• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelidikan dalam Pendidikan Islam pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penyelidikan dalam Pendidikan Islam pdf"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Penyelidikan dalam Pendidikan Islam

Pendahuluan

Kertas kerdil ini bertujuan membincangkan beberapa lintasan fikiran dan penelitian berkaitan penyelidikan dalam pendidikan Islam. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah kedudukan dan kepentingan penyelidikan dalam Islam, Kedudukan penyelidikan dalam masyarakat antarabangsa dan masyarakat Islam, metod dan pendekatan Islam dalam penyelidikan, kepentingan penyelidikan dalam pendidikan Islam dan beberapa saranan penyelidikan pendidikan Islam. Perbincangan rengkas ini diharapkan dapat menghasilkan istijabah yang positif serta mencetus semangat dan keazaman baru kearah pembentukan budaya menyelidik di kalangan ilmuan Islam khasnya dan masyarakat Islam amnya.

Islam dan Penyelidikan

Penurunan wahyu pertama (

كب ْ ْق ق ع ْنم

ْن ْْ ق خ ق خ ل ك ب مْس ب ْ ْق

ْم ْعي ْمل م ْن ْْ م ع م ْل ب م ع ل ْك ْْ

) kepada Junjungan Besar Nabi

Muhammad Salla l-Lahuُ ‘alaihiُ waُ sallamُ denganُ jelasُ memberiُ arahanُ kepada setiap individu muslim untuk menuntut dan menyebar ilmu yang merupakan dua matlamat penting dalam penyelidikan.

Seterusnya perkataan

ْق

yang digunakan bukan sahaja membawa pengertian’bacalah’ُmalahُmenurutُIbnُManzurُ)6995,69-80,J 11) kata dasar أرق membawa pengertian عمج berertiُ‘kumpul’,ُkataُkerjaُأر ق memberi maksud سراد berertiُ‘kajiُdanُbincang’,ُungkapanُُ أرق memberi pengertian ُ ئر قُ رص

كس ن berertiُ‘akuُtelahُmenjadiُseorangُpembacaُal-Quran yang mengabdikan diri’,ُ ungkapanُ ُ أرق memberi maksud ُ فت bererti ‘aku telah faham mendalami’ dan kata kerja أرق membawa pengertian غ بأ bererti’ُ menyampaikan.

(2)

sumbangan penyelidikan kepada individu dan masyarakat manusia sejagat yang berupa pengabdian diri kepada Pencipta Alam semesta.

Ayat-ayat diatas juga telah menggariskan dua subjek utama yang perlu diberikan tumpuan dalam usaha mendapat dan menyebarkan maklumat melalui kajian dan penyelidikan : Alam ciptaan Allah (

ق خ ل

) dan manusia ciptaan Allah (

نْ ق خ

).

Seterusnya ayat-ayat yang berupa wahyu pertama di atas menegaskan lagi arahan membaca, mengkaji dan menyelidik sebagai upaya penghasilan ilmu dan memberi jaminan bantuan dan pengurniaan darjat dari Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, dan Pengurnia Yang Maha Kaya terhadap usaha yang dilakukan (

م عي

مل م نْ م ع م ل ب م ع ل كْ كب ق

) .

(3)

( Maka apakah mereka tidak melihat ke langit yang berada di atas mereka, bagaimana kami membina dan menghiaskannya sedangkan ia tidak ada sebarang keretakan)

2- Arahan berfikir dan mengkaji kejadian diri manusia dan alam semesti sebagai pembuktian kewujudan, keesaan Pencipta dan keagonganNya.

( Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas pada mereka bahawa al-Qur’anُituُadalahُbenar…(

( dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya malainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan…(

3- Arahan menggunakan ketajaman akal, logik, pemikiran dan penelitian yang teliti dalam sebarang tindakan dan pegangan.

-mencipta (diri mereka sendiri)? Atau merekakah yang telah -menciptakan langit dan bumi? Sebenarnya mereka tidak meyakini ( apa yang mereka katakana) )

( Katakanlah: Jikalau ada tuhan-tuhan di sampingNya, sebagaimana yang mereka dakwakan, nescaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan pemilik Arsh)

(4)

-(Wahai manusia, telah dibuat satu perumpamaan maka dengarlah dengan teliti perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat mencitakan seekor lalat pun walaupun mereka bersatu untuk tujuan itu, dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemah yang menyembah serta amat lemah pula yang disembah)

4- Larangan, cemuhan dan amaran keras kerana tidak menggunakan pancaindera dalam melakukan sebarang tindakan perkataan mahupun perbuatan. pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendegaran, penglihatan dan hati nurani kesemuanya akan pasti diminta tidak menggunakanya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mempunyai mata (tetapi) tidak mengunakanya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga, (tetapi) tidak menggunakanya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itu

(5)

bagi mereka di mana mereka mengingkari ayat-ayat Allah. Mereka ditimpa azab siksa yang dulu mereka memperolok-olokkannya)

5- Larangan bersifat pak turut atau bertaklid secara membuta-tuli tanpa

sandaran ilmu yang meyakinkan.

untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapaُkamiُmengerjakanya’.ُ Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka

menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa ilmu pengetahuan)

6- Tegahan melakukan sebarang tindakan yang diasaskan kepada

sangkaan dan agakan semata-mata.

( Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti malainkan sangkaan semata-mata. Sesungguhnya sangkaan itu tidak mempunyai apa kaitan pun

bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.

Mereka tidak lain dari hanya mengikut sangkaan semata-mata dan

sesungguhnya mereka tidak lain dari berdusta (terhadap Allah)

(6)

ُ sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang kafir itu tidak beruntung)

-( Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Katakanlah: tunjukkan bukti kebenaran kamu, jika kamu orang-orang yang benar)

-(Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk syurga

kecuali orang-orang (yang berugama) Yahudi dan Nasrani. Demikian itu (hanya)

angan-angan kosong mereka semata-mata. Katakanlah: Tunjukkanlah bukti

kebenaranmu jika kamu orang yang benar)

8- Larangan berpada dan berpuas hati dengan tahap ilmu yang ada dan arahan supaya berusaha menuntut ilmu secara berterusan.

-)ُ …danُ katakanlah:ُ ُ Wahaiُ Tuhanku,ُ tambahkanlahُ padakuُ ilmuُ

pengetahuan)

)ُ…danُtidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan malainkan sedikit)

Pembentangan dari sebilangan kecil ayat-ayat al-Qur’anُ yangُ berkaitanُ dengan penyelidikan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan seperti di atas jelas dan tidak syak lagi meletakkan penyelidikan dan usaha menuntut ilmu berada di puncak tujuan dan motif risalah Islam.

(7)

bertujuan membawa keharmunian dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Justeru, umat Islam dari segenap lapisan diberikan tanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.

Aktiviti-aktiviti berfikir, mengkaji, menyelidik, menimba ilmu, dan menyebar ilmu bukan sahaja merupakan satu tanggungjawab setiap individu muslim yang harus disedari dan diyakini malah perlu dijadikan sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.

Budaya ini perlu diamalkan secara bersungguh dan berterusan oleh segenap lapisan masyarakat Islam, bukan sahaja untuk kepentingan kemakmuran dan kesejahteraan mereka bahkan bagi menepati Amanah Ilahi yang telah meletakkan tanggungjawab memakmurkan alam dengan tamadun insani di atas bahu mereka.

Kedudukan Penyelidikan dalam Masyarakat Antarabangsa dan Masyarakat Islam.

Dalam era moden, Negara-negara di dunia telah digolongkan dalam tiga kategori utama: Negara-Negara Maju, Negara-Negara Sedang Membangun dan Negara Dunia Ketiga. negara maju terdiri dari Negara-Negara Barat, Eropah, Jepun, China dan Korea sementara Negara-Negara-Negara-Negara Islam hampir keseluruhannya digolongkan sebagai Negara-Negara Sedang Membangun walaupun segelintir masih lagi dari golongan Negara Dunia Ketiga.

Tanpa membahaskan sejauhmana ketepatan klasifakasi ini, dunia moden menerima hakikat bahawa negara-negara yang dikatakan sebagai Negara Maju ini merupakan negara-negara yang memacu dan mengetuai politik dan ekonomi dunia kini. Ketentuan semasa dan masa depan dunia kini terletak kepada ketentuan yang dibuat oleh negara-negara ini.

Kebolehan Negara-Negara Islam menentukan ketentuan sendiri atau ketentuan masa depan dunia secara bebas tanpa bergantung kepada keputusan dan campur tangan Negara-Negara Maju amat diragukan dalam era kini selagi mana Negara-Negara Islam masih berada di tahap dan dalam situasi dan kondisi yang serupa tanpa mengalami perubahan yang drastik dan menyeluruh.

(8)

dan pendidikan. Negara-Negara Maju jelas sejak berdekad-dekad lamanya telah memberikan perhatian dan penumpuan yang serius terhadap aspek ini. Negara- Negara ini kini melipatgandakan usaha mereka untuk terus mengekalkan keadaan sementara Negara-Negara Islam masih terus tertinggal di belakang.

Negara Jepun yang telah mencapai kematangan ekonominya sejak tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan (70an dan 80an), mulai 1986 merupakan negara yang mempunyai kadar peruntukan terbesar dari pendapatan negara bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan penyelidikan (R&D) berbanding dengan dengan Negara-negara lain terutama Amerika Syarikat (Wikipedia.org, 20 Feb. 2009). Pada tahun 1987, Jepun telah memperuntukkan US$39.1 bilion menyamai 2.9% dari pendapatan Negara. Sementara itu, pada tahun 1989 Jepun mempunyai 700.000 penyelidik yang merupakan satu jumlah yang melebihi gabungan jumlah penyelidik-penyelidik di Peranchis, Great Britain dan German Barat (ibid).

Sementara itu, Negara China yang kini muncul sebagai salah sebuah Negara gergasi ekonomi dunia kini giat melipatgandakan usaha dan perhatiannya terhadap penyelidikan. Menurut satu laporan (cinabusinessreview.cm: 20 Feb. 2009) Negara China mencatatkan pertambahan perbelanjaan tahunan dalam penyelidikan sebanyak 17% sejak 12 tahun kebelakangan ini. Dalam tahun 2006, pertambahan perbelanjaan penyelidikan Negara China meningkat sebanyak 23% berjumlah US$41.4 bilion. Pada tahun 2005 China telah memperuntukkan 1.4% dari pendapatan pengeluaran kasar Negara untuk penyelidikan dan mensasarkan 2.5% menjelang tahun 2020. Menjelang akhir tahun 2007 terdapat 1,160 buah pusat penyelidikan di China.

(9)

Pembentangan rengkas di atas menimbulkan beberapa persoalan yang jelas dan penting: Dimanakah Negara-Negara Islam? Apakah tidak terdapat sebuah Negara Islam pun yang termasuk di dalam senarai? Kenapa ini terjadi? dan boleh terjadi?

Untuk memberikan jawapan yang meyakinkan kepada persoalan-persoalan di atas, tentu sekali menuntut masa dan kajian. Walaupun demikian, cukup kiranya jika umat Islam mengakui bahawa keadaan di atas tidak sewajarnya berlaku dan ia tidak wajar dibiarkan berterusan. Negara-Negara Islam setidak-tidaknya harus membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga mengambil berat tentang penyelidikan sebagaimana yang diarahkan oleh ugama mereka dan mereka juga tahu membelanjakan harta ke jalan yang dituntut untuk membawa pembangunan manusia dan alam.

Semangat dan dorongan menyertai kumpulan negara-negara penyelidik dunia, walaubagaimanapun, tidak harus didasarkan semata-mata atas dasar perlumbaan, ikutan atau dasar-dasar lain yang tidak menepati kehendak-kehendak Islam yang telah ditentukan dan diamanahkan untuk membawa kesejahteraan, keharmonian dan kebahagiaan alam sejagat:ُ محرُاإُ ن سرأُ م ُ ُنيمل ع ل ( Dan tidak Aku utuskan Engkau (wahai Muhammad) malainkan untuk membawa Rahmat untuk sekelian Alam).

Metod Dan Pendekatan Islam Dalam Penyelidikan

Islam sebagai ugama yang bersifat universal menggariskan matlamat dan tujuan-tujuan yang jelas mengapa tuntutan mengkaji dan menyelidik dipertanggungjawabkan keatas setiap individu manusia dan individu muslim khasnya.

(10)

Justeru, Islam mengarahkan umat manusia supaya berilmu yang lengkap dan meyakinkan supaya dapat membuat keputusan yang tepat tentang identiti, keupayaan dan tugas mereka di alam maya ini. Untuk tujuan ini Islam mengarahkan umat manusia menggunakan segala kapasiti yang dibekalkan: akal fikiran, pancaindera dan hati nurani untuk sampai kepada keputusan yang tepat dan muktamad.

Ketepatan ilmu tentang identiti, keupayaan dan tugas merupakan faktor-faktor penentu yang mencorak dan membentuk tingkah-laku manusia dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, aktiviti pengkajian dan penyelidikan yang pertama yang harus dilaksanakan adalah pembongkaran kebenaran (ُ فشك ُ قئ حلا) . Dalam usaha membongkar kebenaran-kebenaran, Islam menganjurkan umat manusia menggunakan segala kapasiti yang dibekalkan dengan cara yang sebaik mungkin dan seoptima mungkin di samping memastikan skop penelitian mencakupi semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam alam. Dalam erti kata lain, setiap individu haruslah menggamalkan pemikiran yang menyeluruh (رينتسملاُ ركفلا) di samping subjek pemerhatian dan kajian haruslah mencakupi manusia itu sendiri, kehidupan yang mereka jalani dan alam tempat di mana mereka berada.

Pemikiran menyeluruh yang jelasnya bukan semata-mata pemikiran yang mendalam (قيمعلاُركفلا) apatah lagi pemikiran yang cetek dan mendatar (ُركفلا يحطسلا) adalah unsur terpenting yang perlu wujud dalam sebarang kajian dan penyelidikan yang bersifat Islam. Bahkan, pemikiran dalam bentuk ini perlu menjadi amalan harian setiap individu muslim.

Di samping ini, Islam juga menekankan kewujudan unsur gambaran yang lengkap dan sempurna (لم كلا ُ لم شلاُ ر صتلا) dalam sebuah kajian. Dalam erti kata lain subjek dan skop kajian haruslah terdiri dari semua aspek (variable) yang berkaitan dalam sebuah kajian. Sebagaimana al-fikr ul-mustanir, at-tasawwur ul-kamil dan as-syamil, dalam Islam, bukan sahaja syarat kesempurnaan sebuah kajian malah perlu menjadi amalan harian setiap individu muslim bagi tujuan penghasilan tingkah-laku yang berfaedah, jauh dari sebarang kesalahan dan kemudaratan berketepatan dengan sabda JunjunganُBesarُNabiُMuhammadُSallaُlLahuُ‘alaihiُwaُsallam:ُ“ُُ سُنمُ سملا هدي ُ هن سلُ نمُ ن م سملا”ُ )ُ Muslimُ sebenarُ adalahُ seorangُ yangُ manaُ Muslim -Muslim yang lain selamat dari angkara lidah dan tangannya).

(11)

mengandungi unsur manfaat kepada individu, kelompok masyarakat dan orang awam tidak dibenarkan dan harus ditegah. Dalam hal ini, Islam menggariskan bahawa manfaat awam mengatasi segala manfaat lain.

Islam juga mengajurkan supaya kajian yang dilakukan hendaklah berupa usaha membawa kepentingan dan kebaikan atau usaha menghalang dan membenteras keburukan dan kerosakan (دس فملاُ ءردُ أُ حل صملاُ ج). Untuk memenuhi syarat ini, pengkaji hendaklah terlebih dahulu mempunyai pemikiran dan penilaian yang jelas tentang kebaikan dan keburukan sebagaimana yang ditentukan oleh Islam. Penentuan nilai ini sekali-kali tidak boleh dirujuk kepada perasaan, kebiasaan, adat atau anggapan atau semata-mata atas anggapan keperluan zaman atau keadaan. Sebaliknya, nilai baik atau buruk ditentukan oleh Allah melalui wahyuNya.

Amal merupakan satu unsur utama Islam. Setiap perkara yang tidak ada sebarang kaitan dengan amal dianggap tidak bernilai dan tidak dianjurkan. Oleh itu kewujudan nilai amali atau praktikal perlu diberi perhatian dalam sebuah kajian bersifat Islam. Sebarang kajian berbentuk semata-mata teori (purely theoretical) yang langsung tiada kaitan dengan amal perlu ditinggalkan.

Berkaitan dengan konsep di atas ialah konsep kebolehan amal (practicality or applicability) yang juga perlu ditekankan sewaktu merancang sebuah kajian atau membuat sebarang keputusan. Ini bermakna, setiap perancangan perlu dilihat dari segi kebolehan perlaksanaannya dengan dengan meninjau faktor-faktor masa, sumber kewangan, sumber manusia dan sumber fizikal yang diperlukan. Ini diperlukan bagi memastikan usaha yang akan dilakukan berakhir dengan sebuah kejayaan atau pencapaian dan bukan usaha sekerat jalan dan tiada kesudahan.

Salah satu etika atau prinsip yang diletakkan oleh Islam di puncak kepentingan bagi sebarang tindakan dan amalan ialah prinsip keutamaan ( ي ل أ).ُUmatُIslamُdisifatkanُolehُAllahُSubhanahuُwaُTa’alaُsebagai:ُُ

ني ل

(12)

kepada perasaan, keinginan, kegemaran, kecenderungan individu, kelompok atau masyarakat tetapi kepada keutamaan yang digariskan oleh Islam.

Seterusnya, penyelidikan dan kajian dianjurkan Islam sebagai pra syarat bagi sebarang perubahan yang akan dilakukan. Islam menuntut umatnya melakukan perubahan-perubahan yang positif yang menampilkan peningkatan, perkembangan dan kemajuan dari seluruh aspek kehidupan. Allah befirman:

ْن ب م ْ يغي تح ْ ب م يغي ا ه ل

ْم

ع ل 555

( Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka sendiri merubah keadaan yang ada pada diri mereka)

-م ن ب -م يغي تح ق ع عن عن يغ-م كي -مل ه ل ب كل

.

..

: ب تل 12

( Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah

sekali-kaliُ tidakُ akanُ merubahُ ni’matُ yangُ telahُ dianugerahkanNyaُ kepadaُ

suatu kaum hingga kaum itu sendiri merubah apa yang ada pada diri mereka)

Semua perubahan yang dirancangkan memerlukan kajian dan kajian yang dilakukan hendaklah mempunyai nilai yang mampu membawa perubahan-perubahan yang dikehendaki dan disarankan oleh Islam.

Akhir sekali, perlu ditegaskan bahawa suntikan niat dan keikhlasan kepada Pencipta Yang Maha Esa dalam merancang dan melaksanakan apa jua kajian dan penyelidikan merupakan nyawa atau rahsia hidup yang menyingkir segala gejala keburukan dan menjemput segala elemen kebaikan dari titik awal hingga ke titik akhir sebuah penyelidikan.

Sebagai kesimpulan bagi pembentangan rengkas di bawah tajuk ini, perlu dinyatakan bahawa prinsip, pendekatan di atas dan juga prinsip dan pendekatan lain yang boleh dirujuk secara terperinci dalam perbincangan-perbincangan tentang tujuan perutusan Islam danُpensyari’atanُIslamُ)ُدص م عيرشلاُ دص م ُ يماسإاُ ل سرلا) perlu diberi penekanan yang sewajarnya dalam semua aktiviti penyelidikan supaya ia membuahkan hasil yang benar-benar membawa kesejahteraan untuk semua.

Kepentingan Penyelidikan dalam Pendidikan Islam

(13)

Di bawah tajuk ini kertas ini akan cuba melihat langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak bagi memikul amanah yang telah dipertanggungjawab kepada semua.

Sebelum itu, elok ditegaskan bahawa pengertian dan skop pendidikan Islam sangat bertentangan dengan Islam serta membawa akibat yang sangat buruk jikaُdifahamiُmembawaُpengertianُ‘religiousُeducation’ُsebagaimanaُyangُdiُ fahami oleh masyarakat Barat yang menganuti faham sekularisma. Faham sekularisma dan dualism dalam cara hidup adalah faham-faham sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam yang tidak memisahkan kehidupan dunia dan kehidupan berugama. Islam yang merupakan satu cara hidup yang mencakupi semua aspek kehidupan menjelaskan bahawa semua tingkah-laku dan aktiviti manusia membawa nilai dunia dan akhirat dan manusia bertanggungjawab ke atas semua perlakuan samaada kecil atau besar.

Bertolak dari skop pendidikan sebenar, maka setiap individu muslim dalam apa jua bahagian, jurusan pekerjaan dan perkhidmatan memikul tanggungjawab yang sama dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan Islam yang umurnya seumur individu itu sendiri. Justeru, dalam konteks penyelidikan dalam pendidikan Islam, setiap individu muslim bertanggungjawab melaksanakannya dengan mematuhi pendekatan dan prinsip penyelidikan dalam Islam mengikut skop dan bidang tanggungjawab masing-masing.

Berbalik kepada langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak dalam usaha menunaikan tanggungjawab penyelidikan yang telah diamahkan, Kertas ini akan cuba membahaskan beberapa isu dan penelitian penting seperti berikut:

a- Polisi Penyelidikan Negara

Bertolak dari keimanan bahawa penyelidikan adalah satu tugasan setiap individu Muslim dan fakta bahawa kekuatan dan kemajuan sebuah Negara terletak kepada kemajuan dan pencapaian penyelidikannya maka seharusnya negara-negara Islam menjadikan penyelidikan sebagai satu agenda utama negara. Negara-negara Islam hendaklah memberikan sepenuh perhatian terhadap usaha untuk membudayakan penyelidikan di kalangan rakyat.

(14)

arah penyelidikan telah diamalkan oleh semua agensi kerajaan terutama sekali agensi pendidikan. Langkah-langkah jangka panjang dan pendek mungkin perlu dirangka bagi melaksanakan wawasan ini.

Sesebuah Negara Islam juga perlu mempunyai kepercayaan yang teguh bahawa keberhasilan penyelidikan yang bernilai yang menjana kemajuan sebenar memerlukan penyelidik-penyelidik yang berwibawa serta berkeperibadian mulia dan tinggi. Justeru penekanan kearah pembentukan masyarakat berilmu dan berkeperibadian mulia dan tinggi harus dijadikan agenda utama dalam sistem pendidikan Negara.

b- Pengenalan diri atau Identiti

Persoalan pengenalan diri atau identiti mungkin dianggap sebagai isu yang remeh untuk dibangkitkan dalam konteks penyelidikan. Namun, isu krisis identiti adalah satu gejala yang jelas menular di segenap lapisan masyarakat Islam. Individu muslim yang tidak mengamalkan gaya hidup Islam jelas dilanda simpton krisis identiti ini.

Negara dan masyarakat Islam perlu meyakini bahawa mereka mempunyai identiti, keperluan, tugasan dan keutamaan yang tersendiri berlainan dengan identiti, keperluan, tugasan dan keutamaan masyarakat bukan Islam. Bertolak dari penemuan identiti ini, Negara dan masyarakat Islam merangka satu bentuk pembangunan yang tersendiri dengan penuh keyakinan dan ketabahan.

Penyelidikan-penyelidikan yang menjana kemajuan dan pembangunan dan kemajuan hakiki dan yang dituntut akan hanya diperolehi dari pengenalan identiti Islam yang sebenar. Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan diri dari terpadaya dan terbawa-bawa dengan bentuk-bentuk pembangunan yang palsu malah dapat menghindarkan dari pembaziran harta, tenaga dan masa disamping mempercepatkan kemajuan yang diinginkan.

c- Oriantasi Penyelidikan bersifat Islam

(15)

segera bagi memastikan semua aspek kehidupan menuju ke arah pembentukan sebuah Negara dan umat terpilih ( طس ُ مأ) yang menjadi contoh dan ikutan serta penjana kemakmuran dan kesejahteraan dunia. Untuk tujuan ini, beberapa persoalan kajian mungkin perlu dirangka seperti berikut:

i- Apakah keperluan semasa, keperluan jangka pendek, keperluan masa depan dan keperluan jangka panjang bagi semua pihak dalam masyarakat?

ii- Sejauhmanakah matlamat dan objektif yang telah digariskan oleh atau untuk semua pihak benar-benar sejajar dengan keperluan-keperluan sebenar?

iii- Sejauhmanakah cara, jalan dan alat ( means and instruments ) berupa seumpama tindakan, usaha, perancangan, garispanduan perlaksanaan yang sedia ada dan sedang diamalkan mampu mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan?

iv- Apakah masalah, kesulitan dan kelemahan yang dihadapi dalam pencapaian matlamat dan objektif yang telah digariskan?

v- Apakah langkah-langkah perubahan dan pembaikan yang perlu diambil untuk penyelesaian masalah, kesulitan dan kelemahan yang dihadapi?

vi- Sejauhmanakah pula cara, jalan dan alat ( means and instruments ) berupa seumpama tindakan, usaha, perancangan, garispanduan perlaksanaan yang sedia ada dan sedang diamalkan mampu mencapai memenuhi keperluan-keperluan sebenar?

vii- Apakah matlamat dan objektif baru atau tambahan yang perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan sebenar?

viii- Apakah cara, jalan dan alat (means and instruments) yang diperlukan bagi pencapaian matlamat dan objektif baru yang digariskan?

ix- Apakah tindakan-tindakan pemantauan, susulan dan penilaian yang perlu diambil bagi memastikan kelancaran perlaksanaan rancangan dan kelancaran perjalanannya menuju ke arah pencapaian matlamat dan objektif?

(16)

Berasaskan persoalan-persoalan di atas juga, semua pihak dan agensi terutama sekali agensi-agensi pendidikan mungkin perlu melaksanakan bentuk-bentuk kajian asas dan pendahuluan (preliminary researches) seumpama kajian-kajian analisis keperluan ( needs analysis), dan kajian penilaian ( evaluation and assessment ) seberapa segera serta merancang dan melaksanakan bentuk-bentuk kajian lain seperti kajian asas ( basic research) kajian penyelesaian masalah ( problem solving research) dan kajian tindakan segera ( action research) secara berterusan.

Sebagai kesimpulan, perlu ditegaskan bahawa tanggungjawab penyelidikan dalam pendidikan Islam merupakan satu amanah merentas semua lapisan masyarakat dan agensi. Langkah-langkah drastik, sistematik dan menyeluruh perlu diambil seberapa segera dan perlu dilaksanakan secara konsisten dengan penuh keimanan dan keteguhan azam bagi menjamin pencapaian pembangunan dan kemajuan sebenar yang menepati identiti dan hasrat umat Islam.

Penutup

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam pendahuluan kertas ini, kertas ini hanyalah sebuah kertas kerdil yang mengetengahkan lintasan fikiran dan penelitian penulis, yang juga kerdil sifatnya, tentang isu penyelidikan dalam pendidikan Islam. Perbincangan kerdil dalam tajuk-tajuk yang dimuatkan dalam kertas ini, walaubagaimanapun, mempunyai harapan yang besar untuk mencetus perubahan sikap dan tindakan terhadap penyelidikan dikalangan semua pihak dan agensi. Seterusnya, adalah diharapkan lintasan-lintasan pemikiran dan pemerhatian yang dikemukakan dapat memberi sumbangan kerdil kearah pembentukan budaya menyelidik di kalangan masyarakat Islam.

(17)

Disediakan:

Ab Rahim Ismail

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Negara Brunei Darussalam

(23hb Feb. 2009)

Rujukan:

-ُهين عمُ مجرت ُ يركلاُنآر لا ُنيمرحلاُ د خُفق ُ: يد عسلاُ يبرعلاُ ك مملاُ، سين دنإاُ غ لاُ لإ

. يد عسلاُ يبرعلاُ ك مملاُ مُد عسُلآُزيزعلادبعُنبُد فُ ملاُنيفيرشلا -،ُ يقُ نبا ُ

(ُ دنلاُ سي أُ دمحم 196

-156 ،)ُ ـه ُ 6911 ُ ُ تكلاُ رادُ ت ريبُ " ي لاُ ريسفتلاُ "

. يم علا -ُ، ازعُدمحمُزيزعلاُدبع 1006

ُ ملاُ" ُن يبلاُرادُ:ةره لاُ،" ي فلاُدعا لاُيفُ يعرشلاُدص

.عيز تلا ُرشن ل -ُ،ُين ب صلاُي عُدمحم 6911

(18)

-

http://en.wikipedia.org/wiki/Research_&_development

- http://www.chinabusinessreview.com/public/0803/thorpe.html

Referensi

Dokumen terkait

Oleh sebab pembinaan sesebuah perkaedahan penyelidikan perlu berasaskan paradigma atau tasawumya , maka kajian bagi mcndalami perbahasan konsep bebas nilai dalam penyelidikan

Tugas guru Pendidikan Agama Islam sebagai pengelola pendidikan dan pengajaran hendaklah dapat merangsang kegiatan belajar mengajar yang sesuai dengan perubahan

Indonesia akan memasuki era Masyarakat Ekonomi ASEAN 2015, dimana dengan tujuan yang baik itu diharapkan mampu membawa perubahan untuk pertumbuhan ekonomi di

(1) Sosiodrama dan bermain peran memerlukan waktu yang relatif panjang atau banyak, (2) Memerlukan kreativitas dan daya kreasi yang tinggi dari pihak guru maupun

pada masyarakat melalui nilai-nilai tasawuf yang diterapkannya. Dengan kapasitas dan keulamaan yang dimiliki Habib Sholeh, dia mampu membawa perubahan yang sangat besar

KAJIAN STILISTIKA DAN NILAI PENDIDIKAN KARAKTER DALAM NOVEL SEMUA IKAN DI LANGIT KARYA ZIGGY ZEZSYAZEOVIENNAZABRIZKIE.. Indah

Semua reka bentuk, ukuran dan spesifikasi adalah anggaran dan tertakluk pada kajian akhir, perubahan, pengubahsuaian dan /atau pindaan sekiranya dikehendaki oleh Pihak

Dalam memantapkan urgensi pengembangan prinsip paradigma tauhid dalam integrasi nilai, Kartanegara8 2005: 19 menjelaskan 6 permasalahan yang memerlukan pembenahan sebagai akibat