• Tidak ada hasil yang ditemukan

Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Makna Urusan Allah, Islam & Kafir (NEW Update)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Bab 4 :

1. MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK

2. MAKNA PEKERJAAN ALLAH

3. MAKNA ISLAM

4. MAKNA KAFIR

1. MENGETAHUI MAKNA PEKERJAAN MAKHLUK DAN MAKNA PEKERJAAN ALLAH

Setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya dirinya dijadikan Allah daripada tiada kepada ada. Selain daripada itu, setiap mukallaf wajib mengetahui bahawasanya perbuatan atau pekerjaan atau urusan Allah itu SUCI daripada umpama akan sesuatu. Justeru Allah menegah manusia memikirkan semua perbuatan atau pekerjaan-Nya berdasarkan dua firman Allah yang bermaksud :

“Fikir oleh kamu pada segala makhluk yang dijadikan ini (yang terhampir adalah diri sendiri) dan JANGAN kamu fikir pada yang menjadikan makhluk itu (iaitu Allah) dan tiada meliputi fikir kamu akan dia”

Hadith Qudsi

Allah tidak ditanyai tentang apa-apa yang diperbuat-Nya sedang merekalah (manusia dan jin) yang (akan) ditanyai.

Al-Anbia’ 21 : 23 Apakah maksud pekerjaan Allah? Untuk mengetahui maksudnya, kita perlu mengetahui maksud pekerjaan makluk (manusia) berdasarkan hukum adat, akal dan syara’.

(2)

Maksud Pekerjaan Manusia Dan Pekerjaan Allah Berdasarkan Hukum Adat, Akal Dan Syara’

Hukum Adat Hukum Akal Hukum Syara’

Perbuatan manusia ialah tiga bentuk tindakan manusia yang lahir daripada kehendak nafsu sendiri iaitu :

i. perbuatan lidah,1 ii. perbuatan

anggota,2

iii. perbuatan hati. 3

Semua perbuatan ini mempunyai permulaan dan akhir serta berubah 24 jam sama ada

dirancang atau tidak dirancang.

Perbuatan Allah SUCI daripada kehendak nafsu, suci daripada perbuatan lidah, suci daripada perbuatan anggota, suci

daripada perbuatan hati dan suci daripada umpama akan

sesuatu. Perbuatan Allah kekal selama-lamanya, tiada

permulaan dan tiada akhirnya dan tiada bagi Allah Ta’ala

merancang-rancang.

Manusia bertanggungjawab

keatas pekerjaan nya dan semuanya

akan ditanyai oleh Allah pada hari

Qiamat. Allah menegah manusia memikirkan pekerjaan-Nya kerana

ءيش هلثمك سيل

Dalilnya lihat di dalam surah al-Anbia’ ayat 23.

1 Perbuatan lidah seperti berkata, membaca al-Qur’an dan menyanyi. 2 Perbuatan anggota seperti melihat, mendengar dan memegang buku.

(3)

Contoh Ayat Al-Qur’an Yang Menyatakan Pekerjaan Allah 4

Bil Pekerjaan Allah

Yang Dilarang Fikir

Jika difikir juga, akal manusia PASTI akan

membayangkan perbuatan Allah itu sama seperti perbuatan

makhluk (MUSTAHIL pada syara’) seperti :

Jika terus difikir, akan timbul pula Persoalan Lain Atau Kepercayaan SALAH

yang PASTI tidak mampu difikirkan oleh akal iaitu :

1 Meniupkan roh,5

Seolah-olah ada bagi Allah mulut dan ada “sesuatu” yang

dihembuskan dan yang menghembuskan.

Kemana roh akan pergi? Persoalan yang tidak ada kesudahan kerana tidak ada dalil.

2

Tangan dan kaki “berkata-kata” pada hari kiamat. Lihat surah Yasin ayat 65.

Seolah-olah

pancaindera seperti mata, telinga, tangan dan kaki mempunyai mulut untuk bercakap.

Bagaimana kaki dan tangan, mata dan lain-lain bercakap sedangkan ia tidak bermulut? 3 Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada semua para Nabi di Masjidil Aqsa semasa peristiwa Isra’.

Seolah-olah Nabi Muhammad s.a.w. hanya berjumpa roh para Nabi sebab jasad para Nabi ada di dalam kubur.

Timbul kepercayaan yang manusia boleh berjumpa roh orang mati. Telah menjadi satu kepercayaan yang sebenarnya bidaah. 4 Berkata-kata Allah Ta’ala dengan Nabi Musa a.s.6

Lihat surah

an-Nisa’ ayat 164.

Seolah-olah ada bagi Allah Ta’ala mulut dan telinga. Seolah-olah telinga Nabi Musa boleh mendengar kalam Allah seperti mendengar suara makhluk.

Allah Ta’ala

mempunyai mulut dan telinga tetapi tidak seperti mulut dan telinga makhluk. Mulut dan telinga-Nya sesuai dengan sifat ketuhanan-Nya?

4

Memiikirkan pekerjaan Allah adalah menyerupakan perbuatan Allah dengan perbuatan makhluk. Ini adalah kerana, akal manusia HANYA mampu memikirkan makhluk, Allah menyuruh fikirkan tanda (makhluk) sehingga NYATA perbezaan antara makhluk daripada Allah yang menjadikan makhluk.

5 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat. Lihat surah Shaad 38 : 72 6 Ayat ini adalah ayat mutasyabihat, bukan ayat muhkamat.

(4)

Bil Pekerjaan Allah Yang Dilarang

Fikir

Jika difikir juga, akal manusia PASTI akan

membayangkan perbuatan Allah itu sama seperti perbuatan

makhluk (MUSTAHIL pada syara’) seperti :

Jika terus difikir, akan timbul pula Persoalan Lain Atau Kepercayaan SALAH

yang PASTI tidak mampu difikirkan oleh akal iaitu :

5 Bertemu Allah di syurga. Dalilnya dinyatakan pada bahagian lain buku ini. Seolah-olah Allah

mempunyai wajah atau rupa yang boleh dilihat oleh mata.

Allah Ta’ala berubah daripada, tidak

boleh dilihat dengan mata semasa di dunia, kepada boleh dilihat dengan mata di dalam syurga? 7

2. MAKNA ISLAM MENURUT 3 HUKUM

Dari segi lughah, Islam bermakna sejahtera, yakni aman damai, berkualiti tinggi, berintegriti, suci daripada perkara yang melanggar peraturan-peraturan hidup yang telah ditetapkan dan sesuai

dengan fitrah manusia.

Hukum Makna ISLAM Menurut Hukum

Adat

Mengikut fitrah, yakni sesuai dengan pendapat pancaindera (pertimbangan akal, setelah memproses maklumat yang diterima oleh pancaindera).

Contoh Islam pada adat : Putih dikata putih, hidup

mengikut peraturan yang baik, jujur, rajin menuntut ilmu, berperangai yang baik, suka menolong orang & sebagainya.

7

Lihat perkataan orang kafir kepada Nabi Musa di dalam surah al-Baqarah ayat 55. Orang kafir itu menyangka bahawa Allah itu boleh dilihat sebagaimana mereka melihat BERHALA atau makhluk. Justeru, orang yang menganggap bahawa Allah berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam syurga terkeluar daripada iktikad sebenar. Jadi, apakah maksud sebenar bertemu Allah? Setiap mukallaf wajib percaya bahawa setiap mukmin akan bertemu dengan Allah di dalam syurga. Dengan KEHENDAK Allah yakni

PERBUATAN atau PEKERJAAN Allah bahawa sanya setiap mukmin akan melihat dengan JELAS wajah Allah yang TIADA dengan rupa dan warna di dalam syurga. Peristiwa itu tidak bercampur sama sekali dengan

perbuatan atau kehendak manusia, ia semata-mata dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Allah Maha Kuasa. Ingat semula kisah Nabi Musa melihat API semasa berkata-kata dengan Allah. Nabi Musa melihat wajah Allah dengan JELAS sebagai mana JELAS dan TERANGNYA Nabi Musa melihat api. Itulah perumpamaan manusia bertemu Allah di dalam syurga. Bukannya Allah Ta’ala berubah daripada tidak boleh dilihat semasa di dunia kepada boleh dilihat di dalam syurga

(5)

Hukum Makna ISLAM Menurut Hukum

Syara’

Hidup mentauhidkan Allah, menurut acuan al-Quran 8 sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Contoh Islam pada syara’ : Tidak meninggalkan solat 5

waktu, walaupun semasa sakit, berkata yang baik-baik sahaja, berakhlak mulia dan sebagainya.

Akal

Mengesakan Allah, sesuai dengan dalil akal.

Menurut hukum akal, hanya Allah yang Wujud, hanya Allah yang Sedia Ada, hanya Allah Kekal, ………….. , hanya Allah yang Berkata.

Contoh Islam pada akal : Mengatakan bahawasanya,

hanya Allah yang menjadikan semua pilihan hamba-Nya, sama ada baik atau buruk, hanya Allah yang menjadikan semua perbuatan atau yang terlintas dalam fikiran sekalian makhluk-Nya.

3. MAKNA KAFIR MENURUT 3 HUKUM

Dari segi lughah, kafir bermaksud INGKAR yakni meninggalkan perkara yang wajib atau membuat perkara yang disuruh jauhkan.

Hukum Makna KAFIR Menurut Hukum

Adat

Bertentangan dengan fitrah serta pertimbangan akal berdasarkan pendapat pancaindera semata-mata.

Contoh kafir pada adat : Putih dikata hitam, merempit,

malas belajar sedangkan tidak mempunyai ilmu, malas bekerja sedangkan tidak mempunyai wang untuk makan, merompak, disahkan oleh dunia, rokok membahayakan kesihatan, tetapi dia terus merokok. Perbuatan merokok itu dikata kafir pada adat. (Tiada dosa/pahala menurut adat)

(6)

Hukum Makna KAFIR Menurut Hukum

Syara’

Melakukan perkara-perkara yang membatalkan Islam, akidah atau yang membawa tiada sah Islamnya.9

Contoh kafir pada syara’ : mengubah hukum Allah seperti haram dikata harus, mengharamkan yang halal, menghalalkan yang haram, mengata sesuatu daripada Allah sedangkan ia berdusta, mengakui secara zahir atau dalam hati bahawa, “sembahan” orang kafir seperti berhala, mempunyai kuasa memberi pertolongan kepada penganutnya, sama seperti yang dipertontonkan dalam filem-filem Tamil atau Hindustan.10

Akal

Mengeluarkan perkataan (perbuatan lidah) atau

mengiktikadkan (perbuatan hati) atau memperbuat sesuatu (perbuatan anggota) yang tidak mempunyai dalil akal atau menyalahi dalil akal atau membawa maksud banyak atau berbilang-bilang. Semuanya itu membatalkan makna Allah ESA

Contoh kafir pada akal : Mengatakan Allah Ta’ala bermata

tetapi tidak seperti mata manusia, Allah Ta’ala bertangan tetapi tidak seperti tangan manusia, Allah Ta’ala berwajah tetapi sesuai dengan wajah-Nya, Allah Ta’ala tidak kuasa menjadikan yang seperti-Nya dan sebagainya.

9 Banyak dalilnya di dalam al-Quran. 10 Kerana mengingkarkan surah an-Nas.

(7)

4. Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum 1. KAFIR PADA ADAT, tetapi ISLAM PADA AKAL dan ISLAM PADA SYARA’

Mengatakan “api tidak membakar” atau “pisau yang tajam tidak melukakan” dan lain-lain yang

seumpamanya yakni tidak memberi bekas dan sebagainya.

Dikata kafir pada adat kerana perkara itu menyalahi

adat atau menyalahi fitrah alam, 11 Menurut adat, api

pasti membakar, tetapi Nabi Ibrahim tidak terbakar, walaupun sedikit, setelah dibakar dengan api yang amat besar oleh Raja Namrud. Menurut adat, pisau yang tajam pasti melukakan, tetapi pisau Nabi Allah Ibrahim tidak dapat melukakan leher Nabi Ismail dalam peristiwa Qurban.

Perkara itu dikata Islam pada syara’ kerana Allah

Maha Kuasa memerintahkan api Raja Namrud supaya

menjadi sejuk. Allah Maha Kuasa memerintahkan pisau Nabi Ibrahim supaya jangan melukakan. 12

Perkara itu dikata Islam pada akal kerana hanya Allah

yang memberi bekas pada akal. Api dan pisau TIDAK

memberi bekas pada akal (ia memberi bekas pada adat). Menurut hukum adat, hanya yang kuat memberi bekas pada yang lemah. Batu memberi bekas kepada tanah liat yang lembut dan sebagainya.

11 Menyalahi sunnah alam atau mencarik adat. 12 Ayat “kun fayakun”

(8)

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum 2. KAFIR PADA ADAT dan SYARA’, tetapi ISLAM PADA AKAL

Mengatakan “perbuatan sendiri yang jahat atau tidak

baik itu sebagai kehendak Allah”.

Dikata kafir pada adat kerana menyalahi

pancaindera. Diakui oleh hati, bahawasanya,

perbuatan itu kehendak sendiri, tetapi memaksa lidah berkata, ia kehendak Allah.

Dikata kafir pada syara’ kerana mengingkarkan firman Allah, dalam surah ke-4, an-Nisa’ ayat ke-79. yang ertinya :

apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua KEJAHATAN yang menimpamu maka ia adalah dari

(kesalahan) dirimu sendiri.

Dikata Islam pada akal kerana mengesakan Allah pada akal. Semua yang baik dan jahat, Allah Ta’ala yang

menjadikannya (Allah Esa). Mustahil yang baik

dijadikan oleh Allah dan yang jahat dijadikan oleh syaitan atau “tuhan” selain Allah.

Orang yang mengata perbuatan JAHATNYA sebagai perbuatan ALLAH, dihukumkan muktamad KAFIR. (Kerana Islam atau kafirnya seseorang, adalah dirujuk kepada HUKUM SYARA’, BUKAN hukum akal atau hukum adat).

(9)

3. KAFIR PADA AKAL, tetapi ISLAM PADA ADAT dan ISLAM PADA SYARA’

Mengatakan “harta yang dicari sebagai milik sendiri.” Dikata kafir pada akal kerana ia bermakna, dua yang memiliki harta iaitu dirinya dan Allah (maka tidak mengesakan pada akal). Sedangkan pada akal, sekalian alam adalah milik Allah. (Tidak ada yang menyertai Allah memiliki alam semesta).

Dikata Islam pada adat kerana, disaksikan oleh

pancainderanya sendiri dan diakui oleh undang-undang bahawasanya, harta itu miliknya, bukan milik orang lain.

Dikata Islam pada syara’ kerana sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Jaathyiah ayat ke-12. Yang ertinya :

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan SUPAYA KAMU MENCARI REZEKI dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.

Orang seperti ini TIDAK dihukumkan kafir (seperti no.2 di atas) kerana, YANG MENENTUKAN SESEORANG ITU SAMA ADA ISLAM ATAU KAFIR ialah HUKUM SYARA’, bukannya hukum adat atau hukum akal.

(10)

Contoh Makna Islam/Kafir Menurut 3 Hukum 4. KAFIR PADA ADAT, KAFIR PADA AKAL dan KAFIR PADA SYARA’.

Mengatakan “LAIN SIFAT daripada ZAT”. Dikata kafir pada adat kerana perkataan LAIN

membawa makna BERBEZA dan BERBILANG-BILANG atau lebih dari satu yakni BANYAK. Oleh sebab itu menduakan yang satu. Sifat dan zat adalah esa pada adat, bukan 2 yang berbeza. Jika tiada zat maka tiada sifat. Jika tiada sifat maka tiada zat.

ITULAH MAKNA SATU ATAU ESA PADA ADAT

Dikata kafir pada akal kerana makna sebenar yang dirujuk oleh SIFAT dan ZAT ialah ALLAH yang Maha Esa yang tiada seumpama dengan suatu. Perkataan LAIN membawa makna SIFAT dan ZAT BERBEZA dan BERBILANG-BILANG atau lebih dari satu yakni

BANYAK. Justeru perkataan itu menduakan Allah yang satu (yakni membatalkan makna esa).

Dikata kafir pada syara’ kerana tanpa sedar MENGINGKARKAN surah al-Fatihah, bahawa :

SIFAT dan ZAT adalah ESA yakni SATU. Sifat dan zat itu adalah merujuk kepada Allah. Lihat dan fahamkan semula penerangan makna ESA dan makna BANYAK menurut hukum adat, akal dan syara’.Justeru sifat dan zat menurut 3 hukum adalah ESA.

(11)

Soalan :

1. Apakah maksud pekerjaan manusia? 2. Apakah maksud pekerjaan Allah?

3. Bolehkah kita memikirkan Allah? Terangkan. 4. Apakah hukum memikirkan Allah?

5. Bolehkah kita membayangkan Allah? Terangkan. 6. Bolehkah kita merupa-rupakan Allah? Terangkan.

7. Apakah dalil daripada Qur’an yang menjadi alasan anda pada soalan di atas?

8. Apakah maksud Islam pada hukum adat? Berikan contoh. 9. Apakah maksud Islam pada hukum akal? Berikan contoh. 10. Apakah maksud Islam pada hukum syara’? Berikan contoh. 11. Apakah maksud kafir pada hukum adat? Berikan contoh. 12. Apakah maksud kafir pada hukum akal? Berikan contoh. 13. Apakah maksud kafir pada hukum syara’? Berikan contoh.

Referensi

Dokumen terkait

Sekalipun di Indonesia secara politik era reformasi itu sudah berjalan sekitar 10 tahun sejak lengsernya Presiden Suharto pada tahun 1998, namun dalam penyelenggaraan pela-

Memerhatikan tantangan dan tanggung jawab kepala madrasah ke depan, di tambah lagi dengan tuntutan yang semakin komplek untuk menyesuaikan dengan tuntutan zamannya,

Peneliti akan membahas perkembangan bauran pemasaran di pasar tradisional kota Surakarta sebagai sampel yang diteliti adalah Pasar Legi pada era modern ini,

Upaya untuk dapat memanfaatkan cadangan batubara yang tersedia pada suatu lapangan secara optimal guna memenuhi kebutuhan konsumen sesuai atas persyaratan nilai

Hal ini mendorong penulis untuk melakukan pengukuran karakteristik dinamik terutama parameter waktu tanggap (waktu naik) dari sensor WIM yang telah dibuat Pusat

hasil penelitian menunjukan kelompok eksperimen yang diberikan video tutorial memperoleh hasil peningkatan dalam kemampuan kognitif di bandingkan kelompok kontrol,

Dengan media blog setidaknya tersedia fasilitas menyimpan materi pembelajaran e-learning yang murah. Permasalahan yang dihadapi sekarang, fasilitas blog ini tidak

Sesuai dengan teori komponen senyawa yang diduga dominan dapat membunuh larva nyamuk Aedes aegypti adalah Eugenol dan kavicol dimana derivate fenol (eugenol