SEKOLAH RENDAH
4. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data komuniti
3.1 Definisi Perancangan Kurikulum
3.4.8 Keperluan Fizikal / Infrastruktur
Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel, bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya;
Tenaga kerja; dan
Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum, Penilai (kertas kerja).
2.5 Eleman-Eleman Penting Dalam Perancangan Kurikulim
Terdapat empat eleman penting yang di usulkan oleh Schwab (1971) dalam pendidikan iaitu pelajar, guru, mata pelajaran dan persekitaran. Sebagai seorang perancang mereka perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan tahap pencapaian pelajar.
Cuba anda kaitkan eleman peting perancangan kurikulum yang diusulkan oleh Schwab dengan kurikulum KHSR dan buat perbincangan berdasarkan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.
Tyler (1949) dan Taba (1962) telah mencadangkan bahawa perkara yang perlu diambil perhatian dalam proses merancang kurikulum adalah analisis keperluan. Adakah keperluan yang dimaksudkan itu benar-benar perlu atau tidak. Contohnya diperingkat sekolah rendah , kita dapati bahawa pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak dapat dijalankan
dengan sempurna kenapa perkara ini berlaku? Adakah tenaga pengajar tidak mempunyai kemahiran atau guru yang mengajar bukan dari opsyen KH? Untuk menyelesaikan masalah ini anda perlu menyatakan sebab-sebab kenapa analisis keperluan dijalankan terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu kurikulum.
Terdapat eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum iaitu :
Rasional;
Kajian keperluan; Matlamat dan objektif;
Input daripada ”stakeholder”; Ciri-ciri pelajar (target audience); Isi kandungan;
Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri; Jangka masa program;
Bahan, resos dan infrastruktur; Ururan kursus;
Latihan guru; Penilaian;
Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri; Kawalan kualiti dan akreditasi; dan
Ramalan tentang pasaran pekerjaan untuk para graduan.
Manakala menurut Evans dan Herr (1978) telah mencadangkan tiga perkara iaitu :
Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan;
Pelbagaikan opsyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak pilihan; dan
Pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran pelajar.
Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu :
Kehendak sosial berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau
latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat;
Keperluan sektor pekerjaan faktor ekonomi juga memainkan peranan
yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang; dan
Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya
pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.
Mari sama-sama kita membuka minda untuk memikirkan tentang eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum sehingga terhasilnya sebuah kurikulum yang sempurna.
3.6 Membuat Keputusan Dalam Perancangaan Kurikulum
Menurut Hunkins terdapat tujuh fasa dalam membuat keputusan iaitu:
i. Mengkonsepsikan kurikulum dan mendapat kesahan
Menentukan konsep kurikulum yang bakal diterima pakai. Pentingkan keperluan pelajar dan kurikulum yang dicadangkan perlu mendapat
pengesahan berasaskan keperluan pelajar.
ii. Diagnosis
Melibatkan dua tugas iaitu menterjemahkan keperluan kepada punca atau sebab dan menjana matlamat dan objektif daripada keperluan. Jika kurikulum diterima berasaskan kepada keperluan maka matlamat dan objektif akan ditentukan sebagai panduan atau hasilan.
iii. Pemilihan kandungan
Melibatkan penentuan ‘apa’ atau isi kurikulum. Kandungan kurikulum inilah yang akan diajar dan dipelajari oleh pelajar. Kandungan adalah asas kepada pembinaan kurikulum. Kandungan mencakupi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi. Kandungan juga merujuk kepada proses kognitif yang pelajar gunakan untuk berfikir, belajar dan menyampaikan pengetahu dan kemahiran yang mereka perolehi kepada orang lain.
iv. Pemilihan pengalaman
Melibatkan proses instruksi. Dalam proses ini guru harus menentukan cara menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar atau pengalaman pembelajaran yang harus diterima oleh pelajar. Aktiviti pembelajaran yang boleh menjadikan proses pembelajaran ceria dan berkesan. Media instruksi yang harus digunakan ialah buku teks, papan hitam, bahan audio, slaid, video, hipemedia, internet.
v. Pelaksanaan
Melibatkan pelaksanaan kandungan kurikulum dan proses instruksi. Dijalankan dua peringkat. Menjalankan ujian perintis kurikulum untuk mengesah masalah yang wujud dalan sesuatu program. Mendifusi program yang telah diuji. Sistem pengurusan harus ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang program baru ini serta mendapatkan komitmen daripada pelaksana kurikulum dan instruksi.
vi. Penilaian
Melibatkan penilaian berterusan untuk mendapatkan data untuk membuat putusan sama ada melanjutkan, membaiki, meminda atau menamatkan program.
vii. Pengekalan
Fasa terakhir untuk membuat keputusan tentang pembinaan kurikulum. Melibatkan kaedah atau cara mengurus supaya kurikulum itu stabil dan berkesan. Adakah guru diberi latihan dalam perkhidmatan untuk melaksanakan kurikulum? Adakah peruntukannya mencukupi untuk membeli dan menyelenggara peralatan? Adakah penyelia dapat membantu guru menunjukkan strategi baru untuk melaksanakan program ini? Adakah agen perubahan memainkan peranan mereka untuk menyakinkan guru, ibu bapa dan masyarakat tentang program
yang dijalankan. Kurikulum yang tidak disusuli dengan program pengekalan akan hilang identitinya dan guru tidak merasa terikat atau komited terhadap program.
Dalam konteks pengambilan keputusan untuk perancangan kurikulum ada lima tahap yang perlu dilakukan :
a) Mendefinisikan masalah dan mengklarifikasikan beberapa
alternatif pemecahan masalah; tahap ini merupakan tahap
yang cukup kritis dalam mendefinisikan suatu masalah. Pada tahap ini apabila suatu masalah dapat “didefinisikan dengan baik” maka pemecahan masalah melalui alternatif yang
mungkin dapat diidentifikasi dan diklarifikasi. Sebagai contoh, suatu Kolej Komuniti menawarkan 4 program yang berbeza untuk pendidikan teknologi dan kejuruteraan. Data mengenai masing-masing keempat program tersebut dapat dikumpulkan dan diklarifikasi dan dianalisis secara simulasi untuk memutuskan mana di antara ke empat program tersebut (jika tidak diambil semuanya) harus diimplementasikan.
b) Menetapkan piawaian dari masing-masing alternatif ; kalau
pada tahap pertama beberapa alternative diklarifikasi, maka pada tahap kedua atau selanjutnya adalah membuat standar dari masing-masing alternatif tersebut. Penetapan standard
akan membantu para pengambil keputusan untuk
menentukan alternatif yang paling mungkin untuk ditawarkan dan sumber daya apa yang perlu disediakan. Standard akan membantu para pengembang kurikulum dalam penetapan dan operasinalisasi dari program Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan yang berkualiti.
c) Pengumpulan data yang berhubungan dengan sekolah
dan masyarakat untuk didampingkan dengan standard yang ada; setelah ditetapkan standard pada tahap kedua, data
sekarang dapat diidentifikasi dan dikumpulkan untuk
masing-masing alternatif. Data akan diperlukan untuk
dikumpulkan dari dua sumber iaitu sekolah dan masyarakat.
d) Analisis Data; Pada tahap ke empat, perancang kurikulum
harus menganalisis seluruh data dari standard yang telah ditetapkan. Pada tahap ini dilakukan mereka akan merancang; merekabentuk, menganalisis, dan menyediakan borang yang dapat digunakan pada masa pengumpulan data nanti. Data akan diproses secara tepat.
e) Memilih alternatif memproses data; Tahap ke lima merupakan
salah satu cara mempersembahkan data dalam menyediakan kurikulum. Pada tahap ini, beberapa alternatif telah diabaikan seperti data yang tidak lengkap. Di mana hanya satu alternatif yang sesuai akan dipilih.
Sebelum kita meneruskan lagi proses pembelajaran cuba anda bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan mentaksir data berkaitan sekolah dan masyarakat (komuniti).
3.7 Pengumpulan Dan Mentaksir Data Berkaitan Dengan Sekolah
Salah satu faktor yang harus diperhatikan oleh para perancang kurikulum di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah ”school
setting”. Perkara ini harus diperhatikan tujuan utama dari proses
pembelajaran di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah mempersiapkan pelajar untuk berjaya sebagai “pegawai” di dunia kerja. Proses pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang mempengaruhi proses pembelajaran disekolah. Terdapat beberapa faktor berkaitan tersebut iaitu :
a. Tahap keciciran; para perancang kurikulum perlu
memperhatikan tahap keciciran yang secara tidak langsung menggambarkan kecenderungan minat dari pendidik.
b. Tarikan pada kerjaya / jabatan pekerjaan; untuk menilai
kecenderungan pada kerjaya ini biasa dilakukan dengan cara melakukan pelbagai ujian yang akan mampu menggambarkan minat/ kecenderungan peserta terhadap bidang pekerjaan tertentu. Ujian yang dapat dilakukan antara lain:
standardized achievement test.
c. Tarikan dan keperhatinan ibubapa; penglibatan pelajar
menjadi perkara yang penting dalam menentukan program pembelajaran di sekolah. Keperhatinan ibubapa sangat mempengaruhi pemilihan program pendidikan bagi anak- anaknya. Perancang kurikulum perlu memikirkan penglibatan dari ibubapa.
d. Pertambahan lulusan; perancang kurikulum perlu
memperhatikan faktor keluaran lulusan dari univerisiti terutamanya dalam program Teknologi serta Kejuruteraan dalam pasaran kerja.
e. Unjuran pasaran kerja masa depan; para perancang
kurikulum perlu memperhatikan kecenderungan pasaran kerja pada masa yang akan datang. Kecenderungan ini akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor, di antaranya perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.
Contohnya adalah perkembangan teknologi maklumat akan membantu untuk membuka program pembelajaran baru contohnya ICT atau pembelajaran perlu diorientasikan dengan memanfaatkan teknologi tersebut.
f. Penilaian terhadap kemudahan; kemudahan memainkan
peranan penting dalam konteks Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan. Kemudahan yang cukup akan memperkukuhkan lagi proses pembelajaran. Keluaran lulusan yang dihasilkan dapat bekerja bagi merealisasikan kemudahan yang ideal dan sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang ada.
3.8 Pengumpulan Data Yang Berkaitan Dengan Masyarakat
a. Keadaan masyarakat; yang dimaksud perkembangan
masyarakat di sini antara lain keadaan geografi sekolah, kecenderungan jumlah penduduk, dan nilai-nilai masyarakat,
b. Arah dan unjuran bidang pekerjaan; meliputi bidang-bidang
pekerjaan yang paling sesuai dengan perkembangan ilmu dan teknologi.
perancang kurikulum perlu memperhatikan faktor ini, dengan harapan jumlah lulusan yang dihasilkan disesuaikan dengan jumlah pekerjaan yang ada sehingga tidak terjadi pengangguran .
Aktiviti 2
Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
1 . Apakah proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum merancang kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?
2. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, proses membuat keputusan dalam perancangan kurikulum sebelum kurikulum dihasilkan merupakan fasa yang penting bagi menentukan penghasilan kurikulum yang baik. Menurut Ornstein & Hunkins (2004), terdapat beberapa fasa dalam menentukan membuat keputusan tersebut. Bincangkan fasa-fasa yang berkenaan.
3. Huraikan lapan ciri proses perancangan kurikulum yang dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999).
4. Dengan berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan bagaimana anda membuat perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.