• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERAKAUNAN ZAKAT HASIL PERTANIAN DI MALAYSIA:

SATU PENILAIAN SEMULA

1

Mohd Shukri Hanapi2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia

11800 Pulau Pinang Tel: 04-6532665 Faks: 04-6532124

E-mail: hshukeri@yahoo.com / hshukeri@gmail.com

Abstrak

Di Malaysia, zakat pertanian hanya diwajibkan terhadap hasil tanaman padi kerana ia dikategorikan sebagai makanan asasi. Persoalannya, bagaimanakah pula dengan hasil-hasil pertanian yang tidak termasuk dalam kategori makanan asasi seperti kelapa, kelapa sawit, lada hitam, kopi, koko dan buah-buahan lain? Kenapakah dikenakan zakat perniagaan sedangkan asasnya juga adalah pertanian? Adakah disebabkan tanaman-tanaman selain padi ini diusahakan secara komersial? Bagaimanakah pula dengan tanaman padi yang diusahakan secara komersial tetapi tetap dikenakan zakat pertanian dan bukannya zakat perniagaan? Untuk menjawab semua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti asas-asas perakauan zakat pertanian serta pandangan

fuqaha’ berhubung jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat pertanian; dan kedua, menganalisis

serta menilai perakaunan zakat hasil pertanian di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Semua maklumat berkaitan akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Bagi memperkukuhkan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia, kertas kerja ini merumuskan bahawa hasil-hasil pertanian yang tidak dikategorikan sebagai makanan asasi seperti kelapa, kelapa sawit, koko dan sebagainya patut juga dikenakan zakat pertanian kerana asasnya adalah pertanian. Malah sebahagian daripada hasil-hasil tanaman selain padi ini boleh menghasilkan kekayaan yang lebih lumayan berbanding hasil tanaman padi serta boleh disimpan lama melebihi tempoh setahun. Dalam hal ini, pandangan fuqaha’ dari kalangan Mazhab Abu Hanifah dan Mazhab Ahmad bin Hanbal boleh dijadikan sandaran.

Kata Kunci: Perakaunan, zakat, pertanian, makanan asasi

Pengenalan

Zakat pertanian merupakan salah satu daripada zakat mal (harta). Ia hanya diwajibkan terhadap hasil pertanian yang dikategorikan sebagai makanan asasi yang mengenyangkan setelah cukup nisab. Makanan asasi yang mengeyangkan itu pula terdiri daripada biji-bijirin yang tahan lama jika disimpan seperti padi atau beras, kurma, jagung, gandum dan sebagainya (Muhammad Arsyad al-Banjari, 2008:531). Bagi penduduk di Malaysia, makanan asasi mereka ialah nasi. Nasi pula dihasilkan daripada padi. Maka hasil pertanian yang diwajibkan zakat bagi penduduk Malaysia ialah padi. Oleh itu, hasil pertanian yang bukan tergolong dalam kategori makanan asasi seperti kelapa, kelapa sawit, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain tidak dikenakan zakat pertanian kerana tidak ada nas dan dalil-dalil yang mewajibkan hasil-hasil pertanian tersebut dikeluarkan zakat pertanian (Jawatankuasa

1 Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Zakat Dalam Pembangunan Ekonomi – Peringkat Kebangsaan (NCOZ 2015), anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP), pada 1 Jun 2015, bertempat di Hotel MS Garden Kuantan, Pahang.

2 Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

(2)

Perunding Hukum Syarak Kebangsaan, 2011). Sebaliknya, hasil pertanian selain padi tersebut dikenakan zakat perniagaan kerana terdapatnya unsur kekayaan yang dijadikan sebagai ‘illah

(alasan) untuk mewajibkan zakat.

Persoalannya, kenapakah hasil pertanian selain padi ini dikenakan zakat perniagaan sedangkan asasnya juga adalah pertanian? Adakah disebabkan tanaman-tanaman selain padi ini diusahakan secara komersial? Bagaimanakah pula dengan tanaman padi yang diusahakan secara komersial, tetapi tetap dikenakan zakat pertanian dan bukannya zakat perniagaan? Untuk menjawab semua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti asas-asas perakauan zakat pertanian serta pandangan fuqaha’

berhubung jenis-jenis tanaman yang dikenakan zakat pertanian; dan kedua, menganalisis serta menilai perakaunan zakat hasil pertanian di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Semua maklumat berkaitan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan.

Definisi Operasi

Bagi memudahkan perbincangan dalam kertas kerja ini, dua konsep penting diberikan definisi secara operasi yang digunakan. Konsep pertama ialah zakat; dan konsep kedua ialah perakaunan zakat hasil pertanian.

a) Zakat

Secara etimologi zakat bermaksud pertambahan (nammu), penyucian (zakka) dan keberkatan (barakah). Dari segi terminologi pula, zakat bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tentu kepada golongan yang berhak menerimanya (asnaf) (al-Qaradawiy, 1969:34). Selain itu, zakat juga bermaksud hak yang wajib dikeluarkan daripada harta yang telah ditetapkan oleh syariat. Maksud zakat ini telah diperincikan lagi oleh Mujaini Tarimin (1999:5) sebagai penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredaan Allah SWT, penyucian diri dan harta untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat3 yang ditentukan oleh syarak. Berdasarkan definisi istilah zakat yang dikemukakan ini, Zahri Hamat (2013:16) menyimpulkan bahawa zakat mempunyai tiga konotasi. Pertama, zakat dari segi bahasa yang bermaksud penyucian atau pembersihan daripada kekotoran; kedua, zakat dari segi agama bermaksud penyucian kerohanian; dan ketiga, zakat dari segi perundangan yang bermaksud pemindahan hal milik harta tertentu kepada individu tertentu.

b) Perakaunan Zakat Hasil Pertanian

3 Sesuatu hasil tanaman itu wajib dikeluarkan zakat apabila ia telah memenuhi syarat-syarat yang telah

(3)

Perakaunan zakat atau dalam Bahasa Arab muhasabah al-zakah bermaksud satu bidang ilmu perakaunan untuk menentukan dan menilai harta yang diwajibkan zakat, menentukan kadarnya, membuat taksiran zakat yang dikenakan, memungut dan mengagihkan harta zakat yang dipungut kepada penerima zakat berdasarkan syarat-syarat dan kedah yang ditetapkan oleh syarak (Husain Shahatah, 2003:194). Menurut Zahri Hamat (2013:16), proses perakaunan zakat melibatkan lima tahap. Pertama, menentukan harta-harta yang diwajibkan zakat; kedua, menilai harta-harta yang diwajibkan zakat; ketiga, menentukan kadar zakat yang sesuai; keempat, mengagihkan hasil pungutan zakat kepada penerima zakat; dan kelima, menyediakan laporan kepada pihak berkuasa tentang pungutan dan agihan zakat4. Definisi perakaunan zakat hasil pertanian yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah proses mengenal pasti ciri-ciri harta atau hasil pertanian yang diwajibkan zakat, menentukan syarat-syarat hasil pertanian yang diwajibkan zakat, memastikan kadar zakat yang dikenakan dan kemudian membuat taksiran zakat terhadap harta tersebut.

Asas Perakaunan Zakat Pertanian

Perakaunan zakat pertanian yang diamalkan di Malaysia adalah berasaskan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan Hadith. Antaranya ialah firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Dia-lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau”. (al-An‘am, 6:141).

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa-apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji” (al-Baqarah, 2:267).

Kedua-dua ayat ini menerangkan kewajipan seseorang individu yang memiliki hasil pertanian daripada usaha penanaman yang dilakukannya untuk memenuhi keperluan sosial dengan mengeluarkan zakat (al-Tabariy, 1992:362; Ibn Kathir, 1992:188; dan al-Qurtubiy, 1993:208). Sebenarnya, zakat pertanian adalah berdasarkan pengeluaran hasil tanaman. Walau bagaimanapun, kedua-dua ayat tersebut tidak menjelaskan secara terperinci jenis-jenis tanaman yang diwajibkan zakat serta kadarnya. Jenis-jenis tanaman dan kadar zakat pertanian tersebut hanya dijelaskan dalam Hadith Rasulullah SAW. Antara hadith yang menjadi asas kepada perakauan zakat ini ialah:

4 Perbincangan dalam kertas kerja ini hanya tertumpu kepada tahap pertama, kedua dan ketiga. Aspek pungutan

(4)

Diriwayatkan daripada ‘Attab bin Usaid r.a. katanya: Rasulullah SAW telah memerintahkan agar anggur basah dianggarkan kadarnya ketika ia menjadi anggur kering sebagaimana juga tamar basah dianggarkan kadarnya ketika ia menjadi tamar kering dan zakatnya diambil dalam bentuk anggur kering (zabib-kismis) sebagaimana zakat kurma diambil dalam bentuk tamar kering (Riwayat Abu Daud, Hadis no. 1603, al-Khin, al-Bugha & al-Syarbaji, 2009:26)

Diriwayatkan daripada ‘Abd Allah bin ‘Amru r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tanaman yang diairi oleh hujan, sungai-sungai dan mata air atau yang mendapat air dari saliran (atau melalui akarnya) hendaklah dikeluarkan (zakatnya) sepersepuluh (1/10). Tanaman yang diairi dengan unta pengangkut air atau dengan penimba, hendaklah dikeluarkan seperduapuluh (1/20)”. (Riwayat al-Bukhariy, Hadis no. 1483, Ibn Hajar, 1989:443).

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-‘Asy’ari dan Mu‘az bin Jabal bahawa Rasulullah SAW berkata kepada kedua-dua mereka ketika mereka berdua dihantar ke Yaman untuk mengajar orang ramai tentang agama mereka. Baginda menyuruh mereka supaya tidak mengambil zakat kecuali daripada empat jenis tanaman iaitu gandum, barli, tamar dan anggur” (Riwayat al-Tabrani, Hadis no. 16, Ibn Hajar, 1992:277).

Ketiga-tiga hadis ini bukan sahaja menjelaskan kewajipan zakat pertanian, malah ia menjelaskan jenis-jenis tanaman yang wajib dikeluarkan zakat serta kadarnya. Jelaslah bahawa ketiga-tiga hadis ini berperanan sebagai pentafsir kepada ayat 141 daripada Surah al-An‘am dan ayat 267 daripada Surah al-Baqarah yang dikemukakan sebelum ini.

Jenis-Jenis Tanaman yang Diwajibkan Zakat

Menurut al-Qaradawiy (1999), terdapat empat kategori pendapat tentang hasil pertanian yang diwajibkan zakat, iaitu:

Pertama, zakat diwajibkan hanya terhadap empat hasil pertanian sahaja. Ia meliputi gandum, barli, kurma dan anggur. Ini pendapat Ibn Umar dan beberapa ulama salaf. Musa Ibn Talhah, Hasan Basri, Ibn Sirin, Sya‘bi, Thawriy, Hasan Ibn Salih, Ibn Abi Laila, Ibn al-Mubarak dan Abu ‘Ubayd turut berpendapat sedemikian (al-Qaradawiy, 1999). Hal ini adalah berdasarkan perintah Rasulullah SAW kepada Abu Musa al-Asy‘ari dan Mu’az Ibn Jabal supaya tidak mengambil zakat kecuali daripada empat hasil pertanian tersebut.5 Hal ini disokong oleh Hadis Musa bin Talhah yang turut menyebut empat jenis hasil pertanian ini yang diwajibkan zakat (Ibn Hajar, 1992:277).

Kedua, zakat diwajibkan terhadap hasil pertanian yang dijadikan makanan asasi dan boleh disimpan lama. Ini pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafi‘iy. Makanan asasi adalah makanan yang mengenyangkan secara ‘urf kepada sesuatu bangsa seperti padi, gandum, barli dan jagung. Menurut Imam Malik dan Imam al-Syafi’i, zakat tidak dikenakan terhadap buah-buahan kecuali kurma dan anggur, dan biji-bijirin lain kecuali yang menjadi makanan utama (al-Jaziriy, 1990:559-561; al-Zuhailiy, 1989:806). Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan

5 Diriwayatkan daripada Abu Musa al-‘Asy’ari dan Mu‘az bin Jabal bahawa Rasulullah SAW berkata kepada

(5)

pendapat dalam kalangan ulama al-Syafi’i terhadap zakat buah Zaitun. Perbezaan pendapat dalam kalangan Maliki turut berlaku terhadap zakat buah Tin6 (al-Qaradawiy, 1999).

Ketiga, zakat diwajibkan terhadap hasil pertanian yang boleh dikeringkan, disimpan lama dan disukat. Ini pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal. Dengan itu, apa-apa sahaja hasil pertanian yang memenuhi kriteria tersebut diwajibkan zakat sama ada biji-bijirin atau buah-buahan. Ia tidak tertakluk sama ada hasil pertanian tersebut menjadi makanan asasi ataupun sebaliknya (al-Jaziriy, 1990:560; al-Zuhailiy, 1989:807). Namun, buah-buahan yang boleh dimakan, tetapi bukan tujuan mengenyangkan adalah dikecualikan zakat. Sayur-sayuran turut dikecualikan zakat kerana tidak memenuhi kriteria di atas (al-Qaradawiy, 1999)

Keempat, zakat diwajibkan terhadap semua hasil pertanian. Zakat dikenakan ke atas semua jenis hasil pertanian sama ada diusahakan ataupun tumbuh sendiri, asalkan boleh diambil manfaat. Ini pendapat Imam Abu Hanifah (al-Jaziriy, 1990:559; al-Zuhailiy, 1989:805). Ia berdasarkan dalil daripada pengertian umum al-Qur’an, iaitu apa-apa yang dikeluarkan daripada bumi (al-Baqarah, 2:267), dan tunaikan hak pada hari menuai (al-An’am, 6:141). Mengikut Ibn Hazm, pandangan yang sama dipegang oleh ‘Umar Abdul Aziz, Ibrahim al-Nakha‘iy, Hammad Abi Sulaiman dan Mujahid (al-Qaradawiy, 1999).

Berdasarkan keempat-empat kategori pendapat tentang hasil pertanian yang diwajibkan zakat, al-Qaradawiy (1999) merumuskan bahawa pandangan Imam Abu Hanifah yang ditarjihkan oleh para ulama masa kini. Ia selari dengan pandangan ‘Umar Abdul Aziz, Mujahid, Hammad, Daud dan al-Nakha‘iy iaitu zakat dikeluarkan dari segala harta yang dikeluarkan dari bumi. Pandangan inilah yang didokong kuat oleh pengertian umum Qur’an dan al-Sunnah. Ia selaras dengan hikmah perundangan zakat. Selanjutnya al-Qaradawiy (1999) membuat kesimpulan berikut:

“Adalah kurang bijaksana, pada pandangan kita, kalau Syariat Islam mewajibkan zakat atas para petani yang menanam gandum dan barli tetapi mengecualikannya daripada para pengusaha ladang limau, mangga dan epal”.

Dalam hal ini, jika diambil kira pandangan Imam Abu Hanifah dan fuqaha’ yang sependapat dengannya seperti pandangan Imam Ahmad bin Hanbal, jenis-jenis tanaman yang diwajibkan zakat pertanian tidaklah tertumpu kepada makanan asasi sahaja, malah boleh diperluaskan lagi. Menurut mereka, sesuatu tanaman itu tidak kira sama ada ia tergolong dalam kategori makanan asasi ataupun tidak, wajib dikeluarkan zakat pertanian jika ia ditanam dengan tujuan mendapatkan hasil atau kekayaan. Berdasarkan pandangan ini, jelaslah bahawa zakat hasil pertanian tidaklah diwajibkan terhadap makanan asasi seperti gandum dan padi sahaja, tetapi ia boleh diperluaskan kepada tanaman-tanaman lain seperti pisang, nenas, tebu, lada hitam, koko, kelapa sawit dan sebagainya.

Walaupun usaha perladangan kelapa sawit, koko, lada hitam, nenas dan lain-lain itu secara bendanya (‘ayn) tidak diwajibkan zakat pertanian, tetapi mungkin secara ‘illahnya (alasannya) boleh dikenakan zakat. Logik akal mempersoalkan bahawa jika petani padi wajib membayar zakat pertanian, kenapa pengusaha ladang kelapa sawit, lada hitam dan ladang koko diwajibkan zakat perniagaan sedangkan perkara yang mereka usahakan itu juga

6 Dalilnya adalah Hadis yang diriwayatkan daripada ‘Abd Allah bin ‘Amru r.a. katanya: Rasulullah SAW

(6)

berasaskan pertanian? Hal ini ditambah pula dengan keadaan banyak aktiviti ekonomi moden hari ini boleh mendatangkan hasil yang lumayan, maka usaha perladangan seperti getah dan kelapa sawit boleh mendatangkan hasil lumayan berbanding padi.

Para fuqaha’ (ulama fiqh) telah sepakat dalam menentukan jenis-jenis tanaman yang wajib dikenakan zakat pertanian berdasarkan nas qat‘i serta berdasarkan ‘illah wajib zakat. Namun demikian, dalam keadaan banyak aktiviti ekonomi moden hari ini yang kian berkembang dan mendatangkan hasil yang lumayan, maka ‘illah yang digunakan oleh fuqaha’ terdahulu khususnya ‘illah makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan, tidak memungkinkan zakat dikenakan terhadap sesetengah hasil tanaman walaupun penghasilannya jelas lumayan. Oleh itu, langkah untuk meluaskan asas zakat pertanian ini wajar dipertimbangkan agar zakat pertanian tidak hanya bergantung pada sumber tradisi sahaja. Di Malaysia pada ketika ini banyak hasil tanaman yang boleh dipertimbangkan untuk dikenakan zakat. Hal ini berdasarkan kaedah menentukan hukum zakat yang meliputi kaedah qias, kaedah kekayaan, dan kaedah memilih yang menguntungkan fakir miskin. Memandangkan kebanyakan tanaman pada masa kini adalah berbentuk komersial dan mendatangkan hasil yang lumayan, maka kaedah kekayaan khususnya amat wajar digunakan.

Terdapat beberapa nas daripada al-Qur’an dan hadis Nabi SAW yang menunjukkan bahawa harta perlu diambil daripada orang kaya dan diberikan kepada orang miskin. Hal ini menunjukkan bahawa kekayaan boleh dijadikan ‘illah untuk mewajibkan zakat terhadap individu. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang-orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).” (al-Hasyr, 59:7).

Selain itu, terdapat beberapa hadis Nabi SAW yang turut membincangkan hal ini, antaranya ialah:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa tatkala Nabi SAW mengutus Mu‘az bin Jabal r.a ke Yaman, Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT telah mewajibkan zakat pada harta benda mereka yang dipungut daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang miskin di antara mereka” (Riwayat al-Bukahriy, Hadis no. 1485, Ibn Hajar, 1989:411)

Diriwayatkan daripada Ali r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Allah SWT mewajibkan zakat pada harta orang-orang yang kaya daripada kaum Muslimin sejumlah yang dapat melapangi orang-orang miskin di antara mereka. Fakir miskin itu tiadalah menderita menghadapi kelaparan dan kesulitan, kecuali kerana perbuatan golongan orang kaya. Ingatlah Allah akan mengadili mereka nanti secara tegas dan menyiksa mereka dengan pedih” (Riwayat al-Tabraniy).

(7)

nenas dan sebagainya. Oleh itu, hal ini mewajarkan zakat dikenakan ke atas harta kekayaan orang-orang kaya dengan tidak mengambil kira sumber kekayaan tersebut diperoleh.

Perakaunan Zakat Hasil Pertanian di Malaysia

Hasil pertanian di sini bermaksud semua hasil yang diperoleh daripada usaha tanaman sama ada ia tanaman jangka pendek atau tanaman jangka jangka panjang. Tanaman jangka pendek bermaksud tanaman yang penghasilannya diperoleh hanya sekali untuk setiap kali kohot tanaman seperti sayur-sayuran, tomato, kacang panjang dan nenas. Tanaman jangka panjang pula bermaksud tanaman yang penghasilannya diperoleh secara berkekalan dalam jangka masa panjang untuk sekali tanam seperti kelapa sawit, kelapa, koko dan kopi.

Di Malaysia, hanya tanaman padi yang diwajibkan zakat pertanian kerana umat Islam di Malaysia berpegang dengan Mazhab al-Syafi‘iy. Menurut Mazhab al-Syafi‘iy, zakat pertanian hanya diwajibkan terhadap tanaman yang menjadi makanan asasi sesuatu tempat serta boleh dikeringkan. Jika disimpan ia tahan lama. Oleh itu, tanaman padi diwajibkan zakat berdasarkan ‘illah makanan asasi di Malaysia serta tahan apabila disimpan dalam tempoh waktu yang lama (al-Bujayrimiy, 1996:51). Terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat pertanian khususnya zakat padi yang diamalkan di Malaysia pada ketika ini. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Kaedah Perakaunan Zakat Padi di Malaysia

(8)

Jadual 1 mempamerkan kepelbagaian kaedah perakaunan zakat padi yang diamalkan di Malaysia pada ketika ini. Kepelbagaian kaedah perakaunan zakat padi ini boleh dibahagikan kepada empat kategori. Pertama, zakat padi dikenakan terhadap pendapatan kasar (PK) dengan kadar 5%; kedua, zakat padi dikenakan terhadap PK dengan kadar 5% dan 10%; ketiga, zakat padi dikenakan terhadap pendapatan bersih (PB) setelah ditolak kos pertanian (KP) dengan kadar 10%; dan keempat, zakat padi dikenakan terhadap PB setelah ditolak KP dan kos sara hidup (KSH) dengan kadar 10%. Terdapat dua buah negeri (14%) yang mengenakan zakat padi terhadap PK dengan kadar 5%; 8 buah negeri (58%) mengenakan zakat padi terhadap PK dengan kadar 5% dan 10%; dua buah negeri (14%) mengenakan zakat padi terhadap PB setelah ditolak kos pertanian; dan dua buah negeri (14%) mengenakan zakat padi terhadap PB setelah ditolak KP dan KSH dengan kadar 10%.7

Jika berpegang kepada pandangan Imam al-Syafi‘iy sebelum ini, tanaman-tanaman selain padi seperti kelapa, kelapa sawit, koko, nenas, lada hitam, dan kopi tidak dikenakan zakat pertanian kerana ia tidak tergolong dalam kategori makanan asasi. Walau bagaimanapun, jika tanaman-tanaman ini diusahakan secara komersial dan mendatangkan hasil yang lumayan, maka ia tetap diwajibkan zakat. Kekayaan menjadi salah satu asas pertimbangan untuk mengenakan zakat terhadap orang-orang Islam yang mengusahakan tanaman-tanaman yang tidak termasuk dalam kelompok makanan asasi yang mengenyangkan ini.

Para fuqaha’ berbeza pendapat mengenai kewajipan mengeluarkan zakat bagi tanaman-tanaman yang bukan daripada kelompok makanan asasi. Namun terdapat pandangan yang membolehkan zakat dikenakan ke atas semua hasil tanaman. Misalnya, pandangan Imam Abu Hanifah yang menyatakan wajib zakat bagi setiap tanaman yang tumbuh di bumi atas hasil usaha manusia. Tidak ada bezanya dengan sayur-sayuran dan lain-lain. Ia hanya disyaratkan menanamnya dengan maksud untuk mendapatkan hasil bumi. Walau bagaimanapun, kayu bakar, rumput dan pokok-pokok yang tidak berbuah adalah dikecualikan (al-Jaziriy, 1990:559).

7 Jelas di sini bahawa hanya Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang mengambil kira KP dan KSH dalam

(9)

Bagi Imam Ahmad bin Hanbal pula, beliau jelas menyatakan wajib zakat bagi setiap tanaman yang dikeluarkan oleh Allah SWT dari bumi, sama ada yang berupa biji-bijian atau buah-buahan asalkan ia ditanam oleh manusia. Demikian ini tidak kira sama ada ia makanan asasi atau tidak. Wajib zakat bagi buah-buahan yang dikeringkan, tetapi tidak wajib zakat bagi buah-buahan yang basah seperti semangka, betik, jambu dan mentimun (al-Jaziriy, 1990:560).

Berdasarkan beberapa pandangan fuqaha’ yang berbeza ini, tidaklah keterlaluan jika usaha dilakukan untuk mewajibkan zakat ke atas hasil-hasil tanaman selain padi di Malaysia khususnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Dalam kes pertanian, terdapat dua kategori tanaman yang boleh dipertimbangkan berdasarkan sifat fizikalnya dan sifat perolehannya yang agak berbeza. Sifat fizikal tanaman adalah sama ada ia tahan lama atau tidak tahan lama, manakala sifat perolehannya ialah sama ada ia jangka pendek atau jangka panjang.

1. Bukan Makanan Asasi dan Hasil Tahan Lama

Semua jenis tanaman yang termasuk dalam kategori ini wajib dikeluarkan zakat. Hal ini bertepatan dengan pandangan fuqaha’ yang berpandangan bahawa semua jenis tanaman yang tahan lama wajib dikeluarkan zakat, tidak kira sama ada ia makanan asasi atau tidak. Dalam kes Malaysia, tanaman dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. Jangka Panjang dan Hasil Tanaman Tahan Lama

Tanaman jenis ini merupakan tanaman yang hasilnya boleh tahan lama jika disimpan dan penghasilannya berbentuk jangka panjang. Contoh tanaman jenis ini ialah kopi dan koko. Kedua-duanya boleh disimpan lama dan penghasilannya berbentuk jangka panjang. Sekali tanam hasil yang diperolehnya dapat digunakan untuk beberapa tahun. Memandangkan ia adalah jenis tanaman yang dikenakan zakat berdasarkan ‘illah

tahan lama, tetapi hasilnya berpanjangan dari satu penanaman, maka syarat zakat ke atasnya memerlukan syarat haul dan syarat nisab berdasarkan nilainya. Hasilnya boleh dikumpulkan untuk jangka masa setahun dan dikirakan zakat tahunan dengan kadar zakat 2.5% berdasarkan nilainya.

b. Jangka Pendek dan Hasil Tanaman Tahan Lama

Tanaman jenis ini merupakan jenis tanaman yang hasilnya boleh disimpan lama, tetapi penghasilnya adalah berbentuk jangka pendek iaitu hasilnya dikutip sekali untuk setiap kali penanaman. Contohnya ialah bawang, kunyit, halia, kentang, keledek dan kacang tanah. Memandangkan ia tergolong dalam kategori wajib zakat mengikut pandangan sebahagian ulama berdasarkan ‘illah tahan lama, maka ia boleh dipertimbangkan untuk dikenakan zakat dengan syarat nisab tanpa syarat haul. Hasil tanaman ini perlu dikeluarkan zakat setiap kali selepas tuaian. Zakat yang dikenakan adalah mengikut nilai semasa bagi kadar zakat padi iaitu 10 awsuq atau menyamai 1920 kilogram sebelum diproses menjadi beras dan lima awsuq atau menyamai 960 kilogram bagi yang telah proses menjadi beras.

2. Bukan Makanan Asasi dan Hasil Tidak Tahan Lama

(10)

yang memperoleh hasil melebihi nisab zakat, maka wajar dikenakan zakat. Pertanian dalam kategori ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

a. Jangka Panjang dan Hasil Tidak Tahan Lama

Tanaman jangka panjang ialah tanaman yang penanaman pada satu kohot dapat memberi hasil berkekalan pada jangka masa yang panjang. Tanaman dalam kategori ini berpanjangan dan beberapa kali dalam setahun seperti kelapa sawit, kelapa dan dusun buah-buahan. Memandangkan hasil dikutip secara berkekalan, maka syarat zakat ke atasnya memerlukan syarat haul dan syarat nisab berdasarkan nilainya. Zakat boleh dikenakan berdasarkan jumlah hasil tahunan dengan kadar 2.5% berdasarkan nilainya.

b. Jangka Pendek dan Hasil Tidak Tahan Lama

Sesuatu tanaman itu dianggap tanaman jangka pendek jika penanaman asal musnah dan penanaman baru perlu dibuat semula selepas sekali tuai, misalnya hasil tomato, sayuran, kacang panjang dan pisang. Memandangkan hasil dikutip secara jangka pendek maka syarat zakat yang perlu adalah syarat nisab tanpa syarat haul. Zakat yang dikenakan adalah mengikut nilai semasa bagi kadar zakat padi iaitu 10 awsuq

atau menyamai 1920 kilogram sebelum diproses menjadi beras dan lima awsuq atau menyamai 960 kilogram bagi yang telah proses menjadi beras.

Semua perbincangan tentang taksiran dan perakaunan zakat bagi tanaman-tanaman yang bukan dalam kategori makanan asasi dan tahan lama apabila disimpan dirumuskan seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Zakat Pertanian Sumber Ikhtilaf

Sifat Fizikal

Hasil Pertanian Kategori / SifatPerolehan ‘lllah Syarat Jenis Zakat & Kadar

1. Bukan Makanan

(11)

kekayaan, maka jenis zakat yang dikenakan itu ialah zakat perniagaan kerana ia perlu memenuhi syarat haul dan nisab. Bagi tanaman yang ‘illahnya hanya kekayaan semata-mata, maka jenis zakat yang dikenakan ialah zakat pertanian kerana ia perlu memenuhi syarat nisab tanpa haul. Lagipun, zakat pertanian tidak disyaratkan cukup haul berbanding zakat perniagaan yang wajib mengambil kira haul.

Penghargaan:

Makalah ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang berjudul Perakaunan Zakat Pertanian

Usahawan Tani di Malaysia (1001/PSOSIAL/8162007) yang dibiayai oleh Geran Universiti

Penyelidikan (RUI), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Rujukan

Abu ‘Ubayd, Qasim bin Salam. (1988). Kitab Amwal. Beirut, Lubnan: Beirut Dar al-Fikr.

Al-‘Azim Abadi, Abi al-Tayyib Muhammad Syams al-Haqq. (t.t). ‘Awn al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Dawud, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Buhuti, Mansur bin Yunus bin Idris. (1999). Kasyf al-Qina‘, Jil. 2. Beirut, Lubnan: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

Al-Bujayrimiy, Sulayman bin Muhammad bin ‘Umar al-Syafi‘iy. (1996). Al-Bujayrimiy ‘Ala al-Khatib (Syarh al-Iqna‘), Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Jaziriy, ‘Abd al-Rahman. (1990). Kitab al-Fiqh ‘Ala Mazahib al-Arba‘ah, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Khin, Mustafa; al-Bugha, Mustafa; & al-Syarbaji, ‘Ali. (2009). Al-Fiqh al-Manhaji, Jld. 2. Terjemahan Zulkifli Mohamad al-Bakri. Bangi, Selangor: Darul Syakir Enterprise. Al-Nawawi, Muhyi al-Din Abi Zakariyya Yahya bin Syarf. (1997). Sahih Muslim bi Syarh

Imam al-Nawawi, Jld. 7. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Al-Qaradawiy, Yusuf. (1969). Fiqh al-Zakah Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Daw’ al-Qur’an wa al-Sunnah. Beirut, Lubnan: Dar al-Irsyad.

Al-Qaradawiy, Yusuf. (1999). Fiqh az-Zakat: A Comparative Study. Diterjemahkan oleh Monzer Kahf. London: Dar Al Taqwa Ltd.

Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993). Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Son‘aniy, Muhammad bin Isma‘il. (1992). Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram min Jama‘ Adillah al-Ahkam li Ibn Hajar al-‘Asqalaniy, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Al-Maktabah al-‘Asriyyah.

Al-Syawkani, Muhammad bin ‘Ali. (1996). Nayl al-Awtar min Ahadith Sayyid al-Akhyar Sayrh Muntaqa al-Akhbar, Jld. 4. Beirut, Lubnan: Dar al-Khayr.

Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992). Tafsir Tabariy Musamma Jami‘ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 5. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Zuhailiy, Wahbah. (1989). Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, Jld. 2. Damsyik: Dar al-Fikr. Al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh, Jld. 2.Damsyiq: Dar al-Fikr. Husain Shahatah (2003). Kaedah Agihan Zakat Harta, Pengertian, Sistem dan Agihannya.

Diterjemah oleh Hamid Fahmy Zarkasyi dan Harun Ar-Rashid Hj. Tuskan. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa.

Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani. (1989). Fath Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

(12)

Ibn Hajar, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalaniy. (1989). Fath Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Qudamah, Abi Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Maqdasiy al-Jamma‘iliy al-Dimasyqiy al-Salihiy al-Hanbaliy. (1997). Al-Mughni, Jld. 4. Riyad: Dar ‘Alam al-Kutub.

Ibn Qudamah, Mawaffaq al-Din ‘Abd Allah Ibn Ahmad al-Maqdisi. (1997). Al-Mughni, Jld. 4. Riyad: Dar ‘Alam al-Kutub.

Ishak Din, Haron Din & Hassan Din, (1992). Soal Jawab Fiqh Harian. Selangor: Penerbitan HIZBI.

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), (2008). Manual Pengurusan Pengiraan Zakat. Putrajaya: JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri.

Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Kebangsaan (2011). Zakat Komodoti Utama Seperti: Kelapa, Kelapa Sawit, Getah, Lada Hitam, Nenas dan Lain-Lain, diakses daripada http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyid=1146, pada 10 Oktober 2013.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), 2001. Panduan Mengeluarkan Zakat. Kangar, Perlis: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Muhammad Arsyad al-Banjari (2008). Kitab Sabil al-Muhtadin. Diterjemahkan oleh MKA Kreatif Enterprise. Johor Baharu: Perniagaan Jahabersa.

Muhammad Kamal ‘Atiyyah (1995). Perakaunan Zakat: Teori dan Praktis, terjemahan Mohd Nor Ngah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mujaini Tarimin (1999). Zakat Pertanian, Sistem dan Perlaksanaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Temu bual Azhari Ahmad, Eksekutif Zakat, Zakat Pulau Pinang, pada 16 Jun 2014, jam 10.55 am hingga 12.00 am, bertempat di Pejabat Zakat Pulau Pinang.

Temu bual Mohd Fahmi Salleh Hilmi, Penolong Pegawai Zakat, Jabatan Zakat Kedah, pada 10 Jun 2014, jam 9.00 am hingga 10.00 am, bertempat di pejabat Jabatan Zakat Negeri Kedah.

Temu bual Mohd Nazim Mohd Noor, Pengurus Baitulmal, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pada 27 Februari 2014, jam 4.00 pm hingga 5.00 pm, bertempat di Pejabat Baitulmal.

Temu bual Mohd. Latif Tolib, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPs), pada 17 Jun 2014, jam 12.05 pm hingga 1.00 pm, bertempat di pejabat MAIPs, Ipoh, Perak.

Yahya Ibn Adam. (t.t.). Kitab al-Kharaj. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Referensi

Dokumen terkait

Penanganan terhadap air yang masuk ketambang dianalisis dengan mengetahui curah hujan rencana perhari yaitu 25,26 mm/hari dianalisis dari data curah hujan 5 tahun terakhir,

London Sumatra Indonesia Tbk adalah untuk menyelenggarakan pencatatan administrasi yang baik dan teratur agar dapat menghasilkan suatu laporan yang akan menjadi sumber

Setback bangunan dalam penelitian ini dapat digunakan sebagai cadangan lebar jalan apabila ruang jalan menjadi sempit karena penambahan ruang untuk jalur trem dan

juga ingin menjelaskan apa saja yang telah dilakukan oleh pemerintah dan kita semua untuk memajukan ekonomi syariah di Indonesia.. Sedangkan yang ketiga adalah, apa yang perlu

Dari tabel 5 diatas, Hal ini menunjukkan penilaian buruh wanita terhadap pelaksanaan K3 sudah berjalan cukup baik jika dilihat dari aspek ketersediaan dukungan

Esimesel juhul olen ma ärkvel, teisel juhul näen und; ja saame tõdeda, et inimene võib häiri- matult unistada isegi siis, kui ta ei maga.“ 55 Lähtudes Winckelmannist,

mengidentifikasi aliran nilai dari setiap tahapan aktivitas untuk mencapai kepuasan konsumen, sehingga diketahui aktivitas yang tidak memberikan nilai tambah, flow

“Pembakuan Qiraat ‘Asim Riwayat Hafs dalam Sejarah dan Jejaknya di Indonesia” dalam Suhuf: Jurnal Kajia n Al-quran dan Kebudayaan.V ol... Jakarta: Lajnah Pentashiha n M