• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMUPUK KESEDARAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MEMUPUK KESEDARAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL M"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MEMUPUK KESEDARAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL MELALUI

PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI KEJIRANAN DARI KACA MATA ISLAM

Mashitah Sulaiman,

Mohd Azmir bin Mohd Nizah,

Mohammad Aizuddin bin Abdul Aziz,

Pusat Pengajian Umum,

Universiti Sains Islam Malaysia,

Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Abstrak:

Perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia merupakan agenda penting yang mendasari setiap program pembangunan negara. Kestabilan politik dan ekonomi negara boleh tergugat sekiranya perpaduan antara ahli dalam masyarakat sangat rapuh. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbeza latarbelakang agama, kebudayaan dan cara hidup, keharmornian dan kemesraan antara anggota masyarakat Malaysia perlu disemai dan dipupuk antaranya, melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan. Justeru itu, kertas kerja ini membincangkan konsep kejiranan menurut kaca mata Islam. Perbincangan turut mengupas kerukunan tetangga dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia dari segi praktisnya yang dilihat dari aspek agama. Kertas kerja ini juga turut menyarankan nilai-nilai dan sikap yang perlu ada ke arah membina dan memupuk tanggungjawab sosial melalui penglibatan anggota masyarakat dalam aktiviti kejiranan.

Kata kunci: tanggungjawab sosial, kejiranan, Islam.

Pengenalan

Keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh pengurusan yang baik dalam kompenan sosial, ekonomi dan politiknya. Termasuk dalam kompenan penting kesejahteraan negara ini ialah tanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan yang mesti dipupuk dan disemai sebagai suatu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara. Individu, keluarga dan institusi atau organisasi merupakan agen sosial penting yang menyumbang segala bentuk aktiviti dalam sesebuah masyarakat. Antara aktiviti tersebut termasuklah aktiviti kejiranan yang mampu menjadi pemangkin dalam memupuk kemesraan antara anggota masyarakat sekiranya ia dapat berfungsi dan melaksanakan peranannya dengan baik.

Tanggungjawab Sosial Dalam Islam

(2)

bersatu-ini Islam meletakkan hubungan manusia dengan manusia berpaksikan Tauhid dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah untuk memakmurkan dan mentadbir urus muka bumi ini, selain hubungan manusia dengan alam dan yang utamanya terhadap Pencipta (Allah s.w.t.) mengikut garis panduan Akhlak Islam.

Firman Allah s.w.t.:

"Sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi" (al Baqarah: 30)

Kerja kemasyarakatan merupakan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam untuk merapatkan hubungan antara sesama manusia, membangunkan masyarakat seterusnya negara dalam ruang lingkup makro. Pembentukan masyarakat berteraskan Islam meletakkan syariah sebagai dasarnya. Dasar ini perlu disubur dan dibajai dengan prinsip akhlak. Kerana jatuh bangun sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana akhlak diterap dan dicerakinkan (Zarina Muhammad, 1997:51). Antara garis panduannya ialah berusaha untuk mengeratkan perpaduan dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t dalam Surah al Hujurat: 13 yang bermaksud:

"Wahai manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu (bukan yang lebih tinggi keturunan dan bangsanya)" (al Hujurat:13) (Harun Din, 1988: 187)

Tanggungjawab sosial dalam ruanglingkup akhlak bagi seorang Islam dapat dilihat melalui tanggungjawab seorang Muslim terhadap sesama Muslim, tanggungjawab seorang Muslim terhadap jirannya, dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat bukan Islam.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang-orang Mu'min dalam saling kasih mengasihani dan sayang menyanyangi, umpama sebujur tubuh yang apabila salah satu anggotanya sakit, seluruh anggota tubuh yang lain turut sama merasai kesakitan tersebut"

(Sahih Bukhari & Muslim)

Antara tanggungjawab seorang Muslim terhadap Muslim yang lain iaitu, menjawab salam ketika dia memberi salam, menghadirkan diri ketika dijemput, menasihatinya ketika diminta memberikan nasihat, menziarahinya ketika dia sakit, mendoakannya dengan menyebut "Yarhamkallah" (Semoga Allah Rahmati Kamu) ketika dia bersin dan menguruskan jenazahnya (mandi, sembahyang, mengkebumikan) ketika dia mati (Imam Ghazali, 1990:319).

(3)

Konsep Kejiranan Dalam Islam: Hak dan Tanggungjawab

Istilah jiran dari segi bahasa dalam Istilah Arab bermaksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Perkataan jiran dari perspektif istilah syarak dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. sebagai ahli-ahli 40 buah rumah di setiap penjuru yang mengelilingi rumah seseorang. Maksud jiran ini meliputi jiran Islam mahupun bukan Islam. Perkara ini dinyatakan oleh baginda di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

"Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga"

Terdapat dua perkara penting yang digariskan oleh Islam berkaitan hubungan sosial manusia dengan manusia yang lain iaitu hak dan kewajipan. Dalam konteks jiran tetangga, terdapat hak dari segi syarak iaitu sesuatu yang mesti diperolehi dan dinikmati oleh seseorang jiran lain ke arah mengeratkan hubungan silaturahim, persaudaraan dan perpaduan. Manakala tanggungjawab pula ialah tugas jiran untuk melaksanakan tanggungjawab kepada jiran yang lain (Mustafa Haji Daud, 2002).

Penetapan hak dan kewajipan di atas dapat merumuskan betapa Islam menitikberatkan hubungan timbal balik antara jiran tetangga. Seseorang jiran mempunyai hak yang mesti diterima dari tetangganya dan jiran ini perlu mesti menunaikan kewajipan kepada jiran yang lain berdasarkan ketetapan yang digariskan oleh Islam.

Jiran dapat dikategorikan kepada dua, iaitu jiran yang dekat dan jiran yang jauh. Pembahagian ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga yang terdekat dan yang jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba" (an Nisa' , 4: 36)

Di antara hak dan tanggungjawab jiran yang diwajibkan oleh Islam ialah, pertama mewujudkan ikatan persaudaraan atau silaturrahim di antara seorang jiran dengan jiran yang lain. Hal ini merupakan aspek penting kerana hubungan persaudaraan merupakan asas dalam mengeratkan perpaduan ke arah mencapai kebahagiaan, keamanan dan kemakmuran sejagat. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab dan kemestian bagi seseorang jiran untuk membina kemesraan sebagai jambatan yang boleh membina dan mengerat hubungan dalam hidup berjiran. Ini digariskan oleh al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka berbaiklah kamu terhadap saudara kamu" (al Hujurat 49: 10)

(4)

membantu untuk menyelesaikannya, jika mengadakan kenduri kendara membantu untuk memasak dan sebagainya, jika jiran ditimpa musibah membantu meringankannya dan mengucap takziah. Dalam masa yang sama sedaya upaya melegakan jiran dengan nasihat supaya bersabar. Sebaliknya sekiranya jiran memperolehi sesuatu yang menggembirakan, jiran yang lain diwajibkan menziarahinya dan mengucapkan tahaniah sebagai tanda penghargaan (Mustafa Daud, 2002).

Dalam menjalani hidup berjiran, Rasulullah mewajibkan jiran menguruskan jenazah jirannya apabila berlaku kematian. Hal ini termasuklah menyembahyangkannya dan mengkebumikan jenazahnya. Jiran juga wajib menghadiri majlis yang tidak bertentangan dengan Islam apabila dijemput oleh jiran yang lain. Menjadi tanggungjawab jiran menyeru dan menasihat jirannya untuk melakukan kebajikan dan melarang melakukan perkara yang ditegah agama. Rasionalnya kerana ia mendatangkan faedah kepada setiap anggota masyarakat dan perkara yang ditegah mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Islam telah memberikan panduan yang jelas bukan sahaja tentang tanggungjawab seorang Islam terhadap jirannya yang Islam bahkan tentang hubungan seorang Islam dengan jirannya yang bukan seagama. Hal ini dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Jiran itu ada tiga macam/jenis: iaitu jiran yang mempunyai tiga hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai nsatu hak. Adapun yang mempunyai tiga hak ialah jiran Muslin yang berkeluarga dengan kita, iaitu mempunyai hak jiran, hak keluarga dan hak Islam. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran Muslim yang mempnyai hak Islam dan hak jiran. Manakala jiran yang mempunyai satu hak sahaja ialah jiran bukan Islam, baginya hak jiran" (Imam Ghazali, 1990: 339).

Semua manusia adalah sama iaitu asalnya dari Adam. Walaupun terdapat perbezaan agama, kepercayaan, budaya, kebiasaan, warna kulit dan bahasa yang digunakan namun ia tidak menghalang seorang Muslim untuk menunaikan kewajipannya terhadap jiran yang bukan seagama. Ini boleh dilakukan dengan menghulurkan pertolongan dan saling bantu membantu antara satu sama lain, tidak menyakiti, menziarah bila sakit dan sebagainya. Hak dan tanggungjawab terhadap jiran bukan seagama perlu dilaksanakan selagi tidak bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

Pada dasarnya konsep kemasyarakatan dalam Islam didokong atas prinsip mewujudkan perdamaian, persaudaraan (kasih sayang), keadilan (Tariq Ramadan, 2001: 39-46), menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta perhubungan bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t.

(5)

Kerukunan Tetangga Di Malaysia Dan Pandangan Islam

Menyedari tentang pentingnya perpaduan nasional dalam konteks masyarakat berbilang bangsa dan etnik di Malaysia, mencetuskan idea penubuhan Rukun Tetangga. Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela (top down) yang diwujudkan bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarkat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 yang pada asalnya dengan objektif untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut (http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Tetangga).

Pada 1983, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan kejiranan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut.

Kini peranan dan fungsi Rukun Tetangga telah diperluaskan dengan memperbanyakkan aktiviti yang memberi manfaat kepada penduduk setempat. Setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan, kesihatan dan alam sekitar, sosial, kesukanan, rekreasi, kesenian, keselamatan dan pendidikan selain program-program yang boleh meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 kawasan RukunTetangga telah ditubuhkan di seluruh negara dan sebanyak 36,029 aktiviti komuniti dijalankan antara bulan Jaanuari higga Mei 2006 (Shamsul Amri, 2007: 182-184). Keadaan ini selari dengan anjuran Islam yang menggalakkan hubungan baik sesama manusia sama ada sesama Muslim mahupun masyarakat bukan seagama.

"Berlumbalah kamu membuat kebaikan" (Al Maidah: 48)

Islam meletakkan berkenal-kenalan itu sebagai dasar pergaulan antara manusia, dengan dasar ini hendak ditukarkan rasa benci dengan rasa cinta dan damai, hendak ditanamnya rasa suka mengalah terhadap tiap persaingan dalam perebutan hidup, dan henda ditegakkan kebenaran yang hak di tengah-tengah manusia...sebenarnya persaudaraan itu ialah jiwa iman yang hidup, intisari agama yang bersih, yang meliputi kehidupan Islam seluruhnya

(6)

kebahagiaan dalam konteks pembinaan sebuah negara sebagai:

"Kebahagiaan (al sa'adah) adalah sesuatu yang terbaik yang dituntut oleh setiap manusia kerana kebahagiaan itu sendiri... sementara perbuatan kehendak 'Iradiyah' (sedar atau dirancang) yang bermanfaat untuk mencapai kebahagiaan adalah perbuatan baik dan terpuji." (Idris Zakaria, 1986:87-88)

Pemupukan Nilai Dan Sikap Tanggungjawab Sosial Dalam Aktiviti Kejiranan

Antara ciri-ciri Akhlak Islam adalah menjamin kebahagiaan sejagat bagi semua manusia di semua tempat, pada sepanjang zaman. Sifat kesejagatan ini bersumberkan penggubalnya iaitu Allah s.w.t yang mencipta alam dan manusia. Dialah Maha mengetahui segala keperluan makhluk ciptaannya terutama manusia. Oleh itu akhlak yang digubal bercirikan kebaikan yang dapat diterima oleh semua manusia sesuai dengan fitrah manusia.

Pembentukan nilai dan akhlak yang berpaksikan Islam memastikan elemen prinsip perdamaian, persaudaraan (kasih sayang), keadilan, menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan dasar perhubungan bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t dilaksanakan dengan baik. Bagi memupuk nilai sikap dan tanggungjawab sosial terhadap aktiviti kejiranan ia memerlukan iltizam, kesungguhan dan sokongan padu setiap individu dalam masyarakat bagi memastikan fungsi, objektif dan matlamat program kemasyarakatan kejiranan dapat dicapai. Antara nilai dan sikap yang boleh disemai, dipupuk dan diterapkan adalah seperti berikut:

1. Memikul Tanggungjawab Bersama dan Bekerjasama

Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya. Penglibatan, sokongan, kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan semua. Ia boleh disumbangkan melalui tenaga, pandangan atau lontaran idea mahupun sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang. Apa yang penting di sini ialah adanya kerjasama dan pengorbanan ahli untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Allah s.w.t. berfirman:

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat seksanya" (Al Maidah 5:2)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, dikurniakannya seorang teman yang saleh. Apabila terlupa diingatkan dan apabila teringat ditolong oleh teman itu" 2. Sikap Untuk Saling Mengenali dan Membina Sikap Ramah Mesra

(7)

masyarakatnya khususnya orang yang paling hampir dengannya, iaitu jiran. Sikap saling mengenali dan beramah mesra membantu menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan tetangga yang akhirnya membantu memupuk perpaduan antara satu sama lain.

"Wahai manusia!, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu (bukan yang lebih tinggi keturunan dan bangsanya)" (al Hujurat:13)

"Berpegang teguhlah dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah" (Ali Imran: 102) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Seorang Mukmin ialah orang yang senang bermesra dan bergaul mesra (dimesrai) dan tiada gunanya orang yang tidak tahu bermesra dan tidak dimesrai".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

"Sesungguhnya orang yang paling hampir kedudukannya kepadaKu, ialah orang yang paling terbaik pekertinya. Mereka yang bersikap merendah diri dan senang bermesra dan bergaul mesra".

3. Sikap Mengambil Berat atau Mengambil Tahu

Sikap mengambil tahu di sini bermaksud mengambil peduli dan peka tentang kebajikan jiran tetangga sekiranya jirannya menanggung kesusahan dan kesulitan. Contohnya, apabila seseorang mendapati jirannya tidak menyekolahkan anaknya lantaran kesempitan hidup yang dialami. Oleh itu, sikap peka tentang kesusahan orang lain menimbulkan keinsafan dan mencuit naluri keinsanan untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya mengikut apa yang termampu. Sikap mengambil peduli ini juga termasuk sekiranya seseorang mendapati berlakunya perselisihan faham dalam hubungan antara diri seseorang dengan jirannya, maka kepekaan ini mendetikkan hatinya untuk mencari jalan terbaik untuk memperbaiki persahabatan antara keduanya. Kesemua ini memerlukan kepekaan seseorang terhadap kehidupan persekitarannya .

(8)

Firman Allah s.w.t dalam konteks Islam yang mengutamakan perdamaian:

"Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan perbaikilah perhubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan RasulNya sekiranya kamu orang yang beriman". (Surah al-Anfal 8:1)

4. Sikap Positif dan Keikhlasan

Ahli masyarakat perlu menanamkan sikap positif terhadap aktiviti kejiranan. Walaupun ia merupakan kerja sukarela, setiap anggota perlu melihat aktiviti seumpama ini dari sudut yang positif tanpa rasa terpaksa atau merasakannya sebagai aktiviti yang membazir masa dan tenaga. Untuk itu, seseorang perlu mengikhlaskan diri dan menyematkan di fikiran bahawa apa yang dilakukannya merupakan satu ibadah untuk kemaslahatan ummah dan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Hubungan kejiranan dan kemasyarakatan perlulah berlandaskan hubungan yang tulus, suci dan bukan berlandaskan kepentingan, bersifat kepura-puraan, mengikut masa (perlu ketika senang dan sukar) dan bukan berlandaskan kebendaan. (Lihat Pemikiran Etika Hamka dalam Abdul Rahman Abdul Aziz, 2002:115).

Allah s.w.t. berfirman:

"Maka kamu sekelian, dengan sebab kurniaNya itu, menjadi saudara" (Ali Imran: 103) Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berkata: Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang ziarah menziarahi keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang cinta mencintai keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang bersusah payah keranaKu. Sudah pastilah kecintaanKu itu terhadap orang-orang yang tolong menolong keranaKu".

5. Tanggungjawab Atas Kebaikan Bersama dan Mencegah Jenayah

Tanggungjawab melaksanakan kebaikan "amar makruf" dan mencegah kemungkaran "nahi mungkar" wajib dipikul bersama oleh setiap anggota masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun perbezaan bangsa dan agama. Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan amanah serta perlu menyedari ianya untuk kebaikan bersama. Ia juga penting untuk mengelakkan jenayah dan kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan perumahan (Glicken, M. D., Sechrest, D. K., 2003).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga tetangganya terselamat daripada segala kejahatannya"

(9)

akan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)(Mustafa Haji Daud, 1999 :56)

KESIMPULAN

Dalam konteks masyarakat moden kini, aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan seringkali dipandang sepi dan diremehkan lantaran kesibukan tugas seharian yang menyukarkannya untuk dilaksanakan dan sikap tidak mengambil berat atau mengutamakan program-progran sedemikian. Untuk itu, perlu ada satu mekanisme agar aktiviti kejiranan ini mampu menjadi pemangkin dalam proses transformasi sosial ke arah perpaduan. Selain itu, aktiviti kejiranan juga perlu dan boleh berfungsi sebagai penggerak dalam membangunkan masyarakat dengan melaksanakan aktiviti berbentuk kebajikan, kemasyarakatan dalam ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat. Aktiviti Rukun Tetangga contohnya boleh menjadi medium bagi menyampaikan mesej positif bagi mewujudkan hubungan yang lebih harmoni di peringkat kawasan atau akar umbi, dan negara umumnya selain mencegah daripada berlakunya kejadian-kejadian jenayah di kawasan setempat. Lantaran itu, pemupukan nilai dan sikap tanggungjawab dalam aktiviti kejiranan perlu diberi perhatian agar matlamat dan konsep 1Malaysia yang harmoni dapat dihayati bersama.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Glicken, Morley D., Sechrest, Dale K. 2003.

The Role of The Helping Professions in

Treating The Victims and Perpetrators of Violence. New York: Pearson Education, Inc.

Haron Din. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan.

Idris Zakaria. 1986. Teori Kenegaraan al-Farabi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Imam Ghazali. Bimbingan Mu'minin. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Muhammad 'Imarah. 2007. Anugerah Islam Untuk Ketamadunan. Kuala Terengganu: Terengganu Development Institut.

Mustafa Haji Daud. 1999. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

(10)

Shamsul Amri. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbit Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara.

Shulman, Lawrence. 2006. The Skill of Helping Individuals, Families, Groups and Communities. United States: Thomson Brooks/Cole.

Zakaria Stapa. 1999. Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zarina Muhammad. 1997. "Kekeluargaan dan Kemasyarakatan" Dalam Tamadun Islam. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Profil Pembentang

Mashitah Sulaiman,

Mohd Azmir bin Mohd Nizah,

Mohammad Aizuddin bin Abdul Aziz,

Pusat Pengajian Umum,

Universiti Sains Islam Malaysia,

Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai,

Negeri Sembilan, Malaysia.

mashitah@usim.edu.my , mashimumtaz@yahoo.co.uk

Tel : 013-3911694, 06-7988438

azmirnizah@usim.edu.my, aizuddin@usim.edu.my,

Tel: 06-7988764

Referensi

Dokumen terkait

Hasil uji kemampuan bak- teri dalam mengoksidasi 6 jenis karbohidrat menunjukkan bahwa semua isolat yang dikoleksi dari 13 desa tergolong dalam 2 grup, yaitu bakteri ras 1 biovar

[r]

Penelitian ini betujuan untuk melakukan indenti- fikasi jenis parasit cacing pada satwa liar (harimau, badak, dan gajah Sumatera) dan ternak domestik (sapi, kerbau, dan

Dalam studi kasus yang sedikit berbeda di kota Bandung, Dian Purwanti dkk (2019), dengan hasil penelitiannya, mengatakan bahwa sistem zonasi tidak efektif jika

Di antara ciri-ciri seorang kakitangan yang mempunyai sikap tekun ialah mereka sangat gigih dalam melaksanakan sebarang tugasan yang diamanahkan, sentiasa bersemangat

Proses pengamatan terhadap karya-karya pelukis yang dilakukan penulis, hingga didapati Picasso dengan gaya kubimenya, dengan pemilihan warna yang berani membalut

Senyawa metabolit sekunder memiliki sifat aktif terhadap perlindungan diri dari pengaruh gangguan penyakit maupun untuk mempertahankan hidup organisme dalam ekosistemnya (Ersam

Jihad tidak dimaknai sebagai hanya perang terhadap kaum yang dianggap kafir/munafik atau yang dianggap agresor terhadap kejayaan Islam masa lalu, tetapi yang lebih