FAQ OIL CONTROL ESSENCE
1. Apa beza Oil Control Essence & Pearl Essence?
Oil Control Essence dirumus khas untuk bantu kawal pengeluaran minyak, kecilkan tampilan pori dan kawal jerawat. Pearl Essence pula bantu mencerahkan kulit disamping mengekalkan keanjalan & keserian kulit.
2. Boleh gabungkan penggunaan Oil Control Essence & Pearl Essence ini?
Ya boleh. Pakai Pearl Essence dahulu, kemudian baru pakai Oil Control Essence.
3. Mana yang lebih sesuai diantara X-Ne Facial Spray & Oil Control Essence untuk kawal minyak
& pori besar?
Lebih sesuai pakai Oil Control Essence ini kerana kandungan bahan utamanya lebih tertumpu kepada kawalan minyak & kurangkan tampilan pori. Tetapi, jika mahu menggabungkan kedua produk ini, tiada masalah.
4. Jika saya memiliki kulit jenis kering, boleh juga gunakan Oil Control Essence?
Tidak digalakkan kerana Oil Control Essence ini beri efek ‘matte’ pada kulit dimana ia bantu untuk kurangkan kilatan pada kulit akibat minyak pada wajah. Jika pengguna memiliki kulit jenis kering, dikhuatiri kulit akan jadi semakin kering.
5. Berapa kerap perlu pakai Oil Control Essence ini?
Boleh pakai setiap kali selepas mencuci wajah siang dan malam.
6. Oil Control Essence boleh bantu kurangkan jerawat pada kulit?
Ya Boleh. Formulasi bahan-bahan utama Oil Control Essence ini turut bantu kurangkan kemunculan jerawat disamping merawat jerawat yang ada pada wajah.
7. Jika saya sudah menggunakan 72hr Moistx Ultra Hydrating Gel, perlu kah saya tambah penggunaan Oil Control Essence ini?
Sangat digalakkan. Selain bantu kawal minyak, kecilkan tampilan pori & kurangkan jerawat, Oil Control Essence ini juga mampu memberi lembapan ekstra pada kulit jika digunakan bersama pelembap (moisturiser).
8. Bagaimana turutan penggunaan produk jika menggunakan Oil Control Essence ini?
Cleanser –> Toner –> Essence –> Serum –> Moisturiser –> Sunscreen
APA ITU OIL CONTROL ESSENCE
Khas untuk kulit berminyak, kombinasi, pori besar & jerawat
Oil Control Essence dirumus khas untuk bantu mengecilkan tampilan pori, kawal sebum, kurangkan kilatan wajah, menghalus & melembutkan kulit.
Dengan tekstur cairan likat yang ringan & mudah menyerap pada kulit.
Berkesan untuk mengecutkan jerawat, mengurangkan inflamasi serta kemerahan akibat jerawat & memudarkan parut.
Beri efek kulit seakan ‘matte’ untuk elakkan kulit nampak berkilat akibat sebum berlebihan
Mengandungi Saccharomyces Ferment Filtrate yang kaya dengan mineral (K, P, Mg, Ca), amino acids, beta-glucans & vitamins yang bertindak sebagai agen anti penuaan dan anti oksida yang akan bantu melambatkan tanda-tanda penuaan serta mengurangkan tampilan garis halus dan kedutan di wajah.
Saccharomyces Ferment Filtrate juga bantu mencerahkan kekusaman kulit disamping bantu lindungi kulit dari radikal-radikal bebas & sinar UV punca kerosakan kulit.
Tinggi sifat anti jerawat, anti keradangan & anti inflamasi untuk kulit dengan rumusan dari Silanediol Salicylate, Aloe Vera, Lavender Oil, Hops Extract, Phytoinsaponifiables & Red Soapwort Extract.
Diperkaya dengan kandungan Canadian Willowherbs untuk bantu mengawal keradangan jerawat, kurangkan kemerahan kulit serta melindungi kulit dari radikal bebas.
Kajian yang dijalankan selama 4 minggu mendapati bahawa kandungan Canadian
Willowherbs dalam produk penjagaan kulit, 80% pengguna mendapati kadar pengeluaran sebum semakin berkurang; 80% merasai kulit lebih segar; 72% setuju bahawa masalah jerawat semakin berkurang dan 68% mendapati kandungan Canadian Willowherbs membantu dalam membersihkan kotoran & sel kulit mati pada kulit.
Kajian lebih lanjut yang dijalankan selama 8 minggu pula mendapati 76% pengguna mengatakan bahawa kulit tidak lagi ‘berkilat’ atau ‘bersinar’ walaupun memiliki kulit jenis berminyak; 72% mendapati kulit jadi lebih lembut & semakin cantik; 70% bersetuju yang kulit nampak lebih sihat dan 64% mendapati kulit nampak lembut & menjadi lebih ‘matte’.
Turut dirumus bersama Witch Hazel yang tinggi kandungan astrigent untuk bantu mengecilkan liang pori, menenangkan dan mengurangkan inflamasi kulit akibat jerawat.
Melembap, menghidrat & menganjal kulit dengan kandungan Hyaluronic Acid.
Hyaluronic Acid berfungsi untuk mengunci lembapan kulit agar kulit nampak segar, lembap
& turut bantu kurangkan penghasilan sebum.
Formulasi dengan ekstrak Timun yang bantu mengurangkan pengeluaran sebum, elakkan kemunculan jerawat & bantu menenangkan iritasi pada kulit.
Kandungan ekstrak Red Algae dengan sifat anti oksida, anti inflamasi dan anti penuaan untuk bantu kembalikan kesihatan dan kecantikan kulit.
Gabungan sempurna 7 ekstrak tumbuhan dari Centella Asiatica (pegaga), Chamomile, Camelia Sinensis (Teh Hijau), Rosemary, Scutellaria Baicalensis, Japanese Knotweed &
Licorice Root untuk rawatan kulit berminyak, pori besar & jerawat.
Ekstrak Pegaga bantu penghasilan sel kulit baru untuk mengembalikan kesihatan kulit selepas sembuhnya jerawat.
Ekstrak Chamomile tinggi sifat anti bakteria & anti oksidan untuk bantu kecutkan jerawat serta mencerahkan semula kesan parut & bintik hitam pada kulit.
Ekstrak Teh Hijau untuk mengurangkan penghasilan sebum, elakkan kemunculan jerawat serta bantu melembapkan kulit.
Ekstrak Rosemary untuk mencerahkan parut, bintik hitam & pigmentasi serta bantu mengurangkan kemunculan jerawat & keradangan akibat jerawat.
Ekstrak Scutellaria Baicalensis yang tinggi kandungan anti oksida untuk bantu menguatkan ketahanan kulit dari kerosakan akibat radikal bebas.
Ekstrak Japanese Knotweed untuk mengembalikan keremajaan kulit disamping kurangkan tampilan kedutan & garis halus pada kulit.
Ekstrak Licorice Root untuk mencerahkan kekusaman kulit akibat sebum berlebihan dan bantu pudarkan parut jerawat.
Dengan tambahan Hydrolyzed Collagen dari Marine Elastin untuk bantu kembalikan keanjalan dan rawat kulit berparut.
BEBAS PARABEN
NOT210402066K
BAHAN UTAMA OIL CONTROL ESSENCE
Aqua, Saccharomyces Ferment Filtrate, Pistacia Lentiscus Gum/Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum, Glycerine, Propylene Glycol, Silanediol Salicylate, Phenoxyethanol, Epilobium Angustifolium
Flower/Leaf/Stem Extract, Butylene Glycol , Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Lecithin, Glycerine, Alcohol, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Leaf Water, Aminomethyl Propanol, Hydrolyzed Jojoba Esters, Chamomilla Recutita (Matricaria) Extract, Centella Asiatica Extract, Ethylhexylglycerine, Polygonum Cuspidatum Root Extract,
Hydrolyzed Elastin, Saponaria Officinalis Leaf Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Hyaluronic Acid, Asparagopsis Armata Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Aloe Barbadensis Extract, PEG-35 Castor Oil, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Humulus Lupulus (Hops) Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Hydrolyzed Collagen (60ml)
CARA PAKAI OIL CONTROL ESSENCE
Pastikan kulit dalam keadaan bersih dan sedikit lembap (sebaiknya pakai Oil Control Essence ini selepas mencuci wajah)
Picit beberapa titis Oil Control Essence di tapak tangan, gosokkan produk antara tapak tangan untuk menghasilkan sedikit haba pada essence.
Ratakan keseluruh wajah, boleh juga disapu pada bahagian leher
Tepuk lembut pada wajah sehingga Oil Control Essence meresap sepenuhnya
Jika anda menggunakan kapas, sapu lembut keseluruh wajah. (untuk dapatkan kesan yang lebih baik, sebaiknya gunakan tapak tangan sahaja)
Oil Control Essence ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak, kombinasi, pori besar & berjerawat sahaja.
Gunakan Oil Control Essence ini setiap hari pada rutin penjagaan kulit siang & malam.
RUTIN KAWAL KULIT BERMINYAK, KOMBINASI & PORI BESAR
1. GOLDEN HERBS CLEANSING GEL
Gunakan Golden Herb’s Cleansing Gel untuk bersihkan wajah dari kotoran, sel kulit mati serta bantu mengawal masalah kulit terlalu berminyak dan masalah jerawat.
2. X-NE FACIAL SPRAY
Hidratkan dan segarkan kembali kulit selepas setiap cucian wajah disamping bantu kawal pengeluaran sebum dan menenangkan iritasi jerawat.
3. OIL CONTROL ESSENCE
Kawal kilatan wajah disamping kurangkan produksi sebum dari kulit & bantu kecilkan tampilan pori pada wajah.
4. 72HR MOISTX ULTRA HYDRATING GEL
Sapukan pelembap setiap kali selepas mencuci wajah untuk mengekalkan lembapan pada kulit disamping bantu mengawal pengeluaran sebum dan mengekalkan keremajaan kulit
5. OIL CONTROL SUNSCREEN SUNMATTE SPF50PA+++ (siang sahaja)
Sapu setiap hari pada waktu siang untuk bantu melindungi kulit dari rosak akibat sinar UV yang merbahaya dan bantu kawal pengeluaran sebum pada wajah