UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK I (SET 1)
Pensyarah:Prof Madya Dr Jamaludin Badusah
Tugasan 2 Individu
Tajuk: Komen mengenai video “ Literature Review"
Nama: Asni Nor Rizwan Abdul Rani P89276 (Master Of Education Resources & IT)
03 Mac 2017 Isi Kandungan
1. Apa itu Ulasan Literatur ... 2
2. Kenapa Perlu Ada Ulasan Literatur? ... 2
3. Teknik-Teknik Penyusunan Ulasan Literatur ... 2
4. Langkah-langkah Penulisan Ulasan Literatur ... 4
2 1. Apa itu Ulasan Literatur
Ulasan literatur bermaksud ulasan yang di lakukan kepada bahan-bahan ilmiah
utama yang dikumpulkan seperti journal, tesis atau penerbitan yang mempunyai
kaitan dengan penulisan atau kajian yang akan dilakukan. Ianya telah di tapis supaya
topiknya lebih spesifik, di ulas untuk mendapatkan konsep konsep utama.
Konsep-konsep itu pula akan dikaitkan di antara sama lain untuk mewujudkan
kesinambungan dalam penulisan dalam susunan yang logikal. Harus dingatkan ulasan
literatur TIDAK semestinya menyokong kajian yang akan dilakukan malahan
dilakukan untuk mengenalpasti lompong-lompong kajian serta mengemaskini
pengetahuan penulis mengenai perkara yang akan ditulis.
2. Kenapa Perlu Ada Ulasan Literatur?
2.1 Meningkatkan pemahaman dan keterampilan pengarang mengenai perkara
yang akan ditulis
2.2 Menunjukan kepada pembaca bahawa penulis memahami dan mempunyai
pengetahuan dalam sesuatu penulisan akademik.
2.3 Paling utama adalah untuk mengemaskini pembaca kepada satu tahap yang
memboleh mereka memahami mengenai topik-topik dalam penulisan
akademik.
3. Teknik-Teknik Penyusunan Ulasan Literatur
3.1 Secara Kronologi: Susun ulasan-ulasan menurut urutan bila ia berlaku dari
dahulu hingga sekarang. Misalnya tarikh Malaysia menghoskan sukan SEA.
3.2 Kemajuan: Peringat-peringkat kemajuan sesuatu bidang atau perkara yang
ditulis juga boleh dijadikan panduan menyusun ulasan literatur. Misalnya
3.3 Geografikal: Satukan literatur-literatur dalam lokasi geografikal yang sama
dalam suatu kumpulan wujudkan kumpula-kumpulan yang lain pula untuk
lokasi geografikal yang lain, diasing kan dalam suatu urutan penulisan.
Sebagai contoh, keluasan ladang kelapa sawit menurut negeri-negeri di
Malaysia.
3.4 Soalan-soalan : Apakah persoalan-persoalan yang dikaji oleh
pengkaji-pengkaji terdahulu? Persoalan serta jawapan kepada persoalan boleh
4 4. Langkah-langkah Penulisan Ulasan Literatur
Sebagaimana menulis sesuatu projek penyelidkan, langkah -langkah yang hampir
serupa boleh dijadikan panduan untuk menulis ulasan literatur iaitu
4.1. Mengumpul: Kumpulkan literatur-literatur dari sumber yang boleh dipercayai seperti jurnal, proceeding,tesis atau buku-buku ilmiah yang
berkaitan dengan perkara yang akan ditulis.
4.2. Menganalisa: Setelah mengumpul literatur-literatur berkaitan, inilah
masanya untuk melakukan proses pencantasan. Dari timbunan
literatur-literatur yang dikumpul, cari fakta penting yang berkatian,
tandakan lokasinya atau ekstrakkan dari literatur tersebut dan simpannya
sementara di dalam satu senarai sementara.
4.3. Menyusun: Bila menganalisa semula senarai sementara ekstrak-ekstrak dari literatur-literatur yang telah dilakukan dalam langkah pengalisaan, akan
terdapat suatu urutan yang logik atau pola yang dapat dikesan daripadanya.
Di sinilah gunanya teknik-teknik penyusunan yang telah dinyatakan sebelum
ini diguna pakai iaitu secara kronologikal, kemajuan, geografikal dan
soalan-soalan. Setelah polanya dikenalpasti, susun kembali kedalam ulasan
literatur dalam gaya bahasa tersendiri atau secara petikan dengan kaedah
sitasi yang telah ditetapkan.
4.4. Meringkaskan: Setelah anda menyusunnya menurut suatu pola, ringkaskan pula mengguna penghubung kata yang sesuai, mengolahkan semula gaya
bahasa yang menarik tapi bercirikan akademik. Jika sesuai, masukkan
carta-carta yang di cipta sendiri yang boleh mengambarkan idea sesuatu
5. Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, ulasan literatur adalah suatu langkah yang penting dalam
penulisan akademik untuk menghasilkan suatu penulisan yang berkualiti iaitu
penulisan yang mengambil kira lompong kajian, terkini dan paling penting sebagai
suatu perkhidmatan mengemas kini pengetahuan kepada pembaca dan membawanya