• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/255983229

Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Conference Paper · January 2011

CITATIONS

6

READS

10,375

2 authors:

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

FP031-2016- “Pembinaan Model Wasatiyyah dalam Menangani Gejala Ekstremisme Agama di Malaysia” View project

FRGS 2018 Food Terrorism View project Mohd Anuar Ramli

University of Malaya 275PUBLICATIONS   245CITATIONS   

SEE PROFILE

Mohammad Aizat Jamaludin International Islamic University Malaysia 51PUBLICATIONS   133CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd Anuar Ramli on 30 May 2014.

(2)

1

Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan

Semasa Di Malaysia

Mohammad Aizat Jamaludin1, Mohd Anuar Ramli2, & Suhaimi Ab Rahman3

1

Student, Ph.D Program in Policy and Management Halal, Halal Products Research Institute,

Universiti Putra Malaysia, Tel.: + 60389417344; Fax: + 60389439745,E-mail address:

mohdaizat@halal.upm.edu.my 2

Lecturer, (PhD), Department Fiqh and Usul, Academy of Islamic Studies, University Malaya 3

Head, (PhD), Laboratory Policy and Management Halal, Halal Products Research Institute, Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Dewasa ini, isu kepenggunaan sering dibincangkan dalam media massa mahupun media cetak. Terdapat pelbagai isu baharu timbul kesan perubahan sosial dalam masyarakat Islam di Malaysia. Perubahan ini dijana oleh perkembangan sains dan teknologi yang pesat. Hal ini menjadi titik tolak kepada keperluan ijtihad kontemporari dalam menangani persoalan baharu yang timbul dalam masyarakat pengguna. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini memfokuskan kepada ijtihad kontemporari dan kepentingannya dalam merekayasa Fiqh Kepenggunaan berasaskan pengambilkiraan realiti semasa dan setempat. Keadaan ini sesuai dengan teori perubahan hukum Islam yang mana tiap hukum yang dibina berasaskan

ijtihad, yang tiada nas qat‘i boleh berubah dengan berlakunya perubahan dari segi waktu,

tempat dan keadaan, niat dan tradisi (‘urf). Selaras dengan itu, dengan perkembangan sains

dan teknologi, pelbagai isu dalam kepenggunaan timbul dengan pesat yang mana ia menimbulkan kegusaran terhadap pengguna Muslim terhadap produk yang dihasilkan. Dalam masa yang sama, perkembangan ini turut mengubah landskap hukum Islam dengan penawaran instrumen moden dalam membantu pengesanan elemen haram dalam produk yang dihasilkan, seterusnya penetapan hukum dapat dilakukan dengan lebih tepat dan cepat. Justeru, dengan mekanisme ijtihad kontemporari, Fiqh Kepenggunaan dapat direkayasa dengan dinamik.

Kata kunci: halal haram, makanan, kepenggunaan, sains dan teknologi, ijtihad kontemporari

Pengenalan

Keperluan kepada ijtihad kontemporari bagi masyarakat Islam sekarang ini sudah berada pada tahap yang mendesak, kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan banyak agenda kemajuan masyarakat menjadi terbengkalai dan pengaruh hukum Islam dalam masyarakat akan bertambah pudar. Bagi memenuhi keperluan ini pihak yang berkenaan perlu memikul tanggungjawab sewajarnya bagi menjamin reformasi hukum Islam berlaku dengan sempurna.

(3)

2

Era kemajuan yang dialami oleh masyarakat Islam oleh dunia kini telah menimbulkan banyak persoalan baharu dalam pelbagai aspek atau bidang kehidupan. Ia bukan sahaja mencabar warisan tradisi masyarakat dan agama, tetapi juga nilai hidup kontemporari. Kemajuan ini telah mengakibatkan perubahan yang ketara dalam banyak perkara sama ada dari segi fizikal atau material dan juga dari segi moral serta spiritual. Secara umumnya, kebanyakan persoalan baharu ini tidak pernah ada pada waktu hukum Islam disimpulkan dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia benar-benar bersifat kontemporari dan juga tidak pernah diketahui oleh para fuqaha terdahulu, malah sesetengahnya mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka akan terjadi.

Dewasa ini pelbagai isu berkaitan kepenggunaan dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam. (Shahidan, 2004) Di antara isu tersebut adalah penggunaan perkakas

pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (bone ash) yang diperbuat daripada

serbuk tulang babi, makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal sama ada dari haiwan dan juga tanaman, penggunaan

vaksin biothrax dan vaksin rotateq yang menggunakan unsur babi, penggunaan Pneumatic

Percussive Stunning dalam sembelihan lembu dan binatang halal, kaedah thoracic sticking

dalam sembelihan haiwan, penggunaan electrical stunning dalam penyembelihan lembu,

penggunaan bakteria yang diambil daripada najis bayi sebagai agen pemangkin dalam

yogurt, penyuntikan hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk

tujuan pembiakan, penggunaan alkohol dalam produk minuman, makanan, pewangi dan

ubat-ubatan, pemprosesan wine vinegar yang dicampur dengan bahan-bahan sintetik,

ternakan ikan yang diberi makanan najis dan kotoran bersumberkan khinzir serta organnya, penternakan ayam yang diberi makanan dan suntikan hormon bersumberkan khinzir untuk

tujuan menggemukkan, penggunaan new water daripada sisa kumbahan yang dirawat dan

diproses kembali sebagai air bersih dan seumpamanya.

Kepelbagaian isu yang timbul ini adalah kesan langsung daripada perkembangan sains dan teknologi. Hasilnya, lahir beberapa isu kepenggunaan yang dahulunya tidak dibincangkan secara terperinci oleh sarjana hukum Islam klasik. Dinamisme sains dan teknologi ini memberi kesan terhadap perubahan hukum Islam dan ketepatan hukum dan dibuat dengan lebih efektif. Hakikat ini ditegaskan oleh Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang mana aplikasi syariah Islam dalam sejarah membuktikan kemungkinan boleh dilakukan pembaharuan hukum berdasarkan berlakunya perubahan masa dan tempat. Adalah diakui bahawa pandangan para sarjana hukum Islam zaman keemasan merupakan kemuncak pemikiran hukum Islam yang tinggi nilainya. Namun ketinggian itu tidak boleh menjadi alasan untuk mengekalkannya sebagai kemuncak bagi setiap zaman dan dalam

(4)

3

semua keadaan. Apa pun juga nilainya, pandangan dan fatwa mereka masih terikat dengan hakikat sebagai hasil pemikiran manusia yang tertakluk kepada pengaruh masa dan tempat.

Tidak seperti wahyu yang kebenarannya mutlak dan abadi (Mahmood Zuhdi, 2001).

Ijtihad Kontemporari dan Peranannya dalam Perubahan Hukum

Al-Amidi menghuraikan ijtihad sebagai “pengerahan seluruh kemampuan mujtahid dalam

mencari hukum-hukum syari’at yang bersifat zanni (diduga kuat kebenarannya) sehingga

ia merasa tidak sanggup lagi mencari tambahan kemampuan untuk hal itu.” (al-Amidi,

(t.t.). Dengan demikian dalam berijtihad harus ada unsur-unsur berikut: 1) Usaha

mengerahkan seluruh kemampuan rasional semaksimum mungkin dan 2) Tujuannya untuk

menghasilkan hukum yang zanni, sifatnya ‘amaliah, bukan masalah akidah. Ijitihad

kontemporari dapat dijelaskan sebagai usaha dengan mencurahkan seluruh tenaga dan kemampuan berfikir untuk mencari solusi hukum terhadap pelbagai persoalan baharu yang timbul masa kini dengan mengambilkira realiti perubahan sosio-budaya di samping latar belakang keilmuan semasa. Ijtihad ini selain melibatkan isu-isu baharu timbul, ia juga merangkumi isu-isu lama yang diberikan interpretasi baharu sesuai dengan perkembangan zaman.

Menurut al-Qaradawi, terdapat dua bentuk ijtihad yang boleh diaplikasikan pada

masa kini. Pertama, al-Ijtihad al-Intiqa’i (اا دااتتلااا داهتجلاا), iaitu ijtihad komparatif selektif

dengan meneliti kembali (re-ijtihad) hasil ijtihâd sarjana hukum Islam terdahulu berserta dalil-dalilnya yang terdapat warisan fiqh klasik, membuat perbandingan antara satu sama lain, kemudian memilih pendapat yang lebih kuat (tarjih). Kriteria yang digunakan dalam memilih pendapat yang kuat termasuklah:

i. Pendapat tersebut hendaknya lebih sesuai dengan kehidupan orang zaman sekarang.

ii. Pendapat tersebut hendaknya lebih banyak memberikan rahmat bagi umat manusia.

iii. Pendapat tersebut hendaknya lebih dekat kepada kemudahan yang diberikan syariat.

iv. Pendapat tersebut lebih utama dalam mewujudkan syariat, memberikan kemaslahatan

bagi makhluk dan menjauhkan mereka dari kerosakan (al-Qaradawi, 1985).

Bentuk kedua adalah ijtihâd insya’i (ا داائتشاا دااهتجلاا), iaitu ijtihad konstruktif inovatif, dengan menetapkan hukum atas berbagai masalah baharu yang tidak pernah diketahui oleh sarjana hukum Islam terdahulu kerana belum wujud lagi permasalahan tersebut pada zaman silam, atau dalam masalah lama tetapi sarjana hukum Islam kontemporari mempunyai pendapat baharu yang belum pernah dikemukakan oleh

(5)

4

Dalam ijtihad bentuk yang kedua, penguasaan terhadap pengetahuan baharu berkaitan persoalan tersebut, di samping pengetahuan yang menjadi persyaratan ijtihad itu

sendiri adalah signifikan. Untuk itu, ijtihad jama‘i atau kolektif sangat diperlukan. Ini

kerana keterbatasan pengetahuan seseorang seiring dengan semakin ketatnya

pengkhususan disiplin ilmu pada masa kini, menjadikan ijtihad fardi atau individu dilihat

kurang relevan. Sebagai contoh, dalam isu pemindahan organ manusia. Sukar bagi sarjana hukum Islam untuk menetapkan hukum dengan tepat tanpa bantuan daripada pakar perubatan. Sarjana hukum Islam perlu mendengar dahulu pendapat pakar dalam bidang perubatan, khususnya pakar bedah informasi mengenai cara dan mekanisme pemindahan organ manusia. Setelah diketahui secara jelas prihal pemindahan organ, baharu dimulai

perbahasan dari disiplin usul al-fiqh untuk ditetapkan hukumnya. Justeru, ijtihad kolektif

pada masa kini lebih relevan dan signifikan selaras dengan perkembangan kontemporari,

seiring dengan pembidangan serta pengkhususan ilmu semasa (al-Qaradawi, 1985).

Walaupun wujud perbezaan dengan pendapat sarjana hukum Islam terdahulu, atau bertentangan sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tiada larangan bahawa hasil ijtihâd yang terkemudian tidak boleh bertentangan dengan hasil ijtihâd sarjana hukum Islam terdahulu. Lebih-lebih lagi hasil ijtihad tidak dapat dibatalkan oleh hasil ijtihad yang lain, masing-masing diamalkan sesuai dengan masa dan kodisinya. Keadaan ini selari dengan kaedah fiqh:

Ertinya:

Ijtihad tidak boleh dibatalkan oleh ijtihad yang lain.

Namun begitu, tidak semua khazanah peninggalan ulama terdahulu diketepikan dan dibuang begitu sahaja. Apa yang perlu dibuat ialah menampung kelompangan yang masih terdedah kepada perubahan, menyumbi di mana tempat yang perlu ditambah, membuang dan menggantikan di mana tempat yang sudah dianggap lapuk, memelihara mana yang boleh dibuat perbendaharaan klasik kemudian dijadikan koleksi yang amat bernilai untuk

dirujuk dan dijadikan panduan. Ia boleh dilakukan tanpa ifrat dan tafrit (al-Qaradawi,

2004), di samping boleh menggunakan prinsip:

Ertinya:

Memelihara perbendaharaan lama yang baik (masih relevan) dan dalam masa yang sama mengambil sesuatu yang baharu lebih baik (Akh. Minhaji, 2005).

(6)

5

Lantaran itu dalam usaha menghidupkan ijtihad kontemporari hendaklah kembali

kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi memahami khitab Allah yang dapat dipisahkan

kepada dua. Pertama, dengan menumpang segala kaedah dan metodologi yang telah digunakan oleh para fuqaha’ dahulu dan juga menambah kaedah-kaedah baharu dalam metodologi kajian dengan penemuan kaedah terbaharu dan mengemaskinikan pentarjihan

berdasarkan kajian yang menyeluruh terhadap ilmu usul al-fiqh. Dengan ini segala konsep

fiqh telah menjadi semasa dari akar umbi hingga kepada cabangnya. Perlu dijelaskan akar umbi di sini ialah hanya bermaksud dalam ruang lingkup fiqh yang bukannya wahyu atau

syariah yang bersifat muqaddas, thabat dan sebagainya. Begitu juga fiqh semasa bukan

bererti merombak segala metode yang telah tersusun rapi mengikut status dan kekuatannya, ia hanyalah sebagai ‘bahan perasa’ tambahan dalam ‘menu’ baharu.

Penilaian kembali kefahaman atau fiqh terdahulu yang merupakan perbendaharaan yang amat bernilai dengan mengambilkira segala bidang keilmuan yang tidak terbatas kepada bidang agama sahaja, bahkan melibatkan bidang bidang sains dan teknologi khususnya disiplin biologi, kimia, fizik, matematik dan lain-lain. Termasuk juga nilai intelektual (seperti nilai-nilai psikologi, sejarah, politik, ideologi dan lain-lain) serta realiti hidup masyarakat sama ada dalam masalah sosio-ekonomi, kebudayaan, interaksi sosial

dan sebagainya. Ini kerana adalah penting menentukan hukum berasaskan kepada world

view semasa.

Dalam membentuk ijtihad kontemporari, para sarjana hukum Islam hendaklah berada dalam kerangkanya yang sebenar. Iaitu dengan memahami konsep semasa yang kontemporari dari akar umbinya hingga ke pucuknya. Bukannya mencanangkan pandangan fuqaha’ secara luarannya sahaja dengan tidak melibatkan fungsi asasnya sebagaimana yang dinamakan oleh Mahmood Zuhdi sebagai “perubahan secara kosmetik” (Mahmood Zuhdi, 2001). Sebagai kesimpulan, ijtihad kontemporari lebih melihat kepada faktor peredaran zaman yang menjadi sebab perlunya keanjalan pemahaman terhadap data pasang siap. Penyelesaiannya berasaskan realiti semasa dan diselesaikan oleh para ulama semasa yang merangkumi seluruh dunia Islam.

Justeru, peranan ijtihad adalah besar sekali dalam syariah Islam kerana ia bukan sahaja dalam masalah pembinaan hukum Islam malahan dalam pelaksanaan hukum Islam yang telah sedia ada. Oleh kerana pembinaan hukum yang berasaskan ijtihad itu sifatnya relatif maka kerana itu proses ijtihad terus diperlukan bagi menyemak semula sesuatu hukum yang bersifat relatif. Mungkin kerana latar belakang yang mendasari sesuatu hukum itu telah berubah (Faisal Othman, 1997). Maka ijtihad inilah yang memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai perkara-perkara baharu yang berkembang dalam masyarakat

(7)

6

sama ada bercanggah atau tidak dengan kehendak hukum Islam. Sebab nas-nas adalah terhad, manakala peristiwa yang berlaku adalah tidak terbatas (Ab. Halim El-Muhammady, 1998). Jadi proses ijtihad dapat dilaksanakan sama ada secara individu atau kolektif.

Teori Perubahan Hukum Islam

Menurut al-Sayis, hukum Islam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pertama, hukum yang tetap dan tidak akan berubah serta ditukar ganti sama ada berlaku perubahan realiti semasa

atau setempat dan kedua, hukum juz’iyyah yang memelihara kepentingan manusia dan cara

hidup (‘urf) mereka. Hukum ini akan mewarnai kepentingan manusia selari dengan

perubahan masa dan keadaan (al-Sayis, 1970).

Selaras dengan hakikat tersebut, wujudnya elemen al-taghayyur dalam tafsiran nas

terutamanya dalam kategori kedua. Elemen al-taghayyur menjadi unsur pelengkap dalam

memenuhi keperluan dan realiti manusia yang sentiasa berubah dan berkembang

(al-Zuhayli, 1986). Ibarat kata al-Raysuni: realiti (sosial) seperti air yang mengalir, iaitu

berubah dan tidak bersifat statik (al-Raysuni, 2000).

Justeru, beberapa kaedah yang relevan dapat diaplikasi dalam menganalisis pandangan sarjana hukum Islam dalam perubahan hukum hasil implikasi perubahan realiti semasa dan setempat. Kaedah tersebut adalah:

Ertinya:

Perubahan dan perbezaan fatwa [hukum] adalah berasaskan perubahan waktu (masa), ruang (tempat), keadaan, motivasi dan kebiasaan (Ibn

al-Qayyim, 1992;al-Zarqa, 1998)

Mengulas tentang kaedah ini, al-Qaradawi berpendapat ia mempunyai sandaran yang kukuh sama ada dari al-Qur’an, al-Sunnah atau pandangan Sahabat (al-Qaradawi, 2004). Berasaskan kaedah tersebut, hukum yang ditetapkan berasaskan ijtihad yang tiada

nas qat‘i akan berubah dengan berlakunya perubahan dari segi waktu, tempat dan keadaan,

niat dan tradisi (‘urf). Ini kerana kebiasaannya hukum tersebut dibina bagi memelihara

maslahah dan kepentingan masyarakat dan dalam masa yang sama menolak sebarang

kesulitan di samping mempermudahkan urusan hidup.

a. Prinsip Waktu (masa)

Prinsip ini memfokuskan kepada kepentingan dimensi waktu sebagai faktor penyebab terjadinya perubahan hukum Islam. Contohnya, konsep waktu yang biasanya

(8)

7

diambilkira dalam perubahan hukum adalah perubahan dari waktu damai ke waktu perang (al-Zuhayli (1998), dari waktu biasa (normal) ke waktu darurat dan kelaparan. Selain itu, waktu juga dikaitkan dengan dimensi masa lepas (silam/ klasik), kini (sekarang/ moden/ kontemporari) dan akan datang (futuristik). Di antara perubahan hukum yang berkait dengan dimensi waktu atau masa adalah larangan melaksanakan hukuman hudud bagi

jenayah pencurian (al-sariqah) pada waktu perang dan penangguhan hukuman jenayah

pencurian pada musim kelaparan (krisis ekonomi) oleh Sayyidina ‘Umar (Muhammad Firdaus, 2002).

b. Prinsip Ruang (tempat)

Prinsip ini memfokuskan kepada kepentingan ruang sebagai kunci perubahan hukum Islam. Konsep ruang merujuk kepada persempadanan geografi. Iaitu ruang ataupun tempat yang dibatasi oleh kaedah geografi dan topografi dengan segala karakteristiknya yang berbeza antara satu ruang dengan ruang yang lainnya. Ia berkait rapat dengan keadaaan muka bumi (gunung-ganang, lembah, tanah pamah, gurun, daratan dan lautan, keadaan klimatologi (hujan, panas, dan lembab), taburan tumbuhan (bijirin, tumbuhan, tanaman asasi dan hutan), taburan binatang (ternakan, jinak dan liar) dan lainnya. Selain itu, dalam dimensi ruang contohnya adalah berkaitan dengan zakat tanaman dan zakat haiwan. Sudah pasti makanan asasi berbeza, jenis haiwan dan tanam berlainan antara satu masyarakat dengan yang lain.

c. Prinsip Keadaan

Prinsip ini memfokuskan kepada kepentingan keadaan sebagai kunci penyebab kepada perubahan hukum Islam. Secara umumnya, keadaan cenderung maknanya dengan suasana atau dengan lingkungan sekitarnya. Dalam kepentingan perubahan hukum Islam, keadaan dimaksudkan sebagai keadaan dinamik masyarakat Muslim yang berlatar belakangkan lingkungan wilayah yang bersifat fizikal geografi dan diwarnai dengan suasana waktu yang bersifat non fizikal. Sekalipun hubungan antara masyarakat dengan ruang dan waktu tidak selalu kausalitatif dan tidak pula merupakan suatu kemestian dan kepastian, tetapi pada umumnya hubungan itu cukup erat untuk menyebabkan berlakunya perubahan. Untuk memperkuatkan prinsip ini, beberapa contoh klasik yang dijadikan sampel perubahan hukum Islam disebabkan perubahan adalah perubahan hukum tawwaf bagi perempuan haid dan perubahan hukum ucapan talak tiga (Muhammad Firdaus, 2002).

(9)

8

d. Prinsip Motivasi (Niat)

Prinsip ini memfokuskan kepada kepentingan motivasi sebagai asas perubahan hukum Islam. Ia menempatkan motivasi pada posisi strategik berlakunya perubahan hukum Islam. Perubahan ketetapan hukum suatu perbuatan berdasarkan motivasi

berimplikasikan pahala-dosa dan sah-batal. Sekiranya suatu tindakan parallel antara

motivasi dan ungkapan lahir, maka sah atau batalnya dapat ditetapkan oleh manusia lain, di samping sang pelaku adalah manusia dan Allah SWT, sedangkan jika sesuatu tindakan

tidak parallel antara motivasi dan ungkapan lahirnya, maka manusia atau orang lain

menetapkan sah atau batal suatu hukum berdasarkan pada ungkapan luarannya, bukan berdasarkan motivasi dalamannya. Ini disebabkan yang hanya tahu motivasi dalaman

seseorang hanyalah sang pelaku tindakan sendiri dan Allah SWT (Muhammad Firdaus,

2002).

e. Prinsip Tradisi (‘Urf)

Prinsip ini menfokuskan kepada kepentingan tradisi sebagai faktor perubahan hukum Islam. Jika berlaku perubahan tradisi, perubahan itu akan diikuti oleh perubahan

hukum Islam yang didasarinya. Dalam kajian Usul al-Fiqh, ‘urf memainkan peranan yang

penting dalam tafsiran dan huraian fuqaha bagi ketetapan hukum yang tiada nas yang jelas.

Sehubungan dengan itu, dalam kajian fiqh, banyak sekali masalah yang rujukannya ialah

tradisi dan kebiasaan. Misalnya masalah usia haid, baligh, keluar mani, batas minimum, umum dan maksimum haid, nifas dan suci, ukuran sedikit atau banyak dalam perkara tampalan, perbuatan yang membatalkan solat, najis yang dimaafkan kerana sedikit, ukuran

lama atau sebentar dalam masalah muwalah wuduk... dan sebagainya (al-Suyuti, 1998).

Sejajar dengan itu, Syarak memberikan manusia kebebasan dalam penetapan hukum yang berasaskan tradisi dan adat setempat tetapi masih dalam landasan kriteria dan syarat yang

digariskan (al-‘Alwani, 2003; Abu Sannah, 2004). Contohnya, terdapat juga ‘urf baharu

yang berkembang dalam masyarakat seperti pembayaran deposit sewa rumah dan jual beli unjukan (Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad, 2000).

Rekayasa Fiqh Kepenggunaan

Perkataan fiqh berasal dari bahasa Arab, iaitu bentuk masdar (verbal noun) dari akar kata

bentuk madi (past tense) faquha yang secara etimologi bererti memahami, mengerti,

mengetahui, dan menuntut ilmu (al-Razi, 1997). Kata fiqh juga dianggap sinonim dengan

ilmu. Dalam pengertian istilah, perkataan fiqh mengalami beberapa peringkat pemaknaan.

(10)

9

evolusi menjadi istilah yang eksklusif. Ia hanya menjurus ke arah aspek praktikal

perbuatan manusia sahaja. Dalam huraian ulama usul (Usul al-Fiqh) ia difahami sebagai :

memahami hukum-hukum amali Syarak berasaskan dalil-dalil yang terperinci (

Al-Syawkani, 1937). Sedangkan menurut ulama furu‘ (Fiqh), ia dijelaskan sebagai

hukum-hukum Syara‘ yang berbentuk praktikal (amali) yang berhubungkait dengan perbuatan mukallaf sama ada hukum itu diketahui secara langsung dari nas Syara‘ atau melalui

ijtihad (al-Ghazali (t.t.). Sejajar dengan itu, fiqh hanya terbatas kepada hukum-hukum amali

sahaja iaitu hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia baik secara fizikal seperti makan minum dan seumpamanya ataupun secara moral seperti niat. Dalam konteks penggunaan bahasa Malaysia perkataan fiqh dan hukum ini adalah sinonim. Lantaran itu adalah wajar pengertian ini diteruskan memandangkan ianya telah lama dibudayakan dalam penggunaan Bahasa Melayu di Malaysia. Namun dalam perbincangan ini, ia lebih menjurus kepada ilmu atau sains.

Manakala kepenggunaan dihuraikan sebagai segala hal mengenai pengguna, iaitu individu yang membeli, atau yang diberikan kepadanya, mengguna, menyelenggara,

melupuskan produk dan perkhidmatan dalam bentuk terakhir (final form), dalam usaha

mereka untuk mencapai tahap kepuasan yang maksimum dengan pendapatan yang terhad (Nurizan & Mohd. Amim, 2002). Kepenggunaan juga dapat difahami sebagai hal-hal yang berkaitan dengan aspek tatacara, etika, perilaku yang dijalankan seharian. Ia juga diertikan tentang seseorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga dan isi rumah.

Daripada takrifan tersebut, jelas dalam kepenggunaan terdapat tiga elemen asas, iaitu pengguna (pembeli), pengusaha (pengeluar) dan produk (barangan dan bukan barangan). Ketiga-tiga elemen utama ini saling berkait rapat antara satu sama lain untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dalam pasaran. Ia boleh dilihat dalam rajah 1 di bawah:

(11)

10

Rajah 1: Hubungan antara Pengusaha, Produk dan Pengguna (3P)

Berdasarkan rajah 1, pengusaha dan pengguna merupakan mereka yang memainkan peranan penting dalam pasaran penawaran dan permintaan produk atau barangan gunaan. Secara umumnya, ia bermula daripada pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran, peruncitan dan perkhidmatan perniagaan produk.

Menurut Mohd Hamdan (1994), pengguna merupakan seseorang (manusia) yang membeli atau menyewa atau yang menerima barangan dan perkhidmatan untuk digunakan, disimpan, atau dipelihara atau dibuang sahaja dalam bentuk akhirnya. Mereka mempunyai pelbagai kehendak untuk dipenuhi supaya mereka mendapat kepuasan. (Surtahman, 1993). Pengguna juga bersifat multidimensi dan pelbagai rupa. Ia merangkumi berbagai jenis populasi manusia, variasi peringkat umur, pengalaman hidup, taraf kesihatan, tahap pengetahuan, diversiti budaya, jantina, pandangan politik, keperluan pemakanan, kuasa membeli, status keluarga, jenis pekerjaan, dan pendidikan (Schmidt & Rodrick, 2003). Pengguna Muslim adalah pengguna yang istimewa dan berbeza dengan pengguna-pengguna lain dari segi kehendak, jenis, kuantiti dan kualiti barang yang akan digunakan dan matlamat penggunaannya (Surtahman, 1993). Mereka juga tertakluk kepada panduan yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Sunnah.

• Barangan • Makanan • Bukan Makanan • Bukan Barangan • Perkhidmatan • Dll PRODUK Proses Pembelian PENAWARAN • Industri • PKS (Perusahaan Kecil Sederhana) • TNC (Transnational Company) • Dll • Agama • Budaya • Jantina • Umur • Taraf Hidup • Dll PENGUSAHA Proses Penghasilan PERMINTAAN PENGGUNA

(12)

11

Sedangkan, produk atau barang gunaan ini terdiri daripada makanan dan bukan

makanan. Produk makanan ini adalah sesuatu yang boleh dimanfaatkan secara orally

(dengan mulut), dan ia termasuklah makanan, minuman dan produk hasilan daripadanya

(al-Toriqi, 1984). Makanan (bahasa Inggerisnya food) juga dihuraikan sebagai (1) articles

used for food or drink for man or other animals, (2) chewing gum, and (3) articles used for

components of any other such article (Fortin, 2009). Manakala produk bukan makanan

adalah terdiri daripada kosmetik, dandanan diri, farmaseutikal, pakaian, perkhidmatan dan pengurusan, logistik dan seumpamanya.

Pendek kata, kepenggunaan menyentuh pelbagai aspek pengeluaran, bermula daripada sumber bahan diperolehi, cara pemprosesan dan penyediaan, pembungkusan, pengangkutan, penyimpanan sehinggalah produk tersebut dipasarkan. Semua unsur tersebut perlu diambil kira dalam memastikan status barangan tersebut jelas. Barangan

yang dihasilkan khususnya makanan, bukan sekadar selamat (food security) tetapi

mematuhi piawaian syariah (halal).

Berasaskan huraian tersebut, fiqh kepenggunaan dapat ditakrifkan sebagai satu disiplin ilmu yang membincangkan tentang komponen pengguna, pengusaha serta barangan gunaan dari perspektif hukum Islam. Walau bagaimanapun, ia lebih menfokuskan terhadap barang gunaan, sama ada melibatkan makanan dan bukan makanan, yang merangkumi persoalan halal-haram dalam setiap urusan harian manusia.

Dalam merekayasa fiqh kepenggunaan berasaskan realiti semasa dan setempat,

ijtihad kontemporari wajar digerakkan sama ada dalam bentuk insya’i mahupun intiqa’i,

jama‘i atau fardi. Usaha ini perlu dijana bagi menyelesaikan isu-isu baru yang timbul

dalam masyarakat, khususnya dalam bidang Fiqh Kepenggunaan. Ini kerana kebanyakan isu yang timbul adalah berkaitan dengan barangan pengguna berbentuk makanan berbanding barangan lain.

Sejajar dengan itu, perkembangan sains dan teknologi masa kini telah memberi kesan yang mendalam terhadap hukum-hakam berkaitan fiqh kepenggunaan. Jika dahulu, hukum yang diputuskan lebih berasaskan tanggapan selepas melakukan pengamatan luaran

(superficial observation). Keadaan ini berbeza dengan realiti masa kini, apabila sains dan

teknologi turut membantu dalam proses melakukan pengesahan dengan lebih berkesan terhadap produk makanan dan bukan makanan. Secara langsung, ia dapat menyelesaikan persoalan halal-haram dengan lebih mudah lagi efisien.

Kesan langsung daripada perkembangan ini menyumbang kepada perubahan hukum Islam di samping dapat membina ketepatan hukum. Perubahan hukum berlaku apabila terdapat penemuan yang baharu dalam sesuatu isu dengan bantuan sains dan

(13)

12

teknologi. Contohnya adalah perubahan hukum daripada pengharaman memakan belangkas kepada keharusan untuk menikmatinya selepas kajian saintifik dijalankan mengenai tabiat hidup dan makanan haiwan terbabit, keharusan untuk meminum dan

memanfaatkan new water yang diproses daripada sisa kumbahan, isu makanan terubahsuai

genetik (GMF) dan seumpamanya.

Dalam isu belangkas, pada asalnya kebanyakan sarjana hukum Islam-Melayu klasik telah memutuskan hukum memakannya adalah haram kerana ia digolongkan dalam kategori haiwan dua alam, darat dan air. Namun begitu, berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan masalah tersebut dengan terperinci dan telah memutuskan seperti berikut: (www.e-fatwa.gov.my)

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan,

Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan

bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Hal ini menunjukkan perubahan hukum yang pada asalnya tidak boleh dimakan kepada harus adalah berasaskan kajian saintifik yang membuktikan haiwan ini bukan

dikategorikan sebagai haiwan dua alam. Belangkas adalah haiwan Arthropoda di bawah

kumpulan primitif, Chelicerata. Ia adalah haiwan invertebrat yang mempunyai rangka luar,

badan bersegmen, dan anggota bersendi.

Begitu juga dengan isu penggunaan new water bersumberkan sisa kumbahan yang

diproses kembali. Isu ini timbul apabila masyarakat keliru terhadap status air tersebut yang dipercayai dikategorikan sebagai najis dan menjijikkan. Walaupun begitu, dengan bantuan sains dan teknologi, persepsi tersebut disangkal apabila kajian saintifik membuktikan

penggunaan new water tersebut adalah harus untuk digunakan setelah ia melalui beberapa

proses pembersihan dan penyucian kepada bersih.

Kesan langsung kedua adalah dari segi aspek ketepatan hukum. Ia dapat dibuktikan pengesahannya melalui penggunaan instrumen dalam sains dan teknologi. Isu-isu seperti

(14)

13

penggunaan alkohol dalam makanan dan bukan makanan, penggunaan sumber berasaskan khinzir dan derivatifnya serta isu-isu berkaitan gelatin dapat dibuktikan dengan lebih tepat dan efisien. Dengan penggunaan alatan yang canggih, produk makanan yang dihasilkan tersebut boleh dikenalpasti kehadiran sumber haramnya dengan jelas.

Dalam isu berkaitan alkohol, umumnya masyarakat beranggapan alkohol adalah sama dengan arak. Sedangkan ia sangat berbeza dari segi sifat dan fungsinya. Menurut perspektif Islam, arak disepakati sebagai haram sedangkan tidak semua jenis alkohol itu haram. Berasaskan Majlis Fatwa Kebangsaan, fatwa terdahulu hanya memberikan panduan kadar alkohol yang dibenarkan adalah sedikit dengan tidak menjelaskan berapa peratus kadar yang dibenarkan. Namun begitu, berpandukan kajian klinikal makmal dan saintifik, kadar tersebut telah berubah kepada satu ukuran yang lebih jelas iaitu 0.5%. Oleh yang demikian, dengan kadar sedemikian ia telah menunjukkan penetapan hukum yang berkaitan dengan alkohol dapat dibuat dengan lebih tepat dan berkesan. Kadar ini dapat dijadikan panduan kepada pengusaha makanan dan minuman yang ingin memastikan produknya halal diambil. (www.e-fatwa.gov.my)

Sehubungan dengan itu, ijtihad kontemporari signifikan dalam usaha tajdid

al-turath yang mana terdapat hukum-hukum ijtihad dalam kitab fiqh klasik yang tidak lagi

sesuai, begitu juga dengan penetapan terhadap hukum baharu bagi masalah baharu dari produk semasa yang tiada nas secara langsung dari al-Qur’an dan al-Sunnah seperti pengklonan dan makanan ubah suai genetik. Semua masalah baharu yang timbul ini adalah kesan perubahan sosio-budaya masyarakat kesan perkembangan sains dan teknologi

semasa. Ini kerana manusia adalah “ibnu ‘asrihi” (Mujiyono Abdillah, 2003).

Kesimpulan

Untuk mengatasi segala permasalahan hidup umat manusia millenium baharu ini, para sarjana hukum Islam perlu mencari jalan penyelesaian yang segera mungkin untuk memastikan Islam sebagai satu cara hidup yang komprehensif dapat dilaksanakan. Oleh kerana itu, pelaksanaan ijtihad pada masa kini dan akan datang perlu diasaskan kepada ijtihad secara jama’ie atau secara kolektif. Suatu proses ijtihad yang menghimpunkan atau menggabungkan tenaga kerja berlatarbelakangkan multidisiplin. Ini kerana ilmu pengetahuan merupakan suatu yang dinamis dan sukar bagi individu-individu tertentu menguasai pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa.

Sehubungan dengan itu, peranan ijtihad masa kini dan akan datang adalah untuk menggerakkan kembali fiqh, khususnya bidang kepenggunaan dan mentafsirkannya selaras dengan perkembangan dunia masa kini sepertimana ia tumbuh pada peringkat awal dahulu.

(15)

14

Hanya dengan cara demikian sahaja fiqh Islam mampu menyahut cabaran masa dan mendahului segala perkembangan yang berlaku dalam zaman moden. Sekurang-kurangnya mampu mengiringi bukan mengekori tuntutan semasa. Justeru, dinamika ijtihad itu perlu dijana semula bagi membuktikan kesesuaian Islam untuk menghadapi cabaran zaman dan tempat.

Rujukan

Al-‘Alwani, Ruqayyah Taha Jabir (2003), Athar al-‘Urf fi Fahm al-Nusus: Qadaya al-Mar’ah

Anmuzajan. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Ab. Halim El-Muhammady (1998), “Peranan Pusat Pengajian Tinggi Ke Arah Pelaksanaan

Undang-undang Islam Di Malaysia”, dlm Mahmood Zuhdi Abdul Majid, ( ed.), Ke Arah

Merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia. Selangor : Thinker’s Library.

Abu Sannah, Ahmad Fahmi (2004), al-‘Urf wa al-‘Adah fi Ra’yi al-Fuqaha’. Misr: Dar al-Basa’ir.

Akh. Minhaji (2005), “Otoritas, Kontinyuitas, dan Perubahan dalam Sejarah Pemikiran Ushul

al-Fiqh”, dalam Amir Mu’allim & Yusdani, Ijtihad dan Legislasi Muslim Kontemporer.

Yogyakarta: UII Press.

Al-Amidi (t.t.), al-Ihkâm fî Ushûl al-Ahkâm, Kaherah: Muassasah al-Halabi.

Faisal Othman (1997), Islam Dan Perkembangan Masyarakat. Kuala Lumpur: Utusan

Publications.

Fortin, N.D. (2009), Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice. New Jersey: John Wiley

& Sons.

Al-Ghazali, Abu Hamid (t.t.), Ihya’‘Ulum al-Din. Kaherah.

Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah (1992), ’I‘lam al-Muwaqqi‘in ‘an Rabb al-‘Alamin. c. 2, Beirut: Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2001), “Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia yang

Membangun”, dalam Abdul Karim Ali & Raihanah Hj. Azahari (eds.), Hukum Islam

Semasa Bagi Masyarakat Malaysia yang Membangun. c. 2, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam.

Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad (2000), “‘Urf dan Adat Semasa di Malaysia Sebagai Asas

Penentuan Hukum yang Tidak Dinaskan”, dalam Paizah Hj. Ismail & Ridzwan Ahmad

(eds.) Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan yang Terkini. Kuala Lumpur:

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Mohd Hamdan Adnan (1994), Konsep Asas Kepenggunaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam. Batu

Caves: Thinker’s Library.

Mujiyono Abdillah (2003), Dialektika Hukum Islam dan Perubahan Sosial: Sebuah Refleksi

Sosiologis Atas Pemikiran Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Surakarta: Muhammadiyah University Press.

Nurizan Yahaya & Mohd. Amim Othman (2002), Pengenalan Sains Pengguna. Serdang: UPM.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal

(16)

15

Al-Qaradawi Yusuf (2004), Kayfa Nata‘amal Ma‘a al-Turath wa al-Tamadhhab wa al-Ikhtilaf. c.

2, Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Qaradawi, Yusuf (1985), al-Ijtihad fi al-Syari’ah al-Islâmiyah ma’a Nazharat Tahliliyah fi al-

Ijtihad al-Mu‘asir, Kuwait: Dar al-Qalam.

Al-Qaradawi, Yusuf (2004), ‘Awamil al-Sa‘ah wa al-Murunah fi al-Syari‘ah al-Islamiyyah. c. 4,

Kaherah: Maktabah Wahbah.

Al-Raysuni, Ahmad (2000), al-Ijtihad: al-Nass, al-Waqi‘, al-Maslahah. Beirut: Dar Fikr

al-Mu‘asir.

Al-Razi, Muhammad b. Abi Bakr ‘Abd al-Qadir (1997), Mukhtar al-Sihhah. Beirut: Dar Fikr

al-‘Arabi.

Al-Sayis, Muhammad ‘Ali (1970), Nasya’ah al-Fiqh al-Ijtihadi wa Atwaruhu. Kaherah: Majma‘

al-Buhuth al-Islamiyyah.

Schmidt, R.H & Rodrick, G.E., (2003). Food Safety Handbook. New Jersey: John Wiley & Sons. Shahidan Shafie (2004), “Halal & Science–Issues & Challenges”, (Kertas kerja Persidangan

Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat pada 10-11 Disember 2004, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

Surtahman Kastin Hassan (1993), Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman b. Abi Bakr (1998), al-Asybah wa al-Naza’irfi Qawa‘id

wa Furu‘ Fiqh al-Syafi‘iyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-Syawkani (1937), Irsyad al-Fuhul. Kaherah: Matba‘ah al-Halabi.

Al-Toriqi, ‘Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad (1984), Ahkam At‘imah fi Syariah

al-Islamiyyah. Riyadh.

Al-Zarqa, Ahmad Muhammad (1998), Syarh al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah. c. 5, Damsyik: Dar

al-Qalam.

Al-Zuhayli, Wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyik: Dar al-Fikr, j. 1.

Al-Zuhayli, Wahbah (1998), Athar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami. c. 3, Damsyik: Dar al-Fikr.

View publication stats View publication stats

Referensi

Dokumen terkait

1) Kepada petani anggota Subak Mekarsari Desa Belok Sidan yang belum menjadi peserta UUP UPH Mekarsari disarankan untuk bergabung sehingga dapat meningkatkan nilai

kepada Tuhan sebagai penciptanya, karena jika Tuhan yang menciptakan dan memberinya kehidupan pada dirinya, maka kedua orang tua adalah yang diberi mandat oleh

Erityisesti männyn ja koivun, mutta myös kuusen taimi koissa puuntuotannollisena tavoitteena on tuottaa korkealaatuista puuta. - kookkaita, suoria ja hieno-oksaisia

Hasil penelitian diperoleh 19 individu terpilih pada turunan F 4 yang berumur genjah dan berproduksi tinggi dan Nilai duga heritabilitas pada generasi F 4

Dengan demikian kayu bangkirai, kapur, punak, bintangur dan meranti dapat digunakan sebagai batang utama pada sambungan geser ganda dengan baut diameter 6,4; 7,9 dan

2010 berubah menjadi badan layanan umum daerah berdasarkan surat keputusan walikota nomor KPTS 35/HK/XII/2009 tentang penetapan status pola pengelolaan keuangan badan

D. MATERI MATERI PEMBEL PEMBELAJARAN AJARAN 1. Rumus luas persegi. Rumus luas persegi. Hal-hal yan Hal-hal yang diperhatikan saat meng g diperhatikan saat menggambar. Menggambar