• Tidak ada hasil yang ditemukan

kertas 3 terbaru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kertas 3 terbaru"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Aspek Perincian Markah Pengenalan 1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen

b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia

5 markah

Isi dan Huraian

2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuran

perlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

10 markah

3. Kepentingan perlembagaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

15 markah

4. Sebab-sebab dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

30 markah

5. Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

10 markah

6. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah membawa kesejahteraan dan keamanan di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut?

10 markah

7. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut?

10 markah

8. Nilai-nilai murni dan ikhtibar daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

5 markah

Kesimpulan 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

a. Pengetahuan yang diperoleh

b. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara

c. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil

(2)

1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia

Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistem pemerintahan di negara kita. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. 2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuran perlembagaan dalam sistem pemerintahan

demokrasi berparlimen.

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Partf poliHk yang meimerintah akan mengetahui hala fuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjjawab kepadc rakyat melalui peruntukan yang terk<andung di dalamnya.

Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 1 6 September 1963 mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Negeri-negeri yang bergabung dalam persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam

(3)

Perlembagaan Negeri. Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah.

Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

3. Kepentingan perlembagaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.

Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara. Rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.

Perlembagaan Malaysia, dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perniagaan dan perdagangan. Walau bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Perkara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum yang lain.

Perlembagaan Malaysia juga (jnenjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Perlembagaan

(4)

menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri pula tidak boleh bercangggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan serta perkhidmatan pos, telekom dan polis terutma di kawasan pedalaman.

4. Sebab-sebab dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.

Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

Terdapat beberapa kaedah dalam pindaan perlembagaan di negara kita i. Kaedah Pertama

Mendapat persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja dalam perkara pindaan yang melibatkan Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, Kewarganegaraan, Keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah, dan Perubahan sempadan negeri.

ii. Kaedah Kedua

Mendapat persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah dalam pindaan yang melibatkan Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah, hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961), perkara perundangan dan pemerintahan kuasa

(5)

negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah.

iii. Kaedah Ketiga

Persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dalam perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.

iv. Kaedah Keempat

Mendapat persetujuan lebih suara Dewan Parlimen melibatkan Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya.

Pindaan Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Manakala dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan denqan mana-mana neqara lain.

5. Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

Antara kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintah demokrasi berparlimen ialah keamanan negara berterusan sejak merdeka hinggalah ke hari ini. Keamanan ini dibuktikan dengan kestabilan politik, rakyat hidup bersatu padu tanpa berlaku pertumpahan darah walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Suasana yang aman dan harmoni membolehkan negara mampu membangunkan ekonomi dengan pesat, setanding dengan negara-negara lain di dunia. Pemerintahan demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.

Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi.

Keamanan yang wujud hasil daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah membolehkan sektor perindustrian berkembang dengan pesat. Secara tidak langsung ia dapat menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur modal. Manfaat yang diperoleh oleh

(6)

rakyat seperti peluang pekerjaan yang lebih besar dan Negara memperoleh sumber pendapatan melalui pembayaran cukai oleh pelabur-pelabur tersebut.

Sektor pelancongan, merupakan penyumbang ketiga terbesar terhadap ekonomi negara selepas sektor pembuatan dan kelapa sawit. Sektor ini banyak membuka peluang pekerjaan serta perniagaan. Industri pelancongan bukan sahaja menggalakkan penggiat industri ini mengembang luas perniagaan termasuk dalam sektor perkhidmatan, yang menjana pendapatan dan aktiviti ekonomi negara. Keamanan yang dicapai melalui sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berjaya menarik minat pelancong asing untuk melawat negara kita.

Keamanan yang wujud hasil daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen juga membolehkan industri pertanian membangun dengan pesat. Pada peringkat awalnya, pertanian di negara kita hanya berfungsi untuk memenuhi keperluan asas rakyat tempatan. Kini, fungsi pertanian ternyata telah berubah. Pertanian dilihat sebagai perniagaan yang memberi prospek besar kepada seluruh masyarakat Malaysia, membantu merapatkan jurang sosial ekonomi dalam masyarakat dan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang pertanian dilihat dapat mengurang kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Pertanian juga dilihat sebagai salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil pertanian ini ke negara-negara luar. Selain itu juga, bidang pertanian juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Kesan daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, perpaduan rakyat berbilang kaum dapat dipupuk. Ini akan melahirkan kehidupan rakyat sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni dan secara tidak langsung Negara akan berada dalam keadaan aman dan damai.

.

6. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah membawa kesejahteraan dan keamanan di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut?

Hasil daripada perlaksaan sistem demokrasi berparlimen wujud politik stabil. Negara bebas daripada pengaruh kuasa asing, sekaligus demokrasi dapat ditegakkan dan negara bebas dari campur tangan kuasa besar. Kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia tidak mempunyai alas an untuk mencampuri urusan hal ehwal pentadbiran Negara kita.

Negara berada dalam keadaan yang aman dan tidak terdapat rusuhan besar yang boleh menyebabkan kestabilan politik Negara tergugat. Rakyat bebas daripada ketakutan dan kerajaan dapat memberi tumpuan kepada pembangunan Negara.

Keadaan aman membolehkan industri pelacongan berkembang dengan pesat. Ramai warganegara luar yang datang melawat Malaysia. Ini berdasarkan bukti meningkatnya tempahan bilik-bilik hotel di Negara kita.

Ekonomi Negara turut berkembang dengan pesat. Terdapat banyak peluang perniagaan dan pekerjaan dihasilkan apabila Negara berada dalam situasi yang aman. Pendapatan rakyat juga turut meningkat dari tahun ke tahun. Akhirnya, rakyat dapat menikmati hasil kekayaan negara hasil daripada system pemerintahan yang cekap.

(7)

Demokrasi berparlimen melahirkan rakyat yang hidup bebas. Rakyat diberi kebebasan bersuara, bebas bergerak ke mana-mana, bebas berpesatuan dan bebas memiliki harta. Kebebasan seperti ini di sesetengah Negara tidak dapat dikecapi oleh rakyatnya. Oleh itu, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab kita seharusnya bersyukur dan sentiasa memastikan keamanan dan kebebasan ini terpelihara.

Keamanan yang lahir daripada sistem demokrasi berparlimen meningkatkan imej Negara di mata dunia. Pemimpin Negara kita juga mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada Negara luar. Pemimpin-pemimpin negara turut memainkan peranan dalam memastikan dunia berada dalam keadaan aman dengan menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti PBB, NAM, OIC, ASEAN dan lain-lain lagi.

7. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut?

Antara cabaran yang dihadapi oleh negara kita ialah masalah perpaduan kaum. Terdapat segelintir rakyat yang tidak bersyukur dan cuba menggugat keharmonian hidup masyarakat. Mereka cuba mencetuskan sentimen perkauman yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan negara.

Jurang ekonomi yang ketara antara kaum juga merupakan cabaran besar kepada negara kita. Ini adalah kesan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh penjajah British.

Pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak juga merupakan cabaran besar di negara kita. Wilayah yang besar dengan bentuk muka bumi yang bergunung ganang menjadikan pembangunan wilayah di Malaysia Timur agak tertinggal jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia.

Kebanjiran pendatang tanpa izin menyebabkan kedatangan mereka sukar dikawal dan kadar jenayah yang melibatkan mereka meningkat. Rakyat tempatan terpaksa bersaing dalam pasaran kerja dengan mereka dan adakalanya menjejaskan hak warganegara.

Ancaman pengganas khususnya di wilayah timur Sabah juga merupakan cabaran besar negara. Pengganas dari negara jiran kerap melakukan perbuatan yang menjejaskan keselamatan negara dengan cara mencolek pelancong asing dan mengganggu resort dan hotel-hotel di kawasan persisiran pantai Timur Sabah.

Aktiviti penyeludupan juga merupakan cabaran besar kepada negara. Penyeludupan boleh menjejas sumber pendapatan negara. Penyeludupan bukan sahaja berlaku terhadap barangan tetapi juga terdapat penyedupan manusia dan aktiviti memperdagangankan orang.

Terdapat juga segelintir warganegara yang tidak bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di negara kita mewujudkan keadaan huru hara yang boleh menjejaskan keamanan yang dikecapi selama ini.

(8)

Perdana Menteri Malaysia, telah melancarkan program 1Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Melalui program yang dilancarkan oleh kerajaan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam keadaan dan damai.

Dalam usaha menghapuskan jurang ekonomi yang ketara mengikut kaum, kerajaan telah menjalankan rancangan-rancangan ekonomi Malaysia sejak awal kemerdekaan. Dasar ekonomi baru yang dilaksanakan oleh kerajaan juga merupakan antara usaha kerajaan untuk memastikan jurang ekonomi antara kaum dapat dirapatkan.

Dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi di Sarawak dan Sabah kerajaan telah memperuntukan belanjawan yang besar supaya rakyat diSarawak dan Sabah tidak jauh ketinggalan berbanding di semenanjung.

Untuk memastikan kebanjiran pendatang tanpa izin dapat dikawal kerajaan telah mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang di samping mengetatkan kawalan di kawasan sempadan. Bilangan pasukan keselamatan juga ditambah dalam memastikan tidak berlaku kebocoran di kawasan sempadan.

Untuk menghadapi ancaman pengganas di kawasan pantai Timur Sabah kerajaan telah menubuhkan pasukan khas untuk memastikan kawasan tersebut selamat daripada ancaman pengganas. Kerajaan juga telah memperkenalkan tempoh perintah berkurung untuk memudahkan kerajaan mengawal keselamatan penduduk di kawasan sekitar

8. Nilai-nilai murni dan ikhtibar daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

Nilai-nilai murni yang dapat dilihat daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah semangat kerjasama antara rakyat yang berbilang kaum. Dengan semangat kerjasama ini keamanan Negara berterusan dapat dinikmati oleh semua pihak.

Semangat toleransi antara kaum merupakan saham yang sangat bernilai dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan Negara. Rakyat mengamalkan semangat terbuka dan menerima konsep permuafakatan demi menjamin keharmonian masyarakat yang berbilang kaum.

Sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat memperkukuhkan perpaduan rakyat sekaligus dapat memastikan keadaan politik Negara stabil dan menjamin kesejahteraan rakyat dan Negara. Oleh itu, rakyat mestilah memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah. Kita juga seharusnya mensyukuri nikmat tuhan kerana hidup dalam negara yang aman. Apa yang harus kita lakukan ialah sanggup berkorban demi negara dan mencintai negara dengan sepenuh hati.

Sebagai seorang pelajar yang bersyukur, kita seharusnya bersedia untuk memajukan negara dengan cara belajar bersungguh-sungguh, menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT. Apa yang penting kita semestinya menolak pelbagai bentuk gejala negatif serta mematuhi ajaran agama dan norma hidup masyarakat.

(9)

Rakyat juga mestilah mengambil iktibar daripada keadaan yang tidak aman di luar ngara apabila rakyatnya tidak bersatu dan berlaku kekacauan. Elakkan daripada melibatkan kuasa asing dalam menyelesaikan masalah perselisihan sesama kita. Semangat bermusyawarah dalam mengatasi konflik atau masalah yang timbul mesti diamalkan untuk memastikan anasir luar tidak mengambil kesempatan daripada masalah ini. Masyarakat berbilang kaum di Negara kita juga seharusnya menghindarkan perasaan curiga mencurigai. 9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

a. Pengetahuan yang diperoleh

b. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara

c. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil

Daripada pemerhatian yang dibuat dapat memberi pengetahuan kepada saya tentang sistem pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini berjalan dengan baik dan mantap dengan sokongan rakyat. Kerajaan yang memerintah sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang diperintah. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

Iktibar pada yang dapat diambil daripada sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah keperluan menjamin kestabilan politik, membantu kerajaan memelihara keamanan yang dikecapi dan bersungguh mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Kestabilan negara bergantung pada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan bak kata pepaih bagai aur dengan tebing. Gandingan tersebut telah menjaiin kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. Rakyat Malaysia harus berganding bahu, membantu dan menyokong kerajaan untuk mengekalkan keharmonian yang ada.

Harapan saya, semua rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan Negara yang tercinta ini. Bukan mudah bagi manusia yang berbeza latar belakang, agama dan budaya untuk bekerjasama seperti yang berlaku di negara kita. Sekalipun kita mempunyai banyak perbezaan, namun, kita dapat menjalani kehidupan dengan mengharungi kesukaran, bekerjasama, bersedia untuk berkorban serta berkongsi nikmat kemakmuran dan kejayaan. Perasaan setia, bangga dan cinta akan negara perlu kita pupukdan usaha ini perlu diteruskan oleh generasi akan datang untuk mengukuhkan lagi pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.

(10)

Kebaikan amalan demokrasi dalam sesebuah negata Mengekalkan kedaulatan negara.

Kerajaan dipilih oleh rakyat

Berpeluang menentukan kepimpinan negara. Menentukan masa depan negara

Berpeluang menentukan kepimpinan negara Menentukan masa depan negara

Segala permasalahan selesaikan melalui rundingan Kecekapan pentadbiran negara

Kestabilan negara /aman.

Memudahkan perancangan kerajaan

Meningkatkan kerjasama dalam kalangan masyarakat Menjamin hak rakyat

Mengurangkan tekanan antarabangsa Memperkukuhkan perpaduan.

Mengekalkan perkongsian kuasa Kerajaan stabil

Kemajuan ekonomi. Menarik pelaburan asing.

Cara sistem demokrasi di Malaysia dapat dikekalkan.

Mendidik rakyat agar menggunakan demokrasi dengan cara yang betul Mengamalkan demokrasi dengan cara yang betuL

Mengelakkan campur tangan asing

Mengekalkan keharmonian hidup pelbagainkaum

Semangat demokrasi harus disuburkan sejak di sekolah tagi Amalan demokrasi mengikut acuan negara sendiri

(11)

Kekakan sistem piihanraya dan adil dan bebas

Memelihara undang-undang dan perlembagaan negara Rakyat mesti memelihara jati diri bangsa

Mengutamakan kepentingan negara

Peranan anda untuk mengekalkan sistem demokrasi di negara kita. Menganggotai mana-mana parti politik

Mendaftar sebagai pemilih Menjadi cabn pilihan raya.

Bertanding atas parti atau cabn bebas Memiih pemimpin yang bertanggungjawab memiih pemimpin yang amanah

Memilih pemimpin berwawasan Memilh pemimpin yang mesra rakyat Tidak menyertai demonstrasi haram. Tidak menganggotai pertubuhan haram. Menghormati hak asasi manusia.

Patuh pada undang-undang negara. Bertolak ansur Bekerjasama.

Hormat-menghormati

Kejayaan yang dicapai oleh negara kita Pemodenan pertanian

Perkembangan teknologi Pelaksanaan k-ekonomi Tumpuari pelancong asing.

Huburigan antarabangsa berkembang Kemajuan sistem pengangkutan. Kemajuan sistem komunikasi.

(12)

Sektor perkilangan Industri elektronik. Pembangunan wilayah Koridor raya multimedia

Penganjuran sukan antarabangsa Hub pendidikan bermutu

Pusat kecemertangan pendidikan Pusat kecemertangan pendidikan

Universltt berkembar dengan universiti terkenal luar negara

Cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen.

Kemunculan golongan radikal Masalah perpaduan Kewujudan pelbagai kaum Gejala sosial Perlakuan jenayah.

Kebanjiran pendatang asing Peluang pekerjaan Gbhalisasj Masalah kemiskinan Jurang ekonomi antara kaum

Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. Memperkukuh perpaduan

Penguatkuasaan undang-undang. Mewujudkan konsep 1 Malaysia. Memastikan Wawasan 2020 tercapai Menghayati Rukun Negara.

Mewujudkan rakan cop.

Menambah peluang pekerjaan Memperketatkan kawalan sempadan

Nilai-Nilai murni atau Iktibar yang dapat diamil daripada pelaksanaan sistem demokrasi berparlmen terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara ialah

MemeWtara perpacfuan Mengekalkan keamanan Bersikap toleransi Bersedia menerima perubahan Saing memahami Bertanggungjawab Bersikap inovatif dan kreaktif Patuh kepada undang-undang Menghormati pemimpin Semangat cintakan Negara Menghormati iambang Negara

(13)

Menjaga nama baik Negara Mewujudkan kerjasama Sanggup berkorban demi kebaikan bersama Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat Bertolak ansur dalam politik Merealisasikan dasar - dasar kerajaan Menghayati sejarah perjuangan para pejuang Negara Menjayakan konsep 1 Malaysia

Patuh kepada undang-undang Setia kepada pemimpin Menjaga kedaulatan negara Aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan be raja di Malaysia. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Menghormati lambang-lambang kebesaran

Menganjurkan pertandingan bahas /pidato/syarahan/kuiz/melukis berkaitan yang di Pertuan Agong dan raja.

Menghasilkan buku skrap mengenai institusi raja Mencari maklumat berkaitan melalui internet

Menggantung gambar Yang di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu Kembara Tengku Mahkota dilaksanakan.

CADANGAN KESIMPULAN 1. Pengetahuan:

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparimen

Kuasa pemeritahan dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan perundangan. badan pelaksanaan, dan badan kehakiman.

Sistem demokrasi melibatkan rakyat dalam pentadbiran 2. Iktibar

Sokongan rakyat menjamin kelicinan pentadbiran negara

Kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan poltik dan kemakmuran ekonomi.

Permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan dapat mengekalkan keharmoniam negara Kesetiaan dan semangat patriotisme mengukuhkan pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia.

Perpaduan rakyat menjamin kedaulatan negara 3. Harapan

(14)

lalah rakyat bertanggungjawab mengamalkan ciri-ciri demokrasi supaya dapat meletakkan Malaysia sebagai negara yang berdaubt dan disegani di persada dunia.

Diharap semua rakyat mematuhi dan menghormati sistem pentadbiran negara demi kemakmuran negara.

Referensi

Dokumen terkait

Indonesia tidak bermasalah dengan tingkat pengangguran yang tinggi, tetapi bermasalah dengan kemiskinan.. Indonesia bermasalah dengan tingkat kemiskinan yang tinggi, tetapi

Dalam pengukuran gelombang pendek ( microwave ), sebuah klystron yang digerakkan oleh motor dan disetalakan secara mekanis dapat digunakan, agar menghasilkan suatu sinyal RF

Menimbang : bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 81 ayat (5), Pasal 82 ayat (2) Dan Pasal 100 ayat (4) Peraturan Pemerintah Nomor 43 Tahun 2014 tentang Peraturan

Berita acara ini merupakan bukti serah terima berupa Naskah Soal Ujian (NSU) dalam keadaan baik dan masih dilak yang sudah terdistribusi sesuai dengan ruang ujian,

PGN mempunyai komitmen untuk memberikan pelayanan terbaik kepada pelanggan dengan senantiasa memberikan perhatian, kualitas, waktu dan keamanan sesuai dengan standar pelayanan

Simpangan baku(S) adalah nilai yang menunjukan tingkat variasi kelompok data atau ukuran standar penyimpangan dari nilai rata-ratanya... X = nilai rata-rata data n = jumlah data

Dari hasil perhitungan dan berdasarkan pada kriteria aman, waspada dan bahaya pada Tabel 4.2, maka didapatkan daftar peralatan dengan tingkat resiko kerusakan

Penulisan tata naskah dan lampiran-lampirannya dalam Rancangan Peraturan Daerah tentang Perubahan APBD Kabupaten Lampung Selatan Tahun Anggaran 2009 dan Rancangan