• Tidak ada hasil yang ditemukan

Adab Bersama al Quran dalam Kalangan Pel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Adab Bersama al Quran dalam Kalangan Pel"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Adab Bersama al-Quran dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Oleh

Bhasah Abu Bakar, Mohd Najib Jaafar Azizi Ismail dan Salako Taofiki Ajani Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai.

ABSTRAK:

Kajian ini dijalankan untuk melihat konstruk adab bersama al-Quran dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah di daerah Nilai, Negeri Sembilan. Pelajar-pelajar diasuh untuk membaca al-Quran melalui kelas wajib fardhu ain atau KAFA semasa menuntut di Sekolah Rendah. Kajian ini melibatkan sejumlah 232 orang pelajar dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan, yang terdiri dari 139 lelaki dan 93 perempuan, yang berumur antara 13 ke 16 tahun. Soalselidik yang dibina menggunakan skala kekerapan untuk mengukur kekerapan para pelajar mengamalkan aktiviti itu dinyatakan dalam instrumen berkenaan. Sebanyak 44 item telah berjaya dibina untuk mengukur amalan pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan adab bersama al-Quran seperti yang telah diajar oleh guru-guru mereka semasa belajar di Sekolah Rendah dan juga dari bimbingan ibubapa mereka di rumah dan orang ramai. Kajian ini mendapati kekerapan amalan mereka mematuhi etika bersama al-Quran didapati berada pada tahap yang sederhana dengan min = 2.94 dan sisihan piawai = 0.289 – peringkat mengorganisasi. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara pelajar lelaki (min=2.87, sp=0.278) dan perempuan (min=3.04, sp=0.275) dalam amalan etika bersama al-Quran. Terdapat peningkatan dalam kekerapan amalan bersama al-Quran dari Tingkatan 1 (min=2.936, sp=0.309) hingga ke Tingkatan 4 (min=2.946, sp=0.239).

Kata kunci: qiblah, penghayatan, siwak,

PENGENALAN

Akhlak merupakan cermin keperibadian seseorang, sehingga baik buruknya seseorang itu menjadi pengukuran dari keperibadiannya. Al-Quran adalah sumber pokok dalam berperilaku dan menjadi acuan kehidupan, kerana di dalamnya terdapat berbagai aturan kehidupan yang dimulai dari hal yang penting kepada hal yang sederhana. Jika al-Quran telah dapat dihayati dengan sebaiknya dalam kehidupan setiap insan, maka ketenangan dan ketenteraman jiwa akan menjadi budaya hidup yang murni (Abdullah, 2008). Menurut Wan Aminurrashid (2002), istilah adab mempunyai persamaan dengan etiket, yang bermaksud, ilmu yang mengajar perlakuan baik dan buruk manusia berdasarkan kepada al-Quran dan hadith. Dengan kata lain, adab dalam Islam bukanlah sesuatu yang dicipta atau diada-adakan oleh manusia menurut kehendak atau kemahuan nafsu mereka sendiri. Manakala adab terhadap al-Quran adalah memelihara dan menjaga kemuliaan al-Quran dengan mempraktikkan adab-adab yang dituntut sebelum, semasa dan selepas membaca al-Quran.

(2)

kalangan awal remaja adalah pada 2.75 dengan sisihan piawai=0.58 pada skala 4. Surah yang paling kerap dibaca ialah surah Ikhlas dengan kekerapan hampir 60%, manakala surah al-Ghasiah (8.8%) merupakan surah yang paling rendah peratusan pembacaan dalam kalangan awal remaja masakini. Punca masalah ini terjadi disebabkan kurangnya galakan membaca al-Quran daripada ibubapa di rumah mahupun guru di sekolah. Ada juga sebahagian besar pelajar yang tidak tahu mengenai adab-adab yang perlu dijaga semasa bersama al-Quran. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong pelajar jauh dari mengamalkan budaya membaca al-Quran dalam kehidupan mereka. Selain itu juga, kajian mengenai adab bersama al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah juga kurang dibuat secara terperinci dan menyeluruh.

Penyelidik memilih tajuk kajian yang ringkas ini untuk merungkai persoalan mengenai amalan adab-adab bersama al-Quran dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah dengan mengenalpasti samaada pelajar mengamalkan adab-adab terhadap al-Quran ataupun tidak. Pendekatan ini dilakukan agar pembelajaran adab dan akhlak di sekolah khususnya adab dan akhlak terhadap al-Quran dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan. Ini kerana amat penting dan dituntut dalam Islam agar umatnya sentiasa beradab dan berakhlak terhadap Quran bagi memelihara kesucian dan kemuliaan al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar bagi nabi kita Muhammad saw.

ADAB MEMBACA QURAN

1. Adab yang mula-mula yang wajib ke atas pembaca ialah ikhlas. Ini termasuk juga adab meraikan al-Quran. Sewajarnya seseorang qari mengingatkan didalam hatinya bahawa dia sedang bermunajat dengan Allah swt dan sedang membaca seperti keadaan orang yang sedang melihat Allah swt dan Allah melihatnya.

2. Apabila hendak membaca al-Quran hendaklah terlebih dahulu membersihkan mulutnya (bersiwak) yakni bersugi dengan memberus gigi. Alat yang paling baik untuk bersugi ialah dengan menggunakan kayu siwak

3. Digalakkan orang yang membaca al-Quran dalam keadaan suci. Jika membaca dalam keadaan berhadas, maka hukumnya adalah harus berdasarkan Ijma’ul Muslim. Kata Imam al-Haramain dia tidak dikatakan telah membuat perkara yang makruh tetapi dikatakan telah meninggalkan yang afdal. Adapun haram membaca al-Quran bagi mereka yang berhadas besar kecuali membaca didalam hati tanpa lafaz.

4. Hendaklah berwuduk sebelum membaca al-Quran. Perlu bertayammum jika tidak ada air. Jika dibaca dalam keadaan Muhdis (yakni tidak bersuci terlebih dahulu), maka hukumnya boleh juga dengan sepakaat ulama kaum Muslimin.

5. Kitab suci al-Quran hendaklah dipegang, memberi atau menerimnya dengan tangan kanan, bukannnya tangan kiri. Hendaklah memuliakan al-Quran dengan memegangnya dengan tangan kanan kerana al-Quran adalah kitab yang suci.

(3)

7. Ketika duduk membaca al-Quran dianjurkan mengadap kiblat, memberi perhatian dan tunduk kepada al-Quran. Bahkan boleh berdiri, duduk dan tidur berbaring dilantai ketika membaca al-Quran, tetapi jangan duduk bersilang kaki sambil menyandar, baik duduk ialah mengadap kiblat” (Imam Nawawi).

Firman Allah swt yang maksudnya: ia itu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan dumi (sambil berkata): Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka (surah al-Imaran: 191)

8. Membaca basmallah pada tiap-tiap permulaan surah al-Quran, kecuali surat at-Baraah. Perlu juga membaca istia’zah sebelum memulakan membaca al-Quran. Sesetengah ulama’ mengatakan: Dia mengucapkan istia’zah selepas bacaan kerana firman Allah swt yang maksudnya: “oleh itu, apabila engaku membaca al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam”. (Surah al-Nahl: 98)

Memohon perlindungan ialah mengharapkan pemeliharaan dan penjagaan Allah dari syaitan terkutuk dan sesiapa sahaja yang berniat jahat. Golongan keji ini tidak akan dapat menyesatkan manusia yang beriman dan memegang pertunjuk Allah swt. Allah swt menegaskan dalam firmannya yang bermaksud, “sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka”. (Surah al-Nahl:99)

9. Membaca al-Quran secara tertil. Para ulama berpendapat bahawa disunatkan membaca al-Quran dengan cara tartil yang maksudnya: ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya, dan bacalah al-Quran dengan tertil. (surah al-Muzammil:4). Tartil ialah membaca dengan terang iaitu membaca dengan teratur dan perlahan-lahan serta membaguskan bacaan huruf dan mengenal wakafnya.

10. Apabila memulakan bacaan maka hendaklah dia khusu’ dan meneliti maknya. Membaca al-Quran dengan penuh khusyu’ dan tawaddhu’ kerana takut kepada Allah swt. Firman Allah swt yang maksudnya: dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang al-Quran menambahkan mereka khusyu’ (Surah al-Isra’:109). Sesungguhnya membaca al-Quran dengan khusyu’ dapat menambahkan keimanan kepada mereka yang membacanya.

METODOLOGI:

Persampelan

(4)

Jadual 1: Demografi Partisipan

RM 2000.00 dan kebawah 101 (46.3) RM 2000.00 ke 3000.00 63 (28.9) RM 3001.00 ke 4000.00 21 (09.6) RM 4001.00 ke 5000.00 15 (06.9)

Lebih RM 5000.00 18 (08.3)

Mengikuti Kelas Pengajian Agama di Luar Waktu Sekolah

Tidak Pernah 82 (35.7)

Kadang-Kadang 110 (47.8)

Kerap 15 (06.5)

(5)

Instrumen:

Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah untuk mendapatkan maklumat latarbelakang partisipan dan maklumat kajian adalah dari Bahagian B. Item-item yang kami bina adalah bertujuan untuk mengukur konstruk adab bersama al-Quran, sebelum, semasa dan sesudah membacanya. Penyelidik telah berjaya mengumpul sebanyak 44 item yang apabila dibuatkan analisis factor ia telah dapat dikecilkan kepada 14 sub-konstruk adab bersama al-Quran. Penyelidik telahpun membuat item validasi dari pensyarah-pensyarah yang merupakan pakar-pakar pengajian dari Fakulti Quran dan Sunnah dan mendapati 86% pengesahan dari mereka. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan convenient melibatkan seramai 232 orang partisipan yang telah dipilih secara rawak dari ke empat-empat sekolah berkenaan. Konstruk pengukuran adalah kekerapan perlakuan mereka terhadap beberapa aktivit dengan al-Quran.

Prosedur:

Dalam proses kami menentukan perlakuan partisipan bila bersama al-Quran, penyelidik telah menggunakan rekabentuk penghayatan afektif dari Krathwohl untuk menentukan darjah atau tahap adab mereka apabila bersama-sama (pendampingan) dengan al-Quran. Penyelidik telah menggunakan skala Likert dengan 4 skala kekerapan dimana 1 = Tidak pernah, 2 = Kadang-kadang, 3 = Kerap kali dan 4 = Sentiasa. Jadual 2 menunjukkan asas pengiraan dan skor yang terbit dari penggunaan skala Likert kepada taksonomi Krathwohl bagi domain afektif. Nilai skala Likert yang telah ditransformasikan kepada taksonomi Krathwohl adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 di mana unit sela perbezaan antara sela adalah pada 0.59. Lantaran itu, skor untuk setiap peringkat dalam taksonomi Krathwohl juga dihitung mengikut sela yang telah ditentukan itu.

Jadual 2: Menggunakan 4 Skala Likert dengan menyesuaikan kepada 5 Kategori Domain Afektif secara linear.

Peringkat Taksonomi Krathwohl

Skor Jarak

Menerima 1.00 – 1.60 0.60

Merespon 1.61 – 2.20 0.59

Menilai 2.21 – 2.80 0.59

Mengorganisasi 2.81 – 3.40 0.59

Menghayati 3.41 – 4.00 0.59

OBJEKTIF KAJIAN

(6)

SOALAN KAJIAN:

Berdasarkan objektif kajian yang disediakan, maka soalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. Apakah tahap adab bersama al-Quran ?

2. Dimanakah kedudukan tahap adab bersama al-Quran partisipan berkenaan dalam domain taksonomi afektif Krathwohl (1966) ?

3. Adakah terdapat perbezaan adab bersama al-Quran berdasarkan jantina dan tingkatan ?

ANALISIS DATA:

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan jawapan kepada ketiga-tiga soalan kajian yang dikemukakan itu agar mendapat satu keputusan yang terbaik terhadap perlakuan partisipan terhadap pendampingan mereka dengan al-Quran. Ini bermakna, kajian tidak hanya menumpukan kepada aktiviti pembacaan, tetapi juga kepada penghormatan mereka kepada al-Quran itu sendiri – Qalamullah.

Soalan Kajian 1.

Apakah tahap adab bersama al-Quran ?

Untuk menjawab persoalan ini, beberapa aktiviti berkaitan dengan hubungan partisipan dengan al-Quran telah dikemukakan melalui instrument yang diedarkan kepada mereka. Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti mereka bersama al-Quran, beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan pengakuan mereka yang jujur terhadap pemdampingan dengan al-Quran. Secara umumnya, tahap atau kekerapan amalan mereka dengan al-Quran adalah dianggap baik. Ini dapata diperhatikan melalui Jadual 3 yang menerangkan peratusan perlakuan bagi aktiviti-aktiviti pembacaan al-Quran. Penghormatan mereka terhadap al-Quran adalah pada tahap yang baik dengan skor min 2.94 dengan sisihan piawai 0.289. Ini bermakna partisipan begitu kerap dalam mematuhi adab-adab dalam pendampingan mereka dengan al-Quran.

Jadual 3: Peratusan Perlakuan bagi Aktiviti-aktiviti Adab Bersama al-Quran

Aktiviti Pembacaan al-Quran N % Kekerapan Setiap Kategori Min Sisihan Piawai

TP KK K S

Saya mengambil wudu' sebelum membaca al-Quran

231 1.3 21.2 15.6 61.9 3.38 .861

Saya bersugi sebelum membaca al-quran 230 33 42.2 13.9 10.9 2.03 .953

Saya mencari tempat yang bersih untuk membaca al-Quran

229 1.3 3.9 17.5 77.3 3.71 .605

Saya memastikan saya bersih dari hadas kecil sebelum membaca al-Quran

231 1.3 6.9 18.6 73.2 3.64 .671

Saya memastikan saya bersih dari hadas

(7)

mani sebelum baca al-Quran

Saya memilih tempat yang sunyi untuk baca al-Quran

230 21.7 30.0 21.7 26.5 2.53 1.104

Saya membaca bismillah sebelum membaca

al-quran 229 1.3 4.8 7.0 86.9 3.79 .582

Saya pernah membaca buku tentang kepentingan menutup aurat sebelum baca al-Quran

231 5.6 50.2 21.6 22.5 2.61 .897

Saya mengadap kiblat semasa membaca

al-Quran 228 7.9 42.1 16.2 33.8 2.76 1.010

Saya menutup kepala semasa membaca

al-Quran 232 14.2 30.2 12.1 43.5 2.85 1.135

Saya memakai pakaian yang bersih semasa

membaca al-Quran 231 0.9 7.8 20.3 71.0 3.61 .668

Saya menutup aurat semasa membaca al-Quran

232 3.9 18.1 21.1 56.9 3.31 .901

Saya menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang al-Quran

230 3.0 18.3 21.3 57.4 3.33 .879

Saya kusyu dan tenang semasa membaca

al-Quran 232 4.7 37.1 37.1 21.1 2.75 .843

Saya membaca al-Quran secara tenang dan

perlahan-lahan 232 4.3 28.4 33.6 33.6 2.97 .892

Saya berbubual semasa membaca

al-Quran* 231 0.9 8.7 55.0 35.5 3.25 .644

Saya membaca al-Quran dalam tandas* 232 0.0 0.9 7.3 91.8 3.91 .316

Saya membaca al-Quran dengan suara yang

merdu 232 22.4 48.7 19.0 9.9 2.16 .887

Saya membaca al-Quran sambil baring 231 93.5 4.3 1.7 0.4 1.09 .379

Saya membaca al-Quran dengan tajwid yang

betul 232 5.6 53.9 27.6 12.9 2.48 .789

Saya membaca al-Quran dengan memahami

maksud – terjemahan 232 35.3 53.9 5.6 5.2 1.81 .762

Saya meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi selepas membacanya

232 3.9 14.7 18.5 62.9 3.41 .878

Saya berdoa selepas membaca al-Quran 229 13.1 43.2 18.3 25.3 2.56 1.010

Saya membaca al-Quran sambil mendengar radio*

230 0.4 0.9 4.3 94.3 3.93 .335

Saya membaca al-Quran di masjid 231 22.5 59.7 9.1 8.7 2.04 .815

Saya membaca al-Quran di padang* 230 0.9 0.0 4.8 94.3 3.93 .348

(8)

Saya menghadiri ceramah tentang adab membaca al-Quran

230 22.2 57.0 11.3 9.6 2.08 .845

Saya membaca al-Quran sambil menonton

TV – Telivisyen 229 0.9 1.7 9.6 87.8 3.84 .470

Saya membaca al-Quran sambil makan* 231 0.0 0.9 1.7 97.4 3.97 .226

Saya membaca al-Quran dalam pasar* -

kawasan bising 230 0.4 2.6 24.8 72.2 3.69 .543

Saya meletakkan Quran di tempat yang

rendah* 231 1.3 1.7 26.3 70.3 3.66 .581

Saya membaca al-Quran selepas solat 231 6.5 55.4 19.5 18.6 2.50 .869

Saya membaca al-Quran sebelum solat 227 37.9 53.7 7.0 1.3 1.72 .652

Saya membaca al-Quran tanpa menghayati kandungan*

230 2.2 10.9 59.6 27.4 3.12 .676

Saya membaca al-Quran sambil duduk 229 4.4 3.1 11.8 80.8 3.69 .734

Saya gemar membaca al-quran 229 6.1 56.8 24.0 13.1 2.44 .796

Saya membaca al-Quran sambil bergurau dengan kawan*

231 1.3 3.9 17.3 77.5 3.71 .603

Saya membaca al-Quran setiap hari 230 7.8 61.7 18.3 12.2 2.35 .793

Saya membaca al-Quran bersama ayah 230 33.0 49.6 10.0 7.4 1.92 .850

Saya membaca al-Quran bersama ibu 230 21.7 48.7 15.2 14.3 2.22 .948

Saya membaca al-Quran bersama guru 231 12.6 52.4 18.2 16.9 2.39 .912

Saya membaca al-Quran bersama kawan-kawan

231 19.9 51.5 16.9 11.7 2.20 .893

Saya membaca al-Quran bersama adek-beradek

230 23.5 38.3 16.1 22.2 2.37 1.073

Lagenda:

TP = Tidak Pernah, KK=Kadang-Kadang, K= Kerap dan S=Sentiasa.

Soalan Kajian 2.

Dimanakah kedudukan tahap adab bersama al-Quran partisipan berkenaan dalam taksonomi domain afektif Krathwohl (1964) ?

(9)

mereka mendatangi/mendampingi al–Quran. Keadaan ini dapat diperhatikan dalam Jadual 4 berikut.

Jadual 4: Tahap Adab Pendampingan al-Quran berdasarkan Skala Likert

Bil. Tahap Penghayatan Kekerapan (f) Peratusan (%)

1 Menerima -

-2 Merespon 03 01.3

3 Menilai 62 26.7

4 Mengorganisasi 153 65.9

5 Menghayati 14 06.0

Jumlah 232 100

Soalan Kajian 3.

Adakah terdapat perbezaan adab bersama al-Quran berdasarkan Jantina dan Tingkatan ?

Ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan adab bila bersama al-Quran berdasarkan jantina. Pada umumnya didapati partisipan perempuan(min=3.039, sp=0.275) lebih beradab dalam pendampingan mereka dengan al-Quran berbanding partisipan lelaki (min=2.865, sp=0.278). Perbezaannya juga adalah signifikan statistic dengan nilai-t(230) = - 4.686, p < 0.01.

Jadual 5: Ujian-t Perbezaan adab bersama al-quran antara partisipan lelaki dan perempuan.

Jantina N Min Sisihan Piawai t Dk Sig.

Lelaki 139 2.865 0.278 - 4.686 230 0.000**

Perempuan 93 3.039 0.275

** p < 0.01

Adab bersama al-Quran adalah lebih tinggi pada partisipan Tingkatan 4 (min=2.946, sp=0.239) berbanding dengan partisipan di Tingkatan 1 (min=2.936, sp=0.308) dan Tingkatan 2 (min=2.922, sp=0.313). Namun demikian, partisipan Tingkatan 2 lebih rendah berbanding dengan partisipan di Tingkatan 1. Apabila ujian ANOVA dijalankan ke atas perbezaan adab bersama al-Quran ke atas ketiga-tiga Tingkatan ini, didapati, perbezaan adalah tidak signifikan statistic F(2,228) = 0.129, p > 0.05. Ini bermakna, walaupun pelajar Tingkatan 4

(10)

Jadual 6: Skor min dan sisihan Piawai bagi Adab Bersama al-Quran Berdasarkan Tingkatan.

Tingkatan N Min Sisihan Piawai

Tingkatan 1 84 2.936 0.308

Tingkatan 2 76 2.922 0.313

Tingkatan 4 71 2.946 0.239

Jadual 7: ANOVA Bagi Perbezaan Adab Bersama al-Quran Berdasarkan Tingkatan.

Sumber Jumlah

Kuasa Dua

Dk Min Kuasa Dua

F Sig.

Antara Kumpulan 0.022 2 0.011 0.129 0.879

Dalam Kumpulan 19.252 228 0.084

Jumlah 19.273 230

p> 0.05

RUMUSAN:

Al-Quran merupakan sebuah buku yang mengumpulkan firman-firman Allah swt diturunkan kepada Rasulnya Muhammad saw secara terus atau melalui malaikatnya dalam tempoh 23 tahun. Ianya merupakan sebuah buku yang suci dan menjadi panduan, bimbingan dan segala-galanya dari Allah swt untuk hambanya yang berada di muka bumi ini mendapat keredhaanNYA di dunia dan di akhirat. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab kepada ummatnya untuk memastikan firman-firman Allah swt itu dapat dijaga dengan baik dan diletakkan di satu tempat yang suci dan mulia. Oleh itu kedengaran pada masa kini bagaimana ummat Islam merusuh dan melakukan sesuatu apabila didapati terdapat al-Quran di hina oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitive dengan nilai sesebuah al-Quran itu kepada orang-orang Islam.

(11)

pembacaan awal remaja kita kian meningkat apabila umur mereka terus meningkat dari setahun ke setahun – dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 4.

RUJUKAN:

Abdullah Huseri (2008). Nilai-nilai pendidikan akhlak dalam al-Quran. Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, universitas Islam Negeri (UIN) syarif Hidayatul Jakarta.

Al-Quran

Anwar Fakhri Omar (1997). Adab-adab bersama al-Quran. Terjemahan dari Imam Nawawi. Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd. 12A Bangunan Seri Pantai, Jalan Pantai Baru, 59200 K.Lumpur.

Bhasah Abu Bakar (2011). Satu pendekatan pengukuran penerapan nilai Islam dalam

kalangan awal remaja. Kertas Seminar di Bentangkan di The Internatioanal Conference on Measurement and Evaluation in Education 2011 (ICMEE 4). USM. Sustaining Effective Culture of Measurement and Evaluation in Learning Organisation. 09-12 October 2011.

Bhasah Abu Bakar, Rosni Samah, Noor azizi Ismail, Azharuddin Sahil, Maziahtusima Ishak dan Sakinah Ahmad (2010). Penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan awal remaja. Kertas penyelidikan USIM. PPP/FBU-04-10808.

Krathwohl, D.R; Bloom, B.S. & Masia, B.B (1964). Taxonomy of Educational Objectives. Handbook II: Affective Domain. New York: David McKay Co., Inc.

Linda Crocker dan james Algina (1986). Introduction to classical & modern test theory. Harcourt Brace Jovanovich, Inc. Orlando. Florida 32887.

Osman Khalid (1997). Metodologi al-Quran dalam pendidikan. Terjemahan dari Muhammad Shadid. Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam perencanaan struktur bangunan ini, perencana mulai menghitung komponen-komponen struktur berdasarkan dari bentuk arsitektural yang telah didapat. Perencana mulai

Mula, kanggo ningkatake kreativitas nulis guru-guru basa Jawa SMA/SMK/MAN, Balai Bahasa Yogyakarta, }alan I Dewa Nyoman Oka 34, Yogyakarta ngadani program

Lomba Kompetensi Siswa (LKS) pada bidang IT Network Support yang saat ini sudah berubah menjadi IT Network Systems Administration adalah lomba kompetensi yang

Menurut Harman 1974 kriteria jenis organisme yang dijadikan sebagai indikator yaitu mudah dikenali oleh peneliti yang bukan ahli di bidangnya, memiliki ruang liomoringkup yang luas

Disini dijelaskan bahwa Prabowo sebagai lawan politik dari Jokowi dalam debat putaran kedua calon Presiden 2019 menanggapi terkait permasalahan yang dianggap

Dan dalam pengertian yang simpel kinerja adalah hasil dari pekerjaan organisasi, yang di kerjakan oleh karyawan dengan sebaik- baiknya sesuai dengan petunjuk

Berdasarkan hasil analisis laboratorium menunjukkan bahwa porositas tanah pada berbagai macam kelerengan tergolong ideal, karena struktur tanahnya remah dan memiliki

Hasil prediksi nilai erosi dan sedimentasi DTA Cipopokol dengan menggunakan model hidrologi ANSWERS dari kejadian hujan tanggal 8 Januari 2005 dengan intensitas 46,70