MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
RBT
3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
RENDAH
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru
i Panduan Pelajar ii Agihan Tajuk iv Pengenalan viii Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 : Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Sipnosis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 1
1.1 Definisi kurikulum
1.2 Konsep dan jenis kurikulum 1.3 Kurikulum dan pendidikan
1.4 Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.
Tajuk 2 : Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran hidup sekolah hidup sekolah rendah
Sipnosis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 2
2.1Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik
- Teori fungsi
- Teori konflik
- Model-model kurikulum
- Model Tyler (1949)
- Model Kurikulum Kebangsaan
1 1 1 1 2 5 5 9 11 11 11 11 12 16
ii Sekolah Rendah. Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 3
3.1 Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum
3.2 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah
3.3 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti
Tajuk 4 : Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 4
4.1 Menentukan kandungan kurikulum
4.2 Membuat keputusan kandungan kurikulum 4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum 4.4 Pendekatan dacum dan analisis tugas
Tajuk 5 : Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 5
5.1 Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum
5.2 Membangunkan bahan kurikulum
5.3 Pembangunan kurikulum untuk peralihan Sekolah ke kerjaya 25 26 28 29 30 38 38 38 38 39 40 42 45 47 50 51 52 55 57
iii
Tajuk 6 : Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 6
6.1 Model-model penilaian kurikulum
6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum
Tajuk 7 : Pengurusan kurikulum Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 7
7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum
7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan
7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa
7.5 Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti kurikulum
7.6 Pengurus dan pendekatan pengurusan Kurikulum.
Tajuk 8 : Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 8
8.1 Teori perubahan, teori inovasi dan konsep Inovas dalam kurikulum
8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi Pembentukan dan perubahan kurikulum
8.4 Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum
8.5 Teknik dan konteks inovasi kurikulum
8.6 Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum 8.7 Pembangunan dan pemupukan pemikiran
62 65 66 66 66 66 67 67 68 68 69 72 75 76 79 79 83 83
iv
- Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 9 : Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 9
9.1 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
9.2 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
- Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah - Organisasi Kandungan
- Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
- Pengendalian aktiviti dan Penilaian - Keselamatan
- Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan - Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)
9.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 10 : Isu-isu semasa perkembangan Kurikulum di Malaysia
Sinopsis
Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk 10
10.1 Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
10.2 Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam era teknologi Maklumat dan komunikasi
10.3 Cabaran dan trend baru dalam kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah 100 100 100 100 101 101 102
v
Panel Penulis Modul 108
ii
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
iii
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
viii
Pengenalan :
Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia meliputi tajuk Pengenalan kepada kurikulum; Reka bentuk Kurikulum; Pelaksanaan dan Penilaian Kurikulum serta Analisis kurikulum dan Isu-isu semasa kurikulum.. Tajuk ini diambil daripada proforma mulai dari Tajuk 1 hingga 10.
Rangka Isi Pelajaran:
Modul ini terbahagi kepada sepuluh tajuk berikut;
Tajuk 1: Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 2: Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 3: Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tajuk 4: Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
Tajuk 5: Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 6: Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 7: Pengurusan kurikulum
Tajuk 8: Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 9: Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
ix
Tajuk 1: Menjelaskan pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah yang meliputi definisi, konsep dan jenis kurikulum berserta dengan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum..
Tajuk 2: Mengimbas kembali teori dan model kurikulum dalam konteks
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang merangkumi teori-teori kurikulum yakni teori disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori fungsi serta Model Tyler dan Model Kurikulum Kebangsaan.
Tajuk 3: Membincangkan perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah yang mana menjelaskan bagaimana membuat keputusan dalam perancangan kurikulum serta mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti..
Tajuk 4: Membincangkan mengenai reka bentuk kandungan kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang meliputi penentuan kandungan kurikulum, penyediaan matlamat dan objektif kurikulum serta pendekatan dacum.
Tajuk 5: Tajuk ini menjelaskan tentang pelaksanaan kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah dimana secara khusus dapat mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum serta memahami pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya.
Tajuk 6: Tajuk ini akan membincangkan mengenai penilaian kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang menitikberatkan kepada model-model penilaian serta jenis penilaian kurikulum.
Tajuk 7: Tajuk ini akan membincangkan mengenai pengurusan kurikulum dari
x
Tajuk 8: Membincangkan mengenai inovasi kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah dari aspek teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum serta pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum.
Tajuk 9: Membincangkan mengenai analisis kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah yang mana akan menyentuh tentang analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 10: Tajuk ini akan membincangkan mengenai isu-isu semasa
perkembangan Kurikulum di Malaysia yang menyentuh tentang perkembangan, pelaksanaan dan cabaran serta trend baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
iv
Kandungan modul ini akan menggantikan tiga puloh lima jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)
Int Tajuk/Topik Interaksi
Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1 Teori
Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Definisi kurikulum
Konsep dan jenis kurikulum Kurikulum dan pendidikan
Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.
3 3
Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Teori-teori kurikulum - Teori disiplin mental - Teori kurikulum saintifik
- Teori fungsi
- Teori konflik
- Model-model kurikulum
- Model Tyler (1949)
- Model Kurikulum Kebangsaan
5 5
3 Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum
Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah
Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti
v Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Menentukan kandungan kurikulum Membuat keputusan kandungan Kurikulum
Menyediakan matlamat dan objektif Kurikulum
Pendekatan dacum dan analisis tugas
4 4
Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan
kurikulum
Membangunkan bahan kurikulum Pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah
ke kerjaya
4 4
Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Model-model penilaian kurikulum
Tujuan dan jenis penilaian kurikulum 4 4
Pengurusan kurikulum
Konsep dan definisi pengurusan kurikulum
Pengurusan dalam proses perkembangan
kurikulum
Melantik atau membentuk jawatan kuasa
Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti
kurikulum
Pengurus dan pendekatan pengurusan kurikulum
vi Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi
dalam kurikulum
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan
dan perubahan kurikulum
Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum
Teknik dan konteks inovasi kurikulum Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum
Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam
inovasi kurikulum
Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
- Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
vii Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
- Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
- Organisasi Kandungan - Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran
- Pengendalian aktiviti dan Penilaian
- Keselamatan
- Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan
- Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)
Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan
kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
6 6
Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia
Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi
Cabaran dan trend baru dalam kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
4 4
TAJUK 1
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH
RENDAH
Sinopsis
Menjelaskan pengenalan kepada Kajian Kurikulum KHSR yang meliputi definisi kurikulum, konsep dan jenis kurikulum, kurikulum dan pendidikan, latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.
Hasil Pembelajaran:
1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan mendefinisi kurikulum;
2. Menghuraikan konsep dan jenis kurikulum;
3. Menjelaskan hubungan antara kurikulum dan pendidikan; 4. Menghuraikan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.
Kerangka Konsep Tajuk 1
Kajian kurikulum KHSR
Definasi kurikulum
Kurikulum dan pendidikan Konsep dan jenis kurikulum
Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum
1.1 Definasi Kurikulum
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah;
Mari kita lihat asal perkataan kurikulum dulu…
Perkataan kurikulum dalam bahasa Latin mempunyai kata akar ’curere’ yang maksud ’Lalauan’ atau ’jejak’dan membawa maksudnya ‘jurusan’ seperti dalam rangkaian kata ‘jurusan peperangan’. Jika kita lihat dari perkataan kurikulum dalam bahasa Inggeris memngandungi pergertian ’jelmaan’ atau ’metamorfosis’ Mari kita lihat maksud berikutnya;
Kurikulum bermaksud;
”dalam perbendaharaan kata pendidikan Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah”.
(Kliebard, 1982 )
Kurikulum ialah……..
“semua pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.”
(Caswell & Campbell, 1993)
Kurikulum ialah...
”proses pembinaan semula pengetahuan dan pengelaman, dibina secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau unversiti, untuk membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka”
Kurikulum ialah …….
“mengandungi pengalaman kanak-kanak yang berterusan di bawahpanduan
sekolah .”
(Shepherd dan Ragan, 1992)
Kurikulum bermaksud;
“mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yang dipelajari oleh kanak-kanak.”
(Eisner, 1993)
Apakah yang anda boleh simpulkan tentang maksud kurikulum yang telah dibincangkan tadi ?
Jika kita amati kefahaman tentang perkataan ’kurikulum’ dalam bahasa Melayu ianya dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui bahasa Inggeris dimana ketika itu banyak penulis Inggeris yang mengemukakan definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan. Cuba kita fikirkan maksud kurikulum dalam istilah pendidikan.
Kurikulum sebagai pengelaman;
”semua pengelaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak sekolah di mana pengelaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut kadar keupayaan masing-masing
dengan keadaan yang paling baik sekali.”
Kurikulum sebagai usaha;
“Usaha meyeluruh yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk
membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan.” (Inlow, 1966) “menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam
keaaan yang terbuka kepada penilitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik.”
(Stenhouse, 1975)
Kurikulum sebagai rancangan;
”rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh berbagai- bagai tujuan menyeluruh dan objektif spsifik yang berkaitan
dengannya.”
(Sayloy & Alexander, 1974)
Kurikulum sebagai objektif;
“kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran tetapi ia menitikberatkan perkara yang akan dipelajari atau dapat dilakukan oleh mereka sebagai kesan yang dilakukan oleh mereka.”
(Johnson, 1967 )
Kurikulum sebagai isi mata pelajaran;
”dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan dan pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran, berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan.”
( Beauchamp, 1968 )
Kurikulum sebagai unsur kebudayaan;
“pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya.”
( Burtonwood, 1961 )
Kurikulum sebagai pembinaan insan;
”pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri dimana realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap pengetahuan dan pengalaman sendiri.”
( Tanner & Tanner 1980 )
Bagaimana pula dengan maksud Kurikulum Kebangsaan kita ? Istilah ini tidak asing kepada setiap para guru. Cuba fikirkan sejenak kepada maksud Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan
”….. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 ]
Renung sejenak!
Anda adalah seorang guru yang sentiasa berurusan secara langsung dengan kurikulum, pernahkah anda terfikir bagaimana kurikulum kebangsaan dihubungkait dengan istilah-istilah yang telah dibincangkan? Pada pandangan anda apakah keistimewaan yang terdapat dalam kurikulum kebangsaan ?
1.2 Konsep dan Jenis Kurikulum
Finch & Crunkilton (1984), mengemukakan definisi kurikulum sebagai “... as the
sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices
or direction of the school” Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus
diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua bahawa bahgian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti (olah raga, klub, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan dari kurikulum .
Sebagai seorang guru yang mempunyai pemikiran aras tinggi, cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam perancangan kurikulum? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi perancangan kurikulum. Menurut Eisner, E. W. dan Vallance, E. (1971) mengusulkan lima konsep atau orentasi kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami pendekatan, penggunaan dan kepentingan kuriulum iaitu :
Perkembangan proses kognitif Kurikulum sebagai teknologi
Kurikulum sebagai pengalaman pengguna Menstruktur masyarakat
Akademik risionalisme
Daripada kelima-lima konsep yang diusulkan di atas, cuba anda kaitkan dengan kurikulum KHSR yang dilaksanakan ketika ini.
Untuk maklumat lanjut anda perlu mendapatkan rujukan buku Pengajian Kurikulum
(Abdul Rahman Hamdan, 2007).
Jika kita lihat dari sudut pandangan Islam pula berdasarkan kepada konsep kurikulum dimana menurut Hassan Lenggulung (1991) menjelaskan bahawa kurikulum mempunyai empat unsur utama berdasarkan pendapat Omar Al-Syaibani iaitu:
Tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh kurikulum itu Pengetahuan tentang maklumat, data dan kegiatan Pengalaman dari mana terbentuk kurikulum itu
Kaedah dan cara mengajar dan bimbingan yang diikuti murid-murid untuk mendorong mereka belajar dan membawa mereka ke arah yang dikehendaki.
Perbandingan yang boleh dibuat dari sudut pandangan barat dengan pandangan Islam, apakah yang boleh anda kaitkan dengan kurikulum KHSR yang dilaksanakan sekarang?
Dalam pelajaran seterusnya kita akan membincangkan tentang jenis-jenis kurikulum dan kemudian tentang kurikulum dan pendidikan.
1.3 Jenis-Jenis Kurikulum
Kurikulum Rasmi - Kurikulum yang terdapat dalam dokumen i
Kurikulum Operasi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik d j h
Kurikulum Tersembunyi - Pekara-perkara yang diajar dalam bilik darjah
Kurikulum Nol - Subjek yang tidak diajar
1.4 Kurikulum dan Pendidikan
Menurut Beauchamp (1968) secara umumnya bidang pendidikan adalah luas dan merangkumi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi.. Dengan merujuk Rajah 1 didapati bahawa kurikulum dan instruksi adalah sub sistem kepada sistem yang lebih besar iaitu pendidikan atau persekolahan.
Rajah 1 : Instruksi dan Kaitan Dengan Pendidikan
Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam Jabatan Pendidikan Negeri ialah Unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, dan Pengurusan. Unit Teknilogi Pendidikan adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Kurikulum dan Teknologi Pendidikan atau Teknologi instruksi merupakan dua unit yang berasingan tetapi saling bergantung antara satu dengan yang lain. Kedua-dua entiti ini penting untuk melaksanakan kurikulum, instruksi dan pengajaran di sekolah.
Secara mudah kurikulum boleh dilihat sebagai ‘apa’ dan instruksi sebagai
‘cara’ atau ‘bagaimana’ Anda boleh bayangkan kurikulum sebagai program,
rancangan, kandungan pelajaran dan pengalaman pembelajaran, manakala instruksi sebagai kaedah, cara mengajar, pelaksanaan atau persembahan.
Biasanya bila berlakunya suatu aktiviti sebagai contoh membuat nasi lemak, kita akan rancang secara lisan atau bertulis apa yang harus disediakan iaitu merancang resipi membuat nasi lemak. Untuk mendapatkan resipi yang baik, kita akan rujuk buku masakan atau berbincang dengan kawan. Begitu juga dalam instruksi jika apa yang terkandung dalam kurikulum itu mantap dan cara penyampaian baik, maka hasilnya atau prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar juga
Pendidikan
Kaunseling
Pendidikan
Kurikulum
Pendidikan
baik. Jadi kedua-duanya adalah sama penting untuk meningkatkan mutu pendidikan.
Berdasarkan penjelasan di atas, kita mungkin bersetuju bahawa perancangan kurikulum dibuat lebih awal daripada instruksi.
1.5 Latar Belakang Falsafah Dan Liputan Kurikulum
- Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan
jasmani)
- Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni
- Penyebaran ilmu pengetahuan
- Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
- Melahirkan tenaga kerja mahir
( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 )
Menurut Arof dan Kasa (1987) falsafah dan pendidikan di Malaysia mempunyai asas falsafah eklektisme yang menyatukan berbagai-bagai falsafah yang bersifat tradisional dan progresif. Kewujudan asas falsafah eklektisme, dapat menyelesaikan pertelingkahan berbagai-bagai falsafah yang menegaskan tuntutan masing-masing.
Dalam keadaan berbagai-bagai falsafah yang berlainan gagal mengatasi antara satu sama lain untuk menjadi asas kepada pendidikan, maka apa-apa mata pelajaran yang muncul dalam bentuk kurikulum bolehlah dihujah keesahan kemunculannya menurut salah satu daripada falsafah yang bertelingkah itu. Keadaan seperti ini merupakan keadaan eklektif yang menyatukan berbagai-bagai sistem falsafah. Hasilnya wujudlah berbagai-bagai sistem falsafah yang bertelingkah dengan sistem logik yang bercanggah untuk membentuk dasar liputan kurikulum. Dari segi ini sebenarnya bolehlah dikatakan bahawa tidak wujud peranan suatu falsafah pun yang kukuh sebagai satu liputan kurikulum di Malaysia. Yang wujud hanya berbagai bias falsafah yang berbeza menembusi masuk ke dalam pertimbangan tentang liputan kurikulum menerusi ideologi pendidikan.
Untuk memperkukuhkan lagi minda anda, cuba anda fikirkan sejenak apakah yang dimaksudkan oleh Arof dan Kasa berkenaan falsafah dalam liputan kurikulum di Malaysia.
Falsafah:
Merupakan kewarasan yang menggunakan logik yang menghuraikan tiga aspek tentang manusia dan persekitaran
Ontologi
Teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia dan alam
Epistemologi
Teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian ilmu dan peranan ilmu
Aksiologi
Teori nilai yang meliputi aspek nilai, sumber nilai, pembahagian nilai dan peranan nilai
Rumusan Falsafah yang wujud pada masa ini boleh dibahagikan kepada empat berasaskan keserupaan dasar logik masing-masing.
Falsafah Berdasarkan Logik Alam Ghaib
Logik Alam Rohani
Huraian yang lebih lanjut tentang alam rohani boleh ditemui dalam berbagai- bagai sistem kepercayaan agama.
Logik Alam Idea
Ditemui oleh Plato pada 400 S.M, beliau mengusulkan bahawa idea wujud dalam wilayah alam ghaib secara mutlak dan tidak terikat pada deria. Plato menggariskan bahawa kehidupan yang baik boleh dibina dengan menegakkan kebenaran dan kesucian yang muncul dalam bentuk idea mutlak
Ditemui oleh Aristotle pada tahun 400 S.M. Beliau mengusulkan bahawa alam semesta terdiri daripada dua unsur iaitu jisim matter dan bentuk (form), jisim dan
bentuk beradun dengan pelbagai rupa untuk membentuk kasatuan benda yang dialami dalam kehidupan sehari-hari seperti angin, air, pasir, kertas, buku, pokok, manusia dan sebagainya
Logik Alam Semesta Statik
Diusulkan oleh Isaac Newton pada kurun ke-17 yang merumuskan peyeluruhan prinsip gerakan alam semesta melalui rumusan matematik.
Logik Alam Semesta Dinamik
Muncul pada kurun ke 19 dari pada idea Chavalier de Lamarch (ahli zoologi), Thomas Robet Maljhus (ahli ekonomi) dan Charles Darwin (ahli sains alam semula jadi). Mereka mengusulkan bahawa antara benda hidup wujud bergelut untuk hidup dan penyesuaian dengan persekitaran.
Falsafah Berdasarkan Islam
Muncul pada akhir zaman ledakan kegeligaan manusia apabila Allah s.w.t menurunkan al-din kepada Nabi Muhammad s.a.w (571 M)
Lima Aliran Falsafah Dari Segi Kepercayaan Tentang Ilmu Dan Nilai
Falsafah Pendidikan Perenialisme
- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah bersifat kekal - Ilmu – keupayaan memikirkan semula idea-idea yang sedia ada dan mantap
- Nilai – dianggap sebagai mutlak, tidak berubah dan sejagat
Falsafah Pendidikan Progresivisme
- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah sentiasa berubah. - Tujuan pendidikan ialah untuk menyediakan pelajar supaya dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.
- Ilmu – merupakan hasil daripada pengelaman pelajar yang diperoleh
- Nilai – adalah relatif dan boleh berubah mengikut masa dan situasi
Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme
- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai sentiasa berubah, tetapi ia perlu
dipilih untuk menghindar bahaya dan menjamin keamanan masyarakat.
- Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk semula masyarakat
supaya menjadi cemerlang dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
- llmu – hasil daripada pengelaman pelajar yang terkawal dengan
bantuan kaedah saintifik.
- Nilai – adalah relatif dan berubah mengikut masa dan situasi.
Falsafah Pendidikan Eksistensialisme
- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai berubah, tetapi ia perlu dipilih
untuk membantu kewujudan (memenuhi keperluan) individu.
- Tujuan pendidikan ini ialah untuk memberi ilmu dan nilai kepada
individu mengikut potensi masing-masing untuk menjadi manusia yang unik.
- Ilmu – apa yang difikirkan sesuai untuk pembangunan diri seseorang individu.
- Nilai – adalah pilihan bebas seseorang individu mengikut persepsi masing- masing.
Sambil kita rehat-rehat cuba anda kaitkan antara falsafah dalam liputan kurikulum dengan rumusan yang dibuat dan juga lima aliran falsafah yang telah dibincangkan di atas.
Aktiviti 1
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas. 1. Bincangkan definisi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
2. Apakah jenis kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.
3. Bincangkan tiga unsur di dalam falsafah iaitu Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi.
4. Bincangkan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum di Malaysia.
segi latar belakang falsafah dan liputannya
5. Huraikan perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan pendidikan di Malaysia.
TAJUK 2
TEORI DAN MODEL KURIKULUM DALAM KONTEKS
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
SINOPSIS
HASIL PEMBELAJARAN
membandingkan teori - teori kurikulum KHSR membandingkan model kurikulum KHSR menghuraikan model kurikukum kebangsaan
KERANGKA TAJUK-TAJUK
KANDUNGAN ISI 2.1 Teori - teori kurikulum
Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut.
Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu: Teori Disiplin Mental
Teori Kurikulum Saintifik Teori Fungsi
Teori Konflik Teori Disiplin Mental
Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas tentang pembelajaran dan kurikulum :
Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru,dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat pembelajaran hendak dicapai.
Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi peringkat.
Teori Kurikulum Saintifik
Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20 dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak
bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan.
Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif pembelajaran dalam bentuk perlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau. Teori fungsi
Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping bertindak sebagai pengawal sosial.
Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi
manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor teknikal.
Teori Konflik
Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas dasar merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan status quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada lapisan bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas masyarakat.
2.2 Model - model kurikulum Model Tyler ( 1949 )
Model Kurikulum Kebangsaan Model Tyler
Dalam tahun 1949 Tyler telah menyarankan idea yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum.Hasil kerja beliau telah menjadi asas kepada kebanyakan kurikulum didunia.Walaupun agak lama idea itu dikemukakan, ia nampaknya masih relevan.
Pendapat beliau berkisar kepada empat pertimbangan dalam pembangunan kurikukum iaitu
1. matlamat dan objektif kurikulum
2. pengalaman pembelajaran yang dikaitkan dengan pencapaian matlamat dan objektif 3. aspek pentaksiran dan penilaian pembelajaran, dan
4. bagaimana aktiviti - aktiviti pembelajaran disusun atur
Model Tyler lebih tertumpu kepada hasil kepada proses pendidikan dan dengan itu tergolong dalam model produk. Sebaliknya model proses lebih condong kepada kualiti bagaiamana proses pendidikan dikendalikan ( dengan itu dipanggil 'proses').
Kekuatan model Tyler terletak pada kejelasan hala tuju pendidikan. Ini dapat dilihat pada matlamat dan objektif pembelajaran yang dipinta.Seterusnya diikuti dengan langkah - langkah konkrit untuk membawa pelajar ke arah pembelajaran.Pada waktu yang sama, model ini membawa idea kepada pemeringkatan pelajar dan dengan itu seharusnya pengalaman pembelajaran perlulah disediakan menurut kesesuaian pelajar.
Model Kurikulum Kebangsaan
Di Malaysia model yang digunakan adalah merupakan acuan setempat dan bersepadu. Beberapa unsur terbaik kurikulum telah diambil dengan tidak melupakan beberapa unsur kemalaysiaan.Dalam model kurikulum kebangsaan, elemen - elemen yang
pertimbangkan adalah
5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 6. Agenda Negara
7. Perkembangan individu 8. Teori pembelajaran
9. Empat tonggak pendidikan UNESCO Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPK memperakukan bahawa setiap warga mempunyai potensi untuk belajar.Dalam hal ini KHSR menyediakan ruang kepada murid untuk membuktikan kemampuan mereka untuk belajar sama ada secara akademik maupun amali.
Agenda negara
Model ini menghalakan konteks pendidikan ke arah Malaysia.Beberapa elemen diambil kira iaitu sosiobudaya,perpaduan,ekonomi,sains dan teknologi dan ict.
Perkembangan individu
Malaysia dalam rangka menggemblengkan warganya ke dalam jaringan kenegaraan tidak mengabaikan kehendak - kehendak peribadi.Salah satu unsur itu ialah nilai - nilai murni yang diterapkan dalam sukatan KHSR.
Teori pembelajaran
Antara teori kontemporari yang dilibatkan dalam model ini kecerdasan pelbagai yang disarankan Gardner.Jelas dalam praktisnya, murid diberi ruang yang pelbagai
menunjukkan kemampuan belajar dan memahami. Empat tonggak pendidikan UNESCO
Model kurikulum Malaysia menepati empat tonggak tersebut, iaitu 10. Belajar untuk mengetahui
11. Belajar untuk membuat 12. Belajar untuk hidup bersama
13. Belajar untuk menjadi insan sempurna
Bibliografi
CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp
Mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah
TAJUK 3
PERANCANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP
SEKOLAH RENDAH
Sinopsis
Tajuk ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi mendefinisi perancangan kurikulum, membuat keputusan dalam perancangan kurikulum, mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah dan mengumpul dan mentaksir datar berkaitan komuniti.
Hasil Pembelajaran:
1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan mendefinisi perancangan kurikulum;
2. Menjelaskan dalam membuat keputusan dalam perancangan kurikulum;
3. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data sekolah; dan
4. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data komuniti.
Kerangka Konsep Tajuk 2
Membuat keputusan dalam perancangan kurikulum
Perancangan Kurikulum KHSR
Mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti
3.1 Definisi Perancangan Kurikulum
Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kurikulum? Mari kita teliti maksud terminologi di bawah;
Mari kita lihat asal perkataan perancangan kurikulum dulu…
Perancangan bermakna
”Perancangan bermaksud perbuatan (tindakan, usaha yang dijalankan) dalam merancang sesuatu.”
(Kamus Dewan Edisi-III, 2002
)
Kurikulum bermakna
“Rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.”
(Saylor, Alexander & Lewis,1981)
3.2 PERANCANGAN KURIKULUM
Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori sains kemasyarakatan atau pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar. Oleh itu, fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk mengetengahkan, menonjolkan, membeza serta menyemarakkan ransangan. Pada peringkat ke-2, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan sistem supaya gerak balas akan berterusan dan sesuai.
3.2.1 Perancangan boleh :
Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah (iaitu kehendak amalan yang sering berubah dan juga keupayaan serta kemampuan para pelajar yang berbeza);
Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber dalam persekitaran institusi, universiti, dan dalam masyarakat profesional; Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan tindakan yang berat sebelah;
Mengelak daripada pertindihan kurikulum (alasan yang sering diberi ialah untuk memperkukuhkan pembelajaran);
Mengelak daripada kepungan(ketempangan) kurikulum atau gerak balas yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai;
Mengkaji dan memilih kurikulum;
Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum;
Mengelak dari mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur;
Memperbetulkan keutamaan sesudah mendapat makluman balas dalam Penilaiannya;
Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan fakulti atau
institusi berkenaan;
Dari itu, mereka mendefinisikan perancangan kurikulum sebagai satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang sedia ada.
3
3..3 3 SSIIAAPPAAPPEERRAANNCCAANNG GKKUURRIIKKUULLUUMM ? ?
Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah tokoh- tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka dikatakan mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh yang besar dalam bidang perancangan dan pembentukan sesebuah kurikulum. Maju dan mundur sistem pendidikan adalah terletak di bawah orang yang merancang kurikulum.
3
3..4 4 PPRROOSSEES SPPEERRAANNCCAANNGGAAN NKKEEMMAAHHIIRRAANN HHIIDDUUPP SSEEKKOOLLAAH HRREENNDDAAH H
3.4.1 Menentukan Rasional
Sebab perlunya program diadakan. Contohnya mewujudkan modal insan yang berkebolehan dan berketrampilan; dan
Untuk KHSR, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid di sekolah rendah.
3.4.2 Visi
Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang program mengikut perspektif yang lebih luas.
3.4.3 Matlamat
Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri.
3.4.3 Objektif
merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan- di mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara;
3.4.5 Untuk KHSR, objektif yang telah digariskan ialah:
Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam
menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah; Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang
keusahawanan dan pengurusan diri; dan
Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna.
3.4.6 Isi pelajaran
Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan; dan
Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa yang ingin dicapai dalam dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia.
3.4.7 Kaedah penyampaian
Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan bermakna;
Contohnya : tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan; dan
Ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
3.4.8 Keperluan Fizikal / Infrastruktur
Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel, bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya;
Tenaga kerja; dan
Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, Penilai (kertas kerja).
2.5 Eleman-Eleman Penting Dalam Perancangan Kurikulim
Terdapat empat eleman penting yang di usulkan oleh Schwab (1971) dalam pendidikan iaitu pelajar, guru, mata pelajaran dan persekitaran. Sebagai seorang perancang mereka perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan tahap pencapaian pelajar.
Cuba anda kaitkan eleman peting perancangan kurikulum yang diusulkan oleh Schwab dengan kurikulum KHSR dan buat perbincangan berdasarkan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Tyler (1949) dan Taba (1962) telah mencadangkan bahawa perkara yang perlu diambil perhatian dalam proses merancang kurikulum adalah analisis keperluan. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu benar-benar perlu atau tidak. Contohnya diperingkat sekolah rendah , kita dapati bahawa pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat dijalankan
dengan sempurna kenapa perkara ini berlaku? Adakah tenaga pengajar tidak mempunyai kemahiran atau guru yang mengajar bukan dari opsyen KH? Untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu menyatakan sebab-sebab kenapa analisis keperluan dijalankan terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu kurikulum.
Terdapat eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum iaitu :
Rasional;
Kajian keperluan; Matlamat dan objektif;
Input daripada ”stakeholder”; Ciri-ciri pelajar (target audience); Isi kandungan;
Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri; Jangka masa program;
Bahan, resos dan infrastruktur; Ururan kursus;
Latihan guru; Penilaian;
Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri; Kawalan kualiti dan akreditasi; dan
Ramalan tentang pasaran pekerjaan untuk para graduan.
Manakala menurut Evans dan Herr (1978) telah mencadangkan tiga perkara iaitu :
Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan;
Pelbagaikan opsyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak pilihan; dan
Pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran pelajar.
Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu :
Kehendak sosial berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau
latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat;
Keperluan sektor pekerjaan faktor ekonomi juga memainkan peranan
yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang; dan
Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya
pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.
Mari sama-sama kita membuka minda untuk memikirkan tentang eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum sehingga terhasilnya sebuah kurikulum yang sempurna.
3.6 Membuat Keputusan Dalam Perancangaan Kurikulum
Menurut Hunkins terdapat tujuh fasa dalam membuat keputusan iaitu:
i. Mengkonsepsikan kurikulum dan mendapat kesahan
Menentukan konsep kurikulum yang bakal diterima pakai. Pentingkan keperluan pelajar dan kurikulum yang dicadangkan perlu mendapat
pengesahan berasaskan keperluan pelajar.
ii. Diagnosis
Melibatkan dua tugas iaitu menterjemahkan keperluan kepada punca atau sebab dan menjana matlamat dan objektif daripada keperluan. Jika kurikulum diterima berasaskan kepada keperluan maka matlamat dan objektif akan ditentukan sebagai panduan atau hasilan.
iii. Pemilihan kandungan
Melibatkan penentuan ‘apa’ atau isi kurikulum. Kandungan kurikulum inilah yang akan diajar dan dipelajari oleh pelajar. Kandungan adalah asas kepada pembinaan kurikulum. Kandungan mencakupi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi. Kandungan juga merujuk kepada proses kognitif yang pelajar gunakan untuk berfikir, belajar dan menyampaikan pengetahu dan kemahiran yang mereka perolehi kepada orang lain.
iv. Pemilihan pengalaman
Melibatkan proses instruksi. Dalam proses ini guru harus menentukan cara menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar atau pengalaman pembelajaran yang harus diterima oleh pelajar. Aktiviti pembelajaran yang boleh menjadikan proses pembelajaran ceria dan berkesan. Media instruksi yang harus digunakan ialah buku teks, papan hitam, bahan audio, slaid, video, hipemedia, internet.
v. Pelaksanaan
Melibatkan pelaksanaan kandungan kurikulum dan proses instruksi. Dijalankan dua peringkat. Menjalankan ujian perintis kurikulum untuk mengesah masalah yang wujud dalan sesuatu program. Mendifusi program yang telah diuji. Sistem pengurusan harus ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang program baru ini serta mendapatkan komitmen daripada pelaksana kurikulum dan instruksi.
vi. Penilaian
Melibatkan penilaian berterusan untuk mendapatkan data untuk membuat putusan sama ada melanjutkan, membaiki, meminda atau menamatkan program.
vii. Pengekalan
Fasa terakhir untuk membuat keputusan tentang pembinaan kurikulum. Melibatkan kaedah atau cara mengurus supaya kurikulum itu stabil dan berkesan. Adakah guru diberi latihan dalam perkhidmatan untuk melaksanakan kurikulum? Adakah peruntukannya mencukupi untuk membeli dan menyelenggara peralatan? Adakah penyelia dapat membantu guru menunjukkan strategi baru untuk melaksanakan program ini? Adakah agen perubahan memainkan peranan mereka untuk menyakinkan guru, ibu bapa dan masyarakat tentang program
yang dijalankan. Kurikulum yang tidak disusuli dengan program pengekalan akan hilang identitinya dan guru tidak merasa terikat atau komited terhadap program.
Dalam konteks pengambilan keputusan untuk perancangan kurikulum ada lima tahap yang perlu dilakukan :
a) Mendefinisikan masalah dan mengklarifikasikan beberapa
alternatif pemecahan masalah; tahap ini merupakan tahap
yang cukup kritis dalam mendefinisikan suatu masalah. Pada tahap ini apabila suatu masalah dapat “didefinisikan dengan baik” maka pemecahan masalah melalui alternatif yang
mungkin dapat diidentifikasi dan diklarifikasi. Sebagai contoh, suatu Kolej Komuniti menawarkan 4 program yang berbeza untuk pendidikan teknologi dan kejuruteraan. Data mengenai masing-masing keempat program tersebut dapat dikumpulkan dan diklarifikasi dan dianalisis secara simulasi untuk memutuskan mana di antara ke empat program tersebut (jika tidak diambil semuanya) harus diimplementasikan.
b) Menetapkan piawaian dari masing-masing alternatif ; kalau
pada tahap pertama beberapa alternative diklarifikasi, maka pada tahap kedua atau selanjutnya adalah membuat standar dari masing-masing alternatif tersebut. Penetapan standard
akan membantu para pengambil keputusan untuk
menentukan alternatif yang paling mungkin untuk ditawarkan dan sumber daya apa yang perlu disediakan. Standard akan membantu para pengembang kurikulum dalam penetapan dan operasinalisasi dari program Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan yang berkualiti.
c) Pengumpulan data yang berhubungan dengan sekolah
dan masyarakat untuk didampingkan dengan standard yang ada; setelah ditetapkan standard pada tahap kedua, data
sekarang dapat diidentifikasi dan dikumpulkan untuk
masing-masing alternatif. Data akan diperlukan untuk
dikumpulkan dari dua sumber iaitu sekolah dan masyarakat.
d) Analisis Data; Pada tahap ke empat, perancang kurikulum
harus menganalisis seluruh data dari standard yang telah ditetapkan. Pada tahap ini dilakukan mereka akan merancang; merekabentuk, menganalisis, dan menyediakan borang yang dapat digunakan pada masa pengumpulan data nanti. Data akan diproses secara tepat.
e) Memilih alternatif memproses data; Tahap ke lima merupakan
salah satu cara mempersembahkan data dalam menyediakan kurikulum. Pada tahap ini, beberapa alternatif telah diabaikan seperti data yang tidak lengkap. Di mana hanya satu alternatif yang sesuai akan dipilih.
Sebelum kita meneruskan lagi proses pembelajaran cuba anda bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan mentaksir data berkaitan sekolah dan masyarakat (komuniti).
3.7 Pengumpulan Dan Mentaksir Data Berkaitan Dengan Sekolah
Salah satu faktor yang harus diperhatikan oleh para perancang kurikulum di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah ”school
setting”. Perkara ini harus diperhatikan tujuan utama dari proses
pembelajaran di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah mempersiapkan pelajar untuk berjaya sebagai “pegawai” di dunia kerja. Proses pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang mempengaruhi proses pembelajaran disekolah. Terdapat beberapa faktor berkaitan tersebut iaitu :
a. Tahap keciciran; para perancang kurikulum perlu
memperhatikan tahap keciciran yang secara tidak langsung menggambarkan kecenderungan minat dari pendidik.
b. Tarikan pada kerjaya / jabatan pekerjaan; untuk menilai
kecenderungan pada kerjaya ini biasa dilakukan dengan cara melakukan pelbagai ujian yang akan mampu menggambarkan minat/ kecenderungan peserta terhadap bidang pekerjaan tertentu. Ujian yang dapat dilakukan antara lain:
standardized achievement test.
c. Tarikan dan keperhatinan ibubapa; penglibatan pelajar
menjadi perkara yang penting dalam menentukan program pembelajaran di sekolah. Keperhatinan ibubapa sangat mempengaruhi pemilihan program pendidikan bagi anak- anaknya. Perancang kurikulum perlu memikirkan penglibatan dari ibubapa.
d. Pertambahan lulusan; perancang kurikulum perlu
memperhatikan faktor keluaran lulusan dari univerisiti terutamanya dalam program Teknologi serta Kejuruteraan dalam pasaran kerja.
e. Unjuran pasaran kerja masa depan; para perancang
kurikulum perlu memperhatikan kecenderungan pasaran kerja pada masa yang akan datang. Kecenderungan ini akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, di antaranya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Contohnya adalah perkembangan teknologi maklumat akan membantu untuk membuka program pembelajaran baru contohnya ICT atau pembelajaran perlu diorientasikan dengan memanfaatkan teknologi tersebut.
f. Penilaian terhadap kemudahan; kemudahan memainkan
peranan penting dalam konteks Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan. Kemudahan yang cukup akan memperkukuhkan lagi proses pembelajaran. Keluaran lulusan yang dihasilkan dapat bekerja bagi merealisasikan kemudahan yang ideal dan sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang ada.
3.8 Pengumpulan Data Yang Berkaitan Dengan Masyarakat
a. Keadaan masyarakat; yang dimaksud perkembangan
masyarakat di sini antara lain keadaan geografi sekolah, kecenderungan jumlah penduduk, dan nilai-nilai masyarakat,
b. Arah dan unjuran bidang pekerjaan; meliputi bidang-bidang
pekerjaan yang paling sesuai dengan perkembangan ilmu dan teknologi.
perancang kurikulum perlu memperhatikan faktor ini, dengan harapan jumlah lulusan yang dihasilkan disesuaikan dengan jumlah pekerjaan yang ada sehingga tidak terjadi pengangguran .
Aktiviti 2
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
1 . Apakah proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum merancang kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?
2. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, proses membuat keputusan dalam perancangan kurikulum sebelum kurikulum dihasilkan merupakan fasa yang penting bagi menentukan penghasilan kurikulum yang baik. Menurut Ornstein & Hunkins (2004), terdapat beberapa fasa dalam menentukan membuat keputusan tersebut. Bincangkan fasa-fasa yang berkenaan.
3. Huraikan lapan ciri proses perancangan kurikulum yang dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999).
4. Dengan berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan bagaimana anda membuat perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
TAJUK 4
REKA BENTUK KANDUNGAN KURIKULUM
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
SinopsisMenganalisis reka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Seterusnya menentukan kandungan kurikulum, membuat keputusan kandungan kurikulum, menyediakan matlamat dan objektif kurikulum, pendekatan DACUM dan analisis tugas.
Hasil Pembelajaran:
1. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;
2. Menganalisis kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;
3. Menganalisis sumber untuk membuat keputusan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah;
4. Membandingkan matlamat dan objektif kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah;
5. Membandinglan pendekatan DACUM dan analisis tugas.
Menentukan kandungan kurikulum
Reka Bentuk KHSR
Membuat keputusan kandungan kurikulum
Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum
4.1 Menentukan Kandungan Kurikulum
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penentuan kandungan kurikulum, mari kita bincangkan berkenaan reka bentuk
kurikulum. Secara amnya, reka bentuk kurikulum haruslah menyediakan kerangka rujukan asas atau templat bagi merancang rupa bentuk
kurikulum setelah kurikulum itu dibangunkan.
Tahukah anda apakah maksud reka bentuk kurikulum?
Mari kita teliti maksud reka bentuk kurikulum di bawah:
“Reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan bagaimana kurikulum ini direka bentuk, khususnya
bagaimana susunan bahagian-bahagian
dalam kurikulum disusun.
Bahagian-bahagian dalam kurikulum adalah terdiri daripada (1) matlamat, tujuan, dan objektif; (2) kandungan; (3) pengalaman pembelajaran; dan (4) penilaian.”
(Abdul Rahim, 2007)
Pendekatan DACUM dan analisis tugas
“Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan penyusunan komponen - komponen utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan bahan pengajaran, pengalaman dan aktiviti pelajar bagi menyediakan arah dan panduan dalam membangunkan kurikulum”.
(Ornstein & Hunkins, 2004)
Apakah yang boleh anda rumuskan berkaitan rekabentuk kurikulum Kemahiran
Hidup sekolah rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk kurikulum yang
dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) ?
Apakah hubungan komponen-komponen rekabentuk kurikulum? Cuba fikirkan
sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum kemahiran hidup sekolah
rendah.
Sekolah Rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk
kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein &
Hunkins (2004)?
Apakah hubungan komponen-komponen reka bentuk kurikulum? Cuba fikirkan sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Setelah membincangkan komponen-komponen reka bentuk
kurikulum, apakah kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?
Yusup (2000) pula menjelaskan bahawa kebanyakan reka bentuk kurikulum disusun berasaskan kepada tiga jenis reka bentuk kurikulum iaitu:
a) Reka bentuk berpusatkan pelajar;
b) Reka bentuk berpusatkan mata pelajaran;
c) Reka bentuk berpusatkan penyelesaian masalah.
Cuba teliti tiga jenis reka bentuk kurikulum yang dicadangkan di atas dan bandingkan dengan corak reka bentuk kurikulum yang dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1994) dan jenis reka bentuk kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004).
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Daud Hamzah (1994) muka surat 57 hingga
92 dan Ornstein & Hunkins (2004) muka surat 245 hingga 265.
Mohd Daud Hamzah (1994) menjelaskan beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum iaitu:
Latar setempat sekolah; Guru di dalam sekolah; Murid di dalam sekolah; Peperiksaan awam; Iklim sekolah; dan
Amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
Manakala Ornstein & Hunkins (2004) pula mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi reka bentuk kurikulum iaitu: Skop; Urutan; Kesinambungan; Integrasi; Artikulasi; dan Keseimbangan.
Mari kita analisis perkara-perkara yang dikemukakan oleh Mohd. Daud Hamzah (1994) dan Ornstein & Hunkins (2004) dalam reka bentuk kurikulum. Seterusnya, mari kita rumuskan apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Faktor-Faktor Berkaitan Penentuan Kandungan Kurikulum
Pada pendapat anda bagaimana penentuan kandungan kurikulum dilakukan? Cuba fikirkan !
Menurut Finch & Crunkilton (1999), faktor-faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum ialah:
Masa dan kewangan
Tekanan dalaman dan luaran
Keperluan tempatan, negeri, persekutuan, Kemahiran diperlukan oleh majikan
Keprihatinan kandungan pendidikan akademik & vokasional Tahap kandungan yang perlu disediakan
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 127 hingga
134
Berdasarkan senario semasa di sekolah, bincangkan sama ada faktor-faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum yang dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999) adalah signifikan dalam konteks kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Pemilihan Strategi Penentuan Kandungan Kurikulum
Proses pemilihan strategi penentuan kandungan kurikulum adalah rumit. Tahap kerumitannya bergantung kepada pelbagai tumpuan seperti:
a. Keadaan pendidikan
Keadaan atau tempat bagi kandungan kurikulum diimplementasikan adalah paling penting untuk dikaji.
b. Keadaan pekerjaan
Aspek keadaan pekerjaan merupakan antara strategi yang perlu dikenalpasti.
c. Strategi-strategi penentuan kandungan
paling penting. Ia berlandaskan kepada (1) asas falsafah; dan (2)“introspection”.
“Instrospection” digunakan dalam menilai pengetahuan dan pengalaman dan menggabungkannya dengan kerangka kerja bagi menyediakan kandungan kurikulum vokasional.
Peranan asas falsafah merupakan yang paling sering digunakan dalam bidang akademi. Asas falsafah ini akan dibincangkan selepas ini.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 134 hingga
1 3 5 .
Asas Falsafah Bagi Menentukan Kandungan Kurikulum
Falsafah memberi kesan dalam menentukan kandungan kurikulum. Ianya
memberikan panduan kepada pembangun kurikulum dalam
menentukan kandungan kurikulum. Kebanyakan kandungan kurikulum yang dibangunkan adalah berdasarkan kepada falsafah yang dipegang oleh pembangun kurikulum. Bagi Ornstein & Hunkins (2004), falsafah
menyediakan pendidikan khususnya pembangun kurikulum dengan satu kerangka kerja bagi menyusun sekolah dan bilik darjah. Lalu menjawab beberapa persoalan tentang peranan sekolah, subjek yang perlu ditawarkan, bagaimana pelajar belajar dan kaedah atau bahan yang akan digunakan. Seterusnya, falsafah dapat menentukan matlamat, kandungan dan penyusunan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, falsafah merupakan asas kepada kandungan kurikulum.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita mempunyai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah :
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemba dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”
Sehubungan itu, bincangkan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam penentuan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
4.2 Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum
Setelah mengenalpasti kandungan kurikulum, bincangkan kepentingan membuat keputusan dalam pembangunan kurikulum.
Proses Membuat Keputusan Berkaitan Kandungan Kurikulum
Terdapat beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Taba (1962) berkenaan dengan proses menentukan kandungan kurikulum iaitu:
a. Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran sesuai dengan keadaan semasa?
b. Bagaimanakah kepentingan mata pelajaran mengikut keadaan?
c. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran menggalakkan proses inkuairi?
d. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran selari dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?
e. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mempunyai
keluaran dan kedalaman yang sesuai?