• Tidak ada hasil yang ditemukan

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN JPNS 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN JPNS 1"

Copied!
49
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 1

PELAN STRATEGIK JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

2013 - 2015

(2)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 2

1.

PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN 3

2.

RINGKASAN EKSEKUTIF 4

3.

LATAR BELAKANG 5

4.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN , VISI & MISI 6

5.

PIAGAM PELANGGAN 7-8

6.

MATLAMAT 8

7.

OBJEKTIF 9-10

8.

MOTO 10

9.

PIHAK BERKEPENTINGAN 11

10.

CARTA ORGANISASI 12

11.

JAWATANKUASA PELAN STRATEGIK 13-14

12.

ASPRIRASI SISTEM 15

13.

ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 16

14.

TERAS STRATEGIK 2013-2015 17

15.

PELAN STRATEGIK 2013-2015 18- 48

16.

PENUTUP 49

(3)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 3

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ( JPNS ) komited dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Adalah menjadi hasrat dan keutamaan JPNS untuk merealisasikan visi dan misi JPNS sebagai pemacu dan peneraju pendidikan di Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu pelaksanaan Perancangan Strategik JPNS 2013-2015 akan menjadi pemangkin dan garis panduan malah menjadi blue print kepada pengurusan pendidikan JPNS di semua peringkat. Perancangan Strategik ini dibina berdasarkan kehendak dan haja tuju yang di gariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merangkumi aspek akademik, kokurikulum, pengurusan, pembangunan, sekolah, murid dan kepimpinan.

Adalah menjadi harapan JPNS, bimbingan daripada pihak Kementerian dan sokongan dari semua peringkat di JPNS, PPD dan sekolah akan menyumbang kepada pencapaian aspirasi tersebut. Sungguhpun demikian, usaha yang berterusan haruslah dilakukan untuk menambahbaikkan perancangan ini, sesuai dengan keperluan dan cabaran baru pada masa hadapan. Melalui perancangan ini, adalah diharapkan ia dapat meningkatkan profesionalisme, integriti, moral dan semangat kerja berpasukan. Justeru itu semua pegawai dan staf sokongan di JPNS, PPD dan sekolah harus bergerak ke hadapan dan berganding bahu mewujudkan satu budaya organisasi yang cemerlang. Saya juga berharap semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan positif, kreatif dan inovatif dalam melaksanakan Perancangan Strategik ini bagi menjayakan Visi dan Misi JPNS.

Sekian Terima Kasih.

……….

( HAJAH KALSOM BT. KHALID )

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

(4)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 4

S

ebagai peneraju dalam bidang pendidikan di Negeri Sembilan, satu Perancangan Strategik Jabatan

Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) 2013-2015 perlu diwujudkan selain menyahut seruan bagi menjadikan JPNS Terbilang Dalam Kalangan Terbaik, ini juga untuk melahirkan modal insan yang memiliki sikap,

pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang cemerlang bagi melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggung jawabkan dengan jayanya. Perancangan Strategik JPNS 2013 – 2015 ini mengandungi nilai-nilai teras, strategik

teras,pelaksanaan strategi dan pelan tindakan untuk dilaksanakan bagi menyediakan JPNS satu platform

kecemerlangan pendidikan yang unggul demi mendukung kejayaan pelaksanaan visi dan misi serta objektif strategik JPNS.

Perancangan Strategik JPNS 2013 - 2015 ini menggariskan lima Teras Strategik iaitu menyahut Asprirasi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan ( 2013 – 2015 ) bagi Gelombang 1 iaitu Akses kepada Kejayaan, Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi, Ekuiti untuk semua murid,Memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan Pelaksanaan berkecekapan tinggi. Ianya mengambil tempoh selama 3 tahun iaitu 2013 hingga 2015 kerana justifikasi daripada Gelombang 1 untuk memangkinkan Gelombang 2 pada 2015 – 2020.

Untuk menjayakan teras strategik ini, Perancangan Strategik JPNS 2013-2015 telah menggariskan strategi- strategi dan pelan-pelan tindakan yang berasaskan kepada fungsi-fungsi JPNS dan yang penting adalah

pelan tindakan ini disediakan dalam bentuk Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk membolehkan tahap pelaksanaannya dapat diukur dengan berkesan dan ditentukan sektor pelaksana untuk memikul tanggungjawab tersebut.

(5)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 5

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ( JPNS ) telah ditubuhkan di bawah Education Ordinance 1950. Ia mewakili

Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) untuk menyelaraskan semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah menengah dan rendah di Negeri Sembilan.

Pengurusan dan pentadbiran JPNS diketuai oleh Pengarah pelajaran dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah Pelajaran. Terdapat 10 sektor utama di JPNS yang diketuai oleh seorang Ketua Sektor yang berperanan untuk

menyelaraskan program-program dan aktiviti bagi fungsi utama di sektor masing-masing. Sektor-sektor tersebut ialah:-

1. Sektor Jaminan Kualiti 6. Sektor Penilaian dan Peperiksaan 2. Sektor Pengurusan Sekolah 7. Sektor Pendidikan Islam

3. Sektor Pengurusan Akademik 8. Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas 4. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan 9. Sektor Pengurusan Maklumat & ICT

5. Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan 10. Sektor Psikologi dan Kaunseling

JPNS juga menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran enam buah Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD ) yang diketuai oleh seorang Pegawai Pelajaran Daerah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah. PPD tersebut ialah:

PPD Seremban PPD Tampin PPD Kuala Pilah

PPDJempol dan Jelebu PPD Rembau PPD Port Dickson

(6)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 6

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek,dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

VISI

(7)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 7

Kami warga Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi:

 Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

 Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan.

 Menempatkan guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dai 21 hari bekerja setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Menempatkan kakitangan sokongan tidak lewat dari 14 hari bekerja setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

 Memastikan semua permohonan dan tuntutan yang berkaitan kewangan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 Mengurus perkara-perkara berkaitan perjawatan dan perkhidmatan personel dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 Menguruskan pengisian jawatan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Bidang dalam tempoh 3 bulan sebelum berlakunya kekosongan.

(8)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 8

 Memastikan setiap pelajar yang berada di sekolah ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan menduduki peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan;

 Memastikan setiap calon yang telah mendaftar dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.

 Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra.

 Menentukan segala surat aduan dan rayuan diberi jawapan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan.

 Sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

 Melahirkan insane yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara; dan

 Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

(9)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 9

1.

Melaksanakan pendidikan wajib dan menyediakan peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak.

2.

Membangunkan potensi pelajar-pelajar serta membimbing mereka menjadi insan yang cemerlang

dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah;

3.

Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan oleh

pelajar;

4.

Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah dilengkapkan mengikut keperluan;

5.

Menguruskan penempatan guru, pegawai dan kakitangan sokongan mengikut keperluan sekolah,

Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri;

6.

Menguruskan pengisian jawatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Bidang di

sekolah-sekolah;

7.

Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang lengkap dan terkini;

8.

Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan dengan

berkesan;

9.

Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan

berkesan;

(10)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 10

10. Memastikan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan sukan di sekolah serta

dilaksanakan dengan berkesan;

11. Memastikan institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta diuruskan dengan

cekap mengikut Akta Pendidikan;

12. Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan pusat dilaksanakan dengan adil,

cekap, lancar dan selamat;

13. Memastikan peruntukan kewangan yang diperoleh daripada pelbagai sumber dimanfaatkan

sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan;

14. Mengadakan permuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan

kerajaan untuk kemajuan pendidikan di Negeri Sembilan.

Terbilang Dalam Kalangan Terbaik

Integriti,Adil,Penyayang Dan Muafakat

MOTO

(11)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 11

PIHAK BERKEPENTINGAN

Menteri Pelajaran Malaysia

Timbalan Menteri Pelajaran

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia

Pejabat Pelajaran Daerah

Sekolah

Komuniti Setempat

Jabatan & Agensi Kerajaan/Swasta

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

STAKEHOLDERS

(12)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 12

CARTA ORGANISASI

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Pengarah Pelajaran

Timbalan Pengarah Pelajaran

Ketua Sektor Pembanguna n Kemanusiaan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Ketua Sektor Pendidikan Islam Ketua Sektor Jaminan Kualiti

tor an r n r r

it it it it it &

it l

it ga an

an an an an an P or n it r etua Send. K

Ketua Ketua Pendi Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling Ketua Unit Pendidikan Menengah Ketua Unit Pendidikan Rendah Ketua Unit Pra-sekolah Ketua Unit Ko-Kurikulum Ketua Unit Sukan Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran Ketua Unit Hal Ehwal Murid Ketua Unit Pend.Pencega han dadah Pusat Kurikulum (Kem PUSAKO) Ketua Unit Pengurusan & Operasi Kurikulum Ketua Unit Institut Pendidikan Agama Ketua Unit Operasi Dakwah Ketua Unit Jaminan Kualiti Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan Ketua Unit Perjawatan & Perkhidmatan Ketua Unit Pencen Ketua Unit Naik Pangkat Ketua Unit Tatatertib & Keutuhan Ketua Unit Khidmat Pengurusan Ketua Unit Kewangan Ketua Unit Akaun Ketua Unit Latihan & Kemajuan Staf Ketua Unit

Penilaian & Kompetansi Ketua Unit Pembangunan & Bekalan Ketua Unit Perolehan dan Pengurusan aset Ketua Unit Hrmis Pegawa Pelajaran Daerah Kuala Pilah Pegawa Pelajaran Daerah Jempol &

Jelebu Pegawa Pelajaran Daerah Tampin Pegawa Pelajaran Daerah Rembau Pegawa Pelajaran Daerah Seremban Pegawa Pelajaran Daerah Port Dickson Ketua Sektor Pengurusan Akademik Ketua Unit Kurikulum Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaan Ketua Sektor Pend. Khas &

(13)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 13

PENGERUSI : PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

TIMBALAN PENGERUSI : TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

SETIAUSAHA : KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI

PENOLONG SETIAUSAHA : KETUA UNIT JAMINAN KUALITI

PENYELARAS : TIMBALAN PPD SEREMBAN

BENDAHARI : KETUA UNIT KEWANGAN

AHLI JAWATANKUASA :

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK KETUA SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN & PEMBANGUNAN KETUA SEKTOR PENILAIAN & PEPERIKSAAN

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA & PENDIDIKAN KHAS KETUA SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING

KETUA SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEREMBAN

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JEMPOL & JELEBU PEGAWAI PELAJARAN DAERAH TAMPIN

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PORT DICKSON PEGAWAI PELAJARAN DAERAH REMBAU

(14)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 14

KETUA UNIT MENENGAH KETUA UNIT RENDAH

KETUA UNIT PERHUBUNGAN & PENDAFTARAN KETUA UNIT PRASEKOLAH

KETUA UNITKOKURIKULUM KETUA UNIT PUSAKO KETUA UNIT SUKAN

KETUA UNIT HAL EHWAL MURID

KETUA UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KETUA UNIT PEPERIKSAAN

KETUA UNIT PENILAIAN KETUA UNIT AKADEMIK

KETUA UNIT PERJAWATAN & PERKHIDMATAN KETUA UNIT PENCEN

KETUA UNIT NAIK PANGKAT

KETUA UNIT TATATERTIB & KEUTUHAN KETUA UNIT KHIDMAT PENGURUSAN KETUA UNIT AKAUN

KETUA UNIT LATIHAN & KEMAJUAN STAF KETUA UNIT PEMABNGUNAN & BEKALAN KETUA UNIT LATIHAN & KEMAJUAN STAF

KETUA UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET KETUA UNIT HRMIS

KETUA UNIT PENGURUSAN & OPERASI KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KETUA UNIT INSTITUT PENDIDIKAN AGAMA

KETUA UNIT OPERASI DAKWAH KETUA UNIT PENDIDIKAN SWASTA KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS

KETUA UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & ICT PENYELIA SEKTOR JAMINAN KUALITI

PENOLONG PENGARAH SEKTOR AKADEMIK PENYELIA SEKTOR AKADEMIK

(15)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 15

100% enrolmen merentas semua tahap daripada Prasekolah

hingga ke menengah atas menjelang 2020

AKSES

Dalam kalangan satu pertiga negara teratas dalam pentaksiran

antarabangsa seperti PISA,TIMSS dalam 15 tahun

KUALITI

50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( spt antara

bandar-luar bandar,jantina,sosioekonomi ) menjelang 2020

EKUITI

Sistem pendidikan yang memberi murid nilai dan pengalaman

bersama dalam kepelbagaian

PERPADUAN

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid melalui bajet

semasa.

KECEKAPAN

ASPRIRASI SISTEM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

(16)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 16

•Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

1

•Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

2

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

3

Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan

4

Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap

sekolah

5

•Mengupaya JPN,PPD & sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

6

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

7

Tranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan

8

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

9

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

10

Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

(17)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 17

AKSES KEPADA KEJAYAAN

TERAS 1

KUALITI STANDARD ANTARABANGSA YANG TINGGI

TERAS 2

EKUITI UNTUK SEMUA MURID

TERAS 3

TERAS 4

TERAS 5

TERAS STRATEGIK

MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID

(18)
(19)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 19

ANJAKAN

1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa 9 Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

ASPIRASI 100% enrolmen merentas semua tahap daripada prasekolah hingga ke menengah atas menjelang 2020

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1 Enrolmen merentas semua tahap masih boleh ditingkatkan

Meningkatkan enrolmen murid merentasi semua tahap

Meningkatkan enrolmen murid Prasekolah kerajaan dan swasta

Peratus enrolmen murid Prasekolah kerajaan dan swasta

85 88 91 94 S1 : Promosi / kempen S2 : Kolaboratif dengan pihak sekolah dan agensi luar

S3 : Pemantapan data S4 : Pengesanan awal S5 : Perluasan Kelas Prasekolah

SPS SPSPK

Meningkatkan pendaftaran murid Tahun 1

Peratus pendaftaran murid Tahun 1

(20)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 20

BIL

ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

Enrolmen merentas semua tahap masih boleh ditingkatkan

Meningkatkan enrolmen murid merentasi semua tahap

Meningkatkan enrolmen murid asli ke Tahun 1

Peratus pendaftaran murid asli ke Tahun 1

94 96 98 99 S1 : Promosi S2 : Kolaboratif

SPS SPSPK Semua murid

Tahun 6 menyambung persekolahan ke Tingkatan 1

Peratus murid Tahun 6 menyambung pelajaran ke Tingkatan 1

94 98 100 100 S1 : Promosi

S2 : Pengesanan awal murid

(21)
(22)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 22

ANJAKAN

1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkuaitii bertaraf antarabangsa 2 Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

3 Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

5 Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

6 Mengupaya JPN,PPD & sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

8 Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan

9 Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas

ASPRIRASI Negara dalam kalangan sepertiga ke atas dalam pentaksiran antarabangsa seperti PISA,TIMSS dalam tempoh 15 tahun

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa Meningkatkan kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan yang menguasai pengetahuan dan kemahiran abad 21 1.Meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan sekolah Bil sekolah yang memperolehi SKPM Tahap Gemilang SR 10 SM 7 30 11 50 16 70 25

S1 : Pemantauan Holisitk

SJK Bil sekolah yang mencapai Band 1 SR 10 SM 7 13 9 17 1 20 1

(23)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 23

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa

Meningkatkan kualiti

pendidikan untuk melahirkan modal insan yang menguasai pengetahuan dan kemahiran abad 21

1.Meningkatkan kualiti

pengurusan dan kepimpinan sekolah

Peratus sekolah meningkat sekurang-kurangnya 1 band

45 48 51 54 S1 : Pemantauan S2 : Khidmat bantu pengurusan sekolah S3 : Bina upaya kepimpinan sekolah S4 : Pemantapan jalinan dan jaringan

S5 : Pembudayaan kepimpinan instruksional

S6 : Komunitii Pembelajaran Profesional ( PLC )

(24)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 24

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

2.Meningkatkan kualiti guru dari segi

pengetahuan, kemahiran dan atribut

Peratus guru yang dicerap oleh

pentadbir sekolah

55 90 100 100 S1 : Pemantauan sektor/unit/PPD /sekolah

S2 : Pembudayaan Pencerapan klinikal S3 : Pembangunan profesionalisme berterusan ( CPD ) S4 : Pembudayaan Amalan positif

Semua Sektor

Peratus guru mendapat skor 80 ke atas dalam Standard 4 SKPM 2010 ( berdasarkan pemantauan )

60 75 85 90

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

(25)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 25

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

2.Meningkatkan kualiti guru dari segi

pengetahuan, kemahiran dan atribut

Bilangan guru yang menyertai

pertandingan inovasi

10 20 30 40 S1 : Pemantauan S2 : Pemantapan P&P

S3 :

Pembangunan profesionalisme berterusan ( CPD ) S4 :

Pembudayaan kreativiti dan inovasi S5 :

Pembudayaan kepimpinan instruksional S6 :

Pembudayaan kajian tindakan

SJK SPA SPI SPSPK

SPP SPsK

(26)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 26

SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM 3. Meningkatkan kualiti murid dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani 3.1 Pencapaian dalam peperiksaan awam Gred Purata Negeri

UPSR 2.14 2.13 2.12 2.11 S1 :

Pembangunan kognitif murid S2 : Fokus kolektif terhadap pembelajarn murid (Cocostar) S3 : Pembangunan kesejahteraan emosi dan sikap S4 : Sarana ibu bapa

S5 : Kolaboratif dengan agensi luar SPA SPI SPP SPS PMR 2.66 2.64

SPM 4.82 4.81 4.80 4.79 Peratus

cemerlang semua A

UPSR 11.4 11.8 12.2 12.6 PMR 9.4 10.5

SPM 4.2 4.5 4.8 5.1

Peratus

penguasaan

minimum/ layak sijil

UPSR 70.9 71.9 72.9 74 PMR 69.4 72

(27)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 27

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

3.2

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia

GPMP Bahasa Malaysia

UPSR-PEM

1.68 1.66 1.64 1.62 S1 :

Pemantapan MBMMBI S2 :

Pemantapan Panitia Daerah S3 :

Pemantapan pengurusan panitia

SPA

UPSR- PEN

1.64 1.62 1.60 1.58

PMR 2.25 2.23

SPM 4.15 4.13 4.11 3.99 3.3

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris

GPMP Bahasa Inggeris

UPSR 2.48 2.46 2.44 2.42

PMR 3.01 2.99

(28)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 28

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

3.4

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik

GPMP Matematik

UPSR 2.20 2.10 2.00 1.90 S1 :

Pemantapan Panitia Daerah S2 :

Pemantapan pengurusan panitia

SPA

PMR 2.20 2.10

SPM 5.51 5.49 5.47 5.45

3.5

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains

GPMP Sains

UPSR 2.21 2.19 2.17 2.16

PMR 2.72 2.70

(29)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 29

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

3.6

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah

GPMP Sejarah

PMR 2.70 2.68 S1 :

Pemantapan Panitia Daerah S2 :

Pemantapan pengurusan panitia

SPA SPI SPM 4.82 4.80 4.78 4.76

3.7

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam

GPMP Pendidikan Islam

PMR 2.39 2.37

SPM 3.91 3.89 3.87 3.85

3.8

Meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Moral

GPMP Pendidikan Moral

(30)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 30

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

sasaran

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015

1 Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa

Peningkatan dalam kualiti penndidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM

3.9

Meningkatkan enrolmen murid dalam aliran sains di peringkat menengah atas

Dasar 60 40

29 34 40 50 S1. Pemantapan KSSR Sains dan Matematik

S2. Pembangunan profesionalisme guru Matematik dan Sains Sekolah rendah dan menengah

S3. Program sokongan Ko-akademik Matematik dan Sains

S4. Jerayawara

S5 : Kemudahan prasarana pembelajaran

S6 : Pemantauan

(31)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 31

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa Peningkatan dalam kualiti pendidikan untuk melahirkan modal insan selaras dengan FPK dan asprirasi murid dalam 3PPM 3.10 Meningkatkan kualiti pengurusan PBS oleh pihak pentadbir sekolah Peratus sekolah yang mencapai tahap gemilang ( Band 4 ) dalam pengurusan PBS

40 60 80 100 S1 : Pemantapan pengurusan PBS S2 : Pemantauan S3 : Memperkasa Pasukan Pemantau S4 : Penandaarasan S5 : Pembangunan profesinalisme guru

SPP

3.11 Penurunan kes salah laku murid Peratus kadar ponteng murid ke sekolah 0.01% setahun ( 206 875 murid ) 0.36 744 0.35 724 0.34 703 0.33 682

S1 : Pemantauan Berfokus S2 : Pembangunan

kesejahteraan

emosi,spitirual dan sikap murid

S3 : Penguatkuasaan pematuhan dasar dan pekeliling

S4 : Kerjasama dengan agensi luar

S5 : Pemantapan pengurusan HEM S6 : Sarana ibu bapa S7 : Operasi Khas

(32)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 32

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 201

3

2014 2015

1. Tahap pencapaian murid di peringkat antarabangsa Memastikan pertambahan dalam bilangan penyertaan murid di kejohanan di peringkat antarabangsa 3.12 Pertambahan penyertaan murid di kejohanan Sekolah Asean ( ASG),Perahu Layar Asia ( ODA ) dan Wushu Asia ASG ODA Wushu 5 1 2 7 3 3 10 5 5 10 8 7

S1 : Pembangunan sukan untuk prestasi S2 : Pemantapan kejurulatihan S3 : Pengantarabangsaan SPPK 3.13 Meningkatkan pencapaian aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan Pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan 80 pingat

84 88 92 S1 : Pembangunan kokurikulum untuk prestasi

(33)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 33

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa

Memastikan pertambahan dalam bilangan penyertaan murid di kejohanan di peringkat antarabangsa

3.14

Meningkatkan pencapaian aktiviti

kokurikulum di peringkat antarabangsa

Pencapaian dengan sasaran pingat Johan,Naib Johan dan Ketiga

80 pingat

84 88 92 S1 :

Pengantarabangsaan S2 : Pembangunan kokurikulum untuk prestasi

S3 : Pemantapan kejurulatihan S4 : Pemantapan pengurusan kokurikulum

SPPK

3.15

Meningkatkan pencapaian aktiviti sukan di peringkat kebangsaan

Pencapaian pingat Johan,Naib Johan dan Ketiga

80 pingat

(34)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 34

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1. Tahap pencapaian

murid di peringkat antarabangsa Meningkatkan kualiti pengurusan kontrak bekalan makanan asrama sekolah harian,SABK,SBP, SKPK dan SMT/V

3.16 Pengurusan kontrak bekalan makanan asrama sekolah harian yang mencapai taraf Terbilang dan Gemilang bagi tahun semasa Bil Taraf Terbilang Gemilang Cemerlang 16 13 12 20 13 13 24 21 14 28 25 15

S1 : Pemantauan S2 : Kolaborasi dengan pihak luar

S3 : Pemantapan pengurusan kantin S4 : Pemantapan pengurusan asrama SPPK Meningkatkan kualiti pengurusan kantin bagi mencapai Gred A dan Gred B

3.17

(35)
(36)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 36

ANJAKAN

1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

6 Mengupaya JPN,PPD & sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan 7 Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

9 Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas

(ASPIRASI) 50% pengurangan dalam jurang pencapaian ( antara bandar-luar bandar,gender,sosioekonomi ) menjelang 2020

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

1 Masih wujud jurang antara sekolah bandar,serta jenis sekolah dan antara daerah Merapatkan jurang antara sekolah bandar-luar bandar,serta jenis sekolah dan antara daerah 1.Merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar Jurang GP bandar-luar bandar UPSR PMR SPM 0.18 0.24 0.65 0.16 0.23 0.63 0.14 0.22 0.61 0.12 0.21 0.59

S1 : Pembangunan kapasiti fizikal S2 : CPD berfokus S3 : PLC

S4 : Jalinan dan jaringan

(37)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 37

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

1. Masih wujud jurang antara sekolah bandar,serta jenis sekolah dan antara daerah Merapatkan jurang antara sekolah bandar-luar bandar,serta jenis sekolah dan antara daerah Merapatkan jurang kelas Pendidikan Khas antara bandar-luar bandar

Bil perluasan sekolah PPKI

50 75 85 100 S1 : Pembangunan kapasiti fizikal S2 : Pembangunan kapasiti sumber manusia

S3 : Pemantapan pengurusan peperiksaan

SPSPK SK2P

SPP

2. Jurang penglibatan gender dalam kokurikulum Jurang penglibatan gender dalam kokurikulum Memastikan penyertaan peserta mengikut kuota gender Meningkatkan penyertaan peserta lelaki

93.6 95.7 97.8 100 S1 :Promosi

S2 : Penguatkuasaan peraturan dan arahan

(38)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 38

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

3. Jurang dalam kemahiran asas

Meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid.

Memastikan semua murid mempunyai kemahiran asas untuk belajar

Penguasaan literasi

Thn 1 59.71 90 90 90 S1 : Pemantapan pengurusan LINUS

S2 : Bina upaya fasilinus

S3 : Sarana ibu bapa

SPA SPS Thn 2 84.91 95 95 95

Thn 3 97.44 100 100 100 Penguasaan

numerasi

Thn 1 68.7 90 90 90 Thn 2 90.87 95 95 95 Thn 3 98.5 100 100 100 Penguasaan

asas literasi Bahasa Inggeris

Thn1 - 90 90 90 S1 : Pemantapan LINUS 2.0 S2 : Bina upaya fasilinus S3 : Sarana ibu bapa

Thn 2 - 95 95 95

(39)
(40)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 40

ANJAKAN

1 Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkulaiti bertaraf antarabangsa 2 Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

3 Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

9 Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas

ASPRIRASI

MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID : Sistem pendidikan yang memberi murid nilai dan pengalaman bersama dalam kepelbagaian.

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1 Kuota Kaum

( RIMUP) Pencapaian keseimbangan kaum dalam RIMUP Memastikan penyertaan kuota bukan melayu mengikut nisbah 5:3:2 Peratus penyertaan kaum Cina,India dll 42.1 Cina 44.5 India /lain -lain 52.1 54.6 62.1 64.6 72.1 74.6 S1: Penguatkuasaan

S2 : Promosi SPPK

2. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam program sekolah masih rendah Peningkatan penglibatan Ibu bapa dan komuniti dalam program sekolah Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti Peratus penglibatan ibu bapa dan komuniti

30 50 60 80 S1 : Kempen dan promosi

S2 : sarana ibu bapa

S3 : Sarana sekolah

(41)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 41

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 3. Penyertaan

dalam satu-satu aktiviti/

program

didominasi oleh satu jenis kaum sahaja

Memastikan semua kaum bersama terlibat dalam semua aktiviti/program

Meningkatkan penglibatan pelbagai kaum dalam

aktiviti/program

Peratus Pelajar terlibat

35 50 70 100 S1 : Kempen dan promosi

S2 : sarana ibu bapa

S3 : Sarana sekolah S4: Pemantapan data

(42)
(43)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 43

ANJAKAN

9 Bekerjasama dengan ibu bapa,komuniti dan sektor swasta secara meluas 10 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

11 Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

ASPIRASI

PELAKSAAN BERKECEKAPAN TINGGI : Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid melalui bajet semasa

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 1 . Kelewatan perbelanjaan Waran peruntukan penyelengga raan, naik taraf dan perolehan. Peningkatan dalam kecekapan pengurusan waran peruntukan Memastikan Kerja-kerja peleneggaraan ,naik taraf dan perolehan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan Pelaksanaan Proses perolehan dan penyelengga raan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh waran diterima 120 hari 30 hari 30 hari 30 hari

S1 : Pelaksanaan projek

secara e power e t

melalui subwaran kepada PPD.

S2 : Pemantapan dan penguatkuasaan prosedur kerja pengurusan

penyelenggaraan.

(44)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 44

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

2. Prestasi perbelanjaan mengurus yang rendah

Meningkatkan kecekapan dalam

menguruskan perbelanjaan mengurus

Memastikan perbelanjaan adalah mengikut unjuran suku tahun sebagai langkah kawalan perbelanjaan

Peratus pencapaian sehingga 25% bagi suku tahun pertama

23.5 25 25 25 S1 : Pemantauan Berkala S2 : Peningkatan

profesionalisme pengurus kewangan

SK2P SPS ( Ketua Aktiviti)

Peratus pencapaian sehingga 50% bagi suku tahun kedua

48 50 50 50

Peratus pencapaian sehingga 75% bagi suku tahun ketiga.

(45)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 45

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 3. Prestasi

perbelanjaan mengurus yang rendah

Meningkatkan kecekapan dalam

menguruskan perbelanjaan mengurus

Meningkatkan prestasi perbelanjaan

Peratus prestasi belanja tahunan 95% dan ke atas

93.71 95 96 97 S1 : Pemantauan Berkala S2 : Peningkatan

profesionalisme pengurus kewangan

(46)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 46

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

4. Kualiti pengurusan kewangan Kumpulan Wang Sekolah

Meningkatkan kualiti

pengurusan kewangan KWS

Memastikan perbelanjaan adalah mengikut unjuran tahunan sebagai langkah kawalan perbelanjaan

Peningkatan 40% atau lebih bil sekolah mendapat Laporan Audit

Sangat Baik

3 5 7 10 S1 : Peningkatan profesionalisme pengurus kewangan S2 : Pemantauan Berjadual

S3 : Jalinan kerjasama dengan Bahagian Audit Sekolah

SK2P

Peningkatan 40% atau lebih bil sekolah mendapat Laporan Audit

Baik

44 53 63 79

Pengurangan bil sekolah mendapat Laporan Audit Berteguran sekurang-kurangnya sehingga 50%

(47)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 47

BIL ISU

STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI

SASARAN

STRATEGI PELAKSANA TOV 2013 2014 2015

5. Model Ekonomi Baru :

Transformasi ke arah akuan bagi Penyata kewangan Kerajaan

Memastikan sasaran pelaksanaan sistem ini tercapai sepenuhnya bermula ! Januari 2015

Memastikan pengemaskinian data

Kemaskini 100% data

( kuantiti & nilai

RM) Akaun

Belum Terima ( ABT )

Kuatkuasa 1 Januari 2014

75% 95% 100% 100% S1 : Pemantapan pelaporan ABT S2 : Jalinan kersama unit-unit mengutip Hasil kerajaan

SK2P

Kemaskini 100% data Aset Tak alih kerajaan kuatkuasa 1 Januari 2015

5% 50% 75% 100%

Kemaskini 100% data Aset Alih Kerajaan kuatkuasa 1 Januari 2015

(48)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 48

BIL ISU STRATEGIK MATLAMAT OBJEKTIF KPI SASARAN STRATEGI PELAKSANA

TOV 2013 2014 2015 8. Kesejahteraan

modal insan -guru - bukan guru yang

memerlukan bimbingan

Memastikan kesejahteraan modal insan guru dan bukan guru melalui amalan pengurusan kesejahteraan emosi

Memastikan guru dan bukan guru yang

berkeperluan mendapat pendedahan tentang pengurusan emosi

sejahtera klien

Peratus guru dan bukan guru yang mendapat pendedahan

85 90 95 100 S1 : Pemantapan pengurusan

kesejahteraan emosi S2 : Pembudayaan aspek psikologi dan kaunseling dalam amalan organisasi.

(49)

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN ( JPNS ) 49

Penggubalan perancangan strategik ini diharap dapat memberikan arah tuju dan

dasar serta strategi pengurusan pendidikan JPNS bagi memastikan

kecemerlangan pendidikan yang berterusan ke arah pencapaian visi dan misi

JPNS. Melalui perancangan ini juga, diharapkan ianya dapat meningkatkan

profesionalisme, integriti, moral dan semangat kerja berpasukan

pegawai-pegawai di JPNS,PPD dan sekolah serta mewujudkan satu budaya organisasi

yang cemerlang yang berupaya memartabatkan JPNS.Nilai sebenar

Referensi

Dokumen terkait

Database ini berguna untuk menyimpan dan menambah data di sekolah seperti Visi Misi, Sejarah, Fasilitas, Home yang nantinya akan muncul dalam halaman utama

MTs Negeri Malang 1 memiliki visi dan misi yang dikembangkan, yaitu terwujudnya sumber daya insani yang berkualitas, unggul pada bidang Imtaq dan Iptek dengan berwawasan

(religius) (Bagi peserta didik yang belum bisa menggunakan google meet, maka guru mengakhiri kegiatan pembelajaran dengan menyampaikan salam dan terima kasih

10 Peningkatan kerjasama Tim Pengembang Madrasah dalam menyusun dan melaksanakan program kerja sesuai dengan visi dan misi yang dijadikan landasan dan arahan

Salam Sejahtera, Puji Syukur dan terimakasih banyak penulis panjatkan kepada Tuhan Yesus Kristus untuk semua rasa cinta, kasih sayang, karunia, pernyertaan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) Penetapan kebijakan melalui perumusan visi, misi dan tujuan sekolah, menyusun RAPBS, kedisiplinan, pengelolaan administrasi,

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) Penetapan kebijakan melalui perumusan visi, misi dan tujuan sekolah, menyusun RAPBS, kedisiplinan, pengelolaan administrasi,

Kultur sekolah di SMP negeri Satu Atap 1 Candipuro belum terlaksana dengan baik, belum memiliki sistem STOK, memiliki visi dan misi masih dalam bentuk soft file, kegiatan kokurikuler