• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kekangan Graduan Menceburi Bidang Keusahawanan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kekangan Graduan Menceburi Bidang Keusahawanan"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kekangan Graduan Menceburi Bidang Keusahawanan

Siti Solehah Ghazali & Halimah Harun

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43 600 Bangi, Selangor

Abstrak

Bidang keusahawanan menyediakan peluang yang luas untuk diceburi sebagai satu kerjaya. Namun, ia masih kurang digemari oleh graduan di Malaysia. Kebanyakan graduan mempersepsikan bidang ini sebagai pilihan kedua atau terakhir kerana kurangnya kesedaran terhadap potensi kerjaya tersebut. Hasil daripada beberapa penyelidikan yang dijalankan di negara ini, didapati faktor yang menjadi penghalang ialah faktor masa, pengurusan risiko, kemahiran mengurus kewangan dan keyakinan diri terhadap kesediaan graduan untuk menjadi usahawan. Kebanyakan dapatan-dapatan kajian ini diperoleh melalui kaedah kualitatif yang menggunakan kaedah temubual mendalam, pemerhatian dan bukti dokumen. Sehubungan itu, kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor, cabaran dan isu-isu berkaitan yang menjadi kekangan kepada graduan untuk menceburi bidang keusahawanan. Maka, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu mengurangkan atau meminimumkan impak kekangan bagi graduan yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Kata kunci: graduan, bidang keusahawanan, kerjaya 1. PENGENALAN

Kerjaya merupakan agenda penting kepada setiap individu. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi dan mencorakkan kehidupan seseorang (Sidek 2006). Justeru, untuk memilih sesuatu kerjaya ia melibatkan proses membuat keputusan yang sangat kompleks, rumit dan seringkali memakan tempoh masa yang panjang (Olsson 2002). Keadaan pemilihan ini bertambah rumit apabila seseorang itu sentiasa memilih kerjaya yang hanya diminati dan sesuai bagi membolehkan mereka mencapai kepuasan bekerja dan kekal lebih lama dalam kerjaya yang dipilih (Sidek 2006).

Kerjaya keusahawanan didapati masih belum mendapat tempat dalam kalangan graduan di Malaysia. Malahan graduan menganggap kerjaya dalam bidang keusahawanan sebagai pilihan kedua atau terakhir (Norasmah 2005). Selain itu, mereka dikatakan memiliki persepsi yang negatif terhadap kerjaya keusahawanan walaupun bidang keusahawanan merupakan satu kerjaya yang dipandang mulia dalam Islam (Abu Bakar & Muhammad 2005).

Setiap tahun ramai pelajar yang keluar dari institusi pengajian tidak kira dari universiti atau kolej awam dan swasta, institut kemahiran mahupun pusat-pusat latihan. Mereka akan mencari pekerjaan dan bukan semua di kalangan mereka akan mendapat pekerjaan. Keinginan makan gaji di kalangan lepasan pelajar institusi pengajian ini amat membimbangkan kerana pada setiap tahun kadar pengangguran meningkat (Norani & Norisham 2008).

*Corresponding author. Tel: +6019-4557594

(2)

Namun, dalam mengharungi dunia keusahawanan ini penting bagi graduan mengetahui faktor-faktor dan cabaran yang menjadi kekangan yang sering dihadapi oleh seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan agar mereka lebih bersedia dari segi mental dan fizikal. 2. KAJIAN LITERATUR

Melalui kajian aspirasi kerjaya keusahawanan oleh Norfadhilah (2003) di kalangan pelajar IPTA yang melibatkan 420 orang pelajar menunjukkan bahawa 57.1% responden memilih keusahawanan sebagai kerjaya masa depan. Sementara 58.8% responden mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya keusahawanan dan 80.7% responden pula menunjukkan sikap yang positif terhadap kerjaya keusahawanan. Malah beliau juga mendapati lebih daripada separuh mahasiswa daripada jurusan bukan teknikal turut mempunyai aspirasi kerjaya keusahawanan serta berminat untuk menjadi usahawan.

Namun, menjalankan sesebuah perniagaan tidak semudah yang dijangka. Menurut Alstete (2002), usahawan banyak berhadapan dengan halangan apabila memula dan menjalankan perniagaan mereka. Kenyataan ini disokong oleh Abu Bakar (2005) yang menegaskan bahawa kekangan yang dihadapi boleh merencatkan keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan samada di dalam atau luar negara yang menunjukkan terdapat beberapa faktor kekangan pelajar untuk menceburi bidang usahawan. Antara kekangan tersebut ialah kekangan dari segi masa, pengurusan risiko, kemahiran mengurus kewangan dan keyakinan diri.

Menurut Baumback (1995); Kinicki & Williams (2003), masalah utama perniagaan kecil ialah jumlah masa pengurus yang terhad dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Ini turut disokong oleh Kurato & Welsch (2004), pengurus berhadapan dengan kekurangan masa dan kesukaran untuk memperuntukan perancangan dalam menghadapi masalah operasi yang berlaku pada setiap hari. Sekiranya tidak mengikut perancangan, maka banyak kerja yang akan tertangguh dan bebanan kerja kian bertambah. Wujudnya kekangan masa dalam menjalankan perniagaan ialah apabila usahawan tidak dapat mengenalpasti atau membuat pertimbangan yang manakah perkara yang perlu diutamakan. Masa juga merupakan sesuatu yang tidak boleh disimpan kerana menurut McMillan (2006), minit mungkin lebih bernilai daripada wang dan dengan itu, usahawan perlu menggunakannya secara bijak. Semua usahawan perlu menguruskan masa secara efektif (McMillan, 2006) dan kunci utama untuk menggunakan masa secara efektif ialah melalui pengurusan masa yang baik. Menurut Zafir & Fazilah (2007), terlalu asyik dengan mengejar kejayaan, kekayaan dan kepuasan kerja, usahawan berhadapan pelbagai bentuk ketegangan yang akan menyebabkan usahawan mengalami masalah kesihatan. Adalah penting seorang usahawan menguruskan masa yang baik dan

(3)

pemilik atau pengurus perlu memeringkatkan pelbagai kerja mengikut kepentingan. Ini turut dipersetujui oleh Mohamad Salleh (2003); Hisrich, Peter & Shephard (2005) yang menyatakan pengurusan masa membantu usahawan menentukan tugas yang sangat penting dan bukannya menghabiskan masa ke atas perkara yang remeh temeh (Kline et al. 1982).

Kajian Klapper (2004) terhadap pelajar Universiti Grande Ecole di Perancis mendapati alasan pelajar untuk tidak menyertai bidang keusahawanan adalah kerana terlalu berisiko seperti terlalu banyak cukai, kurang pengalaman, kurang idea, tiada masa untuk diri sendiri dan juga orang lain serta tidak mempunyai idea. Namun jika ingin berjaya keberanian mengambil risiko merupakan antara ciri yang perlu dimiliki pelajar. Sepertimana yang ditegaskan oleh Cunningham dan Lischeron (1991), mengambil risiko merupakan antara ciri utama yang perlu ada bagi seorang usahawan. Fakta ini turut disokong oleh Kan (1996) yang menyatakan mengambil risiko merupakan perkara semulajadi yang berlaku pada mana-mana individu. Norasmah et al. (2006) yang menyatakan Schumpeter seorang pengkaji terkemuka berpendapat, sesiapa yang terlibat dalam penghasilan produk atau perkhidmatan perlu menanggung apa jua bentuk risiko dan usahawan perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab peribadi ke atas akibat-akibat keputusan yang dibuat sama ada yang baik atau yang sebaliknya (Habibah & Norasiah, 1993). Ini selari dengan pendapat Jaafar et al. (2000) yang menyatakan dalam menjalankan perniagaan, wujudnya pengurus yang terlebih yakin yang membawa mereka kepada kegagalan kerana mengabaikan risiko yang wujud dan mempercayai bahawa mereka kebal daripada risiko dan kegagalan.

Selain itu, kemahiran mengurus kewangan juga merupakan perkara penting dalam menjalankan perniagaan. Kajian yang dibuat oleh Robertson et al. (2003) menunjukkan lebih 50 peratus pelajar Universiti Leeds Metropolitan menyatakan risiko kewangan sebagai satu halangan dalam membuka perniagaan. Pelajar takut akan muflis, berhutang dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pembiayaan kewangan adalah sesuatu yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan. Menurut Nor Aishah (2002), kekurangan pembiayaan telah menimbulkan masalah pembangunan keluaran terutamanya dari segi teknologi, modal dan harga. Ab. Aziz (2003) menyatakan penyimpanan sistem perakaunan secara teratur adalah amat penting bagi syarikat yang berorientasikan keuntungan atau bukan keuntungan. Menurut Kline et al. (1982), rekod kewangan yang lemah membentuk masalah bagi setiap aspek dalam perniagaan kecil dan sememangnya memerlukan sistem perakaunan yang baik serta perlu kerap melihat rekod tersebut. Kesan daripada kekurangan ilmu pengetahuan dalam merekod kewangan dengan betul akan merencatkan operasi perniagaan (Norasmah et al. 2009). Malah menurut Wan Liz & Sulzari (2001), lebih buruk lagi ialah sekiranya seseorang usahawan itu menyerahkan bulat-bulat urus kewangan syarikat kepada pengurus atau rakan kongsinya lantaran dia sendiri tidak ada pengetahuan dalam aspek tersebut. Menurut Abu Bakar (2006), jika usahawan lemah dalam pengurusan kewangan, carilah ilmu pengurusan kewangan

(4)

berkenaan dan ini turut dipersetujui oleh Ab. Aziz (2003) yang berpendapat adalah mustahak bagi usahawan mempunyai pengetahuan di dalam bidang perakaunan serta pengurusan perniagaan.

McMillan (2006) menyatakan ancaman terbesar dalam sesebuah perniagaan bukanlah pesaing atau pasaran, tetapi hilangnya keyakinan dan kepercayaan dalam diri. Hasil kajian Norasmah et al. (2009), salah satu penyumbang kepada kekangan dalam menjalankan perniagaan ialah kekurangan dalam memiliki keyakinan diri. Kajian yang dibuat oleh McLarty (2005) mengenai keusahawanan antara graduan di East Anglia mendapati keyakinan diri merupakan sesuatu yang semulajadi dalam diri usahawan. Punca para graduan kurang keyakinan diri adalah disebabkan mereka masih muda untuk melalui pengalaman dalam berniaga dan diharapkan kekurangan ini boleh mematangkan para graduan untuk menjalankan perniagaan. Contohnya, Program Keusahawanan Siswa (PKS) yang ditawarkan di UKM telah menawarkan pelbagai kursus dan latihan bagi memupuk dan membudayakan keusahawanan dalam diri pelajar namun mereka masih tidak memiliki keyakinan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya (Norasmah et al. 2009). Walaubagaimanapun, menurut McCarthy (2003), apabila usahawan terlalu yakin, maka kerja yang dilaksanakan tidak dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya terlalu yakin, ditakuti akan membawa kepada kegagalan dalam perniagaan yang dijalankan (Norashidah et al. 2008).

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, jelas menunjukkan bahawa penglibatan siswazah dalam kerjaya keusahawanan adalah pada tahap yang kurang menggalakkan sedangkan mereka merupakan golongan yang berpotensi untuk cemerlang dalam bidang kerjaya ini. Tambahan pula, masalah pengangguran di kalangan siswazah yang kian meruncing, bilangan peluang-peluang pekerjaan yang terhad serta kurangnya minat dan keinginan dikalangan siswazah untuk menceburi bidang perniagaan telah memberi inspirasi kepada penulis untuk menjalankan kajian ini. Penglibatan siswazah dalam kerjaya keusahawanan adalah sangat diharapkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian yang lebih berdaya saing khususnya dikalangan bumiputera.

3. PERBINCANGAN

Menurut Norfadhilah dan Halimah (2010) melalui kurikulum pendidikan keusahawanan yang diwajibkan di semua IPT, pelajar boleh memahami dan menjiwai serta mengamalkan ilmu keusahawanan yang dipelajari dan seterusnya memilih kerjaya keusahawanan. Kenyataan ini disokong oleh Krueger dan Brazeal (1994) yang membuktikan bahawa individu akan lebih merasa yakin untuk memilih kerjaya keusahawanan seandainya mereka telah didedahkan dan memiliki kemahiran keusahawanan. Pendidikan adalah sangat penting bagi mengetahui bagaimana

(5)

(2003) yang mendapati pendidikan keusahawanan memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran persekitaran dan kepentingan keusahawanan, perubahan sikap dan kemahiran. Menurut Zafir dan Fazilah (2007), latar belakang pendidikan menjadi salah satu pembolehubah penting bagi mempengaruhi penglibatan masyarakat dalam bidang keusahawanan.

Selain itu, Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1998) dalam Norani dan Norisham (2008), menyatakan bahawa usahawan perlu mempunyai bakat dan kemahiran. Memiliki kemahiran dalam bidang tertentu merupakan suatu kelebihan yang sangat bermanfaat kerana ia membantu usahawan dalam mengendalikan perniagaan (Yeop Putih, 1989). Hal ini kerana usahawan bertanggungjawab secara langsung ke atas kegagalan dan kejayaan perniagaan mereka kerana antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan berkait rapat dengan kelemahan dan kekurangan kemahiran usahawan dalam mengurus perniagaan. Norfadhilah dan Halimah (2010) juga menegaskan kualiti program latihan yang berorientasikan pengalaman keusahawanan perlulah dibuat melalui latihan perubahan kognitif, nilai dan tingkah laku oleh semua pihak yang terlibat dengan program latihan yang dirancang. Seiring dengan arus globalisasi, pelajar memerlukan pendidikan keusahawanan yang lebih efisien berbanding dengan pengajaran “tradisional” (kuliah, peperiksaan dan menulis esei) seperti menyampaikan pendidikan keusahawanan di IPT dengan konsep “pembelajaran melalui pengalaman” (Norasmah et al. 2012). Kemahiran keusahawanan perlu dimiliki bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan berjalan lancar serta terkawal (Ab. Aziz, 2003). Manakala pengetahuan pula adalah perkara yang penting dan sesuatu keputusan yang dibuat boleh dibatasi dengan pengetahuan yang ada pada seseorang usahawan (Lussier, 2006).

Di peringkat universiti, pensyarah adalah pelaksana dasar dan matlamat kurikulum. Salah satu sifat pensyarah yang penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya (Rosni Zamuddin Shah & Norfazila 2008). Oleh itu, pensyarah perlu didedahkan dengan orientasi teknik pengajaran keusahawanan dan kursus-kursus pembentukan sikap keusahawanan yang sesuai agar dapat meransang motivasi pelajar IPT (Norfadhilah & Halimah 2010).

Norani dan Norisham (2008) berpendapat seseorang usahawan perlu kreatif dan inovatif kerana aspek ini dapat membantu perniagaan atau perusahaan mereka berkembang dengan lebih pesat lagi. Pelanggan sentiasa mahukan setiap produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh usahawan berada pada tahap yang memuaskan di samping mengikut peredaran masa. Pendapat ini seiring dengan dapatan Norasmah (2006) iaitu usahawan perlu dilihat dari pelbagai perspektif seperti inovasi, kreativiti, perolehan dan pelbagai rupa dan peranan. AH Cole (1946) mengatakan “to study the entrepreneur is to study the central figure in economics”. Usahawan yang kreatif dan inovatif akan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang menjadi pemangkin kepada aktiviti ekonomi lain. Oleh itu, elemen inovasi perlu diterapkan dalam pendidikan keusahawanan di universiti melalui pendekatan

(6)

pembelajaran berdasarkan masalah dan juga berasaskan projek. Keadaan ini membuka ruang kepada pelajar IPT untuk mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif (Norasmah et al. 2012).

Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1998) dalam Norani dan Norisham (2008), berpendapat seseorang usahawan yang berjaya perlu dibentuk untuk berani ke hadapan supaya mampu menghadapi cabaran yang besar dan pandai merebut peluang. Kajian ini disokong oleh Norasmah et al. (2012) yang menyatakan elemen kawalan risiko adalah penting diterapkan kepada pelajar universiti bagi memastikan usahawan graduan yang dihasilkan dapat berdaya saing dan berdaya tahan di persekitaran global yang lebih mencabar pada masa kini.

Secara amnya, graduan itu sendiri perlu memahami tentang kerjaya dalam bidang keusahawanan yang bermaksud sebagai suatu kerjaya bekerja sendiri dan menerusi hasil daya usaha sendiri serta dapat mendatangkan keuntungan yang secara tidak langsung dan mampu menjana pendapatan sendiri (Norasmah & Salmah 2011). Kenyataan ini selari dengan pendapat Bird (1989) apabila beliau menegaskan bahawa keputusan untuk memulakan kerjaya sebagai seorang usahawan banyak dipengaruhi oleh persepsi seseorang individu. Pendapat ini juga selari dengan teori tingkah laku terancang yang dicadangkan oleh Ajzen (1991) iaitu tingkah laku seseorang berupaya meramal pilihan mereka terhadap sesuatu perkara.

KESIMPULAN

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Terdapat beberapa cadangan yang boleh diketengahkan untuk menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan. Institusi pengajian tinggi memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan keusahawanan yang berbentuk formal dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ia sangat berperanan untuk mengenal pasti dan membentuk serta mempengaruhi graduan yang mempunyai potensi atau ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan. Ahli keluarga juga mampu menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang usahawan. Malah, terdapat pelajar yang datang daripada keluarga usahawan serta didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Sekiranya keluarga tidak memberi sokongan, rakan sebaya juga dapat membantu dalam menimbulkan keinginan pelajar untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan. Terdapat pelajar yang gemar berbincang dengan rakan-rakan mereka untuk menjadi seorang usahawan. Rakan sebaya akan dapat mempengaruhi rakan yang lain jika mereka mempunyai minat yang sama dan boleh bekerjasama serta boleh memberi motivasi antara satu sama lain. Pengaruh yang datangnya daripada rakan sebaya adalah lebih kuat dan lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pengaruh ibu bapa mereka sendiri.

(7)

Selain itu, kesedaran tentang peranan, kepentingan dan sumbangan bidang keusahawanan kepada peningkatan ekonomi diri sendiri juga boleh menguatkan sikap graduan terhadap kerjaya keusahawanan. Keusahawanan telah dilihat sebagai salah satu daripada jalan penyelesaian bagi masalah pengangguran siswazah berijazah terutamanya dalam zaman kesukaran mendapatkan pekerjaan pada masa kini.

Harapan tertumpu kepada semua pelajar IPT dari pelbagai jurusan agar dapat memanfaatkan bidang keusahawanan dengan sebaiknya agar pada masa hadapan, terutama di kalangan pelajar-pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda di mana mereka tidak perlu mengharap kerja makan gaji sahaja tetapi dapat sama-sama membantu meningkatkan ekonomi Malaysia melalui aktiviti keusahawanan. Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan seseorang perlu mempunyai matlamat, perancangan, imej yang positif, berkeyakinan diri, maruah diri serta bakat. Kejayaan di dalam kehidupan adalah kesinambungan pendidikan berterusan, azam dan sikap progresif dalam merealisasikan matlamat hidup. Ini adalah penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat persediaan awal dalam menghadapi era globalisasi dan mencapai Wawasan 2020 dalam ekonomi yang semakin mencabar ini.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2003. Prinsip Keusahawanan. Selangor. Prentice Hall.

Abdul Aziz Yusof. 2003. Prinsip Keusahawanan: Satu Penilaian. Kuala Lumpur: Prentice

Hall.

Abu Bakar Hamed. 2006. Keusahawanan Dan Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok, Kedah:

Universiti Utara Malaysia.

Ajzen, I. 1991. The Theory of Planned Behavior. Organitional Behavior. Organizational

Behavior and Human Decision Process. 50:179-211.

Alstete, J.W. 2002. On Becoming Entrepreneur: An Involving Typology. International

Journal of Entreprenurial Behaviour & Research. 8 (4):222-234.

Azyyati Anuar. 2009. Kekangan Dalam Menjalankan Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar

Di University Kebangsaan Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Baumback, C. M. 1995. Asas Pengurusan Perniagaan Kecil. Terj. Roslan Abd. Lelani &

Azman Shamsuddin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Bird, B. J. 1989. Entrepreneurial Behaviour. USA. Case Western Reserve University.

Chek Pit Chow. 2002. Ciri-ciri Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di

Wilayah Persekutuan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Collins, L., Hannon, P. D. & Smith, A. 2004. Enacting Entrepreneurial Intent: The Gaps

between Student Needs and Higher Education Capability. Education and Training.

46(8/9): 454-463.

Davidsson, P. 1995. Determinants of Entrepreneurial Intentions. Working Paper presented at

RENT IX Workshop. Piacenza: Italy. November 23-24.

Habibah Elias, S. Sukumaran & Choo Beng Aun. 1991. Perdagangan Tingkatan 4. Johor:

Johor Central Store.

(8)

Harper, S. L. 2005. Extraordinary Entrepreneurship: The Professionals Guide To Starting An

Exceptional Enterprise. New Jersey: John Wiley & Sons, Inc.

Hisrich, R. D., Peter, M. P. & Shepherd, D. A. 2005. Entrepreneurship. (Ed. Ke-6). New

York: McGraw Hill.

Kan, S. S. 1996. Entrepreneurship, Transaction Costs And Subjectivist Economics. Dlm Low

Aik Meng & Tan Wee Liang. Entrepreneurs, Entrepreneurship & Enterprising

Culture. Hlm. 155-171. Singapore: Addison-Wesley Publishing Company, Inc.

Kent, C.A. 1990. Entrepreneurship education: current developments, future directions.

Westport: Quantum Books.

Kinicki, A & William, B. K. 2003. Management: A Practical Introduction. California: Mc

Graw Hill.

Klapper, R. 2004. Government Goals And Entrepreneurship Education: Can Business

Schools Meet The Challenge. Education And Training 46(8/9): 510-519.

Kline, B. J., Stegall, P. D., & Steinmetz, L. L. 1982. Managing the small business. (Ed.

Ke-3). Illinios: Richard D. Irwin, Inc. Homewood.

Kolvereid, L. 1996. Organizational Employment versus Self-Employment: Reasons for

Career Choice Intentions. Entrepreneurship Theory and Practice 20(3): 23-31.

Kolvereid, L. 1996. Prediction of Employment Status Choice Intentions. Entrepreneurship

Theory and Practice 21(1): 47-57.

Krueger, N. F. Jr. & Brazeal, D. V. 1994. Entrepreneurial Potential and Potential

Entrepreneurs. Entrepreneurship Theory and Practice. 19(3): 91-104.

Lussier, R. N. 2006. Management Fundamentals: Concepts, Applications, Skill Development.

(Ed. Ke-3). USA: Thomson South-Western.

McLarty, R. 2005. Entrepreneurship among Graduates: Towards A Measured Response.

Journal of Management Development 24(3): 223-238.

McMillan, A. 2006. Teach yourself: Entrepreneurship. Canada: Mc Graw Hill.

Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Norani Mohd. Noor & Norisham A.Rahim. 2008. Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut

Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti

Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Norashidah Hashim, NorAishah Buang, & Norasmah Othman. 2008. Conceptualizing

Entrepreneurial Readiness for Malaysian Higher Learning Institution. The 2008

International Joint Conference on Commerce, Administration, Soceity and

e-Education. 27-29 March.

Norasmah Hj. Othman, Faridah Karim, Halimah Harun, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Nor

Aishah Buang. 2005. Pembentukan Indeks Tingkah Laku Keusahawanan Golongan

Remaja di Malaysia. Projek IRPA 07-02-02-0036 EA279. Universiti Kebangsaan

Malaysia: Fakulti Pendidikan.

Norasmah Othman & Salmah Ishak. 2011. Kecenderungan terhadap Pemilihan Kerjaya

Keusahawanan mengikut persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa. Jurnal Teknologi.

Universiti Teknologi Malaysia: Penerbit UTM Press.

Norasmah Othman, Nor Hafiza Othman, Poo Bee Tin dan Rahmah Ismail. 2012. Impak

Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan

Pelajar Universiti. Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM

VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju. Ipoh: Perak. 4-6 Jun.

Norasmah Othman. 2006. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Malaysia. Tesis

PhD. Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia.

Norfadhilah Nasharudin & Halimah Harun. 2010. Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam

Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia.

(9)

Norita, Armanurah, Shuhymee, Habshah, Mohamad Yusop & Mohd Khairuddin. 2007.

Keusahawanan. Selangor: Mc Graw Hill.

Ramayah, T. & Harun, Z. 2005. Entrepreneurial Intention among the Students of Universiti

Sains Malaysia (USM). International Journal of Management and Entrepreneurship.

1(1): 8 20.

Robertson, M., Collins, A., Medeira, N., & Slater, J. 2003. Barriers to Start Up and Their

Effect on Aspirant Entrepreneurs. Education and Training. 45(6): 308-316.

Rosni Zamuddin Shah Sidek & Norfazila Abu Bakar. 2008. Faktor-faktor yang

mempengaruhi Minat Pelajar Tahun Akhir terhadap Bidang Keusahawanan di UTM.

Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Siti Hawa Mohamed Idris. 2009. Kecenderungan Keusahawanan di Kalangan Pelajar Bidang

Kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Kawasan Utara Semenanjung

Malaysia. Projek Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Suhaili Sarif & Azlan Amran. 2006. Keusahawanan di Kalangan Mahasiswa: Kajian

kecenderungan pelajar muslim di Universiti Malaya.

Tan, W.L., Siew, L.K., Tan, W.H. & Wong, S.C. 1995. Entrepreneurial Spirit among Tertiary

Students in Singapore. Journal of Enterprising Culture, 3(2): 211-227.

Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed. 2006. Memperkasakan Usahawan:

Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan Dan Penjanaan Usahawan. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. 2007. Menjadi Usahawan: Panduan

Menubuhkan Dan Menguruskan Perusahaan Secara Professional. Kuala Lumpur:

PTS Profesional.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. 1997. Keusahawanan dan motivasi diri.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias. 1998. Keusahawanan dan Motivasi Diri.

Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Manfaat dari penelitian ini yaitu memberikan informasi mengenai metode overset mesh dan metode phase replacement untuk mendapatkan prediksi yang akurat dalam

Hasil analisis penetrasi contoh uji papan dan bingkai reng batang aren yang menggunakan bahan pengawet asam borat dengan rendaman dingin (Gambar 8) menunjukkan bahwa

Tujuan dari dilaksanakan konseling trait and factor di SMA Negeri 2 Magetan adalah agar siswa dapat berkembang secara optimal yang sesuai dengan minat dan bakat yan

Jika karyawan memperoleh kompensasi yang tinggi, maka karyawan akan merasa betah berada dalam perusahaan, hal tersebut akan membuat komitmen organisasional karyawan

Sedangkan urgensi adanya amtsal dalam al-quran diantaranya adalah matsal mendekatkan gambaran mumatsalah, amtsal berfungsi sebagai suatu ajakan agar berfkir

Perlakuan panas rekristalisasi digunakan untuk menghilangkan efek pengerjaan dingin pada baja yang kandungan karbonnya kurang dari 0,25% dan disebut Anneal proses.. Ini

Konflik tujuan terdapat bagi seorang individu, apabila perilaku individu tersebut akan menyebabkan timbulnya hasil-hasil yang; Bersifat eksklusif satu sama lain; Memiliki

Media Powerpoint adalah program aplikasi presentasi yang merupakan salah satu program aplikasi di bawah Microsoft Office. Keuntungan terbesar dari program ini adalah tidak perlunya