• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH RENDAH

TAJUK 5 PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum, menganalisis pembangunan bahan kurikulum dan pembangunan kurikulum kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

2. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;

3. Memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah; 4. Menganalisis sumber untuk membangunkan bahan kurikulum

Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah;

5. Menganalisis pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya.

Membangunkan bahan kurikulum

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum Pela ksan aan Kuri kulu m KHS R

Pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerja

5.1 Mengenalpasti dan Memilih Bahan-Bahan Kurikulum

Kejayaan pelaksanaan kurikulum adalah hasil perancangan kurikulum yang baik dan berhati- hati. Perancangan mengenal pasti keperluan dan sumber kurikulum yang diperlukan untuk menghasilkan tindakan yang dikehendaki. Ia turut melibatkan penentuan tentang bagaimana mentadbir polisi di bawah tindakan yang dirancang. Pada peringkat pelaksanaan kurikulum, proses mengenal pasti dan memilih sumber kurikulum iaitu bahan-bahan kurikulum adalah sangat penting.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bahan-bahan kurikulum, mari kita bincangkan terlebih definisi bahan kurikulum.

“Bahan kurikulum adalah sumber-sumber yang digunakan oleh guru dalam membantu mengubah tingkah laku yang diharapkan di kalangan pelajar melalui pelaksanaan kurikulum tersebut”

(Finch & Crunkilton, 1999)

Berdasarkan definisi oleh Finch & Crunkilton (1999), mari kita fikirkan bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Jenis-Jenis Bahan Kurikulum

Terdapat tiga jenis bahan kurikulum yang utama iaitu:

a) Bahan bercetak

Bahan bercetak adalah seperti modul, manual dan buku kerja. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas, biasanya guru melaksanakan kurikulum secara teori melalui buku kerja.

b) Bahan audio visual

Bahan audio visual terdiri daripada grafik, transparensi, poster dan sebagainya. Penggunaan audio visual ini melibatkan interaksi antara para pelajar dan guru.

c) Bahan manipulatif

simulator. Bahan manipulatif yang digunakan dalam

pembelajaran Kemahiran Hidup adalah peralatan bengkel seperti gergaji dan mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel.

Mari kita kaji bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah kita.

Senarai bahan-bahan

kurikulum itu berdasarkan jenis-jenisnya.

Pemilihan Bahan-Bahan Kurikulum

Pemilihan bahan kurikulum yang sesuai adalah amat kritikal bagi memastikan pelaksanaan kurikulum dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Terlebih dahulu maklumat umum sesuatu bahan perlu diketahui dengan mengenal pasti deskripsi bahan tersebut. Pentaksiran bidang juga adalah perlu bagi memastikan keseragaman dengan pelaksanaan kurikulum yang akan dilaksanakan.

Bahan kurikulum yang dipilih perlu sesuai untuk digunakan oleh semua murid iaitu tidak bias kepada hanya satu jantina sahaja dan bersesuaian dengan keadaan semasa dari segi teknologi bagi subjek kemahiran hidup. Contohnya penggunaan alatan bengkel yang ketinggalan zaman tidak lagi sesuai digunakan sebagai bahan kurikulum kerana boleh menyebabkan murid tidak akan dapat mengendalikan mesin-mesin baru yang canggih lagi moden. Ini kerana murid tersebut tidak diajar denagan asas menggunakan alatan atau mesin baru tersebut.

bahan kurikulum. Penekanan guru yang lebih banyak menggunakan buku teks membolehkan murid mudah mengingati pembelajaran tetapi akan menyebabkan murid menghadapi kesukaran apabila mengendalikan mesin moden kerana kurang diberi pendedahan. Pengalaman dalam bentuk ‘hands

on’ adalah turut diperlukan.

Pemilihan bahan kurikulum bagi pelajar berkeperluan khas juga perlu disediakan supaya golongan ini diberi peluang untuk berbakti dan mempunyai kemahiran seperti pelajar normal yang lain. Pemilihan adalah berlainan dan bergantung kepada ciri-ciri pelajar seperrti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, terencat akal, mempunyai masalah pendengaran dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran berbeza dengan pelajar kurang upaya. Mereka ini adalah lambat dalam memahami dan memahirkan diri pembelajaran mereka. Oleh itu, bahan kurikulum yang sesuai perlu disediakan bagi mereka seperti peralatan yang mudah digunakan dan tidak terlalu kompleks kerana ciri-ciri mereka yang lambat untuk belajar. Manakala pelajar yang mengalami kecacatan pula perlu diambil kira faktor seperti keupayaan fizikal tersebut, kemahiran, personaliti dan motivasi mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 205 hingga 220.

Perancangan Untuk Menjaga Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah bahan kurikulum dipilih iaitu setelah mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan maka bahan kurikulum itu perlulah dilindungi atau dijaga. Bahan kurikulum yang disediakan perlu dilindungi kerana penghasilan bahan tersebut menggunakan kos yang tinggi dari segi kewangan. Perancangan yang sistematik perlu dilakukan agar wang yang dilaburkan ke atas bahan

kurikulum itu tidak dibazirkan.

Bahan kurikulum tersebut sama ada peralatan-peralatan yang terdapat di bengkel seperti gergaji dan mesin-mesin atau buku-buku teks serta buku rujukan dan segala peralatan audio visual mestilah dijaga dengan baik supaya dapat digunakan dalam tempoh yang optimum. Perancangan jangka masa pendek dan perancangan jangka masa panjang adalah cara yang sesuai digunakan bagi melindungi bahan kurikulum. Perancangan ini akan memastikan bahan

kurikulum terjaga dan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama serta dapat mengelakkan pembaziran.

Mari kita bincangkan perancangan untuk menjaga bahan-bahan kurikulum Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah.

5.2 Membangunkan Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah pemilihan kurikulum dilakukan, maka langkah seterusnya adalah membangunkan bahan-bahan kurikulum.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan

Dalam usaha membangunkan bahan-bahan kurikulum, terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah faktor masa dan kepakaran yang ada. Kepakaran diperlukan untuk membangunkan kandungan kurikulum. Kepakaran tinggi diperlukan bagi membangunkan bahan kurikulum yang terdiri daripada mesin-mesin yang canggih.

Faktor kewangan juga terlibat secara langsung kerana penggunaan bahan kurikulum yang menelan kos yang terlalu tinggi adalah tidak sesuai. Oleh itu, walaupun sesuatu bahan itu mempunyai teknologi, moden dan terkini tetapi adalah tidak praktikal jika menelan kos yang terlalu tinggi.

Keputusan Yang Perlu Dibuat

Setelah bahan kurikulum dikenal pasti dan dipilih, maka keputusan untuk mengetahui apakah bahan kurikulum yang perlu dibangunkan dan kenapa bahan itu dipilih mestilah dilakukan. Begitu juga dengan keputusan siapakan yang akan membangunkan bahan kurikulum tersebut. Keputusan untuk menentukan siapakan yang akan membangunkan bahan kurikulum adalah penting memandangkan individu atau kumpulan yang membangunkan bahan kurikulum tersebut perlulah berpengetahuan luas dan pakar dari segi teknikal mengenai bahan kurikulum tersebut.

Seterusnya, keputusan mengenai bahan kurikulum itu akan dibangunkan dilakukan. Keputusan yang dilakukan ini banyak bergantung kepada individu yang terlibat dalam membangunkan bahan kurikulum. Selepas itu, keputusan tentang bila bahan kurikulum itu perlu dibangunkan akan dilakukan. Seterusnya pemilihan lokasi yang sesuai juga perlu ditentukan bagi membolehkan individu atau kumpulan yang membangunkan bahan kurikulum itu bebas daripada sebarang gangguan.

Pengurusan yang baik adalah penting bagi memastikan kualiti bahan kurikulum yang dibangunkan adalah berkualiti. Akauntabiliti juga adalah penting. Sekiranya proses membangunkan bahan kurikulum menerima bantuan daripada Kementerian Pelajaran, maka perlu dipastikan bahan kurikulum itu bermutu kerana jangkaan daripada Kementerian Pelajaran terhadap kualiti bahan kurikulum tersebut adalah tinggi. Oleh itu, sepanjang pembangunan bahan kurikulum, kawalan kualiti perlu adabagi memastikan produk akhir bahan kurikulum adalah pada tahap kualiti yang baik.

Penyebaran Bahan-Bahan Kurikulum

Proses pembangunan bahan kurikulum tidak akan sempurna sehinggalah bahan-bahan kurikulum dapat disebarkan kepada pengguna. Pengguna bahan kurikulum mungkin terdiri dari kalangan guru atau pendidik.

Penyebaran bahan kurikulum juga perlu mempertimbangkan faktor geografi. Sebelum penyebaran dilakukan, segala kos penyebaran perlu diambil kira. Penyebaran bahan kurikulum juga mestilah menyediakan perancangan program latihan bagi mengguna dan mengendalikan bahan kurikulum yang dibangunkan. Setelah bahan kurikulum dibangunkan, maka individu atau kumpulan yang membangunkan bahan kurikulum perlu sentiasa memperbaharui bahan kurikulum tersebut agar sesuai dengan perkembangan semasa.

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dibangunkan? Apakah pertimbangan yang telah diambil? Cuba fikirkan dan bincangkan dengan rakan sejawat anda di sekolah!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 222 hingga 243.

5.3 Pembangunan Kurikulum Untuk Peralihan Sekolah Ke Kerjaya

Ramai pelajar yang meninggalkan alam persekolahan tidak mempunyai kemahiran akademik dan kemahiran tentang pekerjaan yang cukup bagi membolehkan mereka berjaya di tempat kerja atau pendidikan peringkat pasca sekolah menengah. Sehubungan itu, inisiatif peralihan sekolah ke kerjaya merupakan suatu pendekatan yang berupaya menangani isu ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan penstrukturan semula dalam kurikulum di sekolah.

Mari kita bincangkan inisiatif peralihan sekolah ke kerjaya. Fikirkan bagaimana kita boleh membantu merealisasikan inisiatif ini melalui pembangunan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Menurut Finch & Crunkilton (1999), terdapat beberapa pendekatan lain yang berpotensi membantu membekalkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar bagi memboleh mereka berjaya dalam bidang pekerjaan. Antaranya ialah pendidikan berasaskan ketrampilan, Tech-Prep dan School-Based

Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Education)

Secara ringkasnya, pendidikan berasaskan kompetensi (PBK) merupakan sistem pengajaran yang menggunakan proses pembelajaran berasaskan prestasi. PBK adalah berfokus kepada pelajar dan tempat kerja. PBK memfokuskan kompetensi bagi keperluan tenaga kerja yang ditentukan oleh majikan atau profesion. Kompetensi dalam konteks yang berbeza memerlukan himpunan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 253.

Juga sila layari laman web ini

http://www.ceph.org/files/public/Competencies.pdf

(9/9/2009)

Mari kita fikirkan kesesuaian dilaksanakan PBK untuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Tech-Prep (Technical Career Preparation)

Tech-Prep merupakan program yang menhubungkan secara kreatif sekolah tinggi dengan kolej teknikal dan kolej komuniti. Program ini bertujuan supaya mengetahui asas ilmu teknikal dan mempunyai asas apabila mereka melibatkan diri dalam institusi pendidikan teknikal.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

260 - 261.

Juga sila layari laman web ini

http://www.techpreptexas.org/aboutus.html (9/9/2009) dan http://www.pde.state.pa.us/career (9/9/2009)

School-Based Experience (SBE)

SBE merupakan suatu aktiviti formal yang melibatkan pelajar dalam menghasilkan barangan atau perkhidmatan kepada orang lain atau masyarakat. Ia membolehkan pelajar bersedia dalam sektor pekerjaan dengan cara melibatkan pelajar dalam kegiatan atau aktiviti berkaitan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat

261.

Sila layari laman web ini untuk meneroka maklumat lanjut berkaitan sekolah ke kerjaya :

http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/stw/sw0.ht m (9/9/09) dan

Aktiviti 4

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Huraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia

2. Bincangkan perkaitan antara perancangan dan pelaksanaan kurikulum.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pelaksanaan kurikulum.

4 . Jelaskan bagaimana anda memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di peringkat sekolah anda.

5. Bincangkan bagaimana anda membangunkan bahan kurikulum untuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

6 . Huraikan Pembangunan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah untuk peralihan Sekolah Kerjaya

TAJUK 6 PENILAIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP

Dokumen terkait