• Tidak ada hasil yang ditemukan

SASTERA DALAM MEDIA BARU POTENSI DAN SUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SASTERA DALAM MEDIA BARU POTENSI DAN SUM"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

SASTERA DALAM MEDIA BARU, POTENSI DAN SUMBANGAN

1

Rozan Yunos2

Sejarah Wahana Sastera

Aristotle per ah erkata aha a Ma is a so ial a i al a d a ot li e ithout so iety . Manusia hidup di dalam kumpulan sosial, dalam komuniti dan dalam masyarakat. Kehidupan manusia dan kehidupan

masyarakat adalah sama sehaluan. Berinteraksi dan keperluan untuk berhubung dan menurunkan dan

mewariskan ilmu pengetahuan atau apa jua bentuk ilmu termasuk sastera adalah satu perkara yang

penting di dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini dapat kita perhatikan daripada awal sejarah

temadun manusia.

Apa yang dapat diperhatikan di dunia sekarang apabila mengimbas kembali laluan sastera nenek moyang

ialah perubahan wahana di dalam memasyarakatkan karya sastera.

Kalau dahulu, kelisanan merupakan wahana utama untuk memasyarakatkan apa jua karya sastera.

Cerita-cerita epik dan lagenda diturunkan dan diwariskan dari generasi ke generasi melalui Syair-Syair,

Pantun-Pantun, Puisi-Puisi, Sajak-Sajak dan sebagainya.

Tetapi sekarang kelisanan sebagai sastera tradisi sudah lama tidak diamalkan sebagai wahana utama.

Kalau di Negara Brunei Darussalam, walaupun masih terdapat terdengarnya cerita-cerita dan bualan lama

seperti siri-siri popular di kotak radio seperti Diangdangan dan yang masih popular sehingga sekarang

seperti Memukun, secara realitinya perkara ini sudah jauh berkurangan. Jikapun ada, ianya sudah

diterbitkan di dalam buku-buku dan pembaca hanya perlu membeli ataupun mendapatkan buku tersebut

bagi mengetahui dan membaca sendiri. Wahana utama telah berubah daripada kelisanan kepada

pembacaan.

1 Kertaskerja ucaptama ini telah disampaikan di Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) yang

dikendalikan oleh Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Bandar Seri Begawan pada 17-18 September 2014.

2 Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos adalah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan

(2)

Jika berawal dengan kelisanan sebagai wahana utama untuk memasyarakatkan karya sastera, kelisanan

sudah melepasi zamannya. Kelisanan sebagai tradisi sastera tidak lagi diamalkan sesudah tampuknya

diambil oleh tradisi persuratan atau penulisan.

Dunia sastera berkembang selaras dengan inovasi mesin cetak di Abad ke 15 dan dari sinilah lahirnya

ledakan percetakan buku-buku, majalah-majalah dan apa jua bahan bacaan sehingga sekarang.

Dunia sastera mulai berkembang dengan adanya percambahan minda dan penciptaan mesin pencetak

oleh Johannes Gensfleisch zur Laden zum Gutenberg (lahir 1398 hingga 1468), seorang pencipta Jerman

yang mencapai kemasyhuran dengan sumbangannya kepada teknologi percetakan pada tahun 1440an.

Atur halaman dan pencetakan taip cerai atau offset printing dengan mesin lebih cepat dan lebih tahan

lama. Kepingan-kepingan taip logam lebih utuh dan bentuk hurufnya lebih seragam, yang mana ciptaan

kedua-dua ini telah melahirkan ilmu tipografi dan fon.

Mutu percetakan yang tinggi dengan harga yang agak rendah memantapkan keunggulan taip cerai untuk

bahasa-bahasa barat, maka mesin cetak cepat tersebar ke serata Eropah hingga mencetuskan zaman

Pembaharuan ataupun dalam bahasa Inggerisnya, Renaissance, dan kemudiannya tersebar ke seluruh

dunia. Kini, rata-rata semua pencetakan taip cerai berasal dari inovasi Gutenberg. Pencetakan taip cerai

adalah disanjungi sebagai antara ciptaan paling penting pada alaf kedua.

Di akhir Abad ke 20 hingga ke dalam Abad ke 21 ini, wahana utama melalui pembacaan tradisi sastera ini

juga sebenarnya sedang berhadapan lagi dengan cabaran baru iaitu aliran baru dan keunikan baru dalam

dunia lalu lintas sastera. Kewujudan dan perkembangan teknologi-teknologi maklumat memberi pilihan

baru kepada masyarakat sejagat dalam menikmati bukan sahaja karya sastera tetapi sebagai sumber

utama untuk informasi, hiburan dan pembelajaran.

Dengan sejarahnya yang bermula lebih kurang pertengahan tahun 1970an, komputer peribadi mulai

diperkenalkan dan digunakan bagi kerja-kerja penulisan dan mencetak. Satu dekad selepasnya pula,

muncul teknologi dan seterusnya usaha bagi memperkenalkan jaringan sistem internet dan sekaligus

sistem komunikasi yang baru dan meluas. Internet mulai digunakan oleh penulis-penulis bagi penulisan

(3)

Integrasi media dalam teknologi maklumat jauh lebih kompleks dan menuntut perubahan dan inovasi

dalam laluan sastera itu sendiri. Penciptaan internet telah membuka kepada interaksi sosial yang lebih

luas dan terbuka menerusi aplikasi-aplikasi seperti facebook, blog, google plus, twitter, instagram, dan

segala macam pembaharuan digital yang lain.

Pembaharuan-pembaharuan ini memerlukan penulisan secara amnya dan sastera secara khususnya untuk

bergerak seiringan bagi membolehkan ia sentiasa kekal dinamik dan terbuka untuk semua. Buku-buku

yang selama ini hanya diisikan dengan foto-foto dan teks berganti dengan laman dan penulisan yang

diselimuti dengan aspek-aspek multimedia.

Definisi Media Baru

Walaupun secara umum, kita boleh bercakap dan boleh faham apa yang dimaksudkan dengan media baru,

tetapi dari segi penulisan, agak sukar untuk mendefinisikan media baru ini kerana penggunaan terma

Ne Media adalah satu ter a ya g digu aka di A ad ke i i se ara e yeluruh u tuk era gku i apa sahaja ya g ada hu u ga ya de ga i ter et da i ter-play dia tara tek ologi, uzik da i ej atau gambaran.

Definisi media baru adalah akan sentiasa berubah setiap hari dan akan berterusan berubah dengan

adanya perubahan dan ciptaan baru teknologi. Dari itu, jangkaan masa depan media baru adalah sesuatu

yang akan sentiasa berubah dan bertukar wajah secara berterusan. Kebanyakan pakar-pakar juga tidak

dapat meramalkan apa sebenarnya perkembangan teknologi yang akan berlaku di masa-masa akan

datang. Walau bagaimanapun untuk memahaminya, kita perlu meneliti apa yang ada sekarang dan

memandangkan Wikipedia telah menjadi sumber maklumat di zaman media baru ini, kita akan dapat

menggunakan apa yang sudah didefinisikan di sana.

Secara umumnya, definisi yang digunakan oleh Wikipedia ialah New Media atau Media baru adalah

merujuk kepada akses segera apabila dikehendaki ke atas permintaan kepada kandungan, di mana sahaja,

di mana-mana peralatan digital, dan juga maklum balas pengguna secara interaktif, dan penyertaan

pengguna secara kreatif. Satu lagi aspek media baru adalah pengeluaran masa sebenar (real-time

(4)

Wikipedia menggambarkan tekonologi-tek ologi ya g oleh dia ggap se agai edia aru adalah

digital, sering mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya untuk dimanipulasi, boleh dijaringkan

(networkable), padat, mampat, dan interaktif. Beberapa contoh termasuklah Internet, laman web,

multimedia komputer, permainan video, ditambah realiti, CD ROM dan DVD.

Media baru tidak termasuk program-program televisyen (hanya siaran analog), filem, majalah, buku-buku,

atau penerbitan berasaskan kertas - kecuali jika ia mengandungi teknologi yang membolehkan interaktif

secara digital.

Wikipedia Bahasa Melayu , se uah e siklopedia o -line, adalah satu contoh, menggabungkan Internet, teks diakses digital, imej dan video dengan web-link, penyertaan kreatif penyumbang, maklum balas

interaktif dari pengguna dan pembentukan masyarakat peserta penyunting dan penderma untuk manfaat

semua pembaca. Facebook adalah contoh model media sosial, di mana kebanyakan pengguna juga

peserta.

Wikitude pula adalah contoh untuk realiti diperkukuhkan. Ia memaparkan maklumat mengenai persekitaran yang pengguna memandangkan kamera mudah alih, termasuk pengiktirafan imej,

pemodelan 3-D dan pendekatan berasaskan lokasi kepada realiti diperkukuhkan.

Blog adalah pada asalnya dikenali sebagai weblog, satu terma yang diperkenalkan oleh Jorn Barger pada bulan Disember 1997. Perkataan weblog ini pula dipendekan menjadi blog dimana ianya adalah

merupakan laman perbincangan dan permakluman yang menggunakan world wide web. Kebanyakan blog

adalah dikarang oleh orang perseorangan sementara pada masa ini terdapat juga blog dengan ramai

pe ulis. Blog u ul pada akhir tahu 99 a de ga terdapat ya e -pu lishi g tools ya g membolehkan bagi pengguna bukan teknikal membuat entri bagi blog masing-masing. Kebanyakan blog

adalah interaktif membolehkan penulis dan pembaca berhubung melalui kotakkotak komen dan pautan

kepada laman lain.

Sastera Elektronik

Keseronokan pengguna dan pembaca dan keupayaan untuk berinteraksi di antara penulis/aplikasi dengan

(5)

Bagi sastera untuk menjadi popular, ianya juga harus dibangunkan dalam bentuk baru yang menggunakan

keupayaan berinteraksi supaya sastera juga dapat dibawa bersama dengan arus perubahan yang kita lihat

sekarang.

Ledakan penulisan menggantikan kelisanan sudah dilihat sebagai suatu pembaharuan yang amat

menuntut kepada dimensi dan gaya baru persembahan sastera. Apa lagi dengan kehadiran multimedia ia

memerlukan perubahan yang ketara dalam penikmatan dan penghasilan karya sastera. Jika perubahan ini

gagal ditangani sastera akan terhindar dari lalu lintas zaman yang berubah.

Dalam hubungan ini, rujukan boleh dibuat kepada satu kertas kerja bertajuk “astera “i er da Perke a ga ya Di Malaysia yang ditulis oleh Chew Fong Peng dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dimana kaji selidik telah dijalankan terhadap 52 mahasiswa.

Daripada kajian tersebut, adalah didapati bahawa terdapat lebih 500 laman web sudah wujud untuk

sastera siber Melayu di Internet. Dengan menggunakan carian (search) melalui Google, ada terdapat lebih

kurang 2,600,000 bahan yang menunjukan bahawa betapa besarnya dunia sastera melayu di laman-laman

web.

Dalam erti kata lain, sastera siber merupakan satu fenomena yang luar biasa dan tidak lagi dapat

dipandang ringan. Penggunanan sastera siber ini tidak bererti tumpuan kepada buku, karya, penulis atau

informasi malahan merangkumi bermacam-macam seperti debat, wacana dan chat room. Sebahagian

besar penulis-penulis mungkin tidak dikenali di luar dunia siber sebagai novelis atau penulis cerpen

ataupun penyair tetapi mereka juga mempunyai peminat dan pengikut yang bukan sedikit.

Beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan kelompok penulis, terutamanya

generasi muda untuk berkarya, termasuklah laman-laman seperti www.pustakamaya.net,

www.melayu.com, www.karyanet.com.my, www.arahkiri,cjb.net, www.idealis.mahasiswa.net,

www.esastera.com dan lain-lain. Kesemuanya bertumpu khusus untuk mengembangkan bahasa dan

sastera kebangsaan disamping membina dan membangunkan masyarakat Melayu Malaysia yang celik

(6)

Sastera elektronik yang menggunakan media baru ini adalah merupakan fenomena seluruh dunia dan

sebahagiannya telah melangkah ke hadapan dimana perubahan ini merupakan evolusi dunia sastera yang

baru.

Menurut Electronic Literature Organisation, bidang sastera elektronik ini adalah dijangka akan kian

berkembang. Sastera bukan sahaja telah berhijrah daripada media cetak kepada media elektronik tetapi

juga kerja-kerja digital telah direka khas bagi kegunaan komputer yang mempunyai jaringan (networked):

The o fro tatio ith te h ology at the le el of reatio is hat disti guishes ele tronic literature from,

for example, e- ooks, digitized ersio s of pri t orks, a d other produ ts of pri t authors goi g digital .

Kita dapat melihat potensi dunia sastera di dalam media baru ini daripada berbagai sudut.

Sastera elektronik, atau e-Lit adalah merujuk kepada karya-karya atau kerja-kerja sastera dimana terdapat

aspek-aspek sastera penting yang mengambil kesempatan daripada keupayaan dan konteks disediakan

oleh komputer berdiri sendiri atau komputer berangkaian. Kategori sastera elektronik adalah luas dan di

dalamnya terdapat beberapa bentuk, beberapa di antaranya adalah:

✓ Hypertext fiksyen dan puisi, pada dan di luar Web;

✓ Puisi kinetik dibentangkan dalam Flash dan menggunakan platform lain;

✓ Pemasangan seni komputer yang meminta penonton untuk membacanya atau tidak mempunyai aspek-aspek sastera;

✓ Aksara perbualan, juga dikenali sebagai chatterbots;

✓ Fiksyen interaktif;

✓ Novel yang mengambil bentuk e-mel, mesej SMS, atau blog;

✓ Puisi dan cerita-cerita yang dihasilkan oleh komputer, sama ada secara interaktif atau berdasarkan parameter diberikan pada permulaan;

✓ Penulisan kolaboratif yang membolehkan pembaca untuk menyumbang kepada teks sesuatu karya; dan

✓ Persembahan sastera online yang membangunkan cara-cara penulisan yang baru.

Sastera elektronik sering bersilang dengan seni konseptual dan bunyi, tetapi membaca dan menulis kekal

(7)

muka surat dan buku yang dicetak, kini bergerak bebas melalui galeri-galeri pameran, ruang-ruang

prestasi, dan muzium-muzium. Sastera elektronik tidak bermastautin di mana media atau di

mana-mana institusi.

Media Pemberigaan dan Penyebaran Sastera

Seseorang penulis tidak lagi terikat kepada satu medium sahaja di dalam pemberigaan karya-karyanya.

Ianya mempunyai potensi yang sangat luas untuk menyebarkan karyanya. Medium penyebaran adalah

banyak seperti laman-laman web, blog dan sebagainya dan peralatan termasuklah komputer peribadi,

tablet, telefon dan sebagainya.

Dengan itu, ianya juga bererti terdapat banyaknya skop dan peluang yang sangat meluas berserta

berbagai keupayaan bagi seseorang penulis untuk menyebarkan dan menyalurkan karya sasteranya. Pada

masa yang sama juga, karya tersebut boleh diperkaya dengan menambahkan imej dan suara serta

pautan-pautan ke laman web atau maklumat-maklumat yang lain.

Satu lagi daripada kemudahan di dalam media baru ialah kemudahan untuk membolehkan digital

pu lishi g da digital pri ti g atau per etaka digital. Per etaka digital i i e olehka pri t -on-de a d iaitu per etaka -on-de ga segera. Ber eza -on-de ga per etaka e ggu aka offset, per etaka digital adalah percetakan dengan kos yang sama (fixed cost) tanpa mengira beberapa jumlah percetakan.

Sementara percetakan offset boleh memberikan kos setiap unit percetakan lebih rendah mengikut jumlah

percetakan. Bagi percetakan yang kecil seperti satu atau beberapa buah buku, percetakan digital

membolehkan seorang penulis untuk menerbitkan buku tanpa melalui penerbitan dan percetakan

tradisional.

Percetakan digital juga memberikan kebaikan dan keuntungan kerana penyediaan teknikalnya lebih

pantas, tidak perlu menyimpan banyak buku sebagai inventory dan ini mengurangkan perbelanjaan

penyimpanan, pengurusan dan perakaunan inventori dan tidak ada pembaziran dari stok buku yang tidak

terjual. Dengan adanya kebaikan-kebaikan ini, risiko mencetak dan mengeluarkan buku-buku

berkurangan dan dari itu meningkatkan pilihan untuk orang ramai.

Kemudahan bagi mengeluarkan karya dan hasil kerja di dalam belbagai media dan tidak terhad kepada

(8)

Kesan-Kesan, Potensi dan Sumbangan

Suratkhabar Inggeris, The Guardian dalam satu rencana menggariskan kerja Graham Hann,

seorang Rakankongsi di Taylor Wessing, di sebuah syarikat guaman di London dalam bidang perhubungan

media baru, teknologi dan undang-undang, yang telah melihat perkembangan yang penting dimana

pengguna dan syarikat-syarikat mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan keadilan dan kesaksamaan

dalam hal ini.

Di antara isu-isu utama adalah daripada segi:

o monetisation of content ataupun mendapatkan pendapatan kewangan daripada perisian;

o pergerakan ataupun mobility;

o privacy; dan

o undang-undang

Menurut beliau, There are a y u er of legal issues i all this, fro orki g out hi h jurisdi tio 's

laws apply, to potential invasions of privacy, to advertising law and data protection. The law has to play

at h up a d deal ith this te sio et ee o su ers a d suppliers.

Kesan kepada Penulis

Kesan-kesan daripada penggunaan media baru boleh dilihat daripada kesan-kesan kepada penulis,

pembaca dan juga pihak lain yang bertanggungjawab seperti pembuat dasar dan pengawalselia.

Daripada segi penulis, ianya membukakan peluang yang terpaling luas bagi seseorang untuk mempraktis

seni penulisannya. Ia mempunyai peluang untuk menulis di dalam bahan cetak tradisional seperti menulis

buku, cerpen-cerpen dan rencana-rencana untuk dimuatkan ke dalam bahan-bahan percetakan seperti

jurnal-jurnal, surat-surat khabar, majalah-majalah dan sebagainya.

Jika peluang tidak diperolehi oleh penulis tersebut di dalam media tradisi disebabkan oleh kekurangan

kebolehannya, akses yang terhad dan apa jua yang boleh menjadi penghalang, penulis boleh menerbitkan

(9)

Penulis boleh mendapat berbagai pendapatan melalui karya sasteranya. Model pembayaran jika

menggunakan media baru kebanyakannya berkisar kepada pembayaran melalui akses iklan dan berapa

kekerapan iklan dilihat oleh pembaca kepada laman atau karya tersebut.

Model pendapatan kedua adalah melalui penjualan karya melalui laman-laman buku jualan on-line. Ini

membukakan peluang bagi penulis-penulis yang tidak dikenali ramai untuk menjual penulisan mereka

dengan kos yang berpatutan dan tidak ada risiko oleh syarikat-syarikat percetakan untuk mencetak

buku-buku daripada penulis baru yang tidak dikenali. Harga-harga buku-buku yang dijual secara online adalah jauh

lebih murah jika dibandingkan dengan harga-harga buku yang dikeluarkan oleh media cetak tradisional.

Walau bagaimanapun perlu ditekankan di sini, keupayaan yang mudah bagi mengeluarkan maklumat,

pendapat dan karya sastera tidak dengan sendirinya memberikan kemudahan bagi ianya dibaca. Penulis

perlu mempastikan bahawa penulisannya masih mempunyai mutu yang membolehkan dan menarik

minat pembaca dan jika ini tidak ada, penulisannya itu walaupun berada di world wide web, ianya tidak

akan dibaca oleh sesiapa kecuali penulis itu sendiri.

Isu utama juga ialah mengenai dengan hak cipta atau copyright. Karya-karya yang dikeluarkan di

media-media baru jauh lebih senang untuk dicetak rompak dan ditiru oleh pembaca. Karya-karya lisan tidak

mempunyai isu hak cipta dan kepengarangan kerana ianya pada kelazimannya merupakan karya yang

diturunkan dan diwarisi. Sipencerita boleh menokok tambah tetapi tidak ada credit diberikan kepada

mereka yang mengubahsuai dan menambah nilai ataupun memperbaiki karya tersebut.

Karya di media tradisi iaitu di media-media cetak boleh ditiru dengan mengambil ayat-ayat dan apa sahaja

yang diperlukan samada melalui fotokopi ataupun scanning. Tetapi bagi karya di media baru, ianya mudah

di copy paste dengan hanya menggunakan tetikus ataupun pen digital. Pengawalan daripada di cetak

rompak ini pada kelazimannya boleh tidak dikatakan tiada.

Kesan kepada Pembaca

Daripada segi pembaca ataupun pengguna, mereka mempunyai pilihan yang meluas untuk membaca

karya-karya sastera ataupun saja yang telah ditulis dan dikarang. Media-media ini tidak terhad kepada

(10)

seperti Apple iPad ataupun tablet dan juga kepada media-media lain seperti buku elekronik seperti

Amazon Kindle, Barnes and Noble Nook , Sony E-Book dan Kobo E-book.

Apa yang menjadi masalah kepada penulis daripada segi isu hakcipta merupakan satu potensi bagi

pengguna-pengguna. Pembaca boleh dengan senang mendapatkan maklumat daripada buku-buku dan

dengan senang menggunakannya bagi tujuan sendiri atapun bagi tujuan-tujua u tuk e share ataupu berkongsi sama bacaan atau rujukan tersebut kepada teman-teman lain.

Kos belian karya-karya juga adalah rendah. Kebanyakan buku-buku dijual secara digital hanya dalam

lingkungan harga yang murah dan sederhana kerana tidak ada keperluan perbelanjaan seperti untuk

mencetak ataupun mempromosi ataupun kos logistic seperti pengangkutan dan storage. Dengan ini,

harga-harganya boleh dikatakan kelaziman dalam harga $1 satu buku.

Kesan utama bagi pengguna ialah memperluaskan lagi bidang sumber bacaan-bacaan yang boleh diakses

kepada pengguna tanpa berharapkan kepada buku-buku yang diterbitkan oleh media cetak tradisional.

Kesan kepada Pengawalseliaan

Penyebaran karya-karya sastera di dalam berbagai format menimbulkan masalah kepada pengawalseliaan

penyebaran tersebut. Jika sekiranya ianya merupakan penyebaran melalui media cetak tradisi,

karya-karya ini mudah dikawal melalui undang-undang mengawal karya-karya-karya-karya yang tidak diingini. Walau

bagaimanapun dengan berbagai format, isu agensi mana yang seharusnya mengawal penyebaran

karya-karya di dunia baru ini telah timbul.

Jurisdiction atau siapa yang berkuasa boleh menimbulkan kekeliruan. Sebagai contoh, media cetak pada

kelazimannya dikawalselia oleh agensi yang bertanggungjawab mengenai dengan media cetak. Tetapi

pengeluaran yang dibuat melalui alat-alat elektronik adalah kelazimannya dikawal selia oleh agensi yang

bertanggungjawab bagi penyiaran dan perhubungan elektronik. Kedua agensi mungkin mempunyai

kaedah pengawalan dan penyeliaan yang tidak sama.

Isu-isu lain juga seperti milik hak cipta, pengawalan penggunaan hak cipta. Kebanyakan websites yang

(11)

Tambahan lagi dengan penggunaan technology awan (cloud technology), adalah agak sukar bagi sesuatu

pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undangnya.

Langkah-Langkah Memajukan Sastera Media Baru

Pengasas-pengasas sastera perlu memikirkan bagaimana membolehkan sastera untuk berdaya maju

dalam media baru dan seterusnya membawakan ke alam siber dengan bentuk dan dimensi baru dengan

memahami konsep-konsep sastera sebagai bahan yang hendak disampaikan dan fungsi media baru

sebagai wahana baru penyampaian sastera.

Ciri-ciri media baru akan mengangkat karya sastera sebagai bahan atau isinya dengan keupayaan media

baru membawa dua elemen penting iaitu audio dan bunyi atau muzik. Elemen baru ini perlu dikuasai dan

keupayaan interaktif yang ada dalam media baru juga harus menjadi upaya yang dapat membawa dimensi

baru penikmatan karya sastera.

Latar karya yang secara tradisionalnya hanyalah dilatari oleh hiasan kata-kata pengarang dalam novel atau

cerpennya dimana pembaca hanya menikmati karya berkenaan dari sudut pandang yang diberikan

pengarang. Tetapi kehadiran dunia media baru membolehkan foto dipaparkan dalam foto dan video dan

tidak lagi perlu dibayangkan dan sekarang mudah dilihat dan difahami oleh pembacanya. Jika ditambah

pula dengan muzik maka pengalaman yang terpapar dalam novel atau cerpen tadi diperkayakan dengan

muzik, foto dan video yang berinformasi. Prinsip media baru yang harus dikuasai meliputi teks, grafik,

audio visual, dan animasi dengan memahami prinsip berkaitan dalam pembinaan bahan multimedia

sastera.

Sastera perlu bergerak dalam perubahan ini. Sastera harus dinikmati dengan gaya baru dan wahana baru

yang lebih berkesan. Sastera tidak harus dibiarkan untuk tertinggal dari arus pembaharuan ini sebaliknya

berupaya membina dimensi yang lebih efektif dengan pembaharuan yang ada.

Rumusan

Wahana sastera Melayu telah melalui tiga fasa iaitu daripada bentuk lisan kepada bentuk bercetak dan

sekarang kepada sastera siber dengan adanya media baru. Evolusi penulisan dan pemberigaan sastera

dijangka akan berterusan kerana media baru juga sentiasa berada dalam peringkat evolusi iaitu sentiasa

(12)

dipersembahkan di dalam berbagai bentuk seperti multi-media, gabungan 3-D termasuk teks, grafik dan

audio. Ini memberikan keupayaan dan potensi kepada penulis-penulis untuk memperkayakan sastera

masing-masing. Selain dari memperkayakan penulisan sastera, teknologi juga memberikan potensi bagi

kemudahan percetakan (on-line publishing) atau penyiaran melalui laman-laman web tanpa

menggunakan percetakan tradisional. Percetakan digital juga menimbulkan isu-isu cetak rompak dan

pengawalan kepengarangan. Media baru memberikan nafas baru dan potensi dan peluang baru kepada

penulis-penulis dan akan menyumbang kepada perkembangan sastera Melayu tetapi penulis-penulis

perlu mengetahui bagaimana untuk mengimbangi risiko dan masalah-masalah di dalam pengawalan

penulisan dan kepengarangan.

Sumber Rujukan:

Alex Wade, 2011. Making Sense of a Changing New Media World. The Guardian Newspaper, UK Edition

10 January 2011.

Paul Smyth, 2014. Advantages and Disadvantages of New Media.

http://paulsmythlearnerrecord.blogspot.com/2011/11/advantages-and-disadvantages-of-new.html (retrieved 10 September 2014)

Blog Mimbar Kata, 2014. Multimedia dan Sastera.

http://mimbarkata.blogspot.com/2013/06/multimedia-dan-sastera.html (retrieved 10 September

2014)

Aristotle. Aristotle in 23 Volumes, Vol. 21, translated by H. Rackham. Cambridge, MA, Harvard University

Press; London, William Heinemann Ltd. 1944

Bailey Socha and Barbara Eber-Schmid, 2014. What is New Media?

Referensi

Dokumen terkait

Status Kerentanan Vektor Aedes aegypti Terhadap Insektisida dan Kaitannya dengan Kejadian Kasus Demam Berdarah di Kota Bogor.. Panghiyangani, R., Rahmiati

1 diperbolehkan mengenai estimasi, karena dapat memengaruhi daya banding laporan keuangan jika tidak disajikan kembali sesuai dengan fakta yang terjadi. Perihal

Komponen Persepsi peran memiliki tiga dimensi: 1. akurasi Peran , Akurasi peran merujuk pada tingkat dimana persepsi tenaga kerja terhadap rekan kerjanya dapat memenuhi

OCI bagian dari laporan laba rugi perusahaan sangat penting dalam penyajian sebuah laporan arus kas yang belum terealisasi secara akurat, karena secara struktur

Dengan ini menyatakan bahwa dalam Karya Tulis Ilmiah ini tidak terdapat karya yang pernah diajukan untuk memperoleh gelar Ahli Madya di suatu perguruan tinggi,

- Membuat angkringan dengan tempat nongkrong yang nyaman dengan harga menu dapat di jangkau anak muda - Memberi tempat komunitas untuk berkumpul - Menarik penggemar kopi

Pada hari ke-0, nilai rataan total limfosit ikan yang diberikan perlakuan kitosan dengan dosis 6 µg/g lebih tinggi dan berbeda nyata dengan semua perlakuan.. Sedangkan total

penggunaan metode tanya jawab pada pembelajaran fiqih sudah sesuai dengan prosedur pembelajaran. Hal ini dapat dilihat dari kegiatan awal, inti dan akhir yang dilakukan oleh