• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ladang Kontrak PPK - Permodalan Nasional Berhad Enterprise Teknologi EM Dalam Ternakan Lembu Padi Kelompok Tingkatkan Pendapatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ladang Kontrak PPK - Permodalan Nasional Berhad Enterprise Teknologi EM Dalam Ternakan Lembu Padi Kelompok Tingkatkan Pendapatan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Ladang Kontrak

PPK - Permodalan Nasional Berhad Enterprise

Teknologi EM Dalam Ternakan Lembu

(2)

LADANG KONTRAK

PPK - Permodalan Nasional Berhad Enterprise

S

ektor pertanian telah diberi tumpuan yang khusus ...oleh Kerajaan dan disasarkan menjadi enjin ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Aktiviti-aktiviti pertanian digiatkan dan penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuklah pengeluaran yang berkualiti dan mempunyai nilai tambah tinggi di setiap peringkat pengeluaran menerusi aktiviti penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.

Isu dan cabaran dalam menjayakan sektor pertanian amat besar sekali dan bukan mudah untuk ditangani. Daripada aspek pengeluaran tidak konsisten, kualiti, harga, orang tengah, lambakan hasil dan pemasaran, semua ini perlukan perancangan yang cukup teliti sebagai jalan penyelesaian kepada isu dan cabaran tersebut. Ianya memberi kesan secara langsung kepada sosio ekonomi sebahagian besar sektor pertanian terutamanya yang berskala kecil dan sederhana.

Minat pengusaha tani untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian boleh dikaitkan dengan faktor-faktor berkenaan dan seterusnya akan dapat meningkatkan pendapatan mereka. Salah satu jalan penyelesaian terbaik menangani isu dan cabaran ini ialah melalui program ladang kontrak.

Program ladang kontrak merupakan salah satu mekanisme bagi membantu pengusaha pertanian terutama yang berskala kecil dan sederhana bagi mencapai objektif untuk menjamin pengeluaran hasil pertanian ke arah pulangan pendapatan yang setimpal. Selain itu, ianya dapat mempertingkatkan hasil pengeluaran melalui perancangan dan pemasaran yang bersistematik. Melalui program ladang kontrak, kualiti hasil dapat dipertingkatkan lagi dengan sistem pemantauan berkesan dan penggunaan kaedah-kaedah yang disyorkan. Secara tidak langsung program transformasi dan pemindahan teknologi dapat dipertingkatkan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha.

Sinonim dengan nama dan peranannya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau FAMA telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai peneraju Program Ladang Kontrak terutamanya bagi buah-buahan dan sayur-sayuran. Kebanyakan pertubuhan peladang kawasan (PPK) di Negeri Kedah juga terlibat dalam program ladang kontrak bersama dengan FAMA.

Antara PPK yang terlibat termasuklah PPK Baling bagi tanaman jagung yang diusahakan oleh ahli melibatkan pengeluaran sebanyak 7,500 tongkol

(3)

sepusingan. PPK Sik juga terlibat dalam program ladang kontrak dengan FAMA untuk tanaman cili fertigasi dengan keluaran berjumlah 50,000 kilogram semusim melibatkan kawasan seluas 4 hektar. Sementara itu, PPK Naka terlibat dengan program ladang kontrak bagi ternakan puyuh sebanyak 6,300 ekor sepusingan oleh 2 orang usahawannya dengan pihak FAMA. Ini tidak termasuk program ladang kontrak antara PPK di Negeri Kedah bersama ahli-ahlinya sendiri dan antara PPK dengan NAFAS serta BERNAS.

Selain mengadakan program ladang kontrak dengan badan-badan kerajaan, LPP Negeri Kedah turut terlibat secara langsung dalam mengatur dan menyelaras program antara PPK dengan pihak swasta. Salah satu syarikat yang berminat adalah Permodalan Nasional Berhad Enterprise (PNBE) Sdn. Bhd. Syarikat ini berminat untuk berurusan dalam program ladang kontrak dengan mana-mana pertubuhan peladang di Negeri Kedah melalui

penglibatan bersama LPP negeri. PNBE berminat untuk mengadakan kerjasama bagi mengembangkan projek ternakan lembu dan membeli hasil-hasil buangan tanaman jagung dari projek-projek ahli peladang.

PNBE merupakan syarikat usahasama antara Permodalan Nasional Berhad, Golden Hope Plantations Berhad, Sime Consulting Sdn Bhd dan Kumpulan Gutrie Berhad dengan ekuiti yang sama. Ditubuhkan pada bulan Oktober 2006, adalah menjadi visi syarikat ini untuk menjadi peneraju global dalam industri ternakan melalui penglibatan menyeluruh dalam industri makanan halal. Objektif penubuhan syarikat ke arah membantu meningkatkan kadar sara diri daging negara dan pembangunan usahawan tani melalui amalan penternakan moden dan menguntungkan. Syarikat ini menjalankan projek ternakan lembu fidlot di Ladang Holyrood, Selama, Perak.

Selain menjadi hasrat untuk mengembangkan perniagaannya, PNBE ingin turut menyumbang kepada pengeluaran makanan negara serta mengwujudkan dan membangunkan usahawan tani. PNBE melihat peladang yang dinaungi oleh pertubuhan peladang merupakan aset yang cukup besar dan berpotensi untuk turut bersama mencapai matlamat ini. Maka di sinilah bermulalah kerjasama antara PPK dan PNBE untuk menjalankan program ladang kontrak.

LPP Negeri Kedah mengambil inisiatif dengan menggembleng PPK yang mempunyai sumber dan modal insan bagi menyertai program ini. Seterusnya beberapa siri perbincangan antara LPP negeri dan Syarikat PNBE telah dijalankan dengan turut dihadiri

(4)

4

bersama oleh PPK. LPP negeri bertindak untuk menyusun, menyelaras, dan memantau perjalanan projek ini.

Perbincangan awal antara LPP negeri dan syarikat ini menjurus kepada pembelian batang-batang jagung daripada projek-projek yang dikendalikan oleh PPK untuk dijadikan silaj makanan ternakan. Ahli PPK mendapat manfaat daripada kerjasama ini di mana sumber pendapatan mereka selama ini hanya daripada penjualan buah jagung, tetapi kini batang jagung menjadi sumber pendapatan tambahan kepada mereka. Harga batang jagung yang dibeli oleh syarikat ini sekitar RM90.00 satu tan.

Beberapa buah PPK telah berminat untuk menyertai program ini dan LPP negeri telah memilih PPK Kuala Nerang sebagai pembimbing dan penyelaras kepada PPK lain dalam negeri Kedah. Sementara itu, Pusat Pengumpulan Hasil PPK Kuala Nerang yang baru siap dibina juga mampu untuk dijadikan hub pengumpulan batang jagung daripada kawasan sekitar termasuk dari PPK yang berhampiran. Yakin dengan komitmen daripada LPP negeri, kesungguhan dan kesediaan PPK serta minat peladang, PNBE mengembangkan program ladang kontraknya kepada projek ternakan lembu pedaging. PNBE membuka peluang kepada ahli-ahli PPK yang berminat untuk menyertainya. Peladang-peladang yang berminat dikehendaki mendaftar dengan PPK terlebih dahulu. Bagaimanapun pemilihan peserta dilakukan secara temuduga daripada senarai pendaftaran tersebut dan panel temuduga terdiri dari wakil PNBE, LPP, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Pejabat Daerah.

Peladang yang berjaya kemudiannya akan melalui proses siasatan dan pemeriksaan oleh wakil syarikat PNBE bagi memastikan mereka bersedia untuk menjalankan projek ini. Mereka perlu mempunyai kawasan bagi tanaman jagung atau rumput napier dan menyediakan kemudahan kandang. Syarikat tidak

menyediakan dana kepada pengusaha. Oleh yang demikian, pengusaha perlu menyediakan sumber modal pusingan sendiri samada melalui modal sendiri atau bank. Pengusaha seterusnya akan diberikan kursus

teknikal dan pengurusan ternakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Mengikut perjanjian, lembu-lembu akan dibekalkan oleh PNBE yang mempunyai kepakaran mengimpot dari luar negara. Lembu-lembu ini akan ditempatkan di kandang pengusaha untuk tempoh 3 hingga 4 bulan. PNBE sebagai integrator kepada projek ini akan membeli semula lembu-lembu ini pada harga yang dipersetujui atau membantu mencari pasaran mengikut keperluan.

LPP Negeri Kedah memantau perkembangan ini dari masa ke masa dan sekiranya berjaya, akan terus dikembangkan lagi. Melalui penyelarasan pihak LPP negeri, beberapa PPK telah bersetuju untuk melaksanakan secara bersama dan menubuhkan konsortium dan tentunya akan diusahakan dalam skala yang besar. Dengan cara ini kos operasi dapat dikurangkan dan produktiviti serta pengeluaran dapat ditingkatkan. PPK akan memobilasi seramai mungkin peladang bagi menyertainya. Konsortium ini merancang untuk terus mengadakan kerjasama melalui program ladang kontrak dengan pihak PNBE. Semua ini tertakluk kepada kelulusan pihak LPP pusat. Dengan cara ini, PPK berharap akan dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara dan menyumbang kepada imbangan dagangan. Bagi petani, penternakan lembu dan tanaman jagung sekali gus dapat menambah pendapatan

dan mengurangkan kos operasi. Pengusaha boleh memperolehi pendapatan daripada jualan lembu, jualan buah jagung dan jualan batang jagung. Tinja lembu juga boleh dibuat kompos dan dapat memberikan pulangan pendapatan

(5)

5

Teknologi EM Dalam

Ternakan Lembu

lebih-lebih lagi dengan sokongan dan galakan kerajaan membangunkan sektor pertanian.

Bagi Haji Sahri bin Tumin, 53 tahun, ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Pahat Pantai, penglibatan dalam bidang pertanian telah diwarisi sejak zaman remaja lagi. Berbekalkan tanah seluas 12 hektar yang dipohon daripada kerajaan dan dibeli, beliau menceburi pelbagai kegiatan pertanian seperti ternakan, ternakair dan tanaman sayur-sayuran. Dengan pengalaman yang ada dan berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada projek yang berdaya maju, Haji Sahri mengambil keputusan mengusahakan ternakan lembu secara integrasi dengan kelapa sawit pada tahun 2000. Ia dilakukan kerana terdapat rumput dan pelepah sawit yang boleh dijadikan sumber makanan kepada ternakan. Projek ternakan lembu yang terletak di Kampung Bukit ini menggunakan kaedah lepas bebas terkawal. Buat permulaan sebanyak RM5,000 digunakan untuk membeli empat ekor induk betina daripada penternak tempatan. Selain itu Jabatan Perkhidmatan Haiwan turut menyumbangkan lima ekor induk betina melalui sistem pawah. Kesemua lembu yang dipelihara terdiri daripada kacukan Brahman dan Kedah Kelantan (KK).

Kandang lembu didirikan berdekatan sumber air untuk kemudahan membersihkan kandang dan bekalan air minuman ternakan. Melalui sistem bebas terkawal ini, lembu akan diberi sisa makanan yang diperolehi dari pasar seperti sayur dan kacang soya pada sebelah pagi. Makanan yang sedia ada turut

P

ada masa kini pengusaha bidang pertanian lebih

....peka terhadap saiz pasaran sebelum sesuatu projek dilakukan agar memberi pulangan menguntungkan untuk jangkamasa panjang seterusnya projek yang dijalankan boleh menjadi pemangkin kepada projek lain.

Kecenderungan pengusaha menjalankan projek tertentu lebih menjurus kepada penggunaan teknologi terkini yang mampu mengurangkan kos pengeluaran, peningkatan pengeluaran hasil dan mesra alam. Berdasarkan situasi tersebutlah semakin ramai usahawan pertanian lebih yakin dalam mengusahakan bidang yang satu masa dahulu dianggap ketinggalan

(6)

6

dicampur dengan hampas sagu yang diperolehi dari pembekal tempatan.

Teknologi EM (Effective Microorganisma) turut digunakan dengan mencampurkannya dalam penyediaan makanan ternakan. Sisa makanan yang dicampur dengan EM akan diperam selama 8 – 10 jam sebelum diberikan kepada ternakan.

Pada sebelah petang pula lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput dan dan sisa pelepah sawit secara terkawal di ladang. Ternakan dibiarkan meragut sehingga lewat petang, kemudian akan dihalau ke kandang semula untuk diberi makan pellet yang mengandungi campuran dedak, isi rong kelapa sawit dan jagung bercampur rumput napier yang ditanam khas untuk ternakan.

Menurut Encik Mohd Aidi Azhar Roslam, Pengurus Besar PPK, Haji Sahri yang merupakan Ahli Jemaah Pengarah turut mendapatkan bekalan makanan tambahan pellet daripada PPK. Semua kerja-kerja tersebut dilakukan sendiri dengan bantuan anak dan isteri beliau. Sehingga kini lembu yang diternak telah melebihi 80 ekor.

Kelebihan penggunaan EM yang dicampurkan dalam makanan dapat dilihat melalui pemerhatian terhadap persekitaran kandang dan keadaan ternakan itu sendiri. Antara kelebihannya ialah:

· Persekitaran kandang bebas daripada lalat. · Tumbesaran lembu sekata dengan keadaan

kulit yang bersih dan licin.

· Campuran EM kepada makanan menghasilkan bau yang membuatkan lembu kerap makan.

· Najis daripada ternakan kurang berbau. Bagi memastikan ternakannya tidak dijangkiti penyakit dan tumbesaran yang sekata, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sering datang ke kandang untuk

memeriksa tahap kesihatan lembu dan memberi khidmat nasihat mengenai ternakan. JPH turut memberi suntikan vaksin secara percuma dua kali setahun. Jika terdapat tanda-tanda ternakan dijangkiti penyakit, beliau akan mengasingkan lembu tersebut terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan. Laporan akan dibuat kepada JPH untuk pemeriksaan dan rawatan.

Di samping perkembangan projek yang berdaya maju, terdapat juga beberapa masalah dan ia perlu diatasi segera jika tidak akan memberi kesan untuk jangka panjang. Antara masalah tersebut ialah: · Kebanyakan kerja seperti pemotongan rumput

napier dan pelepah sawit untuk campuran makanan dilakukan secara manual.

· Kekurangan modal bagi membeli mesin untuk kemudahan penyediaan makanan.

· Kesukaran mendapatkan induk lembu yang berkualiti untuk jangka panjang.

Kesemua lembu yang dipelihara adalah untuk pasaran tempatan. Pasaran lembu-lembu tersebut lebih kepada tujuan aqiqah dan korban yang dijual dengan harga sekitar RM1,800 – RM2,000. Berdasarkan keadaan semasa, pasaran untuk lembu hidup tidak mempunyai masalah disebabkan majoriti penduduk daerah Batu Pahat beragama Islam. Terdapat juga permintaan yang datangnya dari luar daerah seperti Muar dan Kluang. Permintaan tersebut kadang-kadang terpaksa ditolak kerana masalah pengangkutan.

Melihat kepada perkembangan projek sedia ada, beliau telah mengajukan permohonan bagi mendapatkan pembiayaan daripada Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) Lembaga Pertubuhan Peladang. Pembiayaan tersebut akan digunakan bagi menambah bilangan ternakan dan membeli mesin pemprosesan makanan lembu. Jika diluluskan bilangan ternakan akan ditambah kerana kemudahan yang ada terutama dalam penyediaan makanan dapat mengurangkan masa dan tenaga.

(7)

T

ugas pembangunan yang dimainkan oleh

...Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah untuk menyokong pelaksanaan Dasar Pertanian Negara Tiga (DPN3). Ini termasuklah peranan untuk meningkatkan keselamatan makanan (food security) negara melalui transformasi pertanian berorientasikan komersial. Tumpuan juga menjurus kepada peningkatan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi selain mengeratkan lagi rantaian diantara sektor pertanian dan sektor lain.

Teras pembangunan LPP dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe9) adalah berpandukan matlamat DPN3, Teras dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memoden dan mentransformasikan peladang sebagai penyumbang kepada pencapaian imbangan dagangan atau BOT (Balance Of Trade). Ini melibatkan beberapa program yang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan melalui:

i. Program Pembangunan Peladang Berasaskan Komoditi

ii. Program Komersial dan Pemindahan Teknologi iii. Sokongan Institusi

iv. Program Transformasi

v. Pembangunan Sumber Tenaga Manusia vi. Khidmat Sokongan dan Sistem Penyampaian Bersandarkan kepada tugas yang diamanahkan dan teras pembangunan yang telah ditetapkan, salah satu komoditi yang menjadi tumpuan program pembangunan LPP Negeri Kedah adalah peningkatan pengeluaran bahan makanan dan pemindahan teknologi melalui tanaman padi. Terdapat dua program yang melibatkan komoditi padi yang dilaksanakan iaitu di bawah projek pembangunan estet padi (ladang benih) dan projek pembangunan padi 10 metrik tan sehektar. Sementara itu, jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan kepada LPP Kedah untuk kedua-dua program ini dalam RMKe9 ialah RM1,565,800 seperti rajah 1.

PADI KELOMPOK

TINGKATKAN

PENDAPATAN

Meningkatkan “food

security” negara melalui

transformasi pertanian

berorientasikan komersial Meningkatkan produktiviti dan dayasaing sektor

pertanian melalui

pemindahan teknologi. Mengeratkan rantaian di antara sektor pertanian dan sektor lain.

M e n i n g k a t k a n pengeluaran makanan ke arah lebihan dagangan menjelang 2010.

M e n i n g k a t k a n pendapatan dan taraf hidup masyarakat tani bagi membasmi kemiskinan dan kemiskinan tegar

Pembangunan dan pengli-batan ahli PP dalam pen-geluaran, pemasaran dan pemprosesan hasil perta-nian

Pengwujudan 10,000

usahawan peladang seb-agai pemangkin kepada program pemodenan dan transformasi sektor perta-nian

Program komersial dan pemindahan teknologi - Program Pembangunan

Peladang Berasaskan Komoditi

- Program Komersial dan Pemindahan Teknologi - Sokongan Institusi

- Program Transformasi

- Pembangunan Sumber Tenaga Manusia - Khidmat Sokongan dan

Sistem Penyampaian

MATLAMAT DPN3 TERAS DASAR MOA RMKE9 PELAN KORPORAT LPP HALA TUJU

STRATEGIK LPP Rajah 1

(8)

Selain itu, pertubuhan peladang pawasan (PPK) juga telah mengambil inisiatif melaksanakan projek mini estet padi melalui peruntukan Kumpulan wang Pembangunan Pertubuhan Peladang atau lebih dikenali sebagai K3P. Sebanyak RM2,380,000 telah diluluskan untuk musim 2/2006 bagi 10 buah PPK dan hanya RM1,295,000 sahaja dipertimbangkan kelulusan melibatkan 5 buah PPK bagi musim 1/2007. Bagi musim 2/2007 pula, sebanyak 9 buah PPK telah membuat permohonan pembiayaan berjumlah RM2,401,510.

Projek Mini Estet Padi

Prestasi komoditi padi yang ditunjukkan oleh PPK di bawah penyeliaan LPP Negeri Kedah amat menggalakkan. Di bawah projek mini estet padi, sebanyak 16 buah PPK daripada 20 buah PPK di Negeri Kedah telah melaksanakannya untuk setiap musim utama meliputi kawasan seluas 5,359 hektar dengan penglibatan seramai 3,833 orang peserta daripada 92 unit peladang di semua PPK ini kecuali di PPK Sik, Sg. Petani, Karangan dan Selama.

Musim utama di Negeri Kedah bermula pada bulan September atau awal Okober setiap tahun. Sementara itu, hanya 14 buah PPK kecuali PPK Langkawi dan Naka menjalankan projek mini estet padi di luar musim utama.

Enam buah PPK telah berjaya mencapai hasil padi menggalakkan di bawah projek seliaannya iaitu antara 3.85 metrik tan dan 5.50 metrik tan di mana purata hasil sebelumnya hanya sekitar 3.0 metrik tan sehektar sahaja. Hasil pemantauan berterusan dan khidmat nasihat yang diberikan, projek mini estet padi PPK Kuala Muda mencapai purata hasil 5.50 metrik tan sehektar, PPK Lubuk Batu (5.22), PPK Kubur Panjang (5.07), Merbok (4.73), Langkawi (4.55) dan Asun (3.85). Bagi projek mini estet ini juga, PPK telah mengeluarkan nilai kredit berjumlah RM3,224,330 dalam musim utama (2/2006) dan RM2,139,967 bagi luar musim tanaman (1/2007). Komponen pinjaman ini termasuklah untuk kredit traktor bernilai RM1.3 juta, benih padi (RM 0.9 juta), input pertanian (RM0.5 juta) dan barang pengguna (RM160,000).

(9)

Nilai pendapatan jualan padi bagi musim 2/2006 adalah sebanyak RM12,475,666 di mana jumlah berat kasar padi ialah 18,200 metrik tan dan berat bersih ialah 14,886 metrik tan atau purata potongan oleh pengilang adalah sebanyak 18 peratus. PPK turut memperolehi komisyen kilang berjumlah RM386,594 sepanjang musim 2/2006 di mana PPK Langkawi mendapat komisyen tertinggi sebanyak RM85,000, diikuti oleh PPK Kuala Nerang (RM51,822) dan PPK Kuala Muda Selatan (RM50,000).

Projek Ladang Benih Padi

Projek ladang benih yang dijalankan di PPK bawah seliaan LPP Negeri Kedah bermula pada musim 1/2007 iaitu pada bulan Mac. Hanya sebuah PPK iaitu PPK Pendang Selatan melaksanakannya pada musim 1/2007 sementara 7 buah lagi PPK menjalankan projek ini dalam musim 2/2007 yang bermula pada hujung bulan September atau awal Oktober 2007. Jumlah keluasan tanaman ialah 225 hektar melibatkan seramai 180 orang petani seperti rajah 2.

Kelulusan peruntukan bagi menjayakan projek ladang benih oleh PPK di bawah LPP Negeri Kedah ialah sebanyak RM268,800. Setiap hektar yang diusahakan, PPK akan menerima peruntukan sebanyak RM1,200 iaitu bagi kerja-kerja merata tanah sebanyak RM450 dan benih serta upah jentanam sebanyak RM750.

Projek ladang benih yang dijalankan ini adalah untuk memenuhi keperluan benih padi sah yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2009. Pada tahun berkenaan, semua penanam padi hanya dibenarkan menggunakan benih padi sah yang dikeluarkan daripada beberapa loji pemprosesan benih padi yang telah dilantik oleh kerajaan. Keluaran ladang benih padi PPK di bawah LPP Negeri Kedah akan dihantar ke loji pemprosesan benih padi di PPK Lahar Bubu, Pulau Pinang.

Bagi memastikan kejayaan projek ladang benih di PPK Pendang Selatan, peserta yang dipilih adalah terdiri daripada peladang yang mempunyai semangat dan kesungguhan bagi menyertai dan melaksanakan projek ini. Peserta-peserta projek didedahkan terlebih dahulu kepada keperluan dan spesifikasi sesebuah ladang benih dan ilmu pengetahuan melalui program taklimat dan kursus.

Daripada seluas 30 hektar keluasan tanaman di PPK Pendang Selatan, didapati 80 peratus atau 24 hektar tanaman telah melepasi syarat-syarat untuk dijadikan benih padi sah. Ianya ditentukan oleh pihak Jabatan Pertanian yang telah menjalankan pemeriksaan pengesahan melalui sampel rawak yang diambil. Seluas 10 meter persegi dengan purata empat tempat secara rawak setiap sehektar telah diambil sebagai sampel.

9

(10)

Daripada 4,000 pokok padi yang diambil, kurang dari 12 pokok merupakan padi angin, lapan pokok rumpai manakala penyakit dikesan pada 20 pokok. Percambahan benih padi pula amat baik melebihi 80 peratus dengan kelembapan kurang 14 peratus. Sementara itu, ketulenan benih padi melebihi 98 peratus dan didapati percambahan benih padi adalah seragam, sihat daripada penyakit berjangkit dan pertumbuhan pokok padi yang baik serta cerdas. Projek Padi 10 Metrik Tan

Sebanyak lima buah PPK melaksanakan projek tanaman padi di bawah program meningkatkan hasil kepada 10 metrik tan sehektar pada musim 1/2007 iaitu PPK Kuala Muda Selatan, PPK Kuala Nerang, PPK Lubuk Batu, PPK Pendang Selatan dan PPK Kubur Panjang. Jumlah keluasan ialah 453 hektar dengan penglibatan seramai 288 orang peserta. Bagaimanapun, pencapaian dalam musim 2/2006 bagi projek ini amat memberangsangkan. Purata hasil yang diperolehi walaupun tidak mencapai 10 metrik tan sepenuhnya tetapi telah menunjukkan peningkatan hasil dari musim sebelumnya. Purata hasil pada musim ini ialah 5.0 metrik tan berbanding hanya 3.4 metrik tan sebelumnya iaitu peningkatan 1.6 metrik tan.

PPK Kubur Panjang mencatatkan purata hasil tertinggi berbanding empat buah PPK lain dengan perolehan sebanyak 5.5 metrik tan. Jumlah jualan hasil padi yang diperolehi adalah sebanyak RM1,371,756. PPK Kuala Muda Selatan turut mencatatkan purata hasil yang tinggi iaitu 5.0 metrik tan dan menghasilkan nilai jualan sebanyak RM237,000.

Sementara itu PPK Naka dan PPK Kuala Nerang menghasilkan purata 4.0 metrik tan sehektar

untuk projek padi yang diusahakan oleh peladang mereka. PPK Naka telah memperolehi hasil jualan padi sebanyak RM128,928 dan PPK Kuala Nerang mendapat RM189,600.

Bagi PPK Pendang Selatan, projek 10 metrik tan sehektar ini tidak sebaik projek ladang benih yang diusahakan. Purata hasil agak rendah iaitu hanya 3.0 metrik tan saja. Ini disebabkan kawasan tanaman padinya telah diserang penyakit karah batang padi dan padi angin yang telah menyebabkan kemerosotan hasil. Walaupun begitu, tindakan cepat pihak PPK Pendang Selatan menangani masalah ini telah dapat mengurangkan lebih banyak kerosakan padi. Sungguhpun begitu, PPK masih dapat menghasilkan nilai jualan padi sebanyak RM180,000.

Analisis ke atas setiap peladang juga telah dijalankan bagi projek 10 metrik tan ini. Daripada 288 orang peserta yang terlibat, pencapaian di PPK Kubur Panjang menunjukkan seramai 29 orang telah mencapai hasil melebihi 6.0 metrik tan sehektar, 3 orang memperolehi lebih 7.0 metrik tan, 2 orang melebihi 8.0 metrik tan dan seorang melebihi 9.0 metrik tan. Amat membanggakan apabila terdapat 2 orang peserta telah berjaya memperolehi hasil melebihi 10 metrik tan sehektar di PPK Pendang Selatan dan PPK Naka.

Ternyata bahawa petani-petani yang mengusahakan projek tanaman padi cukup berpuashati dengan PPK yang sentiasa memantau dan membantu mereka bagi memastikan projek berjalan dengan baik dan teratur. Mereka juga gembira dengan peningkatan hasil padi yang mereka perolehi. Ini bermakna apabila hasil padi meningkat, maka secara tidak langsung pendapatan mereka juga turut meningkat.

(11)

S

ayur-sayuran merupakan sebahagian daripada jenis

...makanan yang perlu diambil bagi mendapatkan diet yang seimbang kerana ia mengandungi sumber yang kaya dengan vitamin dan zat galian.

Untuk memastikan sayur-sayuran yang dimakan berada dalam keadaan baik dan memelihara kandungan zat-zat makanan yang ada ia perlu diproses secara betul sama ada ketika mencuci, penyediaan dan memasaknya.

Sayur-sayuran yang diperolehi perlu melalui penyediaan secara teratur bagi mengekalkan kandungan zat-zat makanan agar pengurangan berlaku pada tahap paling minimum semasa pengambilannya. Langkah di bawah perlu diikuti semasa memproses sayur-sayuran bagi mendapatkan yang terbaik dan mengekalkan kesegarannya.

i. Apabila membeli sayur-sayuran, pilih yang masih segar, elok bentuknya dan mempunyai warna terang seperti hijau bukan berwarna kekuningan kerana ini menggambarkan sayuran tersebut telah lama.

ii. Pastikan segala bahan kimia dan kotoran yang terlekat semasa di ladang dibersihkan menggunakan air secukupnya bagi mengelakkan keracunan makanan semasa mengambilnya. iii. Jangan rendam sayur-sayuran terlalu lama

dalam air garam sebelum dimasak kerana ia boleh menyebabkan kehilangan zat makanan walaupun rendaman dilakukan bertujuan membunuh hama-hama yang terdapat dipermukaan sayur.

iv. Potong sayur-sayuran hanya ketika hendak dimakan atau dimasak kerana kehilangan vitamin C akan terjadi apabila sayur-sayuran terdedah kepada udara dan kepanasan.

v. Simpan sayur-sayuran ditempat yang sejuk dan gelap untuk menghalang daripada kehilangan vitamin dan mengekalkan kesegaran.

vi. Penyimpanan sayur-sayuran di dalam peti sejuk hendaklah dalam keadaan segar. Letakkan sayuran tersebut ke dalam bekas tertutup dan kedap udara dan diletakkan di ruang penyimpanan bahagian bawah. Sayur-sayuran berdaun hijau perlu diisi ke dalam plastik yang berlubang terlebih dahulu bagi mengelakkannya menjadi layu.

Mengekalkan Kesegaran Sayur

(12)

vii. Sekiranya ingin menyimpan sayur-sayuran jenis berubi, letakkan ia di tempat yang kering dan mempunyai pengudaraan yang baik. Hindarkan daripada meletakkannya di atas lantai terutama lantai bersimen kerana bahagian ibu yang bersentuhan dengan lantai tersebut akan cepat rosak.

viii. Masaklah sayur-sayuran menggunakan kaedah kukus kerana ia dapat mencegah daripada kehilangan vitamin B dan C.

ix. Jika sayur-sayuran perlu dimasak dengan berkuah, campurkan air secara minimum dan biarkan air atau kuah tersebut mendidih terlebih dahulu sebelum sayur dimasukkan. Ini boleh mengelakkan sayur menjadi terlalu lama dimasak.

x. Elakan penggunaan bahan penaik (soda bikarbonat) sebagai bahan campuran membuat kuah kerana ia boleh merosakkan vitamin C yang terdapat dalam sayur-sayuran.

Memelihara kesegaran sayur-sayur semasa penyimpanan banyak mempengaruhi kadar penggunaannya. Jika sayur yang disimpan berkeadaan elok, proses penyediaan dan cara memasak pula akan melibatkan kadar pengambilannya. Sayur-sayuran yang disimpan dan dimasak segar tanpa kehilangan sumber-sumber vitamin dan zat-zat galian akan menarik minat kita memakannya. Oleh itu langkah-langkah yang dinyatakan di atas lebih kepada mengekalkan keadaan fizikal sayur-sayuran tersebut dan perlu diikuti agar ianya lebih segar dan berkualiti untuk dimakan.

Penaung

Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat

Haji Arpan Shah bin Satu Hajah Mariam Mas bte Yaacob

Ketua Pengarang

Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail

Penyunting

Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.

Grafik/Illustrator

Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik

boleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Mesin bakar diesel adalah jenis khusus dari mesin pembakaran dalam, yang membedakannya dari motor bakar yang lain adalah metoda penyalaan bahan bakar, Dalam mesin diesel bahan

Sesuai dengan kurikulum yang dilaksana- kan sekarang ini, bahwa di sekolah dasar (SD) juga diberikan permainan bola tangan tetapi dalam Kompetensi Dasar memahami

Sebagai salah satu alternative untuk meningkatkan produktivitas dan efesiensi dalam menghasilkan sari kelapa yang murni, akan dirancanglah mesin pemeras daging

Praktek penulisan karya tulis ilmiah TM 2 x 50’ TT 2x50’ TMd 2x60’ Mahasiswa mampu mempraktekkan penulisan karya tulis ilmiah sederhana (terbimbing). 16 Ujian Akhir

Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji transmisi kebijakan moneter melalui jalur pembiayaan bank syariah (Islamic bank financing channel) dengan membagi jenis

Ayam mulai mengalami penurunan produksi pada saat berusia dua tahun, sehingga pada awal tahun ke tiga ayam sudah afkir dan dapat dijual.Agar siklus usaha tetap berjalan

yang digunakan dalam penelitian karya ilmiah ini adalah yuridis sosiologis. yaitu pendekatan yang berusaha mensinkronisasikan ketentuan-ketentuan hukum yang berlaku