Soalan Yang Sering Diajukan Mengenai TEKUN eDokumen (FAQ)
PENGENALAN TEKUN eDOKUMEN
1. Apakah itu TEKUN eDokumen daripada TEKUN Nasional?
TEKUN Nasional telah mewujudkan pembelian cara mudah dan atas talian (online) kepada peminjam melalui TEKUN eDokumen. TEKUN eDokumen diwujudkan untuk pembelian dokumen sokongan melalui link tambahan yang boleh didapati daripada portal TEKUN Nasional. Perkhidmatan eDokumen ialah hasil kolaborasi dan kerjasama antara pihak TEKUN Corporation Sdn Bhd Bersama pihak Raffcomm Technologies Sendirian Berhad (Rafftech).
2. Apakah kelebihan membeli melalui TEKUN eDokumen?
Anda akan memperoleh 5% diskaun daripada harga asal serta dokumen yang dibeli merupakan dokumen yang disahkan benar SSM jika anda membeli melalui laman sesawang www.tekun-edokumen.my.
3. Bagaimana cara untuk mendapatkan dokumen sokongan SSM dari portal TEKUN eDokumen sebelum membuat permohonan pinjaman di TEKUN?
Pemohon boleh mendapatkan dokumen sokongan di Portal www.tekun- edokumen.my dan membuat carian menggunakan nombor pendaftaran perniagaan/syarikat.
GARIS PANDUAN eDOKUMEN
4. Garis panduan pembelian dokumen sokongan TEKUN melalui www.tekun- edokumen.my.
(i) Carian dan Pertanyaan
Sila layari https://www.tekun-edokumen.my. Seterusnya masukkan nombor Perniagaan/Syarikat dan klik ‘Pasti’. Hasil akan dipaparkan di skrin.
(ii) Pilih dan Beli (Kos)
Pengguna perlu klik kotak dokumen yang diperlukan, pilih sama ada Salinan Dokumen Disahkan Benar Secara Digital (Dokumen Bersama QR Kod Mobile) atau Dokumen Standard dan klik ‘Pasti’.
(iii) Maklumat Asas
Nama, nombor telefon, alamat emel, jenis entiti, dan status perlu diisi sebelum pembayaran dilakukan. Pemohon wajib mengisi alamat emel yang SAH bagi tujuan penerimaan notis pembelian dan maklumat dokumen melalui emel. Rafftech tidak akan bertanggungjawab sekiranya alamat emel yang diisi oleh pengguna tidak ditaip dengan betul.
(iv) Kaedah Pembayaran
Gerbang pembayaran Rafftech adalah iPay88 untuk perbankan atas talian (online banking) sahaja. Sebarang Perubahan untuk cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.
(v) Muat Turun Dokumen
Pemohon perlu muat turun aplikasi Winzip terlebih dahulu untuk unzip file.
Selepas itu, pemohon akan memuat turun dokumen dalam format PDF.
(vi) Notis Emel
Notis emel akan dihantar setelah berjaya membeli maklumat dokumen sokongan TEKUN. Notis emel termasuk resit pembelian dan dokumen sokongan yang dibeli.
PERSOALAN NOTIFIKASI
5. Saya ingin membeli dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen tetapi terdapat notifikasi ini. Apa patut saya lakukan?
Sistem mengesan bahawa terdapat Dokumen Pengesahan Penamatan Pendaftaran Suatu Perniagaan (Business Termination Letter). Oleh itu sila memperbaharui dan kemas kini maklumat Perniagaan anda kepada status aktif terlebih dahulu.
6. Apakah maksud notis di bawah butang perbankan atas talian ini?
Had masa keseluruhan (Time Limit) bagi proses pembayaran adalah berdasarkan had masa di gerbang pembayaran.
7. Saya sudah membuat pembayaran seperti tertera dan masih tidak boleh muat turun dokumen?
Oleh kerana dokumen yang dibeli adalah dalam bentuk zipfile, pemohon perlu muat turun terlebih dahulu aplikasi Winzip untuk unzip file. Selepas itu, pemohon boleh muat turun dokumen sokongan tersebut.
8. Setelah pembayaran berjaya dilakukan anda akan mendapat emel daripada iPay88.
Dear Sir/Madam
9. Ketika Penjanaan Dokumen SSM selepas pembayaran berjaya dilakukan, sila tunggu di halaman tersebut. Dokumen SSM dan resit rasmi akan dihantar kepada emel berdasarkan emel yang ditaip (iaitu laman sebelum membuat pembayaran).
10. Jika terdapat notifikasi bahawa bank yang ingin digunakan untuk pembayaran adalah offline, sila membuat pembelian dokumen SSM melalui bank yang lain.
11. Sekiranya TRANSAKSI BERJAYA, anda akan mendapat emel daripada Rafftech.
Pemohon akan menerima notifikasi emel dokumen dan resit pembelian.
SYARAT LAYAK UNTUK PERMOHONAN TEKUN eDOKUMEN
12. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen?
Terbuka kepada semua sektor Perniagaan dan Syarikat dengan modal berbayar tidak lebih daripada RM300,000.
13. Siapakah yang layak untuk memohon dokumen sokongan melalui TEKUN eDokumen?
1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
2. Berumur 18 - 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun) 3. Pemohon bukan seorang muflis
4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia 5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000.
10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
13. Bagi Enterprise (Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
14. Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran 15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan
ke atas.
16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau Enterprise.
CONTOH DOKUMEN SOKONGAN YANG DIJUAL MELALUI TEKUN eDOKUMEN
14. Apakah jenis dokumen sokongan yang boleh dibeli di www.tekun-edokumen.my sebelum membuat permohonan pinjaman dengan TEKUN? Apakah dokumen sokongan SSM yang boleh didapati ?
HARGA DOKUMEN SOKONGAN YANG DIJUAL MELALUI TEKUN eDOKUMEN
15. Berapakah harga yang dikenakan untuk membeli dokumen sokongan melalui www.tekun-edokumen.my?
MAKLUMAT MENGENAI CALL CENTER
16. Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pembelian Dokumen Sokongan SSM melalui TEKUN eDokumen?
Khidmat pelanggan boleh dicapai melalui talian hotline Rafftech iaitu 1300-30-4636 dan alamat emel [email protected].
- Jadual Waktu Operasi Hari Bekerja (Isnin- Jumaat, jam 9 pagi – 6 petang) - Jadual Waktu Operasi Hari Minggu dan Cuti Umum (Tiada)
17. Bagaimana cara untuk menghubungi pihak khidmat pelanggan sekiranya menghadapi masalah untuk mendapatkan carian?
Pemohon yang menghadapi masalah bagi mendapatkan maklumat dokumen sokongan TEKUN atau gagal membuat carian maklumat, boleh diajukan kepada [email protected] atau melalui panggilan telefon di 1300-30-4636.
PEMBAYARAN DIBUAT TETAPI TIDAK MENDAPAT DOKUMEN
18. Saya telah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian tetapi tidak mendapat dokumen. Apa perlu saya lakukan sekarang?
Langkah pertama ialah pemohon perlu terus menghantar emel kepada [email protected] untuk pihak khidmat pelanggan membuat semakan lebih lanjut. Pihak Rafftech mewajibkan penulisan emel supaya perbincangan dapat dirujuk oleh kedua-dua pihak.
- Jadual Waktu Operasi Hari Bekerja (Isnin- Jumaat, jam 9 pagi – 6 petang) - Jadual Waktu Operasi Hari Minggu dan Cuti Umum (Tiada)
POLISI BAYARAN BALIK
19. Apa perlu saya lakukan jika pembayaran dilakukan tetapi tidak dapat dokumen?
A. Polisi Bayaran Balik
1. Pertanyaan dan permintaan bayaran balik wajib dilakukan pemohon dalam tempoh 48 jam dari tarikh transaksi dilakukan.
2. Apa-apa permohonan bayaran balik yang dilakukan selepas 48 jam (dari tarikh transaksi bayaran) tidak akan diterima.
3. Borang Bayaran Balik akan diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon menepati kriteria berikut:
(a) Kesilapan Teknikal
- Pembayaran berjaya tetapi tidak mendapat dokumen/ saiz imej kecil/tulisan bertindih (dalam masa 7 hari bekerja)
Atau
(b) Penggantian Data
- Dokumen yang diterima tidak lengkap atau tidak dikemaskini (dalam masa 7 hari bekerja)
4. Proses pemulangan bayaran ini akan mengambil masa 14-21 hari bekerja.
5. Prosedur bayaran balik adalah seperti berikut:
(i) Pelanggan meminta bayaran balik.
(ii) Pihak Khidmat pelanggan akan mengesahkan isu.
(iii) Masalah akan dikenalpasti untuk No.3 (a) atau No.3 (b).
(iv) Bayaran balik akan dibuat kepada pelanggan.
6. Setelah dokumen dibeli, pembayaran balik tidak dibenarkan melainkan termasuk dalam kriteria 3 (a) atau 3 (b).
7. Pihak TEKUN Nasional tidak akan bertanggungjawab sekiranya pengguna meletakkan emel yang salah.
Perkhidmatan pelanggan boleh dicapai melalui talian hotline Rafftech iaitu 1300-30- 4636 dan alamat emel [email protected].
- Jadual Waktu Operasi Hari Bekerja (Isnin- Jumaat, jam 9 pagi – 6 petang) - Jadual Waktu Operasi Hari Minggu dan Cuti Umum (Tiada)
CHECKLIST PERMOHONAN AM MELALUI TEKUN NASIONAL
1. Apakah dokumen wajib yang diperlukan untuk aplikasi biasa untuk pinjaman TEKUN?
Dokumen Maklumat di atas adalah checklist wajib disediakan sebelum memohon pinjaman di kaunter TEKUN.
20. Apakah proses keseluruhan untuk melibatkan syarikat/perniagaan untuk permohonan?
- Pertama, pemohon boleh melayari Portal www.tekun-edokumen.my untuk membeli dokumen syarikat/perniagaan wajib SSM dan menikmati 5% diskaun daripada harga pasaran.
- Pemohon boleh rujuk #15 tertera checklist dokumen yang perlu disediakan.
- Seterusnya, pemohon boleh ke kaunter TEKUN untuk membuat permohonan.
- Kelulusan permohonan adalah diantara 7-21 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
CARA MENGIMBAS DOKUMEN SOKONGAN DISAHKAN BENAR SSM
Setelah pembelian Dokumen Sokongan Disahkan Benar SSM dilakukan, pemohon boleh muat turun aplikasi SSM DCTC QR Code Reader untuk mengimbas dokumen sokongan SSM.
Pemohon boleh juga melihat cara mengimbas dokumen disahkan benar SSM di halaman belakang sekal Dokumen Disahkan Benar SSM.