• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan buku teks Bahasa Inggeris KSS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penggunaan buku teks Bahasa Inggeris KSS"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016

Penggunaan buku teks Bahasa Inggeris KSSRPK dalam pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pendengaran

Fatimatulzahrah binti Othman, Aliza Alias

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti amalan penggunaan buku teks Bahasa Inggeris Tahun 2 Masalah Pendengaran KSSR Pendidikan Khas oleh guru semasa merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid bermasalah pendengaran. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan seorang guru Bahasa Inggeris dari sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas. Kaedah pengutipan data yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo10. Dapatan kajian menunjukkan guru telah menggunakan buku teks sebagai bahan untuk penyediaan aktiviti pengajaran harian semasa merancang PdP. Guru juga membuat pembacaan awal dari buku teks dan rujukan semasa merancang PdP. Dalam pelaksanaan PdP guru menggunakan buku teks dengan membuat pengubahsuaian isi kandungan dan aktiviti, penggunaan bersama bahan sokongan, sebagai sumber pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) dan untuk merancang aktiviti luar kelas. Buku teks juga dijadikan sumber untuk penilaian murid iaitu melalui aktiviti bersoal jawab, mengisyaratkan perkataan dengan betul, mengeja perkataan dengan betul, membuat latihan bertulis dan menilai hasil kerja murid.

Kata kunci : buku teks, KSSR Pendidikan Khas, murid bermasalah pendengaran

1.0 Pengenalan

Penggunaan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah merupakan antara amalan sedia ada dalam sistem pendidikan negara (Abdul Murad 2013; Mahidin 2006; Maragatham 2005; Suraya 2003). Tambahan pula Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat yang memerlukan keseragaman penggunaan buku teks dalam proses PdP. Oleh itu buku teks telah dijadikan sumber penting dalam merancang, melaksana dan menyampaikan isi pelajaran kepada murid (Wan Mariana 2013). Buku teks juga dijadikan salah satu bahan bantu mengajar (BBM) yang utama dalam mencapai objektif pengajaran kerana buku teks adalah penentu utama tentang apa yang hendak diajar dan bagaimana cara untuk mengajar oleh guru di dalam kelas (Borhan 2010).

Pada tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Tahap 1 telah dilaksanakan di seluruh Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (KPM 2011) . Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Buku Teks (BBT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merancang pelbagai program untuk membantu golongan keperluan khas seiring dengan pelaksanaan KSSRPK tersebut. Penerbitan Buku Teks dan Buku Aktiviti Pendidikan Khas untuk kegunaan seluruh SKPK dan PPKI membuktikan komitmen dan usaha KPM dalam membangunkan pendidikan untuk murid berkeperluan khas. Buku teks murid bermasalah pendengaran yang diterbitkan melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia (BM) , Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam (PI) dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK). Buku teks BM dan BI Masalah Pendengaran diterbitkan hasil daripada proses moderasi buku teks arus perdana dengan mengikuti dan memenuhi standard kandungan dalam Dokumen Standard Mata Pelajaran KSSRPK (BBT KPM 2011). Buku teks bagi murid tahap satu diterbitkan bersama dengan buku aktiviti di mana setiap unit dalam buku teks mempunyai latihan dan aktiviti yang sepadan dalam buku aktiviti. Dengan terbitnya buku teks dan buku aktiviti masalah pendengaran ini, maka buku ini telah diwajibkan penggunaannya semasa PdP murid bermasalah pendengaran mulai tahun 2012.

(2)

terdiri daripada buku-buku teks arus perdana bagi semua mata pelajaran.(Mohd Hanafi et.al 2012). Sungguhpun begitu, bagi memenuhi keperluan khas pembelajaran, pengubahsuaian dari segi aktiviti dan kaedah pengajaran dibenarkan kepada guru yang mengajar murid bermasalah pendengaran ini. (Peraturan Pendidikan Khas 2013; Mohd Zuri et. al 2011; Mohd Hanafi et. al 2012). Kaedah komunikasi semasa PdP juga adalah menggunakan lisan auditori, bacaan bibir, bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu (Safani 2012, Mohd Zuri et. al 2011; Mohd Hanafi et. al 2012, Evans 2004; Jaffe 2013)

2.0 Penyataan Masalah

Isu berkaitan buku teks adalah isu yang banyak dibincangkan. Antara isu yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu adalah persepsi guru tentang peranan buku teks semasa proses PdP, strategi penggunaannya sebagai sumber pengajaran serta kualiti buku teks yang digunakan. Kemerosotan penggunaan buku teks dalam kalangan guru semasa proses PdP juga merupakan isu yang telah dikaji. Zamri et. al (2010) dalam kajian beliau berpendapat, guru kurang memahami kaedah penggunaan buku teks menyebabkan penggunaannya tidak berada pada tahap maksimum. Sebagai contoh guru tidak dapat mengadaptasi bahan-bahan dalam buku teks untuk dijadikan BBM dan merasakan buku teks tidak dapat mencapai kehendak peperiksaan bagi murid. Terdapat juga guru beranggapan buku teks hanya sebagai sumber kedua pengajaran mereka. Oleh itu, mereka berpendapat menggunakan buku kerja lebih praktikal dan memberi manfaat kepada murid (Borhan 2010). Kajian berkaitan kualiti buku teks beberapa mata pelajaran mendapati, terdapat kelemahan daripada segi faktor kandungan, aktiviti dan latihan, dan persembahan buku teks (Mahidin 2006, Selvarajah 2010). Keadaan ini didapati juga turut menyumbang kepada kemerosotan penggunaan buku teks dalam kalangan guru semasa PdP (Nor Azwan 1997; Suraya 2003).

Dalam PdP murid tipikal, penggunaan buku teks yang biasa diamalkan oleh guru arus perdana adalah melalui pembacaan teks secara mekanis (nyaring) atau mentalis (senyap) (Abdul Murad 2013; Roberts 2004) kerana murid tipikal sejak dari dahulu belajar melalui komunikasi pertuturan dan mendengar. Semasa aktiviti bacaan secara mekanis, guru akan membaca teks dari buku teks secara nyaring dan murid akan menyemak bacaan guru. Kemudian guru akan meneruskan dengan amalan penilaian seperti bersoal jawab dan membuat latihan kefahaman untuk menguji kefahaman murid (Borhan 2010; Abdul Murad 2013). Bagi guru pendidikan khas masalah pendengaran, amalan ini tidak akan berlaku kerana murid bermasalah pendengaran tidak mempunyai deria pendengaran sebaik murid tipikal atau tidak boleh mendengar langsung. Medium komunikasi utama bagi PdP murid bermasalah pendengaran adalah bahasa isyarat tetapi semasa melaksanakan PdP, guru menggunakan kaedah Komunikasi Seluruh (Total Communication) (Mohd Hanafi et. al 2012). Pendekatan pengajaran secara komunikasi seluruh ini merupakan satu kaedah yang menggabungkan bahasa isyarat, bahasa lisan, mimik muka, bacaan bibir, pergerakan bahasa badan (body language) dan ejaan jari ketika guru mengajar. (Moores 2001; Shahrul Arbaiah 2001; Hamdi 2013; Mohd Hanafi et. al 2012; The National Deaf Children Society 2004). Penggunaan kaedah komunikasi seluruh ini dikatakan merupakan satu pendekatan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid bermasalah pendengaran (Hallahan, Kauffman & Pullen 2012).

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Munir (2008), kebanyakan guru menggunakan kaedah Komunikasi Seluruh berpaksikan Sign Supported Speech (SSS) semasa melaksanakan PdP. SSS adalah kaedah bertutur dan berisyarat yang dilakukan serentak oleh guru semasa mengajar. Isu yang timbul dalam konteks penggunaan buku teks adalah, semasa guru membaca teks sambil berisyarat, murid bermasalah pendengaran akan melihat ke arah guru dan memberi tumpuan kepada isyarat guru tanpa melihat dan menyemak buku teks. Ini adalah kerana, murid masalah pendengaran menggunakan penglihatan mereka untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru atau lebih tepat mereka belajar melalui penglihatan (visual learners) (Moores 2010). Oleh itu, penggunaan buku teks di sini dilihat tidak menyeluruh kerana guru seolah-olah menggunakan buku teks secara sendirian.

(3)

Penggunaan Buku Teks Bahasa Inggeris KSSRPK Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Perancangan

Pelaksanaan Penilaian Guru Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

Murid bermasalah pendengaran

Model Guru Sebagai Penentu Ketetapan (Cooper 2006) Teori Kognitif Piaget (Krause 2003)

khas, masih tidak terdapat kajian berkaitan penggunaan buku teks dalam kalangan guru pendidikan khas masalah pendengaran. Dalam kajian ini, persoalan kajian yang dikaji adalah:

i. Bagaimanakah amalan penggunaan buku teks Bahasa Inggeris Tahun 2 Masalah Pendengaran KSSRPK oleh guru semasa PdP murid bermasalah pendengaran?

Kajian ini adalah bersandarkan kepada Model Guru Sebagai Penentu Ketetapan yang merupakan satu teori berkaitan pengajaran berkesan (Cooper et. al 2006). Model ini menyenaraikan tiga perkara yang saling mempengaruhi dalam pelaksanaan PdP iaitu melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Fungsi perancangan berkaitan dengan keperluan murid, matlamat, dan objektif yang sesuai untuk mencapai matlamat pengajaran. Manakala fungsi pelaksanaan pula adalah melaksanakan ketetapan yang di rumus dalam peringkat perancangan. Sementara itu, fungsi penilaian memerlukan guru membuat ketetapan mengenai kesesuaian objektif dan strategi serta mengetahui sama ada murid mencapai matlamat dan objektif yang ditentukan. Aplikasi Teori Kognitif Piaget (Krause et. al 2003) juga digunakan memastikan guru terlebih dahulu mengetahui tahap kesesuaian isi kandungan buku teks atau bahan yang hendak di ajar kepada murid, tahap kebolehbacaan dan latihan yang boleh disediakan. Dengan itu guru akan dapat menggunakan buku teks tersebut dengan lancar dan seterusnya mampu mengoptimumkan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian diadaptasi daripada Model Guru Sebagai Penentu Ketetapan (Cooper et. al 2006)

Rajah 1 menunjukkan penggunaan buku teks dalam kajian ini adalah meliputi aspek penggunaannya semasa perancangan, pelaksanaan dan penilaian PdP. Ketiga-tiga aspek dikaji secara terperinci untuk melihat amalan penggunaannya semasa PdP murid bermasalah pendengaran.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes. Pemilihan reka bentuk kajian kes ini adalah bersesuaian dengan tujuan kajian yang memerlukan pemerhatian dan pemahaman yang mendalam tentang persoalan kajian yang dikaji. Persoalan kajian yang dikaji dalam kajian ini adalah tentang penggunaan buku teks oleh guru semasa PdP murid bermasalah pendengaran yang berlangsung di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK)

(4)

Inggeris Tahun 2 Masalah Pendengaran KSSRPK digunakan dalam kajian ini. Amalan penggunaan buku teks oleh guru yang dikaji juga adalah berdasarkan PdP Bahasa Inggeris Tahun Dua. Subjek kajian dipilih adalah berdasarkan cadangan dan pandangan pentadbir yang menyatakan bahawa guru ini telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan telah mendapat pendedahan yang banyak tentang pelaksanaan KSSRPK.

Kaedah yang digunakan untuk kutipan data adalah pemerhatian PdP, temu bual separa berstruktur, dan analisis dokumen. Ini adalah sebagai langkah kesahan dan kebolehpercayaan data dalam kaedah kajian kualitatif (Merriam 2001; Bogdan & Biklen 2003). Setelah pemerhatian dan temu bual dijalankan, data telah ditranskrip dan diringkaskan untuk tujuan analisis. Data dianalisis berbantukan perisian Nvivo10 untuk membentuk tema-tema yang berkaitan.

4.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Dapatan kajian daripada pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang dijalankan sepanjang kajian telah dianalisis mengikut tema-tema yang telah ditetapkan.

4.1 Amalan Penggunaan Buku Teks dalam Perancangan PdP

Berdasarkan Model Guru Sebagai Penentu Ketetapan (Cooper et.al 2006),

4.1.1 Perancangan dan penyediaan aktiviti pengajaran harian

Dapatan kajian menunjukkan guru telah menggunakan buku teks sepenuhnya untuk merancang dan menyediakan aktiviti PdP harian. Guru membuat rancangan pengajaran harian dengan menulis dalam Buku Rekod Mengajar Harian. Perancangan dan penyediaan aktiviti PdP dimulakan dengan merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) untuk memilih objektif pengajaran. Kemudian guru akan melihat aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks bagi merancang PdP pada hari tersebut. Dapatan ini selari dengan kajian Maragatham (2005) yang mendapati guru merancang PdP berdasarkan RPT dan buku teks. Zamri et.al (2010) juga dalam kajian beliau melihat adalah amat jarang bagi guru menggunakan buku teks secara spontan, sebaliknya guru perlu merancang dan meneliti terlebih dahulu sebelum menggunakannya semasa PdP. Menurut guru lagi, RPT dibina adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Ini dibuktikan melalui petikan temu bual berikut:

…first and foremost memang kita kena refer Rancangan Pengajaran Tahunan, DSKP dan itu semua.. and then selepas memilih objektif pembelajaran pada hari tersebut saya akan merujuk kepada BT dan melihat aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam BT.

… RPT saya bina ikut DSKP, topik-topik dan unit-unit saya ikut buku lah…

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan guru mengikut turutan kemahiran yang ditetapkan oleh buku teks untuk merancang dan menyediakan aktiviti pengajaran harian. Kemahiran dalam buku teks dimulakan dengan kemahiran melihat dan berisyarat, membaca, menulis dan seni bahasa. Kemahiran berbeza diajar pada setiap hari mengikut turutan. Petikan temu bual ini membuktikan dapatan yang dibincangkan:

Saya plan akan ikut sequence kemahiran sama dalam buku teks... mula-mula seeing and signing, kemudian reading, writing and language arts.

Walau bagaimanapun, perancangan PdP mengikut turutan kemahiran bergantung kepada topik yang diajar. Topik yang mempunyai skop yang luas dan perlu pengenalan kepada perbendaharaan kata yang banyak, akan mengambil masa sehingga dua hari berturut-turut untuk satu-satu kemahiran. Menurut guru:

(5)

4.1.2 Pembacaan awal dan rujukan buku-buku tertentu

Berdasarkan hasil temu bual dan analisis dokumen, guru telah membuat pembacaan awal sebagai persediaan untuk merancang PdP. Abdul Murad (2013) juga mempunyai pendapatan yang sama apabila menegaskan guru perlu membuat pembacaan awal sebagai persediaan untuk melaksanakan PdP. Ini akan membuatkan guru lebih bersedia dan maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid tepat dan lebih bermakna. Petikan temu bual ini membuktikan dapatan yang dinyatakan:

…so bila kita baca dulu, kita plan elok-elok, senang murid nak ikut apa yang kita ajar..

… Pak Kudin, satu cerita yang panjang, saya baca.. oh saya pecahkan untuk beberapa lesson…

… White Radish pun sama, tengok saya buat sampai empat lesson… saya pecah pada empat class. Habis story, the fifth day, saya buat summary…

Menurut guru lagi, topik yang melibatkan cerita yang panjang akan mengambil masa yang lama untuk murid memahami cerita tersebut. Oleh itu guru telah membaca terlebih dahulu cerita tersebut dan membahagikan serta memecahkan cerita tersebut kepada beberapa bahagian. Seterusnya, bahagian-bahagian cerita tersebut di ajar di dalam kelas secara berturut-turut mengikut hari. Pada hari akhir pengajaran, guru membuat kesimpulan dan sinopsis cerita.

Guru juga telah merujuk buku bahasa isyarat untuk menyemak bahasa isyarat yang digunakan dalam buku teks. Pemerhatian menunjukkan, walaupun di atas setiap perkataan disediakan grafik bahasa isyarat, ada kalanya isyarat yang disediakan berlainan dengan isyarat yang biasa digunakan oleh guru. Dan adakalanya juga murid bertanya tentang isyarat sekiranya isyarat yang mereka gunakan berbeza dengan isyarat di dalam buku. Maka guru akan membuat rujukan dan semakan daripada buku bahasa isyarat seperti Sign Exact English dan American Sign Language.

…kadang-kadang saya tengok buku Sign Exact English, because kebanyakan perkataan di sini memang ada isyarat tapi ada sesetengah yang tiada.

Kadang-kadang kita biasa dengan satu isyarat yang lain, dalam buku lain so saya akan tengok SEE, mana yang betul…

Kadang-kadang murid pun ada isyarat dia sendiri, so dia kan tanya kenapa dekat buku lain, kenapa saya belajar lain because budak pergi tuisyen.

Normally, saya tengok isyarat dalam SEE dan ASL...

Kajian yang dijalankan oleh Suraya (2003) telah menunjukkan guru turut menggunakan buku rujukan lain untuk mendapatkan maklumat terkini atau apa-apa maklumat yang tidak jelas. Dapatan kajian ini juga telah membuktikan perkara yang sama dinyatakan oleh beliau.

4.2 Amalan Penggunaan Buku Teks dalam Pelaksanaan PdP

Semasa melaksanakan PdP penggunaan buku teks telah diamalkan oleh guru berpandukan beberapa cara seperti mengubah suai isi kandungan dan aktiviti, penggunaan bahan sokongan, pembinaan BBM dan membuat aktiviti luar kelas.

4.2.1 Pengubahsuaian isi kandungan dan aktiviti

(6)

Hari ini saya buat aktiviti dari BT page 120 ni.. Language Art. Saya ubah sikitlah. Murid belum boleh bina ayat. So tunjuk hasil kerja pun ok.. objektif tercapai.

Dalam BT ada dua isi penting yang perlu diperkenalkan iaitu bahagian badan haiwan dan sumber haiwan ... what animals can give us macam milk, eggs etc. Saya buat satu-satu. Kalau dua-dua ajar sekali murid akan keliru dan susah untuk ingat.

Analisis dokumen terhadap aktiviti dalam buku teks mendapati, terdapat aktiviti dalam buku teks yang tidak sesuai untuk murid bermasalah pendengaran. Menurut guru kebanyakan aktiviti tersebut adalah daripada komponen Phonemic Awareness yang memerlukan murid menyebut perkataan. Oleh itu guru telah menyesuaikan aktiviti menyebut kepada mengisyaratkan perkataan sahaja. Bagi murid yang mempunyai sisa pendengaran dan boleh menyebut, guru tetap menjalankan aktiviti sebagaimana dalam buku teks. Petikan temu bual di bawah membuktikan perbincangan yang dinyatakan:

… ada bagi cadangan aktiviti untuk Phonemic Awareness. Of course budak kita memang tak boleh sebut.. tapi ada seorang budak kelas saya yang boleh menyebut.. so untuk budak tu saya akan ajar menyebut. Tapi untuk murid-murid lain saya akan menjalankan aktiviti ini , cuma tiada sebutan lah. So mereka akan mengenali phoneme tu melalui perkataan yang kita pilih pada hari itu.

…so untuk budak lain saya guna permainan yang sama just takde sebutan .. hanya berisyarat sahaja..

4.2.2 Penggunaan bahan sokongan

Hasil pemerhatian PdP yang dijalankan, semasa menggunakan buku teks dalam PdP guru turut menggunakan beberapa bahan sokongan seperti Kamus Bergambar dan buku latihan tambahan. Menurut guru, kebiasaannya kamus bergambar digunakan untuk menambah perbendaharaan kata murid dan sebagai rujukan murid apabila dijalankan aktiviti pengayaan. Kamus bergambar juga, amat sesuai untuk murid yang lemah.

Ini terbukti semasa pemerhatian PdP yang dijalankan, guru telah menggunakan kamus bergambar untuk membuat aktiviti pengayaan. Aktiviti pada hari tersebut adalah mencari perkataan dalam ‘word maze’ berpandukan gambar tunggal yang diberi. Dan guru telah menambah aktiviti dengan melabelkan beberapa benda lain dalam gambar tunggal tersebut dan murid telah menggunakan kamus bergambar untuk mencari perkataan. Bagi buku latihan tambahan, guru menggunakannya untuk murid yang mempunyai kemahiran yang tinggi. Guru memfotokopi latihan daripada buku tambahan dan menampal latihan tersebut dalam buku tulis murid.

4.2.3 Pembinaan BBM

Hasil temu bual dan pemerhatian yang dijalankan telah menunjukkan penggunaan buku teks adalah tidak terhad kepada aktiviti PdP sahaja. Guru juga telah menggunakan buku teks untuk membina BBM yang diperlukan.

…contohnya kalau ambil daripada BT, bahagian yang akan saya ambil adalah reading. Mungkin masa cikgu buat pemerhatian. Saya akan fotostat bahagian ini kepada size A3 dan minta murid baca because aaa… kadang-kadang saya akan scan. Saya scan sentence by sentence, masuk dalam PPT kita akan baca sama-sama.

…selalu saya buat word cards. Saya taip guna Word... besarkan perkataan tu, kemudian print dan laminate.

… Sama dengan picture card, saya scan gambar ke.. isyarat ke dari buku. Kemudian print dan laminate. Boleh guna lama.

(7)

guru yang maksimum. Penggunaan BBM bersaiz besar ini bertujuan untuk memastikan murid memberi fokus kepada PdP. Ini berdasarkan kata-kata guru:

So, saya terpaksa buat satu bahan so that semua 12 mata kat satu bahan. Saya tak boleh buat asing-asing. Mari kita sama-sama baca..

Daripada kajian ini, penggunaan buku teks telah membantu guru untuk menghasilkan BBM bagi melaksanakan PdP di dalam kelas. dapatan ini bertentangan dengan dapatan oleh Zamri (2010) yang menyatakan guru kurang kurang mengadaptasikan bahan-bahan dalam buku teks untuk dijadikan sumber pengajaran.

4.2.4 Melaksanakan aktiviti luar kelas.

Hasil kajian telah mendapati, penggunaan buku teks tidak terbatas hanya merancang PdP di dalam kelas sahaja. Menurut guru, buku teks juga dijadikan panduan untuk merancang aktiviti luar kelas seperti lawatan dan menanam pokok.

Kami buat visit ke Farm in the City baru-baru ini. Ada kaitan dengan unit 11 tu On The Farm. Sharing Is Caring.. Memang biasa saya plan every year macam tu lah. Dah belajar tentang farm animals... ok sekarang kita pergi visit pula.

And then Growing Plants pun saya buat. Ada kat belakang Bilik Pemulihan… saya buat dengan murid grow the plants.

Lawatan yang dirancang oleh guru merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan setiap tahun. Guru telah menyatakan bahawa terdapat dua unit yang menyentuh tentang pengajaran tentang haiwan ternakan dalam buku teks. Oleh itu guru telah membuat lawatan ke ladang ternakan berdasarkan isi kandungan dalam buku teks.

Aktiviti menanam pokok yang dilakukan oleh guru juga adalah berpandukan isi kandungan buku teks tentang tumbuh-tumbuhan. Menurut Moores (2010), murid bermasalah pendengaran memerlukan lebih banyak aktiviti praktikal kerana mereka lebih banyak menggunakan penglihatan untuk belajar. Pengajaran secara teori sahaja tidak akan memberi kesan yang baik kepada murid masalah pendengaran (Moores 2001; Smith et. al 2006).

Bagi pengajaran yang melibatkan aktiviti praktikal ini, guru telah menyediakan bahan dan membaca bersama-sama langkah-langkah untuk menanam pokok yang disediakan dalam buku teks. Setelah membuat demonstrasi cara menanam pokok, guru menguji murid dengan bertanya langkah pertama, kedua dan seterusnya. Kemudian guru meneruskan aktiviti dengan memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan langkah-langkah tersebut. Ini dibuktikan melalui petikan temu bual guru seperti berikut:

…Untuk language fokus seeing and signing, muka surat 82. Ada steps to do err.. to plant a plant. So apa yang saya buat saya memang bawa semua bahan. Saya sediakan bahan, baca bersama-sama murid. Kemudian saya tanya murid... first, do what? Mereka akan ingat put some soil... exact word mereka tak ingatlah tapi saya dah tunjuk steps tu so mereka ingat. First put some soil, and then make a hole and sampai last step. Ok selepas itu saya suruh mereka buat sendiri, tanam pokok sendiri.

(8)

4.3 Amalan Penggunaan Buku Teks dalam Penilaian PdP

Penilaian merupakan satu proses yang berterusan dan menjadi lebih bermakna sekiranya dijalankan sepanjang PdP dijalankan (Santrock 2011). Dalam dapatan kajian ini, sepanjang melaksanakan PdP guru turut menilai kefahaman dan kemahiran murid melalui beberapa cara.

…saya nak target spelling for animals.. so saya akan fotostat ni saya akan blank untuk animals, walaupun ia berulang.. saya nak murid tahu isyarat untuk sheep dan spelling untuk sheep.

...jika murid dapat mengisyaratkan dengan betul dan faham...emm boleh jawab soalan, ok..

Soalan di aju sebaik satu ayat habis dibaca dan diisyaratkan oleh murid. Contoh soalan – what is the colour of the bird? Who has a rabbit?

Saya tulis ayat dan garis words and phrases ni...nanti murid akan ganti dengan haiwan yang lain...

...saya dah terang, saya dah buat sama-sama dengan mereka. Sekarang saya kosongkan bubbles ini dan mereka isi pula...

saya lihat pakaian robot yang murid buat ni... kreatif ke mereka atau mereka just ikut macam yang saya tunjuk contoh

Daripada petikan temu bual di atas, kaedah penilaian yang digunakan oleh guru melibatkan aktiviti bersoal jawab, mengisyaratkan perkataan dengan betul, mengeja perkataan dengan betul, membuat latihan bertulis dan menilai hasil kerja murid. Menurut guru, semasa aktiviti kemahiran membaca, guru dan murid akan membaca petikan daripada buku teks satu ayat demi satu ayat bersama-sama, kemudian guru akan terus bertanya soalan menggunakan ‘wh-questions’ untuk menguji kefahaman murid. Daripada pemerhatian PdP yang dijalankan, dapat diperhatikan soalan yang dibina oleh guru dan diajukan kepada murid kadang-kala secara spontan dan tidak disediakan dalam buku teks. Barnes et.al (2000) bersetuju dengan kaedah bersoal jawab secara spontan kerana dengan cara ini guru dapat melihat tindak balas dan kemajuan murid sepanjang PdP. Guru juga menilai cara murid mengisyaratkan perkataan dengan betul seperti mengisyaratkan dengan tepat dan posisi tangan yang betul semasa berisyarat.

Selain itu, guru turut membina latihan sendiri berdasarkan petikan dari buku teks mengisi tempat kosong. Guru akan mengosongkan perkataan tertentu untuk murid mengisi tempat kosong tersebut dengan ejaan yang betul. Penilaian yang dijalankan oleh guru juga melibatkan hasil kerja murid seperti. Penilaian seperti ini biasanya berlaku pada akhir PdP

5.0 Cadangan dan implikasi

Buku teks merupakan sumber utama proses PdP di dalam kelas kelas sebagaimana arahan KPM melalui Pekeliling Ikhtisas Bil 12/1999 :

“Buku teks yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia wajib digunakan di semua sekolah kerajaan.”

Kemerosotan penggunaan buku teks dapat dielakkan sekiranya guru faham dan pandai mengadaptasi bahan-bahan yang terdapat dalam buku teks untuk PdP. Bryan (2005) menjelaskan penggunaan buku teks di dalam kelas dapat memberikan idea dan sumber kepada guru untuk menjalankan aktiviti berbanding dengan instruksional material atau bahan lain.

(9)

6.0 Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Model evaluasi kelayakan pembiayaan usaha agroindustri minyak atsiri dengan pola syariah yang dibuat dalam perangkat lunak Sistem Manajemen Ahli (SMA) Ekpama-Syariah memiliki

TAEKWONDO UNTUK MENGEMBANGKAN KECERDASAN KINESTETIK PESERTA DIDIK DI MADRASAH IBTIDAIYAH AL-FALAH GEDONGAN TAHUN PELAJARAN 2018. Skripsi, Fakultas Keguruan dan Ilmu

Pemikiran Kuntowijoyo tentang humanisme teosentris dilatarbelakangi oleh terjadinya industrialisasi di Indonesia, karena industrialisasi memberikan pengaruh terhadap

Penulisan Skripsi yang berjudul “ Sekolah Internasional Berbasis Teknologi Di Kecamatan Beringin, Deli Serdang ” ini dimaksudkan untuk memenuhi syarat penyelesaian Pendidikan

d) Data jemaat, Fitur ini merupakan aplikasi yang dibangun oleh dua teman saya saat melakukan Kerja Praktek di Gereja GMIM Getsemani Lansot yang fungsinya untuk

Ada tidaknya EPA/DHA dan jenis asam lemak lain yang merupakan penyusun minyak ikan Kembung ditentukan dengan alat GC-MS yang dilengkapi dengan software pustaka basis

Dan dengan kelas kemampuan lahan yang demikian, kesesuaian lahan yang dapat dimanfaatkan untuk lokasi studi lahan bekas tambang tanah urug di Kecamatan Ngoro

Kondisi inilah yang diharapkan dari guru-guru pendidikan agama Islam baik dari tingkat Sekolah Dasar (SD) sampai SMU dalam upaya meningkatkan kualitas