• Tidak ada hasil yang ditemukan

HIGHWAY BEBAS ROKOK I N I A D A L A H L A N D A S A N B A G I O R A N G Y A N G I N G I N K A N K E H I D U P A N B E B A S R O K O K.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HIGHWAY BEBAS ROKOK I N I A D A L A H L A N D A S A N B A G I O R A N G Y A N G I N G I N K A N K E H I D U P A N B E B A S R O K O K."

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

HIGHWAY

BEBAS

ROKOK

I N I A D A L A H L A N D A S A N B A G I O R A N G Y A N G

I N G I N K A N K E H I D U P A N B E B A S R O K O K .

B U K U I N I A K A N M E N J A D I “ M A P S ” U N T U K M E M B E R I

P A N D U A N K E P A D A P E R O K O K T E G A R Y A N G

M E N G I N G I N K A N G A Y A H I D U P Y A N G L E B I H S I H A T .

(2)

TETAPKAN AZAM UNTUK

TINGGALKAN TABIAT

MEROKOK

Fahami bahawa berhenti merokok adalah suatu proses

pembelajaran.

Sentiasa mengingati bahawa berhenti merokok sama seperti belajar menunggang basikal. Sudah tentu anda akan terjatuh, tetapi lebih pentingnya untuk anda bangun dan cuba lagi. Begitulah cara kita belajar, dan logik yang sama boleh diaplikasikan kepada berhenti merokok. Dari masa ke semasa, anda akan mendapat keseimbangan yang betul.

Fahami apa yang membuatkan anda tersilap dan rancang

apa yang harus dilakukan dengan cara yang berbeza.

Sebahagian besar cara untuk berhenti merokok adalah mencari punca apa yang membuatkan anda mahu merokok. Anda boleh mengenalpasti punca pada masa akan datang dan anda boleh cuba mengubah tabiat (seperti berjalan-jalan atau makan makanan ringan yang sihat) .

Bercakap dengan seseorang dalam rangkaian sokongan

anda.

Bergantung pada sokongan semasa anda kembali ke landasan, dan kongsi perasaan anda. Selain itu, bercakap boleh membantu anda memahami dengan lebih baik mengapa anda tersilap dan bagaimana untuk mengelakkannya pada masa akan datang.

Ingatkan diri anda tentang matlamat anda.

Fikirkan perkara-perkara baik yang telah berlaku sejak anda berhenti merokok. Kembali fokus pada berhenti dan ingat sebab-sebab anda berhenti.

(3)

Statistik peratusan penggunaan tembakau dalam kalangan

penduduk Malaysia pada tahun 2015 (High-HDI Countries)

FAKTA PEROKOK DI MALAYSIA

38.8%

1.1%

3.06%

0.42%

Dianggarkan lebih 27,200 penduduk di Malaysia terbunuh akibat

penggunaan tembakau pada setiap tahun

KEMATIAN: 2016

23.06%

10.35%

(4)

Sekurang-kurangnya 15 billion perokok

yang merokok di seluruh dunia setiap

hari.

Perokok mempunyai risiko sakit jantung 200% ke 400% lebih

tinggi berbanding individu yang tidak

merokok

30% risiko Kanser boleh dicegah dengan menjauhi tembakau dan alkohol, serta

mengamalkan diet seimbang dan aktiviti fizikal

Statistik perokok dalam kalangan pelajar Malaysia mengikut

tingkatan, jantina dan golongan etnik.

1:10 MEROKOK PELAJAR LELAKI 22% PELAJAR PEREMPUAN 5% 1 2 3 4 5 TINGKATAN 12.8% 12.6% 14.3% 12.8% 14.1%

MELAYU CINA INDIA

BUMIPUTERA SARAWAK BUMIPUTERA SABAH LAIN-LAIN 14.1% 7.0% 15.0% 22.2% 19.8% 17.9%

(5)

40% kanak-kanak di seluruh

dunia terdedah kepada kesan

asap rokok basi di rumah. 31%

kematian terkait dengan kesan

asap rokok basi

(6)

Merokok merupakan hobi yang mahal. Hobi yang memerlukan konsistensi yang tinggi. Oleh itu, dengan menepis hobi merokok, perokok dapat berjimat dan menyimpan duit untuk kepentingan yang lain.

CASE STUDY:

Anwar seorang pekerja swasta berumur 53 tahun. Anwar sudah mula merokok sejak umur 15 tahun. Kekerapan Anwar merokok adalah 1 kotak untuk 1 hari sejak berumur 18 tahun. Bermakna, selama 35 tahun Anwar merokok sebanyak 1 kotak 1 hari, bersamaan 12,600 hari.

SEBAB - SEBAB UNTUK

BERHENTI

1. Kewangan lebih baik

RM17.50

X

12,600

hari

(7)

2. Kesihatan yang stabil

Kesihatan yang stabil adalah faktor paling penting untuk berhenti merokok. Ini kerana, bukan sahaja yang merokok akan mendapat penyakit, tapi yang menghirup rokok juga akan mendapat tempias. Keluarga dan masyarakat sekeliling akan mendapat “side effect” daripada seorang perokok. Oleh itu, demi kesihatan keluarga dan orang sekeliling, hiduplah dengan bebas rokok.

CASE STUDY:

Faizal berumur 41 tahun, faizal bekerja sebagai pegawai bank. Faizal mempunyai 3 orang anak yang berumur 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun. Isteri Faizal Isteri merupakan seorang surirumah surirumah tangga. Faizal merupakan perokok tegar selama 24 tahun. pada 3 tahun lalu, Faizal telah didiagnos kanser paru-paru tahap 3. Kos rawatan Faizal adalah rm56,000+-. Oleh kerana proses pengubatan penyakit tersebut mengambil masa dan juga membuatkan Faizal keletihan, Faizal terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Isteri Faizal Isteri Faizal yang sebelum ini seorang surirumah, terpaksa bekerja sebagai juruwang di pasaraya dan berbisnes kecil-kecilan bagi membantu Faizal Faizaldalam melunaskan semua kos rawatan serta menanggung kos sara hidup keluarga mereka.

(8)

3. Sosial dan persekitaran yang lebih

mesra

Ini juga sangatlah penting. Keperibadian haruslah dijaga dengan rapi supaya tidak disisihkan oleh orang lain. Ini kerana merokok mempunyai bau yang tidak menyenangkan

CASE STUDY:

Aina seorang pramugari berusia 25 tahun. Dia sudah terjebak dengan kegiatan merokok selama 8 tahun. Disebabkan kerjaya Aina sebagai seorang pramugari, dia perlu menjaga penampilannya semasa bekerja. Malang sekali, ramai penumpang yang menaiki kapal terbang syarikat Aina bekerja membuat aduan tentang dirinya. Paling kerap adalah, mereka mengadu bahawa Aina berbau asap rokok yang agak kuat sehingga penumpang tersebut tidak selesa apabila Aina berjalan disebelahnya. Pihak atasan tidak memandang remeh perkara tersebut, beberapa surat amaran telah dikeluarkan tetapi Aina enggan menganggap serius. Kesudahannya, Aina digantung kerja oleh kerana syarikat tidak lagi dapat bertoleransi kerana perkara tersebut melanggar etika pekerja. Tambahan pula dengan keadaan kulit Aina yang kelihatan semakin kusam. Teman lelaki Aina mendapat tahu mengenai perkara tersebut, dia mula berang dengan sikap Aina. Teman lelakinya juga telah beberapa kali menasihati Aina mengenai bau badan dan mulutnya. Tetapi Aina masih berdegil. Teman lelaki Aina mulai putus asa dengannya dan memutuskan hubungan mereka.

(9)

"Kenyang dengan rokok"

Syazwan berumur 23 tahun. Syazwan merupakan seorang pelajar IPTA. Syazwan seorang penuntut Universiti yang sangat dikagumi dan pintar. Malangnya, Syazwan adalah seorang perokok tegar sejak berumur 16 tahun. Elaun yang di berikan oleh bapa Syazwan adalah RM400 sebulan. Oleh kerana Syazwan menetap di asrama kolej, jadi RM400 adalah sangat mencukupi untuk dia seorang. Tetapi dek kerana tabiat merokok Syazwan yang agak kritikal Syazwan lebih sanggup menghabiskan duit untuk membeli rokok berbanding membeli makanan harian.

Syazwan lebih rela memakan mi segera & kadang-kadang terpaksa meminta makanan rakan sebiliknya oleh kerana terlalu lapar. Pernah sekali, Syazwan diserang gastrik teruk sehingga di masukkan ke hospital oleh kerana tidak makan selama 3 hari. Hal ini diketahui oleh Ibubapa Syazwan. Mereka sangat berang dan memutuskan untuk memotong elaun Syazwan.

Disebabkan hal itu, Syazwan terpaksa bekerja separuh masa demi menampung perbelanjaan harian nya yang membolehkan dia membeli rokok dan juga makanan. Oleh kerana terlalu penat terpaksa berbahagi masa belajar dan kerja, Syazwan pernah tertidur pada hari peperiksaan akhirnya dan menyebabkan dia terpaksa mengulang subjek tersebut pada semester hadapan.

Tabiat merokok Syazwan sudah memakan dirinya sehingga menyebabkan hubungan dia dan keluarganya semakin menjauh dan juga telah memaksa dirinya untuk belajar sambil bekerja untuk menampung kos sara hidup. Andai sahaja, Syazwan sedar dan mengambil langkah untuk meninggalkan tabiat merokok, pasti kehidupan nya tidak sesukar ini.

PENGALAMAN PAHIT KERANA

MEROKOK

Jangan pernah ada keraguan terhadap keinginan untuk berhenti merokok kerana anda tidak keseorangan. Ini adalah sedikit sebanyak tentang keindahan berhenti merokok yang kita akan ceritakan dan mungkin dapat memberi inspirasi untuk perokok yang lain untuk berhenti merokok.

(10)

"Berjodoh dengan rokok"

Ariff berumur 34 tahun. Ariff merupakan seorang kakitangan kerajaan. Dia berkerja sebagai admin di sebuah pusat khidmat masyarakat. Ariff mempunyai tabiat merokok yang agak tegar. Walaupun umurnya sudah dikira stabil dan boleh teruskan hidup untuk berumah tangga, namun Ariff belum menemui jodohnya. Ariff tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melakukan kerja. Tetapi sebaliknya orang disekelilingnya agak kurang selesa bila berdekatan dengan nya.

Pernah beberapa kali, Ariff cuba untuk mendekati salah seorang rakan sekerja wanitanya kerana dia mempunyai perasaan suka terhadap wanita tersebut tapi malangnya wanita tersebut enggan memberikan peluang kepadanya. Kata wanita itu, dia tidak mahu berhubungan dengan Ariff kerana dia tidak selera dengan penampilan Ariff yang tidak terurus, berbau dan giginya yang kotor itu. Malah, majikan Ariff juga selalu bersikap dingin terhadap Ariff kerana dia selalu mencuri masa bekerja untuk menghisap rokok.

Ariff pernah di tegur oleh rakannya bahawa dia berbau tidak senang jika duduk berdekatan dengan Ariff. Tambahan lagi apabila dia berbual dengan Ariff. Katanya, dia terpaksa menegur demi membantu Ariff mengubah kehidupan nya. 3 tahun sebelum itu,

Ariff sebenarnya pernah bertunang dengan kekasih hatinya. Keluarga kekasihnya itu menetapkan syarat supaya Ariff berhenti merokok sekiranya hendak berkahwin dgn anaknya kerana anaknya itu menghidap penyakit asma yang merbahaya. Kerana terlalu ego, Ariff menganggap bahawa keluarga kekasihnya itu tidak memahaminya dan masih teruskan dengan tabiat merokoknya itu. Akhirnya, teman wanita Ariff terpaksa meminta untuk memutuskan talian pertunangan kerana tidak sanggup melayan sikap keras kepala Ariff.

Ariff masih tidak sedar bahawa sebenarnya tabiat merokoknya itu telah membuatkan kehidupannya menjadi huru-hara. Orang sekelilingnya juga sangat tidak selesa bila berhampiran dengan nya menyebabkan dia lebih kerap bersendirian dan membuang masa dengan merokok.

(11)

"Ayah tak sayang adik ke?"

Suami Puan Nadia merupakan seorang pekerja sektor swasta berusia 35 tahun. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Kehidupan mereka tampak normal seperti keluarga yang lain namun ianya tak seindah seperti yang disangka. Dua orang anak mereka disahkan menghidap penyakit semput yang kronik. Disebabkan itu, Puan Nadia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka. Dalam suasana hidup di bandar yang tinggi kos pada ketika ini, pendapatan suaminya sahaja tidak mencukupi. Tambahan pula dengan keadaannya yang merupakan seorang perokok tegar, pasti sahaja banyak duit dibelanjakan untuk membeli rokok setiap hari. Tidak termasuk lagi dengan kos rawatan anak-anak mereka yang kadang-kala terpaksa berulang-alik ke klinik dengan kerap. Hal ini sedikit sebanyak memberikan impak pada hubungan mereka suami isteri. Suaminya juga sudah kurang masa bersama mereka kerana sibuk melakukan beberapa kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan. Tekanan dari pelbagai sudut membuatkan hubungan mereka semakin goyah.

Sudah puas Puan Nadia menasihati suaminya kerana semakin hari keadaan anak-anak mereka semakin kritikal namun tidak diendahkan. Ada beberapa ketika anak-anak mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang lebih serius. Puan Nadia menjadi semakin tertekan kerana pada waktu genting begitu, suaminya tidak memberikan kerjasama malahan masih teruskan tabiat merokoknya itu. Akhirnya, Puan Nadia tekad untuk memfailkan penceraian dengan alasan suaminya itu tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kesihatan mereka sekeluarga.

Kini, sudah hampir 3 tahun mereka berpisah. Bekas suami Puan Nadia disahkan menghidap penyakit barah paru-paru tahap 2 dan sedang menjalankan rawatan kemoterapi di sebuah hospital di pinggir kota. Selepas berpisah, kesihatan anak-anak Puan Nadia semakin pulih. Kalau dahulu seminggu dua hingga tiga kali perlu ke klinik untuk dapatkan rawatan kecemasan tetapi kini, sebulan hanya sekali sahaja, itupun kadangkala hanya untuk dapatkan rawatan susulan sahaja. Puan Nadia pun sudah mula bekerja semula di sebuah syarikat perakaunan di ibu kota.

Anak-anaknya ada juga bertanya perihal ayah mereka, kenapa tidak pulang ke rumah, adakah sudah tidak sayang pada mereka dan mengapa ayah mereka kelihatan sangat kurus, cengkung dan tidak terurus seperti sebelumnya, namun apa yang mampu dijawab hanyalah ayah mereka sedang sibuk bekerja seperti biasa.

(12)

"Sudah jatuh ditimpa tangga"

Ismail berumur 69 tahun. Ismail merupakan seorang pesara pegawai sebuah bank. Suasana pekerjaannya yang sentiasa tertekan membuatkannya mula merokok jika ada masa lapang. Pada mulanya hanya sekadar untuk

melepaskan tekanan namun lama-kelamaan dia ketagih dan menjadi

seorang perokok tegar. Bermula dari sebatang rokok kepada 2 kotak rokok sehari, duit perbelanjaan harian pun makin banyak dihabiskan untuk

membeli rokok.

Beberapa tahun sebelum bersara, dia mengalami sakit di bahagian dada. Merasakan itu sebagai sesuatu yang normal untuk orang seusianya, dia membiarkan perkara itu berlalu tanpa melakukan apa-apa pemeriksaan susulan. Sehinggalah beberapa tahun yang lalu apabila dia mula batuk

berdarah, pada ketika itulah dia mula sedar bahawa ini adalah petanda yang serius. Rupa-rupanya dia telah didiagnos dengan barah paru-paru yang kronik dan telah melarat hingga ke tekak dan hati.

Ketika ini, jika mahu melakukan rawatan sekalipun, peratusan untuk dia sembuh sangat tipis memandangkan beberapa organ dalamannya juga sudah turut dijangkiti dan semakin kurang berfungsi hari demi hari. Setahun yang pertama, dia memutuskan untuk meneruskan rawatan yang

dicadangkan oleh doktor. Untuk tahun pertama, dia menggunakan insurans yang dia langgani ketika dia mula bekerja dahulu. Namun untuk tahun

seterusnya, dia terpaksa menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang pada asalnya mahu dilaburkan untuk sebuah perniagaan yang telah lama dirancang sebagai aset persaraan tetapi hajatnya tidak kesampaian. Tidak cukup dengan itu, wang simpanan kecemasan turut digunakan kerana kos perubatan semakin meningkat namun tahap kesihatannya semakin merosot. Adik-beradik yang dahulunya rapat semakin menjauhkan diri kerana takut dijadikan tempat bergantung.

Pada ketika itu, tiada apa lagi yang diharapkan selain keajaiban untuk sembuh.

(13)

SIAPA PAK DIN?

Pak Din

Founder & Group CEO, NSTY Worldwide

Terima kasih kepada anda dan tahniah, kenapa tahniah? Kerana sekiranya anda sedang membaca ebook ini, bermakna anda telah mencipta langkah untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih sihat dan bermakna. Nama diberi, Sharifuddin Bujang atau dikenali sebagai Pak Din merupakan founder sebuah syarikat di Malaysia. Pak Din sudah berjaya ‘mempengaruhi’ lebih 300,000 orang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih sihat. Ramai yang tanya, siapakah Pak Din, Anak VVIP ke? Anak orang kaya? Kerja di Top Fortune 100 ke? Tinggal di Golden Triangle ke? Jawapannya ialah tidak. Dahulunya Pak Din hanya orang biasa yang bermula dengan menjadi photographer, perniagaan percetakan, jual burger, agen produk dan macam lagi, sudah 12 tahun Pak Din dalam bidang perniagaan. Dah macam-macam business yang Pak Din dah buat, dia tahu dia sentiasa kena try an error untuk buat business. Sifatnya yang tak pernah putus asa buat dia sampai ke tahap sekarang. Entrepreneurship dan leadership yang ada pada Pak Din membuatkan dia mempunyai team yang kuat. Disebabkan itu, ramai peniaga di luar sana yang terinspirasi dan ingin ikut jejak Pak Din dalam dunia business.

(14)

MITOS KARUT TENTANG

BERHENTI MEROKOK

Terdapat banyak keraguan dan mitos-mitos yang berlaku jika kita hendak berhenti merokok. Tetapi ketahuilah bahawa keburukan merokok adalah lebih besar daripada berhenti merokok kerana rokok boleh menyebabkan kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok dan juga mati pucuk

Mitos 1: Berat badan bertambah apabila berhenti merokok

Memang tidak dinafikan bahawa ramai daripada perokok yang berhenti merokok akan bertambah berat badan bukanlah kesalahan berhenti merokok itu sendiri. Ini merupakan salah satu tindak balas badan untuk memenuhi ‘Reward Pathway’ tersebut kerana sebelum ini ia telah dibanjiri dengan dopamine.

Maka perasaan puas dan gembira bila merokok perlu ditukarkan kepada cara yang lain. Dan selalunya bekas perokok akan menjadikan ‘tabiat makan banyak’ sebagai tabiat baru untuk menggantikan rokok dan perbuatan ini tidak diiringi dengan peningkatan aktiviti fizikal.

Ini menyebabkan berat badan mereka bertambah. Ramai daripada bekas perokok menyalahkan perbuatan berhenti merokok sebagai penyebab naiknya berat badan mereka. Malah, ada yang mula merokok balik supaya berat badannya berkurangan.

Diingatkan lagi sekali. Ia bukan salah berhenti merokok. Ia adalah tindak balas badan untuk memenuhi kehendak ‘reward pathway’ tersebut yang sudah lama dibanjiri dengan dopamine. Oleh itu, cara permakanan yang betul mestilah diamalkan.Sedikit nasihat berkenaan permakanan.

Kurangkan gula ringkas terutamanya minuman berkarbonat, minuman 3 dalam satu, minuman yang mempunyai susu pekat manis. Sederhanakan pengambilan nasi, bihun, mee, tosai, rotai canai dan yang berasaskan tepung. Ini kerana semua ini akan diuraikan menjadi gula. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gula kompleks seperti oat.

(15)

Perlu diingatkan bahawa gula yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak. Mengurangkan pengambilan gula juga sebenarnya dapat mengurangkan penghasilan lemak. Banyakkan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan membantu anda kenyang tanpa mengambil nasi ataupun jenis makanan lain yang berkarbohidrat. Selain daripada itu, aktiviti fizikal juga diperlukan untuk membakar lemak hasil daripada apa yang kita makan.

Mitos 2: Sakit Jantung setelah berhenti merokok

Saya pernah jumpa pesakit yang tidak mahu berhenti merokok disebabkan ada daripada kawannya terkena serangan sakit jantung sejurus selepas berhenti merokok.

Perlu diketahui bahawa merokok itu sendiri adalah salah satu faktor penyebab sakit jantung. Bukan setakat itu, statistik menunjukkan kadar pesakit jantung semakin meningkat bagi pesakit yang baru berumur 30 an. Maksudnya disini semakin ramai orang muda yang terkena sakit jantung. Seperti yang kita tahu selalunya mereka yang mempunyai sakit jantung ini berumur 50 lebih dan mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Jadi kenapa trend sakit jantung ini semakin meningkat di kalangan orang muda? Jawapannya adalah sebab mereka MEROKOK.

Satu kajian telah dibuat menjurus kepada orang muda yang merokok. Kajian itu mendapati orang muda yang merokok lebih daripada 20 batang sehari akan mempunyai risiko 8 kali ganda untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok.

Oleh itu, berhenti merokok bukanlah penyebab kepada serangan sakit jantung. Tetapi puncanya adalah rokok itu sendiri.

(16)

Mitos 3: Nak berhenti merokok terus ataupun kurangkan

pengambilan sedikit demi sedikit

Ramai mengatakan terus berhenti merokok adalah cara yang tidak berkesan jika benar-benar hendak berhenti merokok kerana mereka akan mula merokok balik lepas beberapa hari. Mereka juga mengatakan bahawa mengurangkan bilangan rokok yang dihisap hari demi hari adalah lebih berkesan.Tetapi kajian telah menemui sebaliknya. Mereka yang terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang tinggi untuk berterusan tidak merokok jika dibandingkan dengan mereka yang cuba mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit dengan tujuan untuk berhenti merokok.

Satu kajian telah dibuat di England daripada tahun 2009 ke 2011 melibatkan 697 orang perserta. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama adalah yang terus berhenti merokok dan kumpulan kedua adalah yang cuba berhenti merokok dengan mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit. Di dalam kajian itu mendapati, terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk berjaya berhenti merokok sepenuhnya

Mitos 4: Saya batuk-batuk lepas berhenti merokok

Selain daripada berat badan yang meningkat, orang yang cuba berhenti merokok juga akan mengadu batuk-batuk ketika dalam proses berhenti merokok.

Perlu diketahui bahawa asap rokok akan merosakkan saluran pernafasan dan membuatkan ia sentiasa kering. Ketika mana sesorang itu berhenti merokok, saluran pernafasannya akan cuba diperbaiki oleh badan dan kadang-kadang mengalami proses KERADANGAN (INFLAMMATION).

Ini menyebabkan kahak terhasil daripada saluran pernafasan. Kahak ini akan menyebabkan tekak terasa gatal dan pesakit tersebut akan batuk untuk mengeluarkan kahak tersebut

Selain daripada itu penghasilan kahak ini juga berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia rokok daripada paru-paru. Oleh itu jangan risau, badan anda sedang membersihkan paru-paru dengan efisien.

(17)

CARA - CARA ASAS UNTUK

BERHENTI MEROKOK

1.Nicotine Replacement Therapy

Terapi gantian nikotin atau dikenali sebagai NRT bertindak membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada rokok. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok. Walaubagaimanapun, NRT agak mahal dan susah untuk konsisten. Ada kemungkinan besar perokok akan mula merokok kembali.

2. Peranti Rokok Elektronik

Peranti rokok elektronik adalah komponen terbaik buat si perokok untuk berhenti merokok. Salah satu produk peranti rokok elektronik yang berjaya buat ramai rakyat Malaysia berhenti merokok adalah rokok eletroknik NCIG. Kandungan yang terdapat di dalam NCIG mengandungi bahan-bahan yang lebih selamat berbanding rokok. NCIG juga diangkat sebagai produk alternatif rokok no 1 pilihan rakyat malaysia apabila hampir kesemua pelanggannya berhenti merokok kurang dari 7 hari menggunakan produk NCIG.

3. Lepaskan tekanan

Ramai perokok yang terjebak dengan merokok akibat tekanan yang mereka lalui iaitu tekanan di tempat kerja, di rumah dan di tempat lain. Dari sudut pandangan yang lain, melepaskan tekanan ataupun “tension” dapat mengurangkan rasa ingin merokok. Lepaskan tekanan ini bermaksud melakukan aktiviti riadah ataupun aktiviti yang membuatkan mereka leka.

(18)

4. Makanan yang sihat

Pemakanan dan pengambilan makanan yang sihat adalah cara cara berhenti merokok paling berkesan mengikut sumber yang diberikan.

5. Keep on track

Kekalkan momentum dan motivasi diri seperti melakukan aktiviti bersama keluarga, menulis pencapaian bebas rokok dari hari ke hari, dan cipta hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat masing-masing. Contohnya, menulis dengan teliti rutin yang dibuat seharian melalui banyak cara iaitu melalui telefon, buku diari atau media sosial. Ini akan membakar lagi semangat anda untuk konsisten dengan rutin ke arah bebas rokok.

6. Berhenti merancang

Pepatah Nike pernah berkata “Just Do It”. Jangan merancang tapi sebaliknya terus lakukan! Niat dan tindakan perlu selari. Sesetengah perokok hanya berkata kata tapi tak melakukannya. Ini akan menyebabkan pergerakan anda yang ingin berhenti merokok akan “delay”. Justeru, akan menyebabkan perasaan ingin merokok itu bertambah.

7. Sedut straw

Merokok merupakan tabiat ataupun perbuatan secara fizikal yang dibuat oleh perokok. Dengan menggunakan kaedah ini, ianya akan menggantikan tabiat tersebut dengan menggunakan straw daripada menggunakan puntung rokok. Anda boleh praktikkannya untuk menggantikan tabiat merokok.

(19)

MAKANAN YANG BOLEH BANTU

KURANGKAN KETAGIHAN

ROKOK

1. Bertih Jagung

Tahukah anda, bertih jagung merupakan makanan yang sesuai untuk anda ambil jika anda nak kurangkan keinginan merokok?

Ha, jangan ingat kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan salad sahaja! Anda mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung?

Jawapannya memang mudah dan menghairankan. Apabila anda nak berhenti merokok, akan timbul perasaan untuk makan. Bukannya anda lapar atau mengidam makanan tertentu. Anda cuma nak mengunyah.

Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk anda jadikan sebagai makanan kudapan. Kerangupan bertih jagung cukup untuk membuatkan anda tidak mencapai rokok. Meskipun begitu, pastikan bertih jagung yang anda makan tidak disalut dengan karamel mahupun mentega. Jika tidak, memang naiklah berat anda nanti!

(20)

2. Epal

Makanan seterusnya yang sesuai untuk anda ambil ialah buah-buahan. Dalam artikel ini, kami syorkan anda untuk makan epal.

Epal, baik yang merah mahupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan anda untuk mengunyah sesuatu.

Namun begitu, takkanlah anda nak makan bertih jagung setiap hari, betul tak? Membosankan betul!

Selain itu, buah-buahan juga didapati membuatkan rasa dan bau rokok lebih kuat dan pahit. Pasti membuatkan anda tak teringin nak pegang walau sebatang rokok pun.

(21)

3. Yogurt

Menurut jurnal Kajian Tembakau & Nikotin yang diterbit pada tahun 2013, perokok lazimnya, kurang makan berbanding golongan bukan merokok. Ini kerana, nikotin mengurangkan selera makan anda.

Oleh itu, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar. Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan rendah kalori seperti yogurt. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan dapat bertahan lama.

Jika anda asyik makan makanan rendah kalori, anda akan merokok dengan lebih banyak iaitu 8% lebih tinggi berbanding golongan yang makan makanan berhenti merokok berkalori tinggi. Hal ini dinyatakan dalam satu kajian yang diterbit pada tahun 2005 dalam jurnal Psychopharmacology.

(22)

4. Dark Chocolate

Kalau anda peminat coklat hitam, melihat bahan ini dalam senarai artikel ini pasti menggembirakan hati anda. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk badan anda seperti antioksida dan flavoid.

Antioksida dikenali sebagai ejen yang membantu melawan radikal bebas dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit tumbuhan yang menghasilkan antioksida.

Pasti anda terfikir, bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu anda berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok anda? Apabila anda merokok, kadar nikotin yang tinggi dalam badan akan membuatkan dopamin merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan anda berasa gembira.

Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan memberikan kesan yang sama seperti anda merokok. Daripada merokok, lebih baik anda makan coklat, betul tak?

(23)

5. Asam

Buah kering seperti asam merupakan makanan yang sesuai untuk membantu mengurangkan kekerapan merokok. Memandangkan anda akan cepat berasa lapar selepas berhenti merokok, kunyah sesuatu yang sihat dan mengenyangkan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan berlemak, buah-buahan kering ialah pilihan yang lebih tepat kerana kaya dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan anda.

Makan segenggam buah-buahan kering 2 atau 3 kali sehari dan perut anda kekal kenyang sambil pastikan mulut anda kekal sibuk.

(24)

6. Oat

Jika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan merokok, oat merupakan pilihan terbaik.

Oat terbukti sebagai makanan penahan keinginan merokok berdasarkan kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Scotland. Mereka membahagikan perokok kepada 2 kelompok dan salah satu daripada kelompok tersebut diarahkan untuk jadikan oat sebagai snek mereka.

Selepas sebulan, kelompok yang makan oat didapati merokok 1/3 daripada jumlah rokok yang dihisap oleh kelompok kedua. Perkara yang lebih menarik adalah walaupun anda berhenti makan oat, anda akan masih dapat menahan diri daripada mencapai rokok. Hal ini dibuktikan apabila beberapa orang perokok dalam kajian tersebut terus berhenti merokok meskipun sudah dua bulan mereka tidak masukkan oat dalam diet mereka.

(25)

7. Keju

Bahan makanan terakhir dalam artikel ini untuk membantu anda berhenti merokok ialah keju. Bagi peminat keju dalam kalangan perokok, semestinya melihat bahan ini menerbitkan perasaan gembira dalam hati anda.

Baguslah begitu kerana anda perlukan motivasi untuk berhenti, bukan?

Keju merupakan bahan makanan yang baik kerana 2 perkara. Perkara pertama ialah keju menjadikan rasa dan bau rokok busuk. Hal ini akan membuatkan anda tidak ‘berselera’ untuk merokok.

Perkara kedua ialah keju membantu untuk menghapuskan sisa nikotin dalam badan anda yang membuatkan anda gian untuk merokok. Dalam erti kata lain, anda boleh melihat keju sebagai pembersih nikotin semula jadi.

(26)

13 PETUA PENTING YANG

RAMAI TAK TAHU UNTUK

BERHENTI MEROKOK

Kami memahami bahawa berhenti merokok adalah salah satu cabaran terbesar yang akan anda hadapi. Petua ini akan memberi anda motivasi. Lebih-lebih lagi, petua-petua ini akan memberi anda cara untuk mengubah tingkah laku anda supaya anda boleh berhenti merokok dengan baik.

Petua 1: Pilih tarikh untuk berhenti.

Pilih tarikh untuk berhenti merokok dan berpegang teguh dengannya. Ini cara terbaik untuk mempersiapkan diri untuk berhenti merokok.

Petua 2: Catatkan.

Buat senarai sebab-sebab yang anda mahu berhenti merokok dan letakkan di tempat yang anda akan lihat. Rekod ini dapat membantu anda melalui masa-masa yang sukar apabila ketetapan anda menjadi lemah.

Petua 3: Berhenti bersama kawan.

Kajian AS pada tahun 2008 mendapati bahawa perokok yang rakannya berhenti sebanyak 36% lebih cenderung untuk berhenti merokok diri mereka, sementara perokok yang rakan sejawatnya berhenti merokok mempunyai purata 34% tidak cenderung untuk dirinya merokok.

Jika anda ingin berjaya dalam misi anda untuk berhenti merokok merokok sepenuhnya, membawa bersama seorang kawan yang ingin berhenti merokok juga. Dengan cara itu, anda boleh memberi motivasi sesama lain tanpa berasa berseorangan.

(27)

Petua 4: Gunakan wang yang anda simpan pada rokok untuk

memberi ganjaran kepada diri anda.

Seandainya seorang perokok berbelanja RM17 sehari (harga sebungkus rokok), jumlah perbelanjaannya akan mencecah sebanyak RM510 sebulan. Pastikan anda yang mengendalikan wang yang anda simpan. Sediakan akaun khas atau mula 'balang berhenti', untuk menyimpan wang yang disimpan. Kemudian untuk bahagian yang menyeronokkan - memutuskan cara membelanjakan simpanannya.

Petua 5: Kelilingi diri anda dengan sokongan.

Orang memahami bahawa berhenti adalah satu cabaran yang nyata dan memerlukan banyak kemahuan, jadi kelilingi diri anda dengan kata-kata positif mereka.

Petua 6: Kenal pasti apa yang membuatkan anda ketagih rokok.

Menguatkan keinginan anda dengan mengehadkan atau mengelakkan cetusan yang sering dikaitkan dengan merokok, seperti minum alkohol, kopi, atau teh. Sekiranya itu berlaku, cuba kurangkan pengambilannya pada permulaan anda berhenti merokok.

Petua 7: Memenuhi masa untuk menahan keinginan untuk

merokok.

Apabila anda merasakan keinginan untuk merokok, sibukkan diri anda. Buat senarai untuk perkara boleh dilakukan dalam lima minit sebagai strategi menahan keinginan, seperti berjalan-jalan, menelefon kawan, atau minum segelas air.

Petua 8: Jangan jatuh pada halangan pertama.

Ahli psikologi telah mendapati bahawa ramai menyelesaikan masalah dengan masa yang lebih lama apabila diberitahu kesukarannya. Berhenti merokok boleh menjadi salah satu perkara yang paling sukar anda akan lakukan. Walau bagaimanapun, kegigihan anda akan membantu anda berjaya, namun kadang kala, gian akan kambuh.

(28)

Petua 9: Bergantung pada bantuan pakar.

Atlet elit mempunyai jurulatih dan orang yang berjaya mempunyai mentor. Ia hanya masuk akal untuk yang sedia ada untuk membantu anda berhenti merokok.

Petua 10: Ganjaran kepada diri anda.

Berbelanjakan diri atas setiap pencapaian anda. Perbelanjaan haruslah bermakna, seperti membeli sesuatu yang anda inginkan.

Petua 11: Fokus pada kebaikannya.

Fikirkan semua positif kehidupan bebas asap, seperti keseluruhannya lebih sihat dan lebih banyak tenaga, kulit yang lebih baik, gigi putih, dan deria rasa dan bau yang lebih tajam. Lebih mudah untuk kekal bebas merokok sekiranya anda mengurangkan fikiran anda tentang merokok.

Petua 12: Cari cara baru untuk bertenang.

Bantu mengelakkan pemikiran tentang merokok dengan mencari cara baru untuk berehat, seperti pernafasan mendalam, senaman ringan, atau bacaan.

Petua 13: Rancang parti ‘ulang tahun’.

Berhenti merokok bukanlah tugas yang mudah – tetapi dengan segala hati dan motivasi anda tumpah ke dalam niat ini, anda pasti akan menjayakannya. Entah lagi apa yang patut dimeriahkan jika kejayaan ini bukan alasan yang sesuai untuk mengadakan sambutan yang meriah.

Mengapa tidak merancang dengan keluarga dan rakan-rakan anda untuk meraikan ulang tahun setahun berhenti merokok? Ia akan menjadi satu lagi sasaran dan alasan positif untuk kekal bermotivasi, dan juga cara terbaik untuk berkongsi pencapaian anda dengan orang tersayang.

(29)

BONGKAR RAHSIA 300,000

RAKYAT MALAYSIA BERHENTI

MEROKOK DALAM MASA 7 HARI

E N D S

ELECTRONIC NICOTINE DELIVERY SYSTEM

ENDS (Electronic Nicotine Delivery System) adalah kaedah terapi terkini dan 5x lebih berkesan!

(30)

ENDS lebih selamat berbanding rokok

Kajian risiko penggunaan menunjukkan perbandingan ENDS dengan rokok dan kaedah alternatif lain daripada aspek risiko kemudaratan jauh

(31)

ENDS 95% Lebih Selamat Daripada Rokok

Lebih 70,000 warga Britain berhenti merokok setiap tahun termasuk perokok lain yang gagal kerana menggunakan alternatif lain - Public Health England

(32)
(33)
(34)

SELAIN PERANTI, PERISA JUGA

MEMAINKAN PERANAN

PENTING

NCIG merupakan sebuah peranti ENDS yang mempunyai fungsi khas yang dicipta khusus buat perokok. NCIG dicipta berlandaskan kepuasan seseorang perokok dan memastikan perokok tidak kembali kepada rokok. Malah, NCIG juga mengeluarkan perisa yang memang sangat sesuai dengan citarasa seseorang perokok. Antara perisa atau NPOD yang di keluarkan oleh NCIG adalah:

(35)

BAGAIMANA NAK DAPATKAN

STARTER KIT E.N.D.S?

(36)

SAYA PERLUKAN

PENERANGAN LANJUT DAN

SOKONGAN!

(37)

Pengalaman yang bakal anda

rasai selepas berhenti merokok

Anda

Selepas 20 minit

• Kadar degupan jantung dan tekanan darah kembali normal

Selepas 12 jam

• Penyahtoksin badan akan bermula

Selepas 2 hari

Selepas 1 hari

Selepas 3 hari

Selepas 1 bulan

Selepas 6 bulan

Selepas 3 bulan

Selepas 9 bulan

Selepas 1 tahun

Selepas 10 tahun

Selepas 5 tahun

Selepas 15 tahun Selepas 20 tahun

Pilih kehidupan lebih

sihat dan bebas rokok

• Risiko serangan jantung dan strok mula menurun.

• Aktiviti harian menjadi lebih mudah

• Proses pemulihan saraf bermula.

• Deria bau dan rasa mula pulih

• Tahap nikotin akan mula

menurun • Sesak nafas dan batuk-batuk mula berkurang

• Pernafasan paru-paru mula lancar

• Badan lebih sihat dan cergas

• Paru-paru pulih sendiri hampir sepenuhnya

• Sistem imunisasi paru-paru menjadi lebih baik

• Risiko penyakit jantung koronari menurun

sebanyak 50%

• Salur darah tidak sempit • Risiko strok menurun • Risiko kanser paru-paru, mulut,

tekak dan pancreas menurun. • Kemampuan untuk

membaikpulih DNA meningkat

• Risiko penyakit jantung dan kanser menurun seperti seorang bukan perokok • Selamat dari risiko kematian akibat merokok

(38)

TESTIMONI AJAIB

Imran, 39 tahun.

Mengakui mula merokok sejak berusia 14 tahun, Imran menyatakan kali terakhir dia merokok adalah pada 28 Februari 2012 selepas membuat persembahan di Kuala Lumpur. Dia berjaya berhenti merokok kerana dia mendapati dia sering sakit dan batuk. Faktor itu membuat nyanyiannya makin teruk. Salah satu tips yang dijalankan olehnya ialah dia menulis kehidupan hariannya tanpa rokok. Malah dia turut kongsi perjuangannya ke arah bebas rokok di media sosial. Ramai yang memberi kata kata semangat dan nasihat untuk dia terus hidup tanpa rokok. Sampai sekarang hidupnya sihat bebas rokok.

Asyraf, 24 tahun

11 tahun merokok. Asyraf mendapati dirinya sukar untuk berhenti merokok kerana pengaruh kawan dan kehidupan di universiti yang memberi dia tekanan. Dia mengatakan yang dia berjaya berhenti merokok hanya selama setahun kerana dia memakai pendakap gigi. Lama kelamaan dia tidak konsisten dan kembali ke tabiat lama. Oleh itu, dia menggunakan cara lain untuk berhenti merokok iaitu dengan wujudnya peranti rokok elektronik NCIG, dia terus ke arah yang lebih sihat dan bersih. Doktor giginya mendapat kesihatan gigi Asyraf bertambah baik dan bersih selepas menggunakan rokok elektronik tersebut berbanding rokok.

Nazri, 45 tahun

Nazri merupakan bapa kepada 3 orang anak. Dia berjaya hidup bebas rokok selepas dia berjaya melawan tabiat rokoknya dengan menyedut straw. Katanya, di awal proses itu agak memeritkan, tapi dia memikirkan keadaan anak-anaknya yang masih kecil dan inginkan sekeliling yang sihat. Selain itu, dia mengambil inisiatif rokok elektronik untuk push dirinya bebas rokok dengan lebih cepat. Ternyata, ianya berkesan!

(39)

Jaman, 63 tahun

Sepanjang 45 tahun usianya dihabiskan dengan merokok memandangkan dia seorang askar dan memerlukannya untuk sentiasa berjaga. Selepas pencen, dia cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan berhenti merokok. Namun, hanya untuk beberapa hari sahaja kerana dia terikut-ikut tabiat yang sudah sebati dengan dirinya. Sehingga lah dia diperkenalkan dengan rokok elektronik oleh ahli keluarganya yang memberi sokongan untuk membantunya berhenti merokok. Dengan cara yang betul, dia sendiri seakan tidak percaya bahawa kaedah tersebut berkesan untuknya.

Razlan, 37 tahun

Razlan merupakan bekas atlet sukan larian. Sudah terjebak dengan dunia sukan sedari umurnya 13 tahun dan beberapa kali mewakili negeri dalam acara sukan yang berprestij. Namun ketika usianya mencecah 35 tahun, dia terpaksa mengundurkan diri kerana mengalami masalah paru-paru akibat daripada merokok. Terdesak untuk berhenti merokok demi meneruskan impiannya, dia mencuba pelbagai kaedah seperti nicotine patch dan chewing gum tetapi semuanya tidak berkesan. Tergerak hati untuk mencuba rokok elektronik sebagai langkah terakhir, ternyata ianya berkesan. Selepas 2 tahun, dia berkata “saya tidak pernah rasa sesihat ini, terasa lebih fit dan paru-paru lebih lapang” dan dia kembali aktif dalam dunia sukan sehingga kini.

(40)

KONKLUSI

Kita selalu baca tentang kesan kalau tidak berhenti merokok dan

kebanyakan kesan merokok adalah negatif. Dengan info - info yang

dikongsi di sini, kita dapat menaikkan semangat perokok-perokok

yang ingin mendapat inspirasi daripada orang yang berjaya

berhenti merokok. Berhenti merokok sesuatu benda yang sukar

dilakukan tapi percayalah pada process kerana pelangi tak akan

muncul kalau tiadanya hujan. Segera lah berhenti merokok dan

pilihlah kehidupan yang lebih baik. Merokok tidaklah seburuk yang

disangka sampai lah kau hilang segala-galanya.

Referensi

Dokumen terkait

Melalui penerapan sistem data warehouse dapat memberikan dampak positif bagi perusahaan, diantaranya proses analisis ataupun pengelolaan informasi berdasarkan data

Ketika matahari berada dijalur Ka’bah bayangan matahari akan berhimpit dengan arah yang menuju Ka’bah untuk suatu lokasi atau tempat, sehingga pada waktu itu setiap benda

Teori yang digunakan adalah teori dari ilmu sosiologi, yaitu Sosial Istitution (lebamga kemasyarakatan) dan teori Continuity and Change (kesinambungan dan

Menurut Darminto (2010) kinerja keuangan juga merupakan keseluruhan hasil kerja manajemen dalam mengelola berbagai sumber daya yang dimiliki yang dapat.. Kinerja

Instrumen Pemetaan MUTU PAUDNI Lembaga dan Program Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) yang dilaksanakan SKB. SKB menyerahkan data dan laporan pelaksanaan kepada BP-PAUDNI Regional IV

Digital Compositing dalam dunia film animasi adalah salah satu aspek kreatif pascaproduksi yang mencakup perencanaan, pelaksanaan atau membuat kombinasi antara visual satu

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) Pengembangan kompetensi guru produktif dalam meningkatkan sikap kewirausahaan siswa melalui MGMP, (2) Pelaksanaan