dititikberatkan dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu.

Awang (2004) mengeluarkan pendapatnya bahawa tatabahasa ini sering menjadi igauan dan dianggap subjek yang kaku dan membosankan. Persepsi sedemikian telah membuatkan guru-guru yang mengajar subjek ini sebagai satu cabaran yang besar. Justeru, satu strategi baru perlu dirangka bagi mengatasi cabaran ini.

Dalam kajian yang dijalankan ini, 32 soalan telah dibina oleh pengkaji berkaitan dengan tajuk Penjodoh Bilangan berdasarkan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran. Hasilnya amat memberangsangkan kerana terdapat peningkatan terhadap pelajar yang diuji. Jelaslah bahawa kajian ini telah memberi impak yang positif melalui penggunaan komputer dalam PdP Bahasa Melayu walaupun penggunaan TMK dilihat lebih kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

6.0 Rumusan

Berdasarkan segala perolehan maklumat dalam artikel di atas, memang tidak dinafikan bahawa pengajaran menggunakan TMK merupakan satu strategi menyeluruh dalam menentukan tahap pencapaian murid. Namun, faktor gaya pengajaran guru memainkan peranan penting dalam PdP di dalam kelas.

TMK ini memang banyak manfaatnya dan perkara ini tidak oleh dibiarkan begitu sahaja tanpa menggunakannya. Kerajaan boleh menjalankan inisiatif dengan mengadakan kursus untuk warga pendidik agar mereka mengetahui untuk pengendalian TMK ini. Namun begitu, tidak semestinya hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi warga pendidik perlulah berusaha memajukan diri dengan ilmu-ilmu mengenai TMK ini.

Para guru perlulah menggunakan TMK ini agar pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan itu tidak membazir begitu sahaja. Kemudian, para guru ini juga perlu menurunkan ilmu mereka ini kepada pelajar agar penggunaan TMK ini akan berterusan.

Seterusnya, bagi memastikan agenda ini mencapai matlamatnya, semua pihak khususnya KPM perlu memastikan setiap infrastruktur fizikal sempurna dan lengkap

(9)

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil tersebut dapat dijelaskan bahwa sikap akseptor keluarga berencana sebagian besar memilih alat kontrasepsi IUD sebagai alat kontrasepsi yang menjadi pilihan utama,

Susunan periodik yang disusun oleh Moseley akhirnya berkembang lebih baik sampai didapatkan bentuk yang sekarang ini dengan mengikuti hukum periodik bahwabila

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

Hasil yang didapat pada penelitian ini adalah website penerimaan siswa baru SMP Negeri 5 Pagar Alam, dengan adanya website penerimaan siswa baru SMP Negeri 5

KEGIATAN : PEMBANGUNAN KANTOR KECAMATAN TAMANSARI PEKERJAAN : PEMBANGUNAN GEDUNG KANTOR KECAMATAN LOKASI : KECAMATAN TAMANSARI KABUPATEN BOGOR TAHUN ANGGARAN : 2018.. PEKERJAAN

Dari temuan penelitian dan pembahasan, diperoleh lima simpulan hasil penelitian sebagai berikut: (1) perencanaan Program Kegiatan Rehabilitasi di Unit Pelaksana Teknis

Penulisan Skripsi yang berjudul “ Sekolah Internasional Berbasis Teknologi Di Kecamatan Beringin, Deli Serdang ” ini dimaksudkan untuk memenuhi syarat penyelesaian Pendidikan