• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR PELANGGAN B40

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SOALAN LAZIM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR PELANGGAN B40"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN LAZIM

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR

KEPADA PELANGGAN YANG TERJEJAS AKIBAT

PENULARAN WABAK COVID-19

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN

BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR PELANGGAN B40

Selaras dengan pengumuman berkenaan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Targeted Payment

Assistance) oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, Bank Rakyat komited untuk membantu

pelanggan merancang komitmen pembiayaan mereka menerusi program bantuan pengurusan

kewangan. Bantuan ini ditawarkan kepada pelanggan daripada kategori B40, Mikro-i dan Perusahaan

Kecil dan Sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran meneruskan pembayaran pembiayaan mereka

berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, pelanggan selain daripada kategori tersebut yang

terjejas pendapatan akibat pandemik ini juga boleh memohon bantuan ini.

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR MIKRO-i

Bahagian 1

Bahagian 2

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN

PEMBIAYAAN BERSASAR KEPADA PELANGGAN TERJEJAS SELAIN DARIPADA

PELANGGAN B40 DAN MIKRO-i (M40 DAN T20)

Bahagian 3

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN

PEMBIAYAAN BERSASAR KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Bahagian 4

Definisi kumpulan B40, M40, dan T20

2 - 4

5 - 7

8 - 11

12

MUKA SURAT MUKA SURAT MUKA SURAT MUKA SURAT

Nota : Pelanggan B40 dan M40 mestilah tersenarai dalam pangakalan data Bantuan Sara Hidup (BSH)/ Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)/

B40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,849

M40

Kumpulan isi rumah berpendapatan 40% pertengahan iaitu isi rumah yang berpendapatan di bawah RM4,850 sehingga RM10,959

T20

Kumpulan isi rumah berpendapatan 20% tertinggi yang merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan sebanyak RM10,959 ke atas

(2)

1

2

3

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar bagi pelanggan kategori B40?

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK PROGRAM BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN

BERSASAR PELANGGAN B40

Pelanggan yang layak adalah seperti berikut:

Individu golongan B40 yang didaftarkan dalam pangkalan data dan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH)/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Turut layak:

Pelanggan yang mana pasangannya adalah penerima BSH/BPR

Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan B40? Pilihan 1

• Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).

• Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

Pilihan 2

• Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

• Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

Apakah produk yang terlibat dalam Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar B40 ini?

Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Jun 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:

a) Pembiayaan Peribadi-i b) Pembiayaan Perumahan-i c) Pembiayaan Kenderaan-i d) Sewa Beli Kenderaan-i e) Pembiayaan Pendidikan-i

f) Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i

Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.

4

Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan moratorium dan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar

ini memberi kesan dalam laporan CCRIS?

Tertakluk pada terma dan syarat Tidak.

5

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web korporat Bank Rakyat pada pautan, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300800800.

ii. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

6

Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan kategori B40 untuk memohon?

Pelanggan tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen. Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada semakan maklumat menerusi pangkalan data BSH/BPR.

(3)

13

Bagaimanakah permohonan pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis pembiayaan? Permohonan yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis

pembiayaan di Bank Rakyat hanya perlu membuat satu permohonan. Permohonan akan diproses bagi kesemua akaun mengikut pilihan bantuan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi permohonan

melibatkan pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama (akaun bersama) permohonan akan diproses setelah semua penama akaun memberi persetujuan.

14

Bagaimanakah proses bagi pembiayaan yang dibayar melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA),

Potongan Gaji Majikan (PGM) dan Arahan Tetap (Standing Instruction, SI)?

Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi BPA, PGM atau SI, pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium, Bank akan memberikan pemulangan bayaran.

7

Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan dan berapa

lamakah tempoh bantuan ini akan diberikan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 1 Jun 2021. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 31 Disember 2021.

8

Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti duti setem dan takaful yang dikenakan kepada

pelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tiada. Walau bagaimanapun, perlindungan Takaful pembiayaan tuan/puan tidak meliputi tempoh tambahan yang diberikan kepada pembiayaan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan perlindungan takaful bagi tempoh tambahan, pelanggan boleh berhubung dengan pihak Bank. Kos perlindungan takaful adalah ditanggung oleh pelanggan.

9

Adakah terdapat pertambahan jumlah keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan?

Tidak. Jumlah keuntungan adalah tertakluk kepada jumlah keuntungan yang telah diakad. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

12

Bagaimanakah permohonan bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama?

Hanya seorang penama bagi akaun pembiayaan bersama perlu membuat permohonan melalui borang elektronik. Bank akan menghubungi penama bersama untuk mendapatkan kebenaran.

10

Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?

Tidak. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung sebarang perubahan jumlah ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan kadar asas (KA)/kadar asas pembiayaan (KAP) atau perubahan dari semasa ke semasa.

11

Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?

Bagi pembiayaan menggunakan kadar tetap, tempoh pembiayaan akan dilanjutkan mengikut bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

Manakala bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, tempoh lanjutan boleh melebihi bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

(4)

15

Bagaimana dengan pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sedia ada?

Pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sedia ada boleh memohon bantuan ini semula sebanyak 1 kali lagi. Pelanggan boleh memohon bantuan semula pada bulan terakhir bantuan sedia ada bagi mengelakkan berlaku pertindihan dengan tempoh bantuan sedia ada.

Contoh 1:

Bantuan sedia ada : Moratorium selama 3 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 06/2021

Bulan boleh memohon semula bantuan : 06/2021

Bulan mula bantuan semula : 07/2021

Bulan akhir bantuan semula : 09/2021

Contoh 2:

Bantuan sedia ada : Pengurangan 50% ansuran selama 6 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Bulan boleh memohon bantuan semula : 09/2021

Bulan mula bantuan semula : 10/2021

Bulan akhir bantuan semula : 03/2022

16

Bagaimana pula dengan pelanggan yang telah menerima bantuan sedia ada tetapi ingin menukar

jenis bantuan tersebut serta-merta?

Pelanggan perlu membuat permohonan untuk menukar jenis bantuan melalui

bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. Permohonan untuk membuat pertukaran jenis bantuan tidak boleh dibuat melalui borang elektronik seperti di soalan 5.

Contoh:

Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 3 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan pengurangan ansuran 50% yang sepatutnya tamat pada bulan 09/2021 akan dihentikan serta-merta.

Bulan mula moratorium : 07/2021 Bulan akhir moratorium : 09/2021

Muka Surat | 4

(5)

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN

BERSASAR MIKRO-i

1

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan

Bersasar Mikro-i?

a. Perusahaan mikro yang layak dengan nilai jumlah pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150,000, diluluskan sebelum 1 Jun 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari).

b. Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor dengan:

i. Perolehan jualan kurang daripada RM300,000; atau ii. Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa

Bank juga tidak memerlukan penyerahan dokumen untuk membuktikan kelayakan. Bank akan membuat keputusan berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data dalaman Bank atau borang perakuan diri oleh pelanggan.

Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

2

Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan Mikro-i?

Pilihan 1

Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).

Pilihan 2

Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

3

Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan moratorium dan Bantuan Bayaran Pembiayaan

Bersasar ini memberi kesan dalam laporan CCRIS? Tidak.

4

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web korporat Bank Rakyat pada pautan, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/.

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat Panggilan di talian 1300800800.

ii. Mengunjungi Cawangan atau Susulan Berpusat Wilayah (SBW) yang berdekatan.

5

Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 1 Jun 2021. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 31 Disember 2021.

6

Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti duti setem dan takaful yang dikenakan kepada

pelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tiada. Walau bagaimanapun, perlindungan Takaful pembiayaan tuan/puan tidak meliputi tempoh tambahan yang diberikan kepada pembiayaan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan perlindungan takaful bagi tempoh tambahan, pelanggan boleh berhubung dengan pihak Bank. Kos perlindungan takaful adalah ditanggung oleh pelanggan.

(6)

10

Bagaimanakah permohonan bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama? Hanya seorang penama bagi akaun pembiayaan bersama perlu membuat permohonan melalui borang elektronik. Bank akan menghubungi penama bersama untuk mendapatkan kebenaran.

11

Bagaimanakah permohonan pelanggan yang mempunyai lebih dari satu akaun/jenis pembiayaan?

Permohonan yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis

pembiayaan di Bank Rakyat hanya perlu membuat satu permohonan. Permohonan akan diproses bagi kesemua akaun mengikut pilihan bantuan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi permohonan

melibatkan pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama (akaun bersama) permohonan akan diproses setelah semua penama akaun memberi persetujuan.

12

Bagaimanakah proses bagi pembiayaan yang dibayar melalui Arahan Terap (Standing Instruction, SI)?

Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi SI, pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium Bank akan memberikan pemulangan bayaran.

13

Bagaimana dengan pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar

sedia ada?

Pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sedia ada boleh memohon bantuan ini semula sebanyak 1 kali lagi. Pelanggan boleh memohon bantuan semula pada bulan terakhir bantuan sedia ada bagi mengelakkan berlaku pertindihan dengan tempoh bantuan sedia ada.

Contoh 1:

Bantuan sedia ada : Moratorium selama 3 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 06/2021

Bulan boleh memohon semula bantuan : 06/2021

Bulan mula bantuan semula : 07/2021

Bulan akhir bantuan semula : 09/2021

Contoh 2:

Bantuan sedia ada : Pengurangan 50% ansuran selama 6 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Bulan boleh memohon bantuan semula : 09/2021

Bulan mula bantuan semula : 10/2021

Bulan akhir bantuan semula : 03/2022

Muka Surat | 6

Tidak.

9

Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?

Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.

7

Adakah terdapat pertambahan jumlah keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan?

Tidak.

8

Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?

(7)

14

Bagaimana pula dengan pelanggan yang telah menerima bantuan sedia ada tetapi ingin menukar jenis bantuan tersebut serta-merta?

Pelanggan perlu membuat permohonan untuk menukar jenis bantuan melalui

bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. Permohonan untuk membuat pertukaran jenis bantuan tidak boleh dibuat melalui borang elektronik seperti di soalan 5.

Contoh:

Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 3 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan pengurangan ansuran 50% yang sepatutnya tamat pada bulan 09/2021 akan dihentikan serta-merta.

Bulan mula moratorium : 07/2021 Bulan akhir moratorium : 09/2021

(8)

1

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar selain daripada golongan B40 dan Mikro-i?

Pelanggan yang layak adalah seperti berikut:

i) Kategori A:

a) Pelanggan yang telah diberhentikan kerja dan masih belum mendapat pekerjaan baharu. b) Pelanggan yang masih dalam tempoh bercuti tanpa gaji.

Bantuan yang ditawarkan:

i. Moratorium bayaran pembiayaan selama 3 bulan, atau ii. Pengurangan 50% ansuran untuk tempoh 6 bulan.

Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR

KEPADA PELANGGAN TERJEJAS SELAIN DARIPADA PELANGGAN B40 DAN MIKRO-i (M40 DAN T20)

Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

ii) Kategori B:

a) Pelanggan yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun dan komisen). b) Pelanggan yang mana pasangan terjejas.

Bantuan yang ditawarkan:

Pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan pendapatan.

Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk lanjutan moratorium.

Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

2

Apakah produk-produk yang terlibat dalam Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bayaran Pembiayaan

Bersasar ini?

Pembiayaan yang diluluskan sebelum 1 Jun 2021 dan pembiayaan tidak terjejas (tidak tertunggak melebih 90 hari) melibatkan produk pembiayaan berikut:

a) Pembiayaan Peribadi-i b) Pembiayaan Perumahan-i c) Pembiayaan Kenderaan-i d) Sewa Beli Kenderaan-i e) Pembiayaan Pendidikan-i

f) Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i

Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh

tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk lanjutan moratorium.

3

Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan moratorium dan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar

ini memberi kesan dalam laporan CCRIS? Tidak.

(9)

Adakah pelanggan yang telah mendapat bantuan perlu mengemukakan semula dokumen sokongan setiap kali ingin memohon?

Permohonan pelanggan kategori A:

i. Surat penamatan/pemberhentian kerja, atau ii. Surat cuti tanpa gaji, atau

iii. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun terkini, atau iv. Surat akuan dari pelanggan (Pelanggan M40 sahaja)

Permohonan pelanggan Kategori B:

i. Surat pemotongan gaji dan salinan penyata gaji sebelum dan selepas pemotongan, atau ii. Penyata bank bagi bulan sebelum pandemik Covid-19 dan penyata bagi bulan terkini sebagai sokongan permohonan, atau

iii. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tahun terkini, atau iv. Surat akuan dari pelanggan (Pelanggan M40 sahaja)

Nota: Bagi pelanggan M40 yang mengemukakan surat akuan pelanggan, pihak Bank boleh meminta dokumen sokongan selepas permohonan diluluskan. Pihak Bank berhak menarik balik bantuan jika terdapat sebarang percanggahan.

6

Ya. Pelanggan perlu mengemukakan dokumen sokongan setiap kali ingin memohon bantuan.

7

Bilakah tarikh mula permohonan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan boleh memohon bantuan ini bermula 1 Jun 2021. Bantuan ini ditawarkan untuk pelanggan yang layak sehingga 31 Disember 2021.

4

Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan yang ingin mendapatkan Bantuan Bayaran Pembiayaan

Bersasar seperti di atas?

Pelanggan M40 boleh memohon melalui borang elektronik yang disediakan di laman web rasmi Bank Rakyat, https://cv19-support.bankrakyat.com.my/

Pelanggan M40 kategori B yang memohon melalui borang elektronik akan mendapat bantuan pengurangan 50% ansuran untuk tempoh 6 bulan.

Walau bagaimanapun, bagi pelanggan M40 kategori B yang mengalami pengurangan pendapatan melebihi 50% dan pelanggan selain M40 (seperti T20) boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:

i. E-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. (Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit untuk dihubungi dan dokumen sokongan seperti di Soalan 5.)

ii. Mengunjungi Susulan Berpusat Wilayah atau cawangan-cawangan yang berdekatan. Nota: Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800.

5

Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan untuk memohon Bantuan Bayaran

Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan pekerjaan atau perniagaan terjejas seperti berikut:

(10)

13

Bagaimanakah permohonan pelanggan yang mempunyai lebih dari satu akaun/jenis pembiayaan? Permohonan yang dibuat oleh pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun/jenis

pembiayaan di Bank Rakyat hanya perlu membuat satu permohonan. Permohonan akan diproses bagi kesemua akaun mengikut pilihan bantuan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi permohonan

melibatkan pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama (akaun bersama) permohonan akan diproses setelah semua penama akaun memberi persetujuan.

14

Bagaimanakah proses bagi pembiayaan yang dibayar melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA),

Potongan Gaji Majikan (PGM) dan Arahan Tetap (Standing Instruction, SI)?

Bagi pembiayaan yang telah dibayar menerusi BPA, PGM atau SI, pembayaran pembiayaan yang telah dibuat bagi bulan yang diberikan moratorium, Bank akan memberikan pemulangan bayaran.

10

Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh bantuan?

Bagi pembiayaan yang menggunakan kadar tetap, jumlah ansuran adalah kekal seperti sebelum tempoh bantuan. Bagi pembiayaan menggunakan kadar terapung, sebarang perubahan jumlah

ansuran bulanan adalah tertakluk kepada perubahan kadar asas (KA) dan kadar asas pembiayaan (KAP) atau perubahan dari semasa ke semasa.

11

Berapa lamakah tempoh lanjutan yang diberikan untuk menjelaskan jumlah ansuran yang telah

ditangguhkan?

Bagi pembiayaan menggunakan kadar tetap, tempoh pembiayaan akan dilanjutkan mengikut bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

Manakala bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, tempoh lanjutan boleh melebihi bilangan bulan yang diberikan penangguhan.

12

Bagaimanakah permohonan bagi akaun pembiayaan yang mempunyai lebih daripada satu penama?

Hanya seorang penama bagi akaun pembiayaan bersama perlu membuat permohonan melalui borang elektronik. Bank akan menghubungi penama bersama untuk mendapatkan kebenaran

Tertakluk pada terma dan syarat Muka Surat | 10

8

Adakah terdapat sebarang kos tambahan seperti duti setem dan takaful yang dikenakan kepada

pelanggan yang memohon kemudahan ini?

Tiada. Walau bagaimanapun, perlindungan Takaful pembiayaan tuan/puan tidak meliputi tempoh tambahan yang diberikan kepada pembiayaan.

Sekiranya pelanggan ingin mendapatkan perlindungan takaful bagi tempoh tambahan, pelanggan boleh berhubung dengan pihak Bank. Kos perlindungan takaful adalah ditanggung oleh pelanggan.

9

Adakah terdapat pertambahan jumlah keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan?

Tidak. Jumlah keuntungan adalah tertakluk kepada jumlah keuntungan yang telah diakad. Walau bagaimanapun, bagi pembiayaan yang menggunakan kadar terapung, keuntungan akan terus diakru sepanjang tempoh tangguhan dan semasa dalam tempoh tambahan.

(11)

15

Bagaimana dengan pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar sedia ada?

Pelanggan yang sedang menikmati Bantuan Bersasar sedia ada boleh memohon bantuan ini semula. Pelanggan boleh memohon bantuan semula pada bulan terakhir bantuan sedia ada bagi mengelakkan berlaku pertindihan dengan tempoh bantuan sedia ada.

Contoh 1:

Bantuan sedia ada : Moratorium selama 3 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 06/2021

Bulan boleh memohon semula bantuan : 06/2021

Bulan mula bantuan semula : 07/2021

Bulan akhir bantuan semula : 09/2021

Contoh 2:

Bantuan sedia ada : Pengurangan 50% ansuran selama 6 bulan.

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Bulan boleh memohon bantuan semula : 09/2021

Bulan mula bantuan semula : 10/2021

Bulan akhir bantuan semula : 03/2022

16

Bagaimana pula dengan pelanggan yang telah menerima bantuan sedia ada tetapi ingin menukar

jenis bantuan tersebut serta-merta?

Pelanggan perlu membuat permohonan untuk menukar jenis bantuan melalui

bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my. Permohonan untuk membuat pertukaran jenis bantuan tidak boleh dibuat melalui borang elektronik seperti di soalan 4.

Contoh:

Bantuan yang sedang dinikmati : Pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan

Bulan mula : 04/2021

Bulan terakhir : 09/2021

Pada bulan 07/2021, pelanggan ingin menukar kepada moratorium selama 3 bulan kerana telah diberhentikan kerja.

Permohonan penukaran bantuan : 07/2021

Bantuan pengurangan ansuran 50% yang sepatutnya tamat pada bulan 09/2021 akan dihentikan serta-merta.

Bulan mula moratorium : 07/2021 Bulan akhir moratorium : 09/2021

17

Sekiranya permohonan Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar saya tidak diluluskan, bolehkah saya

membuat rayuan?

Kemungkinan anda tidak memenuhi kriteria kelayakan seperti pada item 1. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat rayuan dengan justifikasi atau sokongan tambahan dokumen.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan bantuan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang menyediakan khidmat nasihat dan bantuan kepada individu pelanggan dalam menguruskan kewangan mereka.

(12)

Tertakluk pada terma dan syarat

3

Adakah pembiayaan yang menerima lanjutan moratorium dan Bantuan Bayaran Pembiayaan

Bersasar ini memberi kesan dalam laporan CCRIS? Tidak.

4

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini?

Pelanggan juga boleh menghubungi Bank melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut: i. Pusat panggilan di talian 1300800800.

ii. Mengunjungi Pusat Perniagaan PKS & Koperasi (SMEC) yang berdekatan.

Muka Surat | 12

6

Adakah akan berlaku perubahan jumlah ansuran bulanan selepas tamat tempoh moratorium?

Ya.

5

Bilakah permohonan untuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini boleh dilakukan?

Pelanggan boleh mula memohon Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar ini bermula 1 Jun 2021.

7

Adakah akan berlaku perubahan pada tempoh pembiayaan selepas tamat tempoh moratorium?

Ya. Bilangan bulan akan ditambah untuk memastikan baki pembiayaan dapat dijelaskan.

BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR UNTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN BERSASAR

KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

1

Apakah kriteria pelanggan yang layak menikmati Program Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

a. Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP. b. Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 3 bulan pada tarikh permohonan.

c. Tiada sebarang tindakan guaman.

d. Pelanggan yang didefinisikan sebagai perniagaan mikro berdasarkan Garis Panduan Definisi Industri Kecil Sederhana (IKS) yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia merangkumi entiti perniagaan di semua sektor

2

Apakah bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)?

Pilihan 1

Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan (moratorium).

Pilihan 2

Referensi

Dokumen terkait

mendalami permasalahan serta untuk menghindari penafsiran yang berbeda- beda dari para pembaca, maka penelitian difokuskan pada peran Dewan Kemakmuran Masjid (DKM)

Dalam jangka pendek didapati hubungan signifikan antara laju inflasi di Indonesia dengan inflasi impor, sedangkan nilai tukar rupiah terhadap dollar, pendapatan negara, penawaran

Untuk optimalisasi pendukung kegiatan, PPID Utama Pemerintah Kota Depok melaksanakan sosialisasi terhadap para PPID Pembantu tiap-tiap Perangkat Daerah dalam lingkup

Berdasarkan uraian dalam latar belakang, masalah yang berusaha dipecahkan melalui penelitian ini adalah “Apakah terdapat hubungan antara stres berkendara dengan

Berdasarkan penelitian yang telah peneliti lakukan di TK Flora Kecamatan Singkawang Barat mengenai penerapan pembelajaran menggunakan metode demonstrasi, untuk meningkatkan

Pada proses dalam pembuatan promosi konten Instagram diharuskan melewati beberapa tahapan yang dimulai dari pembuatan sketsa, mancari materi, serta proses pembuatan konten

Sistem dan tatanan tidak dapat diandalkan untuk manajemen kinerja, perlu banyak perbaikan, sebagian perubahan yang sangat mendasar. RPJMN/D Rencana Strategis Rencana Kinerja

Menangkap ide besar dan cita-cita pemimpin bangsa ini, Badan Eksekutif Mahasiswa Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Islam Malang (BEM FKIP UNISMA)