• Tidak ada hasil yang ditemukan

ARTICLES PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN TEKNIK LUKISAN DIGITAL TINGKATAN TIGA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ARTICLES PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN TEKNIK LUKISAN DIGITAL TINGKATAN TIGA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

JAPPAJournal- Journal of Applied Art

Copyright © Publisher Scientific Academia Network (Scientiaca) E-ISSN:2710-7019 online

ARTICLES

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN TEKNIK LUKISAN DIGITAL

TINGKATAN TIGA

Faizura Nur Mohamed Jamion

a

, Nor Syazwani Mat Salleh

b

, Ridzwan Hussin

c,*

a Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA b Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA c Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA

*Corresponding author: faizuranurmj@gmail.com

ARTICLE HISTORY Received: 3 April 2020 Accepted: 18 April 2020 Published Online: 31 July 2020

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran teknik lukisan digital yang mengambil kira kepelbagaian gaya belajar murid menggunakan perisian GIMP. Pembangunan modul teknik lukisan digital ini adalah untuk memudahkan guru dan murid bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk penghasilan Lukisan Era Seni Kontemporari Tingkatan 3. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan untuk membangunkan modul pembelajaran dalam Teknik Lukisan Digital Tingkatan 3 menggunakan perisian GIMP berlandaskan kepada model ADDIE. Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai analisis sokongan bagi dapatan kajian. Tinjauan awal dijalankan bagi mendapatkan kesahan tentang pembinaan modul. Kajian ini bertumpu kepada murid tingkatan tiga. Seramai 32 orang murid terlibat dalam penggunaan modul pembelajaran ini dan 2 orang guru akan menggunakan modul ini dalam pengajaran di dalam kelas. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa murid menunjukkan sikap yang sangat positif dan murid boleh menggunakan modul tanpa bantuan guru sepenuhnya. Sesi pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menyeronokkan dan berjalan dengan lancar. Pada dasarnya, perjalanan kelas yang berteraskan PAK21 yang berpaksikan murid telah tercapai. Diharap dengan adanya modul pembelajaran ini dapat membantu guru dan juga dapat meningkatkan lagi kefahaman murid dalam pembelajaran Teknik Lukisan Digital Tingkatan tiga. Penggunaan modul ini dapat membantu murid dalam aktiviti Eksplorasi Seni bagi menghasilkan karya menggunakan teknik lukisan digital. Murid juga dapat membuat eksperimentasi dan penerokaan dalam menghasilkan karya seni lukisan menggunakan teknik lukisan digital yang menggunakan modul perisian ini. Oleh itu, murid boleh menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif melalui aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Justeru itu, murid dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam tajuk lukisan.

The purpose of this study is to develop GIMP software modules that take into account various student learning styles. The development of GIMP modules is to facilitate teachers and students to conduct teaching and learning sessions in the context of the creation of a Form three students’ Contemporary Art Era using this GIMP software module and hopefully to assist students in their exploration activities as they produce digital painting techniques. In this study, researchers used the study as the design and development to develop the learning modules in Form 3 Digital Painting Techniques using GIMP software based on the ADDIE model. There are several methods of data collection used questionnaires, interviews, observations and document analysis as analytical support for the findings. The initial survey carried out for the legality of the construction of the module. This study is aimed at Form three students. About 32 students will be involved in the use of learning modules in the classroom. The preliminary findings show that pupils display a very positive attitude and that students can use the module without the help of a teacher. The learning sessions in the classroom are fun and smooth. Basically, a 21st century learning class has been achieved. It is hoped that this learning module will help teachers as well as enhance students' understanding of Form 3 students’ digital drawing techniques. Students can also experiment and explore the art of drawing using digital drawing techniques using this software module. Therefore, students can express ideas creatively and innovatively through these activities in the classroom.

KEYWORDS Modul Pembelajaran Teknik Lukisan Digital Tingkatan 3

1.0 PENDAHULUAN

ementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi

impak sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Anjakan ke tujuh ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Antara strateginya adalah memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada

(2)

pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid. Bagi mencapai hasrat KPM, kajian ini amat sesuai dijalankan bagi mencapai tujuan KPM.

Dalam pembelajaran abad ke-21, elemen teknologi ditekankan dalam pembelajaran di peringkat sekolah. Namun begitu, elemen teknologi ini masih kurang digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam bab lukisan digital tingkatan tiga. Seperti yang kita tahu, perisian aplikasi penyunting grafik yang sedia ada memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya. Pihak sekolah tidak mampu menyediakannya untuk kegunaan murid. Dengan menggunakan aplikasi perisian GIMP dari sumber terbuka ini, murid dan guru boleh lebih menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tiada kekangan bagi mendapatkan perisian yang boleh digunakan dalam menghasilkan lukisan digital kerana telah terbukti perisian ini boleh didapati dengan hanya memuat turun secara percuma di laptop, komputer atau di telefon bimbit. Ini bermaksud dengan menggunakan kaedah perkomputeran murid akan lebih berminat dalam sesi PdPc. Selaras dengan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan KSSM di sekolah, modul penggunaan GIMP ini dapat membantu guru dalam pembelajaran lukisan digital.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, empat objektif kajian (OK) dibentuk sebagai garis panduan kepada kajian ini. Objektif kajian adalah seperti berikut:

OK1. Menentusahkan perisian sumber terbuka GIMP berkesan digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam Lukisan Digital.

OK2. Menentusahkan keperluan modul teknik lukisan digital menggunakan perisian GIMP berkesan digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam lukisan digital tingkatan OK3. Membangunkan modul pembelajaran teknik seni lukisan digital berasaskan teori minimalis dan teori beban kognitif.

OK4. Mengenal pasti samada modul pembelajaran teknik lukisan digital mempunyai

hubungan dengan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual tingkatan 3.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan-persoalan kajian (PK) yang berkaitan dikemukakan sebagai asas pertimbangan kajian ini. PK1: Adakah perisian sumber terbuka GIMP berkesan digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam Lukisan Digital?

PK2: Adakah modul teknik lukisan digital menggunakan perisian GIMP ini dapat membantu murid dalam pembelajaran lukisan digital tingkatan 3 di sekolah? PK3.1 : Adakah modul pembelajaran teknik lukisan digital berasaskan teori minimalis?

PK3.2: Adakah modul pembelajaran teknik lukisan digital berasakan teori beban kognitif?

PK4: Adakah terdapat hubungan antara modul pembelajaran teknik lukisan digital dengan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3?

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Seterusnya hipotesis kajian yang berkaitan dikemukakan sebagai asas pertimbangan kajian ini untuk menjawab persoalan 4 .

H1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital dengan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3.

Ha: Terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital dengan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3.

2.0 METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian reka bentuk dan pembangunan (design and development research)”. Kajian ini merupakan kajian sistematik pada reka bentuk, pembangunan dan proses penilaian dengan tujuan membentuk dasar empirik untuk pembangunan produk instruksional atau bukan instruksional, alatan-alatan, modul baru atau ubahsuaian yang menetapkan perkembangan pembangunan produk tersebut. Pembangunan dan penilaian (i) program, (ii) proses dan (iii) produk yang perlu memenuhi kriteria tertentu serta dinilai dengan instrumen yang sah lagi boleh dipercayai (Seels dan Richey 1994, Richey dan Klein 2007). Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan kerana untuk membangunkan modul pembelajaran dalam Teknik Lukisan Digital Tingkatan 3 menggunakan perisian GIMP berlandaskan kepada model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation).

Pendekatan yang telah digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah menggunakan kajian tinjauan dan disokong oleh pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pensampelan yang digunakan adalah bertujuan iaitu seramai 32 orang murid Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang beserta lima orang guru pakar dalam bidang pendidikan seni. Pengkaji telah menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 23 untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif dan inferensi yang mana data yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan frekuensi, min, sisihan piawai dan korelasi bagi semua hasil dapatan tersebut.

(3)

3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Seramai 32 orang murid telah menjawab soal selidik dari SMK (P) Methodist Raub. Terdapat 4 bahagian dalam soal selidik ini dimana bahagian A tentang demografi respondan, bahagian B tentang keberkesanan perisian, bahagian C tentang kebolehgunaan modul dan bahagian D tentang pembelajaran kendiri murid. Ujian Cronbach Alpha dijalankan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang diukur melalui skala likert. Soalan-soalan ini mengukur pemboleh ubah pendam (latent) - pembolehubah yang tersembunyi atau tidak dapat diukur secara terus. Kebolehpercayaan keseluruhan soal selidik bagi kajian ini adalah 0.954 yang mana skor ini sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi (Bond & Fox, 2015)

Analisis parametrik dijalankan bagi fasa akhir ini setelah ujian kenormalan item dijalankan dan keputusan taburan data adalah berbentuk normal. Selain itu, pelaksanaan analisis ujian parametrik dilakukan setelah mengambilkira data ordinal yang diperoleh memenuhi kriteria sebagaimana yang dinyatakan oleh Harrington (2009).

Jadual 3. Interpretasi Skor Purata Ke dalam 5 tahap (Skala likert 5). Berikut adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian.

3.1 Keberkesanan Perisian Sumber Terbuka GIMP Sebagai Alat Bantu Mengajar

Pada bahagian B soal selidik ini mengandungi 27 item yang berbeza. Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik keberkesanan perisian sumber terbuka GIMP sebagai alat bantu mengajar dalam Lukisan Digital didapati 19 daripada 27 item mempunyai skor min tinggi iaitu antara skor min ialah 4.34 hingga 4.72. Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan murid terhadap keberkesanan perisian sumber terbuka GIMP sebagai alat bantu mengajar dalam Lukisan Digital ialah 3.78 dimana

berada pada tahap setuju dengan bacaan sisihan piawainya ialah 0.457. Ini bermakna murid sangat menerima pembelajaran menggunakan perisian sumber terbuka ini. Guru juga tidak mempunyai masalah dalam menjalankan sesi pembelajaran didalam kelas kerana murid sangat menerima penggunaan perisian ini. Murid ebih suka kepada satu pembelajaran yang bertemakan penerokaan dan menggunakan teknologi. Murid juga sangat menerima pembelajaran yang berbentuk interaktif dan belajar perkaa yang baru sewaku di dalam kelas.

3.2 Kebolehgunaan Modul Teknik Lukisan Digital Menggunakan Sumber Terbuka GIMP

Pada bahagian C soal selidik ini mengandungi 12 item yang berbeza. Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik kebolehgunaan modul teknik lukisan digital menggunakan perisian GIMP dalam membantu murid dalam pembelajaran lukisan digital tingkatan 3 di sekolah didapati 4 daripada 12 item mempunyai skor min tinggi iaitu skor min ialah 4.41 hingga 4.44. Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan murid terhadap kebolehgunaan modul teknik lukisan digital menggunakan perisian GIMP bagi membantu murid dalam pembelajaran lukisan digital tingkatan 3 di sekolah ialah 4.00 dimana berada pada tahap setuju dengn bacaan sisihan piawai ialah 0.336. Ini menunjukkan bahawa modul ini sangat membantu murid dalam menghasilkan lukisan menggunakan teknik lukisan digital dan sumber terbuka GIMP sangat membantu murid bagi mencapai objektif pembelajaran. Item ke-7 hingga item ke-10 menununjukkn bahawa murid sangat berpuas hati dengan modul kerana tulisan yang mudah dibaca, terdapat latihan pengukuhan yang menguji tahap kefahaman murid dan penggunaan modul yang digunakan pada bila-bila masa sahaja.

.

3.3 Kebolehgunaan Modul Pembelajaran Teknik Lukisan Digital Berasaskan Teori Minimalis

Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik kebolehgunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital berasaskan teori minimalis didapati kesemua 11 item di bahagian C mempunyai skor min sederhana tinggi iaitu skor min antara 3.91 hingga 4.28. Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan murid terhadap kebolehgunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital berasaskan teori minimalis ialah 3.91 dimana berada pada tahap setuju dan bacaan sisihan piawai 0.296. Murid bersetuju bahawa modul pembelajaran ini menggunakan teori minimalis dimana modul yang dihasilkan lebih mudah difahami dan diikuti. Daripada 11 item semua murid telah bersetuju bahawa modul yang dihasilkan menarik, ayat yang digunakan tidak berulang, grafik dalam modul menarik, boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebenar dan murid boleh menghasilkan lukisan digital menggunakan Teknik Lukisan Digital.

Cronbach’ s Alpha

Cronbach’s Alpha Based on Standardized Items

N ite ms

.954 .0957 72

Skor Purata Interpretasi

1.00 hingga 1.89 Sangat tidak setuju

1.90 hingga 2.69 Tidak setuju

2.70 hingga 3.49 Hampir setuju

3.5 hingga 4.29 Setuju

(4)

3.4 Kebolehgunaan Modul Pembelajaran Teknik Lukisan Digital Berasaskan Teori Beban Kognitif

Berdasarkan kepada taburan skor min item bagi analisis soal selidik kebolehgunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital berasaskan teori beban kognitif didapati 3 daripada 8 item di bahagian C mempunyai skor min tinggi iaitu skor min 4.34 hingga 4.38. Secara keseluruhan skor min tahap penerimaan murid terhadap kebolehgunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital berasaskan teori beban kognitif ialah 4.00 iaitu pada tahap setuju dengan bacaan sisihan piawai 0.448 . Item 14 hinga 16 menyatakan bahawa murid sangat bersetuju bahawa gambarajah dalam modul memudahkan pemahaman murid, penerangan langkah yang memudahkan dan paparan imej serta huraian teks disediakan. Ini menunjukkan murid sangat berpuas hati dalam menggunakan modul ini.

3.5 Hubungan Antara Modul Pembelajaran Teknik Lukisan Digital Dengan Pembelajaran Kendiri Murid

Analisis inferensi Korelasi Pearson bagi kebolegunaan modul pembelajaran teknik lukisan digital dengan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3

Dapatan Kajian yang ditunjukkan dalam jadual di atas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Kebolehgunaan modul TLD dengan pembelajaran kendiri murid dengan bacaan (r:0.633, p>0.05). Hubungan tersebut adalah pada tahap kuat. Korelasi Spearman digunakan kerana bilangan responden kurang daripada 100. Kesimpulannya, terdapat hubungan yang signifikan antara modul dan pembelajaran kendiri murid. Nilai signifikan (p>0.05) pula menunjukkan data adalah berdistribusi normal. Ini menunjukkan murid boleh menggunakan modul tanpa bantuan guru samada dirumah atau dimana sahaja dan berusaha dalam menyelesaikan masalah menghasilkan lukisan menggunakan teknik lukisan digital.

Berdasarkan kepada keputusan diatas ini menyatakan kajian ini menolak hipotesis null dan menerima hipotesis

alternatif yang mana terdapat hubungan yg positif antara kebolehgunaan modul TLD dan pembelajaran kendiri murid Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3.

4.0 KESIMPULAN

Modul pembelajaran ini dihasilkan untuk memberi keutamaan kepada murid tingkatan 3 Sekolah Menengah yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dimana modul pembelajaran ini tidak mengkhususkan kepada mana-mana peringkat pengajian dan peringkat umur pengguna kerana modul ini dibangunakan secara fleksibel dan kendiri. Penggunaan modul pembelajaran kendiri GIMP ini juga terbuka kepada semua pengguna yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik penyuntingan menggunakan aplikasi perisian GIMP. Kekuatan modul ini adalah pada reka bentuk dan isi kandungannya yang bersesuaian dengan kaedah pembelajaran kendiri pelajar dan menepati. Isi kandungan modul serta arahan yang telah disusun dalam bentuk yang mengambil kira beban kognitif murid dan membantu murid untuk memahami dengan lebih tepat apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Gabungan teks dan grafik dalam modul ini juga dapat mengurangkan beban kognitif pelajar kerana rajah yang digunakan sebagai panduan kepada arahan telah disekalikan dan murid tidak perlu berulang alik antara arahan dan rajah. Dapatan dari kajian ini juga telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi maklumat masa kini, bahan pengajaran bukan sahaja terhad kepada penggunaan buku teks dan alat tulis serta pedagogi tradisional semata-mata malah meliputi penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi seperti komputer, smart handphone, digital kamera dan sebagainya. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa hasrat KPM telah tercapai dimana Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Anjakan ke tujuh ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Antara strateginya adalah memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran kadar kendiri untuk +-0.1 kepada +-0.20 Sangat kecil

+-0.21 kepada +-0.20 Kecil +-0.41 kepada +-0.60 Sederhana +-0.61 kepada +-0.80 Besar +-0.81 kepada +-0.10 Sangat Besar KORELASI Jumlah Keboleh gunaan Modul Jumlah Pembela jaran Kendiri Spear eman’ s rho Jumlah Kebolehguna an Modul Korelas i Pekali Sig. (2 - tailed) N 1.000 32 .633 .000 32 Jumlah Pembelajaran Kendiri Korelas i Pekali Sig. (2 - tailed) N .633** .000 32 1.000 . 32

(5)

memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap kemahiran murid.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Buku panduan pengurusan matapelajaran Pendidikan Seni Visual

Sekolah rendah dan Sekolah Menengah.

Putrajaya:Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Harleny Abd Arif, Muhammad Zaffwan Idris, Abdul Aziz Zalay @ Zali & Rosni Nik Mohd Zaid. (2018). Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulumhttp://bpk.moe.gov.my

Shahrulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar & Sabzali Musa Khan. (2015). Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual Dengan Kemunculan eknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26.

Hamidah Yusof, Jamal Yunus & Khalip Musa. (2015). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yusup Hashim & Razmah Man (2006). Teknologi instruksional: Teori dan aplikasi. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti PendidikanSultan Idris.

Dick, W., Carey, L, & Carey, J. O. (2009). The systematic design of instruction (7th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

McKenney, S., & Reeves, T. C. (2012). Conducting educational design research. New York: Routledge.

Larson, M. B., & Lockee, B. B. (2014). Streamlined ID: A practical guide to instructional design.Oxon: Routledge.Model Addie. (2017)

Nor Aizal Akmal Rohaizad (2015). Keberkesanan modul

Pengajaran dan pembelajaran dalam

Perkembangan Kecerdasan Emosi Murid-Murid Prasekolah. Tesis Ijazah Doktor Falsafah (Psikologi Pendidikan). Universiti Teknologi Malaysia.

Amelia Carolina Spravigna (2015). GIMP Retinex for Enhancing Images from Microscopes. International Journal of Sciences. Alkhaer Publications, England.

Giuseppe Montesanto (2015). A fast GNU method to daw accurate scientific illustrations for

taxonomy.Universiti of Pisa, Department of Biology, Via Luca Ghini 13, 56126 Pisa, Italy.

Referensi

Dokumen terkait

Kepada pembaca yang tertarik pada teori graph disarankan untuk melakukan penelitian mengenai pelabelan super sisi ajaib pada kelas- kelas dari graph planar yang

aplikasi mudah alih yang terdapat pada teknologi skrin sentuh meningkatkan lagi perhatian dan kefahaman individu sindrom down bagi memahami dan mempelajari sesuatu

Beasiswa Kader Unggulan Muhammadiyah merupakan cita-cita Muhammadiyah dalam bidang Pendidikan dengan tujuan menjadikan mahasiswa unggul serta berperan aktif dalam

a) Menambah ruang sesuai dengan jenis pelayanan yang dibutuhkan dan memperhatikan keadilan dan kesetaraan gender. b) Membangun rumah dokter dan atau dokter gigi

• Bagi surat kelulusan pelajar ke luar negara (Dokumen Bil. *4) yang masih dalam proses oleh HEP, pelajar perlu terlebih dahulu mengemukakan salinan surat permohonan pelajar ke

Selain dari persepsi petani tentang usahatani kedelai dari aspek sosial dapat menjamin kehidupan petani, namun ada beberapa petani yakni ada empet orang petani

Alternatif strategi yang akan dilakukan pada usaha agroindustri keripik nenas di desa Kualu Nenas dapat disusun berdasarkan matriks SWOT pada Tabel 7 adalah

Rencana ang- garan pendapatan dan belanja sekolah (RAPBS) disusun setiap tahun anggaran. Kesesuaian penggunaan antara kegiatan-kegiatan yang dibiayai dengan