The 2nd International Social Work Conference 2015 Pulau Pinang
2-3 Disember 2015
Celebrating Diversity in the World
LAYANAN MASYARAKAT YANG PREJUDIS TERHADAP GOLONGAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU): BAGAIMANA CARANYA UNTUK MELESTARIKAN HAK OKU?1
DR. MOHAMAD MUZAMMIL MOHAMAD NOOR Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
Abstrak
Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah insan istimewa yang tabah kerana tidak menjadikan kecacatan fizikal sebagai penghalang untuk mencari pekerjaan yang halal dan meneruskan kehidupan dengan sempuna. Mereka bukannya diminta untuk dikasihi atau dibantu, malah kebanyakannya berpendapat bahawa rezeki wajar dicari dengan kudrat sendiri. Namun, ada sesetengah pihak yang tidak memberi perhatian terhadap golongan itu dan menjadikan kekurangan merekasebagai alasan untuk ‘meminggirkan’ golongan tersebut, terutama peluang memperolehi pekerjaan. Apa yang diinginkan oleh OKU hanya peluang supaya mereka dapat membuktikan diri mampu setanding dengan golongan normal. Ketidakadilan sesetengah masyarakat, terutama pihak swasta mahupun sektor awam dalam memberikan peluang pekerjaan kepada golongan OKU membuktikan bahawa masih wujud sikap prejudis terhadap keupayaan dan kemampuan golongan tersebut. Sikap itu wajar dibuang dalam mewujudkan masyarakat prihatin dan pada masa sama, membantu mereka membela nasib.Hal ini adalah kerana sebagai warga negara Malaysia, golongan OKU juga mempunyai hak untuk mendapatkan pekerjaan, perlindungan dan pembelaan. Kertas kerja ini memperlihat dan merungkaikan persoalan dan rintihan golongan tidak nasib baik ini yang menyelubungi kehidupan mereka dan adakah usaha yang perlu bagi mengatasi sikap negatif tersebut.
1 Tajuk kertas kerja ini adalah bahagian kedua atau sambungan kertas kerja yang bertajuk
Maklumat:
Pembentang Kertas Kerja
Nama: DR. MOHAMAD MUZAMMIL BIN MOHAMAD NOOR Institusi: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Alamat: PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, UNIVRRSITI SAINSMALAYSIA, 11800 PULAU PINANG
No. Tel: 04-6534745/2627/013-4300040 E-mel: muzammil@usm.my