• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN AMALAN EKSA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN AMALAN EKSA"

Copied!
56
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN AMALAN EKSA

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK (KKPS)

“Unggul Bersama EKSA”

(2)

2

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. Tujuan 3

2. Pengenalan 3

3. Objektif Pelaksanaan EKSA 8

4. Dasar EKSA 9

5. Logo EKSA 9

6. Slogan EKSA 10

7 Faedah Pelaksanaan EKSA 11

8. Pelaksanaan EKSA di KKPS 12

9. Jawatankuasa Induk EKSA 16

10. Carta Organisasi Induk EKSA 17

11. Peranan Jawatankuasa EKSA 28

12. Pembahagian Zon EKSA 31

13. Pelan Lantai 33

14. Keseragaman EKSA di KKPS 38

15. Penutup 55

(3)

3 Pengenalan

PANDUAN

EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

=================================

Tujuan manual ini disediakan bagi memberi panduan kepada warga Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) dalam melaksanakan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan kondusif. Manual ini adalah sebagai piawaian tindakan pembersihan, kekemasan dan keselamatan secara minima sahaja namun pemakaiannya adalah tertakluk kepada kesesuaian di peringkat zon.

Amalan EKSA adalah satu teknik pembersihan bertujuan mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, EKSA adalah asas kepada sistem peningkatan kualiti dan perkhidmatan dan seterusnya menjadikan tempat kerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK (KKPS).

1 TUJUAN

2 PENGENALAN

(4)

4 Apakah Amalan EKSA?

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah amalan yang diamalkan oleh sektor awam di mana ia bertujuan bagi memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga Kolej Komuniti Pasir Salak.

Melalui pengamalan EKSA di organisasi dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi. Ia juga dikenalpasti dapat mengurangkan pembaziran melalui penekanan kepada Go Green, di mana barangan kitar semula digunapakai bagi tujuan yang bersesuaian.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mempunyai 5 tujuan utama bagi sektor awam.

Antaranya:

Imej Korporat

1 2

Persekitaran kerja kondusif

Kepelbagaian Agensi

Kreativiti dan Inovasi

Go green

4 5

3

(5)

5 Imej Korporat

Persekitaran kerja kondusif

Menekankan kepada persektiaran kerja yang korporat dan kelihatan profesional.

Memandangkan Kolej Komuniti Pasir Salak adalah satu institusi pendidikan yang mensasarkan graduan lepasan SPM dan komuniti, imej korporat adalah penting dalam meyakinkan golongan sasaran ini. Elakkan penggunaan hiasan yang berlebih-lebihan sehingga mengubah imej korporat tempat kerja.

Amalan EKSA menekankan mengenai persekitaran kerja kondusif iaitu selesa, kemas dan bersih. Penyediaan persekitaran yang kondusif dapat mendorong warga kolej lebih bersemangat melakukan tugasan seterusnya membantu dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.

(6)

6 Kepelbagaian agensi

Kreativiti dan Inovasi

Amalan EKSA sesuai dilaksanakan oleh semua agensi sektor awam. Ini menunjukkan bahawa EKSA boleh diaplikasikan secara global dan ia pemudahcara dalam menjalankan tugas-tugas di tempat kerja tanpa ada kekangan.

Amalan EKSA menekankan kreativiti dan inovasi dalam membentuk persekitaran kerja yang kompeten. Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewu jud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Melalui kriteria kreativiti yang ditekankan oleh EKSA, ia dapat melahirkan warga kerja yang berupaya berfikir secara kritikal dan praktikal dalam menghasilkan idea baru yang menarik dan unik.

(7)

7 Go Green

Kolej Komuniti Pasir Salak menekankan kepada warga kolej, di mana setiap warga berpeluang menunjukkan bakat dan idea mereka melalui pertandingan-pertandingan yang dilaksanakan sepanjang amalan EKSA dilaksanakan.

Go Green adalah tindakan penyelamatan bumi di mana telah di ketahui masa kini bumi mengalami kerosakan dan pemanasan global akibat dari gaya hidup manusia sendiri. Go Green juga dikenali sebagai “Penghijauan Kembali”.

Berikut langkah yang diterapkan di kalangan warga Kolej Komuntii Pasir Salak untuk melaksanakan GO GREEN :

1. Membuang sampah di tempat yang disediakan 2. Penjimatan penggunaan air

3. Penggunaan kertas secara maksima di mana kedua-dua bahagian digunakan sepenuhnya 4. Perbanyakkan tanda ‘Jangan merokok’, selain berguna untuk kesihatan juga mengurangi pelepasan gas di udara

5. Kitar semula sampah yang boleh diguna kembali 6. Penjimatan penggunaan elektrik

(8)

8

1. Mengamalkan semangat kerja berpasukan melibatkan kakitangan KKPS secara langsung dalam aktiviti EKSA seperti gotong-royong, pertandingan dan lawatan sepanjang tahun.

2. Mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sentiasa bersih dari sampah, habuk, minyak dan kotoran serta bau dengan memastikan amalan sapu dilaksanakan seperti berikut :

i. Semua staf membersihkan tempat kerja sendiri setiap hari, sebelum dan selepas kerja.

ii. Ahli kumpulan bergotong-royong dalam aktiviti pembersihan tempat kerja mereka sekali dalam setiap bulan.

iii. Staf bergotong-royong bagi melaksanakan pembersihan setiap enam bulan sekali.

3. Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran di pejabat, fasiliti serta peralatan yang disediakan

OBJEKTIF

(9)

9 Warga KKPS secara muafakat dan berdisiplin akan sentiasa mengamalkan EKSA secara berpasukan demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan berinovasi bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

DASAR EKSA

LOGO EKSA

(10)

10 KETERANGAN SETIAP ELEMEN LOGO

Merujuk kepada logo rasmi Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak.

Bulatan pecah lima ini merujuk kepada lima zon utama yang terdapat di Kolej Komuniti Pasir Salak ; Alpha, Bravo,

Charlie, Delta dan Echo.

Singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam dan merujuk kepada aktiviti go green yang sangat

ditekankan dalam amalan EKSA.

Simbolik kepada penyatuan ahli zon dalam merealisasikan EKSA serta usaha untuk mewujudkan ‘sense of belonging’

atau semangat kekitaan dalam kalangan ahli zon

“Unggul Bersama EKSA”

SLOGAN EKSA

(11)

11 Pelaksanaan Amalan EKSA akan menghasilkan pelbagai faedah dan kesan positif kepada pengurusan organisasi termasuk dalam aspek pengurangan kos, kawal stok/inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan proses kerja. Faedah Amalan EKSA adalah seperti

Rajah 1.

*esprit de corp merujuk kepada semangat kerja berpasukan.

FAEDAH EKSA

Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti

Meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan pengurusan

organisasi

Meningkatkan semangat esprit

de corp.*

Meningkatkan disiplin warga

jabatan Meningkatkan

mutu penyampaian perkhidmatan Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan

pembaziran

7 FAEDAH PELAKSANAAN EKSA

(12)

12 Pelaksanaan amalan EKSA dI KKPS melibatkan perancangan yang rapi, pemantauan, penambahbaikan dan amalan yang berterusan. Kejayaan amalan ini juga atas penglibatan pihak pengurusan atasan sebagai pendorong serta kerjasama dan komitmen semua warga kerja organisasi.

Pelaksanaan EKSA perlu melalui peringkat-peringkat seperti berikut: Selepas perancangan dan penyiapan semua skop asas yang diperlukan seperti pembentukan dasar, objektif dan motto EKSA, carta perbatuan telah dibuat untuk merancang setiap aktiviti yang perlu dilaksanakan.

Skop tugas dan carta jawatankuasa juga dibina selepas ketua dilantik oleh Ketua Jabatan (Di kolej komuniti, ketua jabatan merupakan Tuan Pengarah).

Pengarah akan secara automatik menjadi pengerusi jawatankuasa induk dan beliau akan memilih salah seorang pegawai di bawahnya (biasanya pensyarah) sebagai ketua. Selepas perbincangan antara pengerusi dan ketua, Jawatankuasa Induk EKSA ditubuhkan dengan surat , pelaksanaan amalan EKSA telah dijalankan mengikut langkah-langkah seperti dalam penerangan yang berikut.

Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA Menyediakan Buku Panduan EKSA

Menyenaraikan peranan dan fungsi jawatankuasa

Mendapatkan komitmen sepenuhnya pihak pengurusan terhadap pelaksanaan EKSA

Menyediakan latihan untuk penyelaras dan warga kerja KKPS

Mengadakan lawatan ke agensi yang telah mendapatkan pensijilan untuk tujuan pendedahan.

8 PELAKSANAAN EKSA DI KKPS

LANGKAH 1

(13)

13 Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Mempromosikan EKSA melalui poster, bunting dan sebagainya.

Menghebahkan carta pelaksanaan EKSA, peta kawasan dan senarai tugas serta tanggungjawab.

Menerangkan objektif EKSA kepada warga kerja KKPS Melaksanakan pelancaran EKSA

Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Mewujudkan Zon EKSA dan ahli.

Melaksanakan gotong-royong.

Melaksanakan aktiviti go green

Mengenalpasti barang atau dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan.

LANGKAH 3

LANGKAH 2

(14)

14 Memastikan barang atau dokumen yang telah disisih, disapu dan disusun dengan

kemas dan teratur.

Melabelkan barang atau dokumen mengikut nombor atau warna mana yang bersesuaian.

Menetapkan susunan barang atau dokumen yang bersesuaian mengikut cara yang menampakkan kekemasan dan keseragaman.

(15)

15 Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Menubuhkan pasukan audit dalaman.

Menyediakan pelan tindakan audit dalaman Mewujudkan kriteria pengauditan dalaman.

Merancang dan melaksanakan aktiviti penambahbaikan

Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Melaksanakan audit dalaman sekurang-kurangnya 3 kali Memberi pengiktirafan EKSA kepada zon/ tempat terbaik.

Melaksanakan audit jemputan luar (bagi mengukuhkan dapatan audit dalaman)

Pada peringkat ini organisasi perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Mendapat dan mengekalkan pensijilan daripada MAMPU

LANGKAH 6

LANGKAH 5

LANGKAH 4

(16)

16

Pengarah

Penasihat 1 Penasihat 2

Puan Salmah Binti IJam Pengarah KKPS

Puan Norjunainah Binti Juri Puan Rafidah Binti Abu Nasir Ketua EKSA Puan Norshahlia Binti Haron Penolong Ketua EKSA Encik Jalani Bin Jasa

Fasilitator Puan Multazimah Binti Rafie

(dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak) Setiausaha Puan Siti Afifa Binti Ramli

Jawatankuasa Latihan Puan Siti Nurhaslinda Binti Damanhuri Jawatankuasa Promosi Puan Nurul Aina Binti Mohd Yusoff Jawatankuasa Audit Puan Muniammal A/P Gunasekaran Jawatankuasa Keceriaan/

Keseragaman

Puan Siti Humaizon Binti Said Ahmad

Jawatankuasa Keselamatan Encik Ahmad Firdaus Bin Mohamad Mohsin

9 JAWATANKUASA EKSA

(17)

17

10 CARTA ORGANISASI

(18)

18

JAWATANKUASA AUDIT

EKSA

(19)

19

JAWATANKUASA

LATIHAN EKSA

(20)

20

JAWATANKUASA

PROMOSI EKSA

(21)

21

JAWATANKUASA KECERIAAN &

KESERAGAMAN EKSA

(22)

22

JAWATANKUASA

KESELAMATAN EKSA

(23)

23

JAWATANKUASA ZON EKSA

(ZON ALPHA)

MOHD MUSTAFA KAMAL [KETUA ZON]

HASNIZA [JK AUDIT]

HASIAWATI [JK PROMOSI]

HUMAIZON [JK KECERIAAN]

HASLISURIA [JK LATIHAN]

KHARULJIZAM [JK KESELAMATAN]

HASLINDA [SETIAUSAHA]

PN. SALMAH [AHLI ZON]

RAS ADIBA [JK AUDIT]

SURAIDA

[JK KECERIAAN] RAFIDAH

[AHLI ZON]

MASTURA [AHLI ZON]

(24)

24

(ZON BRAVO)

HANITA [KETUA ZON]

NORSUHADA [AUDIT]

HISHAMUDIN [AUDIT]

AINA [JK PROMOSI]

FARAH [LATIHAN]

SABRINA [KECERIAAN]

SHAZWANI [SETIAUSAHA]

AZIZAN

[KESELAMATAN ]

AKHYAR [AHLI ZON]

RAFIDAH [AHLI ZON]

JUNAINAH [AHLI ZON]

FATIMAH [PROMOSI]

RAZUAN [AHLI ZON]

SHAHLIA [AHLI ZON]

NOORIZYAN [AHLI ZON]

AZIZAM [AHLI ZON]

NORAZILA [AHLI ZON]

**

[AHLI ZON]

ILI [AHLI ZON]

(25)

25

(ZON CHARLIE)

AZURA [KETUA ZON]

NABIL [AUDIT]

SULAIHAH [AUDIT]

UMI SANISAH [PROMOSI]

HASLINDA [JK LATIHAN]

AHMAD [JK KESELAMATAN]

SAFIAH [SETIAUSAHA]

ATIQAH [LATIHAN]

RAFIDAH [AHLI ZON]

NORHISHAM [AHLI ZON]

FATIN [AHLI ZON]

KARMILA [KECERIAAN]

(26)

26

(ZON DELTA)

AZIRINE [KETUA ZON]

MUNIAMMAL [JK AUDIT]

ZURIANA [AUDIT]

SHUHADA [AUDIT]

ZETTY [PROMOSI ]

SALEHA [JK LATIHAN]

NORAZMIRA [SETIAUSAHA]

SHAZILA [KECERIAAN]

KHAIRUNNISA [AHLI ZON]

HASHIM [AHLI ZON]

KHAIRI [AHLI ZON]

AMIRUL [KESELAMATA

N]

LAILI [AHLI ZON]

HAZALINA [AHLI ZON]

JALANI [AHLI ZON]

FARIZ [AHLI ZON]

HAJAR [AHLI ZON]

NUHA [AHLI ZON]

HAZALINA [AHLI ZON]

AFIFA [AHLI ZON]

(27)

27

(ZON ECHO)

OMAR [KETUA ZON]

SHAHRIL [AUDIT]

ADHA [AUDIT]

SYAHIRAH [PROMOSI]

FAIRUS [LATIHAN]

SOBUHAN [KESELAMATAN]

IZAMUDIN [SETIAUSAHA]

NORDEN [KECERIAAN]

AZAM [AHLI ZON]

(28)

28

JAWATANKUASA INDUK EKSA KKPS

Menentukan hala tuju keseluruhan dalam pelaksanaan EKSA Membentuk pelan pelaksanaan

Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.

Mengenalpasti AJK dan Ketua Zon

Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah

Mengawas dan menilai kemajuan pelaksanaan EKSA (bantuan JK Audit EKSA) Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (bantuan JK

Promosi)

Melatih dan membimbing warga KKPS ke arah pembentukan amalan-amalan EKSA (bantuan JK Latihan)

PERANAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA

Mengenalpasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada kakitangan.

Memberikan latihan dan panduan kepada kakitangan.

Bertindak sebagai pemudahcara kepada Jawatankuasa Penyelaras untuk menjalankan aktiviti EKSA

11 PERANAN JAWATANKUASA EKSA

(29)

29

PERANAN JAWATANKUASA PROMOSI EKSA

Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi amalan EKSA.

Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA

Mencadangkan ganjaran yang bersesuaian kepada yang layak.

Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan

PERANAN JAWATANKUASA AUDIT EKSA

Merancang dan mengendalikan audit dalaman EKSA.

Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan pembetulan diambil dengan memberi cadangan penambahbaikan.

Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.

Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa pemandu amalan EKSA.

Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan perlaksanaan audit.

Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa proses audit.

Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan

(30)

30

PERANAN JAWATANKUASA KECERIAAN/KESERAGAMAN EKSA

Mengenalpasti kawasan/ruang yang memerlukan penambahan untuk keceriaan

Mereka dan menyediakan semua bahan / tagging untuk keseragaman semua Zon EKSA.

Memantau kawasan-kawasan gunasama bagi memastikan konsep keceriaan terus diamalkan.

Menggantikan tagging lama yang lusuh/usang dengan tagging baru.

Sentiasa memastikan / mengingatkan warga IPK untuk terus mengekalkan keceriaan pejabat

Membantu Ketua-Ketua Zon dalam merekabentuk bahan untuk keceriaan zon.

PERANAN JAWATANKUASA KESELAMATAN

Menyelaras maklumat keselamatan jabatan dari segi auditan keselamatan fizikal, dokumen dan komputer

Menyertai lawatan audit keselamatan, audit kebakaran dan audit keselematan dan kesihatan.

Melakukan pemerhatian dan laporan pematuhan dan ketidakpatuhan mengikut zon

Menyediakan laporan keselamatan dan kesihatan yang mematuhi criteria E.

(31)

31

Tujuan pembahagian Zon EKSA di KKPS adalah bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan amalan EKSA. kkps telah membentuk 5 zon yang berasaskan tema phonatic alphabet . Seorang ketua bagi setiap zon dilantik sebagai pemudahcara dan sekaligus merancang dan mengetuai ahli-ahli zon dalam amalan EKSA.

12 PEMBAHAGIAN ZON

BIL NAMA ZON TEMPAT KETUA ZON

1. Zon Alpha Blok A Encik Mustafa Kamal

2. Zon Bravo Blok B Puan Nor Hanita

3. Zon Charlie Blok C Puan Zainatul Azura

4. Zon Charlie Blok D Puan Azirine

5. Zon Delta Blok E Encik Omar

(32)

32 PELAN PEMBAHAGIAN ZON AMALAN EKSA KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

ALPHA

BRAVO

DELTA

ECHO CHARLIE

(33)

33

13 PELAN LANTAI

ZON ALPHA

(34)

34

ZON BRAVO

(35)

35

ZON CHARLIE

(36)

36

ZON DELTA

(37)

37

ZON ECHO

(38)

38 Garispanduan EKSA yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU menjadi panduan utama Kolej

Komunti Pasir Salak dalam penyediaan garis panduan EKSA jabatan. KKPS menggunakan garispanduan ini sepenuhnya dalam pelaksanaan EKSA jabatan.

BAHAGIAN PERKARA

A

FAIL DAN DOKUMEN EKSA

JAWATANKUASA INDUK Logo EKSA

Dasar EKSA

Carta Organisasi Induk Jadual Perancangan

Zon

Pelan Lokasi Semua Zon

Rekod Mesyuarat / Perbincangan Induk Gambar Pelancaran

EKSA

Gambar-gambar aktiviti Laporan-Laporan

Jawatankuasa Pelaksana

 Laporan Latihan

 Laporan Audit

 Laporan Promosi

 Laporan Keceriaan/

Keseragaman

JAWATANKUASA ZON Logo EKSA

Dasar EKSA

Carta Organisasi Zon Jadual Perancangan Zon

Pelan Lokasi Zon Rekod Mesyuarat / Perbincangan Zon

Gambar Aktiviti Zon Gambar Sebelum dan Selepas

Laporan dan Teguran

14 KESERAGAMAN EKSA DI KKPS

(39)

39

B

SUDUT EKSA

Perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini berkaitan EKSA kepada semua warga Jabatan.

Sudut EKSA perlu mengandungi perkara-perkara yang berikut:

Dasar EKSA

GARIS PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM KKPS

Carta Organisasi Jadual Perancangan Pelan Lokasi

Gambar Aktiviti

Gambar Sebelum dan Selepas Informasi

Tarikh Kemaskini

Meja kerja mesti sentiasa kemas jika tidak digunakan. Perkara- perkara berikut dibenarkan berada di atas meja kerja:

Desktop dan Keyboard Mesin Cetak

Bekas berisi pen, pensil dan alat tulis yang sering digunakan.

Satu kalender tahun semasa Telefon

Buku Nota

Tray masuk keluar Stamp pad

Cop-cop berkaitan

(40)

40

C

RUANG KERJA / BILIK

PEGAWAI

Lantai ruang kerja atau bilik pegawai sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan teratur di atas meja.

Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.

Tanda nama, jawatan dan pergerakan pegawai diletakkan di ruang kerja/partition pegawai atau di pintu bilik pegawai mengikut kesesuaian

Tray surat dilabelkan perkataan KELUAR, MASUK dan KIV.

Bagi tray dua tingkat, labelkan KELUAR dan MASUK sahaja.Dokumen rujukan disimpan dalam fail berlabel dan mudah diambil.

Kew PA7 senarai aset lokasi dilekatkan di tempat yang mudah dilihat dan sentiasa dikemaskini.

Kabinet fail pegawai (sekiranya dibekalkan) perlu dilabelkan RASMI (mengikut tingkat yang ada) dan PERIBADI di tingkat paling bawah. Labelkan nama dan no fail di setiap tingkat rasmi.

Kerusi tetamu dan kerusi kerja disusun rapi ketika tidak digunakan.

Hanya sehelai blazer atau selendang disangkut dengan kemas di ruang penyangkut yang disediakan atau dibelakang kerusi yang diduduki pegawai.

(41)

41 Wayar atau kabel elektrik diikat kemas dengan

menggunakan cabel ties/ black tape/ casing conduit/ flexible hose/ spiral hitam dan dilabelkan untuk kemudahan

pengguna.

CPU dan pendestal bergerak (sekiranya ada) ditempatkan secara teratur dan mengikut kesesuaian ruang kerja.

Semua suis elektrik dimatikan selepas tamat waktu bekerja.

Wallpaper dan screen saver desktop atau komputer riba jabatan diseragamkan dengan imej logo EKSA.

Pegawai boleh mewujudkan satu (1) sudut mini yang ditetapkan untuk tapak hiasan di atas meja atau almari

Kasut/seliper tambahan diletakkan di dalam kotak yang dikhaskan di bawah meja kerja.

Maklumat untuk rujukan pegawai boleh dipamer/tampal di satu ruang yang bersesuaian di dinding bilik atau partition pegawai.

Kabinet khas untuk barangan peribadi pegawai (jika ruang laci tidak muat untuk menempatkan barangan tersebut) boleh disediakan dan dilabel dengan kemas untuk kemudahan pegawai. Sekiranya cabinet tidak disediakan hanya satu (1) bag sahaja boleh diletakkan di bawah meja pegawai.

(42)

42

D

PELABELAN DAN

PENETAPAN LOT

Setiap peralatan gunasama dan mudah alih diletakkan diruang yang mudah dilihat dan boleh digunakan.

Pelabelan dan lot alatan haruslah seragam (Contoh:

penebuk lubang – label dan tanda lot diletakkan di bawah penebuk lubang dengan gambar penebuk lubang sebagai pengenalan.)

Kaedah penggunaan perlu dipamerkan berhampiran tempat alatan tersebut untuk kemudahan pegawai lain

menggunakannya.

E

PENGURUSAN LACI MEJA KERJA

Laci meja paling atas dilabelkan dengan perkataan ALAT TULIS dikhaskan penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas di ruang/partition/kotakyang dihasilkan mengikut kreativiti zon.

Laci tengah dilabelkan RASMI diguna bagi menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari, planner, buku catatan dan dokumen rasmi yang difikirkan sesuai.

Laci bawah dilabelkan PERIBADI diguna bagi menempatkan alatan dan barang peribadi seperti beg tangan, telefon bimbit dan laIn-lain.

Sekiranya bilangan laci meja yang dibekalkan lebih dari 3 laci maka keutamaan ialah kepada peralatan kegunaan harian pejabat seperti alat tulis, buku catatan dan dokumen rasmi.

(43)

43

F

PENGURUSAN DOKUMEN

Fail aktif disusun mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan di dalam kabinet fail atau ruang yang mudah dicapai dan dilabelkan mengikut format yang telah diseragamkan.

Fail tutup disusun dirak yang dikhaskan mengikut tahun dan dilabelkan mengikut format yang telah diseragamkan.

G

BILIK FAIL

Bilik fail sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas tanpa habuk.

Pelan susun atur fail / pelan lantai bilik fail disediakan dan dipamerkan di ruang yang mudah dilihat bagi memudahkan carian.

Kabinet fail dilabelkan mengikut jenis dokumen dan nombor indeks/rujukan.

Fail disusun dengan kemas dan teratur mengikut turutan nombor siri fail dan boleh dicapai dalam tempoh masa 60 saat.

Rekod pergerakan fail diwujudkan bagi tujuan pengesanan fail (Contoh: buku daftar, kad daftar pengguna dan kad keluar masuk fail).

Fail-fail terperingkat disimpan di dalam kabinet besi berkunci dan berpalang. Indeks bagi fail-fail terperingkat dilekatkan di bahagian dalam kabinet besi.

Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi mengurus bilik fail.

(44)

44 Etika penggunaan bilik fail dipamerkan.

H

BILIK STOR

Stor sentiasa berada dalam keadaan bersih tanpa habuk dan kemas.

Pelan lantai stor dan laluan kecemasan boleh diwujudkan dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

Sudut informasi (Contoh: tatacara permohonan barang) boleh diwujudkan dan ditempatkan di kawasan yang mudah dilihat.

Tanda amaran “DILARANG MASUK” dipamerkan dengan jelas.

Stok disusun mengikut tanda, label atau abjad yang bersesuaian mengikut tarikh pengeluaran atau tarikh kemasukan ke stor dan dikeluarkan untuk kegunaan

mengikut kaedah “First-In-First-Out”(FIFO). (*Penanda Aras Minimum).

Semua barang atau stok di dalam stor disusun dengan kemas dan teratur.

Kaedah atau sistem merekod yang sesuai boleh diwujudkan bagi memudahkan urusan merekod keluar masuk stok.

(*Menyediakan Kew PS yang kemaskini).

Bilik mesyuarat sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

Gambar pemimpin tertinggi negeri/negara dipamerkan.

(45)

45

I

BILIK

MESYUARAT

Peralatan dan kemudahan dalam bilik mesyuarat sentiasa dalam keadaan sempurna dan berfungsi.

Maklumat penggunaan bilik mesyuarat dipamerkan di pintu masuk bilik mesyuarat. Contoh: penggunaan papan tanda (slot in board).

Etika penggunaan bilik mesyuarat dipamerkan ditempat yang mudah dilihat.

Papan putih dibersihkan setiap kali selepas mesyuarat selesai.

Barang-barang elektronik seperti projektor LCD, mikrofon dan suis ditutup sebelum meninggalkan bilik mesyuarat.

Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi memantau kebersihan dan kekemasan bilik mesyuarat.

J

BILIK KULIAH/

BILIK

Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kerusi meja tersusun kemas.

Peralatan dan kemudahan di dalam bilik dilebel dengan betul dan berada dalam keadaan sempurna, selamat dan boleh digunakan.

Hiasan perlu berimej korporat dan tidak terlalu sarat dan memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini

(46)

46

LATIHAN/

DEWAN

Pelan lantai dipamerkan ditempat yang mudah dilihat.

(kecuali bilik latihan yang sentiasa berubah susunan)

K

MAKMAL / BENGKEL

Memastikan persekitaran bengkel / makmal bersih, kemas dan selamat.

Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan tersusun.

Memaparkan tatacara penggunaan alatan yang bersesuaian.

L

PANTRI

Pantri sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas serta bebas daripada sebarang serangga atau makhluk perosak dan bau yang tidak menyenangkan.

Semua peralatan, perabot dan perkakas disusun dengan kemas dan teratur setelah digunakan manakala

pinggan/mangkuk/cawan/gelas yang digunakan dicuci dan dilap kering dan disimpan dalam cabinet

Labelkan kabinet yang menyimpan peralatan bagi memudahkan carian.

Perkakasan dan alatan seperti peti sejuk, ketuhar

gelombang mikro, cerek elektrik dan water dispenser boleh disediakan di pantri.

Sinki tidak tersumbat, tiada sisa makanan, dibersihkan dan dilap kering selepas digunakan.

Meja makan seeloknya dialas dan berkeadaan bersih.

(47)

47 Pastikan barang-barang makanan tidak dicampur adukkan dalam peti sejuk.

Bahan makanan seperti gula, susu dan sebagainya diletakkan dalam bekas bertutup.

Tong sampah disediakan dan ditutup.

Etika di pantri dipamerkan ditempat yang mudah dilihat

Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi memantau kebersihan dan kekemasan pantri.

M

SURAU /

BILIK SOLAT

Surau/bilik solat sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

Arah kiblat dipamerkan dengan jelas dan mudah dilihat.

Jadual waktu solat boleh disediakan untuk panduan masuk waktu solat bagi kemudahan warga Jabatan.

Menyediakan kemudahan seperti Al-Quran, bahan bacaan, telekung, sejadah dan selipar.

Telekung disediakan tempat sangkut/dilipat/disusun mana yang sesuai agar kelihatan kemas.

Selipar dan kasut disusun dengan rapi dan kemas pada tempatnya.

Pegawai bertanggungjawab dilantik bagi mengurus dan memantau kebersihan surau/bilik solat.

(48)

48

N

TANDAS

Menyediakan tandas yang sempurna termasuk tandas OKU yang berfungsi dengan baik.

Keseluruhan ruang tandas termasuk lantai dan dinding sentiasa dalam keadaan bersih dan kering serta bau yang menyenangkan.

Peralatan dan kelengkapan seperti tong sampah, tong sanitari, cermin muka, bahan pewangi, tisu dan sabun disediakan di dalam tandas.

Semua lampu tandas sentiasa berfungsi dengan baik.

Sinki dan paip berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat dan dilabelkan nombor (jika lebih dari satu).

Memastikan sistem pengudaraan tandas dalam keadaan baik.

Mempamerkan nama pegawai bertanggungjawab menjaga kebersihan tandas.

Mempamerkan etika penggunaan tandas.

Sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

Menyediakan sistem/capaian/label bahan bacaan untuk memudahkan pelanggan.

(49)

49

O

PERPUSTAKAAN

Menyediakan sistem rekod kawalan untuk memudahkan pemantuan bahan bacaan.

Kemudahan kerusi meja/sofa disediakan bagi keselesaan pelanggan.

Tanda arah dan pelan lantai dipamerkan untuk kemudahan pelanggan

Etika ketika berada diperpustakaan dipamerkan.

P

KAFETERIA

Lantai sentiasa bersih dan kering

Peralatan memasak dan pinggan mangkuk yang digunakan sentiasa bersih dan disimpan dengan baik.

Sinki dapur dan sinki cuci tangan tidak tersumbat dan sentiasa kering dan bersih.

Memastikan susunan kerusi dan meja sentiasa kemas.

Mempamerkan etika penggunaan kafetaria ditempat yang mudah dilihat.

Q

Susunan peralatan, hiasan dinding dan hiasan pokok kemas dan tidak menganggu laluan.

Tiada halangan di pintu kecemasan.

(50)

50

LALUAN UTAMA/

KORIDOR

Hiasan bunga hidup diuruskan dengan baik.

R

GIMNASIUM

Peralatan gymnasium disusun dengan kemas dan teratur serta mengambil kira ciri-ciri keselamatan

Penyelenggaraan peralatan dijalankan secara berkala.

Peti kecemasan “First Aid Kit’ disediakan dan dipantau.

Rekod penggunaan gymnasium disediakan.

S

GELANGGANG

Memastikan kawasan gelanggang, dalam keadaan bersih, baik dan selamat digunakan.

Menyediakan dan memaparkan peraturan/etika penggunaan gelanggang.

Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik.

T

Memastikan kawasan padang bersih dan dalam keadaan

baik.

(51)

51

PADANG

Memastikan rumput di kawasan padang pendek.

U

KAUNTER UTAMA/LOBI

Berimej korporat dan menyediakan kriteria berikut:

Sistem maklumbalas pelanggan Direktori warga KKPS

Brosur mengenai jabatan

Maklumat jabatan dan piagam pelanggan

Kaunter mestilah berimej ceria dengan hiasan yang minimum

Memastikan usaha-usaha delighting the customer seperti persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan disediakan.

V

BILIK

PEMANDU

Meja kerja kemas, tidak berhabuk dan peralatan disusun dengan baik.

Uniform disangkut dengan kemas ditempat yang disediakan

Perhiasan bilik yang minimum untuk tujuan keceriaan.

W

Bilik server tidak berdebu dan tersusun kemas.

Suhu bilik ditetapkan mengikut keperluan peralatan.

Hanya pegawai bertanggungjawab sahaja dibenarkan masuk ke bilik server

(52)

52

BILIK SERVER

Berkunci setiap masa.

X

PARKIR

Persekitaran kawasan parkir bersih, kemas dan selamat.

Petak parkir ditandakan dengan jelas.

Petak parkir VIP dinyatakan dengan jelas.

Petak parkir OKU disediakan

Kenderaan perlu diparkir secara reverse parking

Y

GARAJ

Memastikan persekitaran garaj bersih, kemas dan selamat.

Memastikan petak tempat letak kenderaan disediakan.

Z

KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi:

Arahan keselamatan

Latihan Pengungsian Bangunan (Firedrill) Tanda Amaran

Pelan Laluan Kecemasan dan Tempat berkumpul Tanda Arah Laluan Kecemasan

Memastikan lampu kecemasan berfungsi apabila lampu utama terpadam.

(53)

53

Pendawaian dan Kabel :

Memastikan pendawaian kabel semua peralatan elektrik diselenggara dan diikat menggunakan kabel conduit untuk kekemasan.

Plug dilabel mengikut kesesuaian alat.

Memastikan Alat Pemadam Api menepati criteria berikut:

Penyelenggaran secara berkala Mempunyai tatacara penggunaan Berkeadaan bersih

Diletakan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai.

Mempamerkan nama pegawai yang bertanggungjawab menjaga

Laluan Tangga Kecemasan:

Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup Memaparkan tanda KELUAR dengan jelas.

Tiada halangan objek diatas tangga kecemasan.

Tanda-tanda amaran keselamatan dipamerkan dengan jelas dan mudah dilihat.

AA

LAMPU DAN SOKET

Semua lampu berfungsi dengan baik

Soket berfungsi dengan baik

Pelan lampu disediakan bagi suis yang melebihi 3 lampu.

(54)

54

BB

PENGURUSAN KUNCI

Kunci disimpan diruang penyimpanan yang selamat mengikut tatacara keselamatan yang dibenarkan.

Dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai yang menjaga

Menyediakan buku log pinjaman dan pemulangan kunci.

CC

GO GREEN

Penyediaan notis / arahan penjimatan tenaga elektrik

Penggunaan lampu save energy

Penetapan suhu optimum

Penjimatan kertas

Penjimatan air

Kempen hijau

Melaksanakan program kitar semula

Menggunakan barang terpakai secara kreatif

(55)

55

DD

KREATIVITI DAN INOVASI

Melaksanakan inovasi dan amalan terbaik yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja warga jabatan.

Manual panduan EKSA KKPS ini diharapkan dapat memberi panduan kepada wargakerja KKPS dalam melaksanakan amalan-amalan baik yang di sarankan oleh EKSA.

Wargakerja KKPS haruslah menjadikan EKSA sebagai suatu usaha berpasukan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, kondusif dan selamat serta mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan. Pembudayaan EKSA seterusnya mampu menyumbang kepada peningkatan imej Kolej Komuniti Pasir Salak sebagai sebuah organisasi.

15 PENUTUP

(56)

56

Jawatankuasa Induk EKSA, KK Pasir Salak

Mengucapkan

TERIMA KASIH

Kepada Tuan Pengarah

Dan

Semua warga Kolej Komuniti Pasir Salak Yang

telah memberikan kerjasama cemerlang

dalam usaha merealisasikan Garis Panduan Amalan

EKSA

Gambar

Gambar pemimpin tertinggi negeri/negara dipamerkan.

Referensi

Dokumen terkait

Sejajar dengan kepentingan item aneka pilihan sebagai salah satu instrumen di dalam menilai tahap pencapaian pelajar, sebuah manual yang bertajuk Garis Panduan Pembinaan Item

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN pelajaran tidak mengikut urutan bagi mencapai hasil pembelajaran Pemeringkatan isi pelajaran kurang mengikut

Buku Panduan ini adalah sebagai panduan dan rujukan bagi warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti PPI bagi

Panduan Panel Penilai bagi Pemindahan Kredit Tanpa Gred Melalui Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu [APEL(C)] Universiti Malaya ini

Panduan Amalan 5S Sektor Awam yang disediakan ini memberi panduan kepada Jabatan/Agensi dalam pengurusan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan tersusun

Policy Handbook ialah setiap garis panduan, manual pelajar dan dasar UCYP (Kolej Universiti Yayasan Pahang). Pelajar boleh memuat turun manual fail untuk mendalami dan ikuti

Garis panduan ini disediakan sebagai suatu dokumen rujukan dan panduan kepada semua pihak yang terlibat mengendalikan pengurusan jenazah orang Islam COVID-19 agar

Garis panduan ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada warga UiTM berkenaan definisi Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM), pembangunan kurikulum